04.10.2022 Views

KIT COPING SKILL

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PENGENALAN

Sepanjang tempoh persekolahan selepas

mengharungi fasa pandemik negara yang disebabkan

oleh bencana Covid-19, Guru Bimbingan dan

Kaunseling mengambil inisiatif untuk melaksanakan

pelbagai aktiviti dan program seperti

menyebarluaskan maklumat kepada semua murid bagi

menggalakkan pengurusan emosi diri yang lebih baik.

Berpandukan hasil dapatan kajian oleh Unit

Bimbingan dan Kaunseling, SK Nong Chik, maka

tercetuslah idea bagi membantu individu khususnya

murid dalam pengurusan emosi diri sebagai panduan

kepada semua guru bimbingan dan kaunseling

mahupun murid di sekolah dengan terbitnya Kit

CoPS: Kemahiran Gaya Daya Tindak.

Kit CoPS ini disediakan sebagai rujukan semua yang

mengandungi bahan perisian berfokus Perkhidmatan

Bimbingan dan Kaunseling iaitu Fokus Bidang 4 iaitu

Psikososial dan Kesejahteraan Mental Murid dengan

melatih murid sihat pemikirannya dengan

menekankan aspek pengurusan emosi diri dengan

cara yang betul dan efisyen.

Oleh demikian, diharapkan agar Kit CoPS ini dapat

membantu mempermudahkan pelaksanaan

perkhidmatan bimbingan dan kaunseling khususnya

kepada semua pihak.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!