02.05.2018 Views

MAJALAH PERTAMA KDO

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Penulis: Aina Zakaria

Grafik: Aina Zakaria

INNOVATION STARTS HERE!

Program Innovation for

Charity atau lebih dikenali

sebagai INFORITY telah

dianjurkan buat julung

kalinya oleh Eksekutif

Penyelidikan dan Inovasi,

Kolej Dato’ Onn iaitu

Saudara Muhammad

Hazim Bin Hanafi dengan

kerjasama Pusat Inovasi

Kolaboratif. Program

INFORITY ini merupakan

suatu pertandingan

inovasi yang mengadakan

penyertaan ke semua

fakulti dan kolej kediaman

termasuk kampus Bangi,

Cheras dan Kuala Lumpur.

Pertandingan ini

mempunyai objektifnya

yang tersendiri iaitu bagi

memberi ruang kepada

mahasiswa untuk

membantu masyarakat

disekeliling dengan idea

inovasi selaras dengan KRA

2 universiti iaitu

penyelidikan dan inovasi

yang berimpak tinggi. Selain

itu, pertandingan ini

diwujudkan adalah bagi

memberi kesedaran kepada

mahasiswa tentang

pentingnya idea inovasi

dalam menyelesaikan

masalah yang dihadapi.

Sebelum berlangsungnya

pertandingan ini, INFORITY

telahpun mengadakan

Bicara Umum: Kesedaran

Inovasi pada 1 Disember

2017. Bicara umum ini telah

disampaikan oleh Encik

Muhammad Syazwan Mohd

Sharif, Pegawai Inovasi

Kolaboratif bagi bersamasama

memberi taklimat

inovasi disamping

memperkenalkan

pertandingan INFORITY

kepada wakil-wakil exco

akademik fakulti dan

Eksekutif Penyelidikan dan

Inovasi daripada kolej.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!