Ini ialah tulisan yang di-eksperimen tentang pengalaman ber-carpool dari Kolumpo ke JB untuk pulang mengundi. Ia boleh jadi best, funny, sastera, tak make sense langsung, boring, syok-sendiri, skema atau rubbish. Terpulang pada pembaca untuk menilai.
JASIN, MELAKA.
CARPOOL
Rilisan: Jun 2018
Hakcipta Karya: Penulis
Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan
mengeluarkan mana-mana bahagian dalam
naskhah ini dalam apa jua bentuk sekalipun
sebelum mendapat keizinan daripada
penulis dan penerbit. Ini ialah bahan bacaan
jenis fiksyen, maka nama watak, parti
politik dan tempat adalah rekaan semata-mata.
Rileks, okey?
Reka bentuk kulit: Qharina Hannani
Penyunting: Rejected Youth & Hujan
Reka letak: Qhaiyum Benjamin
Diterbitkan oleh:
E-mel: phoyafooya@gmail.com
KONTEN
Kali Terakhir Aku Percayakan Makwe Hot
Qhaiyum Benjamin
Malam Nisfu Syaaban
Rejected Youth
Lucid Raven
Hujan
Bunyi-Bunyian Dalam Kepala
Hidayatul Iman
QHAIYUM BENJAMIN membunuh masa yang
diperuntukkan kepadanya di dunia ini dengan berkhayal,
kolek kaset dan membazir arkilik. Membesar di
Jasin telah melatih dirinya menjadi seorang laid-back.
Buku antologi cerpen pertamanya, Koyak-Rabak (2017)
diberhentikan cetakan kerana publisher dah gulung tikar.
Tulisannya boleh dibaca secara percuma di
smashingloser@blogspot.com
Kali Terakhir Aku Percayakan Makwe Hot
Qhaiyum Benjamin
Aku tarik brek tangan, turunkan tigkap dan biarkan lagu ‘www’ dari
Bayangan terpasang. Kelibat Rasul dan Lucy masih tak kelihatan.
Angin malam membentuk tangan gergasi dan tampar muka aku,
perlahan. Kolumpo ni malam pun panas. Aku tak nak klishe untuk kata
orang Kolumpo banyak buat dosa. Gila ke dosa boleh mempengaruhi
suhu sesuatu tempat? Habistu kat padang pasir tu apahal panas?
Unta banyak buat maksiat ke kat sana?
Eman kat sebelah, masih lagi lena sejak gerak dari rumah sewa
kami tadi. Jarang aku tengok dia tidur malam. Walaupun dia ni jobless
dan aku terpaksa korbankan duit gaji aku yang ciput tu untuk sara
hidup dia, aku okey.
Aku kenal dia semasa kami berdua berumur 10 tahun. Walaupun
berkongsi kelas yang sama sewaktu itu, kami tak pernah bertegur
sapa sehinggalah kami berkelahi sewaktu ada kes histeria di kelas
tersebut. Sewaktu Sarah (budak perempuan kelas kami yang kena
histeria) menjerit “Aku akan sesatkan anak Adam!” kuat-kuat, Eman
dan geng-nya memandang aku kerana nama bapak aku ialah Adam.
Aku yang pada mulanya tak faham ejekan tersebut, cuba untuk ignore
dan berlagak selamba. Namun, Husni (ketua kelas kami yang fanatik
dengan wrestling) menghampiri aku dan bisik “weh dia ejek nama
bapak kau, pi tumbuk dia!” dan tolak tubuh aku menghampiri geng
Eman. Aku yang pada masa tu takde experience bertumbuk, cuba
untuk menumbuk muka Eman. Hasilnya Eman terjatuh dan seisi kelas
(kecuali Sarah) membentuk satu bulatan mengelilingi aku dan Eman.
Kami berdua bertumbuk bersungguh-sungguh sehinggalah ustaz
datang untuk sembuhkan Sarah. Kami berhenti bertumbuk demi
menghormati bacaan ayat suci Al-Quran yang ustaz bacakan. Sejak
hari itu, aku dan Eman berkawan baik kerana kami percaya kekuatan
kami setaraf dan jika bergabung, mampu untuk menewaskan banyak
geng gengster di sekolah tersebut.
Eman, satu-satunya manusia yang paling lama aku berkawan dan
masih percaya. Sebabnya dalam hidup aku ada dua Eman saja yang
aku percaya. Satu, Eman kat sebelah aku ni sebab dia sudi berkawan
dengan aku and ada makwe cun tapi dia tak pernah tunjuk gambar
makwe dia kat aku, dan kedua, Eman Manan sebab lakonannya power
gila. Eman yang lain semuanya asshole.
Tok. Tok. Tok.
Ada seekor burung belatuk tengah mematuk-matuk tingkap
sebelah Eman. Kalau burung belatuk ni seorang makwe, mesti dia
terer blowjob. Aku turunkan tingkap tersebut dan membuat bunyi halau
tipikal yang iaitu ‘shuhh..shuhhh’ namun burung belatuk itu tidak
beredar sebaliknya bertenggek di atas tingkap yang separa terbuka
itu.
“Aku bukan nak jumpa kau la, aku nak jumpa Eman.”
Rupanya burung belatuk ni boleh bercakap. Ajaib benar. Aku
cuba berlakon kool dan seolah-olah terserempak dengan burung
elatuk yang boleh bercakap ialah rutin harian aku. Aku pandang side
mirror.
Celaka, ini bukan mimpi kerana dalam mimpi muka aku takde
jerawat. Aku sebut sial dua kali sebelum memandang burung belatuk
yang boleh cakap Bahasa Melayu tadi.
“Kau ni siapa?” soal aku.
“Aku burung belatuk.”
“Memang semua burung belatuk dalam dunia ni bernama burung
belatuk ke?”
“Yelah, nak ambik nama Siti, dah ramai orang guna…” jawabnya
sambil menyilangkan kaki.
“Ye tak ye jugak, macam mana dengan Munir?”
“Aku betina la bodoh!”
“Ohh… kalau camtu apa kata kau ambik nama Rozana?”
“Ah, tak kreatif-lah kau ni.”
“Babi punya burung belatuk…”
“Apa kau kata?”
“Err.. aku kata ‘Kenapa kau nak jumpa Eman?’ ”
“Suka hati akulah, kau sibuk kenapa?”
Panas hati aku dibuatnya. Dasar burung belatuk yang biadap.
Aku naikkan tingkap tempat dia bertenggek itu serta-merta. Pantas dia
erpaling dan terbang pergi. Mulutnya tak henti-henti memaki hamun
aku. Puas hati aku. Haiwan yang tak reti respek manusia memang
patut dilayan begitu.
Tak lama lepas tu, Rasul dan Lucy datang lalu kami pun
mulakan perjalanan. Sebenarnya idea carpool ni ialah idea Eman, aku
hanya ikut je. Eman yang viralkan #CarpoolBalikMengundi di twitter,
instagram dan fesbuk sebab dia je yang banyak masa terluang untuk
bikin semua tu, aku bizi. Aku bukan seperti orang lain yang gemar
mengadu tentang Monday Blues di timeline twitter atau di status
fesbuk. Aku sentiasa paksa diri aku supaya positif setiap masa
walaupun selalunya aku gagal.
Aku pada mulanya malas nak balik ke JB semata-mata untuk
mengundi tapi entah setan apa yang menghasut Eman supaya pujuk
aku menunaikan tanggungjawab mengundi ni aku pun tak tahu.
Tahu-tahu je aku dah angguk tanda setuju.
Rasul ialah seorang ustaz di sebuah sekolah pondok manakala
Lucy pula seorang makwe yang hot, menurut Eman (dan menurut
pemerhatian aku).
Aku memandu dengan tenang sehingga masuk tol Sungai Besi.
Malam ini, Kolumpo tak sesak macam yang kita tahu, seolah-olah
mengalu-alukan pemergian kami berempat dari kota yang tak pernah
siap ini. Mungkin Kolumpo dah terlalu penat. Saban hari menerima
orang baru dalam hidupnya, lama-kelamaan dia jadi lemas, maka dia
terpaksa menyingkirkan orang-orang yang tak bersalah macam kami
sepertimana badan manusia yang terpaksa menyingkirkan tahi dari
badannya walaupun tahi itu tak bersalah sama sekali.
“Kamu kerja apa kat Kolumpo ni?” Rasul memecahkan
keheningan suasana.
“Biasa-biasa je, kerja kerani…”
“Cukup ke gaji tu bulan-bulan?” Mata si Rasul terbuntang. Soalan
bab gaji ni yang aku lemah nak jawab.
“Cukup je, kalau bersyukur.” celah Lucy, mujur makwe ni
selamatkan aku. Muka Rasul dah kelat.
“Bersyukur ni maksudnya luas, bla..bla..bla..” Aku malas nak
dengar pak ustaz ni kasi ceramah. Lucy pun aku tengok dah sumbat
earphone kat telinga. Selalunya geng berserban ni tak boleh kena
sound, nak dia je betul. Berpuluh-puluh hadis pun dia boleh kasi
walaupun takde kena-mengena dengan topik asalkan dia nak nampak
betul sepanjang masa.
Rasul mula bersembang bab politik dan ekonomi. Aku malas nak
ambik port bab gini. Mungkin kalau Eman tak tidur, dia boleh layankan.
Buat masa sekarang, akulah terpaksa tadah telinga. Lucy ada
menyampuk sekali-sekala untuk argue, tapi macam apa yang aku kata
tadi, ustaz kat Malaysia ni mana boleh kalah. Dia hujah
pung-pang-pung-pang keluar hadis sebab dia expect orang yang
non-ustaz ni tak faham bahasa Arab. Tu yang buat dia rasa dia best.
Lucy gelak je tiap kali Rasul mula baca hadis. Gelak dia kiut juga.
Kalau dia ni makwe aku, sekarang juga aku suruh Eman dengan Rasul
blah. Sewaktu aku tanya nama dia apa, dia jawab Lucy dengan rileks.
Lalu aku pun berkata “tinggal kat dalam jamban ke?” sebagai gurauan,
mujur dia gelak. Kalau makwe hot yang tak tahu band Lucy In The Loo,
memang aku tak kasi naik kereta aku.
Sampai di Seremban, minyak pula dah nak habis. Mujur aku
nampak signboard RnR lagi 3 kilometer. Aku bagitahu mereka untuk
stop kejap, isi minyak. Lucy tanpa banyak soal hulur RM20 pada aku,
aku senyum dan dia senyum kat aku balik. Kami berdua pun pandang
Rasul dengan harapan pak ustaz acah bagus ni hulur la bang sepuluh
ringgit untuk isi minyak. Harap dalam Islam ada ajar dia bahawa kereta
bergerak menggunakan minyak, bukannya guna air zam-zam.
Rasul sengih je. “Camni la Eman, nanti next stop, saya bayar.
Saya takde cash ni.”
“Err.. aku Ali, yang tengah tidur ni Eman.”
“Ohh ye ke? Masha-allah dari tadi saya ingatkan kamu ni Eman.
Salah orang la ni ye?”
“Haa.. lebih kurang camtulah. Kau gi bayarkan kat kaunter boleh?”
Aku hulur RM30 pada dia. Dia pandang aku dengan Lucy, bersilih
ganti.
“Kenapa saya pula?”
“Dah lu tak hulur duit minyak, lu pergilah. Bukannya jauh pun.”
Lucy tolong aku handle soalan bangang tadi. Terima kasih, Lucy.
“Lagipun kau tak hensem.” Aku menambah.
Rasul ambik duit tu dan ke kaunter dengan terpaksa. Aku keluar
dan isi minyak. Rasul ke tandas sebentar dan selepas itu dia menuju
ke rak makanan ringan. Aku dan Lucy berpandangan.
“Celaka punya ustaz, tadi kata takde sen…” rungut Lucy.
Aku masuk ke dalam kereta dan perhatikan gerak-geri si Rasul ni.
Banyak juga roti dan air tin yang dia ambil.
“Blah jelah Li. Tinggalkan asshole ni.” ajak Lucy.
“Serious? Kesian lak kat dia malam-malam buta sangkut kat
RnR…” Aku pandang Lucy meminta kepastian.
“Dia asshole doh, lagipun dia sokong PAS kot..”
“Mana kau tahu?”
tu?”
“Gua nampak wallpaper dia gambo bendera PAS. Babi apa dia
Aku takde pilihan. Lucy dah nekad, lagipun aku tahu minah ni
memang anti-PAS. Lucy tolak brek tangan dan angkat kening pada
aku.
Malam itu, pertama kali dalam sejarah hidup aku tinggalkan orang
kat RnR malam-malam buta. Lucy nampak extra hepi lepas Rasul
takde. Sejujurnya, aku tak sanggup tinggalkan Rasul tadi. Namun,
separuh lagi diri aku juga tak sanggup nak dengar sembang politik dari
Seremban ke JB.
“Kau rasa Rasul cari kita balik tak bila dia sampai JB nanti?” tanya
aku.
“Ah takyah buat semak kepala dok pikir pasal asshole tu. Rilek
dah la…”
Aku angguk, benci benar Lucy pada si Rasul tu. Lucy
kemudiannya buka dashboard dan belek koleksi album aku. Si Eman
punyalah tidur mati sampai tak perasan ada makwe hot hampir-hampir
menghempap badannya.
“Best jugak koleksi lu ni…”
Aku tersenyum bangga. Lucy ambil album Chingichanga dan
pasang. Kami berdua sekali sekala terangguk-angguk mengikut
ketukan dram.
“Eman memang dah nekad tak nak bangun sampai kiamat ke?”
Aku tergelak. Betul juga cakap Lucy, kitorang pasang high volume
pun dia masih maintain dengkur.
Tiba-tiba henfon aku bergetar menandakan ada panggilan
diterima. Tangan kanan aku handle stereng sementara tangan kiri
tengah berusaha keluarkan henfon dari dalam poket seluar. Aku slide
screen dan terus jawab panggilan tersebut.
“Hai Ali…”
Fak! Kereta berpusing sebab aku tertekan brek secara mendadak.
Henfon dah jatuh entah mana pun aku tak tahu. Tangan aku menggigil
macam tengah pegang blower. Kepala Lucy terhantuk pada seat aku
tadi. Eman pulak… aku tak sanggup nak tengok dia.
Aku keluar kereta dan lari lebih kurang 50 meter. Jantung aku
macam nak pecah. Last aku camni masa abang bagitahu mak dah
meninggal tiga tahun lepas. Sial betul, aku jadi lemah. Aku terduduk
atas jalan.
Mujur takde kenderaan yang hentam masa kereta berpusing tadi.
Kalau tak, tak sempat nak balik mengundi. Dua tiga orang yang lalu
pandang aku pelik. Lucy parking kereta ke bahu jalan dan
menghampiri aku.
“Lu apahal?” tanya minah tu. Dia nampak macam bengang dan
konfius dalam masa yang sama. Aku tak tahu nak jawab apa. Dia
nampak tangan aku menggeletar dan dia mencangkung memandang
aku. Aku dan dia duduk kat situ selama lima minit lima puluh lapan
saat.
“Dah ready nak story?” Lucy angkat kening.
“Eman call aku tadi…” jawab aku, lemah.
Muka Lucy tak menunjukkan tanda-tanda terkejut. Dia kekal
tenang. “Pastu?”
“Aku terkejut la apa lagi, Eman yang aku kenal tengah tido kat
sebelah aku kot. Takkan aku nak hepi pulak?” Aku tak boleh kawal
emosi. Tersembur pulak kat minah ni.
“Sori..sori… tapi lu yakin ke yang cakap tu Eman? Lu pun tak
tengok screen masa call masuk kan?”
“Aku kenal la suara Eman. Even dia buat suara orang lain pun,
aku kenal suara dia. Dia kawan aku.”
“Ok kalau camtu, jom kita check Eman dalam kereta tu real ke
tak?” Lucy tarik tangan aku. Aku terpaksa ikut dia. Lucy bukak pintu
kereta dan gegarkan bahu Eman. Lama jugaklah nak sedarkan mamat
tu.
Bila Eman bangun, dia terpisat-pisat dan tanggalkan seatbelt. Dia
keluar kereta dan aku dah mula cuak. Aku maju dan terus kasi
penumbuk kat dia. Badannya terhumban masuk ke dalam kereta dan
kepala dia terhentak kat stereng. Kuat juga tumbukan aku.
Eman bangun, usap pipinya yang kena tumbuk, kepal buku lima
dan tumbuk muka aku. Kali ini giliran aku pulak terjatuh. Eman ludah
hampir-hampir kena kasut aku. “Kau apahal sial?” jerkahnya.
Aku bengang. Aku bangun dan nak tumbuk muka dia lagi sekali,
tapi Lucy tolak badan aku. Mujur ada si Lucy, kalau tak rasanya
adegan kelahi semasa darjah tiga kembali berulang.
Lucy drive memandangkan mental aku tengah koyak dan tak
boleh nak fokus. Dia ajak stop di RnR terdekat untuk cool down
sebelum sambung perjalanan. Aku okey. Jauh kat sudut hati aku, aku
bersyukur sebab Eman kat dalam kereta ni ialah Eman yang real,
bukannya jelmaan setan atau apa-apa jenis makhluk yang
menyerupainya.
Kami stop dekat RnR Ayer Keroh. Eman pandang aku slek. Kami
duduk di sebuah kedai makan dan aku beli sebotol air mineral Spritzer.
Lucy ceritakan semuanya pada Eman. Aku hanya diam semasa
Lucy bercerita.. Rasa tak selesa pulak dengar cerita pasal diri sendiri.
Lagipun Eman sejak tadi asyik pandang-pandang aku. Rasa macam
terancam pulak. Jadi sebelum dia meletup, baik aku blah.
Kaki aku melangkah menuju ke tandas. Dalam perjalanan aku ke
sana, ada seorang pengawal keselamatan yang berjalan
terhuyung-hayang ke arah aku. Dari segi penampilannya, dia macam
baru lepas jatuh longkang.
Dia melambai-lambai aku. Aku toleh kiri dan kanan, memang
betul aku yang dilambainya sebab aku sorang je ada di sini. Bila dia
dekat dengan aku, aku dapat bau nafasnya yang berbau arak itu. Sah
orang tua ni mabuk.
“Hey orang muda.. dari mana nak ke mana ha?” Dia berpaut pada
bahu aku untuk seimbangkan tubuhnya. Aku pegang tangannya dan
alihkan pada tiang berhampiran. Rasa tak selesa pula disentuh orang
yang tak dikenali di tempat yang sesuai untuk buat zina pantas ini.
“Dari sana nak ke situ.” jawab aku sambil tunjuk pada tandas di
depan kami.
“Apa nama kau anak muda?”
“Ali Adam. Kat rumah orang panggil hensem.”
Orang tua itu buat-buat tak dengar jenaka aku. Celaka betul. Aku
pandang uniform putihnya, tertera nama Daudsu Jamaludin.
“Err.. enche Daudsu Jamaludin nak ke--”
“Daudsu Jamaludin tu nama bapak aku. Panggil aku Daudsu
Jamaludin.”
“Baiklah,” kata aku, sedikit bingung.
“Macam mana kau boleh tahu nama aku Daudsu Jamaludin ha
anak muda?”
“Kat uniform tu ada tulis..”
“Kah! Kah! Kah! kepala hotak kau!” Gelak orang tua itu selepas
melihat uniform putihnya itu. Aku tersengih janggal.
“Ini nama kompeni tempat aku bekerja la bangang!”
“Habistu enche bekerja kat kompeni sendiri ke?”
“Siapa kata tu kompeni aku?” Orang tua itu membuntangkan
matanya pada aku.
“Habis kat uniform tu tulis Daudsu Jamaludin. Bukan ke itu nama
enche?”
“Daudsu Jamaludin tu nama bapak aku. Nama aku Daudsu
Jamaludin. Aku bekerja dengan bapak aku.”
“Ohh.. jadi nama betul enche ialah Daudsu Jamaludin Bin Daudsu
Jamaludin?”
“Err… Daudsu Jamaludin Bin Daudsu Jamaludin Bin Daudsu
Jamaludin lebih tepat. Banyak orang konpius nama aku dengan nama
bapak aku, sebab tu kena letak nama atuk sekali…”
“Ohh.. nama atuk bapak enche mesti bukan Daudsu Jamaludin
kan?” aku meneka.
Orang tua tu usap-usap dagu tanda tengah berfikir walaupun aku
tahu berfikir sewaktu mabuk ialah perkara yang paling mustahil sekali
untuk dilakukan.
“Erm.. kalau tak silap. Nama dia Daudsu Jamaludin. Masa kecik
dulu saya panggil dia moyang. Dia pulak panggil saya comel. Tapi
sekarang dah tak panggil camtu dah…”
“Biar saya teka, ini mesti sebab enche dah tak comel kan? Kan?”
“Bukanla bangang. Sebab dia dah mampos. Mana ada orang
yang dah mampos boleh puji orang yang masih hidup!”
Rasa macam celaka pulak berbual dengan orang tua ni. Baru saja
aku nak berambus dari situ tiba-tiba ada tangan yang tepuk aku dari
belakang.
“Ingat saya lagi?”
“Rasul?!”
Menurut REJECTED YOUTH, dia ialah seorang lelaki
straight.Berasal dari Pulau Pinang namun dia tak
suka makan Nasi Kandar dan Pasembur. Kini, dia sedang
struggle bagi menghadapi SPM hujung tahun ini.
Doakan dia berjaya, okey?
Malam Nisfu Syaaban
Rejected Youth
Seingat saya, malam itu ialah Nisfu Syaaban. Namun, berbeza
dengan tahun-tahun yang sebelumnya, Nisfu Syaaban kali ini saya
sambut di lebuhraya bersama tiga hamba Allah yang lain. Tiada
bacaan surah Yassin sebanyak tiga kali berturut-turut, tiada solat
berjemaah bersama para huffaz dan paling penting sekali, tiada
hidangan kambing golek pasca Isya’.
Saya mengenali Eman di Facebook. Rasanya dia yang add saya.
Dia ada post status yang mempelawa sesiapa saja mahu sertai
carpool dari KL ke JB pada malam sebelum hari buang undi. Saya
terus PM dia laju-laju. Dia balas OK dan minta saya tunggu di KL
Sentral. Alhamdulillah, ternyata Allah melicinkan urusan saya kali ini.
Saya fikir mungkin inilah petanda bahawa parti PAS akan memonopoli
Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini. Sesungguhnya Allah S.W.T
sentiasa bersama orang-orang yang beriman.
Hampir 10 minit saya menanti di KL Sentral, akhirnya Eman dan
seorang lagi rakannya tiba. Kami bersalaman dan selepas itu seorang
gadis menyertai lalu kami pun memulakan perjalanan. Saya cuba
berbual dengan Ali (yang pada mulanya saya sangka dia Eman)
berkenaan politik dan ekonomi negara. Macam biasa, saya sampaikan
manifesto PAS kepadanya. Saya anggap ini ialah tugas saya kepada
masyarakat iaitu dengan mengajak mereka untuk mengundi parti
Islam supaya negara kita sentiasa dirahmati dan dilindungi Allah
S.W.T. Gadis di sebelah saya banyak kali juga menyampuk dan
membangkang kata-kata saya. Ada ke patut dia kata saya
penunggang agama?
Dia tu yang tak bertudung dan berpakaian seksi depan ajnabi, itu
kan boleh membawa ke lembah maksiat? Subhanallah. Saya harap
bila saya ada anak perempuan nanti, dia tak ingkar dengan suruhan
agama.
Riak muka Ali pun ada menunjukkan rasa tidak selesa dengan
kata-kata saya. Saya tak peduli. Saya risau mereka ni semua tak
masuk syurga di akhirat nanti. Daripada gaya mereka saja saya dah
tahu mereka ni bukanlah jenis yang gemar ke masjid. Entah-entah
mereka akan pangkah parti dacing esok. Itu yang saya khuatirkan.
Sampai saja di RnR, saya ke tandas sementara Ali isi minyak
keretanya. Namun, selepas saya keluar dari tandas, kereta Ali sudah
lesap. Saya tawaf empat kali RnR tersebut namun, masih tak ketemu.
Basah lencun jubah putih saya dibuatnya.
Benarlah saya dah ditinggalkan mereka. Saya mengucap sambil
mengurut-urut dada. Tak sangka pula mereka tergamak berbuat
demikian pada saya. Sejujurnya, saya kecewa.
Saya terduduk di bahu jalan sambil melihat langit malam.
Subhanallah, cantiknya ciptaanmu ini. Saya tak tahu nak buat apa
ketika ini. Saya mula menadah tangan dan berdoa kepada Allah S.W.T
agar memberi pertolongan kepada saya sekarang ini. Saya mahu
pulang untuk mengundi esok. Masa depan negara dan agama Islam
yang saya cintai ada di tangan saya. Ini bukan perkara main-main.
Saya cuba hubungi Eman berkali-kali. Seperti yang saya
jangkakan, panggilan tersebut tidak dijawab. Lagipun sepanjang
perjalanan tadi, Eman tidur nyenyak. Saya tak salahkan dia. Mungkin
Ali dan gadis itu tak suka dengan fahaman saya. Saya redha dengan
ketentuan ini. Setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin
selepas ini saya perlu berhati-hati supaya tidak mempercayai orang
yang salah.
Saya keluarkan dompet. Ada lagi tiga ratus tujuh puluh empat
ringgit. Perut saya pula berbunyi, lantas saya ke medan selera. Saya
order Nasi Goreng Ayam dan Sirap Ais. Usai makan, saya kembali
risau memikirkan cara untuk saya ke JB. Jika saya tahan kenderaan,
mustahil pemandunya mahu berhenti dan menumpangkan saya
tengah malam begini. Pasti mereka bayangkan bahawa saya ini hantu
ataupun orang jahat. Lebih-lebih lagi dalam keadaan saya yang
berjubah dan berserban ini.
Tiba-tiba, ada dua orang pemuda melintas di hadapan saya.
Walaupun pada mata kasar, dua orang pemuda itu takde rupa pelakon
drama swasta ataupun berbadan sedap, tapi saya tersenyum melihat
mereka. Ia seolah-olah cahaya yang terbit semasa blackout di bilik
kiraan undi PRU 5 tahun lalu.
Saya ialah manusia paling dungu sekali di atas muka bumi
ciptaan Allah S.W.T jika saya mempersia-siakan peluang keemasan
ini. Lalu, saya pun ekori mereka sehingga ke lori yang diparkir jauh
daripada medan selera tadi. Patutlah saya tak nampak sebarang
kenderaan pun.
Enjin lori dihidupkan. Depan mata saya sekarang ada
berpuluh-puluh sangkar ayam. Bau tahi ayam berlumba-lumba
membuli bulu hidung saya.
Saya berkira-kira sama ada mahu naik ke atas lori tersebut atau
tidak. RnR kata pergi, ayam kata mari. Sehinggalah tayar lori tersebut
berpusing kali ke dua belas, baru saya terhegeh-hegeh mengejarnya.
Mujur saya sempat naik dan ayam-ayam di sekeliling saya tidak
memekak. Saya menadah tangan bersyukur ke atas pertolongan yang
Allah S.W.T berikan. Selepas itu, dengkuran saya menjadi musik rasmi
perjalanan ayam-ayam tersebut pada malam itu.
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
ZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZZ
Rasanya dah banyak Z kot untuk gambarkan betapa lenanya tidur
saya ditemani selori ayam. Lagipun kalau saya penuhkan sehingga
satu page, barangkali saya akan dikutuk para sasterawan ataupun
dibahan warga medsos.
Saya terjaga apabila brek tangan ditarik si pemandu lori. Derap
kakinya semakin jelas kedengaran. Itu bermakna dia semakin hampir.
Saya cuba membatukan diri dan berzikir tanpa mengeluarkan
sebarang bunyi.
Tiba-tiba cahaya menyimbah muka saya. Tergamam saya
dibuatnya. Dua orang lelaki berdiri sambil memandang saya. Salah
seorang daripada mereka berkata celaka dan selepas itu saya tak
berapa ingat sangat apa yang berlaku. Saya berlari sekuat hati dengan
jubah yang ditarik sehingga ke paras lutut. Ada beberapa tendangan
yang hinggap namun saya tetap tidak berputus asa. Mereka berdua
memaki hamun saya berbaldi-baldi.
Akhirnya, saya berhenti di sebuah tandas awam untuk
melepaskan lelah. Takde orang di situ ketika itu. Saya menghela nafas
lega. Rasanya saya di Melaka, atau lebih tepat lagi RnR Ayer Keroh.
Barangkali sekarang ini sudah jam 3 pagi. Suasana sunyi sepi.
Tiba-tiba saya terdengar suara dua orang lelaki. Saya menyorok
di dalam satu kubikel tandas. Takut-takut jika pemandu lori tadi masih
tak berputus asa memburu saya. Setelah saya amati, suara salah
seorang lelaki itu seperti pernah saya dengari sebelum ini.
Saya keluar dan saya lihat Ali dengan muka terkejutnya,
memandang saya.
“Rasul?”
Saya balas pertanyaan itu dengan satu tumbukan ke mukanya.
Dia terjelepuk jatuh ke lantai. Panas hati saya melihat muka yang
meninggalkan saya beberapa jam yang lalu. Ada seorang pengawal
keselamatan cuba menahan saya daripada membelasah Ali, namun
penumbuk saya pula menerjah mukanya. Dia pengsan dan bergolek
sehingga masuk ke dalam longkang.
Ali menggosok mukanya. Muka dia macam nak menangis.
“Mana yang lain?”
tanya saya.
Ali tuding jari ke belakangnya. Saya tarik bajunya dan paksa dia
mengekori saya. Saya fikir dia seorang yang brutal, rupanya tidak.
Sampai saja tempat yang dikatakannya, saya berang. Mana ada
manusia kat situ. Dia nak tipu saya lagi?
Ali ke sebuah meja dan ambil dompetnya. Kata dia, kunci kereta
dia dah hilang. Dia berlari ke tempat parkir dan saya membontotinya.
“Fak! Kereta aku!”
Rupanya Ali pun senasib dengan saya. Dia kena tinggal dengan
Lucy dan Eman. Mungkin ayat “Allah bayar cash” boleh apply h apply untuk untuk
situasi sekarang ni.
Dia mencangkung dan menumbuk-numbuk tar. Saya mengurut
belakang dia dan menenangkannya. Saya rasa nak berceramah
kepada dia tapi dia sudah suruh saya diam.
Tak lama selepas itu ada lebih kurang lima belas bas ekspres
datang sekaligus. Tandas awam menjadi tumpuan beratus-ratus
penumpang yang hendak melepaskan hajat. Ali tersenyum
memandang saya. Dia dah minta maaf kat saya dan saya pun dah
lama memaafkannya. Ya memang tipikal tapi itulah apa yang Islam
ajar. Dendam itu jika disimpan di dalam hati, nescaya hati kita akan
menjadi hitam.
Kami berdua menghampiri sekumpulan pemandu bas ekspres
yang sedang menghisap rokok.
“Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh…”
“Waklaikumsalam,” jawab seorang daripada mereka.
“Dari tadi say a tunggu bas ekspres datang, satu pun takde. Pelik
juga saya malam sebelum hari mengundi satu kenderaan pun tak
singgah RnR ni…”
“Jem teruk tadi. Kami ni pun berhenti kejap sebab ramai
penumpang nak ke tandas. Orang semua nak balik cepat, tak tahan
hadap jem…”
“Ohhh… patutlah.”
“Kamu berdua ni kenapa tunggu bas ekspress? Kena tinggal
bas?”
“Aah bang, kitorang kena tinggal bas tadi.” sampuk Ali. Saya
memberikan pandangan “Menipu itu berdosa” kepadanya namun dia
buat tak endah saja.
“Ohh… kalau gitu boleh la tumpang, tapi duduk kat tangga bas?
Mahu?”
“Boleh bang. Boleh…boleh takde hal,” pantas Ali menjawab.
Selepas semua penumpang masuk, kami berdua duduk di tangga
bas. Aku baca doa tidur dan terlelap di situ. Ali pula aku tak tahu apa
dia buat, cuma aku ada terjaga masa dia menjerit “Bang stop bang!
Stop tepi jap!”
Dia keluar dari perut bas, dan aku sambung tidur.
HUJAN tak kisah jika pembaca mahu andaikan
dirinya sebagai cuaca atau band indie terkenal. Mengaku
bahawa dirinya ialah seorang listener yang baik dan obses
terhadap warna kuning. Minat Mayday Parade,
LOTR / TheHobbits, bass guitar serta secawan
kopi yang bersalam dengan embun pagi.
Lucid Raven
Hujan
Aku mengetuk-ngetuk meja makan dengan irama dondang
sayang nyanyian entah mana perempuan aku tak ingat, sementara
tunggu Ali. Aku capai henset ewww Samsung kebanggaan aku lalu
aku check Twitter. Makin ramai yang retweet tweet aku pasal carpool
balik mengundi ni. Inilah masanya aku nak jadi twitpemes dan
dapatkan kuasa viral lepastu aku boleh kecam semua orang dekat
twitter tu. Termasuk Bob yang dulu pernah curi eskerim aku kat kantin
sekolah masa rehat. Taguna.
“Oi, Ali. Lama lagi ke?”
“Kejap, aku lupa kunci kereta kat mana.”
Haaa inilah sebab kenapa aku wajib duduk dengan Ali secara
percuma. Sebab dia ni pelupa tahap orang tua yang ada Alzheimer.
Selain mak dia, hanya aku je yang boleh cari barang yang dia cari tu
atau benda-benda yang dia sering lupa termasuk jantina dia. Jadi
khidmat dan bakat aku ni bukan calang-calang, berbaloi dia serupa
kau ada bini yang jaga kau. Kadang aku terfikir jugak, kalaulah aku ni
perempuan, konfem aku cun dia mesti nak kawin dengan aku. Tapi
aku straight lagi, aku sayang awek aku. Walaupun awek aku ni ahli
sihir dari era Victorian (bukan peminat fanatik Harry Potter) tapi dia
baik, suka bagi kucing makan. Aku suka kucing ke aku suka dia?
“Kunci ada tergantung belakang pintu tu, cari la pakai mata.” Aku
teruskan menaip, menghantar waksep pada Raven. Satu tick. Dah 3
minggu macam ni, apa salah aku pun aku tak tahu. Perempuan
memang kusut, bila call tak angkat, text tak reply. Apa salah aku?
Kadang aku sendiri tak faham dengan perempuan ni.
“Mungkin kau lelaki yang tak berduit. Sebabtu dia tinggalkan kau.
Cuba jadi macam aku.” Seolah-olah dapat membaca fikiran aku, Ali
menjawab sambil menyarung kasut Vans Pa’din Musa. Vans tu fevret
aku, tapi dia dah beli dulu. Sebab aku takde duit, jadi betul lah cakap
dia. Mungkin sebab tu Raven tinggalkan aku macam tu je. Aku
diamkan diri tanpa menjawab lalu turut menyarung kasut dan berlalu
masuk ke dalam kereta di tempat penumpang. Cis, bau rokok dia. Aku
tak merokok, sebab tak ada duit satu hal, sebab aku gentle satu hal.
“Kau pahal tak pergi carwash dulu, cuci kereta ni?”
“Buat apa?”
“Lucy.” Pendek kata aku. Aku malas nak terang panjang lebar
memandangkan mood aku yang tiba-tiba sendu lepas terfikir diri aku
yang tak pernah yang berbakti pada sesiapa. Mungkin aku boleh
berbakti pada tanah semasa aku mati nanti. Jasad aku boleh mereput,
lalu jadi baja dan seterusnya menyuburkan apa-apa jenis pohon
berbunga atas kubur aku nanti. Ulat pun suka. Ah, aku dipres.
“Lucy?” ternyata dia masih tak faham. Bab-bab wanita memang
dia lembab, sebabtu dia single sampai sekarang dan mengharapkan
aku menjaga dia macam seorang isteri yang duduk di rumah
menunggu kepulangan suami di muka pintu dengan senyuman
pura-pura kerana si isteri hanya ceria ketika dia disuap emas.
“Kan ada sorang awek ni naik sekali dengan kita balik ngundi.
Lagi sorang tu pak ustaz tapi bukan ustaz yang ceramahkan si Paiz
Roslin tu. Hashtag jangan lawan cakap ustaz.” Dia hanya mengangguk
faham tapi aku masih yakin dia tak faham. Tak apalah, maafkanlah
dia.
Aku dah cuba sedaya upaya nak carikan dia peneman hidup
macam yang mak dia dah amanahkan dekat aku. Ramai jugak yang
aku dah kenenkan dengan dia tapi semua tak tahan lama so aku harap
dengan adanya Lucy ni plan aku berjayalah. Ikutkan plan sebenar,
bukan Lucy yang naik dengan kitaorang, sepatutnya Kamal. Dia kerja
sebagai mekanik jadi alang-alang dia mekanik tu memang cukup pakej
la kalau-kalau kereta buat hal tepi jalan aku boleh harapkan dia. Nak
harapkan Ali, dia reti betulkan rantai basikal je.
Kira Lucy ni muncul disaat-saat akhir dalam plan aku tu dan aku
rasa ni peluang terbaik untuk dapatkan Ali seorang peneman hidup dia
sebab dari cara aku tengok Lucy ni, dia memang boleh masuk dengan
Ali. Kalau tak percaya kau bacalah balik part Ali tadi, konfem dia boleh
masuk dengan Lucy yang memang satu dunia dengan Ali. Jadi, aku
terpaksa kata Kamal yang aku tak jadi mengundi sebab aku yakin PH
akan menang.
Aku periksa sekali lagi telefon bimbit aku, dengan harapan Raven
akan balas 150 mesej yang aku hantar sejak 3 minggu lepas dan
menelefon aku semula dengan mengatakan yang dia tertidur selepas
menyiapkan posyen sihir yang dia baru belajar. Tidur selama 3 minggu
menjadi alasan dia, aku rela terima. Asalkan dia datang balik pada
aku.
“Kita nak tunggu diorang kat mana ni, Eman?”
“Kau berhenti je tepi McD area tol sana, diorang ada tunggu kat
situ.”
Dengan sekali anggukan Ali pun bergerak memecut ke dalam
kesunyian malam yang hanya ditemani lampu-lampu jalan dan lagu
indie dari kaset yang dipasangnya. Ali memang suka lagu-lagu macam
ni, underground atau apa-apa benda gig semua dia sukalah. Aku
hanya merenung kosong keluar tingkap sambil perlahan-lahan
membenarkan lembaga sehalus asap menari-nari masuk
seindah-indahnya dan dengan grotesk, ia mula mengawal minda.
Kelopak mata aku tertutup sendiri bagai pipi-pipi halus bunga yang
menguncup saat matahari mulai meninggalkannya. Lembaga itu
berkata, kau harus tidur dan biarkan aku membawa kau ke tempat
biasa kita. Aku bertanya dimana? Ia tidak menjawab, namun ia
berbisik. Kau hidup dalam mimpi dan realiti kau tidur.
“Eman…”
“Eman…”
“Eman…”
Tiga kali suara yang datang dari entah mana itu berbisik.
Suaranya indah sehinggakan nama aku yang sebaris dan seringkas itu
kedengaran seperti puisi ketika dia menyebutnya. Sebutlah lagi, andai
nama aku itu seolah laut yang menyanyikan nada ombak dan
memanggilmu setiap kali kau sunyi. Kau ingin lemas dan menyelami
rasa mati tapi kau sendiri pasti akan rindu pada bulan yang cahayanya
menari dipermukaan air. Seolah berada di dalam suatu ceritera
ernaratif aku mulai mendengar suara itu menyajikan aku dengan
bahasa-bahasa indah ketika aku mula memasuki alam yang dibawa
oleh lembaga tadi. Bahasa yang aku guna kini berubah, bagai tempat
ini punyai kamusnya sendiri dimana tiada lain selain bahasa yang kau
baca kini.
“Eman… datang dekat lagi. Ini aku, Raven.”
Raven? Mana kau? Aku ingin berteriak namun tiada seforte bunyi
pun yang keluar dari kerongkongku. Aku cuma boleh bercakap
seolah-olah akulah narrator dalam cerita ini, yang berbicara sendiri,
terasa sunyi. Aku melangkah lagi di dalam alam yang samar-samar.
“Ya… dekat lagi.” Oh, suaranya. Aku rasa aku akan hilang akal
jika sekali lagi dia memanggil.
“Eman…”
Alam yang samar-samar tadi kini terang semacam ada satu
tangan yang memetik suis lampu bilik. Ruang itu kini dipenuhi dengan
kepulan asap lilac yang datangnya dari asap berkepul-kepul keluar
dari setiap bibir botol berlainan dan kemudian bercampur sehingga
terhasilnya warna seindah ini. Namun jika aku fokuskan lensa mata,
ianya iridesen. Asap itu iridesen, dan kemudian terlihat bayang Raven
keluar dari kepulan asap itu bagai dia seorang puteri ais yang keluar
dari timbusan salji-salji diiringi haba sejuk yang merangkul setiap inci
tubuhnya yang ramping persis bidadari. Aku tak pernah melihat
bidadari untuk aku berkata begitu namun pada aku, Raven sudah
cukup menggambarkan cerminan seorang bidadari, agak ku.
“Kau datang juga. Lama aku tunggu, baru kali ini kau
membenarkan aku masuk ke dalam mimpi kau.” Raven tersenyum
penuh makna lalu menyentuh halkum ku. Tidak semena-mena aku
dijentik satu rasa arus elektrik, memberikan aku satu tarikan nafas
seperti orang yang lemas kini mendapat udara. Tiba-tiba aku boleh
bersuara, tapi masih bernaratif.
“Raven…” kataku dengan perlahan. Dia tersenyum. Oh, gila.
Senyuman dia melambaikan pohon dan menerbangkan si burung
layang-layang.
“Mana kau pergi?”
“Aku…” Raven memusingkan badannya dari aku dan tertunduk
diam seketika sebelum menyambung.
“Aku ditelan waktu, diculik mimpi dan himparkan kesini.”
“Maksud kau?”
“Realiti mencemburui kita. Katanya aku tak layak wujud, kerana
aku hanya fiksyen yang mengalir halus dalam minda galau kau.”
Aku memandangnya dengan satu kerutan di dahi, menyantumkan
setiap persoalan di benak namun jawapannya masih tidak melintas jua
di jambatan kerutan dahi itu.
“Apa maksud kau? Kau hanya fiksyen?”
“Ya. Aku hanya gadis yang mengubat kau dengan posyen.
Menemani kau ketika gelap ingin berduaan dengan kau. Aku muncul
ketika kau rasa diri kau hanya manusia sepi, hanya lelaki yang tak
punya apa-apa.”
“Tapi kau… wujud. Siapa yang berani kata yang kau ni fiksyen?”
Raven tergelak kecil. Dia memandang aku lalu berkata, “Disini
kau harus menjaga bicara. Bahasa kau guna itu asing sekali.” Aku
menyumpah di dalam hati penuh berpuitis lalu menyusun kata dan
bermain dengan huruf-huruf yang selama ini aku belajar di dalam
kelas sastera.
“Sebutkan, apa makna bila kau dilafazkan sebagai sebuah
fiksyen?”
“Andai menyatakannya semudah sebaris puisi, akan aku tulis
sekarang juga. Realiti mencemburui kita, Eman.”
“CELAU! Sarau apa kita hingga tercampak ke sini?”
“Tenang, mimpikan yang tenang,” dia menyentuh pipi aku.
“Marilah keluar…” rayu aku pula, semacam kanak-kanak yang
memujuk si emak pulang ke rumah. Raven hanya tersenyum kelat
sambil menggeleng perlahan. Serasa ada air jernih dingin mula
membentuk sungai kecil di pipi aku namun laju disambar tangan
Raven, lembut.
“Aku tak mampu, Eman. Sunnguh, realiti mencemburui kita.”
“Kau ulang perkara yang sama! Terangkanlah!” tiba-tiba aku
menengking, tapi Raven tetap tenang.
“Ada satu gagak terbang malam malam, memerhati. Belatuk
hilang dari sangkar tuan, bukan pohon yang diketuk, tapi kaca cermin
yang membahukan kepala kau.”
Raven kian hilang bagai badannya mulai bertukar menjadi
asap-asap lilac apabila dia berkata begitu seolah-olah ayat yang
disebutnya adalah mantera yang boleh menghapuskan kewujudan dia
dari sisi aku. Aku mencapai-capai kepulan asap itu bagai ingin
mencantum-cantumnya kembali supaya menjadi sebentuk badan
Raven.
“Ada satu gagak terbang malam malam, memerhati. Belatuk
hilang dari sangkar tuan, bukan pohon yang diketuk, tapi kaca cermin
yang membahukan kepala kau.”
“Ada satu gagak terbang malam malam, memerhati. Belatuk
hilang dari sangkar tuan, bukan pohon yang diketuk, tapi kaca cermin
yang membahukan kepala kau...”
Tiga kali dia ulang ayat itu sebelum dia benar-benar hilang dari
pandangan. Aku terduduk dan menggeleng beberapa kali. Susah
untuk aku hadam, tapi serasa tempat ini tiada lainnya dengan alam
realiti. Mungkin inikah yang dimaksudkan dengan Raven? Realiti
mencemburui kami sehingga alam mimpi seperti ini menjadi dunia
baru?
“Belatuk itu ada pesanan untuk kau, rungkaikanlah segala runsing
dan hapuskanlah masyghul di dalam dirimu. Benarkan si belatuk
mengetuk, benarkan ia bertemu Eman.”
Entah dari mana suara itu datang, ia bukan suara halus dan indah
milik Raven yang menemani aku tadi. Aku bangkit lalu kaki aku
membawa aku menyelusuri tempat asing itu, terkadang aku
menyumpah kakiku sendiri kerana bergerak tanpa izin. Tiba-tiba
sekeliling aku terasa berpusing-pusing lalu berhenti.
“Apahal ni sia, dalam mimpi pun nak kena buat pusing-pusing
macam ni ke?”
Aku rasa macam orang gila, bercakap seorang diri, memarahi
kaki dan juga diri aku yang mencipta ruang mimpi merapu sebegini.
Tapi aku ingin berjumpa dengan Raven lagi, belum puas aku bertemu
dengan dia. Tak sempat lagi aku nak bagitahu dia yang berus gigi dia
tinggalkan kat rumah aku terjatuh masuk dalam mangkuk tandas, tapi
aku tak buang. Aku nak pesan kat dia jangan guna berus tu nanti kalau
datang rumah aku lagi. Aku melangkah lagi dengan harapan ada
kepulan asap lilac di mana-mana sudut dimensi tersebut.
“Raven...” aku cuba memanggil dengan angan dia menyahut
kembali menggunakan suaranya yang merdu dan masih menari-nari di
persinggahan telinga aku.
“Raven?”
“Raven…”
Semakin lama suara aku semakin kedengaran seperti
merayu-rayu menginginkan dia ada di situ, mengusap dan
menyantaikan aku dengan suara dia kerana sentuhan dan suara dia
masih meninggalkan kesan pada setiap saraf badan aku. Aku rasa
ingin menjerit kerana kata-kata dia kini menghantui aku pula. Apa yang
dimaksudkan Raven dengan berkata bahawa dirinya adalah sebuah
fiksyen?
Fiksyen? Sulaman otak mula aku kerahkan supaya tidak makan
gaji buta. Adakah yang dimaksudkan Raven dengan ‘sebuah fiksyen’
adalah dia ingin mengatakan bahawa dirinya itu tak wujud sama sekali?
Bahawa dia adalah khayalan yang aku cipta atas rasa galau dan
berlandaskan dipresyen yang aku hidapi selama ini? Masuk akal.
Kerana kali terakhir aku mencipta karakter di dalam hidup aku adalah
ketika aku berumur 10 tahun, ketika itu aku mempunyai kawan
imaginasi bernama Honar namun dia lebih tertarik pada Sarah jadi dia
pergi pada Sarah. Namun disebabkan kejadian yang terjadi itu, aku
kini bersahabat dengan Ali.
Tapi aku tak mahu Raven pergi. Biarlah dia hanya pigmen dari
mimpi-mimpi mahupun sebahagian dari sisi skizo paranoia, aku rela.
Asalkan dia tinggal dengan aku, dan relakan dia diami diri aku
sepenuhnya. Raven, tinggal lah selama mana yang kau mahu, biarlah
realiti hancur sekalipun dan biarlah kewarasan aku jadi taruhan untuk
kewujudan kau terus hidup, aku sanggup. Perlahan aku sebut dalam
hati, harapnya Raven dengar.
“Eman…Eman! Eman… bangun!” suara siapa ni? Tak sesedap
suara Raven, aku rasa sakit hati bila suara itu pula yang datang. Aku
terasa badanku digegar dan suara itu terus-terusan memanggil aku
untuk keluar dari sini. Aku malas nak bangun tapi suara itu
membenakkan lalu aku pun buka mata dengan terpisat-pisat melihat
Lucy yang mengejut aku. Lucy menunjukkan riak wajah yang aku
sendiri tak mampu nak tafsir. Aku tengok kereta yang tersadai di bahu
jalan dan Ali dengan muka pucat sedang duduk di atas jalan. Apa
benda jadi ni sia? Aku kusut.
Aku buka seatbelt dengan jengkel lalu mengangkat kepala pada
Lucy dengan satu suara invisible bertanya ‘apahal?’. Lucy diam, tapi
tiba-tiba satu tumbukan keras tepat mengenai pipi aku, betul-betul
tempat dimana Raven usap dalam mimpi tadi. Aku gerakkan lidah
pada dinding pipi di dalam mulut, merasa luka yang terhasil
disebabkan oleh tumbukan yang melagakan ruang dalam pipi dan gigi.
Aku tersengih sebentar sambil mengusap tempat berharga yang
sudah hilang jejak tangan lembut Raven.
Tanpa buang masa aku mula lipatkan jari ke dalam tangan dan
menumbuk Ali. Aku menyumpahnya dan menyumpah diri aku kerana
aku hilang kontrol. Ali kawan baik aku, tapi Raven lain. Aku marah
dengan diri sendiri sebab tak reti membezakan antara kemarahan aku
ni sedang dilepaskan atau kemarahan untuk membalas perbuatan dia
sahaja. Aku ludah dia.
“Dah, dah. Korang tak payah gaduh sini. Kita masuk kereta, kita
setel tempat lain.”
“Kau nak setel apa lagi?”
“Rilek, benda boleh explain. Kau masuk je dalam kereta.”
Aku masuk semula dalam kereta dan Ali mengikut, tapi dia duduk
di belakang untuk membiarkan Lucy yang memandu. Dia ingat dia
sorang je yang koyak? Aku menyumpah lagi dalam hati, tapi kali kini
dengan cara lebih berpuitis kerana kata-kata Raven masih
terngiang-ngian dalam kepala. Aku teringat pula pesan Raven tentang
gagak dan burung belatuk. Aku pandang belakang melihat Ali untuk
bertanyakan soal kedatangan burung kalau-kalau dia ada nampak,
tapi aku batalkan niat bila pipi aku berdenyut. Sekali lagi aku
menyumpah dengan sepuitis-puitisnya.
Sesampainya di RnR, Lucy menceritakan segalanya pada aku.
Aku perlahan-lahan cuba nak hadam tapi otak aku masih ketagih
dengan Raven jadi aku hanya iyakan saja sambil sekali-sekala
memandang Ali dengan keinginan untuk bertanyakan pasal seekor
burung yang mencari aku.
“Habis, mana pak ustaz tu sekarang?” aku berbasa-basi. Dalam
hati, aku nak pergi pada Ali dan lepaskan hasrat aku nak bertanya.
Aku rasa despret.
“Kitorang tinggal je dia dekat sana… padan la muka dia.”
“Kau tak rasa yang call tu dia?”
“Maksud kau… pak ustaz tu tiru suara kau?” aku angguk,
kemudian Lucy menggeleng. “Tak mungkin, Ali sendiri dah konfemkan
yang itu memang suara kau. Bukan suara buatan orang lain.”
Aku hanya angguk faham dengan satu rasa kagum dan terharu
dengan Ali. Hilang sekejap rasa marah yang bercampur dengan satu
titik keliru dalam gumpalan amarah aku lalu sekilas aku pandang Ali
sekali lagi dengan harapan Lucy boleh meninggalkan kami dan biar
aku bercakap dengan Ali seorang. Tapi Ali pula yang mengangkat kaki
meninggalkan tempat itu, menuju ke tandas di hujung bangunan yang
terlindung sedikit dengan sebuah pohon.
“Kau marah lagi ke dengan Ali?”
Aku pandang Lucy. Kau gila ke nak marah lama-lama dengan Ali
tu? Dia je la yang aku ada, yang boleh aku harapkan. Tapi aku hanya
cakap dalam hati dan balas soalan Lucy tu dengan gelengan.
“Kau percaya pada alam mimpi?” soalku tiba-tiba sehingga
membuatkan Lucy memandang aku dengan pandangan yang
menjelaskan bahawa dia ingin aku ulang soalan itu semula.
“Kau percaya… pada alam mimpi?” aku ulang. Lucy terkebil-kebil
kemudian dia memandang lantai. Soalan aku ni drastik sangat ke,
esentrik sangat ke sampai macam tu sekali reaksi dia tak mampu nak
jawab benda simple.
“Macam lucid dreaming?” tiba-tiba Lucy bersuara, giliran aku pula
termangu.
“Boleh la, tapi lain. Lucid dreaming bukan alam mimpi yang aku
nak sampaikan.”
“Jadi, maksud kau dengan alam mimpi tu macam mana?”
“Kau percaya realiti terkadang mencemburui kau, jadi kau mula
mencipta mimpi…?”
“Kau jumpa Raven?”
Ah sudah, kali ni giliran aku pulak bangun dari kerusi dengan
muka terkejut yang kali terakhir aku ingat aku tunjukkan reaksi
sebegitu 2 tahun lepas. Aku taknak ingat sebab apa. Perlahan-lahan
aku mengundur kebelakang sambil dipandang oleh Lucy dengan
wajah yang tersenyum sinis. Lucy pun bangun tapi aku dah sedia nak
lari.
“Jangan lari, kau rilek dulu.”
“Mana kau kenal Raven? Ali ada cerita dekat kau ke?”
Lucy hanya ketawa. “Kau percaya ke pada si Ali tu? Kau yakin dia
tu jenis kawan sampah yang kau nak percaya?” Sekarang aku rasa
nak speak perempuan ni tapi aku bukan dayus, walaupun dia cakap
macam tu pasal Ali.
“Aku tahu mana Raven.” Lucy menyambung lagi dan kali ini
seolah-olah anjing yang diberi tulang aku mendekat pada dia.
“Mana Raven!?”
“Aku tahu mana dia, tapi kau kena ikut aku dan tinggalkan Ali.”
“Eh kau siapa nak suruh aku tinggalkan Ali? Kau menumpang je
tau kereta tu.”
“Aku tahu mana Raven…” Wajah Lucy kini berubah semacam
seriau dilihat dengan bawah mata yang kian menghitam dan
pandangan dia gelap memandang tepat mencari ekor mata aku.
“Kau… haa mana Raven kalau kau tahu sangat dia?”
“Aku tahu mana Raven…”
“Betul kau tak tipu ni?” Ayat dia mulai bertukar macam mantera,
buat aku rasa yang aku nak pergi cari Raven dan tinggalkan Ali
sekarang. Waras Eman, waras! Aku marah diri sendiri sebab fikir
macam tu.
“Aku tahu mana Raven…”
“Aku tahu mana Raven…”
“Aku tahu mana Raven…”
“Kau siapa!?”
“Gagak hitam!”
Aku tak ingat apa yang jadi, tapi secara totalnya minda aku terus
hilang macam dikawal dan aku hanya mengikut Lucy atau gagak hitam
menaiki kereta Ali, meninggalkan Ali sendirian di RnR.
Even masyarakat sering gelarkan HIDAYATUL IMAN
sebagai seorang lelaki, dia kekal tenang. Antara hobinya
ialah makan Kebab, layan Youtube dan tidur. Jika ada
malaikat ‘rajin’ yang bertenggek di bahunya, barulah
dia akan paksa dirinya untuk menulis.
Bunyi-Bunyian Dalam Kepala
Hidayatul Iman
Aku benci public transport. Mungkin wujudnya manusia yang
sukakan kawasan-kawasan yang hiruk dengan manusia lain, tapi
tidak aku. Aku benci. Kadang, mereka ini suka memerhati gerak-geri,
perangai orang keliling. Macam yang biasa kita baca pada barisanbarisan
puitis, penulis menggambarkan situasi di sekelilingnya.
Mungkin penulis sedang lepak di kafe mewah, sambil tekak dibasahi
kopi yang juga mewah yang pada aku tak logik langsung harganya.
Sambil menghirup kopi, penulis menggambarkan sepasang
kekasih sedang menyulam cinta, calit kek coklat pada hujung hidung
Priya. Penulis selitkan adegan sekumpulan remaja bersama laptop,
kononnya sedang siapkan esaimen meskipun kita semua sedia
maklum, mereka hanya mahu cantikkan feed instagram.
Aku benci tempat seperti itu. Tambahan pula bila aku lupa
bawak sepasang earphone penyelamatku. Dunia ini terlalu bising bagi
aku. Aku benci, benci dengan apa yang aku dengar. Suara-suara
yang tidak sepatutnya didengari oleh manusia kecil seperti aku. Suara
yang tidak sepatutnya didengari oleh sesiapa pun.
“ Why am I hearing their voices when they are not even
speaking to me, Ma?” Soalan aku tidak pernah terjawab. Ma bahkan
menghantar aku ke therapist, kononnya dengan harapan dapat
menjawab segala soalan aku. Ya, aku belajar untuk kawal diri aku,
segala pil sampah semua yang direkomen semuanya aku telan tapi
suara-suara sialan itu masih aku dengar, hingga ke hari ini.
“Lucy, kau nak tak join aku dengan Ali sekali balik JB untuk
mengundi ni?” Eman memegang belakang kepalanya sambil
il
memandang aku yang baru je lepas tanggal earphone dari telinga.
“Kalau perempuan ni ikut, senang sikit settle duit minyak
dengan tol.” Aku tersenyum mendengar suara fikiran Eman.
“Siapa Ali?” Sengaja aku tanya pada lelaki di hadapanku ini.
Eman ni complicated sikit. Suara fikirannya tak selalu dapat aku
fahami. Kadang kepalanya memikirkan lirik lagu band retro yang tidak
aku tahu namanya. Kadang kepalanya memikirkan seorang
perempuan nama Raven.
“Alaaa, Ali tu member aku. Rumah yang aku duduk
menumpang tu rumah dia lah. Mamat yang selalu duduk berkepit
dengan aku tu. Aku ni dah macam bini dia dah.”
“Lawa jugak Lucy ni kalau pandang dekat -dekat. Senang aku
nak kenenkan dengan Ali.” Aku terbatuk mendengar suara Eman.
Sialan punya lelaki. Ada hati nak main cupid dengan aku. Dasar
jantan. Aku memasang kembali earphone pada poket telinga,
cukuplah. Tak selera aku nak dengar fikiran jantan ni.
Dengan membelakangkan dendangan lagu dari earphone,
aku hanya mengangguk memandang Eman.
“Text aku bila kau nak bertolak
olak and tunggu mana. Aku nak balik.”
Dengan itu, aku berlalu pergi meninggalkan jantan itu.
Memandangkan aku pun memang benci public transport, tak salah
rasanya kalau balik JB ni aku tumpang diorang.
Pada malam tu, seperti yang dah di-plan oleh si Eman, dia
dan Ali akan tunggu di area McD berdekatan tol, so tepat jam 10
malam aku memang sudah terpacak di situ dengan beg balik
kampung saiz gajah. Seperti biasa, earphone melekat di telinga,
Nothing by Rex Orange Country bermain. Memang sesuai lah lagu ni,
aku akan terus mainkan seluruh album untuk malam ni sebagai
background sepanjang perjalanan.
Tak lama selepas itu, sebuah kereta myvi silver dengan
nombor plat yang tak dapat aku beritahu di sini dek kerana menjaga
privasi tiba. Aku memandang pemandu setelah tingkap kereta tibatiba
dibuka sambil pemandu mengebas tangan seakan-akan
menghalau sesuatu. Gila ke apa mamat ni? Aku menanggal
earphone.
“Takkan lah burung tu bercakap. Kegilaan apakah? Aku salah
dengar je ni.” Aku terdiam mendengar suara fikiran pemandu tersebut.
Kelihatan seorang lelaki berjubah putih jalan berdekatan dengan
kereta. Jual murukku ke apa? Bukan main lagi pakai jubah bagai.
Hah sudah. Si Jubah Putih tu masuk pulak ke dalam kereta.
Aku jalan menghampiri kereta myvi tersebut, kepala menjengah ke
arah pemandu.
“Ini ke awek yang nak ikut balik JB tu? Boleh tahan.” Ini lah
antara sebab kenapa aku tak suka dengar suara mereka. Mungkin ya,
dengan anggapan tiada siapa yang mampu mendengar, ramai
memilih untuk membiarkan kepala terus meliar tanpa ada batas.
Kalau boleh petir lelaki depan aku ni, percaya lah pastinya dia sudah
rentung.
“Yes?” Tanya lelaki itu.
“Ali?” Tanyaku. Mataku mencari Eman dan kelihatan jantan itu
sedang tidur lena di seat sebelah Ali. Si Jubah Putih tu dah amik seat
belakang. Rimas.
“Ha’ah, masuk lah. Kawan Eman kan?” Tanpa segan silu, aku
pun masuk ke dalam perut kereta setelah meletakkan beg di dalam
bonet. Beg galas aku bawa masuk bersama. Tok Imam sebelah aku
dah pandang atas bawah. Ya, mungkin aku tak perfect, terdedah sana
sini kata orang. Tapi lupa ke Tok Imam, yang menundukkan
pandangan hukumnya sama je dengan menutup aurat, WAJIB. Dasar
munafik.
Meskipun suasana di dalam kereta ketika itu senyap dek
kerana tiada seorang pun yang ingin membuka bicara, aku masih
mampu mendengar suara fikiran tiap seorang di dalam kereta. Si
Jubah Putih dok sibuk fikir pasal nisfu sya’ban. Si Ali pula fikirannya
melayang ke lirik-lirik lagu yang sedang dimainkan dalam kereta.
‘www’ dari Bayangan. Nice.
“Nama kau apa?” Tanya Ali sebelum
elum sempat aku sumbat
earphone.
“Lucy.”
“Tinggal kat dalam jamban ke?” Apa jadah mamat ni? Kalau
bukan sebabkan aku boleh dengar suara fikiran dia, aku konfem tak
dapat tangkap lawak Lucy in The Loo mamat hambar ni. Kamon lah,
lama gila dah band tu terbubar. Tak reti move on ke? Aku tergelak
kecil sebagai balasan. Aku biarkan telingaku terdedah. Atas highway
yang tak banyak kereta ini, suasana terasa kurang padatnya. Aku
memandang ke luar tingkap kereta teringatkan adikku Raven yang
terkurung di basement rumah.
“Kamu kerja apa kat Kuala Lumpur ni?” Tok Imam sebelahku
mula berbicara. Laju saja suara fikiran Ali memikir apa hendak
dibalas.
“Biasa biasa je, kerja kerani.” Jawab Ali, mata masih fokus
pada jalan.
“Cukup ke gaji tu bulan -bulan?” Aku sedar Ali mula
mengemaskan genggaman pada stereng.
fikiran Ali.
“Soalan bab gaji ni yang lemah aku nak jawab.”
Bisik suara
“Cukup je kalau bersyukur.” Aku mencelah dan mungkin itu
antara perkara paling bodoh pernah aku buat. Muka Tok Imam atau
nama betulnya Rasul memang dah habis kelat. Suara fikirannya
meliar, memikir susunan ayat untuk membidas apa yang aku katakan
tadi.
“Bersyukur ni maksudnya luas. Kita kena fahamkan
konsepnya dulu.” Aku tak tahu apa lagi yang dibeb el selepas saja
pembuka bicara dilontarkan, earphone kembali aku sumbat ke telinga.
Aku bukanlah anti sangat dengan geng-geng pak ustaz macam ni,
tapi satu benda yang aku perhati ialah geng-geng ni selalu rasakan
yang point of view diorang adalah yang terbaik. Muktamad.
Tak perlu bagi contoh jauh lah. Daripada situasi tadi je dapat
kita tengok sendiri. Ayat simple yang aku tutur boleh terus lead ke
pengertian syukur sambil selitkan hadis-hadis konon sebagai penguat
statement. Kamon lah semua orang belajar lah istilah syukur waktu
kat sekolah dulu. Geng yang fikir diorang lagi bagus dari orang lain ni
susah sikit aku nak ngam. Sepanjang perjalanan, volume lagu tak
dapat nak tapis suara Rasul.
Aku sedia maklum sekarang musim PRU, secara jujurnya aku
malas fikirkan hal-hal politik ekonomi yang bagai tiada titik noktah.
Balik ke JB ni pun untuk aku tenangkan ibu yang makin gundah
tentang keberadaan adik aku Raven. Orang tua tak faham bahasa,
aku dah kata tak perlu risau. Selepas aku selesaikan urusan aku
dengan Eman, aku akan terus bertolak jumpa ibu.
Rasul terus dengan tazkirah nisfu sya’ban-nya. Daripada
pengertian syukur melencong terus ke manifesto PAS. Dasar
penunggang agama. Volume lagu aku maksimumkan agar suarasuara
tidak mampu menyelit, mata memandang jam. Hampir 11
malam. Tidak lama selepas itu, Ali memberhentikan kereta di stesen
minyak. Aku hulurkan RM20 pada Ali dan disebabkan Rasul yang
katanya tiada cash, aku dan Ali setuju berdua menyuruh Rasul yang
bayarkan di kaunter.
Ali keluar isi minyak, Rasul pula ke tandas. Aku dan Eman
saja di dalam kereta. Ikutkan, ini lah masa paling sesuai. Kalau si Ali
terus ke tandas juga lepas isi minyak, aku boleh terus jalankan. Ali
erdiri mengisi minyak sambil memandang aku dan tersenyum.
Mendengar suara fikirannya yang masih memuji parasku, aku
membalas senyumannya.
Nampaknya kena one by one. Rasul keluar daripada toilet,
jelas kelihatan jubah putihnya dari jauh. Aku kena gerak sekarang.
Ustaz itu masuk dan bergerak ke rak makanan dan mula menggapai
roti dan air tin. Cilake penipu. Ali memandang aku, mendapatkan
reaksi.
“Celaka punya ustaz. Tadi kata takde sen.” Kataku pada Ali.
Ali setel isi minyak. Kalau ikutkan aku boleh je bergerak sekarang
tinggalkan Ali dan Rasul di sini, namun rasanya tak sempat. Masih
kena kekal plan one by one. Ali masuk semula ke dalam kereta.
“Blah jelah Li. Tinggalkan asshole ni.” Aku mula mengajak.
Kalau betul aku mahu jalankan rancangan aku, aku kena mula
sekarang. Aku kena mulakan dengan Rasul. Tak sanggup lagi
rasanya nak dengar bebelan politik dari pak ustaz. Mulutnya bising,
fikirannya juga bising. Semak kepala.
“Serious? Kesian lak kat dia malam-malam buta sangkut kat
RnR.” Acah baik. Padahal bukan aku tak tahu yang dia sendiri pun
sudah naik rimas dengan si Rasul.
“Dia asshole doh, lagipun dia sokong PAS kot.” Aku mencari
alasan lain.
“Mana kau tahu?” Kalau sudah dibentangnya manifesto pas
sepanjang perjalanan, orang bengap je yang tak tahu. Lembab juga
mamat ni.
“Aku nampak wallpaper dia gambo bendera PAS. Babi apa
dia tu?” Tipuku. Aku hanya mahu Ali gerakkan kereta saat ini juga dan
tinggalkan Rasul. Selesai masalah aku dan kepala dia juga tak semak
selepas ini. Aku terkejut bila dengan semudah itu, Ali tidak berfikir
panjang dan terus jalan memandu keluar dari kawasan RnR. Aku tak
mampu untuk mengawal tawaku. Terima kasih Ali, mudahkan urusan
aku.
Dengan ketiadaan Rasul dalam kereta, dunia aku menjadi
aman. Setakat suara fikiran Ali yang ntah apa-apa, boleh lagi aku
tahan. Earphone tidakku sumbat ke dalam telinga. Bahkan, aku mula
membuka dashboard kereta Ali dari seat belakang sambil menolak
sedikit badan Eman yang menghalang.
“Ya Allah apa pulak ni?” Bisik suara Ali. Koleksi album yang
disimpan di dalam dashboard satu-satu aku belek.
“Best jugak koleksi kau ni.” Aku memuji. Taste mamat ni not
bad. Kalau bukan sebab si Ali ni berkawan dengan Eman, dah tentu
aku ajak dia lepak mamak habis PRU nanti. Album Chingichanga aku
pasang dan sesekali kepala Ali terangguk mengikut hentakan drum.
Comel.
Deringan telefon bimbit kedengaran. Aku tidak menjenguk
handphoneku di dalam beg kerana yakin deringan aku berlainan
bunyinya. Ali peka mendengar deringan dan mengeluarkan
handphone dari dalam kocek sebelum terus menjawab tanpa
meninjau skrin. Sebaik sahaja panggilan dijawab, Ali menekan brek
secara mengejut membuatkan kepalaku terhentak pada seat di
hadapan. Pintu kereta dibuka dan Ali berlari keluar.
“Gila. Gila. Gila.” Itu sahaja yang mampu aku dengar dari
suara fikiran lelaki itu. Apa kejadah ni berhenti tengah jalan? Dah
kenapa mamat ni? Aku terus melompat ke seat driver dan park kereta
di bahu jalan agar tidak menghalang perjalanan sesiapa.
Patut ke aku tinggalkan Ali sekarang? Di sini? Kaki aku
seperti tidak mengizinkan, terus melangkah keluar bagi mendapatkan
jawapan. Kenapa dengan jantan ni? Ali kelihatan sudah pun terduduk
atas tar. Dramatik betul. Dapat panggilan orang mati ke?
“Kau apahal?” Tanyaku. Ali langsung tidak memandangku,
enggan menjawab soalan. Tangannya menggigil.
“Tak logik apa yang aku dengar tadi. Suara siapa? Siapa
yang call aku? Tak mungkin Eman.” Aku masih keliru, tidak mampu
menafsir apa yang diungkapkan lelaki ini di dalam kepalanya. Eman
call? Tapi Eman dalam kereta? No. No. Jangan kata ini kerja Raven.
Tak mungkin dia tahu.
Aku kena dapatkan kepastian. Aku cangkung berhadapan
dengan Ali, menunggu dia sendiri bersedia untuk ceritakan apa yang
jadi. Tunggu punya tunggu, macam-macam bermain dalam kepala Ali
namun tidak satu pun aku fahami.
“Dah ready nak story?” Tanyaku pada Ali bila nampak dia
mulai tarik nafas perlahan.
“Eman call aku tadi.”
“Pastu?”
“Aku terkejut la apa lagi, Eman yang aku kenal tengah tido kat
sebelah aku kot. Takkan aku nak happy pulak?”
“Sorry, sorry. Tapi kau yakin ke yang cakap tu Eman? Kau
pun tak tengok screen masa call masuk kan?”
“Aku kenal la suara Eman. Even dia buat suara orang lain
pun, aku kenal suara dia. Dia kawan aku.” Ali begitu yakin dengan
apa yang dia dengar. Pada awal aku fikirkan boleh juga suara Rasul
yang telefon, tidak puas hati ditinggalkan di RnR pada malam nisfu
sya’ban ni. Tapi memandangkan Ali yakin yang menelefonnya itu
adalah Eman dan bukan orang lain, aku semakin pasti ini kerja
Raven. Babi Raven. Aku kurung kau dalam basement dan kau masih
ada muslihat tolol kau.
“Ok kalau camtu, jom kita check Eman dalam kereta tu real ke
tak?” Aku menarik tangan Ali. Lemah sangat. Baru sikit je kau nampak
muslihat si Raven dah lemah macam ni. Cancel lah, tak jadi ajak
lepak mamak. Aku buka pintu, Eman masih tertidur di seat kereta
seperti tadi. Aku kejutkan kaki tidur itu. Eman akhirnya terjaga,
matanya membuntang.
“Raven.” Suara fikirannya berbicara. Sah. Ini memang kerja
Raven. Cis tak guna perempuan ni. Sempat dia jampi serapah
sebelum aku tangkap dia hari tu. Eman terpisat-pisat keluar daripada
kereta. Aku tak tahu apa yang rasuk si Ali tu, satu tumbukan hinggap
ke muka Eman yang masih mamai. Kedua sahabat itu berbalas
tumbukan. Keliru aku, kata member rapat?
Setelah meleraikan Ali dan Eman, aku cadangkan agar kita
berhenti di RnR Ayer Keroh. Sebabkan Raven dah mula gerak
dengan plan lahanat dia, aku semakin terdesak, aku perlu setelkan
semuanya cepat. Aku, Ali dan Eman lepak di sebuah kedai makan di
RnR. Kedua mereka masih tidak bertegur. Aku mengambil
kesempatan itu untuk menerangkan apa sebenarnya yang terjadi
pada Ali. Aku tak mention Raven, takut saiko pulak mamat ni.
Ali tiba-tiba berdiri dan melangkah pergi. Maybe dia terasa
awkward dengar aku bercerita. Kabut je. Setelah menceritakan
segalanya, termasuklah bab Rasul kena tinggal, aku cuba memahami
apa yang sedang difikirkan oleh Eman.
“Kau marah lagi ke dengan Ali?” Tanyaku. Eman
menggeleng. Aku tahu, daripada segala selok belok cerita yang aku
terangkan tadi, kepalanya masih memikirkan mimpinya. Masih
memikirkan Raven.
“Kau percaya pada alam mimpi?” Tak. Tapi kalau perkara itu
libatkan si Raven, apa pun boleh jadi. Raven boleh buat batu rasa
strawberry, sejuk rasa panas. Realiti jadi fantasi. Sebabkan tiada
jawapan daripada aku, Eman bertanya sekali lagi.
“Kau percaya… pada alam mimpi?”
“Macam lucid dreaming?” Tanyaku pada Eman. Patutkah aku
buka cerita sekarang? Aku tak mahu Eman menjadi korban adik
durjana aku yang seterusnya.
“Boleh la, tapi lain. Lucid dreaming bukan alam mimpi yang
aku nak sampaikan.”
“Jadi, maksud kau dengan alam mimpi tu macam mana?”
“Kau percaya realiti terkadang mencemburui kau, jadi kau
mula mencipta mimpi…?”
“Kau jumpa Raven?”
Selepas mendengarkan soalan aku, Eman terbangun
daripada kerusi. Aku faham, dia ada hak untuk rasa takut. Tapi aku
tak ada masa untuk layan rasa takutnya. Setan Raven dah gerak.
Kalau nak selamatkan Eman dari Raven, aku kena bergerak
sekarang.
“Syaitan perempuan ni.” Bisik suara fikiran Eman. Aku hampir
tergelak. Setan dia panggil aku? Perempuan yang dia tergilakan tu lah
sewajarnya dipanggil setan. Bukan aku.
“Jangan lari, kau rilek dulu.” Aku cuba menenangkan Eman.
Kalau dia lari memang susah aku nak tolong.
“Mana kau kenal Raven? Ali ada cerita dekat kau ke?”
Aku tergelak kecil lagi. Kawan tak penting sekarang.“Kau
percaya ke pada si Ali tu? Kau yakin dia tu jenis kawan sampah yang
kau nak percaya?” Susah untuk aku raih kepercayaan Eman, dia tak
mungkin akan percaya kalau aku katakan perkara sebenar.
Tambahan pula mengenai kekasih yang dia sayang separuh mati itu.
Satu-satunya cara untuk aku buatkan Eman ikut aku ke JB
ialah dengan; “Aku tahu mana Raven.”
Eman terus mendekatkan wajahnya dengan wajahku, konon
dengan niat untuk menjerkah. Aku tak takut, kerana aku tahu suara
fikiran Eman yang sebenarnya keliru dan celaru dengan keadaan
sekarang.
“Kau… haa mana Raven kalau kau tahu sangat dia?” Gertak
Eman masih memandang tepat ke mataku.
Dalam keadaan terdesak begitu, Eman terus bersetuju
apabila aku mengajaknya meneruskan perjalanan setelah aku janji
akan membawanya bertemu Raven. Ali yang menghilang ke tandas
terus ditinggalkan. Ali tak seharusnya diheret dalam situasi ini. Dalam
perjalanan ketika di dalam kereta, Eman mendiamkan diri.
Aku faham, semua ini susah untuk dihadam. Aku faham
Eman sedang keliru dengan apa yang sedang berlaku. Tangan kiriku
memegang stereng, tangan kanan pula mula memasang kembali
‘www’ dari Bayangan, mengenangkan Ali yang ditinggalkan. Sorry Ali,
ada masa nanti aku pulangkan kereta kau sekali dengan koleksi
album kau ni.
Eman membatu. Langsung tidak bergerak. Suara fikirannya
juga kosong. Jarang sekali hidup aku senyap begini. Aku memandang
Eman namun pandangannya ditundukkan. Kenapa sial?
“Kau okay tak, Eman?” Aku menyentuh bahunya, risau.
Kepalanya dipusingkan. Matanya hitam, bibirnya mengukirkan
senyuman.
“Kakak.” Suara Raven. Tidak hairan lah kenapa aku tidak
mampu mendengar suara fikirannya. Kereta ku berhentikan secara
mengejut. Kepala Eman terhentak pada dashboard. Aku
mengeluarkan pistol yang memang aku selitkan di belakang betis
kalau ada apa-apa hal luar jangkaan akan berlaku dan terus memacu
pada Eman. Eman tergelak scary.
“Raven. Leave him alone. Cukup lah semua ni.” Aku bersuara
lantang. Raven perlu tahu yang aku tidak takut padanya.
“Nak buat apa dengan pistol tu? Takkan lah nak bunuh adik
sendiri?”
“Aku bunuh Eman. Senang cerita kan? Dia mati, kau tak
dapat apa kau nak.”
“Kakak, you and your game never fail to impress me. You think I
would just gladly let Eman walk straightly into your plan?” Suara
Raven mula bertukar menjadi garau. Wajah Eman semakin
menghitam.
Cis tak guna! Ini bukan Eman! Ini bukan Eman! Aku
menendang entah setan apa yang duduk di sebelah aku itu keluar
sebelum terus memecut laju.
Fikiran aku celaru. Rancangan Raven sekali lagi berjaya.
Minyak ditekan, mata memandang tepat ke arah jalan sebelum
PANGGGGGGG datang sebuah bas ekspres entah dari mana
melanggar tepat pada badan kereta. Kereta myvi milik Ali berguling,
hentakan demi hentakan aku terima pada bahagian kepala sebelum
akhirnya aku tersadai dalam keadaan tidak bermaya. Badanku tidak
mampu lagi aku gerakkan. Pandanganku kabur, namun dalam
keadaan separuh sedar itu, aku dapat menangkap suara milik 3 lelaki
yang aku kenal. Mereka juga sedang mengerang kesakitan akibat
eksiden tadi.
Aku angkat kepala walaupun payah. Beberapa penumpang
bas ekspres itu mula mengensot ke tepi jalan. Darah terpercik sana
sini. Aku nampak kelibat lelaki berjubah putih bertompok merah
merenung aku. Di sebelahnya tubuh Ali tidak bergerak langsung. Itu
Rasul dan Ali?
Aku tak percaya. Tiba-tiba, seorang lelaki di sebelah tubuh Ali
bangun dan menghampiri aku.
Aku kaget. Aku tak mampu melarikan diri. Bila dia makin
menghampiri, baru aku sedar lelaki itu ialah Eman.
Shit, aku pandang tempat duduk penumpang dalam kereta.
Kosong.