23.05.2017 Views

Foreword Magazine Editors

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

secara jelasnya menyebabkan

kesihatan manusia terjejas.

Selain itu, gejala merokok

juga menyebabkan

pembaziran wang yang

keterlaluan berlaku dalam

kalangan perokok. Hal ini

kerana, setiap tahun pihak

kerajaan akan sentiasa

menaikkan harga rokok

melalui belanjawan yang

dibentangkan di parlimen.

Walau bagaimana, para

perokok tidak mempedulikan

harga rokok meningkat mahal

kerana mereka telah ketagih.

Tidak dapat tidak, mereka

akan mengusahakannya bagi

mendapatkan rokok.

Misalnya, bagi golongan

perokok yang sudah

berkeluarga sudah pastinya

mereka tetap merokok

walaupun menjejaskan

perbelanjaan isi rumah.

Begitu juga pelajar sekolah,

mereka sanggup mengikat

perut semata-mata ingin

menyedut asap yang

berpenyakit itu. Dalam

agama Islam sudah

diterangkan bahawa

membazir adalah amalan

syaitan tetapi masyarakat

tidak mengendahkannya

seperti masuk telinga kanan

keluar telinga kiri. Pendek

kata, menghisap rokok

merupakan perkara yang

nyata membazir dan

merugikan wang.

Sedar atau tidak, kesan

perbuatan merokok juga

bukan sahaja kepada individu

yang merokok malah

tempiasnya turut terkena

kepada individu yang tidak

merokok di sekeliling mereka.

Hal ini kerana asap rokok

yang dilepaskan di udara

akan dihidu oleh orang yang

berada di sekeliling perokok.

Asap yang dihidu juga

membawa bahan kimia

memberi kesan kepada

kesihatan orang lain.

Buktinya dalam sesebuah

keluarga, jika seorang bapa

merokok maka si ibu dan

anak-anak berkemungkinan

besar mendapat penyakit

seperti batuk dan asma

kerana berada dalam

lingkungan si bapa yang

merokok. Kajian juga

memperlihat bahawa

perokok pasif iaitu orang

yang tidak merokok berisiko

mendapat penyakit daripada

asap rokok lebih tinggi

daripada perokok. Teguran

kepada para perokok supaya

berhenti merokok seperti

‘mencurahkan air ke daun

keladi’ walhal perbuatan

mereka nyata menyusahkan

orang ramai.

“Setiap penyakit pasti ada

ubatnya”. Oleh itu, untuk

mencegah tabiat merokok

daripada menular pasti ada

caranya. Antaranya ialah

pihak kerajaan seharusnya

mengubal dan

menguatkuasakan undangundang

berkaitan rokok. Hal

ini penting bagi mengekang

para remaja dan orang

dewasa merokok. Pihak

kerajaan patut menggubal

undang-undang baru dan

menubuhkan badan khas

bagi menjalankan tugas

menguatkuasa untuk

mengurangkan masalah ini.

Sebagai contoh, pihak

kerajaan wajar mengenakan

hukuman penjara kepada

mana-mana pemilik kedai

yang menjual rokok kepada

remaja yang berumur 18 ke

bawah bukan setakat denda

wang ringgit sahaja melalui

kerjasama semua pihak.

Selain itu, undang-undang

lebih tegas juga dikenakan

kepada golongan dewasa

yang merokok di tempat

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!