25.08.2021 Views

MERTUAKU layout

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

MERTUAKU, MY SOULMATE

1


HASREEYATI RAMLI

Cetakan Pertama – Mac 2019

HAK CIPTA TERPELIHARA

Tidak dibenarkan mana-mana bahagian dari

buku ini diterbitkan semula, disimpan untuk

pengeluaran atau ditukar dalam apa-apa bentuk

atau alat tanpa kebenaran bertulis daripada

penulis.

Diterbitkan oleh:

Hasreeyati Ramli

371, Lengkok Perdana 9/3

Bandar Perdana

08000 Sungai Petani

Kedah Darul Aman

Grafik dan Layout :

Anisz Meteora

Perpustakaan Negara Data Pengkatalogan –Dalam Penerbitan

HASREEYATI RAMLI

MERTUAKU, MY SOULMATE / HASREEYATI RAMLI

ISBN 978-967-13895-9-1

1.Malay Fiction. I. Judul

899.2333

Dicetak oleh:

PBE ONE STOP CENTRE (PG0451573-V)

2


MERTUAKU, MY SOULMATE

3


PENGHARGAAN

Terlebih dahulu saya HASREEYATI ingin mengucapkan RAMLI terima kasih kepada ALLAH

SWT di atas anugerah ini. Terima kasih juga kepada teman-teman yang

banyak menyokong saya selama ini, my sweet promoters seperti Zamiera,

Intan, Puteri Haron, Ayu Ahmad, Hayati Daud, Yan, Hazrina Hamid dan lainlain

lagi pembaca setia saya yang tidak dapat saya senaraikan di sini kerana

tidak pernah berhenti menyokong saya selama ini dan harapan saya semoga

cerita kali ini dapat menepati citarasa anda semua.

Buku-buku yang pernah diterbitkan ialah :

1. Atika

2. Impian Abadi

3. Makin Aku Cinta

4. Laman Rindu

5. Dia Di Hati

6. Demi Kasih Ini

7. Sayang Sekelip Mata

8. Hey Cinta Tunggu Aku

9. Miss Kucing vs Mr. Cat

10. Edisi Raya

11. Hello, Jangan Tapau Cinta Ku

12. The List

13. Itali, Cintaku Di Sini

14. Papaku Mabeles

15. Nuansa Cinta (kompilasi novel dengan 4 penulis)

16. Kasih Terurai Di Banda Aceh

17. OH NO! Pembuli Cinta

18. Uli-uli Cinta

19. Mertuaku, My Soulmate

20. Mama Tiriku Mabeles!

Semoga terhibur!

4


MERTUAKU, MY SOULMATE

"Ehh... Awak tak apa-apa ke, cik?" Suara

lunak itu berkemundang dengan indahnya di

telingaku.

Kaki yang sakit kuurut-urut sendiri. Air mata

sudah mahu menerpa keluar namun kutahan.

Malu jika aku menangis di hadapan lelaki

pertengahan umur yang datang menerpa

membantuku entah dari mana ketika kasut tumit

tinggiku termasuk sebelah ke dalam jejaring besi di

jalan luar Mall itu.

Aku menggeleng laju. Tanpa bersuara.

Namun berdecit menahan rasa ngilu di

pergelangan kakiku.

Dah sah aku terseliuh ni.

"Cik... Biar pak cik tolong ya... " lembut

sahaja suara itu ingin membantu. Aku mendongak

menatap wajah lelaki itu. Tidak ada yang

istimewanya wajah lelaki separuh umur itu. Seperti

lelaki di usia 50-an sahaja. Alur-alur kerut di dahi

dan di tepi hujung mata semakin ketara.

Tanpa aku dapat menolak, lelaki itu

memapah aku ke tepi. Kedua belah bahuku

diampunya dengan lembut sambil membantu aku

5


HASREEYATI RAMLI

keluar dari laluan orang ramai yang lalu lalang yang

menoleh ke arah kami.

Mungkin mereka berfikir seorang ayah

sedang membantu anak perempuannya yang telah

terjatuh. Jadi mereka tidak perlu turut smaa

membantu apalagi masuk campur.

'Ouchh!" spontan dengan itu aku menjerit

kesakitan apabila pergelangan kaki ku dialihkan.

Kali ini air mata tadi mengalir jua.

"Ya Allah, cik ni. Terseliuh ni. Mari pak cik

tengok dulu macamana." Tanpa sekali lagi aku

dapat menolak pertolongannya, kakiku disentuh

dengan lembut. Aku menahan diri dari mengaduh

kesakitan lagi. Lelaki itu seperti tahu apa yang

sedang dilakukannya.

"Sabar ya.." wajahnya kelihatan risau yang

teramat sangat.

"Err.. Pakcik, tak apalah. Saya boleh bangun

sendiri ni. Nak duduk kejap. Sakit." Ujarku tidak

mahu menyusahkannya. Risau juga aku apabila

lelaki yang entah dari mana datang tiba-tiba sahaja

terlalu baik terhadapku.

Lelaki itu melihat kaki ku yang semakin lama

semakin membengkak.

"Awak tak boleh bangun ni. Kaki terseliuh.

Nanti saya carikan ubat." Tanpa berlengah lagi

lelaki itu bingkas bangun dan sekejap sahaja sudah

hilang di dalam pengunjung Mall itu.

Ke mana pulak perginya pak cik tu ya?

6


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku mencapai telefon dan menekan direct

dial nombor Nazim.

"You kat mana ni, Nad? Dah puas I call tapi

tak angkat." Nada risau bercampur sedikit marah

dapat ku dengari di hujung talian sana.

Kasihan lelaki itu menunggu aku menjawab

panggilannya. Telefon ada di dalam handbagku.

Cuma apabila aku terjatuh tadi aku sudah tidak

kisah lagi deringan panggilan dari sesiapa pun.

Mana nak pedulikan benda lain kalau kaki

dah sakit.

"Zim, sorrylah. I dah nak keluar dari Mall ni.

Tetiba heels kasut I termasuk dalam jaring besi kat

luar ni ha...." penjelasan yang kuharap dapat

diterima pakai sebagai alasan yang konkrit.

"Ya Allah... Dah tu, ni you macamana ni?"

Suara Nazim kedengaran risau semacam.

"Eh, sikit je. Terseliuh je. No worries okey."

Namun sakitnya Tuhan sahajalah yang tahu.

"You buat apa ke Mall tu ha? Kan I dah

cakap kita pergi sekali lepas I keluar dari pejabat

nanti. You ni..." Aku sedar kedegilanku ini telah

membuatkan aku menerima padahnya. Memang

padan pun.

"I tak nak susahkan you, okey. Dahlah. Dah

jadi pun. Janganlah marah I." Aku sudah mula

mahu merajuk. Sudahlah kaki ku sakit. Ini pula

dimarahi boyfriend sendiri.

Perkenalanku dengan Nazim yang baru

sebulan ini pun akibat dari kemalangan kecil antara

kami.

Kemalangan juga. Hai..

7


HASREEYATI RAMLI

"Okey, I am sorry. Mana I marahkan you. I

risau okey. Tunggu situ. Nanti I ambik you dan

bawa ke klinik ya." Ujar Nazim lagi.

"Eh, tak payah. I cakap I akan handle sendiri.

Nanti lepas balik dari klinik, kita jumpa kat tempat

biasa malam ni ya, Inshaa Allah." Balasku lagi

sambil melihat lelaki pertengahan umur itu sudah

datang membawa sesuatu di tangannya. Ubat dan

bandage.

8


MERTUAKU, MY SOULMATE

Di dalam hati aku tertanya-tanya sendiri,

kenapalah orang tua ni baik sangat dengan aku?

Ada apa-apa ke? Tapi tak baiklah berprasangka

buruk terhadap orang asing yang menghulurkan

bantuan kepada kita. Jika tidak, sudah pasti aku

terpaksa menyeret sendiri kaki untuk ke klinik

sendiri. Tapi bagaimana pulak ya, sudah pasti aku

tidak boleh bawak kereta!

Pak cik itu tersenyum dari jauh melihatku

namun aku nampak ada kerisauan di

wajahnya. Lebih-lebih lagi apabila melihat kaki ku

semakin membengkak. Wow! Cepat betul pulak

ni kaki aku bengkak macam bom ni!

"Awak datang sorang diri ke ni? Mana

kawan-kawan yang lain?" Dia meninjau-ninjau

juga kelilingnya. Kalau-kalau ada orang lain yang

datang mendapatkanku. Namun sudah pasti tidak

ada sesiapa kerana aku sememangnya datang

seorang diri.

"Tak ada sesiapa pun temankan saya. Saya

datang seorang diri aje." Ujarku dalam nada

perlahan. Tidak mahu meminta simpati sesiapa

sebenarnya. Apalagi menyusahkan sesiapa pun.

9


HASREEYATI RAMLI

Lelaki separuh umur itu kulihat hampir

sebaya dengan ayahku di kampung. Raut-raut

wajah tua jelas terlakar di wajah lelaki

itu. Mungkin dalam lingkungan usia ayahku di

kampung jua. Juga yang lebih mengejutkan aku

lagi seolah-olah aku melihat wajah Nazim di

hadapan. Pelanduk dua serupa agaknya.

Lelaki separuh umur itu menghela nafas

panjang.

"Hmm... susahlah kalau macam ni. Kasihan

pula saya nak tinggalkan awak seorang diri macam

ni." Ujarnya dalam nada perlahan dan penuh

resah. Seolah-olah kini aku pula dalam sekelip

mata sahaja menjadi tanggung jawabnya.

Aku mula merasakan yang dia akan

membuat satu keputusan yang sama sekali tidak

masuk dek akal.

"Macam nilah. Biar saya hantar awak ke

klinik dulu kemudian saya akan tolong hantar awak

balik ke rumah awak, bagaimana?" Sesuatu yang

tidak akan kuduga sama sekali.

Adakah dia gila kerana mahu membantu

orang asing seperti aku? Masih ada lagikah rakyat

Malaysia sebaik itu sekarang ini? Okey. Ada. Tapi-

"Err... Tak apalah pak cik. Saya... errr...

boleh call kawan saya. Nanti dia akan datang

tolong saya ke klinik." Ujarku menolak

pelawaannya dengan baik.

Namun lelaki separuh umur itu menggeleng.

10


MERTUAKU, MY SOULMATE

"Tak payahlah susahkan kawan awak tu. Pak

cik ada ni ha. Pak cik akan bantu awak, okey?"

"Tapi..."

"Tak ada tapi-tapinya lagi. Mari. Saya

dukung awak."

Satu keputusan yang sama sekali tidak akan

kuduga akan terjadi terhadap diriku!

Tanpa menunggu jawapanku, aku

dicempung olehnya hinggakan perbuatannya itu

menarik perhatian orang di sekeliling kami.

"Pak cik! Pak cik! Ehh.... tolong turunkan

saya!" Aku terkejut dengan tindakannya namun

padda masa yang sama lelaki itu tidak

memperdulikan langsung permintaanku untuk

diturunkan ke tanah semula.

Beberapa mata berpaling memandang ke

arah kami.

"Pak cik tahu apa yang pak cik buat okey...

Awak jangan bimbang...." ujarnya seakan cuba

memujukku lagi.

Dan aku bagaikan dipukau memeluk

lehernya dan mengangguk faham tanpa

membantah apa-apa.

Pelik juga ya. Bagaimana aku yang selalu

membangkang orang lain kini hanya menuruti

setiap kata-katanya. Gilakah aku kali ini?

11


HASREEYATI RAMLI

Memang malu betul aku dibuatnya apabila

banyak pasang mata berpaling ke arahku. Apa

tidaknya aku dipangku seperti anak-anak kecil yang

berusia lima tahun sahaja.

"Awak ni kecik tapi berat jugak ya... " ujar

lelaki itu. Tersenyum ke arahku dan mahu tidak

mahu aku hanya merangkulkan tanganku ke

lehernya kerana aku dicempung begitu. Dan

sudah semestinya aku tidak dapat menoleh ke

arah wajahnya kerana yang pastinya wajah kami

akan bertembung! Oh tidak... Just stop it, Nadira!

Kenapa hati kau berdetik lain ni?

Aku terpaksa tunduk sedikit melindungi

wajahku yang sudah mula memerah itu. Apa

tidaknya! Kalau korang sendiri berada di tempat

aku, ha bagaimana?

"Err... pak cik. Jauh lagi ke nak sampai ke

kereta pak cik ni?" Risau juga aku lebih lama

dicempung begini. Rasa malu jangan

dicakaplah. Sudah tidak terkira lagi. Terasa seperti

12


MERTUAKU, MY SOULMATE

aku sudah tidak ada muka pula. Cepatlah sampai

ke kereta orang tua ni.

"Taklah. Tu ha. Kereta pak cik." Unjuknya

dengan memuncungkan bibirnya ke hadapan. Aku

menoleh ke arah yang ditunjukkannya. Ada

sebuah kereta FWD Subaru di hadapan kami yang

berwarna putih diparkirkan di satu sudut yang agak

tersorok sedikit.

"Oh..."

"Kejap, saya turunkan awak dulu ya. Tapi

hati-hati. Saya nak ambil kunci dalam poket

belakang jap." Berhati-hati betul lelaki separuh

umur itu menurunkan aku ke bawah.

"Aduh!" Sebaik menjejakkan kaki ku ke

lantai, kaki ku yang terseliuh tadi kembali

sakit. Imbanganku gagal. Lelaki separuh umur itu

pantas memaut tubuhku kembali tanpa segan silu

lagi. Entah mengapa dadaku terasa begitu

berdebar-debar sekali. Wajah kami terlalu

dekat. Aku rasa jika aku bergerak seinci pun

bibirku sudah menyentuh

hidungnya. Alamak! Malunya aku

dibuatnya. Dengan pantas aku menolak

dadanya. Kaki yang terasa sakit kutahan selagi

terdaya. Hingga berkerut wajahku menahan sakit

seketika. Jika tidak, mungkin aku tersembam ke

wajahnya.

"Kan saya dah cakap. Hati-hati. Awak ni,

degil jugak ya?" Kerut di dahinya langsung tidak

melihatkan yang dia peduli dengan apa yang

berlaku sebentar tadi. Aku lebih susah hati dengan

keadaan aku dengannya. Tetapi dia lebih susah

13


HASREEYATI RAMLI

hati dengan keadaan kaki ku rupanya. Lagilah aku

malu.

"Eh, taklah. Saya... saya..." Takkan aku nak

cakap yang aku malu sebab aku terlalu dekat

dengannya pula? Oh, lagi malulah aku

nanti. Sudahlah sikapnya yang begitu prihatin itu

membuatkan aku jadi tidak keruan.

Lelaki itu segera mengambil kunci di poket

belakangnya dan menekan remote keretanya.

"Dah, boleh jalan tak ni?" soalnya semula.

Aku menggeleng.

14


MERTUAKU, MY SOULMATE

"Nama pun sakit.... apa yang kau boleh buat

lagi masa tu? Betul tak?" Ujar Kaira sambil

mengunyah jambu batu yang baru dihris olehnya

di bilik pantri pejabat mereka.

Aku masih lagi termenung ketika Kaira

seolah-olah cuba membuang rasa bersalah aku itu.

Iyalah. Apa tidaknya, aku didukung macam budakbudak

saja oleh lelaki itu. Sedangkan teman lelaki

ku sendiri tidak pernah ku biarkan memegang

mana-mana bahagian tubuhku pun.

Setelah aku dibawa ke klinik, lelaki itu terus

menghantarku ke rumah sewaku dan aku terpaksa

menelefon Nazim untuk membantu mengambil

keretaku di pusat membeli belah

berkenaan. Memang membebel juga Nazim

dibuatnya kerana sekali lagi dia terpaksa keluar

lebih awal dari hospital tempat dia bertugas dan

melepaskan tugasannya kepada doktor yang

lain. Tahu-tahu sajalah, tugas doktor muda seperti

Nazim selalu 'on-call' sahaja.

"You tau tak, I kena mintak tolong Dr. Arif

tolong 'cover' untuk I sebab nak ambikkan kereta

you ni?" Membebel sahaja mulut Nazim sebaik

sahaja memarkirkan keretaku di dalam porch

15


HASREEYATI RAMLI

rumah sewaku. Walaupun begitu, dia tidak pernah

mengecewakanku. Walau apa sahaja dia tetap

akan cuba membantu ku di dalam apa jua masalah

yang aku hadapi selama kami kenal ini.

Aku sudah menarik muka masam tatkala

Nazim menjelaskan semua itu padaku.

"Sorrylah... bukan I saja-saja nak minta

tolong dari you. Hmm.. kalau payah-payah sangat,

lain kali I takkan minta tolong lagi, okey?" Aku

berpura-pura merajuk dan aku tahu, Nazim akan

pandai memujuk. Itu yang menjadikan aku semakin

sayang padanya.

"Hmm... tak apalah. I cakap aje. Bukan I

tak nak tolong you tapi sebab you degil sangat, tu

yang jadi semua ni. Apapun lain kali you kena hatihati,

okey sayang?" Tegurnya lagi dan

pandangannya jatuh ke kaki kananku yang sudah

siap berbalut putih itu.

"Haa... kaki tu dah jadi macamana? Biar I

tengok kejap." Tanpa menunggu kebenaran dari

ku, Nazim terus berjalan ke arahku dan melutut

untuk melihat keadaan kaki ku.

"Eh, kaki I dah okeylah." Aku cuba memberi

alasan untuk menghalang dia dari melihat keadaan

kaki ku itu. Namun kedegilan Nazim tidak

mengendahkan langsung kata-kataku itu. Dari

mana ya lelaki ini mendapat tabiat begini? Prihatin

entah apa-apa. Bukan teruk sangat pun. Terseliuh

dan tidak boleh jalan sahaja.

16


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hmm... nampak bengkak dah susut ni.

Siapa yang bawa you ke klinik hari tu? Aku

langsung tidak membincangkan hal itu dengan

Nazim apabila aku dihantar pulang ke rumah oleh

pak cik itu.

Boleh rasanya ku panggil pak cik kerana

usianya mungkin hampir sebaya dengan ayah

kandungku sendiri.

Selepas dia menghantar aku pulang ke

kondo pun dia menghulurkan kad nama padaku.

Datuk Dr. Nashrul. MD. Shah Alam Specialist

Hospital.

Aku mendongak memandang ke arahnya.

Patutlah. Doktor rupanya.

“Kalau ada apa-apa call saya ya?” Kerut di

dahinya menjelaskan lagi kerisauannya.

“Tak apalah, errr Datuk.... Dr. Nash...

Nash...Saya nak panggil apa ni?”

Tergelak orang tua itu dibuatnya.

“Nak panggil pak cik pun tak apa. Sebab

saya dah tua. Mungkin baya dengan bapa awak ke

apa?”

Hmm... mujur sedar diri.

Aku tergelak kecil.

“Eh, dah tau nama, mestilah saya kena

panggil Datuk ni.”

“Tapi saya tak ada cucu lagi tau. Anak lelaki

saya pun sorang ja. Itupun dah cakap nak kahwin

cepat.”

“Really?”

“A..aaa...”

17


HASREEYATI RAMLI

“Okeylah tu.” Aku tersenyum seketika.

Kemudiannya berlalu menaiki lif sendiri dalam

keadaan kaki ku berdengkot-dengkot.

Sebenarnya lelaki itu bertegas mahu

membantu ku hingga ke tingkat atas. Namun aku

yang tidak mahu menerima pertolongannya lagi.

Bukannya apa. Macamana kalau ada jiran-jiran

terserempak dengan kami? Pasti ada yang salah

sangka pula.

Lebih baik aku menahan sakit dan naik

sendiri ke tingkat atas.

“Degil.” Ujar lelaki itu yang kudengar di

belakangku sebelum aku meninggalkannya.

“Nad? Mimpi di siang hari ye?”

Lamunanku terhenti seketika.

“Awww… Sakitlah. Jangan tekan kat situ.”

Tindakan refleks membuatkan aku menarik kaki ku

dengan spontan. Memang sakit bila tempat yang

membengkak ditekan oleh Nazim.

“Errmm… Adalah sorang pak cik tu

kebetulannya doktor juga. Eh, dahlah. You datang

ni dah bebel ke apa?”

Lelaki itu tersenyum melihat aku mula mahu

sakit hati begitu. Dia bingkas bangun.

“Haa… Okeylah. Seminggu nanti baiklah.

Tapi elok you tuam selalu dengan ais.”

Aku mengerutkan dahi.

“Ais? Bukan dengan benda panas ke?”

Lelaki itu tergelak kecil.

18


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Sayang, macam ni. Bila you terseliuh, otot

you dah tercedera. Jadi bila dah tercedera kalau

you letak benda panas, otot you akan lebih

tercedera. Dan lambat baik.”

“Yeker? I ingat kalau bengkak kena tuam

ngan tuala panas. Bukan macam tu ke?” Aku

menggaru-garu pala seketika. Keliru.

Sememangnya dari dulu lagi aku akan menuam

dengan tuala panas yang kuhembus dengan nafas

dari mulutku sendiri. Namun kini, lain pula ilmu

yang aku dapat.

Nazim menggeleng.

“Iya. Haa… lepas ni tuam dengan ais ya? Kat

umah you ada kan plastik ke apa ke nak letak ais?”

Aku mengangguk laju. Tidak mahu dia keluar

mencari plastik untuk ku.

“Dalam rumah you ada ais kan? Kalau tak

ada I boleh tolong belikan.” Dia seakan-akan

mendugaku.

Kalau aku menjawab tidak ada, pasti dia

akan keluar ke kedai untuk membelikannya untuk

ku.

“Ya. Ada. Jangan bimbang. Semuanya ada.”

Naik rimas pula aku dibuatnya. Selalunya aku biasa

melakukan apa-apa pun sendirian. Namun kini

apabila ada orang yang mengambil berat

mengenai diriku, aku jadi kurang selesa.

Lelaki itu bercekak pinggang dan

merenungku kali ini. Menggeleng.

“Kalau macam tu, okeylah. You buat semua

yang I pesan tu, I nak keluar kejap.”

“Ke mana?”

19


HASREEYATI RAMLI

“Eh, nak belikan you makananlah. Kan you

tak boleh keluar makan dengan I?” aku mencebik.

Ada kekurangannya juga jika aku tidak dapat

bergerak begini.

“Hmm… okeylah.”

20


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Betul you nak I jumpa dengan papa dan

mama you?” Nadira masih lagi ragu-ragu dengan

keputusan Nazim itu.

“You tak rasa macam you ni terburu-buru

ke?”

Nazim tergelak mendengar rungutan gadis

kesayangannya itu.

“I sayangkan you tau. I tak nak you jatuh ke

tangan lelaki lain. Nanti kalau lagi lambat I masuk

minang, nanti orang lain masuk minang, so how?”

Kali ini giliran Nadira pula yang tergelak.

“Ya Allah, sampai ke situ pula yang you fikir

ya? Kan kita baru kenal ni. You tak menyesal ke

nanti pilih I?” Sebenarnya sengaja Nadira mahu

menduga. Perkenalan selama sebulan itu

membuatkan dia sendiri terkejut dengan

keputusan lelaki itu. Namun perkenalannya

dengan Doktor Nazim setelah dipertemukan oleh

rakan-rakan mereka membuatkan mereka sering

berhubungan selepas itu.

“Betul ni nak bawa I jumpa your parents?”

Bersungguh-sungguh Nadira bertanya kali ini.

21


HASREEYATI RAMLI

Memang menjadi impian setiap gadis untuk

disunting menjadi suri hati lelaki idaman. Doktor

Nazim memang terdiri dari keluarga yang bergelar

doktor. Boleh dikatakan kesemua ahli keluarga

lelaki itu bergelar doktor. Kedua ibu bapa lelaki itu

adalah doktor begitu juga dengan Nazim.

Lelaki itu tersenyum dan mengangguk laju.

Tanganku disentuh dengan lembut. Cuba

meyakinkanku.

“Kalau macam tu, okeylah. Tapi you dah

bagitau hal ni dengan mama dan papa you ke?”

takut juga kalau-kalau aku tidak diterima.

“Belum lagi. Tapi jangan bimbang. My

parents tu sporting je. Apa yang terbaik untuk I,

terbaiklah untuk diorang juga.”

“Alhamdulillah kalau macam tu, Zim.

Bukannya apa, I bukan doktor macam diorang pun.

Cuma sekadar pekerja pejabat saja.” Tugasku

sebagai Pengurus Sumber Manusia di sebuah firma

swasta membuatkan adakalanya aku sibuk di

pejabat. Namun apabila tidak sibuk sahaja dia

berpeluang keluar dengan Nazim.

“Apa yang you merepek ni, Nad? I cukup

yakin dengan you walaupun kita baru kenal, okey.

Jadi, you jangan ragu-ragu lagi tau dengan niat baik

Zim, boleh tak?” Lelaki tampan itu tersenyum

manis memandangnya. Kacamata yang berbingkai

hitam yang dipakainya tampak sesuai dengan

22


MERTUAKU, MY SOULMATE

jawatannya. Seorang doktor di sebuah hospital

swasta.

Nadira tersenyum malu juga mengangguk

tanda setuju.

Nazim menarik nafas lega.

“Syukurlah kalau you setuju,”

Nadira mengerutkan dahinya pula.

“Eh, you sedang propose I ke ni, Zim?”

Nazim tersenyum.

“Kalau ya, kenapa?”

“Oh no...you are so unromantic?”

Lelaki itu tertawa besar kali ini.

“Apa yang you harapkan I lamar you

macamana? Nak bunga? Nak romantic dinner?

Ermm... Maaf ya. I tak pandai semua tu.”

“Hmm... nampaknya I dah ada idea untuk

buka dating and proposal agency lepas ni...”

“Apa maksud you ni? You nak benti keje

ke?”

“Kalau I perlu. Sebab kadang tu I rasa bosan

jugak kerja untuk orang lain. Baik I buka satu

perniagaan yang orang sibuk macam you. Okey

tak idea I?”

Lelaki itu tergelak kecil lagi.

“Nad... Nad... Kadang I rasa you ni lawak pun

ya. Tapi dalam pada masa yang sama bijak pun ya.

Mencari peluang di dalam kesukaran orang lain.

Hehe... Bijak... bijak...”

“Tapi tak salah, kan? Bukan I berniat jahat

pun kan? Hmm... cuba you bayangkan I boleh

tolong orang lain, kan?”

23


HASREEYATI RAMLI

“Haa... banyaklah you punya nak tolong.

Tapi apa pun, biar I fix appointment dengan papa I

dan mama I dulu ya? Bukan you tak tahu, diorang

tu sibuk. Mama walaupun dah berhenti dari

hospital tu, tapi dia sibuk ke sana sini. Uruskan

persatuan kebajikan untuk kanak-kanak

Thalassemia.”

Banyak yang aku masih belum belajar

tentang keluarga Nazim lagi. Dan selepas ini

nampaknya aku akan berpeluang unutk mengenali

mereka sebelum aku benar-benar menjadi

menantu keluarga itu.

“Oh... macam tu ya? Kalau gitu, tak apalah.

You buatlah apa yang perlu. I ikut aje.”

“Terima kasih sebab sudi nak jumpa

keluarga I.”

Senyuman di wajah lelaki itu

membayangkan perasaannya ketika ini. Tanganku

masih lagi diusap-usapnya dengan lembut.

“Zim, sebelum kita kahwin, boleh tak jangan

kita pegang-pegang macam ni? Agama melarang.

Pandangan manusia pula menentang.”

Perlahan pegangan itu mengendur dari

tangannya.

“Terima kasih sebab menghargai I, Zim. Ni

buat I lebih sayang pada you tau.” Tidak

semestinya kasih sayang sebelum sebarang ikatan

perkahwinan perlu ditunjukkan dengan sentuhan

demi sentuhan yang adakalanya mungkin

24


MERTUAKU, MY SOULMATE

merangsang ke arah tindakan yang tidak

sepatutnya. Kasih sayang seharusnya boleh juga

ditunjukkan dengan cara mengambil berat tentang

pasangan kita dan juga ucapan-ucapan sayang

yang berterusan. Sekurang-kurangnya kita perlu

mengucapkan kata-kata sayang sebanyak 200 kali

pada pasangan kita setiap hari. Mungkin pesanan

dari Datuk Fadzilah Kamsah itu akan menjadi

bahan tawa pada sesiapa yang pernah mendengar

ceramahnya, namun pada hakikatnya, kasih sayang

dapat juga ditunjukkan dengan mempunyai

perasaan sayang itu sendiri di dalam hati, di dalam

jiwa dan di dalam setiap detik nafas kita sendiri.

25


HASREEYATI RAMLI

Sekembalinya dari temujanji dengan Nazim,

aku mendapat panggilan telefon dari seseorang

yang tidak disetkan nama pada nombornya. Pada

mulanya aku teragak-agak untuk menjawabnya.

Namun setelah berkali-kali telefon itu

berbunyi, rakan serumahku mula bising.

“Kau nak angkat ke tak ni, Nad? Angkat

ajelah. Pekak telinga aku ni tau.” Kinah yang

sedang bersandar di sofa panjang mengadap cerita

Korea kegemarannya terasa terganggu juga.

“Oh, sorry. Tapi aku tak kenallah nombor tu.

Scammer kot?”

“Angkatlah dulu. Kalau yang nombor depan

banyak 444 tu je kau jangan angkat. Itu baru

scammer.”

“Oh, yaka?”

Dengan malasnya, aku menjawab telefon

itu.

“Assalamualaikum. Maaf ganggu. Saya

Nashrul. Yang bantu Cik hari tu.”

26


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku terus bangun dan bingkas duduk di katil.

Mataku sudah cerah kembali. Apa yang dia nak ni?

“Waalaikumussalam. Ooh... okey. Ada pa

encik?” Risau juga kalau orang itu mahu meminta

duit dariku setelah bantuan diberi.

“Err... tak ada apa. Cuma nak pastikan

nombor ni betul. Maaf ya mengganggu. Kaki dah

okey ke ni? Nak tanya itu saja. Selamat malam ya

cik.”

Oh... nak tanya pasal kaki.

Baik juga lelaki itu.

“Alhamdulillah. Semakin sembuh. Terima

kasih ya encik.” Serba-salah aku dibuatnya.

“Good night.”

Talian antara kami dimatikan.

Dahiku berkerut. Itu sahaja?

“Hoi, Nad. Siapa tu? Nazim ke?”

Teman serumah menjerit dari luar. Pintu

bilikku pula tidak ditutup rapat.

“Orang yang tolong aku hari tulah.” Malas

aku nak melayan lama-lama.

“Oo... okey. Handsome tak?”

Aku menghela nafas panjang.

“Eh, kau ni. Kena handsome ke kalau nak

tolong aku? Peliklah kau ni.”

Terdengar gelak tawa rakannya itu.

“Tak adalah. Aku tanya ja. Kau tu dah ada

Nazim. Kau bagilah orang tu kat aku pulak.”

Aku pula tertawa.

“Aik? Ada hati nak kapel dengan orang tua

ya?”

27


HASREEYATI RAMLI

Tiba-tiba kawanku melompat dari sofa dan

bergegas ke pintu bilikku.

Berkerut dahi menjengah ke dalam.

“Errk? Tua sangat ke?”

“Errmmm.... boleh panggil ayah kot. Tapi

taklah nampak tua pun. Awet muda kot. Atau dia

buat plastic surgery.” Aku menjelirkan lidah

seketika. Kacau daun sungguhlah. Orang nak tidur

pun tak boleh.

Kinah menggaru kepalanya.

“Okeylah, babe. Kensel!” kemudian berlalu

dari situ.

Aku tersengih. Lega.

28


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Okey, Nad. Semua dah set!”

Petang itu aku keluar dengan Nazim.

Tugasku tamat lebih awal dari biasa. Aku

menyedut smoothie yang sedang kuminum di cafe

terbuka di Mall itu.

Matanya membesar.

“Really? Mama you tak terkejut ke?”

“Kenapa pula?”

“Iyalah. Kita kan baru sebulan kenal. Dah

you decide nak bawak I jumpa your parents. Tak ke

pelik nanti?”

Nazim menggeleng.

“Eh, tak adalah pula. Mama I happy aje bila

tau I dah ada pilihan hati.”

Lelaki tampan itu tersengih. Menampakkan

sebarisan giginya yang putih bersih.

Boleh buat iklan tv ni.

Aku mengangguk.

“Kalau begitu, okeylah. Tapi I yang takut ni

ha. Macamana ya kalau diorang tak nak terima I?

Nanti apa pula pandangan diorang terhadap I? I

takutlah, Zim.” Ujarku lagi. Risau sebenarnya

dengan penerimaan orang tua Nazim. Kedudukan

keluarga kami jauh berbeza. Keluargaku yang

29


HASREEYATI RAMLI

hanya berlatar belakangkan orang biasa-biasa

membuatkan aku terfikir begitu.

Nazim tersenyum.

Pandangan mata lelaki itu membuatkan

hatiku tidak begitu selesa. Terasa debaran di dada

semakin kencang. Terlalu malu pula direnung

sebegitu rupa.

Aku menolak gelas `smoothie’nya ke tepi.

Termenung lagi.

“Kenapa ni, hmm? Cuba you cakap pada I. I

am all ears.”

Menjadi pendengar yang baik adalah

penting di dalam kehidupan dua orang yang

sedang bercinta dan mahu mendirikan

rumahtangga. Tanpa menjadi pendengar yang baik

dan cuma mahu orang lain mendengar apa yang

kita mahu cakapkan, sesuatu hubungan itu tidak

akan bertahan lama.

Aku tersenyum. Walaupun di dalam hati,

hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa

gementarnya dia untuk menghadapi kedua orang

tua Nazim.

“Zim, kalau diorang tak boleh terima I,

bagaimana dengan hubungan kita ni, ha? Kita nak

putus macam tu aje ke? Alaa... risaunya.” Nadira

termenung lagi. Memikirkan perkara yang tidak

berlaku lagi.

Nazim tergelak lagi.

30


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad, memang orang perempuan macam tu

ya? Suka berfikir lebih dari orang lain? Pastu suka

fikir benda yang tak jadi lagi, hmm?”

Menggaru kepala juga Nadira dibuatnya.

“Aduh, you ni bagi I lagi peninglah, Zim.”

Matanya membulat.

Nazim tergelak dengan wajah lucu itu.

Hilang segala stress di hospitalnya di kala itu juga.

Adakalanya gelagat lucu gadis itu sedikit sebanyak

membuat hatinya terhibur. Kerana itulah dia

mengambil keputusan untuk terus serius dengan

gadis itu kerana melihat wajah gadis itu sahaja

sudah membuatkan dia hilang segala kepenatan

bertugas tanpa mengira masa di hospital.

Walaupun ada giliran untuk mereka

bertugas namun atas rasa prihatin dan

tanggungjawab, dia tidak mengira semua itu.

Adakalanya dia tertidur di hospital kerana terlalu

letih. Sekurang-kurangnya selepas ini, sudah ada

orang yang akan menjaga kehidupannya selepas

ini.

Nazim cuba menenangkan Nadira kali ini.

“Macam nilah. Kalau my parents tak setuju,

kita kahwin lari, nak?” Usik Nazim lagi.

Muka macam serius tetapi pandai pula nak

melawak begitu.

Nadira menarik tangannya dengan geram.

“Eee... you ni! Tak habis-habislah nak ngusik

I tau...” Ujar Nadira seakan merajuk. Menarik

muka 14 kali ini.

31


HASREEYATI RAMLI

“Hehe.... Sorrylah sayang oii.... Janganlah

merajuk, hmm?” Memek muka Nazim

membuatkan Nadira tidak dapat merajuk lama.

“Iyerlah... Bosanlah you ni, Zim. Tak bagi

peluang langsung I nak merajuk lama-lama.

Manalah tau, kot-kot you boleh beli intan permata

kat I ke...” Jeling Nadira lagi. giliran dia pula

mengusik buah hatinya itu.

“Haha... pandai pulak ya you nak demand

bagai-bagai ya...” Usik Nazim lagi, mencuit hujung

hidung Nadira pula.

“Eee! You ni kenapa?”

“Kenapa apa, sayang?”

Nadira malas hendak bertekak lagi. Tidak

menang dia dengan usikan dari Nazim. Namun dia

bahagia dengan lelaki itu.

“Okeylah, Zim. Nad rasa Nad dah bersedia

nak jumpa parents Zim juga. Tapi lepas ni, Zim

kena jumpa parents Nad jugak tau,” lelaki itu

mengangguk laju. Sambil mengangkat tangan

kanannya separas bahu seperti berjanji.

“Yup! Promise! Kalau tak macamana la Zim

nak risik, pinang dan nikah ngan Nad, kan?”

Terkebil-kebil mata Nazim dibuatnya.

Nadira menarik muka. Geram.

32


MERTUAKU, MY SOULMATE

Hari ini ialah hari keramat buat Nadira.

Terasa bagaikan hari pertama dia mahu

menduduki peperiksaan yang amat penting di

dalam hidupnya.

“Zim, Make sure you betul-betul dapat

datang tau. Jangan tak datang pula.” Nadira

memohon dengan penuh kerisauan.

Berada di sebuah restoran serba mewah di

hotel terkemuka itu membuatkan Nadira tidak

senang duduk.

“Ye, ye. Zim akan datang. Tiba-tiba pula ada

kes kecemasan ni ha. Doktor yang bertugas pula

tiba-tiba ada hal. Jadi Zim terpaksa ganti. Zim

cuba datang secepat mungkin ya? Sabar ya,

sayang.”

Kerisauan mula bersarang di dada. Adakah

Nazim akan membiarkan dirinya bersendirian di

situ?

“Cik, nak minum apa-apa tak ni?”

Nadira menoleh ke arah waiter yang berdiri

di sebelahnya. Menggeleng.

“Tak. Terima kasih. Saya masih tunggu

mereka yang sepatutnya datang.” Tidak perlu

rasanya dia menceritakan apa-apa pada waiter itu.

33


HASREEYATI RAMLI

“Okeylah, cik.” Waiter itu meminta diri dan

berlalu dari situ.

Nadira menekan butang speed dail untuk

nombor Nazim.

“Zim. Lambat lagi ke?”

Terdengar keluhan di hujung sana.

“Nad, patient ni Zim tak boleh tinggalkan

lagi. Tunggu ya. Tapi Zim tak boleh jawab telefon

selalu ya, sayang. Zim kena masuk ke dalam CCU

sekarang.” Talian antara mereka dimatikan.

Jantung Nadira bagaikan terhenti seketika di

kala itu juga.

“Sampai hati...”

“Sampai hati apanya ni...”

Nadira menoleh ke arah belakang. Hampir

ternganga dia dibuatnya.

“Eh, Pak Cik?”

Nadira segera bingkas bangun. Terkejut

melihat lelaki separuh umur itu berada di

hadapannya kini.

“Err... pak cik nak jumpa siapa kat sini?”

Dr. Nashrul tersenyum sebaik sahaja melihat

kelibat gadis itu berdiri betul-betul di hadapannya

kini.

“Tak sangka... kamulah gadis yang Nazim

sangat suka tu...”

Lelaki itu mengambil tempat duduk di meja

yang sama di hadapan Nadira.

“Jadi... pak cik Nash ni, papa Nazim ya?”

34


MERTUAKU, MY SOULMATE

Sesuatu yang tidak disangka oleh Nadira

sama sekali. Hampir ternganga Nadira dibuatnya.

“Betapa kecilnya dunia, kan?” Gelak lelaki

itu sambil menarik kerusi di hadapan gadis itu.

Rupa-rupanya inilah gadis yang selalu diceritakan

oleh anak lelaki tunggal kesayangannya sejak

beberapa hari kebelakangan ini. Hinggakan dia

dan isterinya berasa hairan mengapalah Nazim

begitu beria-ia benar mahu menemukan mereka

dengan gadis itu.

Lelaki separuh umur itu mengambil tempat

di hadapannya. Sambil mata tepat merenung ke

arahnya. Dia pula jadi tidak selesa. Apa yang perlu

dilakukannya? Nak duduk pun rasa serba tidak

kena.

Di manalah Nazim ni?

“Err… pak cik, mana mak cik?” Soalan itu

yang keluar dari bibirnya. Peluh sejuk mula

memercik di dahi. Takut pun ada. Gementar pun

ada. Nama pun berhadapan dengan bakal bapa

mertualah katakan.

Betul tak aku tanya ni? Nak panggil uncle ke

atau pak cik ni?

Ya ampun. Di manalah Nazim untuk

menyelamatkannya ketika ini?

Melihat keadaan gadis itu yang semakin

tidak selesa, dia hanya tersenyum.

“Siapa ya nama awak ni? Lupa nak tanya hari

tu.”

“Nadira. Nad.” Semakin serba salah Nadira

dibuatnya.

Lelaki itu mengangkat kening seketika.

35


HASREEYATI RAMLI

“Hmm…. Okey, Nad. Aunty kamu tu selalu

macam ni. Lupalah tu. Nanti pak cik cuba call dia

dulu ya.”

Lelaki itu menekan nombor di telefonnya.

“Hello…. Ha… Ya… Ya…” wajahnya tiba-tiba

berubah seketika. Teduh sahaja nampaknya.

“Pak cik? Okey tak ni?”

Lelaki itu mengangkat mukanya kembali.

Cuba tersenyum walaupun dia tahu hatinya sarat

dengan rasa tidak senang.

“Hmmm…. Okey kot. Aunty kamu selalu

macam ni. Tapi tak apalah. Eh, call Nazim tak? Dia

mana?”

Kali ni giliran dia mengeluh kecewa.

“Dia kat bilik CCU. Jadi macam biasalah,

kan.” Dia kembali sugul. Nampaknya beginilah

hari-hari yang akan dilaluinya apabila menjadi

menantu mereka nanti. Sunyi bila suami terpaksa

menghabiskan banyak masa lagi di luar dari di

rumah.

Lelaki itu tertunduk seketika.

“Ada doktor yang tidak dapat datang tu.”

Tugasnya sebagai Pengarah Hospital membuatkan

dia faham dengan situasi itu. Namun masalahnya,

adakah gadis itu dapat memahami dan bertahan

kelak? Kerana itulah life sebagai seorang doktor.

“Ya. Gitulah nampaknya.” Dia termenung

seketika dan memandang ke arah lain.

Dah sudah.

36


MERTUAKU, MY SOULMATE

Nak cakap apa ya dengan bakal bapa

mertua?

“Well… macam nilah. Kita makan dulu sebab

pak cik dah lapar ni. Dari tadi belum makan. So,

kita order ya?” Lelaki itu mula meneliti menu yang

ada. Yang ditinggalkan oleh waiter tadi.

“Makan? Hmm….” Dia serba-salah

sebenarnya. Gelabah pun ya.

“Ya, pilih ja. On me.”

Dari satu topik ke satu topik mereka

berbual. Seolah-olah sudah lama saling mengenali.

Rasa aneh juga. Namun okey juga bakal bapa

mertuanya mahu melayaninya berbual sebegini.

Sekurang-kurangnya bila dia menjadi

menantu nanti tidaklah terlalu kekok untuk

bergaul mesra dengan keluarga mereka. Betul

tak? Itulah yang terlintas di fikirannya.

Nadira meneliti apa yang ada di menu. Nak

makan Western ke atau Asian ni?

“Nak cuba tak steak Waghu?”

“Huh?”

Bukannya apa. Ternganga melihat

harganya.

“Pak cik, mahal ni.” Ya. Satu set RM1200.

Alamak. Macam nak makan bajet dua

bulanlah pula.

Lelaki di hadapannya tersenyum.

“Allah... apalah sangat. Bakal menantu kot.

“ Menampakkan sebarisan gigi yang putih dan

tersusun rapi.

Cantik.

37


HASREEYATI RAMLI

Oh ya. Tentulah cantik. Nama pun doktor.

Kalau doktor mesti jaga kesihatan dan penampilan.

Rasanya macam veneer pun. Atau gigi palsu ke-

“Nad? Kamu mengelamun ya?” Tergelak

seketika lelaki di hadapannya itu.

“Hah?” Dia malu sendiri. Oh tidak. Apa dah

kena dengannya?

Dia berpura-pura menekan speed dial untuk

nombor Nazim. Masih lagi off telefonnya.

Bermakna memang dia terpaksa bertungkus lumus

menyelamatkan nyawa pesakitnya. Bagaimana

pula dengan misi menyelamatkan hatinya? Dia

pula terpaksa bersendirian dengan papa lelaki itu.

Dan ini membuatkan dia berasa serba tidak kena.

Tetapi mengapa ya? Sebab malu? Atau adakah

sebab mereka pernah bertemu?

“Nad? Kenapa ni? Tak selesa dengan saya,

err.. pak cik ya?” Nampaknya kali ini aku dapat

menangkap dia juga tidak selesa denganku. Eh,

kenapa macam aku ada antena yang boleh `sense’

perasaan lelaki ini?

Pelik.

“Ha?” Nadira memandangnya kali ini dengan

dahi berkerut.

Takkan pula aku hendak berterus-terang?

Gila.

“Ermm.. pak cik. Mahal ni. Ambik steak

biasalah. Sedap tak kat sini?”

38


MERTUAKU, MY SOULMATE

Memang dia tidak pernah berkunjung ke

sini. Selalunya selepas masa pejabat dia dan Kinah

akan makan di luar jika mereka malas memasak di

rumah. Cuma sekarang sahaja dia akan keluar

makan malam dengan Nazim. Itupun jika lelaki itu

ada masa lapang dan shifnya telah tamat.

“Okey aje. Tak nak steak Waghu ya?”

Nadira menggeleng.

“Tak naklah, pak cik. Mahal sangat. Makan

ala kadar sudahlah. Makan steak juga, kan?”

Lelaki itu tersenyum. Kemudian

mengangguk.

“Hmm... baiklah. Waiter.” Dia memanggil

waiter yang berhampiran.

39


HASREEYATI RAMLI

“Bang, macamana dengan si Nadira tu?

Nadira kan nama budak tu? Okey tak? Baik tak?”

Datin Zarila membuka tudungnya sebaik sahaja

masuk ke dalam biliknya.

Dilihatnya suaminya sedang bersandar di

kepala katil mereka sambil kedua belah tangannya

ada di belakang kepalanya. Termenung.

Datin Zarila mengerutkan dahi.

Apa yang tidak kena pula dengan suaminya

ini? Mengelamun ke?

Apabila suaminya tidak menjawab, dia

segera mencuit hujung kaki suaminya.

Datuk Nasrul terkejut. Segera tindakan

refleks menarik kakinya.

“Eh, Ila. Bila pulak awak masuk dalam bilik

ni?

“Haaa itulah. Abang ni. Mengelamun ya

sampai tak sedar saya masuk dalam bilik.”

Ada sesuatu yang pelik sedang dihidunya

dengan sikap suaminya itu.

40


MERTUAKU, MY SOULMATE

Datuk Nasrul cepat-cepat bangun.

Membantah.

“Eh, tak adalah. Saja rehat-rehat kejap lepas

makan. Panaslah.”

Datin Zarila mengerutkan dahi.

“Eh, abang ni. Dah ada `aircon’ pun panas

ke?” Datin Zarila mengambil remote aircon yang

ada di atas meja sisi sebelah suaminya. Dah pun

17 Darjah. Panas lagi ke?

“Hmm... pelik betullah abang ni,” Datin

Zarila segera duduk di sebelah suaminya.

Merenung ke arah suaminya seketika. Kemudian

menekap belakang tangannya di dahi suaminya itu.

Datuk Nasrul terkejut dengan perlakuan

isterinya.

“Eh, kenapa ni, Ila?” Tangan isterinya

dipegang.

Datin Zarila mengeluh seketika.

“Hmm... tak panas pun. Abang tak

demamlah. Apa yang panasnya ni?” Dia tidak

mengerti.

“Tak ada apa-apalah, Ila. Abang sihat aje ni,

ha. Dahlah. Abang nak mandi kejap. Dah kering

peluh dah ni.” Datuk Nasrul bingkas bangun. Dia

tidak mahu isterinya itu lebih banyak bertanya.

Rimas dibuatnya.

Datin Zarila menggeleng.

“Ada-ada saja la orang tua ni.”

Kemudiannya turut mengambil tuala untuk

suaminya yang sudah ada di depan pintu bilik air.

Kalau tidak, bising pula nanti.

41


HASREEYATI RAMLI

“Hmm... terima kasih.” Ujar suaminya itu

dengan senyuman pantas.

Apa kenanya pula dengan suaminya ini?

Selalunya suaminya tidak kelihatan berkhayal

macam ni. hatinya mula terdetik untuk berasa

curiga. Namun perasaan seperti itu dibuangnya

sejauh mungkin.

Ah, dah tua-tua. Takkanlah masih mahu

berangan lagi?

Di rumah Nadira.

“Aik? Kau dah balik ya?”

Teman serumahku sudah tersengih berdiri

di hadapan muka pintu sebaik sahaja aku menolak

daun pintu. Aku memang ada kunci spare. Tak nak

ganggu teman serumahku bersusah payah bangun

membukakan pintu untuk ku.

Sebaik sahaja aku melangkah kaki masuk ke

dalam rumah kami, Kinah sudah sedia menyambut

kepulangan ku.

“Assalamualaikum cik kak, haa... yang kau ni

pulak, napa tercegat ja macam pak gad ja ni ha?”

Aku menggeleng sambil berjalan melepasi

bahunya.

Kinah mengekori ku masuk ke dalam setelah

mengunci pintu.

Tergesa-gesa pulak dia mengikut aku hingga

ke bilik ku.

42


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ha, napa lak ni?”

“Aku nak dengar semuanya lah. Cepatlah

cerita.”

Tanpa ku suruh Kinah menarik tanganku.

Kami duduk di hujung katil ku.

“Cerita apanya? Tak ada apa-apalah yang

best pun.”

Kinah menepuk dahi.

“Laa... kau ni. Ceritalah. Okey tak bakal pak

mertua kau? Mak mertua kau macamana? Vogue

tak? Orang kayalah katakan. Eee... bertuahnya kau.

Tak payah kawan lama-lama pun orang dah nak

buat jadi bini. Hmm... kalaulah aku... syukur!”

Tersengih Kinah di hadapanku.

Aku mengerutkan dahi.

“Kau ni. Aku memang tak suka nak kawan

lama-lama. Nanti jadi benda tak elok. Tu aje.” Aku

sendiri tidak menyangka yang jodohku akan

secepat itu.

“Hmm.... Nazim tak datang. Macam tu jugak

dengan mak dia.” Ujarku perlahan. Selamba.

“What?! Gila kau!”

Hampir separuh menjerit Kinah di hadapan

muka ku. Mujur tidak terpercik air liur ke apa.

“Ishh... napa boleh jadi macam tu?”

Hampir terjojol mata Kinah dibuatnya.

Aku hanya mengangkat bahu.

“Tah.”

Malas rasanya aku mahu bercerita. Tidak

ada apa yang penting pun. Lagipun selepas makan

stik daging tadi, mataku sudah bagai ditarik-tarik.

Kenyang agaknya.

43


HASREEYATI RAMLI

Kinah menarik-narik tanganku.

“Kau ni, Nad. Biar betul. Peliklah. Nak kenal

mertua, tapi sorang aje yang datang?”

Aku mengangguk.

“Nazim napa tak datang?”

Malas sebenarnya aku mahu bercerita hal

Nazim. Nampaknya jika aku mahu memilih Nazim,

aku terpaksa `berkahwin’ juga dengan

pekerjaannya. Juga semestinya keluarganya. Tidak

sah rasanya jika aku mementingkan diri aku dan

Nazim sahaja jika aku mahu bahagia dengan bakal

suami ku itu.

“Ada emergency.”

“Habis tu, mana bakal mak mertua kau?”

Aku mengangkat bahu.

“Tah.”

Kinah mengerutkan dahinya. Masih tidak

berpuas hati dengan jawapanku itu.

“Nad! Apalah kau ni? Semua tah. Habis tu,

kau tau apa?”

Aku tahu dia memang tidak puas hati

dengan jawapanku itu.

“Kinah, kau tau kan aku macamana. Kalau

aku tau, aku akan beritahu. Kalau tak, aku jawab

saja tah.” Setel.

Aku bingkas dan berlalu ke meja solek ku.

Aku perlu membersihkan wajahku sebelum aku

membasuhnya. Kapas ku ambil. Ku tenyeh ke

muka.

44


MERTUAKU, MY SOULMATE

Kotorannya terlekat di kapas itu. Namun

kotoran yang terlekat di hati ku ketika ini, siapa

yang akan mencucinya? Ya, sakit hati. Itu juga

dikira sebagai kotoran hati.

Kinah berdiri di sebelah ku. Masih tidak

berpuas hati dengan jawapanku.

“Kau ada nombor Nazim? Bak sini.”

Rupanya dia masih tidak berpuas hati.

“Nak buat apa?”

“Sedih hati aku tengok kau monyok macam

ni, tau. Aku nak bantu kau setelkan hal kau ni.”

Tanpa ku duga, Kinah mengambil telefon ku.

Mencari nombor Nazim.

Aku bingkas bangun dan merampas

telefonku darinya.

“No, Kinah. Jangan! Biar aku selesaikan

sendiri hal aku dengan Nazim. Kau pergilah tidur.

Esok kan kerja. Nanti lambat pulak kau nak jaga.

Terima kasih sebab ambik berat hal aku. Good

night, Kinah.”

Kali ini aku terpaksa bertegas begitu.

Aku tahu niatnya. Tetapi aku tidak

memerlukan pertolongan orang lain untuk

membantu hubunganku dengan Nazim.

Aku tidak perlukan orang lain untuk menjaga

hubungan ini. Bagiku mudah sahaja.

Jika ada jodoh, aku akan berkahwin dengan

Nazim. Jika tidak, aku perlu menunggu jodoh ku

itu.

Kinah terdiam seketika. Matanya tepat

memandangku.

45


HASREEYATI RAMLI

“Hmm... baiklah kalau kau dah cakap macam

tu. Aku okey saja. Cuma aku kesiankan kau. Tu

aje.”

Tiba-tiba aku memeluknya.

“Thanks, my friend.”

Kinah menepuk-nepuk belakangku.

“Anytime, my friend.”

Kemudian pelukanku dilepaskan.

Kasih sayang seorang sahabat terhadap

seorang sahabat yang lain adakalanya melangkaui

kasih sayang saudara sendiri.

Moga persahabatan aku dan Kinah kekal

sampai bila-bila. Amin.

Kinah akhirnya berlalu dari bilikku.

Walaupun aku tahu dia masih lagi tidak berpuas

hati namun kerana memikirkan apa yang ku

katakan tadi, dia keluar juga.

Aku?

Hmm... sebelum melelapkan mata. Aku

terharu dengan perhatian dan budi bahasa yang

terpampang di hadapanku. Ah, sekurangkurangnya

aku tidak perlu bersusah payah

berusaha untuk memenangi hati bakal bapa

mertuaku kerana dia sememangnya baik di

mataku.

46


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Abang ni kan, sejak dari semalam lagi Ila

tengok suka termenung aje. Lepas tu tersenyum

sendiri. Napa ni bang?”

Keresahan seorang isteri adakalanya

menjangkaui pemikiran seoran suami.

Sama ada ianya akan disedari oleh suami

ataupun tidak. Pancaindera ke tujuh seorang

isterinya biasanya melampaui antena seekor lalat

sekalipun. Apa tidaknya. Suami itulah yang sejak

dia celik dilihatnya. Semasa susah dan senang,

itulah suami yang ada di sisinya. Maka perubahan

sikap yang sebegitu adakalanya dapat juga mencuit

antena seorang isteri.

Ketika itu Dr. Nasrul sedang menyapu krim

kaya di atas roti bakar di tangan yang satu lagi.

Berkerut seketika dahinya.

“Hmm.. awak nilah, Ila. Abang senyum pun

salah ke? Dah tu, Ila nak tengok abang

macamana? Monyok? Muka marah-marah?”

Datin Zarila meletakkan roti yang telah

separuh dikunyahnya ke pinggan sisi. Berkerut

seketika.

47


HASREEYATI RAMLI

“Eh, abang ni. Ila tanya saja kan? Sejak bila

ni Ila tak boleh lagi tanya apa-apa yang Ila nak

tanya pada suami sendiri ni?”

Suaminya berpaling ke arahnya kali ini.

“Mana Nazim? Dia ke mana semalam?”

“Tukar tajuklah pula. Entahlah,bang.

Semalam bukan dia temankan bakal menantu tu

jugak ke?”

Suaminya terdiam.

Cawan kopi diangkat ke bibir.

“Jangan pula abang kata Nazim tak datang

sama...” ujar Datin Zarila dalam nada perlahan.

Suaminya menyuap sisa roti bakar ke mulut

dan menghirup sedikit kopi yang masih berasap.

Kerusinya ditolak ke belakang. Mahu

beredar dari situ.

“Abang pergi dulu.”

Suaminya langsung tidak menjawab hal tadi.

Datin Zarila pula tidak mahu menyoal

tambah. Lebih baik begitu untuk mengelakkan

pertengkaran di meja makan.

Suami isteri harus begitu kehidupannya.

Mana ada yang mula hendak dicurigai, harus

ditolak ke tepi dahulu, siasat dahulu. Jangan

ditebak dengan soalan-soalan dengan tiada bukti.

“Abang, nak salam. Maaf ye bang. Ila tanya

bagai.”

Suaminya menjeling dan tersenyum.

48


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ha... tau pun. Macamlah kenal abang baru

sehari.”

Suaminya tersenyum lagi. Seperti tidak ada

apa-apa.

Cepat sahaja Datin Zarila mendail telefon

teman baiknya, Datin Suzi sebaik sahaja kereta

suaminya berlalu dari porch rumah empat tingkat

mereka.

‘Eh, Suzy. Aku ada benda nak cakap dengan

kaulah. Kau free tak ni?”

Hatinya seperti tidak senang. Dia perlu

berbual dengan seseorang dan orang yang paling

tepat ialah teman baiknya sendiri.

Di hospital.

“Ha, Zim. Kamu dah minta maaf dengan

Nad?”

Datuk Dr. Nasrul memanggil anaknya ke

pejabatnya sebaik sahaja dia tahu anaknya tidak

bertugas pada petang itu.

Dr. Nazim seperti biasa akan terus ke

pejabat papanya. Papanya tidak akan

memanggilnya untuk berhadapan dengannya jika

tidak ada perkara yang penting.

“Huh? Pasal apa ni, Pa?”

Dahi anaknya berkerut.

Datuk Dr. Nasrul menggeleng.

“Kamu nilah, Zim. Kamu ada call Nad ke

malam tu lepas kamu tak dapat datang?”

Tugasannya membuatkan dia tidak sempat

menelefon gadis itu pada malam itu juga. Selepas

49


HASREEYATI RAMLI

dia selesai menjalankan pembedahan, dia terus

terlelap. Hari ini pun dia peru terkejar-kejar semula

dan tidur di bilik staf.

“Pa... Nazim dah dua hari off telefon. Nazim

terus tertidur lepas operation malam tu. Ini pun

Nazim tak balik rumah lagi tau, Pa.” Jelas anaknya .

Memang dia tahu, jika ada pembedahan,

anaknya tidak akan pulang ke rumah mereka.

Kerana khuatirkan tentang keadaan pesakit

selepas dari pembedahan itu.

“Hmm.... call dia. Dia tentu tak faham lagi

dengan cara kerja kamu tu. Nanti dia kecil hati pula

tu.”

Nazim terdiam seketika. Sejak bila pula

papanya mahu mengambil berat tentang bakal

menantunya? Ini tentu gadis itu telah lulus ujian

untuk menjadi menantu papanya. Bukan senang

mahu meyakinkan papanya yang gadis itu adalah

pilihan hatinya. Pernah juga dia menemukan gadis

pilihannya sebelum ini, namun papanya menolak.

“Wah... jadi pilihan Nazim kali ini okey ke,

Pa?” Nazim tersengih. Dalam debar dia bersyukur.

Papanya mengangguk sambil tersenyum.

“Kali ini papa setuju. Bagus pilihan kamu

tu.”

Nazim mengangkat tangan dan diraup ke

mukanya.

“Syukur, kali ni papa setuju...”

50


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hmm... jadi bilanya tu kamu nak

langsungkan ni? Papa nak kena pergi jumpa kedua

orang tuanya dengan mama kamu pulak, kan?”

Ceria wajah si anak.

“Ya, Pa. Terima kasih, Pa!”

Si anak berdiri dan mendapatkannya.

Memeluknya dengan erat. Wajahnya bagaikan

anak-anak yang baru dibeli mainan kegemaran.

Namun mainan ini bukan sekadar mainan

biasa. Mainan yang bakal dilalui bersama.

Bahu anak ditepuk-tepuk mesra. Terukir

senyuman di wajahnya. Kali ini, dia benar-benar

lega dengan pilihan anak tunggalnya itu.

Sekurang-kurangnya, dia terlebih dahulu

mengenali gadis itu.

Di pejabat Nadira.

“Bagaimana kau malam tu?”

“Huh?”

Ketika itu aku sedang meneliti beberapa fail

yang harus aku tandatangani sebelum diuruskan

oleh keraniku, Imah, yang juga sahabat ku sejak

dari bangku sekolah menengah lagi.

“Oh, dinner tu ke? Okey aje. Napa?”

Aku mendongak ke atas.

Imah tersengih.

“Saja la aku tanya,” memeluk fail yang baru

diambilnya dari hadapanku.

“Okey aje. Cuma Nazim tak datang. Ada

kes.”

“Ha? Biar betul. Habis tu kau tak segan ke?”

51


HASREEYATI RAMLI

Aku tersenyum.

“Mau tak segan. Tapi sebab aku pernah

jumpa bapa dia, jadi aku taklah rasa segan

sangat...”

Aku pernah menceritakan pada Imah

tentang kejadian yang menimpa diriku sebelum ini.

Sebab itu dia lebih tahu tentang situasiku.

“Hmm... betul gak, kan. Tapi macamana

dengan mak dia? Okey ke? Bukan Datuk Datin ni

high class ke? Untunglah kau ya.”

“Untung apanya?”

“Untunglah sebab bakal jadi menantu Datuk

dan Datin.”

Aku menggeleng.

“Kau ni kan sama ja kepala kau dengan

Kinah, housemate aku tau,” ujarku lagi.

Imah tergelak kecil.

“Iyalah. Kau akan senang nanti. Keluarga

mertua kau kaya. Tentu kau akan terkena

tempiasnya nanti.” Jika itulah yang

dimaksudkannya, memang dia dah silap.

“Huih kau ni, Imah. Aku tak pilih Nazim

sebab dia keluarga kayalah. Aku pilih dia sebab

dirinya.”

Nazim seorang lelaki yang budiman.

Mengambil berat dan tidak berkira. Cuma

tanggungjawab terhadap kerjanya sahaja yang

membuatkan dia tidak dapat 100% komited

terhadap hubungan mereka.

52


MERTUAKU, MY SOULMATE

Imah mengangkat bahu.

“Kalau macam tu, tak apalah. Kau dah redha

kan.”

Temanku itu segera berlalu dari situ.

Nadira menggeleng. Macam-macamlah

kawannya yang seorang ini.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

“Nad, sorry ya pasal malam tadi.”

Nadira tersenyum.

“Hmm... ingat pun ya nak call Nad. Ingat Zim

dah lupakan Nad.” Sengaja ditebak begitu.

Menguji hati sang kekasih.

“Ya Allah, Nad ni. Bukan Zim sengaja nak

tinggalkan Nad dengan papa. Kebetulan kan.

Pleaselah, Nad. Jangan salah sangka pulak ya,

sayang.”

Nadira terdiam.

Tidak mahu berbalah lagi. Lagipun itu

perkara semalam. Biarlah.

“Yelah, yelah. Tak mengapalah kalau begitu.

Errm... tak sibuk ke ni?”

Jika lelaki itu menelefon bermakna lelaki itu

tidak sibuk.

“Pesakit tu dah melepasi tahapp kritikal, so

baru Zim dapat keluar ni. Hmm... papa Zim dah

setuju dengan pilihan Zim tau.”

Rasa malu pula Nadira mendengarnya.

“Betul ni?” Nadira tersenyum sendiri. Risau

juga dia dibuatnya.

“Papa Zim tu payah tau nak suka kat orang

yang baru dia kenal. Tapi... dengan Nad... Macam

53


HASREEYATI RAMLI

ada magnet pulak. Eh, Nad tak jampi-jampi apa,

kan?”

“Ya Allah, Zim ni. Tak adalah sampai ke situ

Nad nak buat. Kalau orang suka, alhamdulillah.

Kalau orang benci, pun alhamdulillah juga. Apa

yang Nad boleh buat, betul tak?”

Suara Nazim tergelak di hujung talian sana

membuatkan Nadira tersenyum.

Syukurlah sebab bakal bapa mertuanya tidak

memprotes.

“Petang ni lepas kerja, Zim jemput ya?”

Maknanya dia perlu meminta Kinah datang

mengambi keretanya di parkir bangunan

pejabatnya.

“Saya kena call Kinah dulu ya, dia akan

ambilkan kereta saya kat sini.”

“Okey, Nad. Nanti saya jemput awak ya.

Bye.”

“Okey.”

Talian antara kami diputuskan.

Kemudian telefonku berdering lagi.

“Nazim, ada apa lagi ni awak?”

Terdengar tawa kecil di talian sana.

Alamak.

“Nad, ni uncle lah. Nad sihat?”

Mengapa aku tiba-tiba jadi malu.

“Err... ohh, uncle rupanya. Errmm... Nad

okey ja. Uncle sihat?”

“Sihat. Terima kasih. Nad kat pejabat ya?”

54


MERTUAKU, MY SOULMATE

“A.. aa uncle. Kat pejabat lagi. Uncle kat

mana ni?”

“Hospital.”

“Owhh... okey. Aunty sihat tak?”

Tidak berpeluang untuk bertemu dengan

bakal ibu mertuaku tentu tidak salah aku bertanya

tentang dia, kan?

“Aunty okey ja. Dia kirim salam.”

Mengapa pula dia harus menipu? Apakah

alasannya menelefon gadis itu? Semata-matanya

untuk bertanya khabar?

Apa yang sudah tidak kena dengan dirinya?

Tidak dapat tidur kerana tidak mendengar suara

gadis itu? Itukah sebabnya dia menelefon gadis itu

sekarang ini?

“Owhh... waalaikumussalam. Terima kasih

ya uncle.”

Nadira sudah tidak tahu hendak berbual apa

lagi. Namun jauh di sudut hati, dia hairan dengan

perasaannya sendiri. Berdebar-debar. Kenapa ya?

“Ada apa ya, uncle?”

Dah sudah.

Apa yang mahu dijawabnya?

“Oh, tak ada apa-apa sangat. Hanya nak

tanya khabar Nad aje. Oh ya. Ada Nazim telefon

tak?”

“Ada, uncle. Kenapa?”

“Hmm.. baguslah. Uncle tak nak anak uncle

terlupa pasal Nad pula.”

Kenapa pula dia perlu rasa risau tentang

perasaan gadis itu? Ah, peliklah.

55


HASREEYATI RAMLI

“Oh, tak apalah, uncle. Nad tau dia sibuk.

Jadi Nad pun tak nak ganggu dia sebenarnya.”

“Haa... kalau Nad dah mula faham dengan

tugas Nazim, tak mengapalah. Lega uncle dengar.

Susah nak cari perempuan yang muda macam Nad

yang boleh faham macam ni.”

Nadira tersenyum kecil. Pelik juga kerana

orang tua itu terlalu mengambil peduli apa yang

dirasakannya. Tetapi bagus juga untuk

persediaannya diterima di dalam keluarga itu.

Itulah yang terlintas di fikirannya.

“Okeylah, ya. Kerja elok-elok.”

“Terima kasih ya, uncle.”

Talian antara mereka dimatikan.

Sebenarnya dia sendiri tidak tahu mengapa

dia membuat panggilan pada gadis itu.

Adakah kerana dia teringatkan gadis itu.

Atau kerana dia sudah mula mengambil berat

tentang gadis yang bakal menjadi menantunya itu?

Nasrul sendiri tidak dapat berfikir dengan

jelas dan tidak ada alasan yang tertentu. Namun

yang pasti, dia sudah tidak dapat melupakan gadis

itu.

Tawa gadis itu. Senyuman gadis itu.

semuanya terlalu manis pada pandangannya. Oh

tidak, adakah dia sudah jatuh hati dengan bakal

menantunya sendiri?

Nauzubillah.

56


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Zim. Mama mintak maaf ya. Pasal hari tu.”

Datin Zarila berkesempatan untuk menegur

anak lelaki kesayangannya itu sebaik sahaja

melihat anaknya itu melangkah masuk ke dalam

rumah mereka.

Ketika itu Nazim baru sahaja pulang dari

berdating dengan Nadira.

“Hai, mama.”

Anak lelakinya bergegas mendapatkannya

dan memeluknya dengan mesra.

“Tak apalah, Mama. Zim faham. Nanti Zim

bawak ke rumah kita pulak, okey? Papa okey saja

dengan Nad.”

Datin Zarila tersenyum.

“Really? Mari mama tengok kejap gambar

GF kamu tu, Zim.”

Wajah anak terunanya ceria sahaja ketika

membuka telefonnya dan menunjukkan padanya

gambar gadis itu.

Memang cantik. Manis orangnya. Sesuai

dengan anaknya.

“Hmm... cantik. Mana Zim kenal ni?”

Nazim tergelak kecil.

57


HASREEYATI RAMLI

“Zim kenal masa dia dapatkan rawatan di

wad kecemasan.”

Ketika itu gadis itu ditimpa kemalangan kecil

dan dia yang merawatnya. Perkenalan di situlah

yang membawa mereka hingga ke tahap ini.

“Ohh... macam tu. Pandai ya Zim pilih.

Cantik orangnya. Kerja apa? Dulu belajar kat

mana?”

Mamanya kalau bertanya memang macam

polis pencen. Semua ingin tahu.

“HR Manager. Kat UiTM Merbok.”

Datin Zarila mengangguk tanda setuju

dengan penerangan anaknya. Sekurang-kurangnya

anaknya tidak salah pilih. Ada pelajaran tinggi.

“Okeylah kalau macam tu. Nanti bawak

jumpa mama ya.”

Nazim mengangguk laju.

Baginya kebahagiaan anaknya itu adalah

kebahagiaannya jua.

“Terima kasih ya, mama.” Anaknya mencium

dahinya dengan pantas. Datin Zarila tersenyum

sambil mengangguk.

Sekurang-kurangnya dia sedar, anaknya

pandai memilih calon isteri.

Nazim naik ke biliknya dengan hati yang

riang. Nampaknya segalanya berjalan dengan

lancar.

“Nad, mama nak jumpa Nad. Bila Nad free

ni?”

58


MERTUAKU, MY SOULMATE

Tidak sabar rasanya untuk dia membawa

gadis itu bertemu dengan mamanya pula. Seelokeloknya

dia sudah diberi lampu hijau oleh orang

tuanya yang seorang ini.

Mamanya tidak begitu kisah tentang latar

belakang keluarga bakal menantu kerana Nazim

tahu mamanya bukan jenis yang mementingkan

darjat pun.

Nadira baru sahaja berbaring di atas katilnya

selepas mereka keluar bersama tadi.

“Eh, Zim. Kita kan baru keluar ja kejap tadi?

Napa ni? Dah rindu semula ke?”

Sengaja Nadira mengusik begitu.

Nazim tersenyum sendiri. Dia yang

bersandar di kepala katil hanya melonggarkan tali

lehernya sahaja. Melayan telefon.

“Nampaknya begitulah. Hehe....”

Nadira meniarap di tilamnya.

“Iya, dah rindu. Sebab tulah Nazim tak nak

tunggu lama-lama. Alangkah bahagia kan kalau

kita dapat cepat-cepat kahwin dan tinggal

bersama. Tak payahlah nak rindu-rindu macam ni.

Nampak aje kat depan mata. Terus aje boleh

peluk.”

Nadira terkekeh ketawa. Nampaknya Nazim

sudah pandai bergurau dengannya. Namun dia

juga turut sama merasai perkara yang sama.

“Hmmm... iyalah tu. Zim sedang buat apa

ni?”

“Baring-baring jap sebelum mandi. Zim baru

sampai rumah ni.”

“Ohh... Nad pun sama. Dah mandi pun.”

59


HASREEYATI RAMLI

“Eh, ada Zim tanya?”

“Hehe... Iyalah. Tak tanya pun lagi. Tapi Zim

akan tanya gak, kan?”

Nadira berpusing pula di atas katilnya. Kejap

begini. Kejap begitu. Melayani Nazim di talian.

“Nad, nanti kita jangan gaduh-gaduh ya bila

kita kahwin nanti. Zim tak suka. Zim nak kita selalu

senyum, boleh berbincang apa saja, dan boleh

selesaikan apa saja masalah antara kita...boleh

tak?”

Nadira tersenyum. Alangkah bahagianya

kalau semua itu berjalan seperti yang

dirancangkan.

“Inshaa Allah, Zim. Nad tak janji. Tapi bukan

ke dalam rumahtangga, ada pasang surutnya?”

Terdengar tawa di talian sana.

“Iya. Itu Zim tahu, tetapi Zim nak kita selalu

happy. Itu saja.”

Nadira tersenyum bahagia.

Siapa yang tak mahu bahagia apabila

berumah tangga. Bohong kalau berkahwin tetapi

ada niat tidak mahu bahagia. Kebahagiaan pula

sudah semestinya menjadi teras utama di dalam

sesuatu rumahtangga yang dibina.

“Inshaa Allah, Zim. Mudah-mudahan.”

“Errmm... Nad... Nad sayang Zim tak ni?”

Nadira tersenyum malu. Mujur juga buah

hati tidak ada di hadapan mata.

60


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Errrmmm.. entahlah. Zim? Sayang kat Nad

tak ni?”

Terdengar gelak kecil di talian sana.

“Sayang.”

Rasa berbunga hatinya di kala itu juga.

“Nad... jomlah tidur. Tapi dah solat ke ni?”

Nadira tergelak kecil.

“Uzur.”

“Oh.. okey. Good night, sayang.”

Klik.

Nadira tersenyum seorang diri di dalam bilik

tidurnya. Kebahagiaan yang baru sahaja bermula

diharapkan akan berterusan sampai bila-bila.

61


HASREEYATI RAMLI

“Nad...”

Ketika itu Dr. Nasrul menelefonnya. Nadira

ada di pejabatnya.

“Sihat ke ni?”

Terkejut juga Nadira dibuatnya kerana dia

tidak menyangka sama sekali Dr. Nasrul akan

menelefonnya lagi.

Apa kenalah pula dengan orang tua ni?

Bimbang juga ni. Nak spot check aku ke?

“Assalamualaikum, uncle. Alhamdulillah.

Seadanya. Uncle sihat ke?” Berbahasa bahasi.

Sekurang-kurangnya tidak kedengaran seperti

kurang sopan walaupun dia hairan dengan niat

sebenarnya.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah juga ni.

Nad sibuk ke ni? Uncle saja call. Kaki hari tu dah

okey?” Adakah salah dia menelefon gadis itu?

Sekadar bertanyakan khabar.

“Nazim ada tengokkan Nad hari tu.”

62


MERTUAKU, MY SOULMATE

Terdetak hatinya. Mendengar anak lelakinya

sudah mengambil berat. Memang patut pun

kerana mereka berdua sedang bercinta.

“Oh, iya ke. Kalau macam tu, tak apalah.

Jangan kalut-kalut lagi ya selepas ni. Nanti jatuh

pula macam hari tu.” Pesan orang tua itu lagi.

Nadira tersenyum.

“Iya, uncle. Terima kasih. Errm... ni uncle

ada kat mana ya?” Sengaja dia bertanya begitu

kerana tidak tahu apa yang harus ditanyakan.

Kalau dengan bakal mertua memang soalan begini

boleh ditanya agaknya? Entahlah. Rasanya boleh.

Mengapa dia harus berasa bersalah pula?

“Uncle ada kat pejabat. Tadi uncle yang

panggil Nazim. Ingatkan dia agar dia call Nad. Dia

tu kalau dah kerja, rumah pun tak balik. Apalagi

nak ingat benda lain. Maafkan anak uncle tu ya.

Dia tak biasa sangat jaga hati orang lain.”

Nadira terdiam. Oh, rupanya bapa dia yang

suruh dan bukan atas rasa ambil beratnya sendiri.

Terdetik rasa kecil hati juga di hati Nadira.

“Nad? Napa ni?”

Gadis itu agak lama terdiam hingga dia

terpaksa bertanya begitu.

“Err...tak ada apalah, uncle. Nad nak buat

kerja sikit ni. Terima kasih ya. Nanti kirim salam

pada aunty. Assalamualaikum.”

Klik.

Nadira tidak menunggu sehingga bakal

mertuanya itu mematikan talian antara mereka.

63


HASREEYATI RAMLI

Bukan dia hendak bersikap kurang ajar.

Namun tiba-tiba terasa hati apabila mengetahui

tentang perkara sebenarnya.

“Ha. Lama kau menung? Sapa yang call tadi

tu? Nazim ya?”

Jun yang masuk ke dalam biliknya langsung

tidak disedari. Ada beberapa fail lagi yang

dihulurkan kepadanya. Nadira tidak segera

menjawab soalannya. Cuma menyambut sahaja

fail yang dihulurkan dengan wajah mencuka.

Risau pula Jun dibuatnya melihat keadaan

temannya itu.

Tidak jadi pula dia hendak keluar dari situ.

“Kau ni... apa halnya pulak? Macam ada

masalah aje. Nazim kata apa kat kau ni, hmm?”

Jun sudah menarik kerusi duduk di

hadapannya.

Nadira mengangkat muka memandangnya.

“Bakal bapa mertua aku yang call.” Ujarnya

perlahan.

“Ha?Baik betul ya bakal bapa mertua pulak

tu yang call? Nazim?”

“Nazim ada call aku sebelum tu. Tapi aku

baru tau, bapa dia yang ingatkan dia untuk call aku

sebab hal semalam,” ujarnya dalam nada yang

agak kecewa.

Jun bagaikan dapat menangkap perasaan

itu.

64


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad. Kau jangan salah anggap. Mereka

berdua tu sekeluarga. Yang sorang lagi tau

keadaan anaknya. Aku rasa tak salah pun bapa

ingatkan si anak. Dahlah kau tau, kan. Nazim tu

kerja apa.”

Nadira tersenyum tawar.

“Kau ni bagus jugak, kan. Tau nak pujuk aku.

Hmm... entahlah, Jun. Nampaknya aku terpaksa

biasakan dirilah kalau macam ni. Bapa dia yang

ingatkan dia. Habis tu, nanti bila aku kahwin

dengan dia, bapa dia akan ingatkan dia

kesemuanya pasal perempuanlah ya?”

Jun terdiam.

“Hui kau ni, Nad. Ke situ pulak. Tak salah

kot. Bukan semua lelaki baca buku pasal

perempuan kot. Kau tak baca ke buku, Man From

Mars, Woman From Venus tu? Haa.... macam

tulah. Mungkin Nazim tak sempat baca kot?”

Nadira tergelak.

Buku itu memang ada memberitahu tentang

perbezaan antara lelaki dan perempuan.

Walaupun bukan sesuatu yang boleh diambil 100%

namun sekurang-kurangnya dapat juga lelaki atau

perempuan belajar tentang diri masing-masing.

“Okey... okey. Aku faham maksud kau, Jun.

Thanks.”

Nadira tersenyum. Berterima kasih pada

temannya yang seorang itu. Sekurang-kurangnya

lega dia mendengarnya. Sekurang-kurangnya dia

tidak begitu berkecil hati sangat dengan Nazim.

65


HASREEYATI RAMLI

“Baguslah ada kawan macam kau ni, Jun.

Sekurang-kurangnya aku tak terus mengamuk

dengan Nazim tu. Hehe...”

“Allah... Kawan yang baik ialah kawan yang

menolong kawan yang lain, kan?”

Nadira tersenyum.

Adakalanya idea kawannya ini juga boleh

digunakan. Namun ada juga yang tidak boleh

dipakai.

“Terima kasih ya...”

Nadira kemudiannya menyambung kerjanya

semula.

66


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Mama, bila mama free ni? Zim nak bawa

Nad jumpa mama pulak. Kan hari tu mama tak

jumpa dengan Nad lagi?”

Ceria benar suara anak lelaki tunggalnya di

talian sana. Datin Zarila sedang meneliti beberapa

quotation terbaru dari beberapa pembekal di

laptopnya. Ketika itu dia berada di pejabatnya.

“Hmm... kamu cakap ni pasal Nadira ke?”

“A.. aa... mama. Zim nak bawak dia jumpa

mama pula ni.”

Datin Zarila berhenti sejenak meneliti

beberapa quotation di hadapannya.

“Really?”

“Iya ,mama. Nazim nak kahwin dengan dia.”

“Serius ke ni?”

“Iya mama. Kali ni serius.”

Beberapa orang gadis sudah dibawa di

hadapannya. Namun seorang pun tidak berkenan

di hatinya.

Cantik tetapi tidak ada budi bahasa. Cantik

tetapi ada yang tidak bijak. Bijak itu penting

kerana dia akan membawa menantunya itu ke

sana ke mari di dalam majlis-majlis yang perlu

dihadirinya.

67


HASREEYATI RAMLI

Nanti kalau ditanya, lulusan mana, tentunya

dia tidak akan memberitahu menantunya itu hanya

lulusan SPM. Malulah dia nanti.

“Well... cukup ke kriteria yang mama nak...”

sinis sahaja Datin Zarila mengaju soalan itu.

“Ya Allah... mama ni. She is perfect. At least

for me.”

Nazim sedar, KPI mamanya agak keterlaluan.

Namun hatinya sudah melekat pada Nadira. Tiada

apa yang dapat dipertikaikan tentang pilihannya

itu.

“Hmm... kalau Zim dah kata macam tu,

baiklah. Bawa Nadira ke rumah kita esok. Lepas

masa kerja. Mama rasa Mama free time tu.”

Riangnya dalam hati Nazim di kala itu. Lebih

cepat mama dipertemukan dengan Nadira, lebih

cepat dia dapat berbincang dengan kedua orang

tuanya untuk masuk meminang gadis itu.

“Great! Terima kasih ya, mama. Love you,

ma!”

Klik.

Talian antara mereka terputus.

Dail cepat ditekannya segera.

Datuk Dr. Nasrul tidak dapat menumpukan

perhatian terhadap mesyuaratnya.

Dial cepat ditekannya.

Namun segera dimatikannya.

68


MERTUAKU, MY SOULMATE

Ya Allah, apa yang dah kena dengan dirinya

ni? Mengapalah dia tidak dapat melupakan wajah

manis gadis itu dan juga suara lunak gadis itu?

Adakah dia sudah gila bayang?

Ya Allah... gadis itu kan bakal menantunya?

Bakal isteri anaknya. Bakal ibu kepada cucucucunya

nanti. Apa yang tidak kena dengan dirinya

ni?

Bertubi-tubi soalan itu menujah di

kepalanya.

Dia cuba untuk tidak terlalu mengingati

gadis itu. Namun semakin dicuba, semakin

dipaksa, semakin dia tidak dapat membuang

ingatannya pada gadis itu.

“Datuk?”

Setiausahanya, Puan Sofia, yang

dipanggilnya Pia, menjengahkan kepalanya di

muka pintu. Selalunya dia tidak akan masuk ke

dalam bilik bossnya itu. Mematikan lamunannya.

“Datuk?’

“Huh?”

Hairan juga Pia dibuatnya kali sejak

kebelakangan ini kerana bossnya itu lebih banyak

termenung jika ada di dalam biliknya.

“Ha, Pia. Ada apa?”

“Datuk kena hadir untuk mesyuarat jam

2.30 nanti ya? Di bilik mesyuarat Tingkat 6.”

Datuk Dr. Nasrul mengangguk.

“Okey, terima kasih.”

Kemudiannnya dia berpura-pura membuka

buku planner di hadapannya.

69


HASREEYATI RAMLI

Pia tersenyum seketika dan menutup pintu

bilik bossnya semula.

Mujur juga pembantunya tidak perasan.

Itulah yang difikir olehnya.

Kemudian dia menekan dail cepat semula.

Ketika itu Nadira sedang memberi taklimat

untuk staf-staf bawahannya. Terlupa pula dia

mahu mematikan nada dering sebelum memasuki

bilik mesyuarat tadi.

Nadira melihat skrin telefonnya terlebih

dahulu sebelum mengangkatnya.

“Maafkan uncle, Nad. Nad sibuk, ke?”

Gila dia menelefon ketika waktu pejabat

macam ni.

Sudah tentulah gadis itu sedang sibuk. Rasa

bersalah mula memagut perasaannya.

Nadira seakan serba-salah apabila

menjawab ketika di dalam bilik mesyuarat itu.

Beberapa orang staf yang lain tertumpu

memandangnya.

Nampaknya dia harus segera keluar

sebentar.

“Kejap ya.”

Dia mengangkat satu jari dan berlalu dari

situ.

Keluar dari bilik mesyuarat itu.

“Ya, uncle. Ada apa? Nad tengah mesyuarat

ni.” Resah juga dia dibuatnya ketika menerima

70


MERTUAKU, MY SOULMATE

telefon itu. Bakal bapa mertua yang menelefon.

Mesti ada apa-apa.

Datuk Dr. Nasrul berasa serba salah.

“Ohh... maaf ya, Nad. Uncle ingat Nad tak

sibuk!” Lagi dia dipagut rasa bersalah yang teramat

sangat.

“Hmm... tak mengapa. Ada apa ya uncle?”

Takkan pula dia hendak memberitahu yang

dia rindukan suara gadis itu? Rindukan wajah

manis gadis itu? Tidak masuk dek akallah pula.

Orang tua sukakan orang muda.

Lebih-lebih bakal menantunya pula.

Serba tidak kena pula jadinya.

Mahu diletak tentu sudah terlambat.

“Err..saja uncle nak tanya khabar Nad. Tu

saja.”

Ouch.

Dadanya terasa berdebar-debar pula.

Kenapa ni?

Nadira mengerutkan dahi.

Pelik rasanya. Namun mengenangkan lelaki

itu ialah bakal bapa mertuanya maka dilayan

sahaja perbualan orang tua itu.

“Oh,Nad okey aje, uncle. Cuma agak sibuk.”

“Ohh... macam tu.”

Mengapa dia rasa berdebar-debar ni?

Macam semasa dia mula-mula jatuh cinta

dengan Datin Zarila ketika mereka masih muda

dahulu.

Ya Allah.

71


HASREEYATI RAMLI

Dia segera mematikan angan-angannya yang

gila itu. Cuba mengawal dirinya. Agar tidak

keterlaluan suaranya.

“Maaf ya, Nad. Saja uncle tanya sebab uncle

memang macam ni bila dah uncle tau Nad bakal

jadi menantu uncle, memang uncle akan call tanya

Nad, ermm... tak salah, kan?”

Nadira mula rasa semakin kacau.

“Oh... macam tu. Terima kasihlah sebabb

uncle ambik berat pasal Nad. Terima kasih ya,

uncle.”

Nadira tersenyum sendirian pula. Semakin

lega pula rasanya bila diperjelaskan begitu.

Memang betullah, Nazim memang mewarisi

nilai-nilai yang ada ada papanya. Memang

bertuahlah dia menjadi menantu di dalam keluarga

itu rupanya.

“Nad dah makan ke ni?”

Nadira berpaling ke arah pintu bilik

mesyuarat. Pasti staf-staf di dalamnya berasa

tidak selesa. Dia perlu masuk segera ke dalam.

“Belum lagi, uncle. Lepas mesyuarat nilah

gamaknya,”

“Haa... kalau macam tu, lepas habis

mesyuarat nanti, uncle jemput ya? Kita keluar

makan sekali, boleh?”

Adakah dia perlu mengatakan tidak?

Bakal bapa mertua yang ajak ni.

72


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hmm... baiklah, uncle. Tapi kalau lambat,

nanti uncle pulak yang akan lapar sebab kena

tunggu Nad. Uncle okey ke?”

Selama mana dia sanggup tunggu!

“Err.. tak apa. Uncle boleh aje tunggu.”

Nadira menghela nafas lega.

“Okey, uncle. Nad kena masuk balik dalam

meeting ni. Nanti dalam jam 1.00 Nad turun

bawah ya?”

Janjinya lagi.

Datuk Dr. Nasrul memusingkan kerusinya.

Tersenyum lebar. Hatinya berbunga bahagia.

73


HASREEYATI RAMLI

“Jun, nah ambik fail aku ni. Tolong letakkan

di meja ya.”

Usai mesyuarat, Nadira bagaikan tergesagesa

meninggalkan bilik mesyuarat itu. Langsung

failnya tidak diletakkan dulu di bilik seperti mana

kebiasaannya.

Pelik. Selalunya kalau hendak keluar makan

macamana pun, mesti gadis itu akan balik dulu ke

biliknya.

“Eh, kau nak ke mana ni? Kalut semacam

aje?”

Berkerut dahi Jun dibuatnya.

“Hey, Nad?”

Gadis itu kelihatan terburu-buru. Nazim ke

yang ada di bawah?

Gadis itu menoleh ke arahnya seketika.

“Napa?”

“Aku nak kena cepat. Bakal bapa mertua

aku kat bawah tu.”

74


MERTUAKU, MY SOULMATE

Kemudian tanpa menunggu tindak balasnya,

gadis itu sudah hilang keluar dari pintu pejabat

mereka.

“Bakal bapa mertua?”

Mana Nazim?

Jun menggaru-garu kepalanya.

Di ruang parkir.

Datuk Dr. Nasrul tersenyum apabila melihat

kelibat gadis itu tergesa-gesa mencari keretanya.

Dia pasti gadis itu sudah terlupa. Lantas dia

menghidupkan enjin dan bergerak perlahan ke

arah gadis itu.

“Ya Allah... mana pulaklah kereta uncle ni...”

Nadira merungut sendiri.

Telefonnya pula tertinggal di atas. Mahu

naik semula mungkin memakan lebih masa.

Lagipun dia sudah terlewat 15 minit dari masa

yang dijanjikan. Mesti bakal bapa mertuanya

sudah marah.

Dia pula terlupa jenis kereta apa yang

dipandu oleh orang tua itu. Allah. Kenapalah dia

kalut semacam ni?

Di dalam dia berkira-kira untuk berpatah

balik menaiki semula ke tingkat atas, sebuah

kereta putih tiba-tiba berhenti di sisinya. Nadira

agak terkejut. Dia menundukkan kepala melihat ke

cermin tepi belah kiri kereta itu.

Cermin kereta itu diturunkan dan orang tua

separuh umur itu tersenyum memandangnya.

“Hai, Nad. Masuklah.”

75


HASREEYATI RAMLI

Nadira tersenyum lega. Melangkah masuk

ke dalam kereta itu.

“Uncle, dah lama ye uncle tunggu Nad?”

Risau juga Nadira dibuatnya.

“Tadi Nad macam nak patah balik. Nak pergi

mana?”

Tersenyum Datuk Nasrul dibuatnya.

“Nad kalut turun ke bawah. Sebab dah lewat

kan. Terlupa nak bawa henfon. Nak call uncle. Tu

yang nak patah balik sebab nak ambik henfon kat

atas.”

Datuk Nasrul menggeleng sambil

tersenyum.

“Tak perlulah Nad. Uncle dah lama tunggu

Nad kat bawah ni. Sebab tu uncle dah nampak

Nad awal-awal lagi... “

“Oh...” aku menarik tali pinggang dari tepi.

“Okey, uncle. Kita nak makan kat mana ni?”

aku menoleh ke arahnya.

Kereta Subaru putih itu keluar dari

perkarangan parkir bangunan itu dengan lajunya.

Sejak dari hari itu, bakal bapa mertua ku

sering mengajak keluar untuk makan tengah hari

dan adakalanya makan malam. Itupun jika Nazim

tidak menjemputnya.

Di kondo mereka, teman serumah ku, Kinah

mula menegur apabila melihat yang menjemput ku

bukan Nazim.

76


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad, aku dah lama tau peratikan kau ni.

Maaflah ya. Kau keluar dengan siapa ni sekarang

ni, hmm? Sebab aku tengok dari tingkap, bukan

kereta Nazim?”

Aku tergelak kecil apabila tiba-tiba sahaja

teman serumah ku bertanya begitu.

Aku sedang bersiap-siap sebenarnya kerana

mahu keluar dengan Nazim.

“Eh, dengan Nazimlah. Siapa lagi yang kau

nampak?”

Kinah tidak berpuas hati. Dari menyandar

sebelah bahunya di pintu masuk bilik ku, dia masuk

ke dalam bilik ku dan duduk di birai katil. Matanya

memandang ku yang ketka itu sedang bersiap-siap.

“Kau ingat aku buta?”

“Kau ni...dah pandai jadi spy ya...” Aku

melihat pantulan wajah Kinah dari cermin

soleknya.

Tersenyum aku dibuatnya.

“Ishh, kau ni. Bukan macam tulah. Aku

tengok aje. Bukan niat apa-apa. Nak buat apa

pulak aku buat kerja tak makan gaji?” Cebik gadis

itu lagi. Geram juga dituduh sembarangan. Tetapi

betul juga, eh?

“Tak ada apa-apalah. Saja aku gurau, okey.

Alaa.... Itu bakal bapa mertua akulah, Kinah. Kau

tak perlu risau, okey.” Aku kembali menempekkan

bedak di wajah.

Kali ini lagi Kinah terkejut!

“What? Patutlah aku perasan sekali tu. Dia

nampak lebih tua. Tapi iras-iras Nazim juga, kan?”

77


HASREEYATI RAMLI

Aku tersenyum. Berhenti seketika.

Menjeling ke arah teman ku yang masih lagi tidak

puas menyoal ku.

“Ya... diorang tu macam adik-beradik kalau

kau tengok berdepan. Nazim versi tua. So, masih

handsome, kan bila Nazim dah tua nanti?”

Kinah mengeluh panjang. Bukan itu tujuan

dia bertanya itu dan ini pada temannya. Sebolehbolehnya

dia mahu menyedarkan temannya

tentang tidak elok mereka berdua keluar begitu.

“Ermm... memanglah handsome. Tapi dia

kan bakal bapa mertua kau, Nad? Kau tak rasa

pelik ke? Tak janggal ke keluar dengan orang tua

tu?”

Kinah sendiri rasa semua itu agak pelik.

Aku menyambung kembali meletakkan

blusher pula.

“Apa yang peliknya, dia kan bakal bapa

mertua aku. Bukan aku curang dengan anak dia

pun...Nazim tu anak dia, kan. Jadi aku tak rasa apaapa

yang peliklah.” Balas ku lagi.

“Nazim tahu ke ni?’

Aku menghela nafas panjang.

“Allah, kau ni. Dia tak perlu tahu. Itu kan

bapa dia. Bukan saingan dia pun. Kau faham tak

ni?”

Sebenarnya aku mula rasa rimas dengan

soalan demi soalan sedemikian rupa. Apa yang

78


MERTUAKU, MY SOULMATE

tidak kena kalau keluar dengan bakal bapa mertua

kita sendiri?

“Macam nilah, Kinah. Sekurang-kurangnya

aku boleh lebih mengenali Nazim melalui bapanya.

Kalau kau nak tau, bapanya selalu menceritakan

tentang Nazim. Perkara yang aku tidak tahu. Jadi,

aku rasa, aku patut tahu semua tulah sebelum aku

kahwin dengan anaknya. Kan senang nanti.”

Kinah menggaru kepala.

“Ke situ pulak ye yang kau fikir? Kalau kau

nak tau sangat, kau kenalah selalu keluar dengan

Nazim. Bukan dengan bapanya. Faham tak ni?”

Suara Nadira mula mahu meninggi.

“Dan aku tak rasa apa yang aku buat ni

salah.”

Kinah perasan tentang nada itu.

“Okeylah, Nad. Aku nak tidur dulu. Nanti

kau bawa kunci, kan? Pandai-pandailah kau ya.”

Kinah mahu berlalu dari situ. Tidak perlu dia

bertekak kerana akhirnya dia juga yang akan kalah.

“Hmm... kau jangan fikir apa-apa ya. Kau

kawan aku, aku hormati kau sebagai kawan. Sebab

tulah aku nasihatkan semua ni. Kalau seorang

kawan tak boleh nasihati kawannya yang sorang

lagi, apa gunanya berkawan? Betul tak?”

Aku sedar, teman ku itu masih tidak mahu

mengalah.

“Baiklah, puan polis! Pergi tidurlah. Tadi

kata nak tidur. Tahulah aku nanti.” Ujar ku lagi

sambil berdiri dan memusingkan badan ku

memeriksa blaus yang kupakai itu.

79


HASREEYATI RAMLI

Ketika turun ke bawah, Nazim sudah

menunggu.

“Sorrylah, sayang. Zim tak dapat datang

semalam. Ada hal di hospital.” Suara kesal Nazim

bertimpa-timpa.

Aku sudah masuk ke dalam kereta Nazim

dan terdiam seketika.

“Tak mengapalah, Zim. Nad faham, okey.

Nanti Nad kena lalui semua ni bila jadi isteri Zim,

kan?”

Aku sudah mula terpaksa memahami

keadaan yang bakal ku alami nanti apabila menjadi

isteri seorang doktor.

“Betul ni?” Jari jemari gadis itu disentuhnya

dengan lembut.

Kemudian dia berpaling ke belakang dan

mengambil sesuatu.

Sejambak mawar merah yang besar. Baunya

memenuhi segenap ruang kereta.

“Waa...Terima kasih ya, Zim!”

Aku segera menyambutnya dan

menghidunya beberapa kali. Nazim tersenyum

senang. Hatinya berbunga bahagia.

“Suka?”

“Love it!” berkali-kali kuhidu jambangan

mawar itu.

“I tau you suka. Hmm... esok I bawa lagi,

ya?”

Aku terdiam seketika.

80


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kalau menyusahkan tak perlu bawalah,

Kesian juga nak beli ni, kan mahal?”

Nazim menggeleng.

“Kalau setakat bunga nak berkira dengan

buah hati sendiri, rasanya tak perlu kot.” Ujar

Nazim lagi Sayangnya pada Nadira sangat

melimpah-ruah. Hinggakan dia tidak mampu lagi

menanggungnya.

“Hmm... thanks. Macam nilah Nad lagi

sayang pada Zim ya...” Jelingan manja Nadira

membuatkan hatinya lebih berbunga lagi.

“Jom, kita makan dulu. I dah lapar ni.”

Aku mengangguk laju.

Datuk Nasrul termenung lagi walaupun tv di

hadapannya tersiar cerita drama yang agak

menarik. Selepas balik dari kerja, dia cuba

menelefon seperti biasa, namun apabila

mengetahui anaknya sudah hais shif pada petang

itu, dia pasti anaknya akan keluar dengan Nadira.

Hatinya jadi resah jika seharian dia tidak

mendengar suara gadis itu. Apakah yang telah

merasuk jiwa tuanya kali ini? Kebiasaannya dia

selalu berurusan dengan doktor dan jururawat

yang lebih cantik dari gadis itu. Namun kini hanya

wajah gadis itu yang menjadi igauannya kini.

Oh Tuhan, Kau buangkanlah ingatanku

darinya. Walaupun itu yang diucapkan dibibir

setiap kali dia menitipkan doa pada Yang Esa

namun semakin dia tidak dapat memadamkan

ingatannya dari gadis itu.

81


HASREEYATI RAMLI

Dia meraup wajahnya seketika. Tanpa

menyedari isterinya ada di belakang memerhati.

“Hai, bang. Kenapa ni? Ada apa yang tidak

kena di hospital ke? Sampai abang sejak dua

menjak ni macam banyak termenung saja,” Datin

Zarila baru sahaja mengemas dapur di dalam

dengan orang gajinya dan masuk ke dalam

menyertai suaminya berehat-rehat.

Datuk Nasrul baru perasan isterinya datang

dari arah dapur.

Dia menoleh ke arah isterinya dan

tersenyum memandangnya.

“Ishh, Ila ni. Tak adalah apa sangat. Abang

tengok tv ni dengan khusyuk. Itupun awak dah

gaduh ke?” Mujur juga dia bijak mencari alasan.

Datin Zarila mengambil tempat duduk di

sebelah suaminya. Kemudiannya turut menonton.

Dahinya berkerut.

“Eh, bang. Apa yang best sangat cerita ni?

Saya tengok tak menarik pun.”

Datuk Nasrul tersenyum.

“Ha... itulah awak. Kadang sempat tengok,

kan. Kadangnya idak. Ha... hari tu awak rasa budak

Nadira tu macamana? Nazim ada bagitau saya

awak dah jumpa sendiri dengan dia, kan kat luar?

Kenapa tak bawa datang ke rumah kita aje? Kan

lebih mesra begitu.” Mujur juga tidak dibawa ke

rumah mereka lagi. Jika tidak, tentu dia tidak

82


MERTUAKU, MY SOULMATE

selesa kerana asyik memandang ke arah gadis itu

sahaja.

“Hmm... mula tu memang nak ajak datang

ke rumah kita ni. Tapi... bila fikir-fikir balik, okey

aje kalau saya ajak jumpa kat luar. Abang pun tak

ada di rumah, kan hari tu?”

Datuk Nasrul terfikir lagi. Bila ya hari tu?

Dia ada mesyuarat ke apa?

“Allah... abang ada mesyuarat. Lewat petang

baru selesai. Tapi saya jemput dia jumpa kat luar,

tak bermakna kita tak jemput dia selepas ni lagi

kan?” Ada betulnya juga kata-kata isterinya itu.

“Ohh... masa tu. Iya, baru saya teringat.

Kalau tak, okey saja kalau awak jemput dia ke sini.”

“Hmmm... tak apalah, bang. Saya dah

jumpa dia. Cantik dan manis. Bijak pulak tu.”

Pertemuan selama hampir dua jam itu

membuatkan Datin Zarila hampir berpuas hati

dengan pilihan anak lelaki tunggal mereka itu.

Datuk Nasrul menghela nafas lega.

“Haa... elok sangatlah tu awak dah setuju

dengan pilihan Nazim kali ni. Alhamdulillah.”

Ujarnya dalam nada perlahan. Sekurangkurangnya

dia sudah boleh menarik nafas lega.

Kerana bukan hanya mata dia sahaja yang tidak

salah menilai, malah isterinya yang terlalu memilih

juga bersetuju dengan pilihan anak lelaki mereka

itu.

“Tetapi... saya tak betul-betul uji dia lagi.

cuba bayangkan kalau dia layak bergandingan

dengan saya sebab dia perlu belajar bergaul

dengan orang besar-besar ni sama. Ishh, tak

83


HASREEYATI RAMLI

naklah saya kalau dapat menantu yang tak boleh

dibawa ke majlis. Malu saya tau, bang.”

“Ke situ pulak awak ni, Ila. Lagi-lagi hal

majlis yang awak fikirkan sangat tu kenapa? Ni

soal kehidupan anak kita. Soal sama ada dia akan

dapat seorang isteri yang solehah. Itu yang lebih

penting sebab awak akan dapat baka keturunan

yang baik-baik kelak.”

“Ah, abang ni. Kahwin pun tidak lagi dah

fikir hal cucu.”

“Iyalah. Awak ingat diorang tu takkan ada

anak ke? Awak tak nak cucu ke? Yang bakal

mewarisi legasi awak ke majlis sana sini tu?”

Datin Zarila mengerutkan dahinya lagi.

“Ishh abang ni. Jauhnya sampai berfikir

macam tu. Ni ha, apa yang fikirkan sangat ni?

Sampai termenung bagai ni?”

Eh, isterinya perasan ya.

“Hmm... terfikir juga ni. Kita dah jumpa

bakal menantu kita tu. Awak tak rasa nak cepatcepat

kita pergi merisik dan meminang ke? Nazim

tu dah ready nak kahwin.”

Datin Zarila menoleh ke arah suaminya

semula. Sejak dari tadi menonton tv. Semakin

menarik pula kisahnya.

“Awak tu, free bila?”

“Awak? Haa... ada nak ke majlis ke apa ke

pulak ni? Banyak sangat pula awak sekarang ni

84


MERTUAKU, MY SOULMATE

terlibat dengan NGO itu ini ya? Makan minum saya

pun awak dah tak pedulikan ya?”

Datin Zarila terkejut mendengar omelan

suaminya itu.

“Eh, sejak bila pula awak fikirkan hal ni. Dari

dulu lagi awak tak kisah pun saya sibuk dengan

NGO saya tu? Kan kita ada bibik nak masak untuk

awak? Ada masalah ke sekarang ni awak makan

makanan bibik tu?” pelik pula rasanya bila

suaminya menuntut ke semua perhatian itu

semula.

“Hmm... air tangan isteri kan lebih berkat

dari air tangan bibik.... awak ni... macam tak

pernah belajar agamalah pula.”

“La abang ni. Jadi sekarang ni abang nak

saya duduk di rumah, tunggu abang balik, makan

malam ada penuh kat meja, macam tu?”

Pelik pulaklah permintaan suaminya yang

seorang ini kali ini.

“Ha, iya. Saya nak isteri yang macam tu.

Salah ke? Nak tengok isteri ada kat rumah. Layan

suami macam Raja?” Datuk Nasrul berpaling ke

arah isterinya kali ini.

Datin Zarila kelihatan seperti serba-salah.

“Alaa.... abang ni. Bukan Ila tak boleh buat

semua tu dah. Tapi dulu juga abang yang

benarkan Ila sibuk ke sana ke mari agar tak bosan

duduk di rumah. Dah berpuluh tahun kot Ila buat

apa yang Ila buat semua ni. Dengan izin abang

juga, kan? Habis tu. Ila kena berhenti buat semua

ni ke, bang? Macam tu maksud abang?”

85


HASREEYATI RAMLI

Datuk Nasrul sedar, hujahnya tidak akan

diterima pakai.

“Ha, jangan cakap saya tak cakap semua ni

pada awak, okey. Ya, dulu saya tak nak awak

bosan bila Nazim dah masuk asrama bagai. Tapi

sekarang dah tua-tua ni, saya semakin sunyilah

awak. Cuba bayangkan. Dulu ada benda jugak

saya nak buat lepas balik dari kerja. Ada budak

boleh main. Ada isteri boleh bergurau-senda.

Boleh pergi window shopping atau outing bila

weekend. Tapi cuba awak tengok sekarang ni.

Abang balik rumah, awak tak dak. Saya tungu

Nazim balik, dia ada on-call. Takkanlah saya nak

main cak-cak dengan bibik kita kot? Haa.... cuba

awak fikir balik apa yang saya cakapkan tadi tu,”

akhirnya dia bingkas bangun dari sofanya.

“Eh, abang. Dah habis cakap ke ni? Saya nak

cakap pula ya.” Tingkah Datin Zarila apabila

suaminya sudah bangun.

Datuk Nasrul menoleh ke arah isterinya.

“Awak fikirlah baik-baik, Ila. Abang tak nak

ulang siaran macam radio tu ha. Kalau ila faham

maksud dan kehendak abang, Ila akan buat

permintaan abang. Kalau tak-“

“Kalau tak, apa bang? Abang nak cari orang

lain, macam tu?” suara Datin Zarila tiba-tiba agak

meninggi.

“Ila... suara awak tu dah tinggi. Abang ni

suami awak.”

86


MERTUAKU, MY SOULMATE

Datuk Nasrul cuba mengingatkan kembali

isterinya tentang hal itu.

“Ha, tengok. Bila untung belah abang,ha

mulalah panjang lebar hujahnya...” rungut Datin

Zarila lagi. Menoleh ke arah lain kali ini. Bingit

telinganya mendengar saranan dan permintaan

dari suaminya itu.

“Awak pun sama, Ila. Awak aje yang nak

menang. Awak aje yang nak betul. Awak tak

fikirkan pula permintaan saya, kan?”

Datin Zarila mengerutkan dahi. Semakin

tidak faham dengan suaminya.

“Eh abang ni. Saya tak maksud nak bantah

cakap abang. Tapi permintaan abang tu, macam

peliklah bang. Kan abang tau saya tak boleh

tunaikan permintaan abang tu dah sekarang. Tapi

yang itulah yang abang minta sangat-sangat.”

“Hmm... jangan salahkan abang pula ya

kalau abang jumpa orang lain...” sinis ungkapan

itu tetapi penuh dengan seribu makna.

Datin Zarila mengerutkan dahinya. Bingung

dengan kata-kata suaminya itu.

87


HASREEYATI RAMLI

Ketika naik ke tingkat atas, Datuk Nasrul

membaringkan tubuhnya di katil. Tangan krinya

diletakkan di atas dahi. Wajah Nadira mula

bermain di mata. Senyuman gadis itu. Gelak tawa

gadis itu. Segala-galanya tentang gadis itu menjadi

igauan baginya kini.

Berkali-kali dia cuba membuang jauh-jauh

perasaannya itu. Namun ternyata gagal. Tuhan,

tolonglah aku kali ini. Janganlah Kau biarkan aku

menderita jiwa menanggung rindu begini.

Kemudian tangannya mencari telefon. Dia

bingkas bangun untuk melihat kereta Nazim sudah

ada atau tidak di tempat parker. Memang masih

belum pulang lagi. Hatinya semakin resah.

“Nad… Macamana hari tu Nad jumpa

dengan mama Zim? Okey tak?” Pertemuan

pertama kali dua orang perempuan yang penting

di dalam hidupnya itu memang cukup

mengujakannya.

88


MERTUAKU, MY SOULMATE

Teringin juga dia hendak tahu apa yang

dibualkan. Dia tidak berkesempatan langsung

untuk bertanya selepas itu dek kesibukan di

hospitalnya.

Aku tersenyum apabila diajukan soalan

begitu. Aku tahu banyak perkara yang ingin

diketahui olehnya.

“Mama you tu okey ajelah. Macam makmak

orang lain jugalah. Kenapa nak tahu apa yang

kami dah bualkan tu? Rahsia kot…” Sengaja aku

mahu menduga kesabarannya.

Riak di wajahnya menandakan dia langsung

tidak dapat menerima alasan itu.

“Rahsia apanya sangat. Dia tu mama I lah. I

tau macamana kehendaknya bila nak pilih bakal

menantu.”

Aku menjongketkan kening kiri ku seketika.

“Hmm… macamana tu maksud you? Jangan

bimbanglah, okey. Inshaa Allah, mama you tu okey

dengan I pun.”

Aku cuba menghilangkan kerisauannya.

“Betul ke ni?”

Dahi lelaki tampan itu berkerut.

“Iya, jangan bimbanglah. Inshaa Allah I okey

je dengan papa dan mama you. Jadi, rasanya I dah

lulus kot ujian kedua orang tua you, hmm?”

Lelaki itu akhirnya menghela nafas panjang.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Eloklah

lepas ni I pula jumpa kedua orang tua you pula,

kan?”

Mataku membesar.

89


HASREEYATI RAMLI

“Betul ni? Bila?” Giliran aku pula berasa

teruja. Namun ada sedikit kegusaran bermain di

dada. Ayah dan ibu ku memang tidak pernah

menghalang jika ada lelaki yang mahu

menyuntingku. Cuma ayah aku sahaja yang agak

protektif. Apa tidaknya, hanya aku seorang sahaja

anak perempuannya tunggalnya yang dia ada. Yang

lainnya empat orang lagi aku ada abang-abang ku.

Lelaki itu pula tergelak kecil.

“I suka tengok you teruja begini, Nad.

Wajah you menggambarkan apa you rasa ketika ini

dan I happy bila tengok you happy. Sebab I nak

kita berdua happy sahaja, boleh?”

Aku tersenyum dan mengangguk.

“Iya, Zim. I pun sama. I rasa happy bila you

pun happy.”

Lelaki itu tiba-tiba berpaling ke arahku dan

memegang kedua belah tanganku. Di dalam

kesamaran cahaya suram dari tempat parkir itu,

aku dapat melihat kesungguhannya mahu

membahagiakan ku. Dan aku berasa sungguh

bertuah kerana memiliki hati lelaki ini. Tidak ada

yang lebih membahagiakan diri kita selain berasa

diri kita disayangi. Dan itulah perasaanku terhadap

lelaki ini.

“Nad, you tau tak, betapa bahagianya I

sekarang dengan you, hmm?” Pandangan matanya

sahaja membuatkan aku resah dan berdebar-

90


MERTUAKU, MY SOULMATE

debar. Aku menutup rasa malu itu dengan ketawa

kecil. Supaya tidak resah lama aku dibuatnya.

Aku tersenyum dan menepuk-nepuk

tangannya seketika.

“Zim, I pun rasa apa yang you rasa, okey.

Terima kasih sebab menyintai diri ini.” Perasaan

bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main.

Terutamanya di dalam hal yang melibatkan hati.

Parah jika terlukai. Mudah melukai seseorang

namun mahu menyembuhkannya memakan masa.

Lelaki itu menarik nafas lega dan

mengangguk seketika.

“Jomlah kita balik sebelum I rasa nak kiss

you, Nad!” Gurau lelaki itu lagi sambil menoleh

kehadapan semula dan melihat cermin belakang

sebelum berundur keluar dari situ.

“That’s not funny, okay. You dah buat I

takut!” Sememangnya memang aku takut kalau

lelaki itu mahu berbuat sesuatu di luar batas-batas

agama sebelum kami diijabkabulkan. Mudahmudahan

kasih yang dibina ini berlandaskan cinta

pada agama dan Yang Esa.

Datuk Nasrul masih lagi tidak dapat

melelapkan matanya walaupun sudah berkali-kali

dicubanya. Isterinya sudah lama hanyut di alam

mimpi di sebelahnya. Sesekali dia merenung ke

arah isterinya yang telah dikahwininya selama

hampir 30 tahun itu.

Dia sedar selama ini isterinya tidak pernah

kurang memberikan kasih sayang pada dia dan

anak lelaki mereka. Namun semakin isterinya

sibuk dengan persatuan NGO yang

91


HASREEYATI RAMLI

dikendalikannya sejak akhir-akhir ini, layanan dan

tumpuan padanya semakin diabaikan. Dia mula

merasa semakin `jauh’ dari isterinya itu dan

adakalanya isterinya menolak `keinginannya’ atas

alasan terlalu penat dan letih.

Pada mulanya dia dapat bersabar lagi

dengan keadaan itu. Namun lama kelamaan, dia

merasakan keperluan dan kehendaknya sebagai

seorang suami di usia emas sudah diabaikan. Jadi

salahkah sekiranya dia tega menempa kasih yang

baharu dengan orang lain?

Dia akhirnya bangun dari katil dan keluar ke

arah balkoni di bilik tidurnya. Pintu sliding

dibukanya perlahan-lahan dan suasana malam

yang agak dingin itu menggigit kulitnya seketika.

Kemudian matanya tertumpu ke arah sinar

lampu kereta yang baru sahaja memasuki

perkarangan parkir di sebelah kiri pintu masuk

rumah mereka. Sudah balik rupanya anak lelakinya

itu.

Ini bermakna, gadis itu juga sudah dihantar

pulang ke rumahnya. Datuk Nasrul tersenyum

sendiri.

Nampaknya tidak lama lagi dia akan

memperolehi seorang menantu sebagai penyeri di

dalam keluarga itu.

Dan dia benar-benar merestui hubungan

anak lelakinya itu kerana baginya gadis itu adalah

92


MERTUAKU, MY SOULMATE

seorang perempuan yang cukup sempurna bagi

pandangan matanya.

Cuma sejak akhir-akhir ini dia semakin tidak

mengerti dengan perasaannya sendiri yang cuba

dibuang jauh-jauh itu.

Bukan hanya sempurna di matanya namun

sempurna juga di sudut hatinya.

Ya Allah, janganlah Kau bolak-balikkan hati

ini. Berilah aku kekuatan agar tidak jatuh cinta lagi!

93


HASREEYATI RAMLI

“Haa… yang kau senyum-senyum sendirian

ni apahal? Sharelah sama. Boleh juga aku turut

rasa tempiasnya.” Memang tidak berhenti-henti

sungguh Kinah mengusiknya begitu.

“Eh, kau masih jaga lagi ke, Kinah? Bukan

kau kata dah mengantuk ke?” Sebaik sahaja aku

melangkah masuk ke dalam rumah kami, aku

dapati Kinah masih lagi belum tidur.

Masih kelihatan segar bugar sahaja

wajahnya ketika itu. Tidak seperti orang yang

sudah tidur dan bangun semula.

“Hmm… aku tak boleh tidurlah.”

“Kenapa?” Aku menolak bahunya ke tepi

apabila mahu melepasinya. Sudahlah tubuhnya

agak besar. Jelas sekali menghalang laluan ku.

“Iyalah… aku risaukan kaulah, Nad.” Ujarnya

perlahan dan mengekoriku hingga ke dapur.

Terasa dahagalah pula.

“Kau okey ke dengan Nazim?” Tiba-tiba

sahaja soalan itu terpacul dari bibirnya. Aku yang

94


MERTUAKU, MY SOULMATE

ketika itu sedang mengambil air sejuk dari bekas

kaca tinggi di dalam peti ais itu terhenti seketika.

Mendongak semula ke arahnya.

“Hei… kau ni. Soalan apa kau tanya macam

tu, ha? Peliklah.” Aku mengerutkan dahi. Ya, pelik

dan teramat pelik.

“Pelik apa pulaknya ni… aku tanya soalan

yang mudah aje. Itupun kau kata pelik? Hei kau

ni…. Kau tu yang tampak pelik bila kau jawab

macam tu, okey.” Nampaknya berbelit-belitlah

pula jadinya.

“Okey, okey. Kau tanya tadi, kan. So?”

Aku segera menuangkan air sejuk ke

dalamnya. Membasahi tekak ku memang cukup

nikmat rasanya.

Kinah mengangguk dan mengangkat

bahunya seketika.

“Tak ada apa. Cuma itu sahaja aku nak tau.

Aku tak nak kau berubah hati. Kesian si Nazim tu.”

“Haa… ni yang aku tak suka. Kenapa pula

aku nak berubah hati dari dia, ha? Kan aku nak

kahwin dengan dia? Kau ni… hai…”

Silap haribulan minah ni aku lekuk kang.

Kinah tergelak kecil.

“Okey, okey. Aku dah faham. Jadi kau

memang jadilah ya dengan Nazim?”

Aku menghela nafas panjang kali ini.

“Habis tu? Dengan siapa lagi? Kau ni…” aku

mencebik padanya. Kinah membalas. Kami samasama

tergelak. Bahagianya ya dapat gelak dengan

teman sekaki dan sekepala. Walaupun adakalanya

kami akan bertekak dan berperang Sabil. Namun

95


HASREEYATI RAMLI

Kinah tidak pernah ambil hati denganku. Itulah

sepatutnya kawan sejati. Ada di kala suka dan

duka di samping kita.

“Okeylah, kalau kau dah confirm macam tu.

Lega hati aku dengar. Jomlah, aku nak masuk

tidur. Kali ni, baru aku dapat tidur dengan

lenanya.” Sekurang-kurangnya Kinah dapat

menarik nafas lega kerana temannya yang seorang

ini tidak mengambil suami orang! Itulah perkara

yang amat ditakuti olehnya. Ada lelaki muda yang

elok-elok hendakkan kau, kau nak bapa dialah

pula. Apa kes?

96


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Betul you dapat ikut I ke rumah mama dan

papa I ni? Tak main-main dah ni?”

Itulah soalan yang berkali-kali aku tanyakan

pada Nazim setiap kali kami bertemu dan

merancang untuk membawanya ke rumah kedua

orang tua ku di kampung.

“Iya… iya.. sayang.. Mestilah Zim nak pergi

jumpa. Tapi iyalah. Cuba Nad tengok. Sejak akhirakhir

ni, Zim kena ganti beberapa orang doktor

yang kebetulan ada emergency. Haa…. Sebab

tulah kita kena postpone dulu ya.”

Aku tahu Nazim cuba sedaya upaya

memujukku. Mujur juga aku bukan jenis

perempuan yang suka merajuk tidak tentu pasal

dengan buah hati sendiri.

Lagipun aku terpaksa setkan minda ku agar

dapat memahami dengan situasi pekerjaan yang

diceburinya.

Kalau doktor tugasnya merawat luka para

pesakit, tetapi luka di hati ku siapa pula yang

hendak merawatnya?

Bersabarlah wahai Nadira. Kau dah pilih

Nazim, kan? Jadi hadap ajelah.

97


HASREEYATI RAMLI

Petang itu kami berdua baru berpeluang

keluar bersama selepas waktu pejabatku kerana

kebetulan Nazim tidak `on-duty’. Memang payah

juga mahu mencari masa untuk dihabiskan

bersama dengan doktor yang `workaholic’ seperti

Nazim.

“Hmm… nasib badan kaulah, Nad…” aku

merungut perlahan. Tanpa menyangka dia akan

mendengarnya.

“Huh? You kata apa ni sayang? Marah kat

Zim ya?” Lelaki itu merenung lama ke arahku.

Tersenyum sambil membuat muka lucu. Aku

tergelak melihatnya. Nak marah pun tak jadi.

Alahai si buah hati!

“Marahlah jugak. Takkanlah Nad tak boleh

marah langsung kot? Hipokritlah pulak, kan?”

Seboleh-bolehnya aku tidak mahu

menyembunyikan kelamahan ku di hadapan lelaki

itu. Rasanya tidak perlu semasa berkawan

menyembunyikan apa-apa kekurangan kita kerana

orang lelaki boleh menggunakan kelemahan kita

apabila sudah berkahwin kelak untuk mencari yang

lain.

Nazim tergelak kecil mendengar kata-kataku

itu.

“Ah, tak kisahlah Nad nak buat macamana

pun. Zim dah tau kan Nad macamana? Kenapa nak

sembunyi-sembunyi pulak, betul tak?”

Aku mengerutkan dahi.

98


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Jadi Zim tak kisah ke kalau Nad buat bendabenda

pelik dan berperangai yang buruk-buruk,

hmm?”

Nazim merenung lama ke arah ku. Mungkin

mencari jawapan untuk soalan ku itu.

“Nad, pelik mana sangatlah perangai yang

Nad nak buat tu, hmm? Perangai buruk yang

macamana tu? Cuba cakap jap.”

Aku tergelak.

“Zim, mana boleh nak bagitau sekarang.

Semua benda tu kan spontan. Tapi… kalau

terkeluarlah, Nazim masih sayangkan Nad tak?”

Sebenarnya sengaja mahu menduga perasaan sang

lelaki itu terhadapku.

Tidak semestinya semua perasaan yang

tidak elok itu akan timbul dalam sekelip mata

sahaja. Pasti ada masanya kita tidak dapat

menduga bila semua perangai buruk itu akan

terkeluar. Pandai-pandailah nak hidup selepas itu.

“Nad, kenapa nak tanya macam tu lagi,

hmm?”

Aku terdiam. Tertunduk seketika.

“Tak ada apa-apalah, Zim. Nad cuma tanya

aje. Jangan ambil hati ya. Hmm… kita nak ke mana

ni ya?” Sudah puas rasanya kami berlegar-legar di

sekitar kawasan itu.

“Kenapa kalau keluar mesti nak kena

makan? Tak boleh ke kalau kita pergi muzium ke…

pergi balai seni lukis Negara ke?”

“Haa… pergi zoo ke? Nak?”

Aku tergelak kali ini.

“Dah habis modallah ya?”

99


HASREEYATI RAMLI

Aku dan Nazim sama-sama tergelak. Kami

bahagia. Dengan cara kami.

“Tapi apa pun, Zim janji akan cuba juga

ambil cuti dan luangkan masa untuk bertemu

dengan keluarga Nad, hmm?” Janji itu adakalanya

untuk diengkari. Tetapi di dalam kes aku, janji

tidak semestinya dapat dituruti. Dan yang

pastinya, aku masih bertahan lagi dalam hubungan

ini.

100


MERTUAKU, MY SOULMATE

(BBM selalu mencari jalan utk keluar dengan

Nadira dan alasan yang terbaru ialah ingin

bertemu dengan keluarga belah Nadira.

Kebetulan Nazim tidak dapat pergi. Dan

BBM yg satu lagi juga ada urusan lain.

Hanya bbm saja yang dapat hadir)

Petang itu sekembalinya Nazim dari hospital,

dia mengambil peluang itu untuk pulang lebih awal

ke rumahnya. Tujuannya hanya satu iaitu untuk

berbincang dengan kedua orang tuanya untuk

pergi ke rumah kedua orang tua Nadira pula.

“Mama, mama free tak ni?” Risau juga

Nazim apabila melihat mamanya sedang

berbincang dengan pembantunya yang sudah

semestinya sudah berapa lama ada di rumahnya.

Begitulah keadaannya jika mamanya sedang

menguruskan projek kesukarelawanan terbaru.

Perancangan demi perancangan awal perlu

dilakukan agar semuanya berjalan lancar dan

sempurna.

“Huh? Ohh…” Datin Zarila mendongak ke

atas seketika apabila melihat anak bujangnya.

Kemudiannya anak bujangnya itu datang

101


HASREEYATI RAMLI

kepadanya dan bersalaman serta mencium atas

kepala mamanya.

Tangan anak bujangnya ditarik lembut agar

anaknya itu duduk di sebelahnya di sofa.

Datin Zarila merenung ke arah pembantu di

hadapannya di sofa yang satu lagi. Bagai mengerti

pula dengan pandangan itu.

“Ermm… nanti kita sambung lagi ya, Datin.

Saya balik dulu.” Ujar Kak Fiza, pembantu yang

memang setia menguruskan apa sahaja yang

diperlukan oleh Datin Zarila selama ini.

“Eh, Kak Fiza. Sorrylah ya. Nak pinjam

mama saya dulu, boleh?” Anak bujang Datin Zarila

memang hensem orangnya. Siapalah dapat

berkata tidak!

“Ishh, tak adalah. Tak ada apa-apalah,

Nazim. Kak Fiza okey aje.” Di dalam hati, merungut

juga kerana pasti akan menangguhkan sedikit

kerja-kerja yang mereka aturkan.

Kak Fiza kemudiannya bingkas bangun

setelah mengemaskan fail-fail yang berselerak tai.

“Datin, saya minta diri dulu ya.” Angguk

perempuan dalam lingkungan umur 30-an itu.

Nazim juga mengangguk dan tersenyum.

Lega hatinya kerana kini mamanya dapat

menumpukan perhatian sepenuhnya.

“Mama… macam ni…” Nazim memegang

kedua belah tangan mamanya dan merenung

mamanya dengan penuh kasih sayang.

102


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Haa… ada apa pulak ni? Mesti ada sesuatu

yang Zim nak ni, kan? Kalau tak, tak adalah manja

semacam ni ha…” Bukan Datin Zarila tidak tahu

dengan perangai anak bujangnya itu. Sejak dari

kecil lagi jika ada sesuatu yang diingininya

bersungguh-sungguh, anaknya itu akan bergeselgesel

begitu dengannya. Namun dia tidak kisah

kerana anak bujangnya hanya seorang itu sahaja.

Nazim tersenyum mendengar kata-kata

mamanya itu. Dia sendiri tidak terlalu banyak

meminta kerana itu bukanlah perangainya.

“Mama… nak tanya ni. Mama free tak

weekend ni?”

“Kenapa?”

“Zim Tanya dulu.”

“Ermm… free kot.”

“Kot?”

“Alaa… mama ni. Janganlah main kot-kot

aje. Nak pergi jauh ni.”

“Nak pergi mana.”

“Pergi rumah mak ayah Nad.”

Datin Zarila melopong seketika.

“Untuk apa?”

Nazim menghela nafas panjang. Matanya

dibesarkan seketika. Tidak percaya mamanya telah

terlupa.

“Mama! Oh, please… See! Mama dah

lupa…” Nazim mengalihkan badannya dan

bersandar ke sofa. Kecewa seketika.

Datin Zarila kemudiannya menepuk-nepuk

dahinya sendiri.

103


HASREEYATI RAMLI

“Oh, my…. Sorry dear… mama lupa yang Zim

nak mama dan papa pergi ke rumah orang tua Nad

tu…” Memang dia sudah terlupa pun kerana

banyak perkara yang perlu diuruskannya sebelum

dia berangkat ke Kemboja untuk menghantar

bantuan bagi umat Islam di sana.

Sudah berbulan-bulan dia dan pembantunya

serta ahli jawatankuasa mengusahakan projek ini.

Pastinya dia tidak mahu projek ini terbengkalai

begitu sahaja. Bukan senang hendak

mengumpulkan dana dari pihak-pihak swasta.

Semuanya memerlukan banyak masa dan usaha.

Datin Zarila cuba memujuk anak bujangnya

semula. Disentuhnya tangan anaknya itu dan

diusapnya perlahan-lahan.

“Hmm… macam nilah. Bila Zim dapat ambil

cuti?”

Wajah Nazim kembali ceria.

“Hujung minggu ni, okeylah mama. Tapi

papa pulak macamana ya?” Teringat pula dia akan

papanya. Kenapalah dia tidak bertanya pada

papanya terlebih dahulu? Ini pula dia bertanya

pada mamanya terlebih dulu.

“Itu Zim kena tanya papa sendiri ya. Mama

tak tahu. Kerja hospital tu bukan boleh tetap nak

ambil cuti sesuka hati, kan?” Datin Zarila

tersenyum sambil mengusap rambut anak

bujangnya itu dengan penuh kasih sayang.

104


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hmm… betul jugak ya cakap mama tu.

Baiklah, mama. Apa pun, thanks ya, mama.” Satu

kucupan lembut melekap di dahinya sesaat.

Sebelum anak bujangnya itu bingkas bangun dari

situ. Adalah tu yang bermain di fikirannya.

“Iyee… haa…. Papa dah balik tu. Mama rasa

ada kat bilik bacaan dia.”

Nazim mengangguk laju. Hatinya tidak sabar

untuk bertanya pada papanya pula. Dia lebih

selesa bersemuka sendiri dari hanya menelefon

papanya. Walaupun mereka berada di hospital

yang sama, mereka tidak selalu terserempak.

Berdebar-debar juga Nazim dibuatnya

sebelum melangkah masuk ke dalam bilik bacaan

papanya. Sejak dari dahulu lagi papanya sering

suka menghabiskan masanya di bilik bacaan yang

sudah seperti sebuah mini perpustakaan itu.

Dahulu juga dia sendiri suka berada di situ kerana

banyak jenis buku yang boleh didapati di situ

terutamanya tentang bidang perubatan.

“Ha… ada apa ni?” Datuk Nasrul melihat

anak bujangnya melangkah masuk. Pintu bilik

bacaannya yang terbuka sedikit itu diketuk

seketika tadi.

“Papa… sorry ganggu. Zim ada nak bincang

sedikit ni dengan papa.” Wajah anaknya yang

kelihatan ceria itu menggambarkan perasaan

anaknya ketika itu. Ketika masih kanak-kanak,

anak lelaki tunggalnya itu sering bermain-main di

dalam bilik itu menemani membaca. Kini, anak itu

telah besar panjang dan akan menjalani

kehidupannya sendiri kelak tidak lama lagi. Dan

105


HASREEYATI RAMLI

gadis itu pula ialah gadis yang sedang mula

mengganggu mimpi-mimpinya di malam hari.

“Pa?”

“Huh?”

Sempat lagi dia termenung seketika dan

anaknya sudah ada di hadapan mejanya.

Dia mendongak dari bingkai kacamatanya.

Melihat seorang lelaki tampan yang sudah cukup

sempurna sifatnya sedang tersenyum

memandangnya.

“Buku apa papa baca tu sampai papa boleh

termenung lama begitu, hmm? Kalau menarik, Zim

nak baca pulak lepas ni.”

Dia segera menutup buku yang sedang

dibacanya.

“Ah, buku biasa aje. Tapi kalau nak, lepas ni

boleh aje Zim baca. Hmm… ada apa ni? Macam

penting aje nak cakap dengan papa.” Cermin

matanya dibuka dan diletak di atas mejanya.

Pandangannya tertumpu pada anak bujangnya itu.

“Papa… mama suruh mama tanya ni. Papa

free tak weekend ni?” Beria-ia benar nada anaknya

itu.

“Kenapa?”

“Nak ajak mama dan papa pergi rumah Nad.

Jumpa kedua orang tua Nad. Untuk kenal-kenal

dulu. Pastu barulah kita atur bila nak merisik dan

meminang pula.”

“Wahh… cepat betul ya kamu ni bertindak.”

106


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hehe… papa.. Mestilah. Nanti terlepas kat

orang lain pulak. Bukan ke papa jugak yang suruh

anak papa bertindak cepat kalau nak dapatkan apa

pun?”

Dia tergelak kecil. Mengangguk seketika.

“Ya tak ya jugak. Hmm…. Nanti papa cek

schedule papa dulu ya.”

Dibukanya schedule calendar di dalam

henfonnya dan sememangnya tidak ada apa

urusan pada hujung minggu ini.

“Okey, papa free.”

Nazim tersenyum gembira.

“Yes! Thank you, papa. Nanti kita set

masanya. Zim nak bagitau Nad dulu. Okey papa.

Thank you again.”

Wajah anaknya membayangkan betapa

tidak sabarnya dia mahu menyampaikan berita itu

pada orang yang tersayang. Ah, dia juga sudah

mula berasa sayang pada gadis itu. Bagaimana ya?

Sebaik sahaja anaknya keluar dari bilik itu

segera dia menekan speed dail gadis itu.

107


HASREEYATI RAMLI

Ketika itu aku baru sahaja selesai mesyuarat

dengan staf ku apabila telefon berdering. Mesti

Nazim menelefon ku. Aku tersenyum sendiri.

Malah aku terus menjawab tanpa melihat

siapa pemanggilnya.

“Hai, sayang!”

Gulp.

Tiba-tiba barulah aku sedar yang aku telah

memanggil sayang pada bakal bapa mertuaku

sendiri! Ha, sudah.

Menggelabah juga aku dibuatnya. Malu.

Serba salah. Semuanya bercampur baur. Hendak

diletak, pastinya aku akan lebih malu.

“Sorrylah uncle. Aduh... Nad ingatkan Nazim

tadi.” Kalau dia dapat melihat air muka ku ketika

itu mungkin dia akan tergelak melihat ku.

“Tak apa... panggil sayang pun tak salah.

Sayang pada bakal bapa mertua kan...” Ah, ke situ

pula orang tua itu. Tetapi yang anehnya, aku

108


MERTUAKU, MY SOULMATE

sendiri tidak berasa hendak memarahinya. Jauh

sekali mengatakan lelaki itu gatal. Kenapa ya?

“Haa... macam ni, Nad. Tadi Zim dah

bagitau niat nak ziarah dan kenal-kenal dulu

keluarga Nad di kampung hujung minggu ni. Jadi,

kan?”

Rupanya kali ini Nazim berusaha untuk

menunaikan janjinya padaku. Syukur

alhamdulillah. Sekurang-kurangnya dia sudah

berusaha dan tentunya aku sudah boleh menarik

nafas lega.

“Betul ni, uncle?”

“Iya... Kenapa?”

Perlukah aku menyuarakan kerisauan ku?

“Errm... tak ada apa-apalah, uncle. Nad

macam tak percaya. Sebab sebelum ni Zim sibuk

di hospital.” Ujar ku dalam nada perlahan.

“Hmm... itu Nad kena belajar untuk faham

dan serasi dengas tugas anak uncle tu. Dulu masa

uncle muda pun, uncle macam tu juga. Hinggakan

auntie kamu tu fikir jugak yang bukan-bukan.”

“Iye ke, uncle? Pastu macamana?”

“Hmm... lama-lama auntie kamu tu

okeylah.” Begitu kisah mereka suami isteri itu.

Namun aku tidak tahulah bagaimana kehidupan ku

dengan Nazim nanti. Mudah-mudahan semuanya

akan berjalan dengan lancar. Selalunya perkara

yang baik Allah SWT akan permudahkan.

“Well... macamana? Nanti bolehlah Nad

bagitau orang tua Nad ya?” Ujar orang tua itu lagi.

Spontan aku mengangguk walaupun aku tahu

sememangnya orang tua itu tidak dapat

109


HASREEYATI RAMLI

melihatnya. Memang begitu ya kalau kita

menelefon?

“Okey uncle sebab bagitau Nad. Nanti Nad

call orang tua Nad. Bye, uncle.” Ujarku lagi. Hatiku

sudah berbunga-bunga. Tetapi mengapa Nazim

tidak menelefon ku lagi?

Aku melihat jam di telefon itu. Alamak. Dah

lepas masa pejabat. Patutlah sunyi semacam aje.

Cepat-cepat aku mengemaskan barang-barang ku

dan keluar dari pejabat itu.

Mungkin Nazim masih lagi di pejabat

rasanya.

Namun ketika aku memasuki kereta, barulah

Nazim menelefonku.

“Hai, sayang. Dah balik ke?”

Hmm... baru nak telefon.

“Iya, Zim.” Takkan pula aku hendak

memberitahu aku sudah tahu apa yang hendak

dimaklumkannya sekejap lagi.

“Baru nak keluar dari parking ni. Zim dah

balik ke?”

Walaupun aku sudah dapat menekanya,

sengaja aku bertanya begitu.

“Dah. Dah lama sampai rumah pun. Nad...

Zim dah bincang dengan mama dan papa Zim. So,

bolehlah Nad bagitau kat orang tua Nad ya?

Weekend ni tau.”

Memang sebelum ini itulah yang kami

rancangkan bersama. Namun aku tidak

110


MERTUAKU, MY SOULMATE

menyangka bakal mertuaku itu akan menelefonku

untuk memaklumkan padaku terlebih dahulu.

Takkan pula aku mahu bertanya kenapa dia

tidak cepat-cepat memaklumkan padaku terlebih

dahulu setelah mendapat lampu hijau dari kedua

orang tuanya? Nanti tentu dia akan mengesyaki

papanya berhubung denganku selama ini.

“Alhamdulillah, Zim. Syukur semuanya dah

dapat Zim uruskan.... Okey, nanti Nad call mak Nad

ya.” Hari itu hati ku berbunga bahagia. Segala

yang kulakukan terasa berjalan dengan sempurna.

Terima kasih ya Allah.

“Hai Nad... senyum-senyum aje ni? Kau

baru balik dari jumpa Nazim ke?”

Kinah meletakkan henfonnya sebaik sahaja

melihat aku masuk ke dalam kondo kami. Kasut

tinggi kuletak ke tepi.

“Salah ke aku nak happy? Kau ni...” aku

segera duduk di sebelahnya. Mengambil bantal

empat segi kecil yang ada sebelum membaling

manja ke arahnya.

“Hoi! Kau ni...” Namun Kinah tidak

memarahiku. Malah menepuk-nepuk sofa tiga

duduk agar aku duduk di sebelahnya.

Aku akur.

Tersengih ke arahnya.

“Ha, ada apa ni? Happy lain macam aje ni?

Tak sabarlah pulak aku ni!” Kinah memang begitu.

Busy body.

“Okay... nak ikut tak aku balik ke kampung

aku weekend ni?”

“Ha? Nak buat apa?”

111


HASREEYATI RAMLI

“Laa... balik kampung aku laaa... Kau ni.”

Kinah mengerutkan dahinya. Bantal empat

segi yang dipeluk di dadanya diletakkan ke tepi.

Kini dia bersila mengadapku.

“Untuk apa?”

“Keluarga Zim akan berjumpa dengan

keluarga aku.”

“Betul ni? Ya Allah. Syukur aku dengar.

Akhirnya kau jadi jugak kahwin dengan Nazim dan

bukan dengan bapa dia...” Satu pukulan dengan

bantal yang lain hinggap di kepalanya.

“Adoi!” Kinah tidak sempat mengelak.

Kepalanya menjadi mangsa.

Aku tergelak bahagia.

Kami sama-sama tergelak bahagia.

Malam itu sebelum tidur, aku menelefon ibu

ku di kampung.

“Assalamualaikum mak.... Nad akan balik

weekend ni, mak.”

“Ha, tau pun nak balik. Ingat dah tak tau

jalan nak balik.” Omel ibu ku di talian sana. Ibu ku

memang begitu. Tidak habis-habis mengomel jika

aku menelefonnya. Tiada sebab pun memang

begitu sikapnya. Namun sayang ku padanya tiada

galang ganti.

“Ala... mak ni. Nad bukan tak nak balik. Tapi

Nad sibuk ni. Weekend pun kadang Nad kena

pergi opis.”

112


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hmm... iyalah, iyalah. Balik ajalah. Ayah

kamu tu dah lama tanyakan pasal kamu saja. Cuma

belum mengigau malam hari saja orang tua tu.”

Aku tahu mereka berdua rindukan anak mereka

yang seorang ini.

“Mak... tapi Nad akan datang dengan

keluarga bakal suami Nad tau. Diorang nak kenalkenal

dengan mak dan ayah, boleh, kan?”

“Ha? Betul ni? Mak ayah Nazim nak datang

sekali ya? Ya Allah. Kena buat kenduri ke ni?”

Aku tergelak besar.

“Belum lagilah mak. Nantilah dulu. Satusatu

dululah mak ni.” Rupanya ibuku lebih tidak

sabar mahu menerima kunjungan bakal besannya

itu. Aku tersenyum sendirian di dalam bilik itu.

“Haa... kalau macam tu, baiklah. Okeylah.

Mak nak bagitau kat ayah kamu sekarang jugak.

Tentu dia suka dengar semua ni. nanti apa-apa

kamu beritahu lain ya. Assalamualaikum.”

Klik.

Belum sempat aku menjawab salam, ibu

sudah mematikan talian antara kami.

Aku tersenyum sendiri. Ku tahu ibu adalah

orang yang paling bahagia bila mendengar berita

ini.

Belum sempat aku meletakkan telefon di

sebelah meja sisi katil, Nazim menelefon.

“Hai, sayang. Dah tidur?”

Aku tersenyum bahagia lagi. Sudah

bertimpa-timpa bahagia untukku pada hari ini

sahaja.

113


HASREEYATI RAMLI

Harap-harap kebahagiaan ini dapat

kurasakan sehingga ke akhirnya. Amin Ya Allah.

114


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kinah, aku tanya kau ni. Jadi ke tak ni?”

Dua hari lagi aku menghitung hari untuk pulang ke

kampung ku. Terasa lambatlah pula.

“Hmm... tak jadilah. Mak aku telefon malam

semalam. Suruh aku balik jugak.”

“Amboi kau ni, celah-celah ni jugaklah mak

kau tiba-tiba call kau ya...” aku merungut.

Berpura-pura mahu merajuk.

“La.... kau janganlah kecik hati pulak. Nanti

aku ikut kau balik lain kali ya?”

Aku menarik muka.

“Tak adalah. Tak kecik hati pun....”

Kinah menarik tanganku.

“Next time ek...”

Aku menjelirkan lidah padanya.

Walaupun aku dan dia sering bertelagah

namun kami serasi bersahabat. Tidak kisahlah

kalau dia hendak cakap apa pun. Aku sentiasa

menadah telinga mendengarnya. Begitu juga

dengannya.

“Jomlah tidur. Dah lewat malam ni. Esok

kau nak packing lagi, kan?”

Aku tersengih. Teringat aku tidak

mengemaskan barang-barangku lagi.

115


HASREEYATI RAMLI

Malam itu seperti biasa sebelum aku tidur,

Nazim menelefon.

“Hai, angel. Dah tidur ke?”

“Belum lagi.”

“Kinah jadi ikut tak nanti?”

“Tak....”

“Hmm... tak apalah. Lusa, I akan jemput you

ke rumah tau.”

Pada mulanya aku agak malu juga kerana ini

pertama kalinya aku akan menaiki kereta Alphard

keluarga itu untuk pulang ke kampung ku. Tentu

terbeliaklah mata jiran-jiran sekeliling rumah

kedua orang tua ku melihatnya. Maklumlah.

Sebelum ini aku belum pernah membawa sesiapa

lagi pulang ke rumah orang tua ku.

“Hmm.... okeylah. Tapi I rasa seganlah.

Sebab kena naik kereta dengan mama dan papa

you tu.”

Lelaki itu tergelak kecil di hujung talian sana.

“Allah... nanti kita akan jadi satu keluarga

jugak, kan? Kenalah you biasakan diri dengan

mama dan papa I jugak, kan?” Ya tak ya juga.

“Kalau you dah cakap macam tu okeylah. I

akan cuba. Tapi apa-apa pun, you kena back up I

lah nanti, okey?”

Gementar juga di dalam hati kerana aku

sedar, inilah kali pertama aku akan bersama

dengan keluarga itu pulang ke kampung ku.

Mungkin aku akan semakin terbiasa jika aku lebih

116


MERTUAKU, MY SOULMATE

kerap keluar dengan keluarga itu yang bakal

menjadi kedua orang tuaku juga.

“Iya... iya. Okeylah. For sure I akan back up

you my dear.”

Lega hati ku mendengarnya. Sekurangkurangnya

Nazim memberikan kekuatan itu pada

ku.

“Dear, tidurlah dulu ya. Mimpikan yang

indah-indah dan paling penting mimpikan Zim

tau!”

Aku tergelak kecil. Bahagianya.

“Amboi... bukan kena mimpikan Rasulllah

SAW ke....”

“Erk... itupun yalah, dear. Tapi ingat Nazim

sama tau.”

Aku tersenyum walaupun aku tahu dia tidak

dapat melihatnya.

“Nite dear...”

Aku sedang meniti hari-hari yang

membahagiakan. Moga kebahagiaan ini akan

berkekalan sampai bila-bila.

****

Hari yang dinantikan kini telah tiba.

Pagi-pagi lagi aku telah bangun dan bersiap

menunggu Nazim.

“Hai, tak henti-henti kau tengok kat tingkap

tu ya.” Kinah mengusik ku sejak dari tadi apabila

aku menjadi penunggu tingkap yang setia sejak

dari pagi.

“Nazim nak ambik kau jam berapa ni?”

117


HASREEYATI RAMLI

Kinah masih lagi menunggu sehingga aku

pergi barulah dia akan pulang ke kampungnya.

“Errmm... kata tadi jam 8.00. Ni dah dekat

9.30 pun.” Aku mula menggelisah.

“Cuba kau dail nombor dia.”

Bukan sekali dua aku mendailnya. Sudah

tidak terbilang kali lagi.

“Dah. Penat dah ni ha. Tapi dia tak angkat

pun.” Rungutku lagi. Monyok.

“Betul kau janji pukul 8 ni?”

Aku mengangguk laju.

“Iya. Buat apa aku nak tipu kau. Aduh....”

Kinah menggaru-garu kepalanya yang tidak

gatal.

“Hmm... macamana ni?”

Kinah memandang ke arah ku.

“Kau ada nombor mama dia tak?”

Aku menggeleng.

Kinah menjengilkan mata pada ku.

“Bapa dia?”

****

“Nad, sorrylah. Nazim ada emergency awal

pagi tadi. Tak dapat nak lari.”

Uncle Nasrul menjemput aku. Seorang

dirinya.

“Mana auntie, uncle?”

118


MERTUAKU, MY SOULMATE

Sebaik sahaja aku menjengah masuk ke

dalam kereta Alphard tiada siapa pun di dalamnya

kecuali Uncle Nasrul sahaja.

Serba salah pula aku hendak menaikinya.

“Well..auntie sekali ada appoinment

mengejut dengan Datin yang handle projek dia.

Kalau tak jumpa hari ni, memang esok Datin tu dah

berlepas ke London.” Walaupun aku tidak tahu

menahu tentang apa yang sedang diusahakan oleh

Datin Zarila, namun aku pastinya ianya satu projek

yang besar hinggakan sanggup mengenepikan

kepentingan keluarganya sendiri.

“Ha, Nad. Awak nak naik ke tak ni? Kita dah

lambat ni kan?”

Aku masih lagi teragak-agak. Jika aku

hendak membatalkannya di saat-saat akhir, apa

pula kata ibu ku di kampung? Pasti mereka sudah

tidak sabar menunggu kedatangan keluarga Nazim

ini.

“Ya, dah terlambat.” Tanpa berlengah lagi,

aku segera menaiki kereta itu dan duduk di

bahagian hadapan bersama dengan lelaki itu.

Uncle Nasrul berpaling ke arah ku sambil

tersenyum.

“Relaks, Nad. Uncle akan jaga awak

sepanjang perjalanan ni.” Bukan itu yang aku

bimbangkan. Aku cuma bimbangkan apa yang

orang kampung akan kata apabila melihat hanya

lelaki ini sahaja yang ada bersama ku.

Aku mengangguk walaupun tidak berkata

sepatah pun. Aku risau sebenarnya. Kata-katanya

langsung tidak dapat menenangkan ku.

119


HASREEYATI RAMLI

Aku agak lelaki separuh itu mungkin perasan

dengan sikapku itu.

“Nad dah makan pagi?”

Lelaki itu berpaling ke arah ku.

“Belum.”

Kemudian dia memandu ke satu arah

restoran yang berhampiran dengan kawasan

kediaman ku.

“Kita nak ke mana ni, uncle?” Naik risau juga

aku dibuatnya.

Walaupun aku masih lagi geram dengan

Nazim yang sekali lagi tidak dapat hadir untuk hal

penting seperti ini, namun aku sedar aku tidak

dapat berbuat apa-apa.

“Hmm.... macam nilah. Nad kena sarapan

dulu. Nanti perut tu kosong pula. Siapa susah,

hmm?” Aku tidak jadi hendak membantah kerana

sememangnya aku tidak mengalas perut sejak dari

pagi tadi lagi. Sudahlah aku bangun awal kerana

begitu teruja dan berdebar-debar untuk

menempuh hari ini.

Aku menoleh ke arah lelaki separuh umur di

sebelah ku itu. Melihat lelaki itu bagaikan aku

melihat Nazim berada di sebelahku. Tetapi di

dalam versi hari tuanya.

“Uncle ni, tak apalah. Tak perlu nak susahsusah

pasal Nad.” Sebenarnya aku malu apabila

diberi perhatian sebegitu rupa. Namun berkali-kali

juga aku menegaskan di dalam diri ku untuk

120


MERTUAKU, MY SOULMATE

menerima segala perhatian ini dari seorang bakal

bapa mertuaku sendiri.

“Eh, Nad. Uncle tak kisahlah. Kan Nad akan

jadi menantu uncle sendiri. Kalau Nad tak

biasakan diri dengan uncle, siapa lagi yang Nad

boleh harapkan? Nad ada nampak tak ada uncle

lain kat sini?”

Pandai bergurau juga rupanya lelaki separuh

umur ini. Gurauan itu membuatkan aku terpaksa

menerima hakikatnya dan mengangguk perlahan.

“Iya, uncle. Sorry. Bukannya apa. Nad tak

biasa lagi dengan uncle. Uncle baik sangat dengan

Nad. Sebab tu Nad rasa agak serba salah ni.”

Lelaki separuh umur itu tergelak mendengar

kata-kataku.

“Tak kisahlah Nad nak fikir apa pun. Yang

penting, uncle jaga Nad baik-baik untuk anak uncle

sendiri, hmm?”

Kata-kata itu kupegang sebagai satu janji.

Tidak habis-habis aku tersenyum dan mengangguk

apabila aku sudah keputusan kata-kata.

Beberapa orang pelanggan lain menoleh ke

arah kami sebaik sahaja kami menjejakkan kaki ke

dalam restoran itu.

Ada yang seakan berbisik-bisik dan ada yang

di dalam pandangan mereka mungkin terdetik

sesuatu. Biasalah. Manusia yang pandai menilai

apa yang dilihat di luaran mereka sahaja tanpa

memeriksa terlebih dahulu akan kebenaran yang

tersirat di sebaliknya. Sampai bilakah manusia

akan bersikap begini? Kasihan, kan?

121


HASREEYATI RAMLI

Mungkin lelaki separuh umur itu perasan

dengan keadaan itu dan perasan juga tentang

sikap serba-salah ku itu.

Dia segera menarik kerusi untuk ku.

“Nad, duduklah. Jangan kisah pasal orang

lain tengok kita. Diorang bukan tau siapa kita.”

Ada betulnya juga. Aku hanya mengangguk.

“Terima kasih, uncle. Susah-susah layan

Nad.” Walaupun aku malu sebenarnya dilayan

sebaik itu. Nazim pun sama seperti sikap bapanya.

Tidak pernah sekalipun mengabaikan ku.

Tiba-tiba telefon ku berbunyi.

Aku mendongak ke arah lelaki separuh umur

di hadapan ku sebelum menjawabnya.

“Iya, I ada dengan papa you...” Kemudian

aku menadah telinga mendengar bertalu-talu

ucapan maaf darinya. Aku hanya mengangguk dan

mengiyakan sahaja penjelasan demi penjelasan

darinya.

Kemudiannya setelah beberapa lama, aku

terpaksa mematikan talian antara kami kerana

perut ku sudah berkeroncong.

“Zim, it’s okay. Papa you dah uruskan

semuanya untuk you...” aku sempat mengalihkan

pandanganku ke arah lelaki separuh umur itu. Dia

turut menunggu talian antara kami dimatikan oleh

salah seorang dari kami.

“See you, next week ya...Bye, love you..”

ucapku sebagai penamat perbualan kami. Perutku

122


MERTUAKU, MY SOULMATE

sudah meminta-minta untuk diisi. Silap haribulan

aku boleh jadi gastrik. Penyakit yang lama

kuhidapi itu boleh kembali menyerang jika aku

tidak berjaga-jaga.

“Okey, Nad nak order apa?”

Sebenarnya aku lebih memikirkan tentang

Nazim dari apa yang perlu aku order selepas itu.

Rasa sakit hati dan geram bertimpa-timpa. Namun

aku tidak dapat berbuat apa-apa.

Lelaki separuh umur itu perasan tentang

keadaan ku itu.

“Nad, janganlah masam macam tu.

Makanlah cepat. Nanti malam pulak kita sampai

rumah awak.” Betul juga kata-katanya.

“Ermm...okey, uncle. Tapi itulah. Nad terasa

jugak. Sebab kami dah plan lagi awal tau, uncle.

Maafkanlah, Nad. Mungkin Nad tak biasa lagi

dengan keadaan yang macam ni.” Sempat pula

aku mengadu dengan bakal bapa mertua sendiri.

Alamak. Boleh ke? Nanti apa pula katanya!

Lelaki di hadapan ku itu tersenyum.

“Tak apalah, Nad. Uncle faham perasaan

Nad macamana...”

Aku mengerutkan dahi.

“Really, uncle? Uncle tak kisah Nad

mengadu pada uncle semua ni? Anak lelaki

kesayangan uncle pulak tu...” aku menduga. Wah.

Dah pandai aku main duga-duga bakal bapa

mertua sendiri ni!

Lelaki itu tersenyum. Tenang sahaja dia

menerima tempelakan itu. Lebih kuranglah

123


HASREEYATI RAMLI

kuanggap sebagai satu tempelakan. Nazim kan

anaknya. Aku pulak sedang komen pasal anaknya.

“Nad. Tak semua orang boleh terima

keadaan dan keperluan orang lain, okey. Jadi

dalam kes Nad dan anak uncle. Nad masih lagi

dalam proses lebih mahu mengenali anak uncle tu.

So... mestilah Nad akan rasa semua ni, hmm?”

Masuk dek akal juga kata-kata lelaki itu.

Berbual dengan orang yang lebih dewasa dan lebih

memahami tentang kehidupan adalah lebih

menyenangkan rupanya.

“Uncle... sorry ya. Nad tak bermaksud nak

kutuk anak uncle ke apa ke. Tapi Nad perempuan.

Entahlah uncle. Payah kan nak buang rasa tak

selesa dalam diri seorang perempuan macam Nad

kan?” Aku pula sedang meluahkan apa yang aku

rasa di hadapan seorang lelaki yang bukan bakal

menjadi teman hidup ku. Pelik. Aku lebih selesa

meluahkannya dari menyembunyikan segala apa

yang tersirat di dalam hati ku dari Nazim.

Lelaki itu menggeleng.

“It’s okay, Nad. Itu part and parcel of life.

You’re in the midst of learning some part of it.”

Kata-kata itu membuatkan aku terdiam

seketika. Penuh dengan filosofi rupanya dalam

setiap kata-katanya.

“Dah habis ke? Jom!”

Aku mengangguk laju. Tersenyum.

124


MERTUAKU, MY SOULMATE

Sepanjang perjalanan, aku semakin selesa

berbual dengan lelaki separuh umur itu. Entah

mengapa aku tidak segan silu berbual topik demi

topik dengannya. Hinggakan aku dapat merasakan

bagai aku ada keserasian pula dengan lelaki ini.

Okey. Keserasian dari segi bakal menantu

dengan bakal bapa mertuanya sahaja.

Tiba-tiba telefonku berbunyi lagi.

“Nad! Kau kenapa tak balas mesej aku dari

tadi hah?!”

Rupa-rupanya aku tidak perasan bertalu-talu

mesej dari Kinah sejak aku keluar tadi. Bukannya

apa. Aku lebih menumpukan perhatianku berbual

dengan lelaki di sebelah ku ini dari melihat mesejmesej

yang masuk. Ada juga di antaranya mesejmesej

dari Nazim sendiri. Juga dari ibu ku sendiri.

Masih belum sempat ku buka dan baca.

“Ishh, kau ni. Aku okeylah.” Aku menoleh

seketika ke arah lelaki di sebelah ku. Dia

tersenyum sahaja. Mendengar perbualan ku.

“Okey apanya kalau aku mesej kau tak

balas. Ha, satu famili ke dalam kereta tu? Aku

tengok dari atas tadi tau.” Tetapi aku tahu dia

hanya nampak kereta dan tidak nampak orang di

dalamnya.

“Tak juga...”

Malas sebenarnya aku hendak menjelaskan

apa-apa padanya kerana aku masih menghormati

kedudukan bakal bapa mertua ku di sebelah ku itu.

Aku masih lagi perlu menjaga hati orang tua itu.

Pesan ibu dan ayah ku tidak pernah aku lupakan

sampai bila-bila.

125


HASREEYATI RAMLI

Aku sempat mencuri pandang melihat lelaki

itu. Dia tersengih sahaja sambil terus

menumpukan pandangannya di jalan raya. Namun

aku yakin telinganya pasti mencuri dengar juga

perbualan ku dengan teman serumah ku itu.

“Eh? Kau ni biar betul, Nad! Lagi sekali kau

keluar sorang-sorang dengan bakal bapa mertua

kau ke?! This is insane lah, Nad!” Aku meletakkan

telefonku jauh dari telingaku. Kerana sudah

menjadi kebiasaan tidak mengenakan earphone

seperti anak-anak remaja sekarang ini.

Memang aku tidak dapat menerima tabiat

anak-anak remaja sekarang ini yang gemar benar

menggunakan earphone setiap masa. Kononnya

mahu mendengar lagu. Padahal mereka tidak

sedar dan mungkin ada yang tidak tahu,

sebenarnya setiap alunan muzik yang masuk ke

dalam telinga mereka, neuron bijaksana mereka

akan menyusut. Rugi, kan?

Aku perlu jawab ke atau tidak?

“Err... Kinah. Aku off dulu ya. Nanti sampai

kat rumah mak aku, aku sembang lain ya dengan

kau. Sorry...” Kemudian aku mematikan talian

antara kami. Tersengih memandang ke arah lelaki

di sebelahku yang sejak dari tadi sekejap-sekejap

menoleh ke arahku. Terus serba-salah pula aku

dibuatnya.

“Sorry uncle. Kawan serumah.”

126


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Eh, tak apa. Lain kali kalau kawan Nad call,

cakap aje. Uncle tak kisahlah.”

“Haa... nanti tak boleh nak `membawang’...”

Spontan aku menjawab begitu.

Lelaki itu tergelak besar kali ini.

Aku turut sama gelak.

“Haa... membawanglah sangat. Nak

mengumpat apa tu? Pasal anak uncle? Pasal

uncle?” Soalnya pula.

Aku yang terkesima.

“Uncle... tak manis rasanya kalau Nad cakap

secara terus-terang pasal anak uncle atau uncle

atau auntie, kan?”

Lelaki itu mengerutkan dahi.

“Eh, ada ke membawang pasal uncle ni?

Hehe... pasal apa pulak tu? Uncle teringin juga nak

dengar ni.” Ha, sudah. Aku lagi terus membisu.

Apabila aku kehilangan kata-kata, lelaki itu

mengubah topik.

“Nad, it’s okay. Kalau tak nak share dengan

uncle pun.”

Aku pula jadi serba-salah. Terperangkap

antara adat dan kehendak. Takkan pula aku

hendak mengumpat depan orang itu sendiri?

Tentu tak logik.

“Hmm.... tak ada apa-apalah, uncle. Nad

okey aje berbual dengan uncle. Tapi tu ha. Kawan

serumah Nad tu, mulalah bising kalau Nad keluar

sorang-sorang dengan uncle...Tu aje...” aku

terpaksa berterus-terang akhirnya kerana tidak

mahu lama-lama diasak dengan soalan-soalan yang

perlu aku jawab tanpa dapat bersembunyi lagi.

127


HASREEYATI RAMLI

“Oo... macam tu. Habis tu. Nad rasa

macamana?”

Aku melopong kali ini. Rasa? Rasa apa pula?

Apa yang perlu aku rasa ni?

“Err... Nad cakap aje. Semua tu kebetulan.

Macam hari tu. Nad mula jumpa dengan uncle.

Dalam situasi tu. Kemudian masa kat restoran tu.

Pastu macam sekarang ni. Bukan salah Nad, kan?”

Betul ke aku jawab macam tu?

“Hmm.... betul dah tu. Okey. Macam ni.

Nad tak perlu risau apa-apa pasal Nad kebetulan

keluar dengan uncle seorang macam ni. Anggap

aje semua ni dapat mengeratkan hubungan antara

anak menantu dan mertua. Okey?”

Boleh diterima akal juga jawapan tu.

Aku mengangguk laju. Terasa lega pula

mendengarnya.

“Haaa... kalau macam tu. Nad setuju!”

Kali ini rasanya aku sudah boleh menarik

nafas lega.

Tiba-tiba ada lagi panggilan telefon yang

masuk.

Ibu menelefon rupanya.

“Mak... Nad dah nak sampai ni. Ha... Tak

jauh dah ni. Lagi sejam lebih, insha Allah.” Aku

berbual-bual seketika dengan ibu ku yang sudah

semakin risau kerana aku masih belum sampai lagi.

Lelaki di sebelah ku hanya tersenyum

apabila mendengar aku berbual dengan ibu ku itu.

128


MERTUAKU, MY SOULMATE

Perjalanan kami sudah hampir sampai ke

destinasinya. Aku langsung tidak dapat

melelapkan mata kerana setiap topik yang

dibualkan dengan lelaki itu menghalang aku dari

tidur.

“Errmm... Nad memang tak tidur ke kalau

jalan jauh-jauh macam ni? Tidur aje. Uncle

pandu.”

“Eh... kesian pulak kat uncle kalau nak

tidur.” Walaupun sebenarnya ada ketika aku

menguap juga.

“Nad, uncle tak kisah okey. Anak uncle pun

kalau naik kereta, selalu dah lama tidur dengan

auntie. Okey aje uncle pandu.” Terasa kasihan

pula aku mendengarnya.

“Kesianlah kalau uncle pandu sorang-sorang.

Tak apalah. Malam nanti boleh tidur puas-puas kat

rumah sendiri.” Aku menjawab sambil tersengih.

Lelaki itu mengangguk.

“Haa... okeylah kalau macam tu. Terima

kasih ya sebab sudi temankan uncle berbual.”

“Eh... Nad tak kisahlah, uncle. Nad memang

suka berbual pun. Nak bagi hilang bosan.”

Balasku.

“Errr.. maksud Nad, uncle ni membosankan

Nad ke.. “ soal lelaki itu lagi. Seakan menduga.

“Eh, taklah! Uncle ni macam perangai

Nazim. Eh, silap. Nazim yang tiru uncle!” Aku

tergelak seketika. Malu pun ada.

“Really?”

“Iya.”

Lelaki itu tergelak kecil.

129


HASREEYATI RAMLI

Tiada istilah jemu atau bosan apabila aku

ada di sisi lelaki itu.

Nazim, kenapalah tak dapat datang lagi hari

ini.

130


MERTUAKU, MY SOULMATE

Ketika aku memasuki ke perkarangan rumah

kedua orang tuaku, lelaki itu kelihatan amat teruja.

“Wahh... damainya tinggal dalam kampung

macam ni...” Matanya seraya menerawang ke

sana sini.

Memang rumah orang tua ku rumah

kampung biasa sahaja.

Aku melihat kedua orang tua ku sudah

menunggu di atas beranda rumah kayu kami itu.

“Itu ha, mak dan ayah Nad dah tunggu kita.”

Ujarku dengan nada ceria.

“Nad suka balik kampung ya?”

Aku mengangguk laju. Gila tak suka balik

rumah sendiri.

“Hmm... tak apalah. Lepas ni kita balik

selalu ke sini ya?”

Aku menoleh ke arahnya.

Tidak faham maksudnya. Ahh, aku tak kisah.

Asalkan aku dah pun sampai ke rumah ku sendiri.

“Haa... tengok tu. Mak Nad dah lambailambai

tu.”

Aku membuka tingkap dan membalas

lambaian tangan ibu ku.

“Makkkk!! Ayahhh!!”

131


HASREEYATI RAMLI

Sebaik sahaja kami berhenti di hadapan

tangga kayu rumah ku itu, aku segera turun.

Meluru menaiki tangga kayu rumah orang tua ku.

Praaappp!!!

Entah bagaimana kaki ku tergelincir dan

terperlus ke dalam ruang antara anak tangga itu.

Aku menjerit kerana terkejut. Dan cuba

mengimbangi diri ku. Mujur juga pada masa yang

sama, ada tangan yang menyambar sebelum aku

terhempas dengan lebih teruk ke tanah.

“Ya Allah! Nad!” Jerit Mak Mah sebaik

sahaja melihat anak gadisnya hampir terjatuh dan

tersembam ke tanah. Lebih mengejutkan lagi ialah

lelaki separuh umur yang kelihatan sebaya dengan

suaminya sedang memangku anak gadisnya

sebelum jatuh tersembam. Mak Mah menutup

mukanya tidak mahu melihat apa yang terjadi di

hadapannya. Pandangannya gelap selepas itu.

“Mah... ooo Mah. Bangunlah.” Suara

suaminya kedengaran sayup-sayup di cuping

telinganya. Mak Mah kemudiannya membuka

matanya perlahan-lahan.

Wajah pertama yang dilihatnya ialah

suaminya, Pak Nuar. Berkerut dahi orang tua itu

merenungnya dengan resah. Mak Mah segera

mahu bangun. Tapi dihalang oleh satu suara lain

yang agak asing baginya. Dia menoleh ke sebelah

kiri dan melihat lelaki yang hampir sebaya dengan

suaminya sedang memegang pergelangan nadinya

132


MERTUAKU, MY SOULMATE

untuk memeriksanya. Dengan cepat Mak Mah

menarik tangannya. Ditepisnya kasar tangan itu

dengan wajah mencuka.

“Hish kamu ni, Mah. Itu bakal besan kitalah.

Dr. Nasrul. Dia nak cek nadi kamu. Ha...” suaminya

menoleh ke arah lelaki itu sambil mengangguk dan

tersenyum.

“Haa... syukurlah. Kakak dah sedar. Risau

saya tadi.” Ujar suara lelaki tampan dan segak

bergaya itu dengan senyuman yang manis. Wah.

Siapa pula ya? Tetapi suaminya tadi memaklumkan

lelaki itu ialah bakal besan mereka. Habis tu, mana

bakal suami Nad? Bakal menantunya? Mak Mah

semakin pening.

“Hai, awak ni. Pening ke garu kepala macam

tu?” Soal suaminya lagi.

“Pening dengan gatal kepala pun awak tak

boleh bezakan ka?” Mak Mah kemudian bergegas

turun dari atas katilnya.

“Mana Nad?” Dia menyelak langsir pintu

biliknya. Baru dia teringat sesuatu.

“Nad kat bawah ni, mak!”

Lega hatinya mendengar suara anaknya itu.

“Eh, tadi kamu bukan tergelincir ka? Mai

mak tengok kaki kamu.” Segera dia pula bergegas

turun ke tingkat bawah rumahnya. Menuju ke arah

dapur. Anak gadisnya sedang mengacau air di

dalam teko. Tersenyum melihat dia sudah sedar

dari pengsan.

Cepat sahaja anak gadisnya memeluknya

dan bersalaman dengannya. Bertalu-talu ciuman

singgah di wajahnya.

133


HASREEYATI RAMLI

“Haa... rindulah tu. Tapi tak nak balik selaluselalu.

Kamu tak apa-apa ka ni?” Kerut risau mula

tergaris di dahinya.

Anak gadisnya itu menggeleng.

“Nad tak apa-apalah, mak. Nad okey. Ha...

mak yang pengsan tadi kenapa? Terkejut?” Usik

anak gadisnya itu.

Mak Mah mencebik seketika.

“Baru kamu tau ya. Memang terkejutlah

tengok kamu nak terjatuh macam tu. Tak habishabis

dok buat kalut lagu tu. Hishh... kamu ni.”

Dahi anaknya dicium lagi. Rasa rindu semakin

berlalu pergi.

“Ala... Nad tak apa-apalah, mak. Haa... biar

Nad bawa air ni ke atas, ya?”

Mak Mah mengangguk. Dia mengambil kuih

yang sudah tersedia ada dibuatnya sejak pagi tadi

lagi. Kuih bingka ubi kayu.

Sebaik sahaja dia mahu membawa kuih ke

atas, dia melihat lelaki sebaya suaminya itu hanya

tersenyum di depan muka pintu mengadap ke

dapur.

“Nak saya bantu ke, kak?” Hulur tangan

lelaki itu padanya. Mak Mah menggeleng.

“Eh, tak payahlah, Cik Nasrul. Mana la suami

saya ni. Hmm....” Dia menjengah ke dalam.

Mencari suaminya yang hilang entah ke mana.

“Tadi abang turun ke bawah. Nak cari

apatah. Saya pun tak pasti, kak.” Senyum lelaki itu

134


MERTUAKU, MY SOULMATE

lagi. Mak Mah mengangguk. Malu sebenarnya

dengan budi bahasa orang bandar itu.

“Eh, Cik Nasrul duduklah dulu ya. Di ruang

tamu tu. Biar saya letakkan kuih ni di sana. Kita

minum di sana.” Ujarnya lagi sambil berkeras

mahu membawanya sendiri ke dalam.

“Baiklah kak.” Kemudian lelaki itu segera

bergerak ke dalam.

Ditunggu anak gadisnya naik ke atas juga.

“Ni Nad. Mana bakal suami kamu? Mana

bakal mak mertua kamu? Mak tak nampak pun.”

Segera Mak Mah berbisik pada anak gadisnya itu.

Anak gadisnya itu tersenyum lebar.

“Panjang ceritanya, mak. Tak apalah. Nanti

Nad ceritakan ya. La ni kita hantar minuman ni ke

hadapan dulu, okey?” anak gadisnya itu

mengenyitkan matanya. Berlalu ke dalam.

Mak Mah masih tidak berpuas hati. Banyak

yang perlu dikorek dari anak gadisnya itu.

Setahunya anaknya akan datang dengan keluarga

bakal besannya. Tetapi kenapa yang datang hanya

bakal bapa mertuanya sahaja? Mana yang lainnya?

Mak Mah mencari kelibat suaminya. Ke

mana pulaklah laki aku ni?

Dia masih lagi memegang pinggan yang

berisi kuih bingka ubi kayu itu apabila dia turun

semula ke arah dapur dan keluar mencari

suaminya.

Dilihatnya Pak Nuar sedang mengait buah

rambutan di tepi rumah mereka.

135


HASREEYATI RAMLI

“Abang ni. Tetamu kat atas tu awat la abang

tinggai lagu tu ja? Ishh.... pi la tengok nu.” Sergah

Mak Mah lagi.

“Aku nak ambik buah ni sikit. Habuan dia

rasa. Tadi terlupa nak kait.” Pak Nuar masih lagi

menjolok buah dengan khusyuknya.

“Bang, sudahlah tu. Nanti kait lagi. Dah

banyak ni. Nanti apa kata pulak tetamu kita tu

ha...Tuan rumah hilang.” Rungut Mak Mah lagi.

Pak Nuar berhenti mengait. Keringat di

dahinya disapu ke tepi kening.

“Abang, kak. Biar saya yang kaitkan, boleh?”

Tiba-tiba ada suara di belakang mereka berdua.

Hampir terlepas pinggan kuih di tangan Mak Mah

dibuatnya.

“Astaghfirullah. Terkejut aku!” Mak Mah

hampir melatah.

Dr. Nasrul tergelak melihat gelagat kedua

orang bakal besannya itu. Si suami mungkin

hampir sebaya dengannya namun dia lebih selesa

memanggil pangkat abang. Si isteri mungkin muda

sedikit darinya. Namun dia lebih selesa memanggil

pangkat kakak. Rasanya lebih sopan dan berbudi

bahasa.

Dia dan gadis itu turun ke bawah tanah

apabila menyedari hanya mereka berdua sahaja

yang ada di atas rumah. Pastinya mengundang

rasa tidak selesa.

136


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad, mana mak dan ayah Nad? Tadi bukan

mak Nad ada kat belakang Nad ke?” hairan juga

dia dibuatnya kerana terlalu cepat Mak Mah hilang

sebaik sahaja berbual dengannya sebentar tadi.

Gadis itu berpaling ke arah belakang

sebelum berpaling semula ke arahnya.

“Eh, ya tak ya jugak ya uncle. Hmm... nanti

Nad tengok di bawah ya.”

“Nanti-nanti. Uncle nak ikut sama, boleh?”

Gadis itu tersenyum sambil mengangguk

laju.

“Jom.”

Pak Nuar kemudiannya mencapai beberapa

tangkai rambutan yang berjaya dikait dengan

gunting galahnya tadi. Kemudian dibawa ke

pelantar yang berhampiran. Betul-betul di bawah

pokok rambutan yang agak rendang itu.

“Haa... mari sini. Duduk sini. Mah, bawa

kuih tu kat sini. Nad, kamu naik atas, ambik ayaq

mai sini naa...” arah Pak Nuar lagi. Bagaikan

Kapten askar memberi arahan.

Dr. Nasrul melihat bakal besannya itu duduk

di atas pelantar kayu yang sudah hampir bertukar

warna itu.

“Sudah lama saya tak berasa suasana damai

macam ni, bang.” Ujar Dr. Nasrul sambil duduk

berdekatan dengan bakal besannya. Orang tua

yang hanya memakai baju pagoda lusuh yang

sudah berlubang di sekitar leher baju itu memakai

ketayap putih yang sudah pudar warnanya. Rokok

daun melekat di bibir hitamnya. Tuala putih Good

Morning yang sudah puar warnanya itu terlilit elok

137


HASREEYATI RAMLI

di lehernya. Bagai selendang pula. Mungkin

bertujuan untuk mengelap peluh.

Kain pelikat lusuh orang tua itu juga

disenteng hingga ke paras lutut. Seluar panjang

yang tidak diketahui warna coklat atau hijau itu

berjurai-jurai di hujungnya.

“Aku baru balik dari bendang. Pergi

merumput tadi sebelum kau dan anak aku sampai.

Sebab tu aku tak tukar baju lagi. Nanti Asar aku

mandi, aku tukar lain.” Dr. Nasrul tersipu-sipu

malu. Rupanya orang tua itu perasan yang dirinya

sedang diperhatikan.

“Eh, tak apalah, bang. Maafkan saya.

Sebenarnya saya dah lama tak tengok orang ke

sawah macam abang ni.”

“Hmm... awat? Kau orang kampung macam

aku jugak ka sebelum ni?” Mata Pak Nuar

menjeling sedikit ke arah bakal besannya itu. Siap

berkasut berkilat lagi. Seluar slack hitam dan

kemeja lengan pendek berjenama dari atas ke

bawah melekat di tubuh sasa itu.

Tadi dia tergamam juga apabila lelaki yang

dilihatnya agak sebaya dengannya itu membantu

menyambut anak gadisnya yang hampir

tersembam ke tanah itu. Mujur juga kebetulannya

lelaki itu membawa beg dan berada di belakang

anaknya. Habis beg dilepaskan untuk membantu

anaknya.

138


MERTUAKU, MY SOULMATE

Namun dia berterima kasih kepada lelaki itu

kerana jika tidak dibantu mungkin keadaan anak

gadisnya akan lebih teruk lagi.

“Ya, bang. Orang Kuala Selangor. Sana kan

banyak sawah padi macam ni jugak.” Dr.Nasrul

tersenyum mengenangkan kembali saat-saat

ketika dia di zaman kanak-kanaknya dia pernah

tinggal di rumah neneknya semasa di bangku

sekolah rendah.

“Ohh... kisahnya. Jadi kau taulah ya

macamana nak buat bendang ni?” soal Pak Nuar

sambil mengangguk-angguk seakan faham. Entah

faham, entah tidak.

“Inshaa Allah, arwah Atuk saya memang

tahu. Cuma saya banyak memerhati dan mengacau

dia ajelah dulu-dulu! Alaa... zaman budak-budak,

bang. Apa nak bantu sangat, kan....” Gelaknya

lagi. Terkenang kembali saat dia menonggang

kerbau yang digunakan untuk membajak sawah

arwah Atuknya itu. Semua kenangan itu kini hanya

tinggal kenangan belaka kini.

“Oo.... begitu kisahnya. Tapi lepas tu, kau

belajar di bandarlah ya?” Rasa ingin tahu Pak Nuar

membuatkan dia berminat untuk mendengar

cerita dari lelaki itu.

Belum sempat Dr. Nasrul membuka cerita.

“Ha, ayah. Nak korek rahsia apa lagi tu?

Kesian uncle Nasrul ni. Dia penat tau. Nantinantilah

ayah tanya lagi, hmm. Biar dia minum

dulu.” Anak gadisnya mencelah secara tiba-tiba.

Sambil membawa sedulang teko air dan cawancawan

untuk mereka berempat.

139


HASREEYATI RAMLI

“Haish...ya tak ya jugak. Maaf ya, Cik Nasrul.

Aku ni kalau dah bercakap, payah nak berhenti.

Hehe....” Pak Nuar menggaru-garu kepalanya

sambil tertawa mengekeh.

“Haa... apa tunggu lagi, minumlah. Makan

buah tu. Nanti kita kait lagi.” Pelawa Pak Nuar lagi.

Mak Mah yang hanya menjadi pendengar

dan pemerhati sahaja sejak dari tadi

menghulurkan kuih ke arah tetamunya.

Anak gadisnya segera menuangkan air ke

dalam cawan dan segera menghulurkan pada

tetamu mereka.

Lelaki itu menyambutnya dan terpegang jari

jemari anak gadisnya. Dia segera menangkap

pandangan lelaki itu. Mak Mah mula dapat

merasakan ada sesuatu yang tidak kena saat anak

gadisnya bertentangan mata dengan lelaki itu

walaupun sekejap cuma.

“Err... Nad. Mak nak cakap dengan kau sat.”

Segera Mak Mah menarik pergelangan tangan

anak gadisnya sebaik sahaja cawan bertukar

tangan.

“Eh, Mah. Budak tu tak minum lagi tu.”

Tegur Pak Nuar pula.

“Ahh... biar dia minum lambat sikit. Bukan

tak biasa.” Tingkah Mak Mah lagi. Membawa anak

gadisnya menjauhi sedikit dari dua orang lelaki di

situ.

“Ha, ni mak nak tanya. Dia tu siapa?”

140


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Mak ni... sakitlah tarik Nad macam tu...”

Rungut anak gadisnya sambil membuat muka

masam.

“Mak tanya, kau kena jawab. Dia tu siapa?”

“La... mak ni. Dia tu bakal bapa mertua

Nadlah. Siapa lagi? Mak ni awat tanya lagu tu?”

“Mak tanya sebab mak tengok hang ni pelik

sangat dengan orang tu.”

Anak gadisnya mengerutkan dahi.

“Apa yang peliknya tu mak? Tak dak apa

pun aih....” sangkal anak gadisnya lagi.

Mak Mah menggeleng.

“Dakk... mata aku ni tak buta dan mata aku

ni walaupun tua dok nampak elok lagi aih...”

Anak gadisnya mengerutkan dahi.

“Awat la mak ni? Pikiaq apa ni? Ce habaq

mai tengok. Cheq tak buat apa-apa hat pelik pun

aih. Mak ni...”

“Haa.. yala. Hang yang kata tak pelik. Tapi

bagi aku, pelik. Ce hang tengok, masa hang nak

tersembam tadi. Dia dan lagi pi lari sambut hang.

Hang peluk dia. Haa... tapi hang buat tak kisah apa

pun. Haish... pelik hang ni ngan dia ni aih aku

tengok....” Mak Mah masih lagi tidak dapat

menerima perbuatan lelaki itu terhadap anak dia.

“Ya Allah, mak ni. Takat dia kebetulan

tolong Cheq tadi. Salah ka? Atau mak suka nak

tengok Cheq tersembam ataih tanah lagu tu ka?

Mak suka ka Cheq luka sana sini?”

Mak Mah terdiam seketika. Meneliti seraut

wajah anak gadisnya itu. Tidak ada tanda-tanda

141


HASREEYATI RAMLI

anak gadisnya menipunya. Namun hati tuanya

berasa tidak selesa dengan semua itu.

“Itu mak tau la....”

“Habis tu? Mak ni... Jangan pikiaq hat

bukan-bukanlah na. Cheq mai bawak bakal bapa

mertua Cheq ni mai kenai-kenai mak dan ayah.

Haa...Mai kenai-kenai keluarga kita...Tu saja.

Sebab nanti ni Cheq akan jadi keluarga depa gak.

Mak kena faham tu. Cheq tak dak apa-apa aih

ngan bakal pak mertua Cheq ni, kalau tu yang mak

dok nak tuduh la.”

Mak Mah masih tidak berpuas hati.

“Mana bini dia? Awat tak mai sama, ha?”

Anak gadisnya menarik nafas panjang.

“Mak, satni Cheq cerita lain na. Cheq dah

lapaq ni.” Anak gadisnya menarik tangannya.

Mak Mah tidak sempat bertanya dengan

lebih lanjut lagi. Cuma mengekori anaknya ke arah

dua orang lelaki itu semula.

“Haa... ada hal apa yang penting sangat

sampai tak dan-dan tarik budak tu jauh dok sana

tadi, Mah?” Sapa suaminya sebaik sahaja mereka

menyertai kedua orang lelaki itu.

Mak Mah duduk di sebelah suaminya.

Sementara anaknya duduk di sebelahnya.

“Tak ada apalah bang. Ada la Mah tanya

sikit kat anak kita. Salah ka?”

“Tak salah. Cuma tak berapa elok. Kami

pun nak tau jugak, kan Cik Nasrul.”

142


MERTUAKU, MY SOULMATE

Dr.Nasrul tergelak. Buah rambutan yang

dikupasnya disuap ke dalam mulutnya. Dia

bahagia dengan keluarga yang meriah begitu.

Penuh dengan usik-mengusik. Tidak seperti

isterinya, serius dan tidak begitu

memperdulikannya lagi sekarang ini.

Semenjak di usia menginjak pertengahan

50-an begini mereka berdua suami isteri sudah

jarang bertegur sapa. Malah kesibukan isterinya

dengan persatuan NGO di luar membuatkan

hubungan mereka suami isteri lebih renggang.

“Tak apalah, bang. Kakak tu nak sabar-sabar

nak berbual dengan anak kesayangannya juga,

betul tak kak? Dah lama jugak kan anak akak ni tak

balik kampung, kan?”

Mak Mah menggaru kepala.

Sejak bila pula lelaki ini tahu mengenai

perihal anak gadisnya itu? Ini dah pelik.

“Iya, Cik Nasrul. Anak perempuan saya ni

seorang ni saja. Apa-apapun dialah madu, dialah

racun saya. Hmm...isteri Cik Nasrul awat tak mai?

Sibuk sangat ka...” Soalannya masih berlapik

apabila nadanya diperlahankan.

“Ishh awak ni, Mah. Orang ada hal lah tu.

Betul tak, Cik Nasrul?” Pak Nuar seakan membela

lelaki itu pula. Geram pula rasa Mak Mah

dibuatnya.

“Oh ya,hampir terlupa pulak saya. Isteri

saya sampaikan salam pada kakak dan abang

berdua. Dia minta maaf sebab ada urusan

mengejut pagi ni. Jadi minta maaf sangat-

143


HASREEYATI RAMLI

sangatlah ya. Saya pun tak tau nak cakap

macamana.”

“Mak... Nazim pun tak boleh datang sebab

dia ada emergency kat hospital tu. Ayah dia ni

Pengarah Hospital tu. Jadi dia lebih banyak masa

lapang sebab tak perlu lagi jaga hal-hal pesakit ni

mak...” Tingkah gadis itu lagi. Menyokong alasan

anak lelakinya.

Dr. Nasrul tersenyum dan mengangguk

tanda terima kasih pada gadis itu. Sekurangkurangnya

dapat mengurangkan rasa curiga di hati

bakal besannya itu.

“Saya pun sebenarnya sibuk juga.

Mesyuarat sana sini. Tetapi cuma minggu ini

sahaja saya free. Jadi dah anak-anak kita ni nak

percepatkan pertunangan dan pernikahan mereka,

jadi saya datang jugaklah nak kenal-kenal keluarga

Nad ni. Sebelum saya dan isteri hantar rombongan

meminangnya.” Jelasnya lagi. Memberi

pencerahan.

Mak Mah tidak bertanya apa-apa lagi

selepas itu. Mungkin sudah berpuas hati agaknya.

“Haa... awak dengar tu, Mah. Orang dah

datang dengan niat baik. Awak tak perlu nak

curiga apa-apa lagilah ya.” Tokok Pak Nuar lagi.

Menghisap rokok daunnya.

“Bang, kuat sungguh ya abang merokok.”

Tegur Dr. Nasrul lagi. Tersengih.

144


MERTUAKU, MY SOULMATE

Pak Nuar menjongket dahinya sedikit.

Dijelingnya lelaki di sebelahnya itu.

“Ha... awat?”

“Bahaya tu, bang.” Sengih Dr. Nasrul lagi.

Mak Mah mencebik muka pada suaminya.

Dr. Nasrul tergelak melihat gelagat dua

suami isteri itu.

Bahagianya dia ketika itu.

145


HASREEYATI RAMLI

Maghrib sudah hampir menjelang.

“Mah... oo Mah. Cuba awak tutup tingkap

belah depan tu. Nanti masuk nyamuk pulak.”

Suara Pak Nuar memang tidak perlu menggunakan

pembesar suara kerana Mak Mah akan

mendengarnya walaupun dia berada di atas rumah

mereka.

Dr. Nasrul ketika itu sudah bersiap-siap

untuk mandi. Alamak. Isterinya terlupa

membekalkan tuala padanya pula. Mungkin

isterinya tidak menyangka dia terpaksa bermalam

di rumah itu.

Malah dia sendiri sudah berkira-kira untuk

bermalam di hotel yang berhampiran sahaja pada

malam itu.

“Eh... nak tidur kat hotel buat apanya?

Rumah ni kan banyak bilik kosong. Tidur sajalah

kat mana-mana bilik kosong pun.” Pak Nuar

bertegas dengannya ketika dia bercadang untuk

bermalam di luar selepas waktu Asar tadi.

146


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Hmm... tak apalah, bang. Saya seganlah

nak bermalam kat rumah abang.”

“Allah... malu apanya. Nanti kita dah nak

berbesan. Dah nak jadi satu keluarga, kan? Atau

Cik Nasrul tak suka duduk di rumah kayu buruk

saya ni?” Tingkah Pak Nuar lagi. Merendah diri.

“Ya Allah, bang. Jangan fikir macam tu. Saya

ni orang kampung jugak. Cuma selepas masuk

sekolah menengah saja saya dihantar oleh kedua

orang tua saya ke luar negara. Saya suka duduk di

rumah kayu. Sejuk. Tak macam rumah batu. Kena

buka aircon sepanjang masa.”

Pak Nuar tersenyum.

“Haa... kalau dah macam tu, Cik Nasrul tidur

saja di mana-mana bilik kosong di sini, ya? Saya

dan isteri saya berbesar hati sangat kalau Cik

Nasrul sudi.”

Dr. Nasrul tidak jadi hendak bermalam di

luar pada malam itu.

Ketukan di luar pintu biliknya

mengejutkannya seketika.

“Uncle nak towel ya?”

Terdengar suara gadis itu di luar biliknya.

Dia tersenyum sendirian. Lantas bangun dari

katilnya. Membuka pintu.

Kelihatan gadis itu sudah bertukar pakaian.

Baju kurung Kedah dan berkain batik. Rambutnya

yang panjang itu kelihatan masih basah lagi.

Wajahnya yang polos itu menggetarkan sukma

lelakinya.

Cepat-cepat dia berpaling ke arah lain

seketika.

147


HASREEYATI RAMLI

“Err... ya. Tau pulak ya uncle tak bawak

towel.” Ujarnya sambil tersenyum menyambut

tuala yang dihulurkan.

“Kain pelikat nak tak? Nanti Nad pinjam ayah

Nad punya.”

Dr.Nasrul tersenyum. Sudah lama dia tidak

memakai kain pelikat di rumah.

Dia hanya berseluar pijama untuk tidur

sahaja.

“Really? Boleh ya?”

Gadis itu mengangguk sambil tersenyum.

“Nanti kejap ya.” Kemudian menghilang

seketika. Cepat sungguh perginya. Dia tidak

menunggu lama. Sehelai kain pelikat dihulurkan

padanya.

“Kalau uncle dah lupa macamana nak pakai,

macamana ya?” Usiknya lagi. Gadis itu hampir

melopong. Dia tergelak kecil.

“Tak payah pakai. Apa-apa.” Menjawab

dengan selambanya dan kemudian gadis itu berlalu

dari situ. Dr. Nasrul tergelak kecil. Pandai juga dia

membalas usikan ku tadi.

“Jangan lupa, lepas mandi ikut ayah Nad ke

masjid.” Ujar gadis itu lagi walaupun tidak

memandang ke arahnya. Hairan juga dia di dalam

keluarga ini. Semuanya jenis bercakap begini ke?

Dr. Nasrul kemudiannya turun mandi di

bawah. Dia mendapati Mak Mah sedang memasak

dengan gadis itu di dapur.

148


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ha, Cik Nasrul. Nak mandi ka?”

Dr. Nasrul mengangguk.

“Ya kak. Saya mandi dulu ya.”

“Mak, nanti suruh uncle ke masjid dengan

ayah.”

Mak Mah mengerutkan dahi. Menoleh ke

arah anak gadisnya. Pelik dengan permintaan

anaknya itu.

“Kamu ni, Nad. Uncle ni dah besar

panjanglah. Tahulah dia nak ke masjid ka, solat kat

rumah ka, tak salah pun aih. Hee... kamu ni.

Merepek betullah.”

Dr. Nasrul tersengih.

“Tak apalah, kak. Elok jugak tu. Saya boleh

pergi dengan abang Nuar sekali. Saya tak kisah

pun.” Ujarnya sambil membuka pintu bilik air.

Sudah lama dia tidak mandi air dari kolah yang

besar seperti itu. Di rumahnya hanya ada shower

air sejuk dan panas sahaja.

Kenikmatan mandi dari air kolah sudah lama

ditinggalkannya sejak berzaman dahulu lagi. Dr.

Nasrul tersenyum bila mengenangkan semua itu.

Cebuk plastik berwarna biru yang sudah pudar

warnanya itu dipegangnya. Kemudian dia

membongkok sedikit untuk mencebuk air yang

bergenang jernih sebelum dituang di kaki kanannya

terlebih dahulu dan menaik ke bahagian sebelah

kanan badannya. Ini adalah cara mandi Rasullullah

SAW yang sering diamalkannya dan kemudian dari

bahagian bawah sebelah kaki kiri dan menaik ke

arah atas tubuhnya. Kerana bahagian di mana

terdapat jantung kita tidak boleh di`kejut’kan

149


HASREEYATI RAMLI

dengan curahan mandian terus ke bahagian dada.

Kemudian barulah diambil lagi air cebuk yang

seterusnya untuk membasahi kepalanya. Terasa

nyaman dan dingin semulajadi dari binaan batuan

bata yang separas pinggangnya itu membuatkan air

di dalamnya terasa sejuk dan nyaman. Mujur juga

ada kain basahan dari kain kasa berkotak-kotak

lusuh yang tersangkut di atas tali ikat kerbau yang

dipakukan ke dinding kayu bilik air itu. memang

menjadi adat bilik air di rumah-rumah Melayu lama

mempunyai kayu besar yang dibina bersilang-silang

sebagai penyangga kepada dinding bilik air jenis

separuh kayu dan separuh simen. Sekurangkurangnya

boleh diletakkan syampu, sabun, ubat

gigi dan berus gigi di atas kayu tersebut.

“Doktor nak ikut saya ke masjid tak ni?”

Sebaik sahaja Dr.Nasrul melangkah keluar

dari bilik air, Pak Nuar terus bertanya. Orang tua

itu dilihatnya sudah siap berpakaian untuk ke

masjid. Baju pagoda lusuh tadi sudah bertukar

kepada baju melayu dan kain batik dengan

berketayap putih yang sudah agak pudar sedikit

warnanya. Ada kain selepang merah dan putih

berkotak2 yang terletak elok di bahu kirinya.

“Boleh jugak, bang. Nanti saya salin baju

dulu ya. Bagi saya 5 minit.”

Lima minit itulah dia menukar pakaian

kepada kain pelikat yang diberi oleh gadis itu dan

juga baju melayu bakal besannya juga elok sahaja

150


MERTUAKU, MY SOULMATE

muatnya di tubuhnya yang tegap dan masih sasa

itu. Hasil dari kekerapannya ke gym selepas waktu

pejabat sejak beberapa tahun ini. Sekurangkurangnya

ada aktiviti yang dilakukannya.

“Wah... uncle nampak macam...” aku

sengaja menyakatnya sebaik sahaja lelaki separuh

umur itu keluar dari bilik tamu rumah kedua orang

tuaku.

Lelaki itu tersenyum.

“Napa? Nampak tua ya? Eh, uncle kan

memang dah tua pun...”

“Tak adalah. Cuma sebab baju tu, kain tu

ayah Nad punya. Uncle masih nampak gagah lagi,

hehe....” Usikan gadis itu membuatkan dia

tersenyum. Lelaki itu kemudiannya bergegas turun

ke bawah tanah.

Aku tergelak kecil melihatnya. Lalu

mengekorinya dari belakang dan melihat dari

tingkap atas.

“Hati-hati ya uncle naik motor tu...” Pesanku

lagi.

Melihat lelaki itu gigih membonceng motor

kapcai ayahku itu. Mesti dia tidak selesa. Walaupun

aku tahu lelaki itu tidak selesa, namun tidak

membantah apabila ayahku mengajaknya menaiki

motor sahaja dan bukannya kereta Alphardnya.

“Buat bazir minyak kereta doktor ja naik keta

ke masjid. Mai la, nek motor.” Gesa ayahku. Aku

hanya melihat ayahku menggesanya dari tadi

apabila dia mempelawa menaiki keretanya.

“Aduh, ayah kamu ni. Dibuatnya bakal besan

tu macam anak menantunya pulak.” Rungut ibu

151


HASREEYATI RAMLI

pula sambil menggeleng. Tangannya sibuk

mengacau gulai di atas dapur.

“Haa... kamu tu tak boleh solat, kan?”

“Tengokkan gulai ni sat. Mak nak siap nak

solat gak ni.” Tanpa menunggu aku menjawab

apa-apa, ibu terus berlalu ke bilik air.

Telefon ku berdering.

Nazim menelefonku rupanya.

“Hai, sayang. Macamana? Dah lama sampai

ke?” Terdengar keresahan di dalam nadanya. Aku

tahu dia masih lagi berasa bersalah kerana tidak

dapat bersama pulang ke kampung dengan kami.

“Sampai awal juga. Lepas tengah hari.”

“Oh, yeker. Makan kat mana? Di rumah you

ke?”

“Tak. Benti kat R&R aje. Tapi apapun,

okeylah. I okey aje dengan papa you.” Sekurangkurangnya

aku memaklumkan apa-apa pada

Nazim.

“Zim, you tak boleh datang sendiri ke?

Kesian papa you sorang-sorang diri kat rumah ni.”

Nazim terkejut mendengarnya.

“What? Papa I tidur kat rumah you ke, Nad?”

Dia tidak menyangka sama sekali bapanya akan

bersetuju untuk tidur di rumah orang lain selain

dari rumah mereka sendiri. Sikap bapanya yang

tidak pernah suka bermalam di rumah orang lain

jika keluar membuatkan dia berasa tersangat

hairan. Apalagi kalau mamanya ada, pasti hotel

152


MERTUAKU, MY SOULMATE

sahaja yang menjadi tempat mereka bermalam.

Mamanya lebih teliti mengenai tempat tidurnya.

Perlu bersih dan up-to-date sentiasa.

“Eh, you. Betul ke ni? Pasti mama I terkejut.

Sebab awal tu dia dah plan nak tidur kat hotel aje.”

Memang Nazim tidak menyangka sama sekali

papanya dapat dipujuk oleh keluarga itu untuk

bermalam di sana. Terasa ralat juga kerana dia

tidak dapat bersama-sama dengan papanya dan

juga buah hatinya itu. Terlintas juga rasa cemburu

di dadanya. Tetapi kenapa dia perlu berperasaan

begitu? Lelaki yang ada bersama buah hatinya itu

adalah bapa kandungnya sendiri. Bakal menjadi

bapa mertua pilihan hatinya juga. Sebab itulah dia

menaruh kepercayaan terhadap bapanya itu.

“Zim, kenapa dengan you ni? Dia kan papa

you?”

Nazim berasa agak tidak selesa.

“Tak adalah, you. Papa I pun lelaki juga.

Kalau lama-lama, tak mustahil you jatuh hati pada

dia. Papa I tu kan dah banyak pengalaman.”

Aku terkejut mendengar perasaan curiganya

itu.

“Eh, Zim. Merepeklah. Dia okey aje tau.

Sporting lagi. Salah ke?”

Soalan itu membuat Nazim berasa serbasalah.

“Kalau I boleh pergi sekarang, memang I dah

pergi drive ke rumah parents you. Tapi masalahnya

I tak boleh tinggalkan kes kat sini.” Tuntutan kerja

membuatkan dia terpaksa menangguhkan

perancangan lainnya.

153


HASREEYATI RAMLI

“Iya... Iya... I tau tu. Nak kensel pun dah tak

boleh, kan? Nanti kalau masa kahwin, macamana?”

Nazim tergelak kecil.

“Alaa... bila time kahwin, pandai-pandailah I

adjust.” Tahu pulak.

“You tengah buat apa ni?”

Api gulai sudah dimatikan. Aku sudah naik

ke tingkat atas untuk mengambil tuala untuk

mandi.

“I dah siap masak dengan mak I. Nak mandi

pula lepas ni.”

“Hmm... okey. Papa I?”

“Ke masjid dengan ayah I.”

Nazim mula memikirkan pelbagai perkara.

“Wah... cepat betul ya papa I sesuaikan diri

dengan bakal besannya...”

Aku dapat merasakan keraguannya itu.

“Zim. I tak faham kenapa you perlu cemburu

dengan papa you sendiri. Kalau you datang sama,

semua ni takkan berlaku, okey? So, jangan

salahkan orang lain. Apapun dia kan papa you

sendiri.”

“Iyalah sayang... Zim tau. Tapi hati Zim ni

yang ragu-ragu.”

“Hmm... I tak tau nak cakap lagi dengan you.

Tapi apa yang I tengok, papa you okey aje dengan

mak dan ayah I. Nanti senanglah mereka nak

berbincang pasal kita, kan?” aku pula yang

membela papanya. Peliklah pula.

154


MERTUAKU, MY SOULMATE

Kedengaran lelaki itu mengeluh panjang di

hujung talian sana.

“Hmm... betul jugak kata-kata you tu,

sayang. Tapi I kan lelaki. Kalau lama-lama I pun

akan jatuh hati jugak. Macam I cepat suka pada

youlah, sayang. Aura you tu...Buat I tak tidur lena

tau.” Aku hanya tersenyum mendengar

pengakuannya. Sampai begitu sekali ke? Sekurangkurangnya

aku sudah tahu perasaannya

terhadapku.

“Betul you sayang I sampai macam tu

sekali?” aku suka menduga.

“Nad. You tau kan bagaimana perasaan I

pada you...”

Aku tersenyum sendirian.

“Ha! Apa senyum sorang-sorang tu?”

Sergah ayahku sambil meletakkan

ketayapnya di atas meja makan.

Tangannya pantas mengangkat tudung saji.

“Uish, ayah ni. Terkejut Nad aih. Dahlah

masuk rumah tak bagi salam!”

Lelaki di belakang ayahku hanya tersenyum

mendengar kata-kataku.

“Zim, I letak dulu ya. Ayah-ayah kita dah

balik dari masjid ni. Bye.”

Aku mematikan talian antara kami.

Kemudiannya memandang ke arah mereka

berdua silih-berganti.

“Ha... doktor. Duduklah dulu. Nanti Nad

hidangkan nasi.”

Ayah menoleh ke arahku.

“Nad. Nasi dah masak ka?”

155


HASREEYATI RAMLI

Aku mengangguk laju.

“Dah. Nanti Nad ambikkan nasi ya.”

Aku segera mengambil senduk dan pinggan.

Nasi yang kusenduk kuhulurkan kepada

lelaki itu terlebih dahulu. Dia sempat mendongak

memandang ke arah ku seketika. Aku membalas

senyumannya.

“Ha, boh kat ayah sepinggan. Lapar ni.

Tetamu datang memang lalu makan ni.” aku dapat

merasakan mata ayahku segera tertangkap

pandangan lelaki itu padaku.

Segera aku mengalihkan perhatian pada

ayahku. Menyendukkan nasi untuknya pula.

“Nad, dah lama uncle tak makan lauk gulai

ikan keli sesedap ni. Nad masak ya?” Soal lelaki itu

lagi sambil laju sahaja menyuapkan ikan keli yang

dicubit tadi ke mulutnya.

“Ya, uncle. Nad masak dengan mak tadi.

Ha, kalau sedap, boleh tambah.”

Dengan selambanya aku menambahkan lagi

lauk ikan keli ke dalam pinggannya.

“Eh, eh, Nad. Banyak sangat ni.”

Aku mencebikkan muka ke arahnya.

“Nad.... sopan sikit... tu kan bakal bapa

mertua kamu...” tiba-tiba ayah menegurku begitu.

Aku menoleh ke arah ayahku dan tertunduk

malu.

156


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Sorry uncle...” Kemesraan antara kami

sebelum ini membuatkan aku hampir terlupa siapa

dirinya.

Lelaki itu tergelak.

“Tak apalah, bang. Nad macam anak saya

juga. Manja.”

Mak Mah sejak dari tadi menjeling ke arah

kami.

Tidak berkata apa-apa. Namun jelingan

ibuku sudah cukup menyampaikan segala katakata.

“Haa... kamu dengar cakap ayah kamu tu,

Nad. Jangan kurang sopan dengan orang tua-tua..”

“Eh kak, tak mengapalah. Tak ada kurang

sopan kat mana pun. Anak-anak memang macam

ni. Suka bergurau dengan kita, kan?” Nampaknya

sekali lagi lelaki itu cuba membela ku.

Aku tersenyum sedikit. Lega. Lelaki itu tidak

menganggap aku begitu.

“Haa... nak jadi bini orang nanti kena sopan

dengan orang tua-tua. Nak-nak pada pak mertua

dan mak mertua. Bukan boleh berlebih kurang

macam kita dengan kawan-kawan kita. Ingat tu.”

tokok ayahku lagi. sambil laju menyendukkan kuah

ke dalam pinggannya.

“Eh, doktor tak makan sambal belacan buih

kuinin ka? Sedap ni.” Ayah ku pula mempelawa.

Aku melihat lelaki itu masih malu-malu.

Nasinya sudah hampir susut. Pantas aku

menambah sesenduk lagi. tersengih

memandangnya.

157


HASREEYATI RAMLI

“Haa... kalau macam nilah. Gemukllah saya

kalau lama-lama kat sini.” Rungut lelaki itu lagi.

Tersenyum memandang ke arahku namun dahinya

berkerut sedikit. Seperti mahu menghalang aku

dari menambahkan nasi ke dalam pinggannya.

Tangan kirinya tiba-tiba secara spontan menahan

tangan kananku yang sudah mahu menambah nasi

ke dalam pinggannya.

Mata Mak Mah segera dapat menangkap

perlakuan spontan itu.

Segera lelaki itu menarik tangannya dengan

cepat dan bersikap seolah-olah tidak ada apa-apa

yang berlaku.

Mak Mah menjeling pula ke arah suaminya.

Pak Nuar seakan-akan tidak melihat apa yang baru

dilihat olehnya.

Hendak menelan nasi pun terasa bagai

menelan batu dibuatnya. Apakah nalurinya

merasakan apa yang sebenarnya dirasakan?

Selepas mengemas-ngemaskan pinggan di

meja, Mak Mah menguit lengan anak gadisnya.

“Eh Nad, mak nak tanya ni.” Matanya

melingas kalau-kalau ada telinga lain yang turut

mendengar.

“Kamu ni biar betul. Dengan siapa

sebenarnya kamu berkawan ni, Nad?” Kerut di dahi

ibu ku membuatkan aku mula naik risau.

“Mak ni... macam-macamlah. Dengan

Nazimlah. Awat mak?”

158


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Tak adalah. Mak tengok kamu rapat ja

dengan bakal pak mertua kamu tu. Kamu ada apaapa

ka?” Garis risau di dahi ibuku membayangkan

keresahannya yang tidak bertepi.

“Ya Allah.... Mak ni. Jangan fikir yang bukanbukanlah.

Nad sayangkan Nazim. Anak dia. Bukan

dia.”

Aku cuba meyakinkan ibuku dengan

bersungguh-sungguh.

“Habis tu, awat mak nampak kamu ni pelik

saja dengan bakal pak mertua kamu tu ha?”Aku

menggaru-garu kepalaku yang tidak gatal.

“Mak... dahlah tu. Nanti lepas ni, Nazim dan

keluarganya nak hantar rombongan meminang dan

merisik, okey? Jadi mak tak payah bimbang.” Aku

tersenyum memandang wajah tua itu. Tiada lagi

kerut-kerut keresahan di wajah itu.

159


HASREEYATI RAMLI

Di masjid kampung itu tadi, beberapa orang

ahli masjid mengerumuni Pak Nuar dan bakal

besannya. Tanpa mengetahui bahawa Dr. Nasrul

adalah bakal besan.

“Ha, Nuaq. Aku dengaq keluarga bakal besan

hang mai siang tadi. Mana dia? Dah sampai ka?”

Pak Li terus sahaja menyambut kedatangan Pak

Nuar sebaik sahaja orang tua itu melangkah masuk

ke dalam masjid.

“Assalamualaikum.” Mereka bersalaman

terlebih dahulu. Pak Nuar tidak segera menjawab.

“Waalaukumussalam. Ha... mana dia?”

Terjengah-jengah Pak Li melihat di belakang

kalau-kalau ada kereta besar di tempat parkir

masjid. Namun tiada kelibat pun. Dahinya

berkerut.

“Ha, awat? Hang caghi apa ni? Jom

masuklah. Yang hang tunggu aku ni pasai pa? Tak

penah-penah hang tunggu aku sambut aku bagai

nak rak lagu ni. Buang tebiat ka apa?”

160


MERTUAKU, MY SOULMATE

Sengih Pak Nuar seambil menggeleng.

Membuka seliparnya dan meletakkannya di tempat

letak kasut.

“Mana dia-“

“Assalamualaikum.” Tercegat Dr. Nasrul di

sisi Pak Nuar secara tiba-tiba. Rupanya sebaik

sahaja sampai dia ke tempat mengambil wuduk

terlebih dahulu. Terlupa pula tadi untuk berwuduk

selepas mandi sebentar tadi.

Rahang Pak Li hampir terjatuh sebaik sahaja

melihat Dr. Nasrul di sisi Pak Nuar. Menghulurkan

tangan sambil tersenyum memandangnya.

Pak Li menoleh ke arah Pak Nuar dengan

dahi berkerut. Tanpa sepatah kata dia menyambut

huluran tangan lelaki yang segak di hadapannya

itu. Berlainan dari apa yang dijangkakannya.

“Wa..wa..alaikumussalam... “ Matanya masih

lagi tertancap di wajah Dr. Nasrul

Dr. Nasrul sudah dapat mengagak kenapa.

Pak Nuar tergelak besar apabila melihat

keadaan teman sekampungnya itu.

“Haha... hang terkejut macam nampak hantu

pasai pa ni?” Satu tepukan yang agak kuat di bahu

Pak Li membuatkan dia kembali sedar.

“Oih! Nampak hantu apanya...Hang ni. Ni ka

bakal menantu hang?”

Sekali lagi Pak Nuar dan Dr. Nasrul tertawa

mendengar kata-kata lelaki itu.

Belum sempat Pak Nuar menjawab, azan

sudah berkumandang.

161


HASREEYATI RAMLI

“Nanti aku habaq kat hang. Jom, kita

jemaah dulu na.” Pak Nuar menepuk-nepuk

belakang Pak Li yang masih lagi agak bingung itu.

Mereka bertiga akhirnya melangkah masuk

ke dalam masjid itu.

Akibat Pak Nuar terlupa hendak menjelaskan

kepada Pak Li pada malam itu, dalam sekelip mata

sahaja hampir satu kampung telah tahu tentang

kehadiran `bakal menantu’ Pak Nuar itu.

Malam itu di sebuah kedai kopi di kampung

itu.

Selalunya beberapa orang masjid keluar

bersama selepas solat Isya dan minum kopi

sebelum pulang ke rumah masing-masing.

“Ha, nak order apa ni? Cepat. Aku bayaq.”

Gamit Pak Li pada Pak Din, empunya kedai kopi di

kampung itu. Sejak dari dahulu lagi memang kedai

kopi itu menjadi tempat lepak orang-orang

kampung yang berumur. Entahlah mengapa.

Mungkin kerana berdekatan dengan masjid. Hanya

di hadapan sahaja.

“Amboi, Pak Li. Hang pemurah aih malam ni.

Ada cerita baghu ka?” Sengih Pak Alim sambil

meletakkan ketayap putihnya di atas meja.

Dua tiga orang lama kampung itu selalu

berbual di situ jika ada kelapangan.

“Adaa... adaaa....Eh, tadi hang tak nampak ka

aku dok sembang ngan sapa?”

162


MERTUAKU, MY SOULMATE

Pak Usu dan Pak Alim saling berpandangan.

Mengangkat bahu masing-masing.

“Sapa? Sapa? Kami tadi awal-awal lagi kat

saf depan. Hang mai lambat awat tadi?” Soal Pak

Usu pula.

Pak Li tersengih.

“Haa... tadi aku bersalam dengan bakal

menantu Pak Nuaq.”

“Wuih?! Ya ka? Awat aku tak perasan

jemaah baru kita tadi? Hang nampak ka Usu?”

Pak Usu menggeleng laju.

“Aku pun tak nampak. Awat? Ada ka? Sapa

dia?” Garu kepalanya yang tak gatal itu. Setelah

turut sama meletakkan ketayapnya di atas meja.

“Ha, Mat Piah. Ce hang bok mai kat aku ayaq

kopi kaw. Special punyaaa!” Sengih Pak Li lagi.

“Pak Mat, hantaq mai lagi dua na.” Tokok

Pak Usu lagi. Memberi isyarat dua jari pada Pak

Mat.

Orang tua itu mengangguk.

“Ha.. baik-baik. Tiga na.” Laju dia mengingat

dan sepantas itu juga tangannya ligat membancuh.

“Ha, sapa? Hang jumpa ka?”

“Iya.... tapi tua. Aku rasa baya-baya kita

gak.”

Hampir terlopong Pak Usu dan Pak Li

dibuatnya. Mereka terkejut mendengarnya.

“Ha? Betoi ka ni?”

“La.. betoi la. Awat hampa ingat aku kena

bagi bukti gambaq selpi dulu ka baru hampa nak

caya?” Sergah Pak Li lagi. Geram sebab dua orang

rakan baiknya itu tak percaya.

163


HASREEYATI RAMLI

“Betoi ka baya kita-kita ni, Li. Hang elok-elok

sikit. Kalau tak betoi, tak baik oo buat fitnah.”

“Laa... betoi la. Buat apa aku nak bohong

hampa pulak? Tak dak pekdah aih.”

Kedua mereka yang lainnya mengangguk

dan seakan berfikir sesuatu.

“Kalau betul orang yang baya kita nak jadi

laki budak Nad, aku rasa tak kisahlah. Jodoh, kan.

Kita pun kalau ada rezeki, entah-entah dapat

sorang bini muda yang sebaya anak kita! Ha, sapa

tau!” Gelak tawa terlerai di hujung kata-katanya.

“Ishh.... tak mau la dah kena jaga malam

salin pampers. Cucu aku pun aku tak buat. Hang

nak ka ada anak baru, Li?” Usik Pak Usu lagi.

Menduga temannya yang seorang itu.

“Ishh... dak aih. Aku nak pi masjid ja tua-tua

ni. Tak mau dah la nak ada anak-anak kecik ni ha.

Tapi yalah. Aku tak sangka pulak si Nad tu taste dia

orang tua-tua macam kita ni. Hehe. Tu saja.”

Tambah Pak Li lagi. Masih lagi tidak percaya gadis

itu ada taste orang-orang tua seperti mereka.

“Hai, Li. Kalau dah jodoh. Biar ajalah. Tak

kisah la kan. Yang penting nikah. Betul, tak? Bukan

hang tak tau, kat KL tu macam-macam boleh jadi.

Hang nak ka tengok budak Nad tu diusung ke sana

sini tanpa nikah? Eloklah tu dibuat bini. Walau

dengan orang tua.” Tambah Pak Usu lagi.

“Ha, kalau dah tadi sama-sama buat pahala.

Lani boleh pulak ya buat dosa?” Tiba-tiba sahaja

164


MERTUAKU, MY SOULMATE

Pak Mat menyampuk. Bukannya dia tidak

mendengar apa yang dibualkan oleh mereka

bertiga itu.

Dua cawan kopi dibawanya terlebih dahulu.

Diletakkan di meja mereka bertiga itu.

Pak Li terkejut kerana ditempelak begitu.

“Uih, hang ni. Awat kata lagu tu? Kami

sembang ja. Tak dak pa aih. Ha, betoi dak Usu?

Din?”Pak Li meminta dua temannya yang lain

menyokongnya.

Muka Pak Din berkerut.

“Astagfirullahilazim... Betul jugak cakap hang

tu Mat. Ishh... hang ni lah, Li. Kami pulak ikut

terjebak mengumpat, tak baik oo. Pak Mat, terima

kasih sebab sedarkan kami. Mailah minum. Pastu

aku nak balik. Hang nak singgah mana lagi, Usu?”

Pak Din menyiku teman di sebelahnya. Rasa

bersalah mula menular ke dalam dirinya.

Pak Usu yang sedang menghirup kopi

tersentap juga apabila ditegur oleh Pak Mat

macam tu.

“Haa... aku baru teringat.”

Cawan kopi yang tinggal separuh diletakkan

semula ke piring.

“Tadi bini aku pesan suruh aku singgah kedai

Pak Cha, beli roti.” Tiba-tiba sahaja dia teringatkan

sesuatu. Hampir terlupa pula dia.

Pak Li terdiam. Sentap juga dia teguran Pak

Mat tadi. Rasa malu pun ada.

“Ha... tau pun. Kita ni dah tua. Kena banyak

buat amal. Bukan semakin banyak menambah

dosa. Ni bila hampa nak pi mintak maaf ni? Nanti

165


HASREEYATI RAMLI

jangan sampai hampa bertiga kena bagi pahala kat

depa pulak naa...” Sinis sahaja Pak Mat menegur

teman-teman sepermainannya itu.

Adakalanya sesama sahabat kita perlu saling

juga mengingati. Bukannya kerana kita terlalu

sempurna. Bukannya kita perlu jadi Nabi baru

boleh menegur. Namun perlu diingati, segala

teguran kita juga bermakna kita menegur diri

sendiri juga. Kerana manusia tidak boleh lari dari

lalai dan melakukan kesalahan sama ada secara

sedar atau tidak.

Ketiga-tiga mereka terdiam beberapa ketika.

“Hang ni Mat, boleh jadi ustaz bertauliah

ni...” Sindir Pak Li lagi apabila dia berasa dirinya

sudah dimalukan seperti itu. Namun

mengenangkan mereka berempat adalah teman

sepermainan sejak dari kecil, dia tidaklah terlalu

terasa hati sangat. Orang Utara cekal hatinya.

Tidak semudah itu terasa dengan kata-kata.

Pak Mat sudah menarik kerusi dan duduk di

meja mereka.

“Tak adalah, Li. Kita ni dah di hujung-hujung

usia macam ni kena saling peringat hang-aku. Aku

pun tak banyak mana buat pahala. Jangan pulak

dalam tak banyak amal ni, kita terjebak buat dosa

kering.” Tambahnya lagi.

Pak Usu dan Pak Din mengangguk

mengiyakannya.

166


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Okeylah.” Pak Li menghabiskan sisa kopi

yang ada. Sambil menghulurkan duit pada Pak Mat.

“Aku mintak diri dulu ya. Jom, Din.” Gesa Pak

Usu lagi sambil menarik lengan temannya itu agar

turut beredar sama dengannya.

“Eh, da nak balik ka?” Pak Li resah bila mau

ditinggalkan bersendirian.

“Ya, ya. Esok subuh jumpa lagi na, inshaa

Allah.” Lambai Pak Usu dari atas motornya dan

berlalu dari situ.

Pak Din juga sudah menghidupkan motor

kapcainya.

Pak Li mengangguk.

“Assalamualaikum semua.” Ujar Pak Mat

sambil membalas lambaian Pak Din dan Pak Usu.

Tersenyum melihat dua orang temannya sudah

keluar dari usaha membawang di kedai kopinya.

Sekurang-kurangnya dia dapat menyedarkan

dua orang temannya itu. Dan tidak semestinya dia

dapat menyedarkan semua temannya.

“Ha, Li. Tak nak balik lagi ka? Aku dah nak

tutup kedai ni.”

Pak Li terdiam.

“Hang macam nak halau aku ka ni?”

Pak Mat tergelak besar kali ini.

“Tak adalah, Li. Aku sekadar peringatkan diri

aku dan kawan-kawan kita saja. Aku pun bukan

alim mana pun. Aku pun tak banyak buat pahala

pun tapi sekurang-kurangnya aku mengingatkan

diri aku sendiri. Tu ja. Hang jangan mik ati pulak

no.” Belakang bahu Pak Li ditepuknya dengan

mesra.

167


HASREEYATI RAMLI

Timbul sedikit kesedaran di hati Pak Li.

Menyedari dia telah melakukan kesalahan yang

tidak disedarinya itu, dia memohon diri.

“Iyalah, Mat. Terima kasihlah sebab ingatkan

aku. Baguslah ada kawan macam hang ni. Terima

kasih na.” Mereka kemudiannya bersalaman

sebelum Pak Li berlalu pergi.

Di rumah Pak Nuar.

“Doktor-“

“Bang Nuar, tak perlu lagi rasanya panggil

saya Doktor, sebab rasa macam formallah pula.”

Ketika itu mereka berdua berada di pelantar di

bawah pokok rambutan. Ada lampu kalimantang

terpasang di satu sudut kayu panjang yang

dipacakkan di tanah.

Pada mulanya terasa janggal juga bagi Dr.

Nasrul tetapi memikirkan keluarga itu bakal

menjadi besannya, terpaksalah dia belajar

membiasakan diri. Entah bagaimanalah nanti

apabila anak lelakinya akan menyesuaikan diri

dengan suasana kampung begitu. Kerana Nazim

tidak dibesarkan di dalam suasana kehidupan di

kampung. Anak yang seorang itu celik mata sahaja

sudah diulit dengan segala kemewahan.

Nampaknya terpaksalah anaknya belajar

menyesuaikan diri nanti.

“Haa... betoi ka ni? Kalau lagu tu nak panggil

apa ya?” Sengih Pak Nuar lagi.

168


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Panggil aje Nasrul.” Seboleh-bolehnya Dr.

Nasrul tidak mahu ada rasa kekok dengan bakal

besannya itu.

“Ha.. baik, baik. Ni, mai minum dulu ayaq

kopi ni. Buleh kita sembang lama sikit na?” Unjuk

Pak Nuar lagi secawan kopi panas yang dituangnya

sebentar tadi.

Kemesraan di antara Pak Nuar dan Dr.

Nasrul diperhatikan sahaja dari jauh oleh Mak Mah

dan Nad dari arah beranda.

“Depa tu tak dak nyamuk ka? Yang kita kat

sini dok pup pap, pup papp saja ni ha.” Rungut Mak

Mah sambil menepuk beberapa ekor nyamuk yang

setia hinggap di bahu dan hujung kainnya. Nasib

baik tak masuk ke dalam kain batiknya lagi.

Aku tergelak kecil mendengar rungutan

ibuku itu.

“Ha, mak ni. Tu nasib baik tak masuk dalam

kain. Kalau tak, kena spray dalam kainlah

gamaknya. Hehe....” sengaja aku bergurau begitu.

Demi mengurangkan rasa stress ibuku yang sejak

dari awal lagi memantau aku bagai seekor ibu

helang lagaknya.

Ada-ada sahaja yang tidak kena di matanya.

“Hish kamu ni, Nad. Ada pulak kata macam

tu. Ha, kamu balik esok ka?” soal ibuku lagi.

Aku angguk.

“Hmm... bila pulak nak balik mai sini?”

“Mak ni, baru ja Nad balik, dah macam nak

halau.”

“Dakla. Bukan lagu tu. Mak tanya ja. Kamu

kata lepas yang mai ni, depa nak mai lagi untuk

169


HASREEYATI RAMLI

merisik dan meminang. Haa... jadi kenalah mak dan

ayah kamu bersiap-sedia gak ni.”

“Hmm... betoi gak no. Nantilah Nad bincang

balik dengan Nazim ya. Nad pun tak taulah

macamana. Mak tengok saja la. Ni dia tak leh mai.

Ada kes kecemasan yang dia kena uruih.”

“Mai lagi sekali, kena uruih kes kecemaih

lagu tu pulak? Ha, gena? Pakai jawabnya hang tak

menikah la Nad oii...”

Aku hanya tergelak kecil dengan gurauan

ibuku itu.

“Mak, janganlah doa lagu tu. Doa la hat

elok-elok untuk Nad, na?”

Memang setiap perkataan seorang ibu akan

menjadi doa pada anak-anaknya.

“Ha, ya la. Ya la. Mak tau la. Mak kata ja.

Okeylah, mak doakan semoga Nad dan Nazim ada

jodoh na.” Mak Mah menarik anak gadisnya itu

kepadanya.

“Hmm... tengok tu, sampai bilalah depa dua

tu nak tahan dihurung nyamuk-nyamuk hutan tu

ha...” Masih lagi melihat kedua-dua lelaki itu

berada di atas pelantar itu. Bersembang dan

kadang bergelak tawa seolah-olah tidak

menghiraukan sesiapa lagi.

“Hmm.. biaq pi lah mak. Nanti mengantuk

tu, depa masuklah dalam rumah.” Aku menarik

pergelangan lengan ibuku ke dalam.

“Ha, betoi jugak no.”

170


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Jom pi tolong mak lipat baju nu. Ada

sebakoi lagi.” Gesa ibuku.

“Alamak! Sebakoi? Anak mak ada berapa

orang ni?” Terkejut aku mendengarnya.

Mak Mah tersengih.

“Tadi ha, mak buang semua sarung kusyen

dan langsiaq perabih. Boh semua hat yang baru

sikit. Tetamu nak mai kan...”

“Hai, mak. Malam-malam lagu ni sebut

langsiaq bagai. Heee... seram aihh....” Sengaja aku

membuat lawak begitu.

“Ishh la hang ni. Loghat no. Mak kata

langsiaq. Takkan nak sebut langsir.. langsir...

macam lidah orang KL la pulakk!” tingkah ibuku lagi

sambil menjuihkan bibirnya. Terlerai tawa antara

kami berdua.

“Hehe... tak palah, mak. Apapun. Asai Nad

paham dah laa...” aku tergelak lagi dan kami naik

ke tingkat atas semula. Untuk melipat langsir dan

kusyen yang telah dibasuh.

Terasa bagai nak menyambut raya pun ada.

Iyalah. Sampai bertukar langsir bagai.

Tidak lama selepas itu, Nazim menelefonku.

“Hai, sayang. Tengah buat apa tu?”

Aku melihat ke jam dinding rumah ayahku.

Dah jam 11.00 pun.

“Iya, Zim. Eh, you tak tidur lagi ke?”

Mengenangkan dia perlu ada di hospital untuk

standby. Ada kes kemalangan yang melibatkan

beberapa buah kenderaan pada sehari sebelumnya

dan para doktor yang ada terpaksa bergilir-gilir

memantau jika ada pesakit yang tiba-tiba kritikal.

171


HASREEYATI RAMLI

“I dah balik rumah. Penat sangat. Dah

hampir dua hari I tak tidur.” Memang kedengaran

suaranya seperti orang yang benar-benar letih dan

penat.

“So, you tak jadi datanglah ya?” Aku

mengharapkan sekurang-kurangnya Nazim dapat

juga datang walaupun lewat dari kami.

“Sayang, I penat sangat ni. Nak celik mata

pun dah tak larat. Tadi pulak masa I balik, I hampirhampir

terlanggar seorang pak cik yang nak lintas

jalan ni. I tak nampak dia, sebab dia pakai pakaian

gelap. Nasib kereta I tak tak terbabas ke pokok

besar kat tepi jalan tu. Hmmm.....”

Ya Allah. Selamatkanlah bakal suamiku itu

dari apa jua bencana di dunia dan di akhirat. Aku

cepat-cepat sedar. Yang aku tidak sepatutnya

terus memaksa dia di dalam keadaan dia yang tidak

cukup tidur itu.

Bukan aku tidak membaca di dalam beritaberita

di internet berapa ramai para doktor yang

terlibat di dalam kemalangan semasa pulang dari

shif mereka akibat terlalu mengantuk dan kurang

tidur.

Aku tidak mahu apa-apa perkara yang tidak

elok jadi pada bakal suamiku itu. Dan nampaknya

terpaksalah aku pulang sendiri dengan Uncle

Nasrul esoknya.

“Nad? Kenapa diam aje ni?”

172


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku tidak perasan yang aku sempat

mengelamun seketika.

“Huh? Oh... Sorry. I terfikirkan sesuatu tadi.”

“You fikir apanya ni, sayang.” Kemudian aku

terdengar bunyi dia menguap. Kasihan pula aku

mendengarnya. Mesti dia letih dan mengantuk

namun masih menggagahi juga menelefonku

sebelum tidur. Aku amat menghargai keprihatinan

lelaki itu.

“Tak ada apa sangat. You tidurlah dulu. Sian

you ngantuk tu. Esok you kena pergi lagi, kan?”

“Iya. I standby aje ni. Kalau diorang call. I

kena terus ke hospital. Tak kira masa.”

Aku tidak merungut apa-apa pun apabila

mendengar alasannya itu. Kerana itulah tugasnya.

“Okeylah, kalau macam tu. Esok I balik

dengan papa youlah ya. Ingat nak balik dengan

kereta you.”

“Nad, maafkan I, sayang. Semua ni di luar

perancangan I, hmm?”

“Iya, Zim. Nad tau tu. Hmm... tak apalah.

Mama Zim ada kata apa-apa tak?”

“Tak pun. Kenapa?”

“Tak adalah. Kot-kotlah. Sebab Nad dan

Uncle saja yang ke sini.” Risau juga aku dibuatnya.

Hati orang kita tak tahu.

“Taklah. Mama tu lebih lega papa tak ada.

Kan dia tu sibuk aje. Entahlah, Nad. Kadang Zim

kesian dengan papa tu. Sorang-sorang aje dia bila

balik kat rumah. Kadang tu dia tak balik awal. Saja

dia balik lambat dari pejabat tu.” Patutlah begitu

keadaannya dengan lelaki separuh umur itu.

173


HASREEYATI RAMLI

Apabila ada orang untuk dibawa berbual, memang

dia akan rajin bercerita. Patutlah dia gemar

menelefonku. Kerana aku rajin melayaninya

berbual.

“Hmm... I tak nak cakap apa-apalah sebab

mereka tu parents you. Baik buruknya keluarga you

jugak, Zim.”

“Well.. I dah ngantuk sangat ni. I nak tidur

dulu ya. Nite dear. Love you.” Kemudian talian

kami dimatikan.

Aku termenung seketika.

Kemudian tiba-tiba telefonku berdering

semula.

“Sayang... Tadi kata nak ti-“

Aku terus menjawab tanpa melihat

pemanggil di cermin telefonku.

Terdengar suara tawa kecil di hujung talian

sana.

Aku melihat ke skrin.

Alamak! Uncle Nasrul rupanya!

Malunya aku ketika itu tidak tahu nak cakap

macamana.

“Ehem... Nad. Ni Uncle lah. Jangan panggil

sayang okey. Hehe....” suara tawa kecil itu masih

lagi bersisa. Nak letak ke tak ni? Malu kot.

“Eh... sorry, Uncle.”

“Ermm.. tak apa. Tadi baru lepas bercakap

dengan Nazim ya?”

174


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ya, uncle. Tadi dia call. Ingat dia nak datang

jugak malam ni. Tapi dia mengantuk sangat. Tak

dapat drive.”

“Hmm... nak buat macamana, kan? Tak

apalah. Nad tak suka ke naik sekali dengan Uncle?”

Alamak. Macam dia boleh baca sahaja

fikiranku.

“Eh, tak adalah, Uncle. Nad okey aje. Tapi

Uncle kat mana ni?”

Aku mendengar suara telefon itu seperti aku

mendengar orang itu dekat denganku.

“Kat belakang Nad aje.”

Aku segera menoleh ke belakang.

Lelaki itu tersenyum memandangku.

Malu juga aku dibuatnya.

“Ehh... uncle ni.” Hendak marah sudah

tentulah tak boleh, kan. Gila nak marah bakal bapa

mertua sendiri.

Lelaki itu masih lagi tersenyum dan

mengambil tempat duduk di ruang tamu itu.

Ibuku telah masuk ke dalam bilik.

Menyimpan kain yang dilipat tadi. Manakala ayah

pula entah ke mana.

“Dah habis berbual tadi dengan ayah Nad.

Dia nak keluar sekejap katanya.” Belum sempat aku

bertanya, lelaki itu seolah-olah sudah tahu apa

yang aku fikirkan. Eh, peliklah.

Lelaki itu tersenyum.

“Kejap ya. Uncle nak tengok mesej dulu.”

Ujarnya sambil duduk di kerusi rotan yang ada.

Kat mana pula aku nak duduk ni?

“Err.. uncle nak apa-apa tak?”

175


HASREEYATI RAMLI

“Tak ada apa-apa. Terima kasih. Nad

duduklah. Tak payah susah-susah.” Aku lagi serbasalah

dibuatnya.

Kemudiannya aku memasang t.v. di sudut

ruang tamu itu. Duduk selang satu kerusi

dengannya.

Nak tidur mata pun tak mengantuk lagi ni.

“Nad, esok boleh bawak uncle pusing-pusing

kampung Nad tak ni? Dah lama uncle tak jalanjalan

kat dalam kampung. Tadi ayah Nad ada

cakap. Dia buat sawah. Teringin jugak nak tengok.”

Alamak. Macamana ni?

“Err... Nad tak pandai bawak orang naik

motorlah, uncle.” Ujarku lagi mencari helah.

Takkan pula aku nak naik motor dengannya? Nanti

banyak pula mata memerhati. Banyak pula mulut

capul yang menunggu hendak mengata.

Lelaki itu tergelak kecil. Memandang ke

arahku sambil tersenyum.

“Eh, siapa kata Nad akan bawa uncle?”

Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Habis

tu, bagaimana ni?

176


MERTUAKU, MY SOULMATE

Malam itu, aku tidak dapat tidur bila

mengenangkan bakal bapa mertuaku hendak

mengajak aku pusing-pusing dalam kampung.

Kenapalah dia tak ajak ayahku sahaja? Aku

ke yang kena bawa dia?

Aduh, macamana ni?

Aku mengambil keputusan untuk menelefon

Kinah pada malam itu.

Aku turun ke bawah kerana khuatir kalaukalau

perbualanku didengari oleh orang lain.

Jauh dari rumahku.

Tentunya di atas jalan tar di hadapan jalan

masuk ke rumahku.

Aku memang jenis berani. Tidak takut pun

dengan hantu atau yang sewaktu dengannya.

Lagipun bulan mengambang penuh pada malam

itu.

“Kinah, kau kena tolong bagi idea kat aku,

boleh?”

“Ha, baru nak call aku. Lama aku tunggu kau

call, tau tak?”

“Sorry laa...”

“Ha, apa dia?”

Aku menceritakan padanya.

177


HASREEYATI RAMLI

“Kau ni. Biar betul!”

“Oik! Diamlah sikit. Sakit telinga aku, tau

tak?” aku menggaru-garu telingaku. Berdesing

juga dibuatnya apabila Kinah menjerit tadi

walaupun di talian sana.

“Hehehe.. sorry. Hmm.. pastu?

Macamana?”

“Ampehlah kau ni, aku tanya kau, kau pulak

tanya aku? Baik aku tak yah mintak nasihat kau.”

“Hmm... ayah kau tak free ke?”

“Dia awal-awal lagi dah ke sawah.”

“Dia pergi dengan apa?”

Aku berfikir seketika.

“Rasanya dengan motor dia.”

“Haa... kau suruhlah dia bonceng sama.

Payah apa?”

Ada betulnya juga.

“Haa... tapi ayah aku tu selalu tak suka

tunggu orang lama-lama. Kalau lambat, kena

tinggal aje.”

Ayah ku memang begitu. Tidak suka buat

kerja bertangguh. Itu bukan prinsipnya.

“Hmm.... kau paksalah dia ikut ayah kau tu.

Selesai masalah.”

“Ya, hopefully dia boleh bangun awal.

Mandi awal-awal sebelum Subuh. Sebab ayah aku

tu memang pergi ke masjid sebelum masuk

waktu.”

178


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku tidak tahu jika lelaki itu tidak terjaga

lebih awal dari ayahku. Kerana aku tidak tahu

tentang masa tidur dan bangunnya.

“Saya selalu bangun awallah...”

Terkejut besar aku dibuatnya apabila

terdengar suara lelaki itu di belakangku. Aku

ternganga seketika.

“Hello? Hello? Sapa tu Nad?”

Aku tidak segera menjawab soalan Kinah.

“N-nanti aku call kau lagi ya, Kinah. Bye.”

Aku mematikan talian antara kami.

Entah berapa lama agaknya dia berada di

belakangku.

“Un-uncle... buat apa kat sini...” aku segera

berpaling ke belakang sambil menutup mulutku.

Agar tidak menjerit. Terkejut benar aku dibuatnya.

Di dalam kesamaran cahaya bulan itu, aku

melihat dia tersenyum memandangku.

Kemudian ku lihat dia memandang ke atas.

“Waahh... cantik kan bulan malam ni?”

Aku tidak terkata apa-apa.

“Err.. uncle buat apa turun kat bawah ni?

Napa tak tidur lagi?”

Lelaki itu menggaru-garu kepalanya.

“Errmm... uncle tak boleh tidurlah, Nad.

Nyamuk banyak dalam bilik tu.” Rupanya baru aku

teringat sesuatu. Bilik tetamu itu perlu disembur

dahulu sebelum digunakan. Rasanya ibuku terlupa

untuk menyemburkan racun serangga siang tadi.

“Allah.. sorrylah, uncle. Mak Nad dah

lupalah tu nak spray tu. Bilik tu dah lama tak

digunakan.” Sudah lama tidak ada tetamu yang

179


HASREEYATI RAMLI

datang tidur di rumah kami. Lagipun inilah

pertama kali aku membawa orang luar tidur di

rumah itu.

Lelaki itu tersenyum.

“Eh, tak mengapalah. Uncle tak kisah pun.

Cuma tak boleh tidur dengar nyamuk bermain di

tepi telinga aje.” Kasihan lelaki itu. Rasa bersalah

pun ada aku dibuatnya.

“Nanti Nad cari spray ya,” aku mahu

melangkah pergi. Tetapi tangannya segera menarik

pergelangan tanganku.

“Nad, tadi uncle minta maaf ya.”

Menyedari dia masih memegang lagi

tanganku, aku menarik semula dengan cepat.

Kenapa pula aku rasa berdebar-debar di dada ku

ini? Ah, peliknya. Segera aku membuang rasa aneh

itu.

“Errm... tak apalah, uncle. Nad yang perlu

mintak maaf. Sebab cemerkap tadi. Nad yang

patut rasa malu.” Tambahku lagi.

“Okey, terima kasih.”

“Cantik sungguh ya suasana malam macam

ni. Kat KL tak sempat nak tengok semua ni pun.

Balik rumah pun kalut-kalut. Terus tidur, kan?”

Kehidupan di bandaraya memang sibuk.

Semuanya mengejar waktu. Semuanya perlu

cepat. Memanglah mana ada masa untuk

menikmati semua ini.

180


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Temankanlah uncle dulu kat sini. Kita

tengok bulan.”

Agak pelik permintaannya itu. Namun ku

turuti jua. Menjarakkan diriku darinya.

Kami sama-sama memandang ke atas.

“Nad, kalau Nad dah jadi ahli keluarga uncle

nanti, Nad akan jaga uncle tak kalau uncle sakit?”

Tiba-tiba sahaja soalan itu keluar dari bibir lelaki

itu.

“Hah?”

Kedengaran lelaki itu tergelak kecil.

“Tak ada apalah. Saja uncle tanya aje.”

Kami duduk lama berdiri sambil memandang

ke atas langit yang dilimpahi dengan cahaya bulan

itu.

“Cuba Nad pejamkan mata.”

“Huh?” aku menoleh ke arahnya.

Pelik dengan permintaannya.

“Pejamkan mata.”

Tidak rugi rasanya aku akur.

“Dah pejam?”

Aku mengangguk.

“Ya.”

Aku mendengar lelaki itu menghela nafas

panjang.

“Okey, jangan tipu ya.”

“Taklah.”

“Okey, bagus. Now cuba dengar bunyi

alam.”

“Huh?”

“Shh... just listen.”

181


HASREEYATI RAMLI

Aku tidak membuka mataku lagi namun aku

akur dengan arahannya.

Ya. Buat pertama kalinya aku mendengar

alam sekeliling bersuara di telingaku.

Ada bunyi cengkerik.

Ada bunyi daun-daun pokok yang membuai.

Ada bunyi binatang lain yang aku tidak dapat

teka.

Ya. Ada bunyi katak.

Aku tersenyum sendiri.

Kemudian aku membuka mataku.

Menipu.

Melihat lelaki itu masih lagi mendongak ke

atas dan memejamkan matanya.

“Haa.. jangan tipu...” suaranya perlahan dan

aku tergelak kecil.

Aku memejamkan mataku semula.

“Dengar tak suara alam?” soalnya perlahan

seakan berbisik pula.

“Errmm... ya...”

“Tenang, kan?”

“Errmm... ya...”

“Uncle, nyamuk dah serang Nad ni. Jomlah.

Semakin sejuk pulak rasanya.” Tubuhku tiba-tiba

menggigil apabila angin malam mula menyapaku.

Aku cepat-cepat membuka mataku.

Menggaru-garu lenganku seketika.

Lelaki itu membuka matanya dan cepat

menoleh ke arahku.

182


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Iya ke? Napa uncle tak rasa pun? Hmm...

agaknya nyamuk ni dah kenal uncle, tak?”

Aku tergelak kecil. Menutup mulutku. Tidak

mahu ada suara keluar.

“Dahlah, uncle. Nad pun dah ngantuk ni.”

aku segera berpaling darinya. Nyamuk yang sudah

mula menyedari kehadiranku semakin banyak

menyerangku.

“Nad...” lelaki itu memanggilku.

Langkahku terhenti seketika.

Menoleh ke arahnya.

“Terima kasih sebab sudi temankan uncle

ya...”

“Hmm... okey, uncle.”

Kemudian aku berjalan pantas ke arah

rumahku.

Dr. Nasrul langsung tidak dapat melelapkan

matanya pada malam itu.

Biliknya sudah disembur dengan ubat

penghalau nyamuk. Rasanya gadis itu sudah

mencari spray serangga penghalau nyamuk tadi.

Kerana baunya masih tersisa.

Walaupun baru sehari dia berada di rumah

ini, dia berasa benar-benar bahagia dan tenang.

Sudah lama dia tidak merasakan ketenangan

sebegini. Selama ini hidupnya hanya dipenuhi

dengan mengejar masa yang tidak pernah dapat

dikejarnya. Di sini dia tenang dan tidak perlu

berfikir apa-apa. Layanan dari kedua orang bakal

besannya juga membuatkan dia berasa amat

terharu. Memang orang Utara mudah ramah

dengan orang yang baharu mereka kenali.

183


HASREEYATI RAMLI

Mujurlah anaknya bertemu dengan orang Utara.

Sekurang-kurangnya dia dapat merasakan

keramahan dan diterima dengan baik seperti itu.

Layanan gadis itu juga membuatkan hatinya

sering berdebar-debar sejak kebelakangan ini.

Entah mengapa dia berperasaan begitu ya?

Apabila dia bertanyakan hal itu dengan

teman baiknya, Dr. Budiman, yang juga Penolong

Pengarah di hospitalnya, lelaki itu tidak percaya

dengan apa yang didengarinya.

“Kau dah jatuh cinta ke ni?”

“Huh?”

“Ya Allah, Budi. Apa yang kau cakapkan ni?”

Dr. Budiman segera melangkah masuk ke

pejabatnya pada satu hari itu. Kerana perlu

berbincang sesuatu dengannya.

Teman baiknya itu tertawa besar.

“Iyalah. Aku tengok sejak kebelakangan ni,

kau asyik termenung saja. Pastu kau senyum

sorang-sorang. Haa... kalau kau tak gila, mesti kau

dah jatuh cinta. Lagi sekali!”

“Ishh.. kau ni, Budi. Ngarutlah. Aku nak

jatuh cinta dengan siapa? Dengan Ila? Kami dah

tualah. Cinta tu dah semakin malap.”

Dr. Budiman duduk di kerusi di hadapannya.

Memandang ke arahnya seketika sebelum bersuara

semula.

“Itu lain. Dia bini kau. Kita ni dengan bini

sendiri, cinta tu macam satu tanggungjawab aje

184


MERTUAKU, MY SOULMATE

dah. Ada kau say I love you pada Ila tiap masa?

Tak, kan?”

Uji Dr. Budiman lagi. tersenyum.

“Iyalah tu. Cinta selepas lama berkahwin

dah bukan macam rasa cinta masa kita mula-mula

kenal bini kitalah, Man. Kau pun tau tu, kan. Buat

tanya pulak kau ni.” Jeling Dr. Nasrul lagi.

“Haa.. tau pun. Tapi aku rasa ada kalanya

kita perlu jugak ada perasaan cinta macam mulamula

dulu tu semula dengan bini kita, kau percaya

tak aku cakap ni?”

Dr. Nasrul tersenyum. Pandai pula

kawannya yang seorang itu berfalsafah.

“Hehe... macamanalah aku nak bercinta

semula dengan bini aku tu kalau dia selalu tak ada

di rumah? Kalau ada di rumah pun, hmm...

penatlah, apalah. Nak layan aku pun tak mau.

Macamanalah aku nak bermanja-manja dengan

bini aku sendiri, Man?”

Umum mengetahui lelaki yang sudah

separuh usia sepertinya selalu berada di dalam

situasi dilema dengan isteri sendiri.

Selalunya mereka akan dibiarkan melayani

kehidupan masing-masing setelah anak-anak sudah

besar.

Dr. Budiman tergelak besar kali ini.

“Habis tu, kau nak bermanja dengan siapa

lagi kalau bukan bini kau sendiri, hmm?” Tiba-tiba

dia berfikir sesuatu.

“Oh tidak... jadi betullah now kau sedang

dilamun cinta! Masya Allah... Rul. Tell me!’ Dr.

185


HASREEYATI RAMLI

Budiman segera bingkas bangun dan menongkat

kedua belah tangannya di mejanya.

Dr.Nasrul tersenyum lebar.

Bunyi ayam berkokok di luar membuatkan

Dr. Nasrul terjaga. Sudah lama dia tidak

mendengar bunyi ayam jantan yang berkokok

seakan-akan hanya di sebelah telinganya itu.

Lampu dari arah luar mencelah masuk

sedikit di bawah pintu biliknya. Dia mencapai jam

tangannya. Sudah jam 5.00 pagi. Bermakna dia

perlu segera bangun dan mandi untuk mengikut

bakal besannya ke masjid.

“Haa... dah bangun ya?”

Tegur Pak Nuar yang baru sahaja keluar dari

bilik air. Tuala warna biru lusuh yang nipis

tersandang di bahunya. Air masih lagi menitik di

hujung rambut hadapannya yang sudah berwarna

putih itu.

“Ya, Bang Nuar. Saya mandi dulu kemudian

ikut ke masjid ya?”

Pak Nuar mengangguk laju.

Kelihatan Mak Mah sedang menggoreng

sesuatu di dalam kuali. Aroma nasi goreng mula

menusuk ke hidungnya. Terasa laparlah pula.

Namun dia harus cepat jika tidak mahu terlambat.

Tidak lama kemudian mereka berdua sudah

membonceng ke arah masjid kampung itu.

186


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ha, mak. Nak Nad tolong ka?” Mujur aku

tersedar awal pagi ini. Sebelum Subuh. Jika tidak,

mahu pedih dibebel pagi-pagi begini.

“Tak payah. Dah masak semua dah. Tunggu

depa balik dari masjid ja.” Ibuku sudah menutup

api dapur.

“Oh, uncle dah ikut ayah pi masjid ka?”

“Ha la.”

“Hmm... kalau macam tu, nanti ayah

bawaklah uncle tu jalan-jalan keliling kampung ya?”

pintaku lagi.

“Ha? Nak jalan apa? Keliling kampung?”

“Ya, mak. Uncle nak jalan-jalan kat kampung

kita ni. Dia bukan besa mai pun kan?”

Mak menggeleng.

“Tak boleh. Ayah kamu nak ke pekan. Dia

nak guna motor.”

“Ala... lecehnya. Takkan Nad nak kena

temankan uncle kot? Malu la....” bukan kerana

memikirkan dengan siapa dia akan keluar. Tetapi

kerana memikirkan apa yang orang lain akan kata.

Tidak kiralah dia keluar dengan sesiapa pun. Ini

kampung. Mulut orang bukan boleh ditutup.

Mak Mah mengerutkan dahi.

“Ha, dah tu? Takkan kamu nak suruh mak

kot? Agak-agak la...” ibu menggeleng.

Aku bungkam sendiri. Tidak tahu hendak

mencari alasan apa.

“Hmm... baiklah. Tapi kalau orang kampung

bercakap pasal kami, mak tolong jelaskan ya? Nad

tak tau nak cakap apa nanti.” Memang aku amat

187


HASREEYATI RAMLI

khuatir kalau-kalau ada orang yang membawa

mulut tentang aku dan bakal bapa mertuaku itu.

Bukannya mereka tahu apa yang berlaku.

Dan yang pastinya aku tak perlu menjelaskan apaapa

pada orang lain.

“Iyaa.. iyaa... taulah mak nak cakap apa

nanti. Dahlah. Naik solat dulu. Kamu bawa balik

kain sembahyang ka?”

“Iya, mak. Ada.” Aku naik ke atas semula.

Sebelum pulang ke rumah mereka, Pak Nuar

memperkenalkan bakal besannya kepada ahli-ahli

masjid yang datang pada waktu Subuh pagi itu.

“Untuk makluman semua, ini ialah bakal

besan saya.” Pak Nuar menepuk-nepuk bahu Dr.

Nasrul yang mengangguk kecil sambil tersenyum

ke arah ahli-ahli masjid yang hadir.

“Ohh... bakal besan. Tapi maaf tanya, awat

bakal menantu hang tak dak sama? Tak mai ka?”

Pak Nuar tersenyum.

“Bakal menantu aku tu doktor kat hospital

ayah dia ni.” Bangganya Pak Nuar mahu

berbesankan orang kaya dari bandar.

“Ohh... kisahnya...”

“Tapi sebab ada kes kecemaih la dia tak leh

nak mai. Hampa bukan tak tau, orang eksiden kat

KL tu ramai, kan ka?”

Ahli-ahli yang ada mengangguk. Mereka

bergilir bersalaman dengan Dr.Nasrul.

188


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ohh... macam tu. Haa.. tak apalah. Apa

pun selamat datang ke kampung kami, naa....” ujar

salah seorang dari ahli masjid itu lagi. Sudah

tentunya orang itu ialah Pak Mat. Dilihatnya Pak Li

sudah tertunduk malu.

“Kalau sudi, mailah singgah minum dulu kat

kedai kopi saya depan ni na... Dekaattt sajaa...”

pelawanya lagi. Mereka yang lain tergelak kecil

mendengarnya.

“Ha.. apalagi. Jomlah. Semua dah solat

kan?” Ajak Pak Mat lagi.

Dr. Nasrul tersenyum lebar kerana kali ini dia

berasa lebih diterima di kampung itu juga.

Sekurang-kurangnya dia dapat beramah mesra

dengan rakan-rakan baru yang hampir sebaya

dengannya itu. Selalunya selama ini dia hanya

dikelilingi dengan rakan-rakan seperjuangannya

sahaja. Eloklah juga dia berubah angin seperti ini.

“Ha, mari-mari. Doktor nak belanja kami,

kan?” Pak Usu pula menepuk-nepuk elakang

bahunya. Dr. Nasrul tersenyum sambil

mengangguk.

“Ya, ya. Silakan.” Mujur juga dia membawa

dompetnya tadi.

Di rumah Mak Mah.

“Mak, awat la depa ni tak balik lagi ni?”

Matahari sudah lama naik. Selalunya ayah ku

akan terus pulang usai solat. Bukannya mengambil

masa sebegini lama.

“Ishh kamu ni. Manalah mak tau. Ce kamu

telepon pak cik kamu tu tengok.” Mak bermaksud

menyuruhku menelefon Uncle Nasrul.

189


HASREEYATI RAMLI

“Oh ya. Terlupa.”

Lama baru dijawab oleh lelaki itu.

“Ha... uncle kat kedai kopi ni. Nanti kami

balik ya,” Kemudian talian telefon dimatikan.

Aku terdiam.

“Mak, ayah selalu ka dok lepak kat kedai kopi

tu?”

Mak Mah menyentuh teko yang sudah

hampir sejuk itu.

“Kena buat lainlah ni. Dah sejuk.” Rungut

mak lagi.

“Kedai kopi? Lepak apanya ni? Hishh... ayah

kamu tu bukan orang yang suka buang masa tak

ketahwan lagu tu la.” Berkerut dahi mak dibuatnya.

“Hmm... Nad tanya ja. Sebab ayah dan uncle

tengah ralit kat sana tu ha. Mak, Nad dah lapar ni.

Nak makan dululah.”

Tanpa menunggu lagi aku menyendukkan

nasi goreng dari mangkuk Pyrex putih yang agak

besar itu. Tetapi belum sempat aku menyenduk

nasi goreng itu, mak segera memukul tanganku.

Terkejut juga aku dibuatnya.

“Mak! Nad laparlah.” Aku memuncung.

Tidak jadi menyendukkan nasi goreng tadi.

Hanya dapat melihatnya sahaja dengan perut yang

sudah pedih ini.

“Mak... depa dah makan tu. Biar Nad makan

sikit sajaaa....” Rayuku.

Mak menggeleng.

190


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Tak baik makan tanpa tetamu makan

terlebih dulu. Awat hang dah lupa ka aku ajaq apa

masa kecik-kecik dulu ha?”

Aku memuncung.

“Ha, tak baik buat mulut lagu tu. Dosa.”

“Ala.. mak ni. Semua tak boleh.”

Aku bangun dari meja makan itu. Aku kena

cari sesuatu untuk dimakan bagi melapik perutku

seketika.

“Mak, ada roti dak? Lapar.”

Mak merenung ke arahku.

Sejam kemudian baru mereka pulang.

Dah jam 8.00 lebih.

Aku memuncung ketika mereka berdua

masuk dari arah pintu dapur.

“Haa... awat tak makan dulu? Tunggu kami

buat apa?” Tegur ayah apabila mendapati kami

berdua masih tercongok menunggu mereka.

Kulihat lelaki itu tersenyum melihatku.

Segera aku berpaling ke arah lain.

Perut ku sudah kuisi dengan biskut kering.

Sakit hati rasanya. Menunggu orang yang dah

tentunya kenyang.

“Elok sangatlah tu. Nak makan dulu buat

apanya. Kenalah tunggu tetamu dulu, kan?”

Lelaki itu kelihatan serba salah melihatku

mengunyah biskut kering di hadapannya.

“Lapar. Lama tunggu. Nad makan biskut

kering dulu.” Ujarku tanpa ditanya.

“Nad, makan dulu. Nanti sakit perut tu. Sapa

susah?” Aku tidak tahu sama ada membebel pada

lelaki itu atau ayahku.

191


HASREEYATI RAMLI

Aku memandang mereka berdua silih

berganti.

“Sebenarnya kami dah makan kat kedai Pak

Mat tadi. Tapi, tak apalah, uncle boleh makan lagi

ni.” Lelaki itu segera menarik kerusi meja makan

itu. Aku tidak terkata apa-apa.

Nak merajuk pun dia bukannya Nazim. Bapa

Nazim kot. Maka terpaksalah aku makan hati.

Dr. Nasrul tentang sikap diam gadis itu.

Agaknya dia merajuk ke?

Selamba sahaja aku menolong

menyendukkan nasi goreng tadi.

“Dah sejuk dah pun. Tadi panaslah.” Ujarku,

perlahan. Tidak senyum pun pada lelaki itu.

Walaupun aku tahu setiap gerak geriku

diperhatikan olehnya.

“Hmm.. Nad. Tak baik cakap macam tu

dengan orang tua-tua. Duduk dan makan.” Tegur

ayahku lagi apabila mendengar aku seakan sinis

begitu. Okey, jangan lari. Bentak hatiku lagi.

Memberontak.

Namun seperti biasa sehingga menginjak ke

usia dewasa begini pun aku tidak berani hendak

membantah cakap ayah.

Walaupun dengan hati yang sakit, aku turut

menyendukkan nasi untuk diri sendiri dan juga

untuk kedua orang tuaku. Tidak berani aku hendak

membantah cakap ayah. Itu adalah ajaran yang

tersemat di dadaku sampai bila-bila. Orang tua

192


MERTUAKU, MY SOULMATE

jangan dilayan lebih kurang. Itu bukan amalan kita.

Juga bukan suruhan agama.

“Baiklah, ayah.” Aku menyuapkan nasi

walaupun aku tidak memandang ke arah mereka.

Dr. Nasrul perasan tentang perubahan sikap

gadis itu.

Rasa serba-salah pun ya. Namun apalah

sangat yang dapat dilakukan olehnya?

“Hmm... nanti Bang Nuar nak pergi mana?”

Tiba-tiba lelaki itu menyoal ayahku. Aku dan

mak saling berpandangan. Kami berdua sudah

tahu. Sengaja tidak menyampuk.

“Nak ke pekan. Awat? Nak ikut ka?”

“Haa... boleh jugak tu.”

Aku berpaling ke arahnya.

Jadi bagaimana pula dengan jalan-jalan

keliling kampung yang direncanakan sebelum ini?

Tak jadilah agaknya.

“Lepas tu, nak ajak Nad keliling kampung.”

Tingkahnya lagi. Menoleh ke arahku.

Aku tidak jadi menjawab kerana nasi masih

di dalam mulutku.

“Hmm?”

Mereka bertiga tergelak melihatku.

Aduhai.

“Haa.. eloklah tu. Tapi nak naik apa lak?”

Aku tidak mahu naik motor dengannya.

Nampak janggal pun ya.

“Naik motor. Nanti ayah pinjamkan motor

jiran kita tu.”

Phewww!

Lega aku dibuatnya.

193


HASREEYATI RAMLI

Sorang satu motorlah nampaknya.

“Ha.. kalau macam tu tak pa. Nad tak reti

nak bawak motor dah. Terlupa sebab dah lama

tinggal.” Ujarku memberi alasan.

Lelaki itu merenung ke arahku seketika.

Mengerutkan dahinya.

“Rasanya uncle tak pandai nak bawak motor

nilah, Nad.” Lelaki itu kemudiannya melihat

bagaimana untuk menginjakkan pedal. Motor jenis

Honda lama itu memang nampak uzur. Bukannya

motor jenis skuter yang ada suis.

Baru sebentar tadi ayah meminjamkan

sebuah lagi motor untuk bakal besannya itu.

Ayah dan mak sudah ke pekan bersama.

Tinggallah aku dengan lelaki ini di rumah.

Aku terdiam seketika. Mahu marah pun ada.

“Aduh uncle ni. Takkan tak pernah naik

motor kot? Kejap, Nad ajar.”

Aku mengajarnya namun dia tidak pandai

langsung hendak menghidupkan motor buruk itu

dengan kakinya.

“Aduh.. dah sakit dah kaki Nad ajar uncle ni.”

Aku sudah mula hilang sabar.

“Macam nilah. Uncle bonceng, Nad bawa.”

“Ha?” aku terkejut besar.

“Nad yang bawak? Nanti... nanti... “ aku

menggaru kepala.

“Kalau Nad bawa, uncle tak peganglah Nad.

Uncle pegang belakang ja. Okey?” Seakan tahu

194


MERTUAKU, MY SOULMATE

sahaja kenapa aku tidak mahu

memboncengkannya.

Aku berfikir seketika.

“Ha.. okey.”

Kami membonceng motor itu dan merondaronda

sekeliling kampung. Ada ketikanya kami

turun sebentar di bendang. Kemudian turun

seketika di sungai.

“Nak mandi tak ni?” ajaknya lagi.

“Erkk? Nak mandi macamananya uncle. Nad

bukan bawak baju salin. Uncle bolehlah.” Aku

tersengih.

“Haa... macam tula. Tak marah uncle lagi,

kan? Sebab tak balik awal lepas Subuh kan?”

Bagai tahu-tahu sahaja kenapa aku merajuk

tadi.

“Nad... uncle minta maaf ya. Tapi uncle tak

dapat nak tolak permintaan orang-orang kat masjid

tu kan. Diorang pun baik-baik juga.” Iya. Aku tahu

itu. Cuma aku sahaja yang tiba-tiba berkecil hati ni

mengapa? Bukan dia boleh pujuk aku pun. Lainlah

kalau aku merajuk dengan Nazim.

“Errmm... sapa kata Nad merajuk...”

“Eleh...” lelaki itu mencebikkan mukanya.

Aku tertawa. Hilang sudah rasa marah aku

terhadapnya.

“Haa... tak marah uncle dah kan?” soalnya

lagi. Aku jadi serba-salah.

“Tak. Uncle kan bapa Nazim. Mana boleh

Nad marah. Dosa.” Aku tersengih lagi.

“Kamu anak yang baik, Nad.”

195


HASREEYATI RAMLI

Tetapi dia tidak dapat membuang rasa

sayang yang sudah semakin berbunga di dalam

jiwa tuanya itu. Semakin lama semakin dia

menyedari akan hal itu.

“Ha? Tak adalah, uncle.” Aku menafikannya.

Kami akhirnya turun ke sebuah anak sungai

yang memang jernih airnya itu.

“Hati-hati Nad. Nanti licin.” Pesan lelaki itu

lagi.

“Tak apa, uncle. Nad dah biasa dengan

sungai ni. Sungai ni dah- Oooppss!!” aku hilang

imbangan. Dengan jeritan kecil, tubuhku

terhempap jatuh ke bawah. Kemudian segalanya

gelap bagiku.

196


MERTUAKU, MY SOULMATE

Dr. Nasrul tidak sempat berbuat apa-apa

kerana dia sendiri tidak dapat mengawal dirinya.

Dia turut terjatuh ketika gadis itu terlicin namun

dia sempat berpaut pada salah satu dahan reput

yang ada.

Dengan pantas dia segera menangkap gadis

itu dan terus menarik gadis itu ke tepi.

Diperiksanya nadi utama gadis itu. syukur

masih bernafas. Namun gadis itu masih lagi tidak

sedarkan diri. Dia memeriksa belakang kepala

gadis itu dan mendapati ada benjolan di

belakangnya. Hatinya naik risau.

Namun mungkin kerana terminum air sungai

gadis itu masih tidak sedarkan diri.

Dr. Nasrul serba salah. Namun naluri

tanggungjawab seorang doktor membuatkan dia

mengambil tindakan yang pantas.

“Maafkan uncle, ya...” dan dia segera

membuat CPR untuk menyedarkan semula gadis

itu.

Gadis itu terbatuk-batuk setelah beberapa

ketika dia mendapat udara semula.

197


HASREEYATI RAMLI

Aku kembali sedar dan cuba untuk bangun.

Terik matahari di antara celahan daun menyilaukan

mataku.

Belakang kepalaku terasa amat sakit.

“Ouch...” aku mengusap belakang kepala.

Ada benjolan.

Aku cuba membuka mataku sepenuhnya.

Tangan kiriku mengangkat secara spontan apabila

silauan matahari menyucuk ke mataku.

Kemudian wajah lelaki itu melindungi silauan

itu.

“Nad? Nad? Are you okay?”

Kedua belah tangannya memegang kedua

belah bahuku.

“Errmm.. sakitnya...” aku mengaduh

kesakitan lagi.

“Syukurlah kamu dah sedar. Risau uncle

tadi...” Aku cuba bangun sambil dibantu olehnya.

“Hati-hati...” Kini dia membantuku. Tangan

kanannya memapah bahuku. Kuat sungguh dia

tenaganya. Seluruh baju dan seluar sukan yang

kupakai basah kuyup. Begitu juga dengan

rambutku.

“Uncle... Nad peninglah. Nak duduk dulu.”

Kepalaku terasa masih berat lagi. Pandanganku

juga seakan berpinar-pinar. Adakah aku akan

pengsan lagi?

Lelaki itu menoleh ke arahku. Rambutku

yang panjang separas lepas sedikit dari bahu

198


MERTUAKU, MY SOULMATE

menyebabkan wajahku sedikit tersembunyi. Dia

menolak rambutku ke belakang telingaku dengan

tangan kirinya.

Pandangannya jatuh ke wajahku.

Terlalu hampir sebenarnya. Hinggakan aku

dapat merasakan yang pipi kami hampir tersentuh.

Kemudian cepat-cepat aku berpaling ke arah

lain.

“Uncle, Nad nak duduk...” pintaku lagi.

Mataku mencari batu yang kering yang boleh aku

duduk.

“Okey, tapi hati-hati.” Dia meletakkan aku

dengan hati-hati.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

Aku meraba-raba ke dalam kocek seluarku.

“Kenapa Nad? Cari apa?”

Aku menoleh ke arahnya.

“Uncle... telefon Nad.” Terlupa aku masih

lagi sakit, aku bingkas bangun.

Imbanganku sudah semestinya zero.

Aku hampir terjatuh semula. Mujurlah lelaki

itu cepat memautku. Dan aku terjatuh ke atas

badannya.

Dengan cepat aku berpaling dan aku berasa

satu perasaan lain yang tiba-tiba menyelinap di

dalam diriku.

“Ma-maaf, uncle... Nad...” aku yang mula

dulu bersuara apabila aku tidak dapat

menyembunyikan rasa malu ku ketika itu.

Aku cuba bangun.

199


HASREEYATI RAMLI

“Nad... uncle sayangkan Nad...” terdengar

lirih suaranya berkata begitu saat aku masih lagi

berada di atasnya.

Terkejut aku dibuatnya. Namun aku tidak

bertindak apa-apa.

Aku merenung ke wajahnya yang memang

terlalu hampir dengan ku itu. Aku cuba melepaskan

diri ku.

Mulanya dia memegangku dengan erat.

“Let... go...” ujarku dalam nada perlahan.

Aku langsung tidak dapat berfikir apa-apa.

Rasa terkejut bercampur baur lagi.

Kemudian tubuhku dilepaskan secara

perlahan-lahan. Aku langsung tidak berani

menatap wajahnya. Kerana khuatir jika berlaku

apa-apa perkara yang tidak kuingini.

“Nad...”

Walaupun aku terasa bagai mahu sahaja

menamparnya kerana meluahkan perasaan begitu

padaku sebentar tadi, namun mindaku masih lagi

di bawah paras sedar. Dia bakal ayah mertuaku.

Tetapi mengapa dia mengungkapkan begitu?

Aku bercinta dengan anaknya. Bukan

dengannya.

“Nad...” aku baru sahaja mahu berpaling

darinya namun tangannya pantas memegang

tanganku.

“Nad. Dengar dulu. Uncle.. uncle minta

maaf sebab cakap macam tu...”

200


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku melihat dia bagaikan serba-salah.

“Tapi uncle dah boleh menahan perasaan

uncle pada Nad sendiri. Uncle... uncle...”

Aku menggeleng laju.

Kepalaku yang masih terasa pening kembali

membingit semula.

“No... No.. Uncle. Uncle tak boleh sayang

Nad. Nad bakal jadi menantu uncle...Uncle faham

tak ni?”

Orang tua itu kulihat berwajah muram dan

mengangguk perlahan.

Oh, Tuhan. Aku tidak boleh berbuat begitu.

Aku tidak boleh menyayangi orang lain selain

dari Nazim!

“Nad... uncle tak sangka, uncle boleh ada

perasaan macam ni pada Nad. Maafkan uncle

ya...” ujarnya lagi. Dengan nada kesal.

“Tapi percayalah... perasaan uncle ni benarbenar

ikhlas...Uncle-“

Aku memotong cakapnya.

“Jom kita baliklah, uncle. Nad dah sakit pala

ni. Semakin berdenyut-denyut.”

Tubuhku ditarik ke arahnya. Dia memelukku

dengan erat. Tanpa sebarang amaran. Walaupun

tubuhnya sudah tua, namun pelukannya masih lagi

bertenaga seperti orang muda.

“Uncle?!” Aku terkejut dan wajahku

tersemban di dadanya yang bidang.

Apa yang telah berlaku ni?

Aku dapat mendengar degupan jantungnya

yang berdenyut kencang.

201


HASREEYATI RAMLI

“Apa ni?” Aku cuba melepaskan diriku dari

pelukannya. Namun aku masih lagi tidak

dilepaskan.

“Uncle...”

“Shh... biar uncle peluk Nad dulu. Biar uncle

menikmati saat-saat macam ni dengan Nad...” aku

tidak percaya semua yang sedang berlaku itu.

“Uncle!”

Pap.

Apabila aku berpeluang menolak dadanya

yang bidang itu dari dadaku. Dengan sekuat tenaga

yang masih bersisa.

Kemudiannya aku berpaling darinya dan

berlari tanpa menoleh ke belakang lagi.

202


MERTUAKU, MY SOULMATE

Ketika aku tiba di rumah dalam keadaan

tercungap-cungap, aku mendapati ayah dan ibu ku

tidak ada lagi di rumah. Aku segera naik ke tingkat

atas. Dan mencari telefonku. Oh tidak. Baru aku

teringat. Telefonku telah terjatuh di dalam air tadi.

hilang begitu sahaja. Aku memejamkan mata.

Duduk berehat seketika mengambil nafas.

Ya Allah. Apa yang telah terjadi ni?

Aku mula berasa gelabah dan beristighfar.

Mujurlah kedua orang tua ku tidak balik lagi

dan mereka tidak perlu berasa hairan dengan

keadaan ku ketika ini.

Aku terus mencapai tuala dan bergegas ke

bilik air sebelum lelaki itu sempat pulang. Aku

masih lagi tidak dapat menghilangkan ayat-ayat

yang diucapkannya padaku tadi. Semuanya masih

terngiang-ngiang di telingaku.

Maafkan aku, Nazim. Maafkan aku.

Usai menyalin baju aku masih lagi tidak

dapat berfikir dengan tenang.

Mahu menelefon Kinah namun aku sudah

tidak ada telefon. Rasa menyesal pun ada. Jika aku

tidak membawa sama telefon tadi mungkin aku

tidak akan kehilangan telefon itu.

203


HASREEYATI RAMLI

Jika aku tidak ikut sama keliling kampung

tadi mungkin semua itu tidak akan terjadi.

“Nad.”

Aku terkejut dari lamunanku. Segera aku

bingkas bangun dari katilku. Dadaku berdebar

kencang kembali.

“Nad. Uncle minta maaf...”

Lelaki itu sudah pulang rupanya.

Apa yang aku harus lakukan ni?

Aku tidak mahu berdepan dengannya lagi.

Dan aku tidak-

“Nad,ooo Nad...”

Kedengaran suara ibuku dari bawah.

Terasa lega kerana kedua orang tuaku sudah

balik.

Tetapi bagaimana aku hendak keluar dari

bilik ku jika lelaki itu masih ada di luar?

Kemudian kedengaran suara ayahku

berbual-bual dengan lelaki itu.

Peluang itu aku gunakan untuk keluar dari

bilik ku. Ya. Mujur lelaki itu sudah tiada. “Dah lama

balik ka?” Emak menegurku ketika aku turun

membantunya di bawah.

“Baru ja mak. Tadi pusing-pusing ja.”

Sudah semestinya aku tidak menceritakan

apa-apa pada emak. Gila ke apa. Mana aku nak

sorokkan muka ku ini?

“Tadi mak telefon kamu. Awat tak angkat?”

Aku memandang ke arah emak.

204


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Telefon terjatuh.”

“Ha?”

“Tercicir dari poket.” Aku mencari alasan

yang agak munasabah.

Ayah masuk ke dalam rumah. Merenung ke

arah ku.

“Awat tak boleh start ka motor hat satu

lagi?”

Soalan ayah membuatkan aku senak perut.

Takut. Ayah memang bukan makan saman dengan

kelentong anaknya. Macam tahu-tahu sahaja kalau

aku menipu.

“Err... tak. Tadi saya dah cuba bang. Tapi

tak dapat.” Celah lelaki itu. Entah dari mana

datangnya. Tiba-tiba sahaja muncul di belakang

ayah.

Mata kami bertentangan seketika. Aku

berpaling ke arah lain. Berpura-pura sibuk

mengemaskan barang-barang yang dibeli oleh

emak tadi.

“Kalau tahu abang dan kakak nak beli

barang, boleh saya bawak ke sana. Ni tak bagi tau

awal-awal.” Baiknya dia.

“Eh, tak apalah. Bukan banyak mana pun.”

Tetapi aku melihat boleh tahan juga ayah

membeli semua barang ini.

“Ya Allah. Terlupa pulak nak beli satu benda

lagi.”Emak memeriksa plastik putih yang penuh

dengan benda yang dibelinya tadi.

“Kelapa.”

“Ha? Mak masak pakai santan kotak ka?”

aku mengerutkan dahi.

205


HASREEYATI RAMLI

“Bukan ayah boleh kait kelapa kat belakang

rumah ka?”

Ayah tergelak kecil.

“Nad. Ayah dah lama tak kait kelapa semua

tu. Sakit tengkuk. Ha, jalan mudah. Beli sahaja

santan kotak. Selesai masalah.”

“Iyalah tu. Zaman sekarang dah tak pakai

dah nak perah-perah ni. Lambat.” Tambah mak

lagi.

“Kak, biar saya pi beli. Kedai runcit sini kat

mana ya?” Tiba-tiba sahaja lelaki itu mencelah lagi.

“Ha, Nad. Eloklah tu. Kamu pi sama. Kamu

tunjukkan kedai tu.”

Aku terkejut.

“Tapi mak...”

Emak mengerutkan dahi.

“Ha, awat? Tak mau pi ka? Amboi, susah

sangat aih na nak suruh...”apabila emak mula

membebel begitu, aku sudah malas hendak

membantah.

“Tapi nak pi dengan apa, mak?”

Takkan nak pergi dengan motor lagi. aku

tidak mahu lagi terpaksa menaiki motor yang sama

dengannya.

“Kita naik kereta sajalah. Senang.”

Renungan matanya membuatkan aku jadi serba

tidak kena. Apa dah jadi dengan aku sebenarnya?

206


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ha, elok jugak tu. Ha, Nad. Apa tunggu

lagi? Mak nak masak dah ni. Nanti kamu nak balik

ke KL kan?”

Selepas makan tengah hari itu, kami

memang bercadang untuk pulang terus ke bandar.

Seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Aku memandang ke arahnya semula.

Selamba. Tidak langsung tersenyum

memandangnya.

“Iya la, mak....” kemudian terus berjalan

keluar.

Aku langsung tidak tersenyum ke arahnya.

Ketika masuk di dalam kereta pun, aku tidak

berkata apa-apa.

“Nad. Awak masih marahkan saya?”

Aku terdiam.

“Mana kita nak pergi ni? Arah mana ni?”

Aku menunjukkan dengan tanganku.

“Okey. Depan. Lepas tu?”

“Kona kanan, lepas simpang tiga, kona kiri.”

Aku tidak mahu bercakap apa-apa lagi

selepas itu.

“Nad, janganlah macam ni. Uncle tak tau

apa dah jadi dengan uncle. Uncle nak mintak maaf

macamana lagi, hmm?”

Aku tidak menjawab apa-apa. Hanya

berpaling ke arah tingkap luar. Melihat sawah

bendang yang menghijau. Walaupun nampak

tenang namun tiada siapa pun tahu gelodak di

dalam hati ku.

Aku agak pelik kerana hakikat yang

sebenarnya aku tidak berasa marah dengannya.

207


HASREEYATI RAMLI

Cuma aku berasa malu kerana diperlakukan begitu.

Apakah aku sudah gila? Apa sudah jadi dengan

diriku ini sebenarnya? Ya Tuhan.

“Nad?”

Aku tidak menjawab apabila kami tiba di

kedai runcit dalam kampung itu. Yang paling dekat

dengan rumah ku.

Aku segera turun dari keretanya. Berjalan

pantas ke dalam kedai.

“Hai, Nad. Hang balik mai bila?”

Seseorang menegurku dari belakang. Aku

sudah lama kenal suara itu.

“Ha, Kree. Hang mai mana ni? Sorang saja

ka? Bini baru hang mana?” aku berpaling ke arah

suara itu. Lelaki tinggi lampai yang nampak agak

gelap sedikit dari dulu itu tersenyum padaku.

Satu masa dahulu aku pernah menolak

cintanya. Bukan kerana apa. Aku tidak suka

berkahwin dengan lelaki dari kampung yang sama.

“Aku balik sat. Tengok mak ayah aku. Dah

nak balik dah ni lepas makan. Mana bini hang?”

aku menjengah ke belakangnya. Aku baru tahu dia

mengahwini kawan baik ku. Jiha. Itupun emak yang

beritahu.

“Dok dalam pantang.” Matanya meliar ke

sebelahku.

“Ni sapa ni? Laki hang ka? Awat tua?”

Dahinya berkerut seribu.

Lelaki itu tergelak mendengarnya.

208


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Napa dik? Salah ke orang tua kahwin orang

muda? Kan trend sekarang ni?” Gurau lelaki itu

lagi. Bersalaman dengan teman sekampung ku itu.

Syukri kulihat seakan tidak percaya apa yang

didengarinya itu.

“Ohh... maaf... maaf. Saya gurau ja tadi. Nad.

Aku balik dulu.” Syukri bergegas keluar dari kedai

itu. Dengan plastik di tangannya.

“Eh, Kree-“

Aku tidak sempat hendak menjelaskan apaapa

pun. Nampaknya sudah ada radio bergerak di

dalam kampung itu nanti. Itulah yang paling aku

takuti.

“Ha, kat mana santan kotaknya?” Lelaki itu

bertanya. Aku hampir terlupa.

“Kat belakang.”

Pak Isa yang menjual juga tidak terkata apaapa

apabila melihat aku dengan lelaki itu. Cuma

matanya sahaja meneliti lelaki itu dari atas bawah.

“Hang balik bila ni? Lama tak nampak?”

“Balik sat saja Pak Cha. Ni, berapa?”

Lelaki itu segera mengeluarkan not RM50

sebelum aku sempat membayarnya.

“Eh, tak apalah.”

Lelaki itu menggeleng.

“Santan aje, Nad.”

Kemudian kami berlalu dari kedai itu.

Sekali lagi, ketika di dalam kereta, aku hanya

mendiamkan diri.

“Kalau macam nilah Nad asyik diam saja,

uncle nak buat macamana lagi? Uncle dah berkali-

209


HASREEYATI RAMLI

kali minta maaf pada Nad, kan?” Ada nada sedih di

dalam suaranya.

“Nad. Cakaplah dengan uncle. Uncle rasa

risau tau bila Nad macam ni.” Ujarnya lagi.

Aku hanya mendiamkan diri. Langsung tidak

melayannya.

“Lepas makan kita balik terus ya.”

“Nad nak pergi klinik. Kepala Nad rasa sakit

lagi.”

“Ya, Allah. Macamanalah uncle boleh

terlupa. Kita singgah klinik ya?”

Hampir terlupa pula Dr. Nasrul dibuatnya.

Bagaimanalah dia boleh tidak memikirkan

keadaan gadis itu apabila asyik terkenangkan gadis

itu sahaja? Ah, dah tua. Macam tak hendak sedar

dirilah pula. Fikirnya lagi.

Usai makan tengah hari, kami bergerak

pulang.

“Mak, ayah... Nad minta diri dulu ya. Nak

balik dah ni. Jaga diri na.”

Aku bersalaman dengan kedua orang tua ku.

Sebelum berpelukan dengan emak.

“Haa.... kamu tu jaga diri baik-baik. Jangan

buat keputusan yang salah.” Pesan emak lagi. Aku

mengerutkan dahi. Semacam tidak memahami

kata-kata emak. Selalunya kata-kata emak penuh

dengan pelbagai makna.

210


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Baiklah, mak.” Kemudian aku lihat lelaki itu

bersalaman dengan ayah ku. Sebelum kami

beredar dari situ.

“Terima kasih ya, bang. Kakak. Atas layanan

baik pada saya.”

“Mai lagilah na. Jangan serik.” Balas ayahku

lagi. Menggenggam erat tangan lelaki itu.

Lelaki itu mengangguk laju.

“Kami minta diri dulu ya. Assalamualaikum.”

Di dalam perjalanan, aku langsung tidak

bersuara.

“Nad. Mana klinik dekat area ni?”

“Huh?”

“Klinik. Kepala tu masih sakit kan? Biar uncle

tengok dulu.” Tanpa disuruh, dia memberhentikan

kereta di tepi jalan dan terus menarik aku

kepadanya.

Kepala aku ditundukkan sedikit dan

diperiksanya benjol di kepala.

“Tadi kenapa tak letak ubat?”

“Nanti takut mak tanya kenapa.” Jawabku

selamba.

Dr. Nasrul memeriksa.

“Hmm... benjol saja. Selagi Nad tak pengsan

dan masih sedar macam ni. Tak ada concussion.

Itu petanda baik.”

Petanda baik apanya kalau dia sampai boleh

peluk aku macam tu?

“Klinik ada kat pekan. Tapi kalau Nad ambil

panadol aje boleh kot?”

Malas pula hendak ke klinik.

“Tak boleh. Kena cek jugak ni.”

211


HASREEYATI RAMLI

“Nad okey dah ni.”

Rasa sakit kepala sahaja.

“Tak boleh. Kena cek dulu.”

Lelaki itu memulas sterengnya semula dan

mencari klinik yang berdekatan.

Keluar dari klinik. Aku terserempak lagi

dengan Syukri. Ya Allah. Apalah bala yang datang

ni.

“Hai, Nad. Jumpa lagi. Awat hang pi klinik ni?

Hang mengandung ka?” Mukanya terkejut melihat

keadaan diriku. Monyok sahaja. Kepalaku rasa

berdenyut-denyut sebenarnya.

“Ha la. Dah nikah. Kenalah mengandung.

Tidak ni, nikah buat pa!” Aku menolak bahunya

untuk melepasi dirinya. Malas hendak menjelaskan

apa-apa padanya.

“Tapi awat hang tak buat kenduri pun? Aku

pun hang tak panggey?” Matanya lagi terjegil

memandangku.

“Kena panggey ka? Dah lah. Aku nak balik KL

ni. Sakit pala dengaq hang pok-pek lagu ni.”

Lelaki di sebelah ku hanya mendiamkan diri.

Tidak berkata apa-apa. Hanya mengekori ku dari

belakang.

“Kenapa Nad tak bagitau siapa uncle?”

soalnya sebaik sahaja kami masuk ke dalam kereta.

“Ah, malas. Tak ada gunanya pun.”

Lelaki itu tersenyum.

212


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kalau betul kan bagus.”

Tiba-tiba aku mencubit bahunya dengan

sekuat hatiku.

“Aduhhhhh....”

Lelaki itu berpaling ke arahku.

Ku fikir dia mahu memarahi ku.

Tetapi tidak.

Namun hanya tersenyum melihat aku

menjengilkan mata ke arahnya dan berjalan laju ke

kereta kami.

Sepanjang perjalanan, aku terpaksa juga

melayannya berbual.

“Nad, uncle minta maaf ya. Uncle janji uncle

takkan buat macam tu lagi.

Apa yang harus aku katakan sebenarnya?

Apakah berbaloi jika aku memarahinya pun?

“Okeyla...” ujarku perlahan.

“Apa? Maksud Nad okey kalau uncle peluk

Nad lagi?” Soalnya. Menoleh sebentar ke arah.

Kemudian tergelak kecil.

“Eh, uncle ni! Taklah! Hee....geramnya...

Nanti ada kang orang kena cubit lagi ni.” aku

hairan kerana aku melayaninya seperti mana aku

melayani seorang lelaki dan bukan seorang bakal

bapa mertua sendiri.

Oh, tidak.

Lagi sekali. Apa yang tidak kena denganku

ini?

Soalku berkali-kali.

Kemudian aku teringatkan Nazim. Pasti dia

susah hati denganku.

213


HASREEYATI RAMLI

“Uncle, telefon Nad. Hmm.... ada uncle

jumpa tak?” apa yang aku ku harapkan darinya?

Dia tolong cari telefonku di sungai tadi? Kalau

jumpa pun mesti di dalam air.

“Hmm... ada. Tapi dah pecah. Terendam

dalam air pulak tu.” Jelasnya lagi.

“Allah...Macamana ni... Nanti Nazim nak call

Nad tak dapatlah...” Aku merungut lagi.

Termenung lama. Semua nombor ada di

dalamnya.

“Nanti sampai kat KL, kita beli lain.”

Aku terdiam seketika. Mengenangkan

duitku yang sudah ketirisan bagi bulan ini. Jika aku

hendak membeli telefon baru pun aku terpaksa

menunggu gaji pada bulan hadapan.

“Tak apalah, uncle. Tunggu bulan depanlah.

Nad bukan banyak duit sangat ni.”

Lelaki itu tergelak kecil.

“Pokai dah ke?”

Aku mengerutkan dahi. Geram.

“Iyalah. Iyalah. Nad bukan gaji banyak

macam uncle.” Aku sengaja seolah-olah

merendahkan diri begitu. Tetapi memang betul

pun. Jika hendak dibandingkan gaji seorang

penolong pengurus di sebuah syarikat swasta yang

kecil dengan pemilik sebuah hospital swasta yang

besar.

Lelaki itu terdiam.

214


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Uncle tahu. Sorry. Uncle nak bergurau aje.

Napa Nad ni, sensitif semacam aje. Dah tak tahan

bergurau dengan uncle ya?” Dia tersenyum sedikit.

“Hmm... tak adalah, uncle. Tapi memang

betul pun.”

“Nanti kita beli lain.”

Aku mengerutkan dahi.

“Kita?”

Lelaki itu tersenyum memandangku.

Kami sampai pada tengah malam. Entah

berapa kali aku tertidur. Dan lelaki itu tidak pula

mengganggu lenaku.

Kecuali apabila berhenti di R&R sahaja dia

akan mengejutkanku. Itupun setelah beberapa

lama dia merenungku yang sedang lena. Entah

mengapa aku boleh merasakan diriku sedang

diperhatikan walaupun aku sedang tidur.

Terasa seseorang menyentuh lembut

bahuku. Aku terjaga dan melihat wajahnya

tersenyum memandangku.

“Kita dah sampai ke, uncle?” Aku mengeliat

kecil. Tanganku terkena dadanya. Dia menangkap

tanganku itu.

“Hai... macam budak-budak kecillah kamu ni,

Nad.” Kemudiannya meletakkan tanganku di

tangannya.

Aku berpaling ke arahnya.

Aku tahu dia menunggu reaksiku.

Kami berpandangan seketika.

Kemudian aku menarik tanganku darinya.

Aku gementar kali ini.

215


HASREEYATI RAMLI

Satu perasaan yang tidak kumengerti tibatiba

menular di dalam denyut nadiku.

Kenapa dengan aku ni?

“Nad minta diri dulu ya, uncle. Terima kasih

sebab bawa Nad balik.” Aku tahu aku hanya mahu

naik ke atas katilku dan tidur sebelum esok

menjelang.

Lelaki itu mengangguk kecil.

“Okey. Nak uncle hantar sampai ke atas tak

ni? Bahaya tu sorang-sorang tengah malam orang

perempuan balik malam macam ni.” Dia

menjengah ke atas. Memang suasana di kawasan

kondo itu agak terang benderang di bahagian

parkirnya. Namun ada juga sudut yang gelap. Tidak

berlampu.

“Eh, tak apalah, uncle. Nad dah biasa

dengan kawasan ni.”

Aku seboleh-bolehnya tidak mahu jenuh

menjawab dengan Kinah.

Bukannya tidak tahu macamana mulutnya.

Di wajahnya ada garis kerisauan yang nyata.

Aku naik lif seorang diri akhirnya setelah

berbalah dengannya seketika.

Di muka pintu, aku mendapati Kinah sedang

menungguku sambil menonton t.v. di ruang tamu.

“Ha, dah balik?” Dia bingkas bangun.

Membantu aku menarik beg roda ke arah depan

bilikku.

216


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Iya.... “ aku duduk di sofa. Melunjurkan

kaki ku ke hadapan. Memejamkan mataku seketika.

“Kenapa kau tak call aku balik? Puas aku call

kau berkali-kali lepas malam tu. Siang tadi pun aku

call. Kau tak angkat-angkat jugak. Kau ni kenapa?”

Soal gadisku bertalu-talu.

Aku masih lagi memejamkan mata sambil

menggeleng. Dan menggawangkan tanganku.

Aku dengar dia menghela nafas panjang.

Penuh dengan rasa kecewa.

“Hish kau ni....kau tau tak, aku risaukan kau?

Kau tau tak, Nazim tak henti-henti call aku, cari aku

lagi tadi. Tadi pun dia baru balik.”

“Tadi? Tadi bila tu?”

Aku membuka mata. Bingkas bangun dan

mengadapnya. Berfikir sesuatu.

“”Tadi maksud kau sebentar tadi? Tapi aku

tak nampak dia pun.” Aku cuba berfikir sesuatu.

“Iya. Baru sebentar tadi. Aku rasa kau dah

berselisih dengan dialah. Haa...” Tingkah Kinah

lagi.

“Serius???”

“Iya... buat apa aku nak tipu kau...”

Aku harap dia tidak nampak bapanya

memegang tanganku di dalam kereta bapanya tadi.

Dan aku mengharapkan dia tidak ternampak

kemesraan di antara kami tadi.

217


HASREEYATI RAMLI

Pada keesokan harinya.

Nazim menunggu ku di tingkat bawah

kondominium ku. Di awal-awal pagi lagi. Dia

menelefon Kinah dan rasanya Kinah telah

memaklumkan padanya tentang kehilangan telefon

ku itu.

Terkejut juga aku dibuatnya kerana sebaik

sahaja aku mahu membuka kereta, seorang lelaki

tiba-tiba menolak pintu kereta ku semula.

“Tolong!” Jerit ku secara spontan dan

segera berpaling ke belakang ku.

Nazim kelihatan tidak seperti Nazim yang ku

kenali selama ini. Wajahnya merona merah.

Nafasnya turun naik dengan laju.

“Nad... Just tell me... Apa yang you dah buat

dengan papa I di belakang I?!” Nazim

menggoncang kedua belah bahu dengan sekuat

hatinya. Aku tidak menduga semua itu datang dari

seorang lelaki yang aku cintai selama ini. Kekuatan

lelaki itu sudah semestinya mengatasi kekuatan ku.

218


MERTUAKU, MY SOULMATE

Dan aku tidak dapat menepis kedua belah

tangannya walaupun aku cuba menolaknya dari ku.

“Zim! Lepaskan Nad! Sakitlah....” aku

merayu padanya. Kemarahan yang jelas terpapar

di wajahnya membuatkan aku menjadi terlalu takut

dengannya. Apakah tindakan yang akan dilakukan

olehnya selepas ini? Itu yang aku takuti.

Nazim kemudiannya menolak aku masuk ke

dalam kereta ku dan cuba mencium aku dengan

kasar. Suatu yang tidak kuduga darinya.

Aku masih lagi bergelut dengannya untuk

menghalang perlakuannya itu.

“Nazim! Stop it!” aku menjerit cuba

menyedarkannya.

“Nak sangat ya menggatal dengan orang tua

aku, ha?! Mari aku puaskan kau di sini jugakjugak!”

Jerit lelaki itu lagi

Aku terkejut mendengar tuduhan yang tidak

berasas itu.

“Nazim! Stop it! You dah sakitkan I!” Aku

menjerit lagi dan menendang-nendang dengan

kuatnya.

“I tak buat apa-apa pun dengan papa

youlah! Stop it, Zim!” Aku menamparnya berkalikali

dan dengan menolak dirinya dari dadaku

sekuat hati. Oh Tuhan. Tolonglah aku kali ini.

“Nazim!” Jerit satu suara di belakang ku.

Mujur pada masa yang sama Kinah yang

agak lambat turun di bawah, menarik lelaki itu

dengan kuatnya.

Lelaki itu hampir terpelanting jatuh ke lantai

simen kawasan parkir itu. memang jika kita berada

219


HASREEYATI RAMLI

di dalam keadaan ketakutan, kita akan mempunyai

satu kekuatan tambahan yang lain. Dan itulah aku

rasa berlaku pada Kinah.

“Kau pergi dari sini, sial!” Jerit Kinah sambil

menyepak-nyepak lelaki itu tanpa belas kasihan.

Niatnya hanya satu. Menghalau lelaki itu dari

menyakiti temannya lagi.

Lelaki itu bangun dalam kepayahan.

Mulutnya berdarah. Rambutnya berkecamuk dan

nafasnya masih lagi turun naik.

Disekanya darah yang mengalir di hujung

bibir dengan hujung lengannya.

Aku merasa kasihan melihatnya. Namun aku

sendiri terketar-ketar bangun dari keretaku dan

menyembamkan muka ku ke stereng kereta ku

sebelum menangis semahu-mahunya.

Kinah menoleh ke arah ku dan mendapatkan

ku semula. Dia memeluk tubuh ku seerat-eratnya

dan cuba menenangkan diri ku kembali.

“Shh.. shh....semuanya dah okey, Nad.

Semuanya dah okey...” bisiknya lagi di telinga ku.

Setelah beberapa lama aku melihat dari

hujung mata ku yang Nazim sudah berlalu dari situ.

“Dia dah pergi, Nad. Dia dah pergi....” aku

masih lagi tersedu-sedu menahan kesedihan yang

amat melampau. Kinah masih memeluk ku dengan

erat menenangkan ku.

Aku tidak tahu apa yang harus aku katakan

tentang lelaki itu.

220


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kenapa dia buat aku macam tu, Kinah...

kenapa...” berkali-kali aku bertanya padanya dalam

keadaan yang terketar-ketar.

Kinah menggeleng kepala dengan laju. Dia

juga amat sedih melihat aku masih lagi berada di

dalam keadaan terkejut seperti itu.

Masih lagi trauma dengan kejadian tadi.

“Aku.. aku tak tahu Nad... Aku agaklah dia

cemburu. Tadi dia call aku. Aku cakap fon kau

hilang. Dia tak percaya. Tapi aku tak sangka pulak

dia dah ada di bawah masa tu.” Jelas Kinah lagi.

Aku mengangguk perlahan. Masih lagi

ditenangkan oleh Kinah.

Akhirnya aku berasa sedikit lega dan

menolaknya perlahan-lahan dari ku.

Memperbetulkan rambut ku dan baju ku yang

sudah berkeronyok.

Aku melihat keadaan baju ku itu.

“Kinah... baju aku dah keronyok macam ni.

Macamana aku nak pergi kerja ni? Aku.. aku...”

Kemudiannya aku menangis lagi. Mujur juga Kinah

cepat membantu ku. Jika tidak, entahlah apa yang

akan terjadi pada ku sebentar tadi.

Kinah memeluk ku lagi. Cuba menenangkan

ku kembali.

“Aku rasa kau berehat dulu hari ni, ya? Tak

payah pergi kerja. Nanti aku bagi tau kat pejabat

kau, okey?”

Aku mengangguk dan Kinah menghantar ku

naik semula ke rumah kami.

“Kau okey ke sorang-sorang ni?”

221


HASREEYATI RAMLI

Aku mengangguk perlahan dan berlalu ke

bilik air.

Kemudiannya menyalin baju ku.

Aku duduk mengerekot lama di atas katil

sambil puas memikirkan tingkah laku Nazim yang

aku tidak dapat aku terima itu.

Sama sekali bukan lelaki yang aku kenali.

Lembut, penyayang dan tidak pernah sekalipun

berkasar dengan ku. Apalagi melakukan kekasaran

seperti tadi terhadap ku.

Aku cuba memikirkan segala kata-katanya

tadi.

“Kau menggatal dengan bapa aku ya!”

Masa bila pula aku menggatal dengan

bapanya?

Cuma seingat aku, ketika aku mengeliat

sedikit apabila terjaga dari tidur aku bertindak

spontan. Dan itu bagiku bukan menggatal.

Kemudian ketika bapanya menghulurkan

pemegang beg rodaku, jari jemari kami

bersentuhan dan kami berpandangan seketika.

Namun tidak bermakna apa-apa pun.

Semuanya bukan dirancang. Semuanya bukan

disengajakan.

Itukah yang dikatakan menggatal?

Tidak. Aku sama sekali tidak dapat

menerima alasan itu.

Dan aku tidak pernah berniat sama sekali

untuk berfikiran kotor seperti itu.

222


MERTUAKU, MY SOULMATE

Cuma aku menyesali kekasarannya tadi dan

kepalaku terasa berdenyut-denyut semula.

Rasanya aku tidak sedar kepala ku terhentak di

mana-mana ketika aku bergelut dengan Nazim

tadi.

Segera aku mencari ubat ku dan

mengambilnya. Lalu kusuapkan ke dalam mulut.

Terasa menuruni kerongkong ku.

Kemudiannya aku tidak sedar bila masanya

aku terlelap.

Cuma tidak lama kemudian, di dalam mimpi

ku aku terdengar bunyi loceng di rumah ku berkalikali.

Membingitkan telinga ku sehingga aku

terpaksa keluar dari mimpi ku.

Mungkin itu Kinah. Terlupa hendak

membawa kunci rumah bersama. Selalu Kinah

terlupa begitu.

“Kejaplah Kinah. Kejap. Aku dah nak buka

pintu ni. Aku-“ dalam kepayahan dan kepala yang

masih berat aku menggagahi juga untuk bangun.

“Un...uncle?”

Aku tergagap-gagap menyebutnya sebaik

sahaja pintu terbuka, aku mendapati lelaki itu

berdiri di depan ku. Cuma grill sahaja yang masih

lagi membataskan kami.

“Nad, kamu tak apa-apa? Tadi uncle telefon

Kinah. Kinah yang bagitau semua.” Oh tidak.

Kenapalah Kinah ni?

Tapi macamana dia tahu nombor Kinah?

“Nad, buka grill ni. Biar uncle periksa kamu.

Kepala kamu sakit semula tak ni?”

223


HASREEYATI RAMLI

Aku tidak dapat menafikannya. Kepala ku

memang terasa sakit yang amat sangat. Mungkin

kerana bergelut di dalam kereta tadi.

Aku mengangguk perlahan. Dan membuka

grill itu. Membenarkan dia masuk ke dalam.

Tanpa ku duga, dia menarik aku ke dalam

pelukannya. Lagi sekali.

“Nad... maafkan uncle sebab semua ni

terjadi sebab uncle...” bisiknya di telinga ku. Aku

tidak dapat berkata apa-apa.

Aku ingin menolak dadanya namun tidak

terdaya. Naluri ku sendiri inginkannya. Aku sedang

berperang dengan perasaan ku sendiri sebenarnya.

Berada di dalam pelukan lelaki ini dengan

berada di dalam pelukan Nazim adalah dua situasi

yang berbeza.

Perbezaan itu terlalu ketara rupanya.

Apakah yang sedang berlaku pada diri ku ketika ini?

Aku kemudiannya menangis teresak-esak di

dalam pelukannya. Aku sudah tidak dapat

melawan naluri yang terlalu aneh kurasakan ketika

ini.

“Nad...Shh.. jangan menangis. Uncle dah

ada ni... uncle akan jaga Nad...hmm?” ujarnya

dalam nada berbisik. Dan mengusap-usap

rambutku dengan tangannya.

Oh tidak. Mengapa aku berasa selesa dan

amat selamat dengan lelaki ini? Mengapa aku tidak

merasai semua itu dengan Nazim?

224


MERTUAKU, MY SOULMATE

Tidak. Ini adalah salah. Ini tidak sepatutnya

berlaku. Aku tidak boleh mempunyai perasaan ini

selain dari pada Nazim. Tetapi apa yang Nazim

sudah lakukan pada ku sehinggakan aku ada naluri

ini terhadap lelaki lain?

“Uncle... Nad rasa... Nad rasa...” aku cuba

bercakap dalam keadaan sendu begitu sehinggakan

suara ku kedengaran agak pecah dan kasar.

Bersulam dengan serak-serak basah.

“Shh.... jangan cakap apa-apa Nad. Rehat

dulu...Hmm?” Kemudian aku bagaikan terpukau

oleh pujukannya.

Kemudian setelah beberapa lama begitu,

lelaki itu meleraikan pelukannya. Masih lagi

memaut pinggang ku namun tidak melepaskan ku

lagi.

Tangan kanannya menolak rambut ku ke

tepi. Disekanya air mata ku yang masih lagi

mengalir.

“Nad... dahlah. Jangan sedih, okey. Mari,

uncle tengok kepala Nad dulu.” Dia memeriksa

kepala ku seketika. Kemudiannya memeriksa

tangan ku dan mendapati ada sedikit lebam.

“Nazim buat ni pada kamu, Nad? Ya Allah...”

suaranya bergetar. Aku tidak pasti sama ada nada

itu kerana marah atau apa.

“Dia cuma salah anggap saja, uncle. Tak ada

apa-apa sangat.”

Lelaki itu berhenti memeriksa ku.

Dahinya berkerut.

“Nad masih lagi nak bela anak uncle tu? Ya

Tuhan. Walaupun dia dah cuba buat macam ni

225


HASREEYATI RAMLI

pada Nad?” soalnya lagi. Bagaikan tidak

mempercayai kata-kata ku tadi.

Aku merenung memandangnya.

“Uncle... dia kan anak uncle. Dia cuma

cemburu lihat uncle dengan Nad. Tu saja. Nanti

Nad akan cuba jelaskan pada dia, okey?”

Lelaki itu bingkas bangun.

Berjalan mundar-mandir di hadapan ku.

“No! Nad tak boleh maafkan dia. Dia dah

melampau! Faham tak ni?” tiba-tiba lelaki itu

menyergah. Aku terkejut mendengar kata-katanya.

Dahi ku berkerut seketika.

“Apa maksud uncle ni?” aku tidak faham.

“Pagi tadi dia balik ke rumah. Dengan mulut

berdarah. Uncle baru nak keluar. Uncle tanya

mengapa. Dia terus serang uncle.” Tetapi mujurlah

dia tidak apa-apa. Kerana sempat mengelak dan

menepis anak lelakinya yang cemburu buta itu.

“Ya Tuhan... lepas tu? Dia ada mana?”

Lelaki itu menggeleng.

“Dia keluar dari rumah sambil menyumpahnyumpah

dan uncle tak tahu dia di mana sekarang

ini.” Tambah lelaki itu lagi.

Aku berasa bimbang kerana aku sedar, di

dalam keadaan begitu, Nazim mungkin bertindak

sesuatu di luar dari kebiasaannya.

“Uncle.... baik uncle balik. Nad tak nak dia

tahu uncle ada kat dalam rumah Nad. Sebenarnya

Nad tak pernah pun bawa dia masuk ke dalam

226


MERTUAKU, MY SOULMATE

rumah ni.” Jelas ku. Kemudiannya mula terfikir

sesuatu.

“Really?”

Aku mengangguk laju.

“Hmm... tapi macamana dengan kamu.

Dalam keadaan macam ni kamu tak boleh

bersendiri.”

Aku menggeleng.

“No, uncle. Uncle kena keluar sekarang.

Sebelum Nazim datang.” Ujar ku lagi.

Lelaki itu merenung ku lama sebelum

memutuskan untuk beredar dari situ.

“Okeylah kalau kamu kata macam tu. Tapi

kalau ada apa-apa. Call uncle, ya?”

Kemudian dia terfikirkan sesuatu.

“Oh, my. Terlupa. Kamu dah tak ada fon.”

Kemudian dia mengeluarkan sesuatu dari poket

bahagian dalam kot yang dipakainya. Sut tiga lapis.

“Nah. Ambik ni. Uncle beli semalam.”

Telefon baru itu masih lagi di dalam kotak kecil.

Aku terdiam seketika.

Haruskah aku menerima pemberian ini?

Serba-salah aku dibuatnya. Dia membuka tapak

tanganku. Memaksa aku menerimanya.

“Tak perlu cakap apa-apa. Call uncle jika ada

apa-apa, hmm?” pesannya lagi. Menggenggam

tanganku dengan erat sebelum berlalu pergi.

Aku tidak terkata apa-apa.

Hanya mengunci grill semula sebelum

berlalu ke bilik tidur ku.

227


HASREEYATI RAMLI

Aku perasan kelibat seseorang. Namun tidak

pula memeriksa apa-apa kerana mungkin jiran

sebelah rumah ku.

228


MERTUAKU, MY SOULMATE

Tak guna! Memang dah sah mereka ada

hubungan. Jerit hati Nazim lagi.

Dia terus pulang ke rumah sebaik sahaja

selepas terjadinya perbalahan antara dia dan gadis

itu dan juga teman serumah gadis itu.

Dia tidak menyangka pulak papanya masih

ada di dalam rumah. Terlupa pula dia hendak

melihat sama ada kereta papanya ada atau tidak.

“Papa?”

Ketika dia hendak menaiki tangga ke tingkat

atas untuk membersihkan dirinya dan menukar

baju yang lain, mereka saling terserempak.

Berkerut dahi orang tua itu melihatnya.

“Zim? Kenapa ni?” Tangan orang tua itu

mahu menyentuh hujung bibirnya. Nazim menepis

tangan papanya dengan kasar. Wajahnya merah

padam menahan marah.

“Jangan sentuh aku!” Jerkah Nazim lagi.

Terketar-ketar dia mengungkapkannya. Pertama

kali dalam seumur hidupnya selama 29 tahun itu

dia meninggikan suara pada orang tuanya. Itu

adalah pantangnya. Namun hari ini, semua itu

sudah dilanggarinya.

229


HASREEYATI RAMLI

“Nazim! I am your dad! Remember!” Balas

Dr. Nasrul lagi. Memegang tangan anaknya yang

baru sahaja menepisnya tadi. Dia tidak pernah

sekalipun mengangkat tangan terhadap anak

tunggalnya itu. Namun kali ini, mungkin tidak.

Bergegar dada Dr. Nasrul dibuatnya apabila

mendengar anaknya menjerkahnya begitu. Kenapa

sampai begitu sekali jadinya? Apa yang telah

terjadi?

“Huh! Dad? Papa ni jenis apa ya? Rampas

kebahagiaan Nazim?! Papa ingat papa siapa, hah!”

Jerkah Nazim sekali lagi. Matanya bagaikan mahu

terjojol keluar menahan marah. Urat-urat di dalam

matanya melingkar keluar dari mata hitamya

memenuhi ruangan mata putihnya. Memang dia

terlalu marah.

Nazim menarik tangannya dengan kasar.

“Apa yang kamu cakapkan ni?” Dr. Nasrul

menuruni anak tangga hingga ke bawah.

“Papa! Nanti dulu. Nak lari ke mana? Cakap

dengan Zim. Apa yang papa dah buat pada Nad

sampai-“

Dr. Nasrul memotong cakap anaknya.

“Sampai apa, ha? Sampai apa!”

Kali ini Nazim menahan dirinya dari

menumbuk bapanya sendiri. Walaupun itulah yang

ingin dilakukan sejak dari dia melihat kemesraan

bapanya tadi dengan kekasih hatinya itu.

230


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kenapa papa bermesra sampai begitu

sekali, ha?” Jerkah Nazim lagi.

Datin Zarila yang masih ada di atas terdengar

bunyi orang bertengkar. Kemudiannya bergegas

keluar dari biliknya.

“Apa bising-bising ni?” Dia melihat suami

dan anaknya sedang bergaduh di bawah.

Keduanya seakan sedang bertekak mengenai

sesuatu yang tidak diketahui puncanya itu.

Nazim melihat ibunya turun ke bawah. Dia

sedar, dia tidak boleh membiarkan ibunya tahu

tentang perkara itu. Biarlah dia berurusan sendiri

dengan bapanya dan juga gadis itu.

Patutlah sejak dari semalam lagi gadis itu

tidak mahu mengangkat telefonnya. Walaupun

hatinya cuba menidakkan prasangka buruk di

dalam jiwanya, namun hasutan syaitan lebih lagi

mengganggu-gugat jiwanya.

“Mama, Nazim minta maaf.” Dia akhirnya

keluar meninggalkan rumah itu.

Entah apa yang bermain di dalam fikirannya

hinggakan dia tidak tahu ke mana dia harus tuju

selepas ini. Sepatutnya pagi ini shifnya di hospital

seperti biasa, namun kerana dia mahu

menguruskan hal peribadinya, dia meminta

temannya menggantikannya.

Dia berhenti dahulu mengisi perutnya yang

lapar dan kemudian berfikir lagi di mana silapnya

hubungannya dengan gadis itu. Hinggakan gadis

itu sanggup menduakannya.

Dan yang lebih teruk lagi, lelaki itu ialah bapa

kandungnya sendiri.

231


HASREEYATI RAMLI

Dia perlu mendapatkan penjelasan dari gadis

itu sendiri tentang apa yang dilihatnya. Sejak dari

malam tadi dia tidak dapat melelapkan tidur, dan

cuba menelefon gadis itu berkali-kali. Namun

ternyata gagal. Akhirnya dia terpaksa menunggu

sehingga siang untuk pergi ke kondo gadis itu dan

mendapatkan penjelasan yang sebenarnya.

Namun kerana terlalu marah, dia hilang

pertimbangan dan hampir-hampir memperkosa

gadis itu. Itulah kesilapan terbesar yang dilakukan

olehnya.

“Nad.”

Kali ini aku tidak jadi mengunci grill lagi. aku

mengecam suara itu.

Aku memejamkan mata seketika sebelum

berpaling ke arahnya.

Wajah lelaki itu kelihatan muram. Bibirnya

kelihatan masih lagi tidak dicuci lukanya. Apa yang

telah berlaku padanya selepas dia melarikan diri

tadi?

“Zim...”

Lelaki itu memegang pintu grill rumah ku.

“Nad...benarkan I masuk. I.. I nak minta

maaf pasal ... pasal pagi tadi. Pastu-“

Aku menggeleng.

“Baliklah dulu, Zim. Tenangkan hati you dulu.

You dah melulu tuduh I macam-macam...” grill itu

menjadi pemisah kami. Aku tidak berani

232


MERTUAKU, MY SOULMATE

membukanya semula kerana takut dia akan

mengapa-apakan aku. Di dalam keadaan situasi

mentalnya yang sebegini, aku tidak yakin dia akan

berfikir dengan sempurna.

“Nad... please...I need to talk to you...”

ujarnya lagi dengan wajah yang penuh mengharap.

Aku menggeleng.

“Oh ya, lupa nak cakap. Telefon I terjatuh

dalam sungai. Sebab tu I tak dapat nak call you.

Jadi you jangan nak fikir yang bukan-bukan.”

Lelaki itu terdiam seketika tatkala

mendengar penjelasan dari ku itu.

“Tapi malam tadi kenapa I nampak you

bermesraan dengan papa I dalam kereta? Atau

mata I yang salah menilai?”

Aku memejamkan mata. Cuba

mengingatkan kembali hal malam tadi.

“Apa yang you tengok?”

“You letak tangan you kat papa I...Kemudian

papa I pegang tangan you.”

“Ya Allah.... Itu ke? I terjaga dan mengeliat.

Tak sedar tangan I terkena papa you. Dia letak

tangan I kat tepi. Tu saja. Bukan I menggatal apaapa

dengan dia.”

Lelaki itu terdiam. Dia tertunduk ke bawah.

Terasa menyesal kerana dek rasa cemburu yang

terlalu melampau dia bertindak begitu.

“Nad.. pagi tadi I minta maaf. I cuma nak

tanya you saja. Bukan apa. Tapi entahlah, I dah...”

rasa serba salah di dalam nada suara lelaki itu.

Terasa kasihan pula aku dibuatnya. Aku tahu dia

233


HASREEYATI RAMLI

tidak bermaksud untuk bertindak seperti tadi

kerana itu bukanlah dirinya yang ku kenali.

“Kalau I benarkan you masuk, you kena janji

you takkan berkasar dengan I.” Adakah aku dapat

mempercayainya kali ini? Aku percaya, jika aku

ingin menjadi teman hidupnya, aku harus

meletakkan kepercayaan padanya selepas ini.

Namun masalahnya, adakah aku dapat

mempercayai diri ku sendiri?

Kunci grill ku buka akhirnya.

Aku berlalu ke dalam rumah ku.

Sebaik sahaja Nazim masuk ke dalam rumah

ku, dia menghampiri ku. Tetapi menjarakkan

dirinya dari ku.

“Nad, maafkan I sebab pagi tadi. I benarbenar

celaru dengan apa yang I nampak. You okey

tak ni?” Risau dia dibuatnya.

“Boleh I periksa you? Nak tengok apa yang I

dah buat tadi....So stupid of me...” Jujurkan dia?

Aku mengangguk. Aku sendiri tidak

memeriksa kalau ada terluka di mana-mana atas

kekasarannya tadi. Cuma aku tahu kepala ku masih

sakit.

“Duduk kat sofa.”

Aku akur.

“Kejap I nak tengok tangan you.”

Aku menghulurkan tangan ku padanya.

Rupanya aku tidak perasan yang pergelangan

tanganku sudah naik lebam.

234


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ya Allah... apa yang I dah buat pada you ni,

Nad... Maafkan I, sayang...” aku melihat ada

kekesalan di wajahnya. Dia berkali-kali

menggelengkan kepala. Mengerutkan dahinya.

Bimbang agaknya dengan apa yang dilakukannya

terhadap ku itu.

Ku lihat ada air mata mengalir di hujung

matanya. Adakah dia menangis?

“Zim? You menangis ke ni?” Perlahan aku

bertanya padanya. Dia hanya terdiam. Tidak

menentang mata ku.

“Zim?” Barulah dia mengangkat mukanya.

Ya. Memang dia menangis. Dan inilah kali pertama

aku melihatnya menangis di hadapan ku.

“I... I tak boleh maafkan diri I, Nad...I ... I dah

buat macam ni pada you...” sesak dadanya

menahan rasa. Terasa bersalah pun ada. Tetapi

apa yang dilakukan olehnya tadi bukanlah sesuatu

yang boleh diambil mudah.

Nazim kemudiannya memegang tanganku.

“Nad, I tau I yang salah. I... I entah apa-apa

cemburu dengan papa I sendiri. Bodoh, kan I?” Dia

kemudiannya tergelak kecil. Menyeka air matanya

yang mengalir dan kemudiannya menggenggam

kedua belah tangannya dengan erat.

“I rasa I jadi macam ni sebab I terlalu

cemburu. I dah tak boleh berpisah dengan you,

sayang. I dah tak boleh tidak ada you dalam hidup

I! You faham tak ni?” Kata-katanya begitu

meyakinkan.

235


HASREEYATI RAMLI

“Fon I jatuh dalam sungai, okey. Jadi I tak

boleh nak call atau terima call you.” Aku cuba

menjelaskan sekali lagi padanya.

Dia mengangguk laju sambil memejamkan

mata.

“I know, I know. Nanti I belikan lain untuk

you, ya.” Dia menepuk-nepuk belakang tangan ku.

Dia kemudiannya memandang ke arah

dapur.

“Ada ketul ais tak ni?”

“Nak buat apa?”

“Nak tuam pada lebam ni. Nanti cepat baik.”

“Ohh.. bukan kena tuam ngan benda panas

ke?” soal ku lagi.

Dia menggeleng laju. Tergelak. Dia sudah

tidak menangis lagi.

“Tak. Itu dah salah. Sebenarnya bila lebam,

maknanya pembuluh darah you dah pecah. Jadi

you kena pulihkannya dengan benda sejuk.

Barulah dia cepat hilang lebam tu.”

“Oo.. “ Ujarku. Mengangguk perlahan.

“Ada. Dalam peti ais tu.”

“Tuala kecil?”

“Kitchen towel ke?”

“Yang bersih dah okey.”

Aku cuba mengingatkan sesuatu.

“Ada rasanya dalam drawer kitchen cabinet

tu.” Tambah ku lagi. Rajin pula dia hendak mencari

semua itu. Tetapi memang dia melakukannya.

236


MERTUAKU, MY SOULMATE

Tiba-tiba kepala ku rasa berdenyut kembali.

“Aduh...” aku segera memegang tempat

yang berbenjol di belakang kepala ku. Rasa

berdenyut-denyut di situ.

“Nad? Kenapa dengan kepala you? Sebab I

tolak tadi ke? Ya Allah... maafkan I, sayang...”

dengan pantas dia mengalihkan tubuhku dan

memeriksa kepala ku.

“I did this to you?” soalnya lagi dalam nada

terkejut.

“Ya Allah...”

Aku menggeleng. Takkan pula aku hendak

menceritakan kebodohan aku berlari di atas batu

sungai?

“Tak... Bukan sebab you..”

Nazim tidak mempercayai kata-kata ku. Dia

sibuk memeriksa bahagian kepala ku yang lainnya.

“How can I be so selfish....” suaranya

kembali serak.

Aku berpaling ke arahnya semula.

Menolak tangannya dari ku.

“You are not selfish, okay. You are just

jealous.” Ujar ku lagi. Tidak tahu mengapa harus

memujuknya pula. Mungkin sebab aku tidak perlu

menjelaskan apa-apa padanya. Rasa bersalah atas

sebab yang lain pula mula bertakhta.

Dia kemudiannya tersenyum sedikit.

Menarik nafas panjang.

“Ya... I guess so. Tapi dah lebam merata

tempat ni. Esok you datang ke hospital, boleh kan?

Kita buat thorough checking, hmm?” Ha, sudah.

237


HASREEYATI RAMLI

Buang masa aku sahaja. Sudahlah esok aku kena

masuk kerja.

“Eh, eh. Tak perlu semua tu. I akan okey

esok ni. I nak kena pergi kerja. Remember?” Aku

cuba mengingatkannya kembali.

“You ni memang degil, kan?”

“Tapi you tetap sayangkan I, kan?” Sengaja

aku menebak soalan itu.

Lelaki itu tersenyum memandang ku.

238


MERTUAKU, MY SOULMATE

Pada keesokan harinya, aku cuba bangun.

Namun kepala ku masih berdenyut-denyut. Aku

gagahi juga untuk bangun kerana aku tidak mahu

lambat ke pejabat.

Aku melihat di luar tingkap. Langit sudah

semakin mahu cerah. Aku perlu lebih awal bersiap.

Tetapi aku terlihat kereta Nazim ada di bawah.

Berkali-kali aku melihat untuk memastikannya.

Ya Allah. Bertuah betullah. Takkan dia

berada di sana sepanjang malam?

Aku tidak mempunyai telefon untuk

memastikannya.

Tetapi aku tetap perlu memastikannya.

Aku segera berlalu ke bilik Kinah.

Mengetuk pintu biliknya.

“Kinah, tolong bagi fon kau jap.”

Kinah yang masih dalam keadaan mamai

dengan rambut tidak terurus kerana baru jaga dari

tidur menggenyeh matanya.

“Huh? Kenapa? Kau okey ke ni?”

“Aku sakit kepala sikit aje. Pinjam telefon

jap. Aku nak call Nazim.”

Dia mengerutkan dahi.

“Eh,ada apa?”

239


HASREEYATI RAMLI

“Telefon kau....”

Kinah berlalu ke katilnya.

“Nah.”

Segera aku mendail.

Aku tidak perlu menunggu lama kerana

rasanya aku seperti mendengar bunyi nada telefon

itu di luar rumah kami.

Aku segera mematikan telefon Kinah.

“Oh tidak...” Lantas ku hulurkan telefon

Kinah semula padanya. Berlari ke muka pintu.

Membuka pintu rumah kami dan mendapati

memang benar tekaanku.

Nazim tidur di hadapan rumah ku!

“Ya Allah...Nazim? Kenapa you kat sini!” Aku

hampir terkejut melihatnya di situ.

Dia terkejut juga dan bergegas bangun.

Tersengih melihatku.

“I...I tak boleh balik. Sebab I nak jaga you.

Tapi tak manis, kan kalau malam tadi I nak tidur

dalam rumah you. So...I tidur depan pintu rumah

you. Mana tau. Kalau ada apa-apa kecemasan.”

Tersengih dia memandang ku yang masih lagi tidak

terkata apa-apa.

“Oh my....Nazim. You tak perlu buat sampai

macam ni...” ujar ku dalam nada perlahan.

“Tadi.. you call I ke? Telefon siapa?”

“Kinah.”

Aku membuka pintu grill.

240


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Zim, masuk dalam. Tak elok orang tengok.

Kinah ada, tak apa.” Pintaku lagi.

“Tak apalah. You dah okey, kan? Kepala you

sakit lagi tak ni?” Serentak dengan itu aku

memegang belakang kepala ku.

“A bit. Tapi should be okay.”

“I bimbangkan you, sayang. Tapi I takut you

masih marahkan I, tu aje.” Okey. Jadi nak

tunjukkan rasa kesalnya terhadap perbuatannya

kepada ku, dia sanggup menunggu aku di luar pintu

rumah ku. Stupid.

“You boleh call Kinah. You boleh datang that

instant, kan....”

Dia merenung ku lama.

“Ya, ambik masa sejam nak sampai.

Sebelum ambulan sampai. Eloklah sangat. I

bimbangkan you, you kena faham....”

Tiba-tiba Kinah menyampuk. Entah bila dia

ada di belakangku.

“Ya... sebab tulah korang kena cepat-cepat

nikah. Haa... hari-hari ko boleh tengok dia, jaga

dia... Tak faham-faham lagi ke?” Kinah

menggeleng. Dia sudah siap berpakaian.

“Haa.... betul cakap Kinah tu, sayang. Kita

kahwin hujung bulan ni ajelah ya? Nak?”

Aku ternganga.

“Eh kau ni, Nazim. Tak senonoh betullah

lamar buah hati kat depan pintu grill! Apa

baranggg.....” Kinah memutarkan matanya ke atas.

Menepuk dahinya berkali-kali.

Lelaki itu mengurut-ngurut belakang

lehernya berkali-kali. Dengan muka bersalah.

241


HASREEYATI RAMLI

“Hmm... malam ni kita dinner sekali ya?”

Pandangan lelaki itu penuh mengharap.

“Ishh... masuklah dulu. Pergi mandi kat bilik

tamu tu. Tak senonoh betullah kau ni, Nazim!”

Cebik Kinah lagi.

“Tapi tuala.. berus gigi...”

“Alaa... bukan Nad tak ada extra kot...”

Aku terkebil-kebil memandang ke arah

Kinah.

Pandai betul dia mengaturnya.

“Pandai la kau ni, Kinah.” Aku mencebik

padanya. Kinah tergelak kecil. Nampaknya

terpaksalah aku membenarkan Nazim masuk untuk

membersihkan dirinya.

“Kawan you lagi concern pasal I...” Eleh.

Konon nak membanding-bandingkan antara aku

dan kawan akulah tu.

“Iyala tu. Masuk. Terus bersih diri dan balik.”

Arah ku lagi. Malas hendak bertekak. Nampaknya

aku akan lewat lagi ke pejabat hari ini.

“Okey, Zim. Jangan buat benda tak elok lagi

pada kawan aku tau.” Kinah mengingatkan.

“Aku dah minta maaf banyak kali dah kat

buah hati aku ni, Kinah. Aku dah menyesal.”

Ujarnya lagi. Ada nada kesal di dalamnya. Aku

mengharapkan dia tidak akan bertindak kasar lagi

terhadap ku selepas ini. Sekurang-kurangnya dia

perlu mendengar penjelasan dari ku terlebih

242


MERTUAKU, MY SOULMATE

dahulu sebelum mengambil keputusan sendiri. Itu

sahaja.

Aku memberi laluan padanya untuk masuk

ke dalam rumah ku.

“Aku pergi kerja dulu. Nanti jalan jem.” Kinah

memohon diri.

“Ehh... kau nak tinggalkan aku sorang-sorang

dengan Nazim ke?” Aku agak risau.

“Ya. Kenapa?” Dia berpaling ke arah Nazim.

“Ingat Nazim. Behave!” Kinah memberi

amaran dengan jari telunjuk kanannya. Serius

benar wajahnya. Hinggakan lelaki itu tergelak kecil.

“Taklah. I dah clear my mind. I dah takkan

lukakan hati dia lagi. Inshaa Allah....” Ujarnya

sambil berpaling ke arah ku.

“Tunggu kat sini. I ambilkan tuala dan berus

gigi untuk you.” Aku segera ke dalam bilik ku.

Aku membancuh koko panas untuknya dan

mencari tepung untuk dibuat cucur bilis.

Nampaknya aku terpaksa memaklumkan

kepada Pengurus di tempat kerja ku mungkin aku

masuk lewat pada pagi ini.

‘Hmm... sedapnya. Terasa laparlah pula.”

Nazim tiba-tiba muncul di belakang ku. Aku sudah

membuat sepinggan cucur bilis dan sedang

menuangkan sos cili di dalam piring kecil.

“Ha, dah mandi?”

Aroma tubuh lelaki itu benar-benar

menyegarkan. Walaupun dia memakai semula

baju semalam, aku tidak kisah.

243


HASREEYATI RAMLI

“Sorry, Zim. I tak ada baju t yang sesuai

untuk you. Lainlah kalau you nak pakai baju t

perempuan.” Aku mengangkat bahu.

Nazim tergelak kecil. Menarik kerusi dari

meja makan berkerusi empat.

“Hmm... kalau I dah jadi suami you nanti,

hari-hari you masakkan macam ni ke?” Berkerut

dahi Nazim sambil tersenyum. Sengaja menduga ku

dengan soalan seperti itu.

“Kalau I sempat....” Balas ku. Selamba.

“Kalau hari-hari macam ni, bahagialah I....”

Nazim teringat keadaan mamanya yang

mengabaikan makan minum papanya. Hinggakan

papanya makan keseorangan di meja makan

dengan dihidangkan oleh orang gaji mereka sahaja

sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

“Insha Allah, Zim. Jemput makan ya.”

“Haa.. eloklah ni, jemput makan jemputjemput.

Hehe...” balasnya lagi.

Begitu selera sekali dia menikmati sarapan

ringkas dari air tangan ku. Hingga licin sepinggan.

“Kesian you. Tentu semalam you lapar,

kan?” Terdetik pula di fikiran ku begitu. Aku sedar,

lelaki ini amat mengambil berat tentang diri ku.

“Iyalah. Tapi sebab I takut you jadi apaapa...”

Aku hanya terdiam.

244


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad, dua minggu lagi I suruh papa dan

mama minang you, okey? Kemudian minggu yang

satu lagi, kita nikah? Okey, tak?”

Aku tergelak kecil.

“Cepat sungguh ya you merancang....”

“Iyalah, sayang. I tak nak you terlepas ke

tangan orang lain. Nak bina masjid kenalah

dipercepatkan. Betul tak?” Tambahnya lagi.

Aku tersenyum mendengarnya.

“Eh, napa tak makan ni? Allah... dah habis I

makan. Macamanalah you nak makan, betul tak...”

Aku tergelak kecil.

“It’s okay. You makanlah. I dah makan sikit

tadi.” Tambah ku lagi.

“I need to go now. Sebelum pak haji serkup

kita!” Ujarnya lagi. Seperti memikirkan sesuatu.

“Ha.. sedar diri tak apa...Okey, I nak pergi ke

pejabat jugak ni. You nak ke hospital ke ni?” Soal ku

lagi. Dia sudah pun membasuh tangan di sinki dan

berpaling ke arah ku.

Merenung ke arah ku dengan satu

pandangan yang merisaukan ku.

“Nad, can we be like this forever?” Soalnya

secara tiba-tiba.

Aku tersenyum memandang ke arahnya.

“Inshaa Allah, Zim. Kalau diizinkan-Nya.

Please. I don’t want to be rude, but you have to

leave.” Pujuk ku. Menyedari aku telah lewat.

“Okey.”

Nazim berjalan perlahan ke arah ku.

“Do I deserve a kiss?” Pujuknya pula.

245


HASREEYATI RAMLI

“Hey, gatal!” Aku menampar lengannya

dengan manja.

Dia hanya tergelak besar.

246


MERTUAKU, MY SOULMATE

Setibanya aku di pejabat, mujurlah En.

Yumni, Pengurus di tempat ku bekerja tidak berkira

dengan ku.

Aku mendapat panggilan dari Dr. Nasrul.

Membuatkan aku tersenyum sendirian.

“Ya, uncle ada apa?”

“Nazim ada ke rumah Nad tak? Semalaman

dia tak balik ke rumah. Uncle bertengkar

dengannya. Tapi sebelum sempat uncle jelaskan

apa-apa, aunty dah nak masuk campur. So, dia

pergi.” Patutlah pun. Rupanya dia bertengkar

dengan papanya malam tadi. Tetapi jika dia tiak

mahu pulang ke rumah pun, dia boleh sahaja

tinggal di hotel.

“Hmm... dia tidur di luar pintu rumah Nad...”

Jelasku perlahan.

“What? Is he that crazy!” Jerit lelaki itu lagi

di talian sana. Aku menjauhkan telinga ku dari

telefon seketika. Kuatnya.

“May be...” Aku menjawab perlahan.

“Tapi ada tak dia datang ke rumah Nad

semalam?” Rasa ingin tahunya membuak-buak.

“Uncle, Nad dah masuk lewat ke pejabat. I

have to go now.” Aku mematikan talian antara

247


HASREEYATI RAMLI

kami. Aku tidak mahu kerja ku terganggu dan

rasanya lebih baik aku mendiamkan diri.

Kemudian notifikasi telefon ku berbunyi.

“Nad, nanti uncle nak jumpa Nad. Masa

lunch.”

Aku menghela nafas panjang.

Aku sedar dia bimbangkan keadaan ku.

Namun aku juga berasa serba-salah kerana Nazim

telah berbaik dengan ku. Apapun dia bakal bapa

mertua ku. Dan aku perlu berbaik-baik dengannya

juga.

Tetapi yang paling menghairankan aku ketika

aku berada di sisinya, aku merasakan satu kelainan

pula. Adakah aku sudah gila?

“Zim, I tak boleh keluar tengah hari ni. Ada

hal.”

Aku menghantar mesej begitu pada Nazim.

Dia tidak bekerja hari ini dan berjanji untuk keluar

makan dengan ku waktu tengah hari nanti. Namun

kerana Dr. Nasrul telah menghantar mesej begitu

pada ku, aku perlu mencari alasan. Lagipun malam

ini aku akan keluar makan malam dengannya juga.

Nampaknya aku terpaksa memberi ruang

pada dua orang lelaki ini. Aduh. Semakin pening

kepala aku dibuatnya. Tetapi mengapa aku

melakukannya? Aku tidak mempunyai jawapan

untuk itu. Mungkin kerana aku mahu menjaga hati

248


MERTUAKU, MY SOULMATE

kedua-dua belah pihak. Itulah alasan yang paling

kuat aku rasa.

Kepala ku terasa masih berdenyut-denyut

lagi. Mungkin aku perlu memeriksa di klinik yang

sebenar dari hanya bergantung pada ubat penahan

sakit sahaja.

Aku memicit-micit kepala ku beberapa

ketika. Kemudian mencari ubat pain killer yang

kubawa dari rumah.

Entah mengapa kepala ku terasa lebih

berpinar-pinar sebaik sahaja aku menghidupkan

skrin komputer di meja ku. Aku meraba-raba

mencari ubat ku dan belum sempat aku

menyuapkan ke dalam mulut, penglihatan ku

menjadi kelam.

****

Ketika aku membuka mata, aku bukan

berada di pejabat ku. Aku bingkas duduk. Rupanya

aku berada di atas katil. Di sebuah bilik yang tidak

ku ketahui bagaimana aku boleh berada di sini.

Aku sudah dipakaikan pakaian lain dan

seorang doktor dan jururawat ada di sebelah ku.

Tak lain tak bukan, doktor itu ialah Nazim.

Dia tersenyum melihat aku sudah sedar.

“Shh... shh.... biar I cek you dulu.”

Pergelangan nadi ku dipegang dan aku hanya

memandang lama ke arahnya.

“Ba... bagaimana I boleh ada di sini, Zim?

Apa yang dah jadi pada I....” Lelaki itu masih lagi

memegang nadi ku. Tersenyum.

249


HASREEYATI RAMLI

“Syukurlah. You dah sedar. Dah dua hari you

tak sedarkan diri tau. Risau I.”

Apa? Dua hari!

Tapi-

“You pengsan kat pejabat. Dibawa ke

hospital ni. Memang I dah jangka. You ada head

concussion. I dah nak bawa you cek hari tu. You tak

nak. Hmm....”

Tapi bukan itu yang aku mahu tahu. Siapa

yang mengangkat ku dari ofis ku itu?

Nazim memberi isyarat pada jururawat di

sebelahnya. Jururawat itu kemudiannya berlalu

dari situ.

“Papa I yang kebetulan nak tengok you,

katanya. Yang bawa you ke sini.” Walaupun itu

sudah menjawab soalan ku namun aku dapat

melihat garis cemburu di wajahnya.

“Nazim... I-“

Dia menggeleng.

“It’s okay, Nad. I can tolerate that. No

worries.” Betul ke ni? Adakah dia tidak berasa

cemburu dengan bapanya sendiri?

“Jadi, sekarang I kena buat apa you?”

Risau juga aku dibuatnya.

“You kena rehat. Tunggu result selanjutnya.

In the meantime, tak apa. You are my favourite

patient.” Nazim tersenyum sambil menepuk-nepuk

belakang tangan ku dengan mesra.

Aku berasa lega sedikit mendengarnya.

250


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Thank you, Zim.”

Lelaki itu mengangguk.

“Now you rest dulu. I nak cek patient lain

ya? Nanti I datang temankan you bila I dah free

sikit, okey?”

Aku menghela nafas lega.

“Zim, tolong jangan call mak ayah I, boleh

tak?” aku tidak mahu mereka risaukan tentang diri

ku.

Dahinya berkerut.

“Kenapa?”

“Nanti siapa nak layan mereka? I kat sini.”

Risau juga aku memikirkannya.

“Hmm... tak apa. Kalau mereka datang

jenguk you pun, I akan layan. Hari tu pun I tak

sempat jumpa, kan? At least I can do that. Hmm?”

Kata-katanya itu membuatkan aku merasa lega.

“Thanks.”

“Go to sleep now, okay sayang?” Ujarnya

lagi menepuk bahu ku dengan lembut.

Aku memejamkan mata.

*****

“Nad...Nad...” Terdengar suara ku dipanggil.

Terasa bagaikan mimpi sahaja.

Aku membuka mata.

Emak rupanya di sisi katil ku. Ayah di

sebelahnya. Ada garis risau di wajah mereka.

“Nad?”

“Hmm... ya mak...ayah...” aku cuba bangun.

Tetapi terasa seperti masih khayal lagi.

251


HASREEYATI RAMLI

“Syukurlah kamu tak apa-apa.... Kenapa tak

cakap awal-awal masa jatuh hari tu?” Risau suara

mak.

“Mak...”

“Jangan dimarah budak tu, Mah. Dia masih

mamun lagi tu.” Marah ayah pada emak. Aku tahu

ayah risau melihat keadaan ku.

“Ayah ngan mak mai dengan apa?”

“ETS. Doktor jemput kat stesen.” Tingkah

ayah.

Nampaknya bukan Nazim yang menelefon

kedua orang tua ku itu.

“Tak mai pun tak pa. Nad tak dak apa-apa.”

Ujar ku lemah.

“Kamu kata kamu tak dak apa-apa? Sampai

masuk hospital kot!” Emak mula risau.

Tiba-tiba Uncle Nasrul muncul di belakang

mereka.

“Nad... jangan cakap macam tu. Mereka

perlu tahu pasal kamu. Mereka ibu bapa kamu.”

Tingkah lelaki itu lagi. Aku tidak terkata apa-apa.

“Hmm... terima kasih ya sebab beritahu kami

berdua. Kalau tak, payahlah kami nak tau hal anak

kami.” Ujar ayah menyokong lelaki itu lagi.

“Tak apalah, bang. Ni ha, malam ni tidur

rumah saya, ya? Kak... jemputlah ya?” Lelaki itu

menepuk bahu ayah ku dengan mesra.

Aku mula serba-salah.

252


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Uncle... susah-susahlah pula...” Bukannya

apa. Aku tidak mahu menyusahkan keluarga

Nazim. Lagipun aku anak mereka. Aku masih boleh

bertanggung jawab terhadap kedua orang tua ku

lagi walaupun aku tidak berfikir lagi bagaimana aku

harus mencari jalan untuk mereka bermalam

selama mereka di sini.

“Nad... tak ada apa-apalah. Mereka kan

bakal besan uncle juga.” Mahu sahaja aku bertanya

bagaimana jika isterinya tidak tahu-menahu pasal

ini. Namun kedua orang tua ku ada di situ. Aku

tidak dapat berbuat apa-apa.

“Haa... kalau tak menyusahkan okeylah.”

Balas ayah ku dengan pantas.

Dia tidak suka berbalah lama dengan sesiapa

pun.

Emak hanya mengangguk. Walaupun tidak

membantah apa-apa, aku tahu dia masih serbasalah.

Namun cakap ayah tetap diturutinya.

“Nazim mana?” Soal ayah ku tiba-tiba.

Aku menoleh ke arah lelaki itu.

“Oh... tadi dia dah mai cek. Lani dia pi cek

orang lain pula. Satgi dia mai la.” Jelas ku lagi.

Tidak mahu ayah berasa risau.

“Ha, nanti bolehlah abang kenal-kenal

dengan anak saya tu. Bakal menantu abang. Kak,

nanti bolehlah kenal-kenal dengan isteri saya di

rumah.”

Emak mengangguk. Sambil memperbetulkan

tudungnya. Aku tahu emak tidak selesa.

“Inshaa Allah, doktor. Kami dok sini pun

sampai Nad keluarlah. Tapi lama lagi ka?”

253


HASREEYATI RAMLI

Dr. Nasrul memeriksa di kad yang terletak di

hujung katil ku. Meneliti lama.

“Hmm... kena buat beberapa pemeriksaan

lagi ni. Pastu baru kita tahu keputusannya. Tapi

saya yakin, Nad akan cepat keluar dari sini.”

Memang begitu pun tugas seorang doktor.

Menenangkan keluarga pesakit. Memberi harapan

kepada pesakit.

“Alhamdulillah... syukurlah begitu.” Emak

menyapu dadanya. Lega.

Aku juga turut menghela nafas lega.

“Tak apalah kalau begitu. Ni ha. Kita turun ke

kantin dulu. Kami tak makan lagi ni.” Ujar ayah ku.

Lelaki itu tergesa-gesa mahu membawa

mereka berdua tetapi ayah ku menegah.

“Doktor tak perlu ikut kami. Kami boleh cari

sendiri. Buatlah kerja doktor dulu.” Tegas ayah ku.

Lelaki itu mengangguk.

Kemudianmenghampiri ku.

“Nad, uncle betul-betul risau pasal Nad.”

Dia menyentuh tangan ku.

Aku memandang ke arahnya.

“Uncle... “ Aku tidak tahu bagaimana dia

boleh membantu ku kali ini.

“Terima kasih sebab tolong Nad lagi kali ni.”

Walaupun aku malu dengannya.

Lelaki itu tersenyum.

“Haa... tak ada apa-apa pun. Kebetulan aje

uncle nak lawat kamu.. Kebetulan pula kamu

254


MERTUAKU, MY SOULMATE

pengsan dalam bilik kamu. Jadi uncle terus bawa

kamu ke sini. Uncle dah agak. Mesti sebab hari tu.

Kan uncle dah cakap. Kena datang cek betulbetul.”

Apa lagi yang aku boleh katakan. Aku

dapat meneka keadaan ku ketika itu. Pastinya dia

merasakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai

seorang doktor membuatkan dia bertindak begitu.

termasuk mungkin mengangkat ku keluar dari ofis

dan menuju ke keretanya.

Aku tidak mahu membayangkan semua itu.

Malu rasanya tidak terkira. Mahu rasanya aku

menutup muka di kala itu juga. Aku mengalihkan

pandangan ku ke arah lain seketika.

Dr. Nasrul tersenyum. Kemudiannya

menyentuh tangan gadis itu. Perasaannya

terhadap gadis itu semakin berbunga. Walaupun

dia cuba untuk membuangnya sejauh mungkin.

Namun apa yang dapat dilakukannya?

Dia hanya seorang lelaki walaupun di

penghujung usia. Tetapi dia tetap memerlukan

kasih sayang dari seorang perempuan. Tidak

kiralah sama ada perempuan itu isterinya atau

tidak. Asalkan perempuan itu mengambil berat

tentang keperluannya.

Ya. Lelaki semakin berumur semakin

memerlukan lebih kasih sayang yang ditunjukkan

pada anak-anak kecil. Mungkin kedengaran seperti

memenatkan tetapi itulah hakikatnya.

“Nad... kamu tak perlu risau. Itulan

tanggungjawab uncle sebagai seorang doktor.

Bukankah uncle juga akan jadi ayah mertua Nad?

Biarpun Nad belum lagi menjadi anak menantu

255


HASREEYATI RAMLI

uncle tetapi tanggungjawab itu sudah uncle mahu

menjaga Nad, hmm?” Dia menepuk-nepuk

belakang tangan gadis itu dan kemudiannya

tersenyum manis.

Mengapa pula aku melihat senyuman itu

semakin mendebarkan jiwa ku kini? Oh tidak...

Jangan Nad. Jangan.

“Uncle minta diri dulu. Uncle nak tengok

besan uncle tu. Kalau ada apa-apa, call uncle ya?”

Tutur katanya yang lembut itu kini menikam ke

dalam jiwa ku.

Kau jangan cari pasal Nad.

“Tapi saya tak ada fon sekarang...”Ujarku

perlahan.

Dr. Nasrul menepuk dahinya.

“Oh tidak, hampir terlupa pula uncle.” Dia

kemudiannya mengeluarkan sesuatu dari

poketnya.

Sebuah kotak kecil berbalut dengan kertas

pembalut berKinaht warna kuning emas dikulurkan

kepadaku.

Aku mengerutkan dahi. Teragak-agak.

“Apa ni, uncle?”

Dia tersenyum manis. Kotak itu dihulurkan

ke dalam tangan ku.

Nampaknya aku tidak ada pilihan lain.

“Thank you, uncle.”

Dia tersenyum lagi.

256


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Don’t be, my dear.”

pergi dari situ.

Kemudian berlalu

257


HASREEYATI RAMLI

Di cafe hospital.

“Mah seganlah nak dok umah depa tu, bang.

Mah tak bawak baju elok-elok pun.” Mak Mah

menarik tudung yang dipakainya.

Pak Nuar tersenyum mendengar rungutan

isterinya itu.

“Kamu toksah kalut aih. Depa tu okey aih.

Ce tengok pak si Nazim tu. Okey, kan?”

Nasi ayam sedang dijamahnya dengan begitu

berselera sekali. Maklumlah, dah lapar semenjak

dari pagi tadi mereka bertolak ke sini. Tidak sempat

hendak melapik perut terlebih dahulu kerana

terlalu memikirkan keadaan anak gadis mereka.

“Hmm... tapi kita tak pernah kenai pun bini

dia. Satni kalo berlain dari doktor, ha...gena?”

Kerisauannya tidak bertepi. Rasa tidak salah dia

berfikiran begitu kerana itulah yang dirasakannya

sejak awal lagi. Jika tidak, pasti bakal besan

perempuannya akan datang juga seperti yang

258


MERTUAKU, MY SOULMATE

dijanjikan. Tidak kira apa urusan lain yang tiba pada

hari kejadian. Itulah yang terfikir olehnya.

Pak Nuar kelihatan termenung seketika.

Nasi yang masih bersisa dibiarkannya. Ada betulnya

juga akan kata-kata isterinya itu. Tidak terfikir pula

dia tentang semua itu. Bukan kita boleh menilai

orang dari pandangan terhadap pasangan orang itu

sahaja. Mungkin pasangannya lebih baik

penerimaannya dari pasangan yang lain.

“Mah, kita nak duduk mana malam ni? Nak

duduk hotel kita tak mampu. Nak duduk rumah

Nad. Abang pulak segan dengan kawan serumah

dia. Nak duduk kat surau hospital ni ka? Haa..

nanti kena halau. Malu kita, Mah.” Ujar Pak Nuar

lagi sambil mengeluh panjang.

“Haa.... kat sini rupanya abang dan kakak.

Jom, ikut saya balik ke rumah.” Tiba-tiba sahaja Dr.

Nasrul muncul di meja makan mereka. Beberapa

orang pengunjung juga ada yang menundukkan

kepala ke arahnya apabila dia lalu di situ. Mungkin

keluarga pesakit yang mengenalinya.

Mak Mah memandang ke arah suaminya.

“Bang....”

Pak Nuar mengangkat mukanya seketika ke

arah bakal besannya itu. Dia serba-salah

sebenarnya. Namun beg mereka berdua masih

lagi ada di dalam kereta bakal besan mereka.

“Rasanya kami tinggal kat surau di sini

sajalah, doktor. Seganlah.”

“Ya Allah... abang ni... rumah saya kan ada.

Banyak bilik kosong. Tak payahlah fikir panjang

sangat. Ya?” Pujuk bakal besannya lagi.

259


HASREEYATI RAMLI

Pak Nuar serba-salah. Kebaikan bakal

besannya itu mungkin tidak dapat dinafikan.

Namun sepertimana isterinya mengingatkan

mereka tadi, mungkin juga suaminya sahaja yang

menerima mereka, tidak isterinya. Kerana mereka

masih belum lagi bertemu dengan isteri lelaki itu.

“Abang.. kak... jangan macam ni. Tidur

sajalah kat rumah saya. Tak ada masalah pun.”

Pak Nuar tidak terkata apa-apa lagi.

“Lepas makan ni, turun ke bawah ya. Kat

tempat parkir kereta saya tadi. Saya nak uruskan

sesuatu kejap.” Ujarnya lagi sambil berlalu dari

situ.

Dr. Nasrul menelefon isterinya. Untuk

memaklumkan tentang kedatangan bakal besan

mereka.

“Allah... iya ke? Abang ni. Ila kat luar

kawasan ni. Macamana Ila nak balik sekarang?

Kenapa abang tak cakap semalam ke apa ke?

Bolehlah Ila uruskan sesuatu.” Ada keluhan berat di

hujung talian sana.

Dr.Nasrul terdiam.

Dia sendiri tidak menyangka isterinya akan

keluar lama dan jauh dari situ.

Bagaimana pula dia akan menguruskannya?

“Ila balik tak ni?” Adakalanya isterinya tidak

akan balik untuk beberapa hari. Tidak ada pula

isterinya memaklumkan padanya tentang hal itu.

adakalanya isterinya akan memaklumkannya di

260


MERTUAKU, MY SOULMATE

dalam telefon jika tidak sempat memaklumkan

padanya sebelum itu.

Agaknya dia sendiri terlupa hendak

membuka mesej dari isterinya sendiri.

“Hmm... tak apalah. Abang nak bawa bakal

besan kita kat rumah kita ya.”

“Tapi bang. Ila tak ada tau.”

Dr. Nasrul tidak komen apa-apa. Talian

antara mereka dimatikan.

Tidak menjadi satu masalah baginya untuk

menguruskan hal kedua ibu bapa gadis itu. Orang

gajinya masih ada.

*****

“Bang, besarnya rumah besan kita ni, no?”

Mak Mah mengagumi rumah banglo tiga

tingkat yang terpampang di hadapannya ketika ini.

Rumah itu mempunyai wing kiri dan kanan.

Dengan tempat letak kereta yang luas dan banyak.

Pak Nuar menyiku lengan isterinya. Memberi

isyarat menyuruh diam.

Dr. Nasrul tersenyum.

“Tak adalah, kak. Biasa saja ni. Tapi anak pun

tak ramai. Sorang tu aja.” Ujarnya merendah diri.

Sambil memutarkan stereng keretanya ke dalam

kawasan rumahnya. Menurunkan kedua

penumpang di porch pintu utama masuk ke

rumahnya.

“Samalah kita, doktor. Anak sorang tu saja.

Tapi sebelum tu memang kami ada anak kembar.

Dua orang. Abang-abang kepada Nad. Cuma usia

261


HASREEYATI RAMLI

mereka tak lama.” Jelas Pak Nuar lagi. Membuka

cerita tentang arwah anak-anak lelakinya.

“Innalillah... Al Fatihah...” Balas Dr. Nasrul

lagi. Memang belum banyak hal keluarga itu yang

diketahuinya.

“Kak.. abang. Turun sini dulu ya. Saya nak

park dalam sana.”

“Oo... baiklah.” Pak Nuar segera turun dari

kereta Alphard Dr. Nasrul dan mengeluarkan beg

dari sebelah isterinya. Memanglah rumah ini besar

tetapi sunyi jika tidak ada anak cucu sebagai

penyerinya.

*****

Di hospital.

Nazim mengunjungi buah hatinya. Selepas

tamat waktu tugasnya.

“Hmm... ada nak makan apa-apa tak ni?”

Riangnya hati Nazim kerana selepas ini dia

akan selalu dapat berjumpa dengan Nadira selagi

gadis itu ada di situ.

“Ha... sukalah you ya I ada di sisi you macam

ni?” Aku sengaja mengusik begitu.

Tersenyum memandang ke arah lelaki itu.

Memikirkan tentang kemungkinan dia terpaksa

berada lebih lama di situ.

“Hehe... Tak adalah. Tugas I ialah merawat

you dan tugas you adalah merawat hati I...” Katakatanya

membuahkan tawaku.

262


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Haha... sejak bilalah you ni pandai

bermadah-madah ni? Dan sejak bila pula you

pandai berjiwang-jiwang ni, hmm? You baca novelnovel

cinta ke?” Sengaja aku menduga begitu.

Lelaki itu tergelak kecil.

“Apa salahnya kalau nak belajar? Betul tak?”

Lelaki itu mengenyitkan mata.

“I tak pandai nak susun ayat-ayat cinta ni,

you. Tapi you tau kan I sayangkan you?”

Memang begitulah sifat Nazim yang ku

kenali. Mungkin kerana orang ulat buku sepertinya

tidak mempunyai masa untuk semua itu. Namun

aku tetap menyayangi lelaki itu seadanya.

“Hmm.. itupun masih nak tanya ke?” Aku

menjeling manja ke arahnya.

Lelaki itu tergelak kecil. Menggengam

tanganku dengan erat.

“Jadi rancangan kita macamana?”

Dia menyoalku semula.

Aku pula hampir terlupa tentang hal itu.

“Ya Allah.. I pun hampir terlupa pasal tu.”

Membawa rombongan meminang ke rumah ku di

kampung pada hujung minggu ini.

Nazim mengangkat bahu. Namun

kemudiannya tersenyum memandangku.

“Well... memandangkan kedua orang tua

you pun dah ada di sini. Semuanya semakin

mudah dan terancang elok saja untuk kita, Nad.

Don’t you think?” Nazim mengangkat kening.

Kemudian tersenyum.

Aku berfikir sesuatu. Sememangnya setiap

perancangan dan setiap apa yang terjadi ke atas

263


HASREEYATI RAMLI

diri kita sebenarnya telah ditentukan oleh Allah

SWT. Walaupun kita merancang yang sebaliknya

namun ketentuan Allah SWT terhadap kita adalah

yang terbaik.

“Iya tak ya jugak...Hmm...”

Lelaki itu tersenyum memandang ke arah ku.

“Well... “

Dia mengangkat kening sekali lagi.

Nampaknya dia juga berfikir apa yang

sedang kufikirkan ketika ini.

“Yes! Betul jugak. Emak dan ayah I dah ada

kat sini. Jadi....”

“Kita buat saja majlis tu kat rumah papa dan

mama I, okey tak?” Kedengaran agak pelik. Tetapi

di dalam keadaan begini, itulah perancangan yang

terbaik buat masa ini.

Aku agak terkejut walaupun bersetuju

dengan cadangannya.

“Tunggu hingga I bagi tau mak dan ayah I

dulu ya...”

Mesti mereka juga akan terkejut.

Nazim tergelak kali ini.

“Bukan mak dan ayah you saja, mama dan

papa I pun mesti terkejut juga...” Ujarnya lagi.

Kemudian dia mengeluarkan sesuatu

dari poketnya.

Kotak telefon. Berbungkus dengan elok di

dalam plastik jenama telefon itu.

Aku terdiam kali ini.

264


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Err.. apa ni?”

Nazim menghulurkan pada ku.

“Kan you tak ada telefon. So I belikan yang

lain untuk you. Susah I nak call you kalau you tak

ada fon kan?” Gila kalau aku mahu memaklumkan

pada aku sudah ada telefon pemberian dari

papanya. Mesti dia akan lebih curiga lagi terhadap

ku.

“Err... you tak perlu beli semua ni, Zim...”

ujarku dalam nada perlahan.

Dia tersenyum.

“I akan beli apa yang I nak beli untuk buah

hati I, okey. Setakat fon aje. Tak ada apa-apalah.

Dan lepas ni I akan beli banyak lagi barang lain

untuk you sayang...” aku tersenyum

mendengarnya. Malu pun ada. Aku tahu bukan

niatnya memilihnya kerana dia seorang doktor dan

bakal mewarisi hospital ini. Namun kerana

kejujuran dan sikap mulianya itu yang membuatkan

aku jatuh hati. Bukan mudah untuk mengorbankan

kehidupan kita untuk memberi kehidupan pada

orang lain. Terlalu banyak pengorbanan yang

harus diberikan. Termasuklah dari segi masa dan

perasaan. Dan bukan hanya perasaan mereka

sendiri. Malah perasaan orang yang tersayang

juga. Dan itulah yang berlaku ke atas diri ku.

Aku mengambil hadiah itu.

“Thanks, Zim.”

“Ada tak kad sim?” aku bertanya lagi.

Nazim mengangguk.

“Dah ada dalam tu. I gantikan dengan

yang baru.” Balasnya lagi.

265


HASREEYATI RAMLI

“Good.” Aku terlupa pula hendak memeriksa

telefon yang diberi oleh papa Nazim tadi.

Nampaknya terpaksalah aku menyembunyikan

telefon itu dari Nazim.

Aku terus membuka telefon itu dan terus

menelefon nombornya.

Sengaja berbuat begitu.

“Nazim, I hate you.” Dia membulatkan

matanya seperti terkejut. Aku segera tertawa.

“Okey.. okey.... gurau ajelah. You ni. Tak

boleh ke?”

Nazim mencubit pipi ku.

“Aduh.”

“Padan muka. Susah sangat tu nak cakap

sayangkan I, hmm?”

Aku tergelak kecil. Kami benar-benar

bahagia di saat ini.

266


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Uih, bang. Empuknya tilam ni.” Mak Mah

menghenjut beberapa kali dengan punggungnya.

Bantal tidur yang besar ditepuk-tepuknya beberapa

kali.

“Bantal pun empuk nak mampoih...”

Pak Nuar tergelak kecil.

“Kamu nilah Mah. Umah orang kaya. Mana

nak pakai bantai kekabu macam kita. Lama sikit

dah melepek. Ni ha, bantal bulu burung namanya.”

Mak Mah menggaru kepalanya. Dahinya

berkerut.

“Haa? Bulu burung? Depa buang sekoqsekoq

kaa?”

Pak Nuar tergelak lagi kuat.

“Aku pun tak tau la. Nanti kamu tanya la kat

anak kamu yang bijak pandai tu.” Tegas suaminya

lagi.

“Abang ni... anak abang juga...”

Pak Nuar mengangguk.

“Iya.. iya...”

“Ni, Mah. Kamu jangan dok buat `peghak’

sangat na. Ni rumah orang kaya. Macam-macam

hat kamu tak pernah tengok, semua ada. Tengok

dan diam saja, buleh dak?” Pinta suaminya lagi.

267


HASREEYATI RAMLI

Mak Mah mengerutkan dahi.

“Awat pulak? Laa.. salah ka kalau luahkan

apa yang terlintaih di pikiran Mah?” Kerut di

dahinya semakin nyata.

Pak Nuar menggeleng. Kemudiannya duduk

di sebelahnya.

“Mah, kita ni memang jujur. Jangan

nampak sangat kita macam ni. Nanti orang

gelakkan kita. Kamu mau lagu tu ka? Doktor tu tak

pa. Tapi bini dia? Anak dia? Satni kita lak yang

kecik ati.”

Mak Mah mengangguk perlahan.

“Baiklah bang, Mah akan cuba.” Bukan

mudah untuk membuang perangai lamanya.

Harap-harap mulutnya tidak terbabas seperti tadi.

“Jom turun bawah. Dah jemulah duduk

dalam bilik ni saja. Bukan boleh buat apa pun.” Pak

Nuar menjeling ke arah isterinya.

Mak Mah mula perasankan sesuatu.

Pap!

“Aduh awak ni. Nak bergurau pun dah tak

buleh ka?”

“Ha, berguraulah sangat. Mah nak ke dapur.

Lapaq la pulak ni. Tadi ada bibik, kan? Ishh, no.

Buleh ka kita sughuh dia buat ayaq kot no?” Mak

Mah tersengih dan segera berlalu dari bilik itu.

Dia sudah berkira-kira untuk mengerah

orang gaji rumah itu buat pertama kalinya. Kerana

268


MERTUAKU, MY SOULMATE

baginya, orang gaji boleh disuruh berbuat apa

sahaja.

“Eh, awak ni! Tunggu la sat!” Pak Nuar

terkocoh-kocoh mengekori isterinya dari belakang.

Ketika berada di bawah, Dr.Nasrul sudah pun

membersihkan dirinya dan turut berada di bawah

untuk minum petang.

Dia tersenyum apabila melihat mereka

berdua itu sudah turun ke bawah.

“Haa.... dah turun pun. Ingat abang dan

kakak berehat tadi. Sebab tu saya tak nak ganggu.”

Ujarnya lagi sambil menghirup teh panas. Ada

beberapa jenis kuih di hadapannya.

Mak Mah dan Pak Nuar mengambil tempat

di sebelah kanannya.

“Silalah kak... abang...Jangan malu-malu ya.

Buatlah macam rumah sendiri. Hari tu saya ke sana

pun abang dan kakak suruh saya macam tu, kan?”

Tertelan liur Mak Mah dibuatnya. Melihat

hidangan yang ada. Perutnya kembali terasa lapar.

“Haa... betul jugak, kan.”

Ketika Mak Mah mahu menuangkan air

sendiri ke dalam cawan , ada orang lain datang dari

sisi kirinya dan menuangkan untuknya.

“Ehh...” Hampir terkejut dia dibuatnya.

Pak Nuar tergelak kecil.

“Abang ni! Awat gelakkan Mah?” Mak Mah

mengerutkan dahi. Mulutnya muncung tanda

marah.

Dr.Nasrul hanya tersenyum.

269


HASREEYATI RAMLI

“Tak apalah, kak. Bibik kan ada.”Ujarnya

lagi. Memang bakal-bakal besannya tidak terbiasa

dilayan sebegitu rupa.

Cawan diletakkannya.

“Kak...abang.. rasalah kuih tu. Walaupun

bibik yang buat. Tapi dia dah lama tinggal di sini.

Dah pandai masak macam-macam.”

Bibik itu hanya tersenyum dan berlalu

meninggalkan mereka bertiga menikmati hidangan

petang itu.

“Oo.. yaka. Waahh... baguslah ya macam tu.”

Mak Mah mengangguk-angguk sambil mencuba

kuih keria di hadapannya. Sedap juga.

Tidak lama selepas itu, kedengaran seperti

seseorang masuk ke dalam rumah itu.

“Rasanya Nazim dah balik. Kejap ya, bang.”

Dr. Nasrul bingkas bangun dan bercakap sesuatu.

Tidak didengari oleh kedua orang tetamu mereka.

Nazim kemudiannya muncul. Berdiri

bersebelahan dengan orang tuanya.

Mak Mah hampir terkejut apabila melihat

dua orang lelaki tegap itu berdiri sebelah

menyebelah.

“Ya Allah.... macam dua beradik saja aih...”

Ujarnya lagi dan kemudian segera menutup

mulutnya. Takut tersilap cakap.

Dr. Nasrul tergelak seketika.

“Itulah yang orang cakap, kak. Tapi saya ni

ha... dah beruban sikit, kan. Itupun kalau orang

270


MERTUAKU, MY SOULMATE

nampaklah.” Dia tidak beruban sangat seperti

orang sebayanya. Mungkin kerana keturunannya

sama bukan jenis yang beruban.

Nazim terus bersalaman dengan bapa

Nadira. Kemudian tunduk hormat pada ibu gadis

itu.

“Apa khabar, mak cik, pak cik.... Maaf hari tu

saya tak dapat datang. Ada kecemasan.” Ujarnya

sambil duduk di sebelah bapanya.

Air teh dituangnya sendiri. Dia sudah biasa

begitu.

“Hmm... tak apalah. Kami faham. Tadi kamu

tengok Nad ka sebelum balik?” soal Pak Nuar lagi.

“Ya, pak cik. Ada. Errmm... papa, nanti Zim

bincang sesuatu dengan papa dulu ya. Nazim nak

ke atas. Nak mandi dulu. Mak cik, pak cik, minta

diri dulu ya.” Mereka bersalaman dan anak lelaki

itu berlalu dari situ.

“Haa... baiklah. Tapi jangan lupa turun ke

bawah untuk makan malam ya. Kita makan samasama.”

Ujar Dr. Nasrul lagi sebelum anaknya itu

berlalu dari situ.

“Okey, pa.” Balas anaknya lagi.

Mak Mah mengangguk sambil tersenyum.

Memang dia masih lagi terkejut melihat dua orang

lelaki itu duduk bersebelahan. Dan dengan rupa

yang hampir sama.

Kalau tidak diperhatikan betul-betul

memang akan menyangka Dr. Nasrul adalah Nazim

dan sebaliknya.

“Abang, nak duduk kat luar tak sementara

nak tunggu Maghrib? Atau abang nak berehat kat

271


HASREEYATI RAMLI

atas dulu?” Pelawaan Dr. Nasrul tidak berdaya

ditolaknya.

“Kita jalan-jalan kat luaq lah. Buleh amik

angin sikit kot?”

Dr.Nasrul mengangguk.

272


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Dah lama doktor pindah ke kawasan ni?”

Pak Nuar meneliti. Ada pokok-pokok besar di

keliling kawasan rumah mewah ini. Di kawasan

berbukit pula tu.

Mereka bersiar-siar di sekitarnya.

Seperti rumah ladang di t.v. pula

kelihatannya.

Dr. Nasrul tersenyum.

“Lama jugak, bang. Dulu masa saya beli,

semua ni hutan. Tapi saya tinggalkan sikitlah

pokok-pokok yang besar ni. Sayang. Nak tumbuh

sebesar ini pun dah makan puluhan tahun

rasanya.”

“Haa... baguslah tu. Tuhan jadikan alam ni

berbukit-bukau bergunung ganang. Bukan untuk

ditarah sana sini sesuka hati. Sebab itulah kita

kena jaga apa yang Tuhan bagi.”

“Ya, bang. Saya tahu tu. Sebab itulah saya

cuba juga jaga selagi termampu. Takat nak buat

rumah, saya buang sikit saja.” Dia sendiri pun

seorang pencinta alam dan merupakan aktivis yang

menyokong kehijauan alam sekitar.

Cuma sekarang masih belum masanya lagi

untuk gigih bergiat. Biarlah isterinya sahaja terlebih

273


HASREEYATI RAMLI

dahulu bergiat di dalam aktiviti kesukarelawanan

seperti itu.

Tugasannya sebagai Pengarah di hospital

miliknya membuatkan dia tidak dapat

menumpukan sepenuh perhatian seperti isterinya

di luar.

“Anak-anak kita ni macamana ya, doktor?”

Pak Nuar tiba-tiba bersuara.

Dr. Nasrul tersenyum.

“Saya rasa eloklah kita percepatkan. Tapi

Nad masih di hospital. Kita tunggu lepas dia keluar

dulu kot.” Tambah Pak Nuar lagi.

Dr. Nasrul hanya mengangguk.

“Elok pada abang dan kakak. Eloklah pada

saya.” Dia hanya bersetuju sahaja dengan apa

sahaja kehendak anak lelakinya. Namun jauh di

sudut hatinya dia mula terasa sesuatu.

Namun perasaan itu dibuangnya sejauh

mungkin. Dia mahu anaknya bahagia. Biarlah dia

memendam rasa kerana selama ini pun gadis itu

tidak memberi apa-apa respons pun padanya.

“Hmm... betul jugak.Haha.. Kami pulak yang

kalut!” Gelak Pak Nuar lagi. Cuba

menyembunyikan rasa malunya.

“Eh, tak adalah. Lagipun semua dah ada kat

sini kan. Eloklah kita dapat berbincang dengan

lebih lanjut lagi tentang anak-anak kita tu.”

274


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Haa... betul jugak kan. Walaupun kita tak

mintak semua ni tapi sekurang-kurangnya kita

semua dah ada sekali.” Ujar Pak Nuar lagi.

Memerhatikan pemandangan yang indah dari atas

puncak bukit itu.

“Itu saya setuju. Hmm... nanti malam ni saya

akan jenguk Nad kejap. Tengok perkembangan

dia.”

“Kami tak boleh ikut sama, kan?”

Dr. Nasrul menggeleng.

“Tak apalah. Esok boleh tengok lagi.”

“Iyala. Mari bang. Dah nak masuk waktu ni.”

****

Bosan betul tinggal di hospital. Walaupun

belum masuk sehari, aku sudah merungut begini.

“Zim, bosanlah.” Aku menelefon Nazim

selepas mengagak dia sudah selesai makan malam

dengan keluarga ku.

Terdengar suara tawa di talian sana.

“I tau. Sebab tulah I akan temankan you

malam ni. Boleh,kan?”

Aku terdiam seketika. Nak temankan aku?

Mana emak ku? Oh ya, ayah ada sama. Susahlah.

“Errm... tak perlu kot. Tapi nak berbual

sebelum I tidur, okeylah kot.” Ujarku lagi. Aku agak

dia bergurau.

“Haa... at least kita boleh bincang pasal tema

untuk perkahwinan kita nanti, okey kan. Kalau nak

bincang masa lain takut tak ada masa lagi. hujung

bulan ni kita nak kahwin, kan?”

Aku terdiam seketika.

275


HASREEYATI RAMLI

“You tak rasa cepat ke?”

“Napa, you tak nak ke? Kita dah suka sama

suka. Tunggu sampai bila lagi? Benda baik, kan?”

“Iya ... Tahu.”

“Habis tu?”

“Bagi sampai sini dulu. Tak selamat guna

teefon waktu memandu.”

“Eh... mana tau i tengah drive ni.”

Aku tergelak.

“Sebab I dapat agak you nak datang.”

Aku segera mematikan talian antara kami.

Ketika aku sedang termenung sendirian di

dalam bilik kelas satu itu, aku terdengar bunyi

pintu bilik ku dibuka.

“Eh, cepatnya you sam-“ Aku terkejut

apabila mendapati orang itu ialah papa Nazim.

Lelaki itu membawa buah-buahan untuk ku.

“Oh, uncle.” Aku memperbetulkan duduk ku.

Malu dilihat tidak terurus seperti itu.

“Tunggu siapa ni? Nazim ke?”

“Ya, uncle. Dia kata nak datang.”

“Hmm... tak apalah. Kalau macam tu. Uncle

balik dulu.” Dr. Nasrul sedar. Dia akan

terserempak dengan anaknya jika tidak keluar dari

situ. Dan dia baru sahaja berbaik semula dengan

anaknya itu.

“Eh, uncle. Tak apalah. Duduklah dulu.

Nazim aje pun.”

276


MERTUAKU, MY SOULMATE

Dr. Nasrul menggeleng.

“Tak apalah, Nad. Nanti Nazim salah sangka

pulak dengan uncle. Uncle dah janji nak tengokkan

Nad untuk mak ayah Nad. Tu saja.”

Mujur juga dia alasan sebegitu.

“Hmm.. betul jugak tu. Tapi apapun, terima

kasih sebab datang tengok Nad. Nad dah rasa

okey.”

Dr. Nasrul membaca laporan di kad di hujung

kaki katil gadis itu.

“Uncle tau Nad dah okey.” Cuma hatinya

sahaja yang tidak okey. Bisik hati kecilnya lagi.

Menatap wajah gadis itu membuatkan

hatinya berbunga bahagia. Segala keletihannya

hilang begitu sahaja. Adakah gadis itu tidak

merasainya?

“Nad... Nad betul-betul sayangkan Nazim

ke?”

“Ya... kenapa uncle tanya macam tu?”

Dr. Nasrul segera menggeleng.

“Tak.. takk... saja nak tahu...” Adakah dia

tidak mempunyai perasaan yang sama terhadap

dirinya? Kalau begitu nampaknya dia hanya

bertepuk sebelah tangan sahaja.

“Okeylah, dah malam ni. Patutnya Nad dah

tidur. Okey? Kalau Nazim datang pun, jangan biar

dia lama-lama di sini. Nanti Nad tak boleh tidur

pulak melayan dia berbual, hmm? You need a rest,

my dear.” Dr.Nasrul mengingatkannya.

Walaupun dia masih lagi mahu

menghabiskan masa bersama dengan gadis itu,

namun dia sedar dia perlu pulang sekarang.

277


HASREEYATI RAMLI

“Okeylah, uncle. I will do that.” Aku

tersenyum memandangnya.

“Hmm.... good nite, my dear.” Kemudiannya

lelaki itu meninggalkan ku bersendirian.

Aku termenung lama.

Kenapa dia mengajukan soalan itu pada ku

sebentar tadi. Mengapa ya?

Tiba-tiba telefon ku berbunyi.

“Kinah?”

“Sorrylah, aku tak dapat nak tengok kau

petang tadi. Lagipun aku keluar lambat dari ofis.

Esoklah ya. Ha... kau macamana?”

Tiba-tiba sahaja teman ku menelefon.

“Mana kau tau aku dah ada fon baru?”

“Nazim call aku tadi. Dia kata dia dah

belikan kau fon baru. Jadi sebab tulah aku call kau.

Oh ya, tayar kereta Nazim pancit tadi. Dia baru

saja call aku, minta aku tolong carikan ‘foreman’.

Kebetulan dulu aku pernah kenal sorang ni. Kawan

aku.”

Patutlah dia lambat.

Rupanya tayarnya pancit.

“Tapi mengapa dia tak call aku?”

“Kau boleh buat apa, Nad? Boleh carikan

tukang tukar tayar ke? Dah malam kot.”

Aku mengakui tentang itu. Mengapalah aku

hendak bertengkar pula dengan Kinah?

“Kenapa dia tak call aku beritahu ni.”

278


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Sebab dia sedang sibuk uruskan keretanya.

Nasib abang foreman tu mau bawak keretanya ke

bengkel. Aku rasa dia kat sana lagi.”

Aku terdiam seketika.

“Okeylah. Nanti aku call dia.”

Aku segera menelefon Nazim.

“Nad, kereta I rosak. I kat bengkel ni. Mujur I

tau Kinah kenal foreman ni. Sorry sayang. I tak

dapat tengok you malam ni. Esok ya.”

“Sejak bila pulak you tau kawan I tau pasal

foreman ni?” Giliran aku pula untuk meraguinya.

Adakah mereka ada apa-apa hubungan di belakang

ku? Oh tidak.

“Nad, you nilah. Dah lupa ke? Dulu Kinah

pernah tolong you masa kereta you rosak, kan? I

pernah tanya you dan you yang cakap Kinah ada

nombor telefon foreman tu.”

“Oh... betul jugak.” Aku yang bersalah.

Kerana meraguinya.

“Hmm... curigalah tu.” Terdengar dia

tertawa kecil di sana.

Aku mengetap bibir. Kemudian mematikan

talian antara kami.

279


HASREEYATI RAMLI

Dr. Nasrul langsung tidak dapat melelapkan

matanya. Wajah gadis itu menjadi igauannya di

malam hari.

Puas sudah dia cuba melelapkan matanya.

Mengalihkan ke kiri dan ke akann. Namun masih

lagi tidak dapat melelapkan matanya.

Wajah gadis itu yang menjadi igauannya.

“Ya Allah, apalah yang dah jadi dengan diri

ku ini?” berkali-kali itulah yang difikirkannya.

Adakah dia sudah gila?

Ya memang dia sudah gilakan gadis itu.

Tingkah laku gadis itu dan segala-galanya tentang

gadis itu sedang digilainya.

Mengapa dalam ramai perempuan lain dia

tidak langsung terpikat? Padahal ramai lagi yang

cantik dan menawan dari gadis itu? Malah bukan

sahaja gadis itu yang cuba mengetuk pintu hatinya

selama ini,namun dia hanya jatuh hati pada gadis

itu.

280


MERTUAKU, MY SOULMATE

Entah bila dia dapat melelapkan matanya

selepas itu.

*****

Nazim pulang dengan teksi lewat malam itu.

Dia hendak menelefon buah hatinya namun

memikirkan mungkin gadis itu sudah tidur,

dibatalkan sahaja niatnya itu.

“Ha, Nazim. Lewat balik?” tiba-tiba dia

ditegur dari belakang.

Nazim menoleh.

Bapa Nad rupanya.

“Oh, pak cik rupanya. Nak apa, pak cik? Biar

saya bantu.” Pelawa Nazim lagi. Ketika itu dia baru

sahaja membuka kasut.

Pak Nuar memperbetulkan kain pelikatnya.

“Nak cari air masak.” Balas Pak Nuar lagi.

Menuju ke arah dapur.

Nazim mengangguk dan mengekorinya.

Diambilnya gelas dari rak kabinet gelas.

Diisinya dengan air dari alat penapis yang ada.

“Nak yang suam ke pak cik?”

“Ya, suam. Urat kena jaga. Lagi tua lagi kena

jaga. Kalau tak, sakit bagai-bagai yang mai.”

Dia mengambil gelas yang dihulurkan oleh

Nazim dan duduk di kerusi yang ada.

“Ha.. minum kena duduk. Nanti berasid

dalam perut. Itu kau kena tau.”

Macam-macam petua yang dipelajari dalam

lima minit ini. Nazim tersenyum kecil. Dia juga ada

mempelajarinya di sekolah perubatan dahulu.

281


HASREEYATI RAMLI

“Pak cik,itu saya pun dah tahu. Terima kasih

sebab ingatkan lagi. duduklah dulu pak cik. Nak

apa-apa yang lain tak ni? Boleh saya tolong

panaskan.”

Pak Nuar menggeleng.

“Tak elok makan tengah malam. Kena

tunggu 4 jam sebelum nak tidur semula.”

Kali ini Nazim tergelak besar.

“Pak cik, saya rasa elok pak cik jadi doktor

saja dan bukan saya.” Terlalu banyak ilmu yang

boleh dikongsi dari orang tua ini, fikirnya lagi.

Pak Nuar tergelak kecil.

“Zim, pak cik tak perlu jadi doktor untuk tau

semua ni, tau dak. Memang dari dulu lagi orang

tua-tua dah tau aih pasai ni. Hang saja kena belajaq

semua ni. Aku belajaq juga. Belajaq dari universiti

orang tua-tua.” Gurau Pak Nuar lagi.

Nazim tergelak kecil lagi.

“Ya. Itu saya akui. Orang tua-tua memang

hebat.” Pujinya lagi.

Pak Nuar tergelak kali ini. Malu dipuji begitu.

“Tak adalahh, Zim. Pak cik ni memang ni.”

Dia kemudiannya mengambil tempat duduk di

kerusi tinggi. Di ‘island table‘ itu ada dua kerusi

tinggi.

“Amboi payah no ada kerusi macam ni. Kalau

pendek memang jenuh nak geragaih.” Nazim

tergelak melihat orang tua itu terkial-kial tadi.

“Nanti saya ambilkan kerusi yang lain ya.”

282


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Eh, tak payah. Ni dah tak pa dah.”

Kasihan orang tua itu terkial-kial tetapi

berjaya akhirnya.

“Hui.. tinggi macam kerusi kedai pajak aih..”

Dia membandingkan begitu.

Nazim tergelak lagi. Duduk di kerusi yang

satu lagi.

“Ha.... tadi kamu ke mana. Lewat malam

baru balik?” Papanya sendiri tidak pernah

menyoalnya begitu. Inikan pula orang lain. Tetapi

dia tidak kisah kerana lebih elok jika ada yang

mengambil berat tentang dirinya juga.

Selama ini kedua orang tuanya sendiri tidak

lagi bertanya dia hendak ke mana dan keluar

dengan siapa. Semuanya dengan kehidupan

masing-masing.

“Ohh.... tadi saya nak jenguk Nad. Tapi

kereta saya pulak rosak. Sebab tu saya lambat

balik. Terima kasih sebab bertanya ya, pak cik.”

Pak Nuar mengangguk.

“Ooo... jadi kamu tak pergi tengok Nad lah

ya? Tak apalah. Ayah kamu dah pergi tengok dah.

Sama sajalah. Nanti pak cik tanya dia.”

Nazim terkejut. Papa pergi lawat Nad? Untuk

apa? Nad bukan kekasih hati papanya. Kenapa

pula papa yang menyibuk?

Sesuatu sedang berlaku di belakangnya. Dia

perlu tahu.

“Oo... tak apalah gitu. Pak cik dan mak cik

duduklah sini selagi Nad di hospital tu ya. Esok

masa melawat bolehlah pergi lagi.” Ujarnya lagi.

Duduk berhadapan dengan bakal bapa mertuanya.

283


HASREEYATI RAMLI

“Kamu memang suka anak aku ka?”

Nazim tersenyum memandang ke arah Pak

Nuar.

“Ya, pak cik. Saya jenis yang tak suka kawan

lama-lama. Takut nanti banyak dosa.”

“Hmm...baguslah kalau kamu pikiaq lagu tu.

Tapi kamu kena ingat, kami orang tak berada

macam keluarga kamu. Hari tu kamu tak mai.

Sebab apa?”

“Ohh.... hari tu. Ada kes kecemasan. Ada

kemalangan besar yang berlaku. Jadi saya terpaksa

bertugas.”

“Hmm... kalau gutu tak apalah. Tapi kamu

boleh ka sesuaikan diri mandi kat dalam bilik ayaq

ada kolah? Kat umah kamu ada apa tu... hat benda

bulat ataih pala tu?” Dahinya berkerut.

Nazim memperbetulkannya.

“Shower, pak cik...”

“Ha.. shower ka flower ka... mana aku tau.

Yang aku tau ada gayung plastik tu ha. Dulu buat

dengan tin minyak gaih saja. Boh dengan tali ikat

kerbau. Tapi kecik sikit ja tali dia... haa....”

Nazim hampir tergelak. Menahan dirinya.

“Itu dulu. Sekarang dah lain.”

“Tapi bapa kamu pernah jadi orang

kampung, kan?”

Nazim sedar, dahulu memang bapanya

sering pulang ke kampung. Namun disebabkan

kesibukan, mereka jarang pulang ke kampung

284


MERTUAKU, MY SOULMATE

halaman bapanya lagi kerana sudah tiada keluarga

di sana. Dia sendiri tidak mengingati ketika zaman

kecilnya. Mamanya sering menghalangnya dari

turun ke sawah walaupun itu memang menjadi

keinginannya. Dia hanya dibenarkan memerhati

sahaja sepupu-sepupunya bermain sesama mereka

dari beranda rumah neneknya.

“Dulu memang pernah. Tapi sekarang ni,

dah tak balik langsung pun. Saya pun dah lupa

macamana keadaan di sana.” Jika bercuti pun, dia

dan kedua orang tuanya akan ke luar negara. Ke

negara yang lebih sejuk.

“Oo... patutlah pun. Tapi tak pa. Lepaih ni

kamu baliklah selalu. Bila dah jadi menantu pak

cik.”

Nazim hanya mengangguk.

“Inshaa Allah, pak cik.”

“Haa... bila kamu nak kahwin ni?”

Itu yang dia mahu dengar.

Tersenyum memandang ke arah bakal bapa

mertuanya.

“Kalau boleh, lagi cepat lagi bagus. Sebab

tulah saya dah bincang dengan Nad. Sementara

pak cik dan mak cik ada di sini, kita buat majlis

bertunang terus. Hujung bulan ni, nikah. Boleh tak,

pak cik?”

Pak Nuar terkejut.

“Tapi kamu tak bagi anak pak cik buncit kan

nak buat cepat-cepat ni? Risau ni. Itu yang pak cik

nak tanya kamu.” Tegas sahaja soalan itu.

Terkejut Nazim dengan soalan itu. Kenapa bapa

gadis itu bertanya sebegitu pula?

285


HASREEYATI RAMLI

“Ha? Tak adalah, pak cik. Kami tak buat

benda-benda gitulah. Sebab tu kami nak buat

cepat-cepat. Supaya tak sampai ke tahap tu lagi.”

Pak Nuar segera bangun dan menepuknepuk

belakang bahu anak muda itu. Terasa lega

dia mendengarnya.

“Baik. Itu pak cik pun setuju. Kita buat majlis

ringkas saja. Bagi cincin sebagai tanda. Tapi tunggu

hingga Nad keluar wad dulu la kot?”

Nazim tersenyum lebar mendengar

persetujuan orang tua itu. Terasa beban di

bahunya sudah terlepas kini.

Mereka berdua cuma perlu menunggu hari

bahagia sahaja.

“Saya dah ngantuk ni, pak cik. Selamat

malam. Lagi sekali, terima kasih sebab sudi terima

saya sebagai menantu pak cik. Saya janji akan jaga

Nad baik-baik.”

Orang tua itu mengangguk.

Dia naik ke atas terlebih dahulu. Dengan hati

yang berbunga bahagia.

286


MERTUAKU, MY SOULMATE

Pada keesokan harinya, Kinah datang

melawat.

“Semalam kenapa kau tak call aku balik?

Tunggu jugaklah. Aku tak call sebab ingat kau

bergayut lama dengan Nazim.”

Kinah mengupas buah epal merah untuk ku.

“Kulit jangan kau makan. Ada `wax’ ni ha.”

Aku tergelak kecil. Macam budak-budak kecil pula

aku dilayannya.

“Itu aku tau. Kau ni buat aku macam adik kau

pulak ya?” Aku mengusiknya.

Kinah menoleh ke arah ku seketika.

“Memang kau tu muda dari aku, kan?”

Aku mengangguk.

“Sebab tu aku suka nasihatkan kau. Bukan

aku dengki. Tapi sebagai kawan. Kalau tak, sampai

bila pun kalau kawan tak tegur kawan untuk

kebaikan, kita akan lalai. Itu gunanya kawan.”

Panjang lebar pula tazkirahnya.

“Iya. Iya. Aku tau. Terima kasih.”

Adakalanya nasihatnya boleh digunapakai juga

walaupun lebih banyak membebelnya.

287


HASREEYATI RAMLI

“Hmm...kau sukakan bapak dia, kan?” soal

Kinah dalam nada perlahan. Matanya tepat ke arah

ku.

Hampir tercekik aku dibuatnya.

“Eh? Mana ada!” Mengapa pula soalan itu

terpacul dari mulutnya?

“Haa... baik kau mengaku. Aku tengok

perangai kau ni. Lepas balik dari kampung, kau dah

lain. Selalu termenung, selalu berkhayal saja.”

Aku terkejut.

“Ha? Kau perasan apa pulak ni? Hishh....”

aku menepisnya. Dia perasan ke?

Kinah mencebik.

“Haa.... betullah tu.” Kemudian tergelak lagi.

“Mana ada. Kau ni merepeklah. Kalau tak

ada benda lain nak cakap, kau baliklah. Nanti mak

ayah aku datang lawat. Jenuh aku nak jawab.

Dahlah aku baru saja berbaik dengan Nazim. Kau

pulak nak jadi batu api. Apa hal?”

Bukan senang untuk aku meyakinkan Nazim

semula. Dia terlalu cemburu pua. Lebih-lebih lagi

sekarang ini dengan papanya sendiri. Mereka pula

baru berbaik dari bergaduh mengenai hal itu.

“Okey, okey. Sorry. Aku tak maksudkan

macam tu. Aku cuma tanya ja. Mak ayah kau ada

kat sini ke? Eh, kenapa tak suruh diorang tinggal

kat rumah kita aje? Kau ni... sian diorang tu. Habis

tu, diorang tinggal kat mana?”

Aku mengangguk.

288


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Itulah masalahnya sekarang. Aku pun segan

jugak ni.”

Kinah mengerutkan dahi.

“Kenapa? Mak ayah kau kat mana malam

tadi?”

“Kat rumah Nazim...”

Gadis itu terkejut.

“What? Serius ke ni?”

Aku mengangguk.

“Ya Allah... kalau aku pun aku rasa serbasalah

ni.”

Aku mengangguk perlahan.

“Habis tu aku nak buat macamana? Aku kat

sini. Tak boleh buat apa-apa. Lagipun aku rasa

ayah aku tu segan dengan kaulah, Kinah.”

Kinah tergelak kecil.

“Iya tak ya jugak ya. Mesti dia segan sebab

ada aku. Hmm... nak buat macamana, kau kat sini.

Tapi kau boleh keluar bila ni?”

“Tak bosan ke?”

“Tak bosan apanya. Bosan nak mampos!”

Kinah tergelak kecil.

“Haa... tau pun. Aku tinggal sorang-sorang

tak ada kawan nak gaduh-gaduh. Cepatlah balik,

okey?”

Aku tersengih.

“Haa... tak apa. Nanti aku bagitau kat doktor

aku nak balik dulu. Nak gaduh dengan kau. Gitu?”

Kami berdua tertawa bersama.

Tidak sedar kedua orang tua ku sudah tiba.

“Hai, orang sakit macam tak sakit pun ni.

Kalau dah baik, boleh keluaq kot no?” Sampuk

289


HASREEYATI RAMLI

emak bila menjengah dari pintu masuk. Ayah

menyusul di belakang ku. Begitu juga dengan

Dr.Nasrul. Yang tersenyum memandang ke arah ku.

“Nanti kita tengok apa yang doktor yang cek

dah tulis.” Dr. Nasrul memeriksa kad laporan di

hujung katil gadis itu lagi.

“Macamana, doktor?” Pak Nuar tidak sabar

ingin tahu.

“Nad boleh keluar sehari dua lagi. Lepas ni

kena buat pemeriksaan susulan saja.” Ujar Dr.

Nasrul lagi tersenyum memandang ke arah ku.

“Alhamdulillah...” Mak Mah segera memeluk

anak gadisnya.

“Hai, mak cik. Pak cik. Saya Kinah. Kawan

serumah Nad. Kalau tak apa-apa, boleh saja mak

cik dan pak cik tidur di rumah kami.” Rajin pula

Kinah mempelawa dan kemudiannya bersalaman

dengan kedua orang tua ku.

“Oh.. kamulah Kinah yang Nad selalu cerita

tu ya. Tak apalah, Kinah. Pak cik dan mak cik kamu

ni duduk kat rumah ayah Nazim ni ha. Okey ja,

pun..” Pak Nuar menyampuk.

“Tak ada apa-apalah. Sama saja duduk kat

rumah saya pun. Nad rasa sihat ya hari ni?”

Dr. Nasrul memegang pergelangan tangan

ku untuk memeriksa nadi. Mengapa aku berasa

sesuatu yang aneh apabila dia menyentuh ku?

290


MERTUAKU, MY SOULMATE

Mak Mah rasa canggung pada mulanya.

Namun memikirkan lelaki itu adalah juga seorang

doktor, maka dia tidak mengesyaki apa-apa.

“Hmm... okey pun ni.”

Aku menarik nafas lega.

“Esok boleh keluar tak ni? Bosanlah,uncle.”

Aku membuat muka bosan.

“Haih, duduk la dulu. Doktor nak cek kamu

tu dulu. Awat nak balik awai-awai ni? Nazim tak

mai tengok lagi ka?” soal emak lagi.

“Err... errr... semalam kereta dia rosak.”

Pak Nuar menyampuk.

“Ha, betoi tu. Semalam dia bagitau lagu tu.”

Mak Mah menoleh ke arah suaminya.

“Eh,bang. Bila jumpa dengan Nazim ni?”

“Malam tadi abang turun nak minum. Jumpa

dia kat bawah. Baru balik. Kami sembang la sat.”

“Oh,” Dr. Nasrul mula terasa sesuatu.

“Kami bincang pasal majlis bertunang nak

buat kat sini. Lepas tu, hujung bulan ni, nak nikah.

Itu yang kami bincangkan. Jadi... “ Dia memandang

ke arah isterinya. Kemudian ke arah Dr. Nasrul.

“Nampaknya cepatlah kita akan berbesan ya,

doktor?”

Kinah menutup mulutnya.

Aku pula tidak terkata apa-apa. Cepatnya

Nazim bertindak. Aku dan Dr. Nasrul bertentang

mata.

Kenapa lelaki itu melihat ku begitu? Adakah

dia turut berasa apa yang kurasa ketika ini?

Kekeliruan yang aku sendiri tidak mengerti ini

membuatkan hati ku terasa tidak tenteram.

291


HASREEYATI RAMLI

“Nad? Tahniah!” Kinah memeluk ku dengan

erat. Separuh menjerit. Mereka semua tertawa

melihat aku terpinga-pinga begitu.

****

“Nad. You tak gembira ke kita akan

disatukan secepat itu?”

Pada sebelah petangnya, Nazim melawat ku.

“Oh ya, tadi I tak dapat datang lawat you.

Maaf ya, sayang.” Nazim tersenyum manis di

sebelah katil ku.

“Tak apa. I tau you kena kerja.”

“Tentulah I happy. Tapi...”

“Tapi apanya. You tak suka?”

“Bukan.. sempat ke...”

“Oh, nak cari baju ke? Kan banyak butik

pengantin. Nanti lepas you keluar, kita ke sana.

You pilih saja.”

“Tapi you dah ada sijil kursus kahwin ke?”

Nazim menepuk dahi.

“Dah ada.” Dia tergelak kecil.

“You?”

“Okeylah macam tu.”

Nazim memegang tangan ku.

Mengapa sentuhannya itu tidak

membuatkan aku berdebar seperti dulu?

Mengapa pandangan Dr. Nasrul sahaja

sudah menggegarkan jiwa ku?

Nazim dapat merasakan sesuatu tidak kena.

292


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad? Kenapa ni dengan you? Kepala you

sakit lagi ke?” Ada kerut risau di dahinya. Dia

memeriksa nadi kekasih hatinya.

“Hmm... okey pun.” Nazim duduk di kerusi

sebelah katil. Merenung lama ke arah ku.

“Kalau you rasa kita perlu tangguhkan

perkara ni, kita tangguhkan dulu. Ke satu masa

lain.”

Aku menggeleng.

“It’s... It’s just too soon...I guess...” Ujar ku

lagi. Aku tertunduk ke bawah. Suasana sepi di

antara kami terasa.

“Nad... I sayangkan you. Tapi I tak tahulah

jika sebab papa I, sayang you pada I dah-“

“Nazim! Apa kena dengan you ni? Tuduh

melulu macam ni? You sedar tak apa yang you

cakap ni?” aku menggigil kerana terlalu marah

dengannya.

“Nad... I hanya-“

Aku mula mengamuk.

“Sila keluar dari bilik ni...” aku meminta

dengan baik. Sambil menoleh ke arah lain.

“Nad... I-“

“I kata keluar! Keluarlah!” Kali ini aku

menjerit ke arahnya. Kemudian membalingkan

bantal ke arahnya.

Apabila dia kelihatan teragak-agak. Aku

menjerit lagi ke arahnya.

“Pergi!”

Dan kemudiannya dia berlalu pergi.

Aku menangis sepuas-puasnya.

Kenapa aku jadi begini?

293


HASREEYATI RAMLI

Aku sendiri tidak pasti.

Adakah benar kata-katanya itu?

Segera aku menelefon seseorang.

“Kinah... aku-“ aku menangis semahumahunya

di telefon itu.

294


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kau ni dah gila ka apa, ha? Kau jatuh cinta

dengan bakal mertua kau sendiri ke ni?” Jerit Kinah

di hujung talian sana. Aku tidak pasti sama ada dia

sedang memandu atau tidak. Namun aku perlukan

seseorang untuk berbual ketika ini.

“Kinah, kalau kau sedang mandu. Tolong

berhenti dan berbual kejap dengan aku, please.”

Aku memang tidak dapat menahan perasaan ku

lagi.

Aku rasa Kinah mendengar nasihat ku. Tidak

lama kemudian aku mendengar bunyi enjin

keretanya dimatikan.

“Okey, cuba kau cakap kat aku. Apa yang dah

terjadi?”

Aku menceritakan segalanya pada Kinah.

Lama dia diam setelah mendengar cerita ku.

“Jadi, sekarang kau nak buat apa?”

Giliran aku pula terdiam.

“Entahlah. Aku dah halau dia tadi. Aku

kecewa sebab dia masih tak percayakan aku. Jadi

kau rasa, macamana aku nak hidup bersama

dengan orang macam tu?”

“Hmm... ada betulnya juga kata kau tu. Tapi

sekarang ni hidup kau. Kau yang tentukannya. Aku

295


HASREEYATI RAMLI

orang luar antara kau berdua. Jadi aku rasa hanya

kau yang patut buat keputusan ni. Sebab ni hidup

kau.”

Aku tidak dapat berkata apa-apa lagi.

memang aku perlukan masa untuk berfikir. Aku

keliru dengan semua ini. Kebaikan dan perhatian

yang ditunjukkan oleh bapa Nazim membuatkan

aku berbelah bahagi.

Dia terlalu baik melayan ku selama ini.

Malah dia lebih banyak menghabiskan masanya

untuk ku dari Nazim sendiri. Segala-galanya

tentang bapa Nazim adalah melebihi dari Nazim

sendiri. Oh tidak.

Aku masih lagi berdiri di tepi tingkap

mengadap bangunan hospital yang satu lagi.

Termenung lama.

“Baiklah, Kinah. Terima kasih. Aku rasa aku

dah tau apa yang aku perlu buat....”

Aku menoleh ke arah belakang.

Dr. Nasrul ada di belakang ku. Entah bila dia

masuk ke dalam bilik itu. Dan entah berapa lama

dia mendengar perbualan ku dengan Kinah.

“Kinah... I have to go...” aku mematikan

talian antara kami.

Kemudiannya aku melihat ada air mata yang

mengalir di tepi mata lelaki itu.

****

296


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad... kenapa Nad tak mengaku Nad

sayangkan uncle juga ni.. hmm?”

Lelaki itu menghampiri ku. Aku tidak

bergerak dari tempat aku berdiri. Kerana terasa

seperti ada gam di bawahnya.

“Nad... Nad... “aku tidak berani menatap

wajahnya. Resah sebenarnya. Untuk mengaku

yang aku sudah jatuh hati dengannya.

Ketika aku gagal memberi alasan, lelaki itu

menarik aku ke dalam pelukannya. Aku tidak

menyangka kali ini dia akan bertindak begitu.

Aku semakin rasa bersalah dan keliru.

Antara menyintai anaknya atau dirinya. Mana yang

perlu aku pilih sekarang?

“Tak apa, sayang. Tak perlu jawab sekarang.

Tapi uncle rasa bahagia sebab akhirnya Nad sendiri

sedar semua ni...” bagaimana bersyukurnya dia

kerana akhirnya dia tidak bertepuk sebelah tangan.

Aku masih lagi berasa keliru dengan semua

ini. Walaupun aku berasa aneh kerana selesa

dengan perasaan ini.

“Uncle... Nad rasa...” aku menolaknya

perlahan-lahan dari ku. Kemudian mendongak

memandang ke wajahnya. Aku melihat kejujuran di

matanya. Insan ini yang sebenarnya menyayangi

diri ku dan menerima diri ku seadanya aku.

“Shh... Nad. Tak perlu cakap apa-apa. Uncle

tahu.” Dia tersenyum memandang ku. Kemudian

tangannya perlahan-lahan menyentuh wajah ku.

Lembut sahaja kurasakan mengusap pipi ku. Aku

memejamkan mata seketika.

297


HASREEYATI RAMLI

Namun tidak ada apa-apa yang terjadi

selepas itu. Hanya dia menyuruh aku membuka

mata ku semula. Aku yang malu.

“Nad... buka mata tu. Jangan tidur sambil

berdiri, sayang...” bisiknya lagi di telinga ku.

Aku segera membuka mata. Wajah ku

terasa panas. Malunya aku ketika itu. Apa yang

aku harapkan darinya?

“Eh, tak adalah.” Aku berpura-pura

menggaru mata ku.

“Tadi macam ada benda masuk. Sebab tu

pejam kejap.” Aku menolaknya ke tepi dan

terdengar dia tertawa kecil.

Aku seperti mahu lari sahaja.

Tetapi dia menarik tangan ku kembali.

“Nad. Uncle sayangkan Nad. Itu yang uncle

nak Nad tahu....” aku menarik kembali tangan ku.

Aku tidak berkata apa-apa.

“Tadi apa yang uncle tu, betul, kan?”

“Uncle... biarkan Nad sendiri boleh tak? Nad

dah gaduh dengan Nazim tadi. Dia tuduh macammacam.

Itu yang Nad tak boleh terima.”

Lelaki itu menghampiri ku. Tangan ku

dipegangnya kembali. Aku hanya melihat

wajahnya.

“Really? Apa yang dia cakap tadi?” aku

ditariknya kembali mendekati tubuhnya. Bau

cologne yang dipakainya menusuk kembali ke

rongga pernafasan ku.

298


MERTUAKU, MY SOULMATE

Sekali lagi aku terpaksa mendongak

memandangnya.

“Dia.. dia cakap...Nad dan uncle ada

sesuatu...dan.. dan...”

“Dan apa?”

Aku menelan air liur ku seketika.

“Dan... dan sesuatu telah berlaku pada kita

semasa di kampung hari tu...” ujar ku lagi dalam

nada perlahan.

Mengapa ketika aku berada dalam keadaan

yang terlalu dekat seperti ini dada ku terasa

bagaikan mahu meletup?

Lelaki itu tersenyum.

“Ya... betullah tu. Sesuatu memang dah

terjadi, kan?” Adakah dia cuba mengusik ku lagi?

Kejamnya dia! Namun aku tahu lelaki itu hanya

mengusik ku.

“Uii... mana ada!” aku berpaling untuk

berjalan ke katil ku semula. Dia mengekori ku dari

belakang.

“Hmm... Jadi apa katanya bila Nad nafikan?”

Dia membantu ku naik ke katil.

“Tak apa. Nad boleh duduk sendiri.

Bukannya sakit teruk pun.” Aku cuba untuk

menolak pertolongannya.

Namun dia tidak pedulikan permintaan ku

itu.

“Jangan degil. Katil ni tinggi.” Aku akur

sahaja.

Setelah membantu ku, aku termenung

beberapa ketika.

“Dia keluar macam tu aje.”

299


HASREEYATI RAMLI

Lelaki itu mengerutkan dahi.

“What? Dia langsung tak pujuk?”

Aku menggeleng.

“Oh no... Patutnya dia tak pedulikan apa

yang kamu cakap tu dan bertahan sahaja di sini.

Tapi...” tidak semua orang sepertinya. Biarpun itu

adalah anaknya sendiri. Perangai mereka tidak

semestinya sama walaupun wajah mereka hampir

serupa.

Aku termenung lagi.

“Entah... “

Aku yang menghalaunya tadi.

Mungkin dia tidak akan kembali memujuk

ku.

“Biarlah...”

“Nad...” Kali ini dia memegang tangan ku.

Merenung ku sambil tersenyum.

Aku tidak dapat menatap wajahnya dengan

lama kerana dada ku pasti begitu berdebar-debar.

Namun perasaan itu membuatkan aku lebih selesa

dengannya. Adakah aku menolak perasaan ku

sendiri?

“Esok awak dah boleh keluar, okey.”

Aku terkejut.

“Betul ni?” Aku merasa gembira. Tetapi

kegembiraan ku tidak lama.

Aku perlu berhadapan dengan kedua orang

tua ku dan memaklumkan pada mereka yang aku

mungkin tidak jadi bertunang dengan Nazim.

300


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kenapa pula ni?” Dr. Nasrul melihat

perubahan yang mengejutkan itu di wajah gadis

itu.

Aku menoleh ke arahnya.

“Apa yang Nad nak beritau pada mak dan

ayah?”

Dr. Nasrul terdiam.

“Hmm...betul juga tu.”

“Kita cuba fikirkan sesuatu...”

Aku mengerutkan dahi.

“Kita?”

“Ya, kita.”

Aku terdiam mendengarnya.

Adakah aku sudah benar-benar gila

sekarang? Mengalihkan cinta ku pada bapanya?

Ya. Memang sudah gila.

“Nad, uncle balik dulu ya....” Kemudian

tanpa ku duga, dia mengucup dahi ku. Aku terkejut

dengan perbuatan yang tidak ku jangkakan itu.

Tetapi tidak pula memarahinya.

Aku hanya mengangguk.

301


HASREEYATI RAMLI

“Kau memang dah gilalah, Nas. Tapi aku

suka kegilaan kau tu!” Teman sepermainan golf

menepuk-nepuk bahunya. Mereka sudah sejam di

padang golf Glenmarie itu.

“Eh? Kenapa pulak kau cakap macam tu?”

Dr. Nasrul selalu berbual tentang hal

peribadinya dengan hanya seorang temannya ini.

Dr. Zaidi. Sebaya dengannya. Bahagia dengan

isterinya yang selalu mengambil berat tentang diri

suaminya sendiri.

Apa tidaknya. Tiap hari isteri temannya akan

menyediakan bekal untuk Dr.Zaidi walaupun tahu

suaminya dapat makan di cafe hospital.

Memang kedengaran remeh namun di usia

mereka, perhatian sebegitu yang mereka inginkan.

“Habis tu, apa yang mak bapa dia kata?”

Dr. Nasrul terkenang kembali hari itu. Sebaik

sahaja gadis itu keluar dari hospital.

“Nazim tak call?”

Aku menggeleng.

302


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku sudah mengemaskan barang-barang ku.

Aku menunggu Nazim muncul pada hari itu.

Pasti dia tahu aku sudah boleh keluar pada

hari ini. Tetapi mengapa dia tidak datang

menjemput ku pulang?

“Jom balik. Mak dan ayah Nad ada di rumah

uncle.” Aku terdiam seketika. Mampukah aku

menghadapi emak dan ayah? Mampukah aku

memberitahu mereka tentang berita itu?

Aku menoleh ke arahnya.

“Uncle... macamana Nad nak cakap pada

diorang nanti?”

Lelaki itu mengeluh seketika.

“We will deal with it, Nad. I am sure.”

Ujarnya lagi. Kata-katanya itu begitu meyakinkan

ku. Mengapa pula aku tidak boleh yakin dengan

perasaan ku sendiri ketika ini? Kenapa tak boleh

yakin pula? sedangkan itu adalah diri ku sendiri?

“Nad?”

Bahu ku disentuhnya. Aku mendongak

memandangnya dan kami berlalu dari wad itu.

****

“Apa? Hang dah gila ka apa, Nad?” Tengking

Pak Nuar apabila mendapat tahu anak gadisnya

mahu membatalkan terus perkahwinannya dengan

anak Dr. Nasrul.

Jika ayah memanggil ku dengan perkataan

`hang’, bermakna ayah ku memang benar-benar

marah.

Kecut perut ku dibuatnya. Dan aku hanya

duduk di sebelah emak. Memegang bahunya.

303


HASREEYATI RAMLI

“Ni, ce hang habaq mai sat. Awat hang tak

mo menikah pulak ngan budak Nazim tu? Apa

yang hampa dah kelai ni, ha? Habaq kat aku sat!”

Jerkahan Pak Nuar membuatkan Dr. Nasrul segera

bergerak ke arah lelaki tua itu dan menepuk-nepuk

bahunya.

Pak Nuar sudah bangun dan bercekak

pinggang sejak gadis itu memaklumkan perkara itu

tadi. Nafasnya yang turun naik membayangkan

kemarahannya mula memuncak. Wajahnya yang

agak gelap itu sudah nampak sedikit gelap dek

darah sudah naik ke wajahnya.

“Bang... sabar dulu. Ini hal mereka. Biar

mereka yang buat keputusan.” Ujar Dr. Nasrul lagi.

Pak Nuar berpaling ke arah bakal besannya

itu. Nampaknya tidak jadilah mereka mahu

berbesan jika anak-anak mereka tidak mahu

bersama. Namun kita hanya merancang.

Selebihnya di tangan Tuhan.

Mereka semua kemudiannya memandang ke

atas. Rupanya Nazim ada di rumah itu. Cuma tidak

turun menyertai mereka sebaik sahaja dia

menyedari gadis itu sudah keluar dari hospital.

Dan yang paling ditakutinya ialah tekaannya sudah

menjadi benar belaka.

Nazim menuruni anak tangga sambil

tersenyum.

“Pak cik...” dia kemudiannya berdiri

mengadap Pak Nuar.

304


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Saya yang salah dalam hal ni. Saya yang

akan tanggung kesalahan ni...” Ujarnya dengan

nada perlahan sambil tertunduk ke bawah.

Pak Nuar memegang kedua bahu anak muda

yang semakin digemarinya itu.

“Awatnya, Nazim? Apa yang hampa dua dah

kelai ni, ha? Ce habaq mai? Kalau takat sikit-sikit

salah sangka tu, kita boleh bawa berbincang kot...

Ni baru nak bertunang. Dah jadi lagu ni. Nanti bila

dah kawen, tah lagu mana.”

Nazim mengangguk. Kemudian memandang

semula kepada Pak Nuar.

“Pak cik. Kami memang ada bergaduh.

Selalu bergaduh. Tapi...” Nazim terhenti seketika.

“Tapi semua tu akan berlalu macam tu saja.

Kami berbaik semula lepas tu...” Nazim

kemudiannya memandang ke arah ku.

Aku pula ke yang salah? Kerana sikap

pemarah ku? Kerana aku cepat merajuk?

“Ha, Nad. Kali ni awat pulak ni? Hang ni

memang tak abih-abih la no dok buat perangai

huduh tu, ha? Hang ingat hang budak-budak lagi

ka? Hang nak menikah buat la cagha nak menikah.

Bukan dok manjang merajuk. Manjang sentap. Apa

yang hang dapat? Sampai ke tua la hang nak harap

orang dapat layan perangai hang hat huduh tu.

Hang tau dak?”

Ayah kalau dah membebel memang begitu.

Tetapi di sebalik itu, ada juga yang betulnya.

Nazim tersenyum tawar.

“Tak apalah, pak cik. Dia tak sayangkan

saya...”

305


HASREEYATI RAMLI

Pak Nuar masih lagi tidak berpuas hati.

“Nad? Hang sayang lagi dak kat Nazim?”

Pak Nuar berpaling pada anak gadisnya.

Aku memegang pergelangan lengan emak.

“Habih tu, hang sayang kat sapa?”

Mak Mah menoleh ke arah anak gadisnya.

Menunggu jawapan juga.

Dr. Nasrul berasa berdebar-debar. Turut

menunggu jawapan yang sama.

306


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku tidak bertemu dengan Nazim lagi

selepas dari hari itu. Aku juga telah

mengembalikan telefon yang diberikan kepada ku

sebelum ini.

Sudah dua minggu aku menukar nombor

telefon yang baru. Dan yang lebih penting aku

telah memberi amaran kepada Kinah agar tidak

memberikan nombor terbaru itu pada Nazim.

“Kau ni biar betul, Nad. Kau tinggalkan anak

dia, lepas tu kau ambik bapak dia ke?” Kinah masih

lagi tidak berpuas hati dengan penjelasan awal

yang didengarinya dari ku selepas aku pulang pada

hari itu dan menjelaskan segalanya tentang aku

dan Nazim. Namun aku tidak berkata apa-apa

tentang aku dan Dr. Nasrul.

Aku bertentang mata dengannya.

“Kinah, aku rasa aku tak boleh jawab lagi

soalan kau tu...” ujar ku dalam nada perlahan.

Kinah ternganga.

“Kau... kau jangan kata kau dah...” Kinah

terduduk kali ini. Mujur juga ada sofa berhampiran

dengannya. Butakah temannya itu?

307


HASREEYATI RAMLI

“Aku apa? Maksud kau, sekarang kau nak

tuduh aku dah jatuh cinta dengan Uncle Nash ke?”

Aku bertentang mata dengannya kini. Apalagi yang

dia masih tidak berpuas hati dengan ku?

Kinah terdiam. Tidak terkata apa-apa.

“Nad...” tangan ku dipegangnya.

Digenggamnya dengan erat.

“Kau pandang aku betul-betul, Nad. Pastu

kau cakap kat aku...”

Aku akur.

“Kau jatuh cinta dengan orang tua tu ke...”

soal Kinah dengan perlahan. Tepat memandang ke

mata ku.

“Aku tak pasti dengan perasaan aku, Kinah.

Terlalu awal nak cakap apa-apa. Tapi dia baik

terhadap ku, Kinah.”

Kinah segera bangun.

“Oh, no!” Dia pula yang kelihatan stress dan

memicit-micit dahinya seketika dan berjalan

mundar-mandar di hadapan ku.

Aku yang tidak ada apa-apa, dia pulak yang

melebih-lebih.

“Aku tak sangkalah, Nad... How could

you...Haishh!” Dia masih lagi tidak berhenti

berjalan ke hulu hilir.

“Kinah... stop doing it!” Kali ini aku sudah

benar-benar sakit kepala dengan tindakannya itu.

Yang tidak sakit pun boleh jadi sakit kalau macam

ni.

308


MERTUAKU, MY SOULMATE

Kinah akhirnya berhenti berjalan. Dia sendiri

tidak dapat berfikir dengan sempurna. Dia seakan

tidak dapat memahami gadis itu lagi.

Kemudiannya dia duduk dan menyandarkan

kepalanya seketika.

“Nad... Aku tak sangka kau jatuh cinta

dengan orang tua itu...” ujarnya dalam nada

perlahan.

“Kinah, stop saying that!” Aku menjerit

padanya kali ini. Kemudian berdiri dan berjalan ke

arah tingkap. Aku membuka tingkap untuk

mengambil udara luar. Namun aku terkejut apabila

melihat kereta Dr. Nasrul ada di bawah.

“Oh my...”

Aku segera mendapatkan telefon ku.

Rupanya aku terlupa hendak menghidupkan

volume control selepas waktu pejabat tadi.

Aku tidak tahu berapa lama dia sudah ada di

bawah sana. Namun aku menghormati

keputusannya untuk tidak naik ke tingkat atas

menemui ku.

“Kau nak keluar mana pulak tu, Nad?” Kinah

menegur apabila melihat aku tergesa-gesa keluar

dari rumah kami. Aku tidak menjawab apa-apa.

Rasanya aku tidak perlu menjelaskan apa-apa pun

padanya.

****

Aku berdiri di luar keretanya. Sebelum aku

mengetuk tingkap keretanya. Sebelum dia

membukanya. Rupanya dia telah tertidur di dalam

keretanya.

309


HASREEYATI RAMLI

“Nad?”

Segera Dr. Nasrul membuka pintu keretanya

dan terus memeluk tubuh ku. Aku tidak sempat

berbuat apa-apa atau menolak tindakan spontan

itu.

“Nad... Nad...” bisikan lembut lelaki separuh

usia itu lembut di telinga ku. Aroma dari tubuhnya

itu membuatkan aku terleka seketika.

Segera aku menolaknya dari tubuh ku.

Lelaki itu mengerutkan dahinya.

“Kenapa ni, hmm...” soalnya lagi.

Menjarakkan dirinya dari ku. Dahinya berkerut

sedikit. Walaupun di bawah cahaya lampu di luar

kawasan parkir itu agak samar-samar namun aku

daat melihat kerisauan di wajahnya.

Tangannya tiba-tiba mengelus rambut ku

dan aku bagaikan mahu terhenti bernafas di kala

itu juga.

Adakah aku telah mengambil keputusan

yang betul kali ini? Berkali-kali aku menyoal diri ku

dan berkali-kali jugalah aku tidak ada jawapan yang

pasti.

Aku berundur ke belakang. Menolak

tangannya dari rambut ku.

“Nad?”

“Kenapa datang sini?”

Aku tahu lelaki itu menunggu ku sepanjang

malam selama dua minggu ini di tingkat bawah ini.

310


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku tidak mahu berjumpa dengannya lagi setelah

aku putus hubungan dengan Nazim.

Malam itu juga ayah dan emak balik ke

kampung. Rasa malu mereka sudah tidak

tertanggung lagi terhadap keluarga itu. Mereka

sendiri tidak dapat berkata apa-apa lagi apabila aku

tidak memberitahu siapa dan apa yang

menyebabkan aku berubah fikiran pada malam itu.

Dan perkara itu benar-benar membuatkan ayah ku

kecewa.

Bukan kecewa kerana tidak dapat

bermenantukan Nazim. Namun kecewa dengan

sikap membisu ku pada petang itu.

“Sebab uncle bimbangkan Nad. Keadaan

Nad tidak stabil. Lebih-lebih bila...” lelaki itu

tunduk ke bawah seketika dan menatap wajah ku

kembali.

Aku tersenyum tawar.

“Nad okey saja...”

Dia menggeleng. Bagaimana dia dapat

meninggalkan gadis itu lagi setelah hatinya hanya

pada gadis itu sekarang?

“No, I don’t think you are okay...”

Aku terdiam. Tidak ada apa yang dapat aku

perkatakan sebenarnya. Aku tidak tahu apa yang

berlaku pada Nazim selepas malam itu kerana aku

tidak melihatnya lagi. Malah aku terus membuang

simkad aku pada hari yang sama juga. Memutuskan

hubungan seperti aku membuang dia sama sekali

dari hidup ku. Dari hati ku sebenarnya. Terlalu

kejamkah aku?

311


HASREEYATI RAMLI

Aku tiba-tiba diburu rasa bersalah yang

teramat sangat pada Nazim.

Aku segera berpaling darinya.

Namun dipegang olehnya.

Aku berpaling semula ke arahnya.

“Nad nak naik ke atas. Jangan datang sini

lagi. Selamat malam, Uncle.” Aku melepaskan

pegangannya dan mahu berlalu dari situ.

Tidak ada apa lagi yang aku perlu perjelaskan

padanya. Atau pada sesiapa pun mengapa aku

mengambil keputusan itu.

Namun lelaki itu turun dari keretanya dan

mengejar ku. Dia lebih pantas mengejar ku.

“Nad! Listen to me.” Tangan ku ditarik lagi.

Aku tidak dapat menolaknya kali ini.

Terasa sakit juga kerana ia agak kasar kali ini.

“Uncle, you are hurting me. Let me go...”

Lelaki itu menggeleng.

“No, Nad. We start it off, so have to finish

this off. Tahu tak awak dah buat jiwa saya

tersiksa? Tahu tak, Nad?” soalnya lagi.

Aku terkejut.

“Ta-..tapi uncle. Nad...” aku menggeleng.

Lagi keliru.

“Ingat tak masa kita kat sungai tu?”

Aku terdiam. Dia mungkin telah ada `body

contact’ dengan ku tetapi kenapa pula?

“Nad, semakin lama saya kenali awak,

semakin lama jiwa saya tersiksa.”

312


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Then stop...”

Lelaki itu menggeleng.

“You know I can’t....”

Aku merenung ke matanya.

“and... I won’t....”

Aku memejamkan mata seketika.

“Because I like the feeling I have for you,

dear...”

Aku membuka mata ku semula.

Dia gila atau aku yang gila?

Lelaki itu masih lagi ada di hadapan ku.

Pandangannya masih melekat pada ku.

Aku terpaksa mengakui, lelaki itu memang

pandai memujuk rayu. Walaupun selama ini aku

merasakan hati ku yang keras ini memang payah

lebur.

Aku tersepit antara kehendak diri ku dan

kehendak lelaki itu.

“Uncle.... I really have to go. Sorry...” aku

menarik tangan ku kembali. Kemudiannya

menekan butang lif dan nasib ku memang baik

kerana pintu itu terus terbuka.

“Nad... I will wait...” ujar lelaki itu dalam

keadaan separuh berbisik.

Pintu lif itu perlahan-lahan tertutup semasa

lelaki itu masih menunggu jawapan ku.

313


HASREEYATI RAMLI

Jika aku terpaksa membuat keputusan

sekarang, dia sudah silap.

Bukan semudah itu untuk aku menerima

cinta lain walaupun aku sudah tidak bersama

dengan Nazim.

Ketika aku naik ke tingkat atas, aku masih

lagi termenung dan muram.

“Eh, tadi kau turun jumpa siapa?”

“Nazim?”

Walaupun hati ku menjerit-jerit namun aku

tetap cuba untuk berlagak biasa agar Kinah tidak

bertanya banyak. Pening kepala aku dibuatnya

sekarang ini. Mana dengan telefon yang berdering

di pejabat yang aku abaikan kerana khuatir jika itu

Nazim yang menelefon. Hinggakan aku terpaksa

menyuruh kerani di pejabat mengangkatnya

terlebih dahulu untuk ku. Walaupun ianya dari

dalam pejabat. Segalanya aku berasa seperti aku

diperhatikan semenjak dua minggu lalu.

314


MERTUAKU, MY SOULMATE

Lebih-lebih lagi ketika aku berada di parkir

kereta. Terasa seperti diri ku diperhatikan. Namun

apabila aku cuba memeriksa sekeliling ku, tiada

siapa pun di situ.

“Kinah, aku dah pening kau tanya macammacam

ni. Jangan tanya boleh tak?” aku duduk

bersandar di sofa seketika. Melentukkan kepala ke

belakang. Memejamkan mata. Mengharapkan

apabila aku membuka mata ku, segalanya akan

selesai. Namun ia tidak semudah itu.

Kinah menunggu jawapan ku. “Nad, ini tidak

bagus. Benar-benar tidak bagus. Jika yang datang

tu bapanya dan bukan Nazim.”

Aku tidak faham maksud Kinah.

“Apa yang kau cakap ni, hmm? Kau jangan

bagi aku lagi pening, boleh tak?”

Aku tidak membuka mata ku lagi.

Kinah ku rasa ada di sebelah ku.

“Yang kau pejam mata ni kenapa ha?

Ngantuk sangat ke?”

Aku membuka mata. Merenungnya agak

lama.

“Aku nak tidur, tapi cuba kau fikir. Aku nak

tidur macamana kalau tau ada orang menunggu

aku di bawah tu. Kalau kau jadi aku, apa tindakan

kau?”

“Ishh kau ni. Tanya aku pula. Aku tak lalu

macam kau sedang lalu ni. Mana aku tahu.”

Rungut Kinah lagi. Memuncungkan bibirnya.

Duduk berpeluk tubuh di sebelah ku.

Aku menepuk bahunya. Tersenyum.

315


HASREEYATI RAMLI

“Kinah, kehidupan kita tak sama. Dan

ketidaksamaan itulah yang membuatkan kita

istimewa.”

Giliran pula mendiamkan diri.

“Banyaklah istimewa kau tu, Nad. Habis, kau

ingat Nazim tak kecewa?”

“Dia masih tak faham aku...”

“Bapa Nazim?”

“Dia memahami aku...”

“Aduhh....” Kinah mengeluh panjang.

Menepuk dahi.

“Susah nak cakap dengan orang keras hati

macam kau nilah, Nad.”

“Mana ada aku keras hati... kau saja yang

memandai tuduh...”

Aku tergelak kecil mendengar kata-katanya

itu. Betulkah aku begitu?

“Nad, aku rasa kau kena bagi peluang pada

Nazim perbaiki dirinya seperti yang kau nak. Ini

tidak. Kau tak bagi dia peluang langsung.”

Aku berasa hairan. Bagaimana dia tahu

semua tu?

“Kau jumpa dia ke?”

Ku lihat dia semacam sahaja.

“Errm.. terserempak aje. Kat Giant hari tu.

Itu aje.” Kemudian dia tidak menceritakan tentang

dia keluar minum sebentar dengan lelaki itu. Hanya

tentang Nadira mereka perbualkan.

316


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kenapa kau tak nak jumpa dia? Kau dah

tukar banyak kali nombor telefon kau, kan?

Kenapa? Salah besar sangat ke dosa dia hingga kau

buat dia macam ni?”

Aku tersenyum.

“Kinah... maafkan aku. Aku tak tahu sama

ada dia suruh kau cakap macam ni atau kau sendiri

nak cakap macam ni. Tapi aku dah tak nak ada apaapa

hubungan dengan dia lagi... mengerti?” Aku

bingkas bangun dan berlalu ke bilik ku.

317


HASREEYATI RAMLI

“Bang... kenapa semua boleh jadi macam

ni?”

Datin Zarila mula bersuara setelah beberapa

minggu ini tidak mahu banyak menyoal suaminya

kerana bimbang dengan keadaan anak tunggal

mereka.

“Abang tau tak, sejak dari hari itu, sejak dua

minggu yang lalu, anak kita tu jarang ada kat

rumah? Entah ke manalah dia bermalam.”Risau

juga dia dibuatnya.

“Ila dah tanya dia?”

Datin Zarila menggeleng.

“Hari tu ada Ila tanya. Tapi Ila risaulah bang.

Muka dia tak senyum langsung. Dulu rajin jugak

dia tegur saya, bang. Tapi sekarang, dah tak lekat

kat rumah. Dia tidur kat mana, bang?”

Dr. Nasrul terdiam. Memang dia tidak

terserempak dengan anaknya. Hairan juga. Tetapi

dia sendiri tidak mahu bertanya sesuatu yang

dapat membuat hubungan mereka berdua

renggang semula.

318


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Takkan pulak abang tak jumpa dia kat

hospital?”

“Ada jugak abang nampak. Tapi abang tak

kejar dia punlah.”

“Abang ni... satu hospital pun....”

Adakah kerana dia turut berasa bersalah

dalam perpisahan antara pasangan kekasih itu?

hingga dia sendiri tidak berani untuk menegur

anaknya sendiri?

Dia sedang cuba untuk membantu Nadirah.

Namun gadis itu juga seakan menjauhkan diri

darinya.

“Abang.. ajaklah dia balik rumah ni. Ila

risaulah.” Ujar isterinya lagi. Termenung kali ini.

Kasihan pula dia melihat keadaan isterinya

itu.

“Hmm.. abang cuba.”

“Abang... dia anak kita, bang.”

*****

“Kamu memang anak tak guna!”

Jerkahan ayah ku masih lagi terngiangngiang

di telinga ku. Satu tamparan hinggap di pipi

ku di kala itu juga.

Emak menjerit terkejut. Menutup mulutnya.

Matanya membulat kerana tidak menyangka ayah

ku akan bertindak begitu.

“Bang! Dia anak kita!”

Ayah berpaling ke arah emak.

Matanya merah bersaga.

Nafasnya turun naik.

319


HASREEYATI RAMLI

Menahan marah.

“Sebab anak kitalah aku tampaq dia! Anak

tak sedar diri!” Ayah mahu menerkam diri ku

namun Dr. Nasrul segera spontan menghalang.

Tubuh ayah dipegangnya.

“Bang... bang... sudahlah. Sabarlah, bang...”

Ujar Dr. Nasrul menyapu-nyapu belakang ayah ku.

Aku berpaling ke arah Nazim. Sedikit pun

tidak berkelip memandang ke arah ku dengan

pandangan yang tidak ku mengerti.

Kami saling berpandangan seketika sebelum

aku berpaling ke arah emak.

“Mak... maafkan Nad.”

Kemudian ke arah ayah.

“Ayah.. maafkan Nad.” Kemudian aku berlari

keluar dari rumah itu dan menangis semahumahunya.

Nampaknya tidak ada siapa yang mahu

mengerti dengan diri ku dan perasaan ku. Betapa

aku terluka dengan kata-kata Nazim yang seolaholah

tidak percayakan kesetiaan dan kejujuran ku

terhadapnya. Itu tiada seorang pun yang tahu.

Mungkin Nazim sendiri tidak perasan tentang hal

itu.

Aku dikejar oleh seseorang dari belakang.

Aku segera mempercepatkan langkah ku.

Aku bercadang untuk menaiki Grab sahaja.

Lantas mendail laju aplikasi itu.

“Nad... tunggu!”

320


MERTUAKU, MY SOULMATE

Nazim.

Namun aku tidak menoleh ke belakang.

“Nad! I kata tunggu!” Langkahnya lebih

panjang dari ku.

“Listen to me!” Dan kali ini dia berjaya

memintas ku dan memegang kedua belah bahu ku.

Aku terpaksa berhenti.

Terpaksa memandangnya.

Air mata ku masih lagi laju mengalir di pipi.

Aku menolak tangannya.

“Zim. It’s over....” aku berbisik.

Menggeleng.

Matanya ku lihat bekaca-kaca.

Kemudian dia tidak mengejar ku lagi.

****

“Dia sepatutnya pujuk aku lagi pada malam

itu....” ujar ku dalam nada perlahan apabila aku

berada di pejabat ku.

“Hoi, minah!”

Imah menepuk bahu ku.

Aku tidak perasan bila dia masuk sama ke

bilik pantri pejabat kami. Yang terletak di bilik

hujung sekali.

“Mengelamun ya?”

Mujur aku tidak melatah.

Cuma tersentak sedikit.

Kopi yang masih belum aku tuang air

panasnya ku renung lagi.

“Tunggu air panas masak ni ha.” Balas ku.

Tidak mengaku.

321


HASREEYATI RAMLI

“Iyalah tu. Aku cari kau sebab tadi ada orang

luar call.”

Nazim ke?

“Ada pembekal telefon.”

Aku mengangguk.

“Kau ada ambik nombor dia tak? pesanan?”

“Dah. Semua atas nota atas meja kau.”

“Thanks.”

Imah tidak keluar lagi.

“Nad, kau okey tak ni?”

Aku tidak mengangkat muka dan tidak

menjawab.

Imah tidak berganjak dari situ.

“Nad, duduk sini dulu.” Imah menarik aku ke

kerusi. Mujur tidak ada siapa di situ.

“Sepatutnya kau rasa .... lega... atau happy

sebab kau dah berpisah dengan mamat tu tapi

maaf ya, kau tak happy pun. Maknanya kau tak

suka berpisah dengan mamat tu. Maaf... itu yang

aku rasalah.”

Imah sudah membuat kesimpulan sendiri

untuk ku.

Aku mengangkat muka memandangnya.

“Aku... nak happy? Macamana?”

Imah terdiam.

“At least, aku rasa kau patut jumpa dia. Dia

call kau hari-hari. Cuma dia tak naik ke pejabat ni

saja. Sebab dia masih hormati kau. Dia tak nak

memalukan kau kalau kau jerit kat dia ke, kalau kau

322


MERTUAKU, MY SOULMATE

nak marah dia depan orang lain ke. Itu maruah dia,

kan? Kau fikirlah sendiri.”

Aku terdiam. Memikirkan ada betulnya juga

kata-katanya itu. nampaknya dia masih lagi

memikirkan tentang diri ku.

323


HASREEYATI RAMLI

Nazim

Hidupnya terasa begitu kosong sekali.

Semenjak dua minggu lalu, dia bagaikan sudah

`mati’. Itulah yang dirasakannya.

Dia membuka telefonnya. Ada mesej dari

ibunya.

“Zim, ada mana?”

“Zim, tak balik lagi ke?”

“Zim, mama risau ni.”

Nazim menghela nafas panjang.

Adakalanya kerjanya juga terganggu.

“Hey, you nilah, Dr. Zim. Kenapa ni?”

Ketua Jururawat, Puan Zabedah,

menegurnya apabila dia seakan termenung di meja

bilik pantri.

“Huh?”

“Tadi ada panggilan untuk Doktor. Tak

dengar ke?”

“Perhatian. Doktor Nazim diperlukan di Wad

Satu, bilik 110 sekarang. Terima kasih.”

324


MERTUAKU, MY SOULMATE

Nazim tersedar dari lamunannya.

“Ohh... err... itu nama saya.” Dia tergesagesa

menghabiskan minumannya dan bergegas ke

bilik yang dimaksudkan itu.

Perkara ini perlu dihentikan. Dia tidak boleh

berterusan hidup dalam keadaan begini.

325


HASREEYATI RAMLI

“Nad. Aku rasa kau perlu cakap dengan dia...”

Kinah menghulurkan telefonnya pada ku.

Ketika itu aku baru sahaja pulang ke rumah dan

baru sahaja usai mandi.

“Really? Cakaplah aku dah tidur. Kau ni...

itupun tak boleh bagi alasan ke?” aku mengeluh

panjang. Malas sebenarnya mahu melayani apaapa

panggilan apalagi bertemu dengan lelaki itu.

“Nad.... aku kesian tengok kau macam ni. Kau

turunlah di bawah tu. Atau kau nak aku suruh dia

naik ke atas ke?”

Aku terkejut kerana dia menyokong Nazim

rupanya. Adakah ini akan membantu masalah ku

sekarang?

“Iyalah... iyalah. Aku tukar baju dulu.”

Kemudiannya aku turun ke bawah. Di dalam

baju sweater yang agak besar dan seluar track.

Semasa sedang menuruni lif pun aku masih

terfikir lagi sekiranya aku membuat keputusan

yang betul kali ini.

326


MERTUAKU, MY SOULMATE

Ketika aku tiba di parkir bawah, aku mencari

keretanya.

Nazim sudah menunggu aku di dalamnya.

Merenung lama ke arah ku. Aku jadi serba tidak

kena.

“Hai...” aku yang mula menegurnya ketika aku

membuka pintu keretanya. Kenapa aku berasa

begitu berdebar ketika ini?

Dia tersenyum melihat ku.

Terasa ingin sekali dia memeluk gadis itu dan

meminta maaf bertalu-talu. Tetapi adakah itu

mungkin berlaku? Dia terlalu menghormati gadis

itu. Tidak mungkin dia akan melakukan apa-apa

yang tidak dipersetujui oleh gadis itu. cukuplah

sekali dahulu dia bertindak melulu. Mengikut kata

hati. Tetapi kali ini, semua itu harus dibuang ke

tepi.

“Hai... masuklah. Maaf, Nad. I terpaksa mintak

you turun ke bawah. I tak boleh lagi nak simpan

apa yang I nak cakap ni. Sebab ... sebab I tak boleh

nak bendung lagi perasaan rindu I pada you... dan

I... I tak boleh hidup tanpa you, Nad...” tanpa

menunggu lebih lama lagi, dia meluahkannya.

Dalam nada yang tersekat-sekat. Sebak. Dan aku

tidak sanggup melihat wajahnya yang sudah

merona merah itu.

Belum sempat apa-apa aku sudah ditebak

dengan pernyataan sebegitu. Apa yang harus ku

jawab?

“Ohh... gosh! What have I done...” Berkali-kali

dia menepuk-nepuk stereng keretanya. Aku hanya

memerhatikan sahaja perbuatannya itu.

327


HASREEYATI RAMLI

Aku memegang tempat pemegang sebelah ku.

Bersedia untuk lari keluar jika dia mahu mengapaapakan

aku lagi. Aku sudah serik sebenarnya.

Nazim perasan keadaan tegang itu.

Dia tergelak kecil sendirian.

“Nad... jangan bimbang. Kali ni I tak akan

lompat lagi. Hehe....” Kemudian dia terdiam

seketika.

“How I missed our moments together...”

kemudian dia berpaling ke arah gadis itu.

Segala-galanya tentang gadis itu amat

dirinduinya. Gurau senda. Gelak tawa. Semuanya.

Aku hanya mendengar apa yang ingin

dikatakannya kali ini.

Patutkah aku memberinya peluang sekali

lagi?

“Itu aje yang you nak cakap?” Patutkah aku

memberinya peluang kedua?

Aku kemudiannya membuka pintu kereta

itu. Tanpa sebarang jawapan yang pasti.

“Nad...”

Aku keluar dari keretanya tanpa menoleh ke

arahnya lagi.

328


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad? Cepat kau naik? Kau dah selesaikan

masalah korang ke?”

Aku tidak menyangka Kinah masih

menunggu aku di atas.

“Ehh... yang kau tak tidur lagi ni, kenapa?”

Aku membuka kasut dan duduk di sofa panjang.

Tempat yang bagus untuk melepak selepas penat

seharian di luar. Namun yang paling penting,

tempat untuk aku dan Kinah meluahkan rasa hati

masing-masing.

“Aku tunggu kau ler... at least kau boleh

cerita kat aku kalau-kalau kau dan Nazim-“

“Stop that nonsense, Kinah. Kami takkan

bersama lagi. End of story. Dahlah. Aku nak tidur

ni. Esok aku mesyuarat awal pagi.”

Alasan yang terbaik supaya aku boleh tidur

awal.

“Nad? Kau tak jadi berbaik semula ke ni?”

Aku tidak menjawab apa-apa.

Perlukah aku membuat keputusan sekarang?

Bagaimana jika aku perlu membuat

keputusan di lain kali?

329


HASREEYATI RAMLI

Aku menarik selimut menutupi kepala ku.

Mengharapkan segalanya akan baik pada keesokan

harinya.

Namun ada mesej yang masuk ke dalam

telefon ku lagi.

Siapa pula yang mengganggu ku di saat

begini? Tak mungkin Nazim kerana dia tidak

mempunyai nombor telefon ku yang terkini.

Aku membuka mesej yang dihantar.

“Nad.. dah tidur ke?”

Dr. Nasrul rupanya.

Perlukah aku menjawabnya?

****

“Nad... terima kasih sebab sudi jumpa Uncle

lagi.”

Aku tidak tahu mengapa aku ada di sini

selepas tamat masa kerja ku. Mungkin kerana aku

perlukan seseorang yang dapat memahami diri ku

untuk berbual begini. Agaknyalah.

“Nazim datang jumpa Nad malam tadi...”

aku menghirup air Machiato Cappucino Caramel

kegemaran ku perlahan-lahan.

Rasanya yang manis dan sejuk itu

membuatkan aku berasa agak tenang seketika.

“You don’t seem like yourself, Nad...” ujar

lelaki itu dalam nada perlahan. Aku perasan dia

330


MERTUAKU, MY SOULMATE

hanya merenung aku sejak dari awal kami

bertemu.

Aku tersenyum kelat. Serba-salah

sebenarnya.

Kemudian dia baru perasan agaknya aku

memaklumkan sesuatu padanya.

“Oh, iya ke? Sorry...Uncle tak dengar tadi.

Uncle cuma..” Kau nak cakap kau cuma pandang

dia dari tadi?

“Really? Err... dia nak apa?”

Aku tersenyum dan membalas

pandangannya. Adakah aku perlu menceritakan

pada lelaki ini? Oh ya, lelaki ini ialah bapanya.

Namun selepas dari aku berpisah dengan anaknya,

bermakna aku sudah tidak perlu memaklumkan

apa-apa tentang kami lagi, bukankah begitu?

“Uncle rasa?”

Tidak perlu aku menjelaskan padanya kerana

tentu dia lebih tahu.

Dr. Nasrul menghela nafas panjang.

Memandang ke arah lain seketika. Ini sudah tidak

betul dan tidak sepatutnya berlaku.

“Nad. Uncle rasa kita patut fikir pasal diri kita

pulak lepas ni. What do you think?”

Aku bagaikan mahu tersedak air yang sedang

kuminum ketika ini.

Mujur aku dapat mengawal diri ku.

“Uncle....”

Lelaki itu tersenyum dan masih lagi

menunggu jawapan ku.

“Masih nak panggil saya uncle ke, Nad...”

331


HASREEYATI RAMLI

Aku tergamam dibuatnya. Di dalam ramai

pelanggan di sini, dia spontan menanyakan soalan

itu pada ku?

“Huh?”

Lelaki itu tergelak kecil memandang ku.

“Sorry... Just slip off my tounge.” Dia

kemudiannya menghirup kopinya juga.

“Tak apa, Uncle. Tak salah, kan kalau Nad

terus panggil Uncle?”

“Okay... if you say so...”

Apa yang sedang dilakukannya ketika ini?

This is totally absurd.

“Nad... tentu Nad tak kisah kan kalau Nad

keluar lagi dengan Uncle lepas ni?”

Aku tersenyum.

“Uncle... Nazim nak kami berkawan semula.

What do you think?”

Dr. Nasrul tersenyum lebar walaupun di

dalam hatinya begitu meronta-ronta. Ini tidak

boleh berlaku!

“Nad...Uncle rasa itu Nad perlu fikirkan

sendiri, hmm? Uncle tak boleh bagi apa-apa

keputusan tentang hal ni...Tapi.... Uncle rasa bagi

masa dulu...sebelum buat sebarang keputusan,

okey?” Adakah dia mengatakannya secara ikhlas

ataupun hanya mahu menutup rasa sedihnya

ketika ini?

Aku tersenyum dan mengangguk.

332


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Ya... Nad rasa Nad patut fikir balik tentang

ni...” Menerimanya kembali bermakna aku

terpaksa berhadapan dengan sikap cemburunya

yang terlalu melulu begitu. Sekali lagi.

Dr. Nasrul menarik nafas lega. Sekurangkurangnya

dia masih lagi mempunyai peluang.

333


HASREEYATI RAMLI

(Datin Zarila mula perasan suaminya sering

menghantar mesej di dalam telefon. Mula

mengesyaki sesuatu)

Datin Zarila menelefon suaminya. Namun

panggilannya tidak berjawab. Di mana pula

suaminya berada ketika ini?

Selalunya suaminya akan menelefonnya jika

ingin pulang lewat.

Datin Zarila menelefon lagi.

“Ke mana pulak suami aku ni?”

Dia semakin risau. Sejak kebelakangan ini,

suaminya semakin berubah. Selalu sahaja melekat

dengan telefonnya. Seperti menghantar mesej

kepada seseorang.

“Itulah yang aku bimbangkan, Suzy. Dah

tua-tua ni nak buat pasal. Memang nak cari pasal

dengan akulah tu.” Sudah berkali-kali dia

meluahkan rasa curiganya pada teman baiknya ini.

334


MERTUAKU, MY SOULMATE

Mereka akan berbual apa sahaja berdua

mengenai keluarga masing-masing.

Datin Suzy termenung seketika.

“Dulu pun, Datuk Zaid pun pernah macam

tu. Kami bergaduh juga. Tapi sebab anak-anak

turut masuk campur, dia putuskan dengan

perempuan tu.”

Datin Zarila terkejut.

“Eh, bila ni? Kau tak cakap pada aku pun?

Eh...Zaid macam tu?”

Datin Suzy tersenyum.

“Lelaki ni, Ila. Memang macam tu. Kalau dah

jumpa pucuk muda. Kita yang sama-sama hidup

susah dari dulu ni, sama-sama pernah makan

sepinggan dengan dia, bila dah senang. Jumpa

dengan orang baru. Hmm... nak ditendangnya

pulak...”

Datin Zarila tersenyum tawar.

“Betul ke ni? Aku tengok Zaid baik pun.

Pendiam pun. Kau garang sangat agaknya? Sebab

tu dia nak cari orang yang nak dengar cakap dia

pulak. Betul tak?”

Datin Suzy mengerutkan dahi.

“Eh, you tak garang ke dengan hubby you?

Kalau tak garang sekali-sekala, you ingat orang

lelaki nak dengar ke pendapat kita? Kalau zaman

bercinta, lainlah. Semua dia nak dengar cakap kita,

semua nak ikut kehendak kita. Tapi sekarang ni,

hmm....”

Datin Zarila terdiam.

“I tak rasa I garang dengan dia pun. Tapi-“

Dia teringat sesuatu. Jika meninggikan suara

335


HASREEYATI RAMLI

bermakna itu garang. Ya. Dia memang mengakui

akan hal itu.

Datin Suzy cepat sahaja menangkap.

“Haa... you garang dengan dialah tu. Lelaki

ni kalau nak cari yang lain, dia akan lihat kelebihan

orang lain yang tidak ada pada isterinya sekarang.

Hanya itulah alasan mereka. Tapi mereka tak

ingatlah pula yang mereka juga ada kekurangan diri

mereka yang dah kita lengkapi selama ni. Betul

tak?”

Datin Zarila tersengih.

“Iya.... Betul tu. Kita ni sepatutnya saling

melengkapi tapi kalau dia nak cari lain juga-juga,

kita nak buat macamana lagi, Suzy? Cuba you fikir

balik.”

“Apapun, kita orang perempuan sebagai

isteri pertama juga banyak yang kurang di sana sini.

Habis tu, kita kena tengok saja ke dia cari orang

lain?”

Datin Suzy tersenyum lagi.

“Itu you kena cari jalan. Kalau tak.. hmmm...

terlambat...” Datin Zarila terdiam. Minuman yang

ada di hadapannya langsung tidak disentuh.

Jantungnya terasa bagai direntap-rentap di kala itu

juga. Apa yang akan terjadi jika benar suaminya

ada perempuan lain? Oh tidak. Sesuatu harus

dilakukan.

336


MERTUAKU, MY SOULMATE

Datin Zarila menunggu kepulangan suaminya

pada malam itu dengan sabar. Seharian ini dia

masih tidak menjamah apa-apa. Bagus juga untuk

dietnya kali ini. Dia tidak dapat menahan diri dari

menikmati makanan yang sedap sejak

kebelakangan ini. Malah dietician yang selalu

ditemuinya seringkali menasihatinya tentang

pemakanan yang sihat di usia 50-an ini.

Ah, kalau aku sakit. Aku makan ubat. Susah

apa. Itulah yang tertanam di fikirannya selama ini.

Namun jika dia sakit, adakah suaminya masih akan

setia menemaninya di sisi? Dengan situasi

sekarang ini? Dengan suaminya yang dikhuatiri

sudah ada pengganti dirinya. Semua itu paling

ditakuti oleh seorang isteri sepertinya.

Adakah dia akan meniti hari tuanya

bersendirian? Adakah sesiapa yang akan

menjaganya nanti? Atau dia akan menghadapi

hari-hari tuanya di rumah orang tua sahaja? Oh

tidak. Itulah yang paling ditakutinya. Dan sudah

semestinya dia tidak akan membiarkan ianya

terjadi. Tidak sama sekali.

Terdengar pintu bilik dibuka.

337


HASREEYATI RAMLI

Suaminya selamba merenungnya. Kemudian

melonggarkan tali lehernya.

“Kenapa ni, Ila? Ada apa yang tak kena ke?”

Datin Zarila sudah lama ada di atas katil.

Membaca buku yang baru dibelinya petang tadi.

“Abang rasa?”

Buku itu diletakkan ke tepi. Dia memeluk

tubuhnya sendiri sambil memerhatikan suaminya

yang berlegar-legar di dalam bilik mereka.

Kalau dulu, pandangan itu satu pandangan

yang biasa baginya. Namun kali ini, dia melihatnya

dengan perasaan yang penuh curiga.

Dr. Nasrul menghela nafas panjang.

“Apa pula yang tak kena kali ni, hmm? Projek

kali ni tak dapat banyak sponsor ke? Nantilah

abang call kawan-kawan abang. Puas hati?”

Datin Zarila menarik muka kali ini.

“Abang ni... ke situ pula. Bukan itulah. Tapi

sejak kebelakangan ni abang dah lain. Itu yang Ila

perasan. Abang banyak termenung. Kemudian

hari tu abang selalu balik lewat. Sibuk sangat ke

kat hospital tu? Ofis buka 24 jam ke?” Bertalu-talu

dia menanyakan suaminya.

Dr. Nasrul baru sahaja mencapai tuala untuk

berlalu ke bilik air ketika disoal begitu.

“Ila! Cut if off! Apa yang awak fikirkan ni,

ha? Tak pasal-pasal saya yang jadi mangsa

tuduhan tak berasas awak tu.” Dia melontarkan

338


MERTUAKU, MY SOULMATE

tualanya ke atas katil dan bercekak pinggang kali ini

dengan wajah tegang.

Datin Zarila mendongak memandang

suaminya.

“Kalau abang termenung pun salah ke?

Habis tu abang nak buat muka macamana dalam

rumah ni? Kena gelak-gelak saja ke? Tak boleh nak

jadi diri abang sendiri ke, ha?” Ada ketikanya dia

ingin menjadi dirinya juga di dalam rumahnya

sendiri. Salah ke?

“Abang! Kenapa ni? Kenapa nak marahmarahkan

Ila pulak ni? Sejak bila abang dah

berubah ni?” Datin Zarila terkejut mendengar

suaminya meluahkan begitu.

“Ila! Apa yang awak merepekkan ni? Cuba

awak cakap tengok. Apa pula yang tak kena pada

saya?”

Datin Zarila tersenyum sinis.

“Abang tu yang tak perasan. Yang abang

suka termenung dan senyum sorang-sorang tu apa

hal? Macam orang dilamun cinta pulak.”

Adakah isterinya perasan tentang semua itu?

Ha, sudah.

“Jangan mengarutlah. Dahlah. Saya dah

penat. Nak mandi dan tidur. Awak layanlah rasa

curiga awak tu.” Dia mengambil tualanya kembali

dan berlalu ke bilik mandi.

Datin Zarila masih tidak berpuas hati. Sebaik

sahaja suaminya masuk ke dalam bilik mandi, dia

bingkas bangun dari katil.

Datin Zarila memeriksa kot suaminya dan

mencari telefon yang ingin diselidikinya. Hatinya

339


HASREEYATI RAMLI

berdebar-debar ketika membuka semua mesej

suaminya. Dan meneliti satu persatu mesej yang

ada. Ya Tuhan. Dia terduduk apabila membaca

mesej-mesej dari seseorang yang dikenalinya.

Datin Zarila terduduk apabila membaca

mesej yang dilihatnya itu. Kenapa semua ini

terjadi padanya?

Dr. Nasrul keluar dari bilik mandi sambil

mengeringkan rambutnya dengan tuala. Pijama

yang dipakainya menyerlahkan susuk tubuhnya

yang masih gagah itu.

Datin Zarila masih lagi terpaku membaca

satu demi persatu mesej di dalamnya.

“Ila!”

Dr. Nasrul segera meluru ke arah isterinya

dan merampas telefon darinya.

Datin Zarila masih terkejut dengan semua

itu. Air matanya berlinangan di kala itu juga.

“A..abang…ada hubungan dengan Nad ke?”

bergetar suaranya menahan rasa sedih itu. Seluruh

tubuhnya terasa bergetar. Dia tidak pasti sama ada

dia ketakutan atau terkejut atau kedua-duanya

sekali.

Dr. Nasrul sedar yang dia tidak dapat lagi

menyembunyikan lagi rahsia itu.

“Abang … memang sayangkan dia.

Abang…memang dah lama jatuh hati pada dia.

Tapi… abang rasa abang bertepuk sebelah tangan

sahaja…” ujarnya lagi dalam nada perlahan. Jika

340


MERTUAKU, MY SOULMATE

dia berusaha menyembunyikannya dari isterinya

pun lambat laun akan dihidu juga.

“Abang!”

Sudah semestinya Datin Zarila tidak dapat

menerima hakikat itu. Dia meluru ke arah

suaminya dan menumbuk-numbuk dada suaminya

sepuas-puas hatinya. Datuk Nasrul hanya

membiarkannya sahaja tanpa menepis langsung.

Akhirnya setelah habis tenaganya, isterinya

melorot ke bawah dan menangis teresak-esak di

kakinya.

“Abang… kenapa semua ni perlu terjadi,

bang… Cuba..cuba abang cakap pada Ila. Di mana

kurangnya Ila di mata abang? Ila…Ila…” dia hanya

menangis sehingga tubuhnya terasa begitu longlai

sekali.

Kaki suaminya dipaut erat. Dia masih lagi

teresak-esak di situ.

Perlahan-lahan Dr. Nasrul memaut bahu

isterinya dan mengangkat isterinya ke atas.

Namun isterinya tidak berdaya berdiri lagi kerana

terlalu lemah dan terkejut.

“Ila… jangan macam ni. Benda ni bukan

sehari dua. Awak sendiri yang tahu bagaimana

perangai awak terhadap saya…” Dia mengangkat

isterinya dan membantunya ke katil.

Isterinya masih lagi tidak dapat berkata apaapa.

“Kenapa bang.. kenapa…” hanya itu yang

terkeluar dari bibirnya.

341


HASREEYATI RAMLI

Dr.Nasrul kemudiannya menyelimutkan

isterinya dan duduk di sisi katil. Isterinya masih lagi

memegang kedua belah tangannya.

“Abang… abang jangan tinggalkan Ila...Ila tak

boleh hidup tanpa abang…” pautan tangan

isterinya membuatkan hatinya tersentuh. Namun

rasa cintanya sudah berubah pada gadis itu.

Dapatkah dia mengubah kembali apa yang dia rasa

kepada asalnya? Mungkin tidak. Sekali dia

melangkah, selamanya dia tidak akan berundur.

Dia menggenggam kedua belah tangan

isterinya semula.

“Ila… abang cuma ada perasaan ini pada

budak tu. Tapi tahu tak, dia tidak cintakan abang

pun…”

Datin Zarila tergelak kali ini. Mengesat air

matanya sendiri.

“Jadi…dia tidak tahu abang sukakan dia?

Nazim.. Nazim tau tak ni?” Segalanya bagaikan

berputar semula di fikirannya kini. Patutlah gadis

itu memutuskan hubungan dengan anak mereka.

Rupanya ada sebabnya. Tetapi apabila suaminya

mengatakan sebaliknya, dia jadi semakin keliru.

“Kalau abang cakap macam tu, maknanya

budak tu tak terima abang ke?” Walaupun masih

ada harapan untuk meraih kembali cinta suami

hanya untuknya, namun dia masih belum boleh

meraikannya lagi. Semuanya bergantung kepada

gadis itu sahaja kini.

342


MERTUAKU, MY SOULMATE

Suaminya menundukkan wajah dan

mengangguk perlahan.

Datin Zarila mahu tersenyum kemenangan

walaupun seketika namun menahan dirinya.

“Bang… Nazim tahu ke abang sukakan budak

tu?”

Terlalu cepatkah dia ingin tahu segalanya?

Dr. Nasrul berdiri semula.

Tersenyum.

“Awak dah lupa ya? Hari tu kami bergaduh

pasal nilah.” Dia tergelak kecil. Kemudiannya

duduk di sebelah isterinya.

Datin Zarila memberi ruang pada suaminya.

Dia hairan kenapa dia tidak jadi memarahi

suaminya walaupun dia sedar suaminya sedang

menyimpan perasaan pada perempuan lain.

Adakah kerana dia terlalu yakin cinta suaminya

tidak akan dibalas?

“Awak dah tak marahkan saya ke? Tadi awak

macam naik hantu saja. Tapi kemudian tu awak

dah macam okeylah pulak. Hmm.. hairan…” Dia

masih lagi tidak dapat membuang ingatannya

dengan penerimaan isterinya sebentar tadi.

Namun setelah dia menjelaskan segalanya pada

isterinya, isterinya dapat menerima penjelasannya

pula. Sungguh dia hairan.

Isterinya mendekatkan kepala ke bahunya.

Dia hanya membiarkannya.

“Abang… maafkan Ila sebab hal tadi. Ila

perempuan, bang. Isteri mana yang terima berita

suaminya ada perempuan lain? Cuba abang

jelaskan, hmm?” Namun dia memeluk lengan

343


HASREEYATI RAMLI

suaminya walaupun di hatinya masih lagi ada rasa

curiga.

“Dahlah tu. Awak tidurlah. Jangan fikir yang

bukan-bukan. Siapalah yang nak orang tua macam

saya lagi, kan?” Sempat lagi dia bergurau begitu

sambil menepuk-nepuk tangan isterinya.

Kemudian berpaling ke arah lain.

Terlalu banyak yang bermain di fikirannya

ketika ini. Mungkin dia selesai berhadapan dengan

isterinya buat masa ini tetapi dia masih lagi belum

menyelesaikan soal hatinya dengan gadis itu.

344


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku memandang ke arah tingkap.

Lagi sekali aku menerima panggilan dari Dr.

Nasrul. Kemudian aku memandang ke bawah.

Memang keretanya ada di bawah sana.

Apalagi yang dia nak dari aku?

“Turunlah ke bawah. Dah dia tak dapat

jumpa kau di pejabat kau. Dia datang sendiri ke

sini. Payah sangat ke?”

Aku berpaling ke arah Kinah. Sejak bila pula

Kinah menjadi matchmaker kami ni?

Aku memejamkan mata.

“Tapi aku tak nak jumpa siapa-siapa pun,

boleh tak?” Pening kepala aku dengan dua beranak

ini.

Kinah bercekak pinggang kali ini.

“Kau nak orang tua tu naik ke atas ke?”

Aku terdiam. Aku tidak memberitahu pun

padanya yang lelaki itu pernah naik ke rumah kami

pada hari itu.

“Hmm… baiklah…”

Sedang aku menyalin pakaian ku, loceng

rumah kami berbunyi.

“Kan aku dah kata… kalau kau tak nak turun,

dia akan naik ke sini. Haa.. sekarang, kau buka pint

345


HASREEYATI RAMLI

utu. Tumpang aku ada, bagi dia masuk.” Jerit

Kinah dari dalam biliknya.

Aku memejamkan mata.

“Okeylah… aku keluar ni ha…”

Dengan rasa malasnya aku membuka pintu.

Lelaki separuh umur itu sedang memegang

sejambak bunga mawar merah yang semerbak

harumnya. Tersenyum memandang ku.

“Hai, Nad. Jom keluar. Uncle dah boring ni.”

Tidak sampai hati rasanya aku melihat lelaki

separuh umur itu berdiri di hadapan pintu rumah

ku dengan pandangan yang penuh mengharap

begitu.

“Err… tapi dah malam ni,uncle…” aku

mencari alasan.

Wajah lelaki itu serta-merta berubah.

Dia segera menghulurkan jambangan bunga

itu pada gadis manis di hadapannya. Harapannya

untuk keluar dengan gadis itu musnah sama sekali.

Sudahlah tadi dia berhadapan dengan emosi

isterinnya. Kini dengan gadis itu pula.

“Kalau macam tu, tak apalah. Nah, ambil ni.

Selamat malam. Maafkan Uncle sebab ganggu Nad

malam-malam gini….” Dengan hati yang berat, dia

menghulurkan jambangan itu pada gadis itu.

Hatinya turut dilanda rasa pilu.

Aku berasa serba-salah kini. Jambangan itu

kusambut.

346


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Uncle… okeylah. Kita keluar kejap.” Aku

berlari ke dalam mengambil kunci rumah itu

sebentar.

*****

Suasana pada malam itu terasa begitu

nyaman sekali. Lebih-lebih lagi apabila orang yang

dirindui ada menemani di sisi.

“Tadi Nad dah makan ke?”

Jika aku menjawab belum lagi pastinya dia

akan membawa aku ke mana-mana restoran

mewah di bandar ini. Lebih lama lagi aku akan

keluar dengannya.

“Dah. Terima kasih, Uncle.”

Aku masih lagi memegang jambangan bunga

yang diberi olehnya. Kalau dulu Nazim selalu

memberikan bunga begitu pada ku. Tetapi kini-

“Apa yang Nad sedang fikirkan tu, hmm?

Diam saja. Tak nak cakap dengan Uncle ke?”

Aku tersenyum dan menoleh ke arahnya.

“Oh, tak ada apa-apalah, Uncle…Cuma…”

Dr. Nasrul menoleh seketika.

“Cuma apa, Nad?”

Aku menggeleng.

“Tak ada apa-apa.” Semestinya aku tidak

memaklumkan tentang hal itu padanya.

“Nad dah buat keputusan ke?”

Aku terdiam.

“Maksud uncle?”

Dr. Nasrul tersenyum semula.

“Tadi Aunty periksa telefon Uncle tau.”

347


HASREEYATI RAMLI

Aku terkejut.

Alamak. Pasti dia dah nampak semua mesej

aku dengan Uncle Nasrul!

Aku menggeletar di kala itu juga.

“Ya Tuhan…. Jadi… Uncle dan Aunty…Dah

bergaduh sebab… sebab Nad ke?” Hanya itu yang

terlintas di fikiran ku.

Lelaki di sebelah ku mengeluh berat.

“Ya… Tapi sebab Uncle bagitau hanya Uncle

bertepuk sebelah tangan, jadi dia dah cool down

semula.”

Adakah aku dapat menarik nafas lega

selepas ini?

“Be-betul ke ni, Uncle? Macamana ni? Nad

kena jumpa dia ke?” Bertalu-talu aku menyoalnya

semula. Selepas ini aku sudah tidak dapat hidup

dengan tenang lagi.

Lelaki itu mengangguk.

“Ya, Nad. Tapi itulah, Uncle sedihlah sebab

Uncle sayangkan Nad.. tapi cuma Nad tak ada hati

dengan Uncle, kan?”

Aku terdiam mendengar kata-kata lelaki itu.

Bagaimana aku hendak memberitahu padanya

yang kini aku sudah jatuh hati padanya? Gilakah

aku? Cuma aku tidak terdaya untuk meluahkannya.

Kerana aku tidak mahu melukakan hati perempuan

yang seorang lagi.

“Err… Kenapa cakap macam tu, Uncle? Jika

tak sebab Nad berpisah dengan Nazim, Nad dah

348


MERTUAKU, MY SOULMATE

jadi menantu Uncle, kan? Tak eloklah jika bakal

menantu jatuh hati dengan bakal bapa mertua,

kan?” Aku menjadikan sebagai satu alasan.

Walaupun hati ku berkata sebaliknya.

Dr. Nasrul tersenyum tawar.

“Tapi kalau Uncle bukan bapa Nazim, tentu

perkara akan terjadi sebaliknya, kan?” Aku tidak

mengerti mengapa lelaki itu dapat mengubah

maksud begitu.

Aku tidak segera menjawab. Hanya

berpaling ke arah tingkap di luar.

Tiba-tiba telefonnya berbunyi.

Dr. Nasrul segera mengangkatnya. Dahinya

berkerut seketika memandangku.

“Hmm… baiklah. Saya ke sana sekarang.”

*****

Sepanjang perjalanan ke hospital, lelaki itu

beberapa kali melanggar lampu isyarat dan hampir

melanggar beberapa buah kereta. Tangannya

kelihatan menggeletar. Pasti ada kes kecemasan

lagi di hospital. Malah aku sendiri tidak berani

bertanya apa-apa.

“Cepattt….cepattt….” Hanya itu kedengaran

keluar dari bibirnya. Matanya tertumpu di

jalanraya. Stereng keretanya digenggam terlalu

erat.

“Uncle? Siapa yang sakit kali ni?” aku

memegang kiri kanan kereta yang termampu ku

capai. Selain dari memakai tali pinggang keledar.

“Nazim…. Nazim cuba bunuh diri…”

349


HASREEYATI RAMLI

Jantung ku hampir terhenti tatkala

mendengarnya.

“Ya Tuhan….” Kenapa sampai begitu sekali?

Aku menutup mulut ku menahan diri dari

menangis.

Dr. Nasrul cuba menenangkan ku.

“Sabar ya, Nad. Kita harap dia okey.”

Setibanya aku di perkarangan hospital

dengan lelaki itu, kami segera bergegas ke wad

ICU.

Tubuh ku terasa begitu longlai apabila

melihat dia terbaring dengan segala wayar yang

berselirat begitu.

Mujurlah Dr. Nasrul segera memapah ku dan

membantu aku duduk di sofa berdekatan.

“Ya Allah, Nad. Jangan macam ni….” Dia

memeriksa nadi ku. Kemudian memegang dahi ku.

“Nad, awak terkejut ni. Duduk dulu. Nanti

Uncle bawakan air.” Tujuan awal hendak melawat

orang sakit, kini aku pula yang sakit.

“Tak… taka pa, Uncle. Nad okey aje ni.” Aku

menolak tangannya dengan lembut. Menggeleng.

“Uncle, tengok Zim dulu. Apa dah jadi

dengannya?” aku lebih mahu mengetahui tentang

diri Nazim dari orang lain mengambil berat tentang

diri ku.

Jururawat dan doktor yang sedang

memeriksa Nazim sesekali memerhati ke arah

kami. Tanpa sepatah kata.

350


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Dr. Nas, Dr. Nazim dah melepasi tahap

bahaya. Kami dah pam sejumlah pil dari

perutnya.”

Oh, tidak. Aku terdiam mendengarnya.

Bagaimana dia boleh jadi begitu? Adakah kerana

kecewa dengan ku? Tiba-tiba aku jadi kecut perut.

Lantas aku bangun dan keluar dari bilik rawatan itu.

“Nad!”

Aku mendengar nama ku dipanggil di

belakang ku. Namun aku terus mempercepatkan

langkah ku.

Ada bunyi tapak kaki di belakang ku.

Aku terus berjalan pantas untuk keluar dari

situ kerana dipagut oleh rasa bersalah yang

teramat sangat.

Aku menangis semahu-mahunya dan

berterusan menyalahkan diri ku sendiri.

Kemudian apabila aku sudah berada di satu

sudut yang tidak ada ramai orang yang lalu lalang

di situ, ada satu tangan menarik ku.

“Nad.”

Aku mendapati bapa lelaki itu yang

memegang pergelangan tangan ku.

“Uncle… Nad minta maaf. Nad tak boleh nak

hadapi semua ni lagi. Nad yang bersalah dalam hal

ni.” Bertalu-talu aku mengungkapkannya sambil

berjuraian air mata mengalir laju di pipi.

Dr. Nasrul menggeleng.

“No, Nad. It’s not your fault. Dia yang ambil

keputusan tu. Tapi dia akan okey. Dia akan hidup.”

Aku menghela nafas panjang. Lega

mendengar kata-kata lelaki itu.

351


HASREEYATI RAMLI

Dr. Nasrul hanya dapat menahan dirinya dari

memeluk gadis itu walaupun itulah yang ingin

dilakukannya untuk menenangkan gadis itu.

“Terima kasih, ya Tuhan…” Bisik ku lagi

dalam nada perlahan. Melepaskan tangan ku dari

pegangannya. Kemudian menyeka air mata ku

sendiri.

“Uncle, maafkan Nad. Nad perlu pergi

tengok bakal suami Nad.” Ujar ku lagi sambil

berjalan melepasi bahunya.

Jantung Dr. Nasrul terasa bagaikan terhenti

sesaat itu.

352


MERTUAKU, MY SOULMATE

Tidak ada saat yang lebih membahagiakan

selain dari berada di kampung halaman ku sendiri.

“Nad, kamu dah buat keputusan yang betul

ka kali ni, ha?” Aku mengangguk laju. Lelaki di sisi

ku tersenyum lebar memandang ku.

“Mak Cik, jangan bimbang. Kali ini kami

betul-betul akan berkahwin. Inshaa Allah.” Nazim

masih tidak henti-henti tersenyum lebar merenung

ku dengan penuh kasih sayang. Aku tahu, dia

memang amat menyayangi diri ku.

Selepas dia sedar, akulah orang yang

pertama yang dilihatnya.

“Nad…” suaranya yang kedengaran lemah

itu benar-benar menyentap jiwa ku di kala itu.

Datin Zarila meluru ke arah anak lelakinya

sebaik sahaja dia tiba di situ. Namun sebaik sahaja

dia melihat gadis itu berada di situ, dia bagaikan

diserang histeria.

“Apa kau buat kat sini, ha?!” Dia menjerit

seperti separuh gila sebaik sahaja melihat gadis itu

turut berada di situ. Dia meluru mahu menerkam

ke arah gadis itu namun ditahan oleh suaminya

yang kebetulan ada di bilik yang sama.

353


HASREEYATI RAMLI

Dia hairan bagaimana suaminya dan gadis itu

berada sekali di bilik yang sama. Adakah-

“Kau masih tak puas hati lagi ya? Dahlah kau

nak ambik laki aku! Sekarang kau dah ambik nyawa

anak aku! Keluar kau, keluar!” Jeritnya lagi seperti

orang hilang akal.

Dr. Nasrul memegang isterinya dengan kuat

agar tidak berjaya menyerang gadis itu.

Aku benar-benar takut dengan keadaan ibu

Nazim itu.

“Aunty… saya…saya tak buat apa-apa pun

Aunty…” aku merayu padanya.

“Kau kata tak buat apa-apa? Kau goda duadua

lelaki dalam hidup aku, kemudian kau masih

tak nak mengaku lagikah?” Jerit Datin Zarila lagi.

Dr. Nasrul memegang isterinya dengan lebih

kuat lagi.

“Abang ni kenapa? Lepaskanlah!”

“Awak diamlah! Ini hospital bukan zoo!

Anak kita sakit tu. Mari saya hantar awak balik.”

Dia menarik isterinya keluar dari situ. Namun

isterinya berjaya meloloskan dirinya dan meluru ke

arah ku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa apabila

ibu Nazim menyerang ku.

“Aku tak nak tengok muka kau kat sini!

Pergiiii!” Jerit perempuan separuh umur itu lagi.

Bagaikan orang gila. Sambil menarik aku dan

memukul-mukul aku semahunya. Namun Dr.

Nasrul menarik isterinya semula dari ku. Aku

354


MERTUAKU, MY SOULMATE

langsung tidak melawan atau menepis

perbuatannya. Malah tidak menjerit meminta

tolong sekalipun. Kerana segalanya berlaku dalam

sekelip mata untuk aku berbuat apa-apa bagi

mempertahankan diri ku.

“Kau keluar!” Jerit perempuan itu lagi

menggelupur di dalam pelukan suaminya sambil

menjerit-jerit begitu.

“Nad, Uncle nak hantar Aunty balik dulu.

Tolong tunggu Nazim ya,” pinta lelaki itu sambil

membawa isterinya secara paksa keluar dari bilik

itu. Walaupun aku mendengar mereka bertengkar

di luar, aku tidak terkata apa-apa.

Semalaman aku berada di sisi Nazim.

Menunggu sehingga dia sedar.

“Nad…” suara itu kedengaran lemah

mengejutkan aku dari tidur ku. Betapa aku

gembira mendengar dia sudah kembali sedar.

Aku melihat jam di dinding. Sudah jam 3.00

pagi. Bermakna aku sudah terlelap di sisinya.

“Zim? You dah sedar…Alhamdulillah…” Aku

menggenggam tangannya dengan erat dengan

linangan air mata kegembiraan. Bersyukur kerana

lelaki kesayangan ku ini kembali pulih.

Senyuman kelat dari bibir pucat lelaki itu

membuatkan aku kembali tersenyum. Walaupun

di dalam tangisan gembira ku.

“Nad… jangan… tinggalkan Zim lagi ya..Zim..

Zim tak dapat hidup tanpa Nad…” Ujarnya berkalikali.

Dia menggenggam sehabis erat tangan ku.

Apa yang perlu aku katakan lagi? Aku tidak mahu

ibu bapanya kehilangan seorang anak lelaki. Dan

355


HASREEYATI RAMLI

aku juga tidak mahu dipersalahkan jika dia

membuat kerja gila seperti itu lagi.

Aku mengangguk laju. Tanpa sepatah kata.

“Kenapa you buat semua ni, Zim? I nak you

bertaubat selepas ni, tau tak?”

Lelaki itu mengangguk lemah.

“Tapi dengan syarat..”

“Apa syaratnya?”

“Setuju jadi isteri I kali ni…”

Aku sudah mengagak perkara itu.

“Tapi…I tak rasa mama you akan setuju

dengan I…” perlukah aku menceritakan segalanya?

Mungkin dia tidak sedar ketika ibunya datang tadi.

Dalam kepayahan lelaki itu tersenyum.

“Tadi I dengar apa yang mama I marahkan

you…”

Aku terkejut.

“Jadi… you dah sedar masa tadi?”

Nazim mengangguk.

“You dah dengar semuanya?”

Lagi mengangguk.

“Zim… I rasa…”

Lelaki itu menggeleng.

“I dah maafkan you dengan papa I, okey. Jadi

I rasa you tak perlu rasa bersalah dalam hal ni.

Sebab you tak pernah buat apa-apa pun. I yakin

dengan you. I yakin dengan cinta kita.” Jari-jemari

ku dipegangnya walaupun tidak begitu erat.

“Tapi mama you…”

356


MERTUAKU, MY SOULMATE

Dia menepuk-nepuk belakang tangan ku.

“Jangan bimbang….tahulah I nak uruskan

mama I, hmm?”

Aku tersenyum di dalam paksa. Dapatkah

aku bertahan dengan cacian dan maki hamun

mamanya jika aku bertemu dengannya lagi?

Bagaimana aku mahu meyakinkannya yang aku

tidak menyintai suaminya? Oh tidak. Aku memang

menyintai suaminya namun aku tidak berdaya

untuk bersama dengannya. Cuma ada satu cara

sahaja untuk aku terus dapat hidup bersama

dengan lelaki itu. Iaitu berkahwin dengan anak

lelakinya.

*****

“Kau dah gila ya, Nad?”

“Orang lain yang kau cinta, orang lain yang

kau setuju nak kahwin?”

Apa pilihan yang aku ada?

Aku hanya tersenyum melihat kerisauan di

wajah teman ku itu.

“Habis tu, kau nak aku buat apa? Aku tak

dapat hidup dengannya sebagai isterinya, tapi aku

cintakan dia.” Memang kedengaran agak pelik,

tetapi apakan daya ku kerana aku tidak dapat

membuang perasaan itu.

Kinah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Haish…. Peninglah kepala aku bila fikir pasal

kau ni. Aku betul-betul tak fahamlah.”

Aku menepuk belakang tangannya.

357


HASREEYATI RAMLI

“Macam nilah ya. Cinta tidak selalunya

bersatu dan tidak selalunya harus dimiliki. Biarkan

ia disimpan di dalam hati. Itu adalah lebih baik dari

melukai. Faham tak ni?”

Dahi Kinah semakin berkerut. Aku tergelak

kecil melihatnya.

“Kau ni kan, aku memang tak faham. Jadi

bila kau nak bawak Nazim balik ke kampung kau

ni?”

Aku tersenyum.

****

“Betul kali ni hang jadi nak nikah ngan anak

aku ka?” Ayah ku memang tidak pernah tahu

berlapik apabila bertanya. Memang itu sudah

menjadi `trademark’nya.

Aku tersenyum. Memandang ke arah lelaki

di sebelah ku.

“Pak Cik… Mak Cik… kali ini saya betul-betul

datang jumpa secara rasmi dan saya sendiri nak

merisik dan meminang anak Mak Cik dan Pak Cik ni

ha…”

Sekotak cincin dihulurkan kepada kedua

orang tua ku.

Mereka mengerutkan dahi. Saling

berpandangan dan tidak berkata apa-apa.

“Mana mak ayah hang? Awat depa tak mai

sekali?”

358


MERTUAKU, MY SOULMATE

Nazim menggeleng.

“Payah kalau nak cari masa yang sesuai. Tapi

saya dah nekad untuk menikahi Nad. Biar pun

mama dan papa saya menentang sekalipun.”

Nazim menoleh ke arah ku. Kami sedar. Jalan yang

akan kami lalui nanti akan menjadi agak sukar.

Tetapi Nazim berjaya meyakinkan aku yang dia

akan sentiasa mempertahan ku dan cinta kami. Itu

yang lebih penting dari segala-galanya.

Kedua orang tua ku saling berpandangan

dengan penuh kehairanan. Namun tidak pula

bertanya sebabnya.

“Hmm.. kalau hang dah kata lagu tu. Tak

apalah. Kami terima. Hang tak perlu wali pun kalau

hang nak mai menikah dengan anak kami ni.” Ayah

tergelak kecil dan mengangguk dengan bangganya.

“Terima kasih, Pak Cik.” Lelaki itu tersenyum

ke arah ku.

Tak perlu wali? Jangan kata aku nak kahwin

lari dengan Nazim!

“Ishh ayah ni… takkanlah nak kena kahwin

lari kot…” aku bagaikan mahu merajuk dengan

ayah ku sendiri.

Mereka bertiga tertawa mendengar katakata

ku itu.

“Nad, kita akan cakap elok-elok pada mama

dan papa I. okey?” Aku tahu dia cuba

menenangkan ku.

“Zim, Nad tak nak kita kahwin tanpa restu

mama dan papa you tau. Nanti tak bahagia rumah

tangga kita.” Aku sudah melihat banyak kes rumah

tangga yang tidak bahagia jika tanpa restu dari

359


HASREEYATI RAMLI

kedua orang tua kedua belah pihak. Mungkin

sebulan dua akan bahagia, namun bagaimana jika

perasaan bersalah itu ada? Rumah tangga yang

dibina bukanlah untuk sehari dua.

“Haa.. tau pun. Tapi tak pa. Kalau mak dan

ayah Nazim tak restu, nanti kita pi jumpa depa

sendiri. Pi habaq elok-elok pasai anak-anak nak

menikah ni.” Yakin betul ayah kali ini. Pasti dia

sudah mula menyukai keberanian yang ditunjukkan

oleh Nazim terhadap ku.

“Terima kasih, ayah… mak…” aku memeluk

ayah dan kemudiannya emak dengan rasa terharu.

“Jangan bimbang, Nad. Kami nak tengok

kamu bahagia…Inshaa Allah, kalau niat kita baik.

Allah akan tunjuk jalannya.” Kata-kata emak

kugenggam erat.

Aku tidak akan berasa susah hati lagi selepas

ini kerana adanya mereka menyokong aku dan

Nazim.

****

“Apa?! Diorang nak menikah?” Datin Zarila

mundar-mandir dan terkejut apabila mendapat

berita itu. Nazim tidak terus pulang ke rumah

selepas keluar dari hospital. Namun terus pulang

ke kampung gadis itu.

“Bang… you perlu lakukan sesuatu. You kena

halang diorang sebelum diorang kahwin!” Beria-ia

360


MERTUAKU, MY SOULMATE

benar dia cuab meyakinkan suaminya itu.

Hinggakan direntap-rentapnya lengan baju

suaminya dek rasa tidak puas hatinya itu.

Dr. Nasrul menggeleng. Biarpun hatinya

kecewa namun kebahagiaan anak mereka adalah

lebih penting dari segalanya. Perlahan-lahan

tangan isterinya ditolak kasar dari lengan bajunya.

“Ila… Biarkanlah mereka tu kahwin. Apa

salahnya?” Walaupun hatinya sendiri terluka

kerana cintanya yang tidak berbalas, namun apa

yang dapat dilakukannya? Selain dari merestui

kehendak anak lelaki mereka sendiri.

Isterinya menggeleng berkali-kali bagai tidak

mempercayainya apa yang didengarinya itu.

“Tidak, bang. Tidak! Saya takkan restui

diorang tu kahwin. Saya takkan restui perempuan

yang nak rampas abang dari saya tu menjadi

menantu saya apalagi menjejakkan kakinya ke sini!

Mengerti!” Suaranya bergegar-gegar di dalam

rumah itu. Dr. Nasrul menggeleng melihat keadaan

isterinya itu.

“Macam nilah, Ila. You nak hilang anak you

selama-lamanya ke? What if kalau kita tak restu,

dia akan buat benda yang sama lagi? You nak

Nazim mati ke? Cuba you fikir baik-baik.”

Kemungkinan anak lelaki mereka cuba membunuh

diri lagi amat ditakutinya. Entah dari manalah

datangnya idea gila seperti itu. Bukannya dia tidak

pernah menghantar anak mereka itu belajar

agama. Untuk tahu hokum hakam agama. Kerana

tekanan perasaan, manusia dapat melakukan apa

sahaja.

361


HASREEYATI RAMLI

Isterinya terdiam seketika. Matanya

terbeliak memandang ke arah suaminya.

“Apa abang cakap ni? Itu sebab utama

Nazim telan pil-pil tu? Sebab … sebab tak dapat

kahwin dengan perempuan tu ke?” Menggeletar

seluruh tubuhnya hinggakan dia terduduk di

hujung birai katilnya.

“Ya, Ila. Itu yang dicakapkannya. Tapi abang

dah janji dengan anak kita yang kali ini kita akan

usahakan jika budak tu tak nak sekalipun.” Tetapi

memang dia tahu gadis itu sudah membuat

keputusan untuk bersertuju menjadi isteri anaknya.

Satu keputusan yang telah merobek hatinya

sendiri.

“Bang…. Tapi.. tapi bukankah abang juga

pernah sukakan budak tu? Abang sanggup ke

tengok muka dia hari-hari? Abang takkan rasa

kecewa bagaimana yang saya rasa ke nanti ha?”

Rasanya dia tidak sanggup melihat perempuan itu

di hadapannya. Lebih-lebih lagi apabila

mengenangkan suaminya sendiri pernah ada

perasaan terhadap bakal menantu mereka itu.

Dr. Nasrul memegang kedua bahu isterinya.

“Benda ni akan berlalu sendiri macam tu

saja, hmm? Abang tak apa. Yang penting

kebahagiaan anak kita. Pleaselah, Ila. Abang tak

nak kita hilang anak kita.” Pujuknya lagi dengan

penuh harapan.

362


MERTUAKU, MY SOULMATE

Isterinya memandang lama wajah suaminya

kali ini.

“Abang… macamana abang boleh buat

semua ni, bang?”

Dr. Nasrul tergelak kecil. Namun hanya

Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersirat di dalam

hatinya. Tubuh isterinya yang agak gempal itu

ditarik ke dalam pelukannya.

“Ila… semua ni pasti berlalu. Abang nak Ila

lupakan semua yang dah lepas tu.” Kini harapannya

cuma satu. Iaitu mengahwinkan anak mereka

dengan restu dari mereka.

363


HASREEYATI RAMLI

“Nad. You yakin tak dengan cinta I?”

“Huh?”

Aku ketika itu sedang leka memancing di tepi

sawah sambil menunggu ayah ku menggembur

tanah.

Nazim juga turut memancing bersama. Aku

tersenyum melihat dia yang memakai topi apek

jual sayur dengan seluar lusuh yang ayah

pinjamkan padanya. Cuma baju T sahaja tidak

meminjam baju ayah ku atas alasan hygienic.

Doktor tetap doktor jugalah.

“Mana boleh cakap, nanti ikan lari…” aku

berbisik padanya.

Dia tergelak kecil.

“Tak apa…kalau tak dapat ikan, kita pergi beli

di pasar…” bisiknya lagi. Membuatkan aku

tersengih sendiri. Bahagianya aku ketika ini kerana

sedang dikelilingi oleh orang tersayang.

Tiba-tiba telefon ku berbunyi tanda mesej

masuk.

364


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku segera melihat telefon ku. Dari Dr.

Nasrul rupanya.

“Sapa yang hantar?”

Rasanya aku tidak perlu memaklumkan

padanya.

“Kinah. Tanya bila I nak balik.”

Nazim tersenyum.

“Bagi tau kat dia, kita nak duduk sini. Tak

nak balik dah.”

Ayah terdengar kata-kata bakal menantunya

itu.

“Haa… baguih la tu.Boleh tolong pak cik buat

bendang paihni!” Kata-kata ayah membuatkan

Nazim membesarkan matanya.

“Err… kalau upah okey tak Pak Cik?”

Ayah sudah datang menyertai kami.

“Awat?”

Aku sudah tahu mengapa.

“Dia takut lintah dan pacat la tu…” selamba

sahaja aku menjawabnya.

“Mana? Mana?” Terlompat-lompat Nazim

dibuatnya sebaik sahaja mendengar aku

menyebutnya. Ayah tergelak besar melihat bakal

menantunya begitu. Apalagi aku.

Kini aku sedang menunggu saat-saat bahagia

kami. Tetapi aku masih memikirkan tentang

penerimaan kedua orang tua Nazim pula selepas

ini.

***

“Bang, ada Nazim jawab apa-apa tak?”

365


HASREEYATI RAMLI

Dr. Nasrul menggeleng.

“Abang dah call, dah hantar mesej. Tapi

Nazim tetap tak jawab.”

Isterinya kelihatan sedih.

“Macamana ni,bang. Dia tak nak balik

rumah kita dah ke lepas ni?”

Isterinya harus dipujuk. Emosinya tidak

menentu semenjak anaknya hampir membunuh

diri hari itu.

“Ila, dia anak kita. Abang tau dia okey tu.”

Gadis itu juga tidak menjawab mesej

darinya. Juga apa-apa panggilan darinya. Yang dia

tahu, mereka berdua berada di kampung gadis itu

ketika ini.

Mungkin itu terapi yang bagus untuk anak

lelakinya. Biarlah.

“Bang, abang cakaplah kita dah tak

marahkan mereka. Kita dah setuju mereka kahwin,

hmm?” Lengan bajunya ditarik lembut oleh

isterinya. Dr.Nasrul bagaikan tidak percaya apa

yang didengarinya itu.

“Eh, betul ni? You dah tak marah-marahkan

diorang tu?”

Isterinya tersenyum dan mengangguk.

“Alhamdulillah. Syukurlah sebab you dah

boleh terima bakal menantu kita tu…”

Apalagi pilihan yang dia ada? Adakah dia

mahu kehilangan anak lelakinya buat kali kedua?

Isterinya itu dipeluk mesra.

366


MERTUAKU, MY SOULMATE

***

“Apa yang I dapat buat lagi, Su? Anak I dah

nak kahwin jugak-jugak dengan budak tu. I

terpaksalah makan hati.” Ngugam Datin Zarila lagi

di telefon. Apabila dia bersedih seperti biasa dia

akan menelefon temannya yang seorang ini, Datin

Suzi yang dipanggilnya Su sejak dari zaman sekolah

mereka lagi.

“Betul ke ni, Ila? Aduhh… habis tu?

Macamana you nak buat ni? You sanggup ke nak

hadap muka dia nanti hari-hari?” Betul juga kata

temannya itu. Mengigatinya sahaja sudah

mendatangkan kebencian di hati. Inikan pula

mahu tinggal di bawah satu bumbung nanti.

“Entahlah, Su. Kau tahu kan kita dah tua-tua

ni lagi cepat terasa. Itu aku baru baca mesej dia.”

Memang berhari-hari jugalah dia merajuk dan

bermuram durja. Hinggakan suaminya pun tidak

ditegurnya lagi.

“You kena jumpa dia juga. You kena urus

juga perkahwinan anak you tu kan. Jadi, I

nasihatkan you banyak berdoalah lepas ni. Mintak

Tuhan bagi you kekuatan nak hadap budak tu.”

Datin Zarila terkejut mendengar nasihat

sebegitu dari temannya. Bukan hendak

membantu. Malah seakan menambah sakit di hati.

“You ni, macam Ustazah Instant aje ni,

napa?”

Terdengar suara ketawa di talian sana.

“I baru balik dari surau dekat rumah I ni.

Hubby I yang ajak I pergi… Kita dah semakin tua ni.

Kena macam nilah. Apa-apa masalah yang tak

367


HASREEYATI RAMLI

dapat kita selesaikan, kita berdoa saja. Hanya

Tuhan yang boleh bagi petunjuk pada kita. I rasa itu

jalan terbaiknya.”

Datin Zarila terdiam kali ini. Dia sendiri

sudah beberapa kali menolak pelawaan suaminya

untuk ke surau berdekatan taman mereka. Atas

alasan penat. Nampaknya temannya terlebih

dahulu mengikut cakap suami sendiri kali ini.

Mungkin doa suami temannya itu sudah

dimakbulkan Tuhan.

“Hmm... nantilah I doa. Bagi Tuhan boleh

bagi petunjuk pada I pulak lepas ni.”

“Alhamdulillah. Nak buat macamana lagi, Ila.

Dah nasib perempuan separuh umur macam kita ni

ha macam tu. Kalau tak ikut cakap suami, takut

kena tinggal. Takut laki cari perempuan lain. Tapi

elok juga aku ikut dia ke surau. At least, dia tak

keluar cari perempuan lain. Betul tak?” Mendalam

juga terasa di hatinya ketika itu. Tergesa-gesa dia

meminta diri.

“Hmm... tak apalah macam tu. I ada hal ni.

Nanti I call lagi ya.”

Datin Zarila termenung lama selepas itu.

Dah insaf pula teman aku yang seorang ini.

Nampak selepas ini tiada lagi teman untuk

dia mengadu kerana sebelum ini temannya itulah

tempat dia mengadu dan meluah rasa.

368


MERTUAKU, MY SOULMATE

Bab 49

“Nad. Boleh Aunty jumpa?”

Menerima panggilan telefon buat pertama

kalinya selepas dari keputusan kedua itu.

Walaupun aku sendiri terasa amat gementar

namun aku sedar, lambat laun nanti aku terpaksa

juga menghadapi wanita itu.

“Ohh.. Aunty. Aunty apa kabar? Sihat tak?”

Aku berbahasa bahasi dengannya. Bakal ibu

mertualah katakan.

“Boleh saja, Aunty. Kat mana ya?”

****

Perjalanan ke tempat yang dijanjikan

mengambil masa setengah jam dari tempat kerja

ku.

Sebuah cafe yang agak eklusif dan tidak

terlalu ramai pengunjung di dalamnya ketika waktu

begini.

“Duduklah, Nad.”

Terasa kekok pula aku dibuatnya.

“Mak dan ayah Nad sihat ke? Hari tu balik

berapa hari?” Aku tahu hingga sekarang Nazim

369


HASREEYATI RAMLI

tidak pulang ke rumah kedua orang tuanya. Lelaki

itu sudah menyewa rumah lain di luar.

“Errr... dua hari saja, Aunty. Lagipun Nad tak

boleh cuti lama-lama.”

“Nak order apa tak?”

Aku menggeleng. Lebih risaukan apa yang

akan keluar dari mulut wanita itu sebenarnya.

“Nad. Sebenarnya Aunty tahu Nad juga ada

hubungan dengan suami Aunty, kan?”

Aku menggeleng laju.

“Maafkan Nad, Aunty. Tapi itu tak benar

sama sekali. Nad tak pernah ada hubungan dengan

Uncle Nasrul.”

“Tapi Aunty dah tengok mesej-mesej tu.”

“Aunty... itu tak bermakna apa-apa. Ada tak

Nad melebih-lebih?”

“Tapi kenapa Nad balas?”

Aku serba tak kena.

“Dia bakal mertua Nad. Jadi rasanya kalau

Nad tak balas, nanti dikata kurang ajar pula.

Maafkan Nad.”

“Nad tak perlu balas pun. Dia orang tua.

Tumpu saja pada Nazim.”

Aku mengerutkan dahi.

“Aunty, maafkan Nad. Tapi Nad hanya

kawan dengan Nazim dan tak pernah pun Nad

bercadang untuk rampas uncle dari aunty.”

Menjawab juga rupanya gadis ini. Geram

pun ada. Jika tidak ada orang lain di situ, mahu

370


MERTUAKU, MY SOULMATE

sahaja dia menampar mulut gadis itu. Namun dia

masih waras. Masih lagi menjaga air muka dirinya.

Tangannya tergenggam erat menahan

marah.

Nad perasan hal itu.

Datin Zarilla kemudiannya bersandar di

tempat duduknya. Matanya masih tertancap di

wajah gadis itu.

“Awak ni sungguh berani dan nekad ya,

Nad.”

Aku terdiam. Namun tersenyum

memandangnya. Bukan niatku mahu bersikap

kurang ajar. Tetapi aku harus menyatakan

pendirian ku kerana aku bakal ada di dalam

keluarga itu.

Mahu sahaja dia menjerit di hadapan gadis

itu memberitahu yang dia telah membaca semua

mesej yang ada. Namun dia sedar, tidak ada

gunanya dia bertelagah kerana anak lelakinya

menyayangi gadis ini sepenuh hatinya.

ni?”

“Kamu dah fikir habis-habis ya tentang hal

Aku mengerutkan dahi. Apa yang

dibimbangkan sangat mengenai itu?

“Aunty, kalau Aunty tak suka saya, saya tak

boleh berbuat apa-apa lagi. Tapi saya sayangkan

anak Aunty sepenuh jiwa saya. Izinkan kami

berkahwin dan saya mohon restu Aunty dan Uncle

dalam hal ni. Jangan bimbang, saya akan tinggal di

tempat lain jika Aunty tak suka. Apa yang lebih

penting bagi saya ialah kebahagiaan Nazim.”

371


HASREEYATI RAMLI

“Tapi bagaimana dengan kebahagiaan kamu

sendiri? Kamu sayangkan dia tak ni? Macam tak

saja…”

Aku tersenyum.

“Aunty nak tengok anak Aunty mati ke?”

Kali ini aku berdiri. Tidak ada gunanya aku

menunggu lebih lama di sini. Aku sama sekali tidak

berniat untuk bersikap kurang ajar. Tetapi jika aku

menunggu lebih lama di sini, aku bimbang jika

kesabaran ku mungkin diuji.

“Saya rasa kita perlu berhenti menyakitkan

hati antara satu sama lain selepas ini. Saya anggap

hari ni saya tak ada di sini. Maafkan saya, Aunty.

Saya minta diri.”

Sebaik sahaja aku keluar dari situ, aku

menelefon Grab. Aku harus melupakan hari ini jika

aku masih mahu menjadi menantunya. Dr. Nasrul?

Aku rasa aku masih lagi boleh berhadapan

dengannya.

“Aunty, saya minta maaf lagi sekali kalau

Aunty fikir saya bersikap kurang manis dengan

Aunty dan membuatkan Aunty tak selesa. Maafkan

saya. Saya cuba untuk jadi bakal menantu yang

baik sebab saya rasa tentu Aunty tidak mahu

kehilangan anak Aunty lagi, kan? Maaf, saya minta

diri dulu.”

372


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Waaahhh…. Hebat betul ya bakal menantu

you tu!” Datin Suzy terkejut sebaik sahaja

mendengar cerita dari pihak temannya itu.

“Air yang tenang jangan disangka tidak ada

buayanya, Su. Nak-nak pula, buaya tu jenis yang tak

kenal mangsa. Semua dihadapnya…” Dia memang

sakit hati mendengar gadis itu memberi kata dua

kepadanya siang tadi.

“Dia ingat dia besar sangat ke nak atur hidup

anak lelaki I tu, ha? I boleh buat anak I tu lupakan

dia tau.”

Datin Suzy tergelak kecil.

“Hehe… you ni. Jangan nak buat macam

tulah. Nanti you jugak yang akan kecewa. You ingat

anak you akan dengar cakap you dari dengar cakap

buah hati dia ke? I tak rasa macam tulah.”

Datin Zarila termenung lagi. Memang dia

sedar, susahnya mahu membuat anak lelakinya

mendengar kata-katanya.

“I rasa eloklah you biarkan saja benda ni

berlalu. Sebab dia tak rampas hubby you pun kan?

Jadi apa masalahnya sekarang? You cuma takut

dengan bayang-bayang you sendiri saja kan? So,

bagi I lah, you patut buang semua tu dari fikiran

you. You tak akan menang apa-apa dalam hal ni,

mengerti?”

Kadangkala kebenaran itu adalah satu

perkara yang menyakitkan. Namun itulah yang

harus ditempuhi jua.

373


HASREEYATI RAMLI

“I bukannya apa, Su… “

“I tau, Ila. Tapi diakan anak you. You tak

boleh nak tentang kehendak dia kalau you nak dia

dengar cakap you. You faham tak ni?”

“Jadi maksud you, bila you dah ikut

kehendak anak you, lama kelamaan you akan dapat

pengaruhi dia semula. Jadi pada masa tulah apa

saja yang you nak, you boleh cakap aje, betul tak?”

“Hmmm…. I rasa betul cakap you tu. Terima

kasih ya. I balik dulu.” Datin Zarila tersenyum

senang hati.

Sepanjang perjalanan pulang, dia tersenyum

sendiri.

Kemudian dia menelefon anak lelakinya.

“Ada apa mama?” Nazim sedar dia perlu

pulang juga ke rumah orang tuanya. Biarpun

mamanya seakan tidak mahu merestuinya

perhubungannya dengan gadis itu namun apa yang

dapat dilakukannya lagi?

“Baliklah rumah.

pasal Nad dan Nazim ya?”

“So Mama dah jumpa Nad kan?”

374

Kita bincang elok-elok

Nazim bagaikan tidak percaya dengan apa

yang didengarinya itu. Sudah buang tabiat ke

mamanya kini?

“Betul ke ni mama? Jadi mama dah nak

restui rancangan kami nak kahwin ke ni?”


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Iya. Kalau tak berbincang, macamana

mama nak tau apa yang kamu nak. Kita kena fikir

pasal tetamu yang kita nak jemput. Dewan yang

kita nak sewa. Banyak lagikan persiapan yang kita

kena buat? Takkan Zim nak uruskan sorang-sorang

kot? Zim kan satu-satunya anak lelaki mama. Biar

mama uruskan sama ya?”

Ada betul juga kata mamanya itu. Takkan

pula dia hendak menguruskannya sendirian. Tetapi

baru dia teringat, Nadira ada berjumpa dengan

mamanya sebelum ini.

Adakah semuanya ini kerana hasil dari

pertemuan itu?

Dia juga mahu tahu apa topik perbincangan

antara Nadira dengan Mamanya hinggakan Mama

atau Nadira merahsiakan darinya. Itu yang amat

mengganggu fikirannya kini.

Pada firasatnya, jika ada yang tidak kena,

mungkin Nadira akan terus mengadu padanya dan

sebab itulah dia hanya mengandaikan semuanya

berjalan dengan lancar. Namun apabila Mamanya

seperti mahu menyatakan sesuatu namun

merahsiakannya untuk hari kemudiannya. Dan

itulah yang paling merunsingkannya.

“Iya, sayang. Mama dah jumpa dengan buah

hati kamu tu, ha. So, dah puas?”

Lega juga dia mendengarnya. Sekurangkurangnya

ibunya mahu berjumpa walaupun

pelbagai perkara telah berlaku sejak kebelakangan

ini. Salah faham demi salah faham telah

375


HASREEYATI RAMLI

membuatkan keluarga mereka terasa seperti orang

asing.

“Mama.... kenapa ni... Ini Zim kan, anak

mama. Kalau dah jumpa, Zim hargai Mama.

Baiklah, mama. Zim balik malam ni ya?”

“Okey sayang. Balik awal tau. Makan malam

sama-sama.”

“Baik, mama.”

Di dalam hati, walaupun ada terselit rasa

tidak selesa, namun dia harus berfikiran positif.

Mana mungkin seorang ibu akan mengabaikan

perasaan anaknya sendiri?

*****

“You jadi balik malam ni kan? Hope

semuanya okey ya...” Ujarku apabila menelefonnya

selepas waktu kerja.

“Nasib you call awal, I dah nak gerak ke

rumah mama I. Kita cancel keluar dinner berdua.

We will meet there for dinner malam ni di sana

ya?”

Belum sempat aku bertanya dengan lebih

lanjut lagi, Nazim sudah membuat keputusan untuk

kami berdua. Nak marah, dah sayang.

Apabila aku terdiam agak lama, lelaki itu

menelah sendiri.

“Sorry dear. I tak sempat bagi tau you awalawal.

I tau semua ni mengejut. Tapi please... I

376


MERTUAKU, MY SOULMATE

lapar ni. Tak sempat nak makan seharian ni ha.

Sibuk patients ramai.”

Terasa kasihan pun ada. Pengorbanan

seorang doktor memang tidak dapat dinafikan.

Walaupun dibayar, namun tidak dapat dikira

dengan wang ringgit segala titik peluh dan keringat

mereka berkejar ke sana sini demi keselesaan dan

kesembuhan pesakit yang memerlukan sentuhan

mereka.

“Ermm.. I tau. Tapi at least... you mesej I

dulu. Ni I tak sempat nak balik tukar baju pun.”

Terdengar gelak kecil di talian sana.

“Eh, tak kisahlah. You selalu saja wangi. Tak

mandi seharian pun I tak pernahlah bau yang

busuk-busuk dari badan you tau...” Ujarnya lagi.

Naik malu juga aku dibuatnya.

“Oo.. jadi selama ni you bau I busuk ke

taklah ya...Hehe...” Ujarku kembali.

Lelaki itu masih tergelak lagi.

“You... tak kisahlah. Tapi serius. I like your

BO.” Body odour.

“Haha... typical answer. Nanti dah kahwin

komplen bila bini bau busuk. Standard dah tu.”

“Tapi you akan selalu wangi untuk I, kan bila

kita kahwin nanti, hmm?” Soalnya.

Aku yang tergelak kali ini.

“Haha... you ni. Of courselah. Merepek ke

mana-manalah you ni.”

Memang aku sendiri terpaksa mengakui

bahawa ada orang perempuan selepas berkahwin

mula mengabaikan kebersihan diri dan penampilan

diri mereka di mata suami. Walau sesibuk mana

377


HASREEYATI RAMLI

sekalipun dengan kerja dan menguruskan anak dan

rumah, dua perkara itu amat penting untuk dijaga.

Jangan pula mahu menyalahkan perempuan

lain di luar sana yang sentiasa cantik dipandang

mata dan apabila suami mula terpesona.

“Nad... are you okay?”

“Huh?”

“You diam ja. Lost?”

Tersedar aku dari lamunan sedetik itu.

“Eh, taklah. Cuma I kena fikir, jalan mana I

nak cepat sampai ke rumah mama you tu.” Mujur

aku cepat memikirkan alasan. Kalau tak, malu aku

dibuatnya. Memanglah dia tidak nampak aku,

tetapi intonasi suara kita selalunya mengikut hati

dan perasaan kita.

“Well... okey. Tapi jangan sampai lambat

tau. Mama bising.”

“Okey. I akan cuba.”

Talian antara kami mati.

Aku segera menelefon housemate aku.

“Kinah, aku tak balik lagi tau. Nak kena pergi

rumah Nazim. Mama dia ajak dinner di sana.

Entahlah dia nak cakap apa kat kami nanti.”

“Betul ni? Hmm... macam ada sesuatu aje

orang tua tu, kan?” Ujar Kinah lagi.

Aku tidak mahu menelah apa-apa lagi. Yang

penting aku harus memikirkan jalan pintas untuk

cepat sampai ke rumah bakal ibu mertuaku itu.

378


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Kinah... please...Aku cuma call nak bagitau

kau aje. Nanti taklah kau heran napa aku balik

lambat.”

“Hehe... sorryy... saja aku risau untuk kau

aje...Okey. Have a good time. Balik nanti full story

ya.”

Talian antara kami mati.

Ya. Banyaklah full storynya. Yang aku akan

berhadapan dengan bakal ibu mertuaku, dia tidak

tahu bagaimana berdebarnya aku ketika ini.

379


HASREEYATI RAMLI

Bab 50

“Haa... dah sampai juga akhirnya bakal

menantu uncle ni...” Dr. Nashrul dan isterinya

menyambut kami di perkarangan porch mereka.

Dari dalam kereta lagi aku melihat Datin Zarila

seakan berkata sesuatu kepada suaminya sebaik

sahaja melihat keretaku tiba.

Mujur aku sampai hampir sama dengan

Nazim. Sekurang-kurangnya aku tidaklah kekok

sangat.

Nazim segera membukakan pintu keretaku.

Aku menjengilkan mata ke arahnya. Bukannya apa.

Aku tidak mahu Datin Zarila tersalah anggap

melihat anak lelakinya melayan aku bagaikan

seorang puteri. Entah apalah yang bermain di

fikirannya tatkala melihat perlakuan anak lelaki itu.

Sesungguhnya aku tidak mahu dilabel sebagai

menantu yang mengada-ngada.

“Thanks sebab sampai cepat.” Bisik Nazim di

telingaku sambil menghulurkan tangan padaku.

Kami berjalan seiringan ke arah kedua orang

tuanya.

380


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku dapat menangkap jelingan Dr. Nashrul

melihat kami dalam keadaan begitu.

“Well... that is a surprise. Aunty tak sangka

Nad akan datang sama dengan Zim...” ujar Datin N

sambil menjeling ke arah anak lelakinya. Sebelum

aku sempat bersalaman dengan wanita anggun itu.

Aku berpaling ke arah Nazim. Tersenyum.

Malu pun ya kerana aku memahami maksudnya.

“Nazim minta Nad temankan dia. Maaf,

aunty. Kalau aunty nak Nad balik-“

Aku sudah mula melepaskan tangan Nazim

dan memusingkan badan namun Nazim dengan

pantas menarik tanganku kembali dan merangkul

pinggangku dari belakang. Aku terkejut dengan

perlakuan Nazim namun memahami dia tidak

mahu aku berlalu dari situ.

Aku tersenyum kelat. Menolak seketika

rangkulan lelaki itu namun apabila Nazim berdegil

tidak melepaskan pinggangku, aku tidak jadi

meronta.

Aku bersalaman dengan Datin N yang kulihat

seperti terpaksa sahaja bersalaman denganku.

Buruk sangatkah aku di matanya? Namun kerana

memikirkan Nazim memerlukan kehadiranku di

sisinya, maka aku membuang jauh-jauh prasangka

negatif itu.

“Abang, I tak suruh pun Zim bawa Nad

datang malam ni tau,” Datin Ann yang mendahului

kedua bakal pengantin itu terus menarik suaminya

381


HASREEYATI RAMLI

seketika ke tepi. Memberi ruang pada pasangan

itu berjalan terus ke hadapan.

Dr. Nash mengerutkan dahi. Kemudian

tersenyum memandang ke arah isterinya itu.

Kemudian berbisik perlahan di telinga isterinya.

ke?”

“Apa pilihan yang kita ada? You nak halau

Datin Ann terdiam. Berfikir sejenak dan

akhirnya mengangguk. Terpaksa bersetuju dengan

kata-kata suaminya itu. Dia kemudiannya

melangkah laju di hadapan dan melepasi dua orang

di hadapan mereka tadi.

Aku dan Nazim berhenti seketika apabila

ditahan begitu. Hairan juga aku dibuatnya. Dah

buang tabiat ke orang tua ni? Boleh ya main-main

macam ni? Hmm... apa nak buat. Inilah sikap

bakal ibu mertuaku.

“Zim...” Datin Ann menahan anaknya.

“Jap. Mama nak cakap sikit dengan kamu.”

Anak lelakinya itu ditarik agar mengekorinya. Aku

terpinga-pinga dan menoleh ke arah Dr. Nashrul

yang sudah menanti untuk mencari peluang

berbual denganku.

Lenganku ditariknya dengan lembut dan

kami berada di satu sudut yang agak jauh dari

pandangan orang lain.

382


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad, what are you doing here?” Bisiknya di

telingaku. Aku menjauhi diriku darinya.

Mendongak memandang ke wajahnya. Tetapi

tidak lama kerana seperti biasa aku tidak dapat

menahan pandangan yang tajam itu. Kerana setiap

kali aku berada di sisinya, setiap kali itu jugalah

jantungku berdegup kencang.

“Zim ajak I teman dia. That’s all.” Balasku

lagi sambil matanya menoleh ke arah Datin Zarila

dan Nazim pergi tadi.

“Look. Please jangan balas apa-apa kalau

wife I macam nak perli you, hmm? I tau you takkan

senaif ini. Okey?” Bisiknya lagi. Sambil matanya

juga melingas ke kiri dan kanan. Rupanya khuatir

juga kalau-kalau ada telinga di sebalik dinding

rumah agam itu.

Aku menggeleng.

“No, I won’t. Don’t worry.” Ujarku lagi sambil

menarik tanganku dari pegangannya dan segera

berlalu ke arah ruang dapur rumah itu. Aku tidak

mahu berlama-lama berbual seperti itu dengannya.

Tidak di rumah ini.

Mujurlah ketika aku tiba di meja makan,

Nazim dan mamanya belum lagi berada di situ.

Aku menarik nafas lega.

383


HASREEYATI RAMLI

Di sebuah hotel di Songkhla, Thailand

Aku memang berasa tidak selesa walaupun

kami sudah sampai ke tahap ini. Walaupun aku

menyedari cintaku selama ini memang untuk Nash,

tetapi mengapa hatiku masih gundah?

“Nad? Jom.” Nash menyentuh bahuku

dengan lembut sebaik sahaja selesai urusan

mengecop passport di ruang Imigresen Thailand

itu.

Aku menoleh ke arahnya. Diam agak lama.

Aku tahu Nash seakan dapat membaca apa yang

terlintas di dalam hatiku.

Dia kemudiannya memegang kedua belah

bahuku. Aku telah ditarik ke tepi sedikit bagi

memberi ruang kepada pengunjung lain yang baru

sahaja melepasi pemeriksaan passport masingmasing.

Ada yang menjeling ke arah kami. Ada

yang berlalu begitu sahaja menuju ke kereta atau

bas yang sedang menunggu.

384


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad... ada ketikanya kita perlu

mementingkan diri sendiri apabila kita mahu

bahagia. Hmm?” Renungannya yang bersungguh

itu membuatkan semakin ada kekuatan meresap di

dalam jiwaku.

“Tapi... bagaimana dengan Datin?” Sedikit

risau aku diibuatnya. Nash tergelak kecil.

“Nad jangan bimbang okey...Eh, dah nak jadi

isteri abang ni, kenalah abang panggil Nad dengan

panggilan Sayang, kan?” Sempat lagi dia mengusik

begitu. Memaksa aku mengguris secalit senyuman.

Sesungguhnya dia tahu apa yang aku perlukan.

Sedikit sifat lawak untuk menampal hati yang

gulana.

“Errm... abang pun nak Sayang panggil abang

tau?” Ujarnya dengan senyuman yang penuh

makna. Aku jadi semakin malu. Wajahku terasa

panas.

“Jomlah. Kita cari hotel untuk bermalam.

Esok pagi kita akan ke Jabatan Agama Songkhla.”

Ujarnya lagi sambil menarik tanganku ke arah

parkir kereta. Aku bagaikan dijampi. Hanya

menuruti sahaja kehendaknya. Entah mengapa,

aku yang selama ini yang tidak henti-henti

mempersoalan itu ini tentang kelogikan perasaan

antara kami bagaikan sudah dikunci mati hati dan

perasaanku hanya untuknya.

“Err.. hotel?” Aku menoleh ke arahnya.

Nash tergelak kecil.

385


HASREEYATI RAMLI

“Jangan bimbang, Sayang. Abang tak akan

sentuh Sayang kecuali setelah sah menjadi isteri

abang. Okey?” Ujarnya lagi sambil memperkuatkan

genggaman pegangannya untuk lebih meyakinkan

diriku.

“Ohh... okey. Nad ingat kita nak terus ke

pejabat agama tu.” Ujarku perlahan. Malu pun

ada.

Sifat naifku membuatkan Nash tergelak kecil.

“Hai, takkan dah tak sabar-sabar nak tempoh

malam pertama malam ni, kot? Hehe... Sabarlah

Sayang. Abang tak akan tinggalkan Sayanglah...”

Balasnya lagi sambil membukakan pintu kereta

untukku.

Aku sempat menjeling ke arahnya.

“Eee... Abang ni! Gatallah! Bukan itu

maksud Nad. Nad tak tahu. So, beritahu ajelah.”

Rungutku lagi sambil memuncung.

Nash tergelak sambil menutup pintu kereta

untukku.

Adakah ini saat bahagia yang aku dambakan

selama ini? Melukakan hati dan perasaan

perempuan lain semata-mata untuk kebahagiaan

diriku sendiri? Adakah ini diriku yang sebenarnya?

Telefon berdering membuatkan aku terkejut

seketika. Aku melihat ke skrin. Nama Zim terpapar.

386


MERTUAKU, MY SOULMATE

Lantas aku menoleh ke arah Nash yang

berada di sebelahku. Kami berpandangan seketika.

Kemudiannya aku mematikan telefonku.

*****

“Zim! Kamu tahu tak mana papa kamu

pergi? Dari pagi tadi mama cuba call, tak jugak

angkat-angkat.” Datin Ann sudah mula mencurigai

sesuatu yang tidak diingini sedang berlaku. Dari

suara mamanya sahaja Nazim sudah dapat

meneka kegusaran itu.

Err... tak adalah mama. Zim pun sibuk

dengan pesakit Zim ni. Nanti Zim call balik kalau

terserempak dengan papa ya. Take care.” Lebih

baik dia tidak bercakap banyak. Lagipun dia perlu

memastikan dahulu andaiannya adalah benar.

Dua jam di belakang dua insan yang penting

di dalam hidupnya itu membuatkan dia sendiri

gusar. Pedal minyak yang ditekannya sudah tidak

terasa lagi. Biarlah kena speed trap pun dia sudah

tidak peduli lagi. Apapun dia harus tiba di sana

sebelum berlaku sebarang tindakan yang dirancang

oleh papa dan Nadira selama ini.

Sungguh tidak diduga sama sekali papanya

sendiri sanggup mencuri buah hatinya. Apalagi

Nadira, tunangnya sendiri sanggup berubah hati.

Jika dengan lelaki lain mungkin dia dapat

memaafkannya, tetapi ini papanya sendiri. Entah

apalah yang telah menyebabkan tunangnya itu

boleh jatuh hati dengan orang tua seperti papanya.

387


HASREEYATI RAMLI

Malah jika hendak diikutkan, dia ada segalagalanya.

Rupa, harta dan kedudukan. Entah apa

yang dilihat oleh gadis itu pada papanya. Sudahlah

tua, suami orang pula. Jika hendak difikirkan, dia

ada segala-gala yang ada pada papanya.

Sudah berkali-kali dia cuba menghubungi

nombor gadis itu, namun tidak berjawab. Malah

kali terakhir dia mencuba, gadis itu telah menutup

terus talian telefon. Panas sungguh hatinya

dengan perbuatan gadis itu sebegitu terhadapnya.

Sampainya hati. Setelah segala kasih sayang

dicurahkan hanya untuk gadis itu, ini pula balasan

yang diterimanya. Mungkin dia tidak begitu

mengenali gadis itu, namun dia sendiri tidak suka

berkawan lama kerana tidak mahu terjadi perkaraperkara

yang tidak elok di antara mereka. Lebih

baik hubungan diikat dengan ikatan yang halal. Itu

yang diimpikannya. Namun dia sedar, jika dia

lambat bertindak, semuanya akan hanya tinggal

harapan.

****

Telefonnya berbunyi lagi.

“Arif, aku ada hal emergency ni. Kau ganti

aku ya sehari dua ni? Aku dah nak masuk dalam

sempadan ni. Apa-apa aku call kau balik ya?”

Walaupun dia tidak tahu apa yang mahu

disampaikan padanya, namun dia terlebih dahulu

388


MERTUAKU, MY SOULMATE

mencantas perbualan teman sekerjanya itu, Dr.

Arif.

Dr. Arif terdiam seketika. Baru sahaja dia

mahu memberitahu temannya itu yang dia sudah

puas menerima tekanan dari Datin Ann yang

bertanya itu ini padanya. Sedangkan dia tidak tahu

apa-apa.

Kali ini giliran Nazim pula mematikan talian

telefonnya.

****

Ketika dia tiba di bandar Songkhla, hari telah

bertukar malam. Dia menghidupkan semula

telefonnya. Memang missed call tidak terkira dari

mamanya dan juga dari Dr. Arif sendiri.

Apa yang penting sekarang dia perlu mencari

di hotel mana keduanya menginap. Itupun jika

masih lagi tidak terlambat.

Mujur juga dia pernah mengambil telefon

gadis itu satu ketika dahulu dan melakukan sesuatu

pada telefon itu agar dia tahu di mana gadis itu

berada.

****

“Sayang, nah kunci bilik Sayang, sebab abang

nak ke kedai bawah tu. Lupa nak beli sesuatu.”

Ujar Nash sambil menghulurkan kunci bilikku. Dia

pula menginap di bilik yang lain.

“Kenapa Nad tak boleh ikut sama?” Hairan

juga aku dibuatnya kerana baru sebentar tadi kami

389


HASREEYATI RAMLI

sudah melepasi beberapa buah kedai sebelum ke

hotel ini tadi.

Lelaki itu tersenyum.

“Abang lupalah sayang...” aku hanya

mengangguk.

“Kenapa? Takut naik ke bilik sorang-sorang

ke ni, hmm?” Lelaki itu masih tersenyum lagi

memandangku.

“Eh, taklah. Okeylah. Kita jumpa esok pagi,

okey? Jam 8.00 kan?” Lelaki itu mencuit hujung

hidungku.

“Haa... pandai pun...” kemudian dia berlalu

dari situ.

Entah apalah yang penting sangat sehingga

lelaki itu beria-ia benar mahu turun seorang diri.

Mungkin nak beli rokok agaknya. Tetapi lelaki itu

tidak pernah menghisap rokok di hadapannya. Ah,

mungkin terlupa toiletries agaknya. Memang aku

juga tidak membawa apa-apa toiletries pun. Bagus

juga begitu. Mungkin mahu membelikan sama

untukku.

Dr. Nash terlupa membeli cincin

perkahwinannya dengan Nad. Walaupun sudah

membelinya sebelum ini, namun tertinggal pula di

pejabatnya. Dia sudah beria-ia memikirkan design

cincin jenis apa yang bakal dipilihnya nanti.

390


MERTUAKU, MY SOULMATE

Kali ini Nazim sudah dapat mengesan di

mana mereka berdua itu menginap. Bukannya

susah pun mencari dan memberi suapan pada

kaunter hadapan hotel itu.

“Dah beli apa yang you nak?” aku terus

membuka pintu tanpa mengambil kira siapa yang

membunyikan loceng pintu bilikku.

Sebaik sahaja terbuka, Nazim menolak pintu

dan terus melangkah masuk tanpa mengambil kira

sama ada aku membenarkannya atau tidak.

“Heyy!!! Apa you buat kat sini, Zim?!”

“You yang patut jawab kenapa you ada kat

sini! Tepi!”

Belum sempat menjawab balas, dia telah

menolakku dengan kasar.

Aku bertindak mengejarnya agar tidak terus

masuk ke dalam lagi tetapi sudah terlambat

“Mana orang tua gatal tu ha? Mana?!” Dia terus

melilau-lilau mencari papanya di dalam bilikku.

Memang sampai ke pagi pun tak akan jumpa.

Masih lagi mencari-cari. Di dalam bilik air.

“Heyy!! Papa you tak ada kat sinilah! You

buat apa kat sini? Keluar dari bilik I ni, keluar!” Aku

391


HASREEYATI RAMLI

menjerit dan mengekori langkahnya. Apabila

mendapati siapa yang dicarinya tiada, dia segera

berpaling ke arahku.

“Now. Kenapa you ada kat sini, huh? You

yang sepatutnya jawab soalan tu pada I. Sebab I

tunang you!” Bergegar suaranya menerjah kuat ke

cuping telinganya. Mukanya sudah merona merah.

Aku sedar, jika dia berada di sini lebih lama lagi dan

papanya kembali mengetuk pintu bilikku, keadaan

akan menjadi bertambah teruk lagi.

Kini kami berdua berdiri berhadapan dengan

rapat di antara satu sama lain dan merenung

antara satu sama lain. Tanpa sepatah kata buat

seketika.

Dari dalam matanya, aku dapat melihat

kekecewaan yang dirasainya. Sudah lama dia

berkubu dengan perasaan amarahnya itu dan aku

rasa inilah ketikanya ianya akan meletup. Dan aku

harus menghadapinya dengan setenang mungkin.

Nafasnya yang turun naik membayangkan

kemarahan yang ditahan-tahannya setakat ini.

“Zim... I ... I minta maaf. I just realize that I

don’t love you anymore.” Satu keputusan yang

payah untuk diungkapkan sebegitu lama akhirnya

terlerai jua.

Aku sedar. Yang pastinya dia tidak dapat

menerima kenyataan ini. Bergetar bibirnya

menahan rasa. Seakan mahu mengatakan sesuatu.

392


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Nad. I cakap dengan you baik-baik ni ya.

Since when?” Aku melihat ada air yang bergenang

di kolam matanya.

Aku tidak dapat menjawabnya.

“I... I tak tahu. Ianya berlaku terlalu pantas.

I sendiri tidak tahu kenapa I buat semua ni...”

Ujarku, memalingkan wajahku ke arah lain seketika

dan kemudiannya menundukkan pandanganku

kerana aku tidak sanggup melihat air matanya buat

pertama kali itu.

“No! I don’t accept it! You are mine. And

forever mine!” Ujarnya lagi. Keras walaupun

dalam nada perlahan. Mengetapkan bibirnya

menahan rasa.

Aku menggeleng. Beredar sedikit

menjarakkan tubuh kami dan aku ditariknya

dengan kasar di dalam pelukannya.

“Zim! Lepaskan! Ini bukan you!” Aku

meronta-ronta minta dilepaskan.

“Ini yang you dapat dari papa I kan? Belaian

dan pelukan dari seorang lelaki yang I tunggu

masanya sehingga selepas kita akad, kan?! Now,

you akan dapat apa yang you harapkan dari I!”

Dengan kasar dia menarik aku keluar dari bilik itu.

Aku terus meronta-ronta cuba melepaskan diriku

darinya.

“Zim! I takkan kahwin dengan you! I akan

kahwin dengan papa you, esok! Faham tak ni!

Lepaskan!” Aku cuba menarik pergelangan

tanganku yang dikasari itu. Namun Nazim

mengheret aku keluar dari bilikku dan memaksa

aku keluar dari hotel itu.

393


HASREEYATI RAMLI

Aku menjerit meminta tolong. Namun dia

segera menutup mulutku. Dan melarikan aku

segera ke keretanya. Keadaan menjadi agak panik

dan kelam kabut. Sebelum pihak hotel dapat

berbuat apa-apa, kami sudah hilang dari

pandangan mereka.

Keretanya dikunci. Aku menampar-nampar

bahunya.

“Let me out, Zim! Let me out!”

Sebelah tangannya menepis.

“Duduk diam-diamlah, Nad.”

“Mana you nak bawak I ni! Biar I turunlah!”

Aku sudah dapat membayangkan Nash mesti sudah

gila mencariku ketika ini. Pasti pihak hotel telah

memaklumkan padanya sebentar tadi.

“Zim. Please. I minta maaf okey. I yang

salah. Kita sampai di sini sahaja.” Ujarku setelah

berfikir sejenak. Jika aku terus berkeras, semua ini

tidak akan selesai. Mungkin aku dapat berbincang

dengan baik di saat-saat begini.

“Huh! You jangan ingat semudah itu you

akan dapat tinggalkan I. Kita nikah malam ni jika

you tak nak tengok dalam berita esok I bunuh diri

di sini. Mengerti!” Gertak lelaki di sebelahku itu.

Matanya meliar mencari arah jalan.

“Nazim! Listen to me. Tolong jangan buat

benda gila macam tu, okey. Tak guna you nak

paksa I untuk kahwin dengan you sebab I cintakan

394


MERTUAKU, MY SOULMATE

papa you, Zim. Not you. I am so sorry.” Ujarku

dalam nada perlahan. Adakah dia mahu mengerti?

Lelaki itu menggeleng laju.

“No, Nad. I love you too much to let you go.”

Kemudian dia mencapai tangannya untuk

mengambil sesuatu di dashboard keretanya yang

ada di hadapanku.

Sebuah pistol dikeluarkan. Aku menjerit

terkejut dan menutup muka.

“Zim! You dah gila ke ni?! Ya Allah.. mana

you dapat benda ni!” Aku sudah berasa tidak

selamat berada dengan lelaki itu. Apa sahaja boleh

berlaku pada aku ketika ini.

Lelaki itu tertawa besar.

“You tengok ni. I tak pernah main-main bila I

kata I cintakan you selama ini. Tapi you yang dah

main-mainkan I, you tau tak? I sedih tau. I

kecewa. I tak sangka you akan pilih papa I. I tak

boleh terima, okey.” Gertaknya lagi. Kereta yang

dibawa menghala ke sebuah rumah yang tidak ku

kenali. Malah aku sendiri tidak tahu di mana kami

berada ketika ini.

“Zim... please... don’t do this.” Aku merayu

padanya dan mula menangis ketakutan.

“Macam nilah ya, Nad. Kalau you tak kahwin

dengan I malam ni juga-juga. I akan bunuh bunuh

diri I. You faham tak ni?!” Jeritnya lagi. Aku

menutup telinga dan menggeleng laju.

“No! I tak boleh kahwin dengan you!”

Berkali-kali aku mengulanginya.

Muncung pistol kemudian di halakan ke

telinganya.

395


HASREEYATI RAMLI

“You tengok sini!”

Aku membuka mata dan menoleh ke

arahnya. Terkejut.

“Zim! Jangan!” Aku menepis pistol itu dari

kepalanya. Kemudian menangis semahu-mahunya.

“I cakap sekali lagi dan I tak akan ulang dah

lepas ni. Kalau you tak kahwin dengan I malam ni, I

akan bunuh diri I di hadapan you dan you akan

ingat ni sampai mati! You nak tengok I mati ke,

Nad?” Dia kemudiannya menangis. Oh tidak. Sudah

semestinya tidak. Aku tidak mahu ada orang mati

kerana aku menolak cintanya. Aku sedar, aku

harus berfikir pantas.

“Okey.. okey... I akan kahwin dengan you.

Please jangan buat macam ni. Buang pistol tu

jauh-jauh. I tak boleh tengok pistol tu.” Pintaku

lagi.

Aku kemudiannya menoleh ke arah cermin

hadapan dan mendapati ada beberapa orang

berserban putih sudah menunggu kedatangan

kami.

“Zim... you bawa I ke mana ni.. Rumah siapa

ni?” Keretanya berhenti di perkarangan rumah ini.

Aku menoleh ke arahnya. Terkejut.

396


MERTUAKU, MY SOULMATE

Bab 51

Dr. Nashrul bagaikan orang gila mencari

gadis itu. Sudah puas dia bertanyakan orang

sekeliling. Yang paling mengecewakan ialah telefon

gadis itu masih lagi ada di atas katil gadis itu. Cuma

beg tangan sahaja yang tidak ada.

Ini bermakna gadis itu telah dibawa pergi

secara paksa dan dia tidak menuduh orang lain

selain dari anak lelakinya sendiri. Memang pantas

sungguh anaknya itu bertindak. Seingatnya dia

tidak memaklumkan kepada sesiapa pun tentang

ke mana dia mahu pergi. Kecuali kepada

setiausahanya sahaja.

Agaknya Nazim sudah dapat meneka sendiri

apabila dimaklumkan tentang hal itu. Kenapalah

dia terlalu lalai sangat? Bukannya anaknya tidak

boleh bertanya pada setiausahanya.

Dr. Nashrul menghela nafas panjang. Yang

pasti, impiannya untuk menikah pada keesokan

harinya terpaksa dibatalkan.

Di dalam bilik sebuah hotel lain di daerah Songkhla.

397


HASREEYATI RAMLI

Usai pernikahan ekspress itu dan mendapat

salinan surat untuk sijil pernikahan, kami menginap

di sebuah hotel yang lain.

Aku terasa bagaikan bermimpi apabila

semua ini berlaku ke atas diriku dalam sekelip mata

ini. Semuanya terlalu pantas kurasakan.

Pagi esok aku sepatutnya mengahwini lelaki

lain, tetapi pada malam ini aku telah menjadi isteri

orang lain.

Aku duduk termenung merenung ke luar

tingkap memerhatikan lampu neon dan kereta

yang masih lagi menyusuri jalan di bawah.

Aku langsung tidak memperdulikan Nazim.

Biarlah dia dengan hal dia sendiri. Aku sudah

menjadi isteri Nazim biarpun kami bernikah di sini.

Selepas ini, Nazim akan berurusan pula dengan

pejabat agama di Kuala Lumpur. Aku tidak kisah

lagi dengan perancangan dia yang seterusnya. Apa

yang aku tahu ialah aku sudah menjadi isteri orang.

Tiba-tiba aku teringatkan telefonku.

“I think I tertinggal telefon I di hotel tu...”

ujarku apabila menyedari akan hal itu. Cuba untuk

keluar dari bilik itu. Namun dengan pantas, Nazim

menahanku.

“Hey...You dah sah jadi isteri I. Tak perlulah

lagi nak mesej I ke apa ke malam ni, hmm... I dah

ada kat depan you kan sekarang ni?” Tiba-tiba

sahaja terkeluar ayat itu darinya.

398


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Oh ya, I lupa. I jadi isteri tahanan kat sini,

kan?” Dengan berat hati, aku berpaling ke arahnya

semula.

Nazim tersenyum melihatku.

“Ha... macam nilah baru betul...So...” jari

jemarinya mula menyentuh rambutku. Aku cuba

mengelak. Dia yang tergelak.

“Dear.. jangan macam ni. You malu dengan I

ke, hmm?” Kemudian sekali lagi melarikan

tangannya di rambutku sebelum menarik aku ke

dalam pelukannya. Aku meronta-ronta minta

dilepaskan.

“Zim. I tak selesa, okey. Please, jangan paksa

I boleh tak?” Aku berbisik di telinga.

“You ingat you sorang saja ke yang boleh

buat perkara you akan rugi? I pun boleh juga...”

Aku terdengar dia tergelak kecil.

“Hmm... dah pandai ugut I ya....” Kemudian

berbisik lembut di telingaku.

“You yang jadi sifunya. Jangan nak salahkan

sesiapa.” Rimas dalam keadaan begitu. Aku

menolak dadanya dengan lembut. Walaupun aku

dapat merasakan debaran di dadanya begitu

hebat. Namun dalam keadaan begini, aku sedar

tidak guna berkeras dengannya.

Sekali lagi Nazim tergelak kecil.

Apabila pelukan dilonggarkan, aku

melepaskan diriku dari pelukannya.

“Zim, you tak nak mandi ke?”

Lelaki itu merenungku lama.

“Hmm... you nak mandi sekali ke?” Duganya.

Aku berpura-pura melayaninya.

399


HASREEYATI RAMLI

Kekasaran tidak akan membawa aku ke

mana-mana. Yang paling teruk yang terlintas di

fikiranku ketika ini ialah seorang suami merogol

isterinya sendiri.

Aku menggeleng.

“I tak biasa.”

Nazim tersenyum.

“Hmm... nanti pelan lama pelan biasalah...”

Tangannya cuba melingkari pinggangku semula

namun aku bertindak pantas menjauhinya dan

berpura-pura berjalan ke bilik air.

“I nak ke bilik air dulu. Berlengaslah

rasanya.” Jalan yang terbaik ialah bersikap lembut

dengannya. Biarpun dia kini sudah sah menjadi

suamiku dari hukum syarak namun hatiku tidak

berlabuh di hatinya.

Aku tidak dapat membayangkan bagaimana

aku dapat merelakan diriku untuk seorang lelaki

yang bernama suami tetapi sudah tidak aku cintai.

“Jangan lama-lama ya, sayang....” ujarnya

lagi. Rasanya dia sudah tidak mahu berkasar

denganku lagi. Aku mengenalinya selama ini bukan

sebagai seorang lelaki yang berkasar dengan

perempuan. Jauh sekali mahu menyakiti

perempuan yang disayanginya. Namun apabila

berasa dirinya tergugat, tindakannya mungkin

menggugat akan keselamatan dan keamanan

perasaan orang lain.

400


MERTUAKU, MY SOULMATE

Di dalam bilik air, aku membuka kesemua pili

di sinki dan di bath tub. Membiarkan air mengalir

laju.

Aku perlu memikirkan sesuatu untuk

menyelamatkan diri dari suamiku sendiri.

401


HASREEYATI RAMLI

Bab 52

Aku berjaya keluar dari tingkap bilik air hotel

itu. Mujurlah hotel itu mempunyai balkoni dan aku

telah membahayakan diriku dengan meniti pinggir

tingkap dengan harapan dapat meminta bantuan

dari penghuni di bilik sebelah.

“Please help me.”

****

Nazim masih lagi menunggu Nadira keluar

dari bilik air. Namun setelah lama menunggu, dia

sendiri terlelap dan apabila terjaga, dia menyedari

ada sesuatu yang tidak kena. Nadira sudah tiada.

****

Aku berjaya meniti keluar ke bilik lain yang

tingkap slidingnya terbuka. Bermakna ada

penghuni di dalamnya. Mereka adalah pasangan

402


MERTUAKU, MY SOULMATE

suami isteri tua dari Malaysia yang sedang bercuti

di sini. Walaupun mereka agak terkejut kerana

menyangka aku seorang pencuri, kerana jarang ada

orang perempuan sekarang yang pandai memanjat

seperti aku. Rasanya aku patut bersyukur kerana

seni memanjat dan meniti ini ku perolehi ketika

zaman kecil di kampung.

Setelah berjaya meyakinkan mereka, barulah

mereka membenarkan aku tinggal di dalam bilik

mereka, sementara menantikan hari esok.

Mujurlah aku sempat keluar dan mengambil tas

tanganku yang berisi passport di dalamnya ketika

dia sedang tidur. Keluar melalui pintu adalah

terlalu bahaya kerana bunyi bising akan

membuatkan dia terjaga.

****

Puas Nazim mencari di seluruh tempat di

hotel itu dan bertanyakan pada staf yang ada

kalau-kalau mereka ada ternampak isterinya.

Namun semuanya sia-sia belaka.

Nampaknya kali ini bukan papanya sahaja

yang mencari gadis itu. Sehingga keesokan

harinya, Nazim masih lagi mencari gadis itu dan

setelah kecewa, dia segera pulang ke Malaysia

semula.

****

Kinah terkejut apabila melihat aku berdiri

tercegat di hadapan muka pintu kondo kami. Dia

403


HASREEYATI RAMLI

menoleh ke belakang ku, melihat siapa yang ada

bersamaku ketika itu.

“Kau tengok apa, Kinah? Bagi aku masuklah.

Aku nak tido ni. Aku letih dah ni.” Ujarku sambil

menolak bahu ke tepi. Agar dapat memberi ruang

padaku untuk masuk ke dalam.

Kinah masih lagi tidak berpuas hati.

“Hey, Nad. Mana laki kau?” Jerit Kinah

apabila mendapati aku pulang seorang diri.

Aku tidak bercakap apa-apa. Hanya

mengambil bantal lontar berwajah Hello Kitty dan

memeluknya dengan erat. Seolah-olah bantal itu

dapat menenangkan aku ketika ini.

Kinah segera mengunci pintu rumah kami

dan terus mendapatkan aku.

Bersila di sebelahku. Aku hanya termenung

dan memandang ke arah flat skrin t.v. yang tidak

dipasang.

“Hey!! Kau ni. Diam saja bila aku tanya.” Dia

memegang tanganku. Aku membiarkan sahaja.

Kemudiannya aku menangis semahumahunya.

Kinah terkejut dengan sikapku yang

tidak dijangka olehnya. Namun bagaikan

memahami keadaanku itu, ditariknya aku ke dalam

pelukannya dan aku menangis semahu-mahunya.

Sesungguh diam adalah ubat penenang jiwa

yang terbaik buat ketika ini.

404


MERTUAKU, MY SOULMATE

Bab 53

“Nad, kau tak nak apa-apa?”

Pagi itu seluruh tubuhku terasa bagaikan

baru sahaja terjatuh dari sebuah bangunan yang

tinggi. Seluruh tubuhku terasa sakit. Segala tulang

belulangku terasa bagaikan sudah hancur. Dan

yang paling menakutkan ialah aku sudah tidak

mempunyai apa-apa rasa.

Apabila aku tidak bergerak dari katil, Kinah

segera meluru ke arahku. Memegang kepalaku.

“Ya Allah... panasnya kepala kau ni. Kau

demam ni. Kejap.” Sepantas kilas Kinah bergerak

ke dapur mencari ubat.

Aku tidak dapat bergerak langsung dari

katilku walaupun aku terasa ingin ke bilik air.

Bibirku terasa begitu kering. Tekakku terasa begitu

perit sekali.

“Mana wife I, Kinah? Please let me in!”

Terdengar suara Nazim di luar. Pintu bilik yang

tidak bertutup menyebabkan aku mendengar

segala patah perkataannya. Dia mencari aku di sini

rupanya. Sudah pastilah ini tempat pertama yang

405


HASREEYATI RAMLI

harus ditujuinya. Lagipun kemana lagi dapat aku

lari?

“Hah? Bini? Eh, bila pulak kau menikah

dengan Nad? Kau dah gila ke apa?”

Aku mendengar suara Kinah bertengkar

dengan Nazim. Semalam aku tidak sempat

menjelaskan apa-apa padanya dan sekarang Kinah

sudah salah sangka dan bertengkar dengan Kinah

pula.

“Eh, dia tak bagi tau kau ke yang aku dengan

dia dah nikah kat Siam?” Ku dengar Nazim

meninggikan suara. Dalam pada masa yang sama

menggoncang-goncangkan pintu grill rumah kami

untuk memaksa Kinah membukakan pintu

untuknya.

“What? Nikah? Hey... aku tak rasa dia akan

segila itu sanggup nak menikah dengan kau kalau

dia dah tak cintakan kau. Kau tau tak!”

Di dalam kesakitan itu aku masih lagi dapat

mendengar dengan jelas butir percakapan mereka

di luar. Cuma aku sahaja yang tidak berdaya untuk

bangun kerana kepalaku terasa amat berat sekali.

Ya. Memang aku sudah tidak cintakan dia.

Kerana hatiku sudah berubah menyintai papanya.

Namun memang sudah ditakdirkan jodoh kami

tidak kesampaian untuk menjadi pasangan suami

isteri. Maka aku sendiri terpaksa akur dengan

semua itu.

406


MERTUAKU, MY SOULMATE

Menikahi Nazim bermakna aku tidak boleh

menikahi Dr. Nashrul sampai bila-bila. Kerana

seorang mertua secara otomatisnya menjadi

mahram yang tidak boleh dinikahi hingga ke akhir

nyawa.

Memang itupun niat Nazim walaupun aku

sedar dia terlalu kecewa kerana dia bukanlah

pilihan ku di akhirannya. Namun demi

menyakitkan hati papanya, dia memaksa aku

bersetuju mengahwini dengan cara yang kotor

seperti itu.

Memang gila kerana diugut dengan pistol

seperti itu. Aku rasa kalau sesiapa pun diugut

sedemikian rupa pasti akan sanggup melakukan

apa sahaja walaupun bertentangan dengan

kehendak diri sendiri.

“Buka pintu ni, Kinah. Buka aku kata! Aku

suami dialah. Nah! Kau tengok ini buktinya.” Jerit

Nazim lagi. Aku pasti ketika ini dia sudah

menghulurkan surat nikah kami pada Kinah. Dan

aku tahu, apa reaksi Kinah seterusnya.

“No! Ini tipu! Kau, kau tak boleh jadi suami

dia. Kau boleh beli semua ni. Boleh print sendiri.

Eh, aku tak cayalah. Kau baliklah, Zim. Sudahsudahlah.”

Kemudian aku mendengar pintu rumah

dihempas dengan kuat oleh Kinah. Membiarkan

Nazim seperti orang gila mahu masuk ke dalam

rumah kami. Masih lagi menggoncang-goncangkan

grill rumah kami seperti orang gila.

Kinah kemudiannya berjalan masuk ke

bilikku semula. Dengan sepapan Panadol dan

407


HASREEYATI RAMLI

segelas air. Juga surat nikah kami di tangan

sebelah lagi.

“Nah, kau makan ubat ni dulu.”

Kemudiannya menggawang-gawangkan surat nikah

yang ada di tangannya itu.

“Betul ke ni, Nad?” Berkerut dahi Kinah

apabila aku mengangguk lemah.

408


MERTUAKU, MY SOULMATE

Bab 55

Nazim akhirnya dibenarkan masuk ke dalam

rumah kami. Walaupun wajah Kinah mencuka

namun dia tidak berkata apa-apa.

Nazim sempat menjeling ke arah Kinah

sebelum bergegas mendapatkanku di dalam bilik

tidurku.

“Ya Allah, sayang.... Macamana boleh jadi

macam ni?!” Dengan pantas Nazim bertukar watak

dari singa yang bengis kepada seorang doktor yang

prihatin.

Tanganku dipegangnya. Nadiku diperiksa.

Dahiku disentuhnya dengan lembut. Bawah

mataku diperiksanya.

Dahinya berkerut risau.

“Sejak bila you demam ni? Bila you sampai

ni? Macamana you dapat balik ke sini? Siapa yang

tolong you? You lari dari bilik tu you keluar ikut

tingkap bilik air ya?”

Kinah menepuk-nepuk dahinya berkali-kali.

Juga turut sama beristighfar berkali-kali.

“Ya Rabbi... kenapalah sampai macam tu

sekali Nad...” aku dengar Kinah merungut di hujung

409


HASREEYATI RAMLI

katilku. Aku tidak dapat bercakap apa-apa kerana

tekakku terasa amat perit sekali apabila aku cuba

bersuara.

“Kinah, tolong I. Kita kena bawak ke hospital

segera. Nad demam panas ni.” Ujar Nazim dengan

pantas mengerahkan temanku itu. Aku hanya

dapat merenung ke arah Kinah.

“Ki... Kinah. A-aku...” aku cuba juga untuk

bersuara memohon maaf pada Kinah. Namun

tidak terkeluar perkataan yang lebih dari itu.

“Dah, dah. Aku tau kau nak cakap apa. Aku

maafkan kau. Bukan salah kau pun.” Ujar Kinah di

belakang Nazim dan perempuan itu menjuihkan

bibirnya seakan geram bercampur meluat dengan

sikap Nazim sebentar tadi.

Nazim masih lagi merenung lama ke arahku

dan masih lagi memegang erat tanganku.

“Nad. I tak marahkan you. Walaupun you

lari dari I macam tu. I faham kenapa you buat

macam tu.”

Adakah aku yang tersalah dengan atau ini

Nazim yang pernah aku kenali sebelum ini.

Aku menggeleng.

“Dah. Dah. I akan bawa you ke hospital

sekarang, ya sayang? Larat bangun tak ni?”

Aku tidak menjawab apa-apa. Hanya

merenung lama ke arahnya.

410


MERTUAKU, MY SOULMATE

Nazim mengangguk. Dengan sepenuh

tenaga lelaki dan seorang suami, dia mengangkat

serta mencempung aku keluar dari katilku.

Aku tidak berdaya melawan apa-apa kali ini.

“Peluk leher I. Nanti you jatuh.”

Perintahnya lagi.

Tubuhku dicempung kemas. Mahu tidak

mahu aku terpaksa mengikut arahannya.

Aku dapat merasakan degupan jantungnya

kembali kencang saat tubuh kami rapat begitu.

Tetapi yang anehnya aku tidak merasai apa-apa

pun terhadapnya. Perasaanku terhadapnya telah

mati. Itulah yang dapat aku simpulkan.

*****

“Ha, abang. Abang pergi mana dah

beberapa ni? Sepatah apa pun tak cakap pada Ila.”

Datin Zarila menyoal suaminya sebaik sahaja

suaminya pulang ke rumah pada petang itu.

Dr. Nashrul langsung tidak menjawab soalan

itu. Dia hanya membuang baju T yang dipakainya

ke dalam bakul di sudut bilik tidur mereka dan

mencapai tuala yang ada.

“Eh, abang ni. Saya tanya, tak jawab. Apa

halnya ni, bang?” Datin Zarila agak berkecil hati

dengan sikap suaminya itu.

Dia duduk di hujung katil sambil

memerhatikan gerak-geri suaminya ke sana ke

mari di dalam bilik mereka seolah-olah dia tidak

ada di bilik yang sama.

411


HASREEYATI RAMLI

“Bang!” Tangan Datin Zarila cepat sahaja

menahan suaminya dari melangkah masuk ke bilik

air.

Dr. Nashrul segera menolak tangan isterinya

dengan lembut tanpa sebarang jawapan.

Kemudiannya berlalu ke bilik air.

Dia penat sebenarnya kerana baru sahaja

tiba dari Songkhla memandu sendirian dengan hati

yang terluka.

Bukan salah gadis itu pun dilarikan oleh

anaknya sendiri. Cuma ruang dan masa yang

sekelumit itu sahaja dirampas dengan cepat oleh

anaknya.

Datin Zarila tidak terkata apa-apa. Memang

tepat dugaannya. Suaminya masih mengharapkan

gadis itu.

****

Aku tidak tahu berapa lama aku tertidur

selepas diberikan ubat sedatif untuk berehat.

Ketika aku terjaga, sinaran matahari menyilau

masuk ke dalam bilik. Membuatkan aku terpaksa

menutup dengan tanganku.

“Syukurlah, kamu dah sedar.” Aku melihat

wajah tua ibuku dengan ayahku di sisi katilku. Aku

menoleh ke arah yang lain pula, juga ada Datin

Zarila dan Dr. Nashrul di situ. Begitu juga dengan

412


MERTUAKU, MY SOULMATE

Kinah. Tidak pergi kerjakah kawanku itu? Ke mana

pula perginya Nazim?

“Mak...”Lirih suaraku. Aku cuba mengangkat

kepalaku untuk bangun dan berada dalam keadaan

separuh duduk. Dengan dibantu oleh kedua orang

tuaku.

“Bang, tolong saya.” Pinta ibuku pada ayah.

Kulihat ayah hanya memasamkan muka. Tiada

secalit senyuman pun di bibir hitamnya itu.

Usai membantuku, dia berundur ke belakang

dan memberi ruang pada ibuku untuk berada di

tepi katil.

Aku cuba mencari Nazim. Menjengah kalaukalau

ada dibelakang Dr. Nashrul yang sejak dari

tadi hanya memerhatikan segala gerak-geriku dari

jauh. Datin Zarila berdiri di sisi katilku di sebelah

lagi hanya tersenyum dan menyentuh tanganku

yang satu lagi .

“Berehat dulu ya, Nad. Kamu tu demam

panas.” Ujar wanita itu yang sekarang secara

rasminya bergelar ibu mertuaku.

“Terima kasih, aunty. Err...” Aku tidak jadi

untuk memanggilnya dengan panggilan mama lagi

kerana rasanya Nazim mahupun papanya belum

membuka mulut lagi.

Wanita mengangguk.

“Nad cari Zim ya? Dia buat rounding. Nanti

dia datang.” Ujar wanita itu lagi. Sambil menoleh

ke arah suaminya.

“Eh, bang. Awak diam aje ni. kenapa? Tak

cakap sesuatu ke pada Nad? Bakal jadi menantu

kita ni ha.” Ujar wanita itu lagi sambil menarik

413


HASREEYATI RAMLI

tangan suaminya menghampiri katilku. Aku

terdiam. Hanya memerhati wajahnya yang tidak

berubah sedikit pun. Sekurang-kurangnya aku

mengharapkan dia berkata sesuatu padaku. Lebihlebih

lagi selepas kejadian itu.

“Errmm... Nad rasa macamana sekarang?

Dah rasa sihat sikit tak ni? Makan ubat tau.

Banyakkan berehat.” Ya. Rehat akal dan minda.

Rehat dari segala-galanya.

Aku mengangguk lemah dan hanya

tersenyum.

“Thank you, uncle.” Ujarku lagi. Satu

perkataan yang selamanya akan menjadi satu label

baginya selepas ini.

“Mak... ayah..... sebenarnya Nad ada

sesuatu nak beritahu. Juga pada aunty dan-“ aku

merenung tepat ke arah Dr. Nashrul. Ternyata

tiada apa-apa riak yang kuharapkan darinya.

“Nad! Syukurlah sayang dah sedar!” tibatiba

sahaja Nazim muncul di belakang papanya.

Dengan wajah yang riang dan suara yang kutahu

sengaja ditinggikan. Aku tidak tahu apa yang akan

terkeluar dari mulut itu selepas ini dan aku tidak

mahu meneka apa-apa.

Kemudiannya tanpa diduga, dia segera

melepasi mamanya dan menundukkan kepalanya

dan memberikan sebuah kucupan lembut di

dahiku.

414


MERTUAKU, MY SOULMATE

Aku tahu semua orang terkejut melihat

tindakannya itu. kecuali Kinah dan Dr. Nashrul.

“Hey, Zim! Mana boleh buat macam tu lagi!

Kamu berdua bukan suami isteri lagi.” Datin Zarila

bertindak cepat dengan menarik bahu anaknya ke

sisi. Mujur Nazim mengimbangi tubuhnya.

“Telah, mama.” Ujar Nazim dalam nada

perlahan. Sambil memegang tanganku dan

menyelak rambutku sedikit ke atas dahi. Aku sedar,

dia akan mengumumkannya.

“What? Apa yang kamu cakap ni, Zim?!”

Wanita itu terkejut besar. Hampir ternganga.

“Ya, mama.” Kemudian berpaling ke arah

papanya seketika sebelum mengalihkan

pandangannya ke arah kedua orang tuaku.

“Kami dah kahwin dua hari lepas di

Songkhla.”

“What?!”

Datin Zarila jatuh pengsan di situ juga.

415


HASREEYATI RAMLI

Bab 56

Pak Majid duduk seketika di luar bilik anak

gadisnya.

“Bertuah punya anak.” Cawan kopi panas

masih lagi dipegangnya.

“Bang, sabarlah bang. Apapun mereka dah

selamat menikah. Dah sah jadi laki bini. Itu yang

pentingnya, bang.” Mak Jah mengurut-ngurut

dada Pak Majid. Khuatir juga dia kalau suaminya

juga akan turut tumbang seperti besannya tadi.

Bukannya dia tidak tahu suaminya itu

bagaimana bila mendengar berita yang

mengejutkan seperti itu. Mujur juga suaminya

tidak pengsan. Kalau tidak, entahlah. Lagi lamalah

dia akan berkampung di hospital itu menjaga anak

dan suami.

Bibir Pak Majid bergetap geram.

“Aku bukannya apa, Jah. Dia anak kita. Anak

yang kita sayang. Tapi tup-tup dia jugak yang

membelakangkan kita. Hati ayah mana yang tak

416


MERTUAKU, MY SOULMATE

sakit dan kecewa, Jah. Aku sedih ni, kau tau dak?”

Getar suara orang tua itu membayangkan kelukaan

yang amat dalam di dadanya. Dia benar-benar

sedih mengenangkan tindakan anak gadisnya itu.

“Jah, awak rasa anak kita mengandung ka

yang depa sampai kalut menikah di Siam tu?” Soal

Pak Majid lagi sambil merenung tajam ke arah

isterinya. Mak Jah menggeleng. Sama ada tidak

tahu atau tidak ada jawapan untuk soalan

suaminya itu.

Nazim berdiri di hadapan mereka.

“Mak... ayah... Nazim nak mintak maaf.”

Kemudiannya melutut sambil memegang tangan

kedua ibu dan bapa mertuanya serentak.

Kepalanya ditundukkan dan kedua-dua orang tua

itu terkejut juga dengan tindakan anak menantu

mereka itu.

“Eh, Zim. Awat ni? Bangunlah. Kotor seluar

tu nanti.” Mak Jah segera menolak anak

menantunya itu ke atas dan memaksanya berdiri.

Nazim akur.

“Mak...ayah.. Sekali lagi Nazim nak mintak

maaf. Sebab kahwin dengan Nad di Siam. Tapi

bukan sebab Nad dah mengandung atau apa.

Cuma Zim rasa itu jalan yang terbaik buat kami

berdua pada ketika itu.” Ujar menantu mereka lagi

dalam nada perlahan. Mengharapkan simpati dan

kemaafan dari mereka berdua.

Pak Majid merenung anak menantunya itu

dengan agak lama.

“Ayah percayakan kamu, Zim. Apapun ayah

harap kamu jagalah anak kami tu baik-baik. Dia tu

417


HASREEYATI RAMLI

degil sikit. Nak orang ikut cakap dia saja.” Jelas Pak

Majid lagi.

Tergelak kecil Nazim dibuatnya.

“Ya, ayah. Zim tau tu. Tapi tak apalah. Zim

sayangkan Nad sepenuh hati. Inshaa Allah Zim akan

jaga Nad hingga ke akhir hayat Zim.” Jika jodohnya

dengan Nadira panjang.

Pak Majid mengangguk sambil menepuknepuk

bahu menantunya.

“Eh, mama kamu dah sedar ka? Kesian dia.

Terkejut.” Ujar Pak Majid. Kembali tersengih

apabila mengenangkan besannya yang pengsan

secara tiba-tiba sebaik sahaja mendengar berita

yang mengejutkan itu.

“Dah, ayah. Papa sedang jaga mama.”

****

“Awak ni…. Anak kahwin pun awak dah

pengsan. Haishh.”

Sebaik sahaja isterinya sedar dari pengsan,

Dr. Nashrul segera berkata begitu pada isterinya.

Tersenyum memandang isterinya yang masih

terbaring di katil hospital itu.

Datin Zarila memegang kepalanya seketika

dan cuba mengingati kembali bagaimana dia boleh

berada di sini.

“Ya Tuhan. Jadi betullah mereka berdua dah

kahwin di Siam, bang?” Berkali-kali tangan

418


MERTUAKU, MY SOULMATE

suaminya digoncang. Masih lagi tidak mahu

mempercayai semua itu.

“Iya. Iya. Biarkan sajalah diorang berdua tu.

Dah menikah dah. Nak buat apa lagi? Napa?

Awak tak suka anak kita kahwin cepat ke?” Soal Dr.

Nashrul lagi. Itu belum lagi isterinya mengetahui

sebenarnya dia yang terlebih dahulu membawa

tunang anak mereka lari ke sana. Namun bukan itu

pengakhiran yang diharapkannya.

Nampaknya dia terpaksa berbincang dengan

Nazim tentang perkara itu. Dia tidak mahu isterinya

itu menerima tekanan demi tekanan yang tidak

terjangkau oleh fikirannya. Biarlah isterinya

sekadar mengetahui setakat itu sahaja. Bukan

kisah dari awalnya. Itu adalah lebih baik.

Walaupun dia sedar, mungkin Nazim tidak

akan bersetuju dengannya. Namun dia perlu

berbincang juga dengan anaknya itu. Mungkin

selepas ini pastinya anaknya tidak akan bersetuju

dengannya dalam apa hal sekalipun kerana

tindakannya itu.

“Bukan macam tu, bang. Tapi cepat sangat.

Kita dah pun tetapkan masa untuk mereka

bernikah kan? Tak boleh ke diorang tunggu tarikh

tu?”

“Kenapa dengan awak ni, Ila. Mereka tu dah

nikah pun. Jadi kita pandang ke depan sajalah. Tak

perlulah awak nak curigakan saya lagi lepas ni,

betul tak?” Tingkah Dr. Nashrul lagi.

Datin Zarila tersenyum tawar. Itu yang

sebetulnya yang ditakuti sebelum ini.

419


HASREEYATI RAMLI

“Iyalah bang. Ila tau tu. Ila mintak maaf ya

bang sebab mencurigai abang selama ni.” Mohon

isterinya lagi sambil mencapai tangannya dan

mengucupnya dengan lembut.

“Hmm… itulah awak. Selalu suka buruk

sangka dengan suami sendiri. Tak baik tau. Ha, tak

pe. Abang dah maafkan pun. Dahlah. Nak balik tak

ni?” Lega Dr. Nashrul dibuatnya. Selesai sudah

masalahnya dengan isterinya.

Cuma masalahnya dengan anaknya sahaja

masih belum selesai.

420


MERTUAKU, MY SOULMATE

Bab 57

“Itulah kau, kan aku dah cakap. Jangan cuba

bermain api.”

Pada keesokan harinya aku sudah meminta

untuk keluar dari hospital itu lebih awal lagi. Nazim

meminta Kinah menguruskan urusanku. Mak dan

ayahku pulang seketika kerana ada urusan di

kampung.

“Kinah. Kalau kau nak perli aku, perlilah.

Aku mintak maaf okey sebab tak bagitau kau pasal

ni. Sebenarnya aku sendiri tak tau pada mulanya

Nash nak bawak aku ke sana.” Aku melihat dia

mengemaskan segala barangku yang ada di

lokerku.

“Kau tu, lain kali bukan tak boleh cakap

tidak. Kau ada hak kau kan? Itupun kau tak boleh

fikir ke?” Kinah merungut.

“Bukannya apa. Apa yang kau buat ni,

macam kau tak ada pendirian, kau tau tak? Kejap

kau nak orang ni. Kejap kau nak orang tu. Mana

satu ni?” Soal Kinah lagi. Walaupun sering

membebel padanya tetapi ada isinya.

“Kinah, kau tak tahu apa yang berlaku pada

aku ketika itu.”

421


HASREEYATI RAMLI

“Kenapa tak call aku saja? Kan kau ada

telefon.”

“Telefon aku tertinggal kat dalam biliklah.”

“Habis tu, macamana kau boleh terlepas dari

Nashrul?”

“Nazim culik aku.”

Kinah terhenti seketika. Mahu tergelak pun

ada.

“Serius?”

Aku mengangguk.

“Habis tu?”

“Dia ugut aku, Kinah.”

“Serius ni?”

Aku sekali lagi mengangguk.

“Habis tu kenapa kau tak lari dari dia pulak?”

Aku menggeleng.

“Tak semudah itu, Kinah. Dia ada pistol.

Entah manalah dia dapat.” Oh ya. Aku hampir

terlupa. Senjata di sana mudah dibeli. Seperti

membeli gula-gula di kedai. Tanpa perlu ada lesen

pun.

“Okey... sekarang aku faham...” ujar

temanku lagi.

Usai urusan di hospital itu, kami berjalan ke

keretanya.

“Kau nak pergi mana sekarang ni?” Kinah

menoleh ke arahku.

Aku mengangkat bahu.

422


MERTUAKU, MY SOULMATE

****

Nazim tiba di kondo sewaku selepas tamat

shifnya.

“Sorry, sayang. Zim tak dapat jemput balik

tadi. Semua okey, kan?”

Macamlah dia tidak menyedari apa yang

sedang berlaku pada kami. Seolah-olah tidak

pernah ada apa telah terjadi pada kami.

Kinah keluar seketika untuk memberi ruang

padaku dan Nazim. Walaupun aku berkeras

dengan tindakannya itu.

“Zim. I rasa kita perlu bincang tentang hal

kahwin kita ni.” Ujarku dalam nada perlahan.

Nazim duduk di sisiku.

Tangannya mencapai tanganku. Walaupun

aku menarik tanganku darinya secara perlahanlahan.

“I tak rasa kita perlu berpura-pura sayangmenyayang

macam ni.”

Nazim mengerutkan dahi.

“Sayang... I tak rasa kita berpura-pura. Bagi

pihak I, I memang sayangkan you sejak dulu lagi.

So, apa masalahnya? Yang jadi masalah kalau

suami dah tak sayang isterinya. Cuma you saja yang

dah tak sayang I. Tapi... tak mengapa. I akan beri

you masa untuk sayang I semula, hmm? Adil, kan?”

Nazim kembali menarik tanganku ke dalam

genggamannya. Kemudian dibawa cepat ke

bibirnya. Aku tidak terkata apa-apa. Mudah

baginya untuk mengungkapkan begitu kerana dia

423


HASREEYATI RAMLI

tidak rasa apa yang aku rasa sekarang ini. Rasa

bersalah terhadap semua orang.

Apabila aku tidak menjawab apa-apa, Nazim

segera menarik tanganku.

“Jom. Kita balik ke rumah mama. Dia benarbenar

tak sabar nak menantu duduk serumah

dengannya tau tak?” Ya, Tuhan. Dugaan apakah

yang sedang menimpa diriku ini?

Jika aku memang benar-benar terpilih,

berilah aku kekuatan untuk menghadapi kesemua

dugaan dari-MU ini, Ya Allah.

“Tapi Nad tak kata pun Nad nak tinggal

dengan keluarga Zim, kan? Kenapa pulak Nad kena

setuju ni, hmm? Nad ada hak untuk bersuara

sebagai seorang isteri, kan?” Aku menduganya

kembali. Nazim merenung ke arahku seketika

sebelum tergelak kecil.

“Wah, dah pandai ya sebut diri Sayang

sebagai seorang isteri. Hmm... nampaknya akan

bermulalah tugas Sayang nanti ya...” Ada makna

di sebalik kata-katanya itu namun aku berpurapura

tidak mengerti.

“Hmm... jadi Nad kena tinggal di rumah

mama ke ni?”

Nazim mengangguk.

424


MERTUAKU, MY SOULMATE

Bab 58

“Welcome home, dear!” Datin Zarila

mendepangkan tangannya menyambut

kedatanganku. Nazim tersenyum melihat

mamanya gembira. Sudah lama mamanya tidak

seceria begitu.

Dr. Nashrul pula ada di sisi isterinya hanya

memerhatikannya tanpa sepatah kata. Hanya

tersenyum tawar menyambutnya.

Aku tenggelam seketika di dalam pelukan ibu

mertuaku itu. Sambil sempat menjeling ke arah

lelaki itu. Namun lelaki itu seakan tidak

memberikan sebarang reaksi yang kuharapkan.

Nazim segera menyedari isterinya agak

kekok disambut sebegitu rupa, lebih-lebih lagi

dengan adanya papanya di sebelah memerhati.

Pasti ada pelbagai perkara yang ada di dalam

fikiran orang tua itu.

“Mama ni. Nad baru sahaja keluar dari

hospital. Dia perlu berehat dulu ya, mama. Jom,

Nad. Kita ke bilik.” Ujar Nazim sambil menarik aku

dengan lembut.

425


HASREEYATI RAMLI

Mujur juga Nazim menjadi penyelamat

suasana itu.

“Oh ya, mama hampir lupa. Petang esok kita

akan buat jamuan menyambut menantu.

Semuanya dah mama uruskan, hmm?” Mama

memang cekap di dalam soal menguruskan majlis

seperti itu. Seolah-olah dia membesar di dalamnya.

Datin Zarila menyapu bahuku dengan lembut

sambil tersenyum manis. Aku tidak pasti sama ada

itu senyuman yang ikhlas atau sinis. Padaku

semuanya sama sahaja jika ianya datang dari

wanita itu.

Dr. Nashrul segera menarik tangan isterinya

ke tepi.

“Apa yang awak cuba buat ni, ha? Nak

sakitkan hati budak-budak tu ke?” Bentaknya

sambil memperlahankan suaranya.

“Eh, yang abang ni kenapa? Ila cuma nak

buat majlis kesyukuran saja. Tak payah susahsusah.

Semuanya Ila dah uruskan. Tekan saja

dalam grup Ila. Ha, dah selesai semuanya.” Ujar

Datin Zarila lagi.

“Awak tak kesian ke dengan budak tu. Cuba

awak tengok keadaan menantu kita. Masih lemah

lagi. Budak tu terkena strok haba, okey. Mujur

cuma demam sahaja. Kalau lebih dari itu,

macamana?” Soalnya lagi.

Datin Zarila mengerutkan dahi.

426


MERTUAKU, MY SOULMATE

“Abang! Saya cuma nak buat majlis kecilkecilan

sajalah. Yang Abang susah hati ni kenapa

ha? Abang lebih bimbangkan keadaan budak tu

ke?” Dahi isterinya mula berkerut. Dia sudah dapat

mengagak isterinya mula berfikir sebaliknya.

Dr. Nashrul menghela nafas panjang.

“Okay, fine. Do what you want. Leave me

out of this.” Ujarnya lagi sambil berlalu dari situ.

Datin Zarila mula mencurigai sesuatu.

****

“You jangan tak datang pulak ya, Su. Esok I

buat majlis kesyukuran sedikit. Sambut menantu.”

Datin Zarila sudah pasti tidak akan melupai teman

baiknya yang seorang ini.

“What? I dengar salah ke atau I tengah

bermimpi ni?” Jerit wanita itu di talian sana. Datin

Zarila menjarakkan telefon dari telinganya.

“You jangan jerit kat telinga I boleh, tak? I

dah cukup pening dengan semua kejutan ni. I tak

nak pening lagi sekali.” Ujarnya lagi.

Memicit-micit dahinya sendiri. Ramai kawan

yang perlu dijemputnya. Ini baru majllis

kesyukuran bukan kenduri yang sebenarnya lagi.

“Okey, okey. Sorry. Tapi bila diorang tu

nikah? Kenapa I tak tau pun? Kenapa you tak

jemput I pun? Peliknya.” Bertalu-talu soalan itu

menerpa telinganya.

“Ya, ya. I pun hairan kenapa Zim ambik

keputusan macam tu. Ni yang buat I tertanyatanya.

Tapi I tau anak I tu tak buntingkan budak tu

427


HASREEYATI RAMLI

pun.” Pasti ada sesuatu yang tidak diketahui

olehnya lagi dan dia berazam untuk tahu tentang

itu.

“Hmm... kita mak-mak ni macam spy pulak

ya untuk anak-anak kita. Tak apalah, you tentu

masih terkejut, kan? Macam I terkejut tadi. Mujur I

tak pengsan.” Iya. Macam dia yang pengsan

apabila mendengar berita itu pada mulanya.

“You tak pengsanlah sebab bukan anak you. I

ni ha. Memang dah pengsan pun bila dapat tahu

petang semalam. Kecoh kot.” Ujarnya lagi. Pening

kepalanya memikirkan semua itu.

“Ya Rabbi. Mengucap ajelah, Ila. I doakan

semuanya baik-baik belaka ya. Okeylah, I dah

sampai kat stesen minyak ni. Kita bual lagi ya.”

Talian antara mereka dimatikan. Datin Zarila

bersendirian lagi. Yang pastinya dia mahu tahu

perkara yang sebenarnya di sebalik semua ini.

****

Aku berpaling ke arah Nazim sebaik sahaja

kami tiba di biliknya.

“Apa yang you fikirkan you cuba lakukan,

ha? Kenapa you asyik pegang-pegang I dihadapan

mama dan papa you, ha? Eh, I rimaslah.” Ujarku

lagi sambil bercekak pinggang.

Wajah tampan lelaki itu membuatkan aku

berasa berdebar-debar. Merenung wajah lelaki itu

428


MERTUAKU, MY SOULMATE

seolah-olah aku sedang berhadapan dengan Nash

sendiri. Lebih-lebih lagi ketika ini kami berdua

sahaja di dalam bilik tertutup ini.

Lelaki itu hanya tersenyum.

“Apapun you dah jadi isteri I, Sayang. Itu

yang lebih penting.” Lelaki itu cuba memegang

kedua bahuku dan mengusap-usapnya dengan

lembut. Aku menepis.

“Dahlah, Zim. I penat. I nak mandi dan

tidur. Dan I tak nak makan malam ni.” Aku

berpaling darinya.

“Okey, I tak nak paksa.” Dia mengangkat

kedua belah tangannya tanda menyerah kalah.

Untuk kali ini.

Di dalam bilik air, aku bagaikan mahu

menangis dan menjerit semahu-mahunya. Wajah

Nash kembali menari-nari lagi di fikiranku. Oh

Tuhan, KAU berikanlah kekuatan pada hamba-MU

untuk menghadapi semua dugaan-MU ini.

****

Dr. Nashrul tiba-tiba menekan dadanya.

Sesuatu sedang berlaku pada dirinya. Ketika itu dia

berada di dalam bilik air untuk berwuduk mahu

menunaikan solat Maghrib.

Pandangannya semakin berpinar. Akhirnya

dia jatuh ke lantai bilik air.

Datin Zarila baru sahaja memasuki ke dalam

bilik mereka apabila mendengar seperti benda

jatuh di bilik air.

429


HASREEYATI RAMLI

“Nazimmmm!!! Papa kamuuu!!!”

****

Keadaan menjadi serba kalut. Ini merupakan

serangan kali ketiga penyakit jantung Dr. Nashrul.

Doktor mengatakan segalanya sudah terlambat.

****

Pagi ini aku menaburkan bunga di pusara

lelaki itu. Bersemadilah cintaku. Bersemadilah

dengan tenang kau di sana.

TAMAT

430

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!