30.12.2015 Views

04 Page 6-7

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PRESINTKE

PRESINT

106 Keluarga Sertai

Mega Potluck

OKTOBER

2014

6

PRESINT 11 – Tidak mudah

untuk menarik penglibatan

106 keluarga untuk menjayakan

sesuatu program,

lebih-lebih lagi di kawasan

perumahan di bandar, dimana

warganya sentiasa

sibuk dengan kehidupan

masing-masing.

Namun iltizam yang kuat

dan perpaduan yang erat

terbukti mampu mengatasi

keadaan itu. Ini dapat

dilihat daripada kejayaan

komuniti presint ini dalam

penganjuran program

‘Mega Potluck’ yang berlangsung

baru-baru ini.

Menurut Pengerusi Komuniti

Presint 11, Carlos

Basri, program ‘potluck’

secara besar-besaran an-

juran pihaknya itu berjaya

menarik penyertaan 106

buah keluarga dari presint

ini.

“Penyertaan memang

sangat membanggakan

kerana semua penduduk,

yang berbilang agama,

bangsa dan pangkat bersatu

hati untuk menjayakannya,”

katanya.

Katanya lagi, pihaknya

menjadikan ‘Mega Potluck’

itu sebagai salah satu program

tahunan yang bertujuan

mengeratkan hubungan

sesama penduduk.

“Untuk kali ini kami telah

memilih 20 buah keluarga

yang menjadi ‘ketua’ dan

penduduk-penduduk lain

menghantar hidangan yang

Mesra dan meriah...begitulah suasana di program ‘Mega Potluck’ komuniti Presint 11.

disumbangkan ke rumah

‘ketua-ketua’ berkenaan.

“Hidangan itu kemudian

disajikan untuk dinikmati

beramai-ramai dan di situ

para penduduk berpeluang

beramah mesra sesama

mereka,” katanya lagi.

Carlos memberitahu,

pada majlis itu pihaknya turut

meraikan anak-anak yatim

yang didatangkan khas

dari Bangi serta Dengkil.

Bagi memeriahkan

lagi program tersebut,

satu pertandingan yang

dinamakan ‘Young Chef’

diadakan untuk memberi

peluang kepada kanakkanak

menunjukkan bakat

mereka berada di dapur.

“Tujuan pertandingan

ini dianjur kerana ingin

memberi pendedahan

cara memasak yang betul

dan secara tidak langsung

peserta tahu kelemahan

mereka,” katanya.

Wakil Klinik Kesihatan

Presint 11, Rohaniza Abdul

Manaf yang turut menyertai

‘Mega Potluck’ itu

ketika ditemui berkata, aktiviti

tersebut wajar diberikan

sokongan dan galakan.

“Ia juga harus diperbanyakkan

kerana bermanfaat

kepada semua pihak,”

katanya.

Ketua Rumah Satu, Sushila

Chindin Nair juga bersependapat

dengan Rohaniza.

Katanya, program

sedemikian secara tidak

langsung menyemarakkan

perasaan kekeluargaan di

kalangan penduduk.

Bph Selesai 80 Peratus Aduan

Dalam Masa 2 Bulan

PRESINT 1 – Bahagian Pengurusan

Hartanah (BPH) berjaya

selesaikan hampir 80 peratus

aduan perumahan sepanjang

bulan Ogos hingga September

yang dikemukakan oleh penjawat

awam di Putrajaya.

Jurutera BPH, Mohd Faizatul

Akhmal Md Isa berkata, kesemua

aduan ini diterima melalui

pelbagai cara seperti emel,

pesanan ringkas (sms) dan

segala data direkodkan bagi

proses pelaksanaan.

Tambahnya lagi, segala masalah

kecil dapat diselesaikan

dalam jangka masa pendek

namun jika masalah itu besar

seperti ‘water proofing’ pihaknya

perlu berhubung dengan

Putrajaya Holdings.

“Baki 20 peratus aduan bukan

sengaja dilewatkan proses

pembaikkannya tetapi pihak

yang menjalankan tugas terpaksa

menunggu peralatan

yang ditempah seperti kipas,

Mohd Faizatul

almari dan lain-lain sampai,”

katanya.

Dalam pada itu, Faizatul

yang mempengerusikan Mesyuarat

Bersama Kontraktor

dan Wakil Penduduk Sesi 3

memberitahu, pihaknya akan

mengadakan perjumpaan bersama

wakil penduduk dan

wakil pihak pengurusan 2 kali

sebulan.

Ujarnya lagi, mereka turut

turun ke padang serta menghadiri

majlis yang dianjurkan

penduduk kuarters awam di

Putrajaya untuk mendengar

segala permasalahan.

50 Keluarga Berganding

Kacau Dodol

Presint 8 – Kawasan Rukun Tetangga

(KRT) Fasa 4B (2) Blok B&C

Presint 8 telah mengadakan aktiviti

mengacau dodol bersama-sama komunitinya

baru-baru ini.

Aktiviti meriah yang melibatkan

hampir 50 keluarga itu bermula awal

pagi, di mana semua penduduk bergotong

royong membersihkan kawasan

blok, dan kemudiannya bersama-sama

mengacau dodol untuk

diagihkan kepada semua yang hadir.

Bercakap semasa ditemui My Putrajaya

News, Pengerusi KRT Fasa

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

4B (2) Blok B&C, Nur Azli Muhamad

menyatakan aktiviti seperti mengacau

dodol ini sengaja dianjurkan untuk

mengeratkan lagi hubungan sesama

penduduk.

“Majlis mengacau dodol ini biasanya

hanya dilakukan di kampung

dan kita cuba untuk menghidupkan

semula aktiviti-aktiviti ini yang saya

rasa dapat membantu para penduduk

yang selalu sibuk bekerja untuk lebih

mengenali antara satu sama lain,” katanya.

04 Page 6-7.indd 6 10/21/14 3:35 PM

7 OGOS

MY

2014 PUTRAJAYA

NEWS

Untuk Maklumat Terkini Mengenai Anda dan Putrajaya Layari www.myputrajayanews.com

04 Page 6-7.indd 7 10/21/14 3:35 PM

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!