13.07.2015 Views

Muhibah_SepOct2013_090913 - Royal Brunei Airlines

Muhibah_SepOct2013_090913 - Royal Brunei Airlines

Muhibah_SepOct2013_090913 - Royal Brunei Airlines

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Terpaku kami seketika semasa mula-mula menjejakkaki di kilang dimana dua buah pesawat Dreamlinertempahan Penerbangan DiRaja <strong>Brunei</strong> sedang berdiri gah,menantikan proses pemasangan terakhir. Dari luar lagi,agak mengagumkan melihat kilang pesawat 787 di Everett,Washington, ini yang meliputi kawasan hamper 100 ekar. Jikadilihat dari segi isipadu, inilah bangunan paling besar pernahdibina. Namun menghairankan, suasana sunyi sepi selepasmemasuki pintu utama; tiada hingar bingar yang lazimnyakedengaran di kilang-kilang pembuatan biasa.Pesawat 787 Dreamliner merupakan kapal terbang generasibaru yang direka dan dibina untuk keberkesanan sertakeselesaan yang tiada tandingan. Terbentuk dari bahagiankomposit tunggal, bukannya dari 1,500 kepingan aluminiumyang digunakan untuk membina pesawat biasa, pesawatDreamliner menggunakan kurang 80 peratus kancinganbahagian komposit, dan inilah yang membolehkan prosespembinaannya berjalan dengan lebih senyap dan lancar.Semasa lawatan ini, akhirnya kami dapat melihat sendiridua dari lima buah pesawat Dreamliner yang akan menjaditunjang baru kumpulan kapal terbang Penerbangan DiRaja<strong>Brunei</strong>. Inilah saat yang sudah lama dinanti-nantikan.Sebagai syarikat penerbangan Asia Tenggara yangpertama untuk menerima tempahan siap, dan juga yangpertama untuk mengesahkan secara umum bahawa 100peratus penerbangan jarak jauhnya akan menggunakanpesawat Dreamliner, kapal terbang baru ini menjadi sumberkebanggaan buat negara kecil dengan populasi pendudukseramai 400,000 yang rasanya cukup selesa dimuatkankesemuanya dalam kilang gergasi Boeing ini!September | October 201351

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!