12.10.2015 Views

Laporan Tahunan 2012

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

30

JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

JABATAN KEJURUTERAAN DAN KEMAHIRAN

UNIT KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN

31

1.0 PENGENALAN

Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) berfungsi sebagai penggerak bagi melaksanakan

pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berterusan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman

(KKBD). Unit ini berperanan mewujudkan budaya kerja selamat dan sihat dengan melaksanakan aktivitiaktiviti

yang dirancang bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kesedaran seluruh warga KKBD

tentang aspek keselamatan dan kesihatan kerja supaya ianya selari dengan Dasar Keselamatan & Kesihatan

Pekerjaan KKBD yang sejajar dengan perundangan Negara, terutamanya Akta Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan 1994.

Unit ini berfungsi untuk melaksanakan skop tugas yang telah ditetapkan iaitu:

1. Bertindak sebagai penasihat kepada kolej menerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan (JKKP) induk berkenaan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaaan.

2. Merancang aktiviti bagi program-program keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan

serta memastikan pelaksanaan dan keberkesanan dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang

diputuskan oleh JKKP.

3. Menjalankan audit, pemeriksaan dan pemonitoran kawasan kerja dan penyiasatan ke atas

kemalangan yang berlaku serta mengumpul, menyelenggara maklumat-maklumat dan data-data

berkenaan keselamatan dan kesihatan kerja.

4. Memupuk persekitaran kerja yang kondusif kepada warga kolej melalui latihan, kursus, kempenkempen

kesedaran dan seumpamanya yang dirancang dari semasa ke semasa.

5. Menjadi pusat rujukan dan maklumat berkenaan aspek-aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan

kepada warga kolej, komuniti dan agensi luar.

2.0 SENARAI STAF UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

01. Wan Mahzhir bin Wan Mahmud | Ketua Unit

02. Farawahida binti Abdullah | Penolong Ketua Unit

03. Aida Faizura binti Amauddin | Penyelaras Program Komputer

04. Mohd Syukur bin Azizan | Penyelaras Program Elektrik

05. Zulkhairi bin Wahab | Penyelaras Program Pelukis Pelan

06. Mazrul Nizam bin Mustaffa | Penyelaras Program Automotif

07. Ahmad Muizuddin bin Mohamed | Penyelaras Unit Kursus Pendek

08. Rosdi bin Ab Manaf | Penyelaras Unit Pentadbiran

09. Mohamad Naim bin Ayob | Penyelaras Unit Multimedia & Sumber

2. Seminar Kesedaran Keselamatan Kebakaran

- 17 Jul. 2012

Taklimat telah disampaikan oleh penceramah

jemputan iaitu En. Sairam dari Fire Prevention Centre.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi

pendedahan dan pengetahuan berkenaan

pencegahan kebakaran dan langkah-langkah

yang sepatutnya diambil apabila berlakunya

kebakaran sama ada di tempat kerja atau rumah.

4. Taklimat Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan

dan Keselamatan Kebakaran Bangunan

4 Julai 2012

Takimat ini telah diadakan pada 4 Julai 2012

untuk pelajar-pelajar sempena Minggu Suaikenal

Pelajar Baharu Sesi Julai 2012. Taklimat berkenaan

keselamatan & kesihatan di tempat kerja telah

disampaikan oleh Ketua Unit Keselamatan &

Kesihatan Pekerjaan KKBD manakala taklimat

tentang keselamatan kebakaran bangunan

pula disampaikan oleh Pegawai Bomba iaitu En.

Jamal Bin Din dari Balai Bomba & Penyelamat,

Jitra. Taklimat ini bertujuan untuk memberi

pendedahan kepada pelajar tentang keutamaan

mempraktikkan amalan keselamatan dan

kesihatan, termasuk juga tindakan langkahlangkah

bagi mengelakkan berlaku kemalangan

kebakaran di KKBD.

UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

3.0 AKTIVITI

1. Mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan &

Kesihatan Pekerjaan (JKKP) - 31 Januari 2012

Selaku Pengerusi JKKP, Tn. Hj. Rosli bin Mohd Ariff

telah mengengetuai mesyuarat ini yang telah

dihadiri oleh Wakil-wakil Majikan, Wakil Pekerja dan

staf UKKP. Berikut merupakan agenda yang telah

dibincangkan di dalam mesyuarat tersebut:

a. Semakan semula Dasar KKP

b. Manual KKP

c. Pemberitahuan Aduan/Kemalangan/Keracunan

d. Pemeriksaan KKP

e. Prosedur & Tatacara Kerja Selamat

LAPORAN TAHUNAN 2012 | KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Editor :

Wan Mahzhir b. Wan Mahmud

3. Latihan Pengungsian Kebakaran Bangunan

4 Julai 2012

Latihan ini telah dikendalikan oleh pegawaipegawai

dari Balai Bomba Jitra yang bertempat di

padang Taman Halban berdekatan KKBD. Objektif

latihan ini adalah untuk memberi pengalaman

langsung kepada warga KKBD jika menghadapi

bahaya kebakaran dengan mempraktikkan

kaedah terbaik untuk menyelamatkan diri semasa

berada dibangunan. Sasaran peserta kursus adalah

kepada seluruh warga KKBD.

LAPORAN TAHUNAN 2012 | KOLEJ KOMUNITI BANDAR DARULAMAN

Editor :

Wan Mahzhir b. Wan Mahmud

UNIT KESELAMATAN & KESIHATAN PEKERJAAN

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!