UNIT SOKONGAN AKADEMIK K olej Komuniti Bandar Darulaman
1.0 PENGENALAN Unit Hal Ehwal Pelajar Unit HEP bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas berkaitan merancang, mengurus, menyelaras, melaksana, dan memantau hal ehwal berkaitan pelajar. Unit ini terdiri daripada empat sub-unit utama yang terdiri daripada Pengambilan, Kebajikan & Disiplin, Kaunseling & Kerjaya, dan Sukan. Berikut adalah fungsi khusus bagi setiap sub-unit yang terdapat di dalam unit HEP : i. Pengambilan Pelajar Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan berikut: - Merancang, menyelaras, dan melaksanakan pelan strategik jangka panjang dan jangka pendek Kementerian, Jabatan, dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman; - Mengemaskini status pemilihan & penawaran pelajar; - Menguruskan pendaftaran pelajar baharu dan lama; - Menyimpan dan mengemaskini pengkalan data pelajar (iDBMS & e-pelajar) dan Fail Peribadi Pelajar (FPP); - Menguruskan permohonan pertukaran program/kolej, penangguhan dan pemberhentian pelajar; dan - Menyediakan statistik enrolmen kemasukan pelajar dan lulusan. ii. Kebajikan dan Disiplin Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan berikut: - Merancang, menyelaras, dan melaksanakan pelan strategik jangka panjang dan jangka pendek Kementerian, Jabatan, dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman; - Menguruskan hal-hal kebajikan meliputi kesihatan, kemalangan dan berkaitan; - Memantau, menyelaras, dan mengawal disiplin dan tatatertib pelajar; - Memantau aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar; - Menguruskan hal-hal berkenaan Elaun Wang Saku Pelajar dan bantuan kewangan yang lain; - Mengendalikan Hari Suai Kenal (HSK) atau Minggu Suai Kenal (MSK); - Mengurus dan menyelaras insurans pelajar; - Mengemaskini e-testimoni pelajar; - Merancang dan menguruskan majlis Mini Anugerah Gemilang Pelajar di peringkat KKBD dan di peringkat kebangsaan; - mengurustadbir dan melaksanakan program 1Citizen; - menguruskan permohonan dan pemberian kad diskaun 1 Malaysia (KADS1M); - mengurus dan menyelaras program khas seperti SITF, Program bersama Felda, dan lain-lain; - Merancang, mengurus dan memastikan aktiviti kelab dan persatuan berjalan lancar; dan - Merancang, menyelaras, dan mengendalikan aktiviti CSR-BriSK dan iM4U. K olej Komuniti Bandar Darulaman iii. Kaunseling & Kerjaya Bahagian ini bertanggungjawab untuk melaksanakan tugasan berikut: - Merancang, menyelaras, dan melaksanakan pelan strategik jangka panjang dan jangka pendek Kementerian, Jabatan, dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman; - Merancang, mengurus, menyelaras, dan melaksanakan hal-hal berkaitan aktiviti psikologi dan kaunseling; - Merancang, menyelaras, dan melaksanakan latihan berterusan pelajar untuk persediaan ke alam pekerjaan; - Merancang, menyelaras, dan melaksanakan aktiviti motivasi dan psikologi pelajar secara berterusan, dan - Merancang, menyelaras, dan memantau aktiviti serta penubuhan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). 64 |<strong>LAPORAN</strong> <strong>TAHUNAN</strong> <strong>2013</strong>