16.02.2022 Views

IBBC - Program Book PRINTING

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

ibbc cafÉ & restaurant (COHORT 3)

THE CEO SUMMIT

19-20th january 2022

ORGANIZED BY:

SUPPORTED BY:

rizal isa



CATATAN

KATA-KATA ALUAN

Bismillahirahmanirahim

Syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izinNya saya dapat mengabadikan kata-kata aluan untuk

Program IBBC Café & Restaurant Cohort 3: The CEO SUMMIT. Syabas dan tahniah diucapkan

kepada Industri Coach perlaksana: Nasi Lemak Saleha dan Coach Rizal Isa atas usaha murni

menganjurkan persidangan in, khas untuk peserta di bawah kendalian IBBC Café & Restaurant

Cohort 3.

Sekalung tahniah juga disampaikan kepada Bahagian Bimbingan Bisnes INSKEN yang diketuai

oleh Dr Maizura Mohamad kerana sentiasa berusaha keras untuk memastikan kecemerlangan

program elit INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) ini.

Sebagai salah satu agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Institut

Keusahawanan Negara (INSKEN) telah diberi mandat untuk melatih dan menyediakan usahawan

untuk menjadi lebih progresif dan mampan, terutamanya dalam menghadapi cabaran pasca

Covid-19 yang telah melanda negara kita sejak dua tahun lepas. Di INSKEN, kami sentiasa menyokong

segala usaha yang dijalankan bagi memajukan bidang keusahawanan. Melalui program

INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) Saya percaya salah satu aktiviti penting yang

wajib dijalankan oleh semua usahawan adalah sesi networking, yang membolehkan rakan usahawan

berbincang dan bertukar idea serta menjalinkan kerjasama dalam pengurusan sumber secara strategi.

Diharapkan program perjumpaan yang melibatkan seluruh peserta IBBC Café & Restaurant cohort

3 ini, dapat dimanfaatkan oleh semua rakan usahawan sebagai medium bertukar idea, pandangan,

cross-selling dan menjalinkan kerjasama kolaborasi perniagaan anatara satu sama lain. Saya

percaya, kerjasama seperti inilah mampu untuk membawa sesuatu entiti perniagaan ke satu aras

yang lebih tinggi.

Akhir kata, saya mendoakan agar program ini berjalan lancar serta mencapai matlamat yang dicita.

Selamat ber-networking!

En Firdaus Bin Azharuddin

Ketua Pegawai Operasi

Institut Keusahawanan Negara


KATA-KATA ALUAN

DIREKTORI PESERTA

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum Wmt Wbkt

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah, kerana dengan limpah kurnianya saya dapat berpeluang

untuk menulis kata-kata aluan bagi program IBBC Café & Restaurant Cohort 3: The CEO

SUMMIT. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Industri Coach perlaksana; Nasi Lemak Saleha

dan Coach Rizal Isa atas usaha padu menganjurkan program khas ini.

INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) merupakan salah satu program utama INSKEN

yang diwujudkan bagi membolehkan para peserta mendapat bimbingan secara komprehensif daripada

pemain industri utama. Alhamdulillah, bagi program IBBC Café & Restaurant Cohort 3 ini, para

peserta telah berpeluang untuk menimba ilmu daripada Industri Coach Nasi Lemak Saleha selama 4

bulan.Dalam program 2 hari ini juga, para peserta dapat berpeluang untuk melawat Restoran serta

Dapur Pusat Nasi Lemak Saleha secara ekslusif, satu peluang yang saya kira hanya boleh diperolehi

dengan menyertai program IBBC ini!

Sesungguhnya, program The CEO Summit ini, yang diadakan khas untuk peserta IBBC Café &

Restaurant Cohort 3 ini diharap dapat menjana sesi networking yang utuh, perkongsian idea &

pengalaman serta mampu meningkatkan potensi jualan dengan hasil kolaborasi bisnes strategi

dikalangan peserta program.

Bagi pihak Bahagian Bimbingan Bisnes INSKEN, kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah

kepada semua peserta program IBBC Café & Restaurant Cohort 3, kerana telah berjaya menamatkan

program elit ini dengan jayanya. Diharapkan, hasil dapatan ilmu bagi program ini mampu membantu

melonjakkan lagi entiti perniagaan saudara dan saudari ke peringkat yang lebih tinggi.

InsyaALLAH!

Akhir kata, saya mendoakan agar program ini mencapai objektif yang dicita dan berjalan lancar.

Selamat bersidang!

Dr Maizura Mohamad

Pengarah,

Bahagian Bimbingan Bisnes,

NO NAMA NO. TELEFON EMAIL

16

17

18

19

20

21

22

23

24

25

26

MUHAMMAD AMIRUL

012-4957326 amirul_mar10@yahoo.com

NIZAR B ROZAY

MUHAMMAD HAFFIZZAYDI 011-

elyns2003@yahoo.com

BIN GHAZALI 16351170

MUHAMMAD IKHWAN BIN

MOHD NASRI

MUHAMMAD RASYDAN

BIN SHABANI

NUR FARHANAH BINTI

YAHUDA

NURHASLIZA MOHAMMAD

RAZANI

SHALWATI BINTI CHE GA

@ ZAWAWI

WAN FARHANAH

NASTASIA BINTI WAN

MAJID

WAN SUHAILA BT WAN

ABDUL MALEK

MUHAMMAD TAUFIQ GAN

BIN ABDULLAH

MOHD JOHARI BIN M

JAFFAR

NAMA

PERNIAGAAN/SYARIKAT

BKE KUBANG SEMANG

CORNER

LAPAQ WESTERN /QNQ

HEBAT ENTERPRISE

013-4449853 ikhwan.nasri93@gmail.com RESTORAN SALSABIL

018-4645236 edanfallen24@gmail.com

EF EDAN GLOBAL

ENTERPRISE

014-7128950 farhanah@efawestern.com EFA WESTERN

012-4155547 jelighomolek@gmail.com

011-

12984291

shalwachega@gmail.com

019-9490422 farhanahnastasia22@gmail.

com

016-2838048 madsuehoney@hotmail.co

m

JELIGHO MOLEK

RESTAURANT

AWIES LEGACY

ENTERPRISE

SN MOANA FOOD &

SERVICES SDN BHD

CHE WAN CATERING

017-6087299 richplan4u@gmail.com BABYCHEFF RESOURCES

019-7782326 chantos83@gmail.com CHANTOS ENTERPRISE

27 SITI AISHAH ADAM 019-646 4154 theurbanaffairs@gmail.co

m

28

NORKARTINI BINTI

IBRAHIM

THE URBAN AFFAIRS

017-5221550 karni.ibrahim@icloud.com LAWAR VILLAGE VENTURE

29 SHARISA HARIS 013-3334300 sharisaharis@gmail.com

30

MIOR AMIN BIN

BADALISHAH

IBBC CAFE RESTAURANT

COHORT 3

126422896

mioramin.mioskitchen@gm

ail.com

1. Mama Nor (M) Sdn Bhd

2. Mama Nor Enterprise

(Mama Nor Yong Tau Foo)

MIOS GASTRONOMY

GROUP SDN BHD

ALAMAT PERNIAGAAN/SYARIKAT

LOT 1261 MUKIM 5 KUBANG

SEMANG

F170-C BATU 22 1/2 JALAN

DULANG KECIL YAN KEDAH

4045 TAMAN MUTIARA, JALAN

SULTANAH, 05350 ALOR SETAR,

KEDAH

JALAN SUNGAI YAN BATU 24

SUNGAI YAN 06900 YAN KEDAH

NO 46 GF JALAN SETIA PERDANA

BF U13/BF, 40170, SHAH ALAM

31-GF, SETIA PERDANA BE

U13/BE, SERIA 88 BUSINESS

CENTRE, 40170 SHAH ALAM,

SELANGOR

GERAI MAKAN (BLOK C) PABTAI

AIR TAWAR 22200 BESUT

TERENGGANU

NO 41-G, 43-G & 43-1 JALAN

UNIVERSITI BANGI 1, TAMAN

UNIVERSITI BANGI, 43000

KAJANG SELANGOR

LOT 335 JALAN BESAR SALAK

TINGGI OFF JALAN DATUK HAJI

TAMIN 43900 SEPANG

SELANGOR

NO 21, JALAN 11A/133, TAMAN

SRI SENTOSA, 58000 KL

27 JALAN JAYA PUTRA 8/4,

TAMAN JP PERDANA 81100,

JOHOR BAHRU

THE URBAN AFFAIRS, LOT

116!DATARAN CENTRIO 70300

NEGERI SEMBILAN

KAMPUNG MAGIN,JALAN

MENTAKAB KARAK PAHANG

Kedai nombor 2, gerai dataran

arena tampin

6/2 Kinrara Niaga,jalan

BK5A/2B,Bandar Kinrara

47100,selangor


DIREKTORI PESERTA

TENTATIF PROGRAM

NO NAMA NO. TELEFON EMAIL

NAMA

PERNIAGAAN/SYARIKAT

1 AHMAD DAUD ISMAIL 019-2276685 daudgisb@gmail.com GREEN ISLAND SDN BHD

2

FARAZAITI BT.

TAMIMUDDIN

014-3806582 chefrafflesiayang@gmail.co

m

RAFFLESHA HERITAGE

CULINARY EVENT &

RESOURCES

3 HARLENY BINTI RAMLI 016-9500458 harlenyramli@gmail.com ZALENY ENTERPRISE

4

ILA NORSYAHIDA BINTI ALI

AMRAN

018-774 2649 bicaradayaglobal@gmail.co

m

BICARADAYA GLOBAL

5 JAKFAR BIN ROSLI 019-2519490 jakfar@gmail.com 7 PAGI SDN BHD

6

7

8

9

MOHAMED RAZEEN BIN

MOHAMED RISWAN

MOHAMMAD AZMIN B.

ZAINAL

MOHD FADZLY BIN ABDUL

KARIM

MOHD KHAIRUL ZAKIRIN

BIN MAHADI

016-8019614 sammalique135@gmail.co

m

RESTORAN DAN KATERING

(M) SDN BHD

019-9199085 m.azminzainal@gmail.com SABARIAH BINTI RIZQ

019-7022886 mfadzlyak@gmail.com NASI AYAM ANGAH

017-9399923 khairul.zakirin2014@gmail.

com

SYABAB INSPIRASI

ENTERPRISE

10 MOHD NADZIR ALI 019-9899355 nasiayampapa@gmail.com NASIAYAMPAPA SDN BHD

11

MOHD RAHMAT BIN

LATIRO

010-9013930 rahmatlaro@gmail.com CAFE TEERO

12 MOHD RUSDHI DARIKAH 019-2715173 rusdhid@yahoo.com NASI AYAM DEE SDN BHD

13

14

MOHD YUSRI BIN MOHD

YASIN

MOHD ZAMRI BIN

TUKIRAN @ RAN

IBBC CAFE RESTAURANT

COHORT 3

012-6847898 theroyale2u@gmail.com TRJ CATERING

019-7714949 zamriran4949@gmail.com PERNIAGAAN AWIT

15 MOHIDIR BIN AMIN 012-7272130 mohidiramin1974@gmail.c

om

MOET GLORY SDN BHD

ALAMAT PERNIAGAAN/SYARIKAT

LOT 1, BATU 6, JALAN JELEBU ,

71700 SEREMBAN, NEGERI

SEMBILAN

LOT 948-E JALAN HJ ADNAN KG

GICHING 43900 SEPANG

SELANGOR

LOT 1416, JALAN BUKIT

DUYONG, 75460, MELAKA

LOT 1683-4 KG CHANGKAT BATU

6, 53100, GOMBAK, KUALA

LUMPUR

3244 JALAN 18/37, TAMAN SRI

SERDANG, 43300 SERI

KEMBANGAN

NO 5, SUSURAN STATION 18,

STATION 18, 31650 IPOH, PERAK

NO 1, JALAN BB 1/3, TAMAN

BANTING BARU, 42700 BANTING

SELANGOR

NASI AYAM ANGAH, 1212 JALAN

KASTURI 36/45, CARCITY

INDAHPURA, 81000 KULAI,

JOHOR

NO 4/1407, TAPAK GERAI, JLN KG

BARU, BESERAH, KUANTAN

B16 GF, SURIA ATABARA, JALAN

IM 7/2, BANDAR IM 6, INDERA

MAHKOTA, 25200 KUANTAN

PAHANG

NO. 40B, PEKAN TAMPOK, 82200,

BENUT, PONTIAN, JOHOR

NO 41G, JALAN PANDAN INDAH

1/23, 55100 PANDAN INDAH,

KUALA LUMPUR.

6 JLN CAMAR 1/1, TAMAN

PERLING,81300 SKUDAI JOHOR

NO.1&3,JALAN SETIA

4/12,TAMAN SETIA INDAH,81100

JB

NO 27 JALAN TUKAS 2, TAMAN

SOGA 83000 BATU PAHAT,

JOHOR

Site Visit 1: Central Kitchen Nasi Lemak Saleha

Site Visit 2: Restaurant Nasi Lemak Saleha

Time Day 1 Day 2

08.00 – 09.00am Registration at Saleha Event Space: Nasi Lemak Saleha

Ampang Breakfast at Hotel

09.00 – 10.00am Opening Remark:

Insight: Malaysia F&B Market Prediction 2022

Rizal Isa

Principal Trainer

Rizal Isa Consultancy (RIC)

10.00 – 10.15am

Morning Tea Break

10.30 –

1.00pm

Sharing session with

Pn Saleha Abdullah

Founder & CEO Nasi Lemak Saleha

Plenary Networking & Resolution Meeting

1) If Lockdown: Business Continuity Plan for F&B

2) Raw Material Supply & Sustainability

3) Manpower Management in F&B

4) IBBC Café & Restaurant Cohort 3 2021: Forward

Together

Lunch Break: Potluck Theme

Power Lunch Meeting

With Mr Firdaus Azharuddin

CEO, Institut Keusahawanan Negara

1.00 –

2.15pm

Closing Ceremony & Resolution Proposal for

IBBC CAFÉ & Restaurant Cohort 3 2021:

The CEO Summit

1st Pocket Talk: SMECorp: Business Scoring & Grant

Assistant Program

Mr Mohd Phaiz Jalil,

Senior Manager Coordination Program,

SME Corporation Malaysia (SMECorp)

2.15 –

3.15pm

2 nd Pocket Talk: PUNB: Property & Financing

Mrs Aniza Anwar,

Head of Property,

Perbadanan Usahawan Negara Berhad (PUNB)

3.30 –

04.30pm

5.00 pm Check-in Hotel

Dorsett Kuala Lumpur


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

NASI LEMAK SALEHA

Nasi Lemak Saleha bermula sebagai peniaga gerai penjaja di tepi jalan sekitar

tahun 2011. Sehingga kini, perniagaan berasaskan keluarga ini telah mempunyai 2

cawangan restoran utama di Sri Rampai dan Ampang, satu dapur pusat di kawasan

perindustrian Sri Rampai yang mampu menghasilkan 15 ribu bungkus nasi lemak

daun pisang setiap hari dan mempunyai beberapa kiosk berkonsepkan "Grab & Go"

di rangkaian stesen LRT seperti di LRT Masjid Jamek, LRT Pasar Seni dan beberapa

lagi stesen terpilih.

Nasi Lemak Saleha juga telah mendapat pengiktirafan Halal JAKIM dan penarafan

4 bintang di bawah Program SCORE SME Corp. Malaysia. Dalam masa yang

sama, syarikat ini telah menjalinkan beberapa perjanjian usahasama perbekalan

produk Nasi Lemak Saleha dengan beberapa rakan strategi seperti Shell Malaysia,

Petronas Dagangan, dan beberapa entiti kerajaan dan swasta.

Bagi menyokong gagasan Aspirasi Keluarga Malaysia, Nasi Lemak Saleha, bersama-sama

dengan pelbagai agensi dibawah MEDAC dalam proses mewujudkan

program perniagaan berkonsep khas untuk pembangunan gerai penjaja

tempatan.

FARHANAH CATERING

Farhanah Catering ditubuhkan pada September 2015. Jenama ini pada mulanya

didaftarkan di bawah Moana Enterprise. Pada Ogos 2019, syarikat ini telah diperbadankan

dibawah Akta Syarikat 2016 dengan nama SN Moana Food & Services

Sdn Bhd. Jenama Farhanah Catering telah berjaya mendaftar cap dagangan di

bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MYIPO).

Kami menyediakan servis pengurusan katering yang efisen dan sistematik serta

lengkap dengan prosedur operasi standard. Farhanah Catering sentiasa membuka

peluang perniagaan melalui konsep ‘joint venture’ kepada vendor-vendor yang

mampu memenuhi keperluan pelanggan.

Matlamat kami adalah ingin menambah cawangan atau membuka perniagaan baru

seperti sewaan dewan, restoran, serta menguruskan tender kafe/kantin kerajaan

atau swasta di masa akan datang serta memberi peluang pekerjaan dan pengembangan

karier kepada lebih ramai rakyat Malaysia.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

A&J GRILL WESTERN JB

A&J Grill Western JB yang juga dikenali sebagai A&J Burger Grill JB dibina pada

tahun 2013 dari gerai ditepi jalan dan berkonsepkan franchise. Ianya di usahakan

oleh adik kembar saya di Sg Buloh, Selangor dan kami bawa ke pasaran Johor

Bahru. Setelah pelbagai usaha dilaksanakan, pada tahun 2019 A&J JB berjaya

menaiktaraf ke arah lebih berdaya saing dengan membuka sebuah foodtruck dan

masih mengekalkan konsep gerai jalanan (street stall).

Usaha A&J JB untuk pergi ke level seterusnya menampakkan hasil apabila pada

tahun 2021, A&J JB telah berjaya menyewa sebuah kedai dan dapat menyediakan

pelbagai hidangan makanan ala barat dengan inovasi “fusion western” dan juga

masih mengekalkan hidangan menu burger.

Kami berharap jenama A&J akan terus maju dan setaraf dengan restoranrestoran

terkenal di Malaysia dan terus berjuang dan memberi manfaat kepada ramai anak

muda mencari rezeki dan seterusnya memberi manfaat kepada Ummah.

MOET GLORY SDN. BHD

Moet Glory Sdn Bhd merupakan satu syarikat bermula dengan katering dan pengurusan

majlis yang bermula dari tahun 2017 yang bertapak di Batu Pahat. Moet

Glory Sdn Bhd Mempunyai satu cawangan di Muar bagi meluaskan lagi perkhidmatan

katering dan pengurusan majlis.

Bermula November 2020, Moet Glory Sdn Bhd telah menjalankan perniagaan

kedai makan yang dikenali sebagai Restoran Tapaw Pak Amin berlokasi di 208 &

209, Jalan Shahbandar Batu Pahat, Johor. Restoran ini popular dengan menu nasi

syamin, menu panggang serta aneka set nasi putih dengan pelbagai lauk seperti

ikan kengsom, masak taliwang, ikan stim dan banyak lagi.

Bagi meluaskan lagi perniagaan ini di masa akan datang, pada masa yang sama

syarikat telah melancarkan Program Kerjaya bagi melatih pekerja pekerja ini

bekerja dengan latihan yang sepatutnya dan bersistematik. Maka mutu kerja setiap

pekerja dijaga dan dipastikan ditahap kualiti yang baik.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

LAPAQ WESTERN

Lapaq Western bermula dari tahun 2017 kami beroperasi di dulang kecil Kami

bermula Dari tapak kosong Dan kini terdiri sebuah banggunan tetap Pada mulanya

menu kami hanya berasaskan burger dan Kini berkembang dengan kepelbagaian

menu western yang lain

Kafesta bermula dengan kiosk kecik yang menyewa tapak di Giant Banting pada

2018. Pada awal kami berniaga kami menggunakan nama Boil, Fry and Grill. Kami

mula berpindah kepada lot kedai di Banting Baru dan menggunakan nama

KOPI.brew.

Walaupon kami telah menukar nama Kafesta, masih ramai pelanggan mengenali

kami dengan KOPI.brew. Ini kerana kami satu-satunya pada masa itu mengetengahkan

konsep Coffee Cafe.

MIOS KITCHEN

Mios Kitchen ditubuhkan pada tahun 2017 berkonsepkan makanan Barat dan Asian

Cuisine. Restoran kami mempunyai rangkaian di sekitar Lembah Klang iaitu di

Bandar Kinrara, Putrajaya, Shah Alam Seksyen 13 dan Seksyen 15 serta satu dapur

pusat di Shah Alam. Pada masa kini, Mios mempunyai kekuatan kakitangan seramai

150 orang termasuk bahagian pengurusan dan operasi.

Mios juga telah mendapat mengiktirafan Halal Jakim dan penarafan 4 bintang di

bawah Program SCORE SME Corp. Malaysia. Dalam masa yang sama, kejayaan

Mios adalah hasil daripada kerjasama pihak Agensi yang banyak membantu dalam

memberi suntikan modal antaranya, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad

(PUNB), Yayasan Hijrah Selangor, Perbadanan Nasional Berhad, TEKUN dan

Majlis Amanah Rakyat (Mara).

Hasil usaha dalam mengembangkan perniagaan, Mios telah mendapat penghargaan

daripada agensi antaranya Usahawan Success Story Hijrah dan Anugerah Usahawan

Cemerlang daripada Yayasan Hijrah Selangor dan Grab Food Awards daripada

Grab Malaysia.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

CAFÉ MAT DOM DE SALAK

Café Mat Dom de Salak ditubuhkan pada 2018 di Salak Tinggi Sepang. Pengasasnya;

Puan Hajjah Rokiah binti Mat Dom memulakan perniagaan makanan bermula

dari gerai kecil di Kuala Selangor. Kemudian beliau mula mendapat projek tender

kantin pejabat dan sekolah selama lebih daripada 20 tahun.

Berbekalkan pengalaman sebagai peniaga kantin sekolah, beliau mula mengembangkan

lagi perniagaan dengan membuka perniagaan Che Wan Catering dengan

memnyediakan servis katering kepada pejabat Pendidikan Negeri Selangor.

Setelah beliau bersara dari perniagaan kantin sekolah, Puan Rokiah pulang ke kampung

di Sepang dan membuka Café Mat Dom de Salak. Nama ini di ambil sempena

nama arwah ayah beliau. Café Mat Dom menyedia dan menjual makanan untuk

sarapan pagi sahaja. Antara menu yang paling laris dan popular adalah Nasi Lemak

Ayam Berempah dan Char Kue Teow.

Kini Café Mat Dom de Salak diuruskan oleh anak-anak Puan Rokiah.

NASI AYAM PAPA

Nasiayampapa merupakan perniagaan nasi ayam Hainan Muslim berasal daripada

Kuantan Pahang. Kami bermula pada tahun 2014 dengan menyewa gerai di dalam

restoran. Pada April 2019 kami membuka cawangan kedua, sebuah restoran nasi

ayam berkonsepkan retoran makanan segera di Bandar Indera Mahkota 7 Kuantan,

Pahang.

Kelebihan Nasiayampapa adalah penyediaan menu utama nasi ayam berteraskan

citarasa Hainan di samping menyediakan kepelbagaian menu sampingan bagi

memenuhi permintaan pelbagai bangsa. Kami pernah menyertai program

BAHTERA 2018 dan menjadi vendor rasmi bagi program Plant Shutdown

PETRONAS dengan menyediakan hidangan makanan kepada 3500-4000 pekerja.

Pengalaman ini menjadikan pasukan kami lebih cekap dan efisyen dalam menyediakan

tempahan berskala besar di masa kini.

Bagi tahun 2022, kami membuat perancangan bagi pembukaan rangkaian baru

pada bulan Januari iaitu Nasiayampapa Express. Rangkaian baru ini lebih menumpukan

kepada perniagaan berkonsepkan penghantaran dan bawa pulang disamping

itu, kami juga dalam proses mendaftarkan diri bagi mendapatkan lesen Franchisor

di bawah PERNAS.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

SATE 7 PAGI

Ditubuhkan pada November 2020, Sate 7 Pagi menawarkan penyediaan hidangan

sate serta makanan ala Johor. Kedai Sate 7 Pagi merupakan kedai pertama di

kawasan Lembah Klang yang memberi peluang kepada pelanggan untuk menikmati

sajian makanan sate seawal jam 7 pagi.

Dalam masa yang sama, ia mengutamakan penyediaan servis yang pantas, berkualiti

dan mengutamakan kebersihan.

Sate 7 Pagi diasaskan oleh Encik Jakfar Rosli bersama isteri beliau, Puan Iza Syuhaila

yang memiliki pengalaman luas dalam bidang penyediaan makanan dan juga

pakar dalam makanan masakan Melayu tradisional. Antara pengalaman beliau

adalah menawarkan perkhidmatan katering yang dinamakan Laziez Catering sejak

tahun 2010 hingga 2019.

D’PANTAI

Green Island Sdn Bhd (GISB) bermula pada Oktober 2006. Skop perniagaan berasaskan

makanan dan minuman dalam bidang pembuatan, peruncitan, penjenamaan

dan pembungkusan serta pengedaran makanan.

Bermula dengan Restoran D’Pantai, idea gabungan makanan dan pelancongan

terhasil. Berasaskan konsep mesra alam sekitar, kami menjenamakan semula

produk minuman Herba Asli, Kambing Bakar, Ikan bervariasi menu, masakkan ala

Thai, masakan kampung, jualan barangan runcit, produk herba Melayu untuk

memenuhi keperluan serta kepuasan pelanggan.

Jenama D’Pedas hadir selaras dengan hasrat kerajaan untuk menghasilkan usahawan

bumiputera dalam memperluas produk makanan Halal. Pengalaman dan usaha

D’Pantai membantu proses komersial produk sejuk beku D’Pedas sehingga dikenali

ramai.

Pada tahun 2018, produk CerCuba diadaptasi daripada menu restoran ke dalam pek

sterilan dengan ketahanan produk selama 2 tahun.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

GREEN CRAB SEAFOOD

Green Crab Seafood Hutz bermula pada tahun 2017. Kedai kami menyediakan 38

set hidangan makanan laut yang terdiri daripada beraneka jenis seperti king crab

Alaska, baby lobster, Canadian lobster, fresh oyster, ketam nipah dan pelbagai lagi

dimasak bersama 9 pilihan sos utama yang direka khas sendiri.

Kami telah berjaya membantu seramai 14,470 peminat makanan laut di sekitar

kawasan Petaling Jaya untuk menikmati makanan laut yang segar dan sedap pada

harga yang sangat berpatutan. Sepanjang empat tahun ini kami menumpukan

perhatian sepenuhnya kepada kepuasan pelanggan dari segi rasa masakan dan juga

mutu perkhidmatan.

“Masakan Laut 9 Rasa” kami telah mendapat sambutan hangat oleh para pelanggan,

sehingga kami berjaya mencapai review 5 bintang di media sosial. Kami juga

mendapat 4.8 bintang di Google Review.

EFA WESTERN

EFA Western telah diilhamkan oleh Encik Yahuda Abd Muttalib pada tahun 1999 di

Kampung Baru, Kuala Lumpur. Nama 'E-F-A' adalah singkatan daripada nama

anak-anak beliau. Apa yang menariknya, setiap anak-anak Encik Yahuda pernah

menjadi pemilik kedai makanan barat.

Keunikan EFA Western terletak pada keenakan sos “Brown & Black Pepper” serta

daging segar tanpa perap yang menyerlahkan lagi rasa dan membangkitkan aroma

hasil daripada penyelidikan yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu bersama

beberapa chef berpengalaman.

Pada masa ini, EFA Western dimiliki oleh Cik Ann, salah seorang anak perempuan

Encik Yahuda.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

LAWAR VILLAGE

Lawar village bermula pada tahun 2010, dimana ianya hanyalah sebuah gerai kecil

di Dataran Karak Pahang. Pada tahun 2020 merupakan permulaan yang baru dari

sebuah gerai kecil dan kemudiannya berkembang ke sebuah kedai dengan kapasiti

hampir 80 orang pada suatu masa.

Pada masa yang sama Lawar Village juga berdaftar sebagai sahabat pit stop untuk

golongan rider (Route 2) laluan Karak.

Lawar Village menyediakan 3 jenis perkhidmatan utama antaranya restoran yang

berkonsepkan selera kampung dan makanan pantai timur seperti, nasi kerabu, nasi

minyak, nasi dagang, nasi berlauk dan nasi lemak dan hidangan di dalam dulang

seperti set dulang singgang , ikan bakar, ayam kampung bersama ulam-ulaman dan

budu. Antara perkhidmatan lain adalah katering dan produk dibawah jenama sendiri

iaitu pes siap sedia dimasak seperti pes kerutuk,pes masak merah dan juga pes

bakar dan "sambal ready to eat" seperti sambal belacan dan sambal goreng.

BKE CORNER

BKE Kubang Semang Corner mula ditubuhkan pada tahun 2018, berbekalkan

sedikit wang simpanan dan modal daripada keluarga. Pada awal pembukaan BKE

Corner, mereka bermula dengan hanya 20 meja, dan kini telah bertambah kepada

100 meja. Purata jualan harian BKE Corner telah meningkat daripada RM1,000

kepada sekitar RM20.000 sehari.

BKE Corner dibuka setiap hari kecuali hari Selasa dan juga pada cuti umum. Kedai

ini dibuka seawal 4:30 petang hingga 12:00 tengah malam. Terdapat juga beberapa

pilihan makanan lain di BKE Corner yang dijual oleh peniaga di rang sewa. Antaranya,

sate dan otak-otak, laksa dan sizzling, minuman berais dan Coconut Shake

serta masakan panas yang lain.

Selain menyediakan pekhidmatan penghantaran makanan ke kawasan sekitar, para

pelanggan boleh memesan makanan di aplikasi Grab Food dan Food Panda. Bukan

itu sahaja, BKE Corner juga telah mengeluarkan produk bahan sejuk beku mereka

sendiri iaitu kambing perap dan ayam perap.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

PAK MAON CAFE

Pakmaon Kitchen bermula sejak tahun 2010 yang bertapak di Pekan Yan Kechil,

Kedah. Nama Pak Maon diinspirasikan daripada watak filem Nasib Do Re Mi

arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee. Pakmaon Kitchen juga mengekalkan

konsep 60an bagi mengingati nostalgia zaman dahulu.

Pakmaon Kitchen menyajikan hidangan Western Food & Arabian. Antara keunikan

di Pakmaon Kitchen adalah hidangan Set Talam menggunakan dulang kenduri

yang biasanya diguna pakai pada zaman dahulu.

Setelah beroperasi selama 2 tahun, kini pada tahun 2022 Pakmaon Kitchen telah

menaik taraf perniagaan di lokasi baharu iaitu di Pekan Guar Chempedak. Kini

Pakmaon Kitchen telah ditukar nama kepada Port Pakmaon. Port Pakmaon

bercadang untuk meluaskan lagi cawangan di sekitar Kedah pada masa akan

datang.

RESTORAN SALSABIL

Restoran Salsabil namanya yang cukup terkenal di semenangjung utara tanah air,

Alor Setar, Kedah. Lebih 20 tahun telah diusahakan. Bermula hasil tangan seorang

ayah Mohd Nasri Bin Sulaiman dan kini legasi diteruskan oleh anak-anak. Muhammad

Ikhwan telah meneruskan kejayaan dan menguruskan perjalanan perniagaan

sehingga kini.

Antara pencapaian kami adalah restoran Salsabil pernah terpilih sebagai restoran

pilihan pengguna sekitar tahun 2007. Kami juga pernah bekerjasama dengan

pelbagai agensi dalam menyediakan perkhidmatan katering menyediakan makanan

untuk VVIP bertaraf Yang Berhormat Menteri dan menyediakan lebih 100 buah

majlis kenduri-kendara, dan sangat berpengalaman dalam menguruskan pengurusan

majlis.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

CAFE TEERO

Cafe Teero ditubuhkan pada Julai 2019 dengan berkonsepkan kafe santai yang

menghidangkan menu malam yang ringan seperti nasi lemak dan kacang pool.

Selepas 3 bulan beroperasi, Cafe Teero telah menukar konsep kepada kafe keluarga

yang menghidangkan menu ala Western.

Pada tahun 2022, Cafe Teero melakukan sedikit pembaharuan dengan menambah

hidangan menu berkonsepkan tempatan dan Mediterranean.

SUSHINFK

SushiNFK tertubuh setelah percubaan berniaga di tapak perniagaan bersempena

Majlis Konvokesyen Universiti Islam Antarabangsa Gombak mendapat sambutan

dengan menawarkan harga yang mampu milik berkualiti premium, ianya menambat

hati pelanggan di institusi tersebut khususnya.

Ini menjadikan sushiNfk terus menerima permintaan yang memberangsangkan

walaupun telah tamat tempoh perniagaan di majlis berkenaan. Tempahan yang

memberangsangkan dikalangan pelajar dan juga staff di institusi berkenaan sehingga

tular di media sosial membolehkan sushiNfk mengembangkan sayapnya dengan

berpindah ke ruang produksi yang lebih selesa dan meluaskan cabang perniagaan

melalui pelanggan secara walk in selepas hampir setahun.

Pada 17 April 2018 bermulalah operasi pertama ruang produksi berkonsepkan kafe

juga restoran yang bertempat di Sushi by NFKafe, Medan Selera Sri Sg Pusu,

Gombak, Kuala Lumpur.

Genap dua tahun beroperasi dibawah gerai kelolaan Majlis Perbandaran, suhsiNFK

berpindah ke Plaza Idaman, Setapak atas beberapa faktor kekangan yang tidak

dapat dielakkan.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

JELIGHO MOLEK RESTAURANT

Jeligho Molek Restaurant ditubuhkan 1 April 2021 dengan inspirasi menu-menu

dari Pantai Timur. Jeligho Molek merupakan sebuah restoran terkenal di Setia

Alam dengan menu pilihan seperti nasi kerabu ayam percik putih, nasi kerabu

daging grill dan nasi jeligho gulai udang diraja.

Pada tahun 2020, Jeligho Molek mula mengusahakan 2 pes masakan yang diberi

nama Pes Jeligho Gulai Udang dan Pes Jeligho Merah Bekwoh yang dijual di website,

platform Food Panda, Grab Food dan di restoran secara offline.

Jeligho Molek menjadi pilihan seisi keluarga kerana kepelbagaian pilihan menu

sarapan dan menu signature yang sukar didapati di Lembah Klang. Harapan kami

pada tahun 2022, Jeligho Molek dapat melebarkan sayap dengan tambahan Central

Kitchen dan cawangan-cawangan baru.

BIG FOOD KITCHEN

Big Food Kitchen memulakan operasi pada November 2019. Diasaskan oleh

pasangan Encik Muhammada Faizal Bin Abdul Razak dan Harleny Binti Ramli.

Big Food Kitchen terletak di Duyong, Melaka berhampiran Perigi hang Tuah iaitu

kawasan strategik tempat tarikan pelancong negeri Melaka. Big Food Kitchen

mempunyai ruang yang luas yang boleh memuatkan 250 orang dalam satu masa.

Big Food Kitchen menghidangkan makanan berkonsepkan tempatan dan ala Western

sesuai dengan citarasa rakyat Malaysia dengan penawaran harga yang berpatutan.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

KAFESTA

Kafesta bermula dengan satu tapak kiosk makanan di “Food Court” Giant Banting

pada 2018. Konsep kiosk ini bertemakan ‘Quick Service Restaurant’ dan pada

ketika itu dikenali sebagai BFG (Boil, Fry, Grill). Makanan yang ditawarkan adalah

seperti burger bakar, sup bebola dan sosej Thai.

Pada tahun 2019, kami beralih kepada konsep Cafe yang berasaskan Coffee dan

Chocolate Premium serta hidangan 'Western Food'. Masih mengekalkan menu

makanan yang sama, kami juga mempelbagaikan menu minuman premium berasaskan

kopi, coklat dan fruity smoothies di samping memperkenalkan makanan ala

Western dan Korea.

Nama Kafesta diperoleh hasil daripada gabungan perkataan ‘Cafe’ dan ‘Fiesta’

setelah nama lama mengalami masalah ketika proses penjenamaan. Bagi tahun

2021, kami meluaskan variasi produk makanan dengan memperkenalkan makanan

sejuk beku seperti kambing perap, ayam perap, daging Kambing Merajuk, ‘rib eye

steak’ dan ayam peri-peri.

ROTI BAKAR BESERAH

Roti Bakar Beserah (RBB) bermula pada November 2015. Dengan bermenukan

nasi lemak kukus dan roti bakar dengan berkanopi kecil RBB menyediakan hidangan

sarapan pagi dan makan malam. Pada ketika itu RBB juga aktif terlibat dengan

event dan bazar makan sekitar Kuantan, pernah juga beberapa kali menyertai bazar

Ramadhan.

Pada May 2018, RBB mula berpindah ke kedai yang lebih besar dan lebih selesa.

Sambutan sangat mengalakkan dan kedai sentiasa penuhdan dibantu oleh 8 orang

staf.

Pada Oktober 2020 kami mula aktif membuat penghantaran makan dan juga menggunakan

platform penghantaran atas talian seperti FoodPanda dan Grabfood. Ia

sangat membantu semasa mengharungi musim perintah kawalan pergerakan.

Kami dalam proses untuk kembangkan lagi perniagaan kami dengan mengukuhkan

“perkara asas”. RBB merancang untuk buka cawangan baru pada pertengahan

2022.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

NASI AYAM ANGAH

Nasi Ayam Angah ditubuhkan pada tahun 2005 bermula sebagai penyewa tapak di

restoran. Bertitik tolak dari situ, Mohd Fadzly bertekad untuk membuka restoran

sendiri.

Pada Nov 2009, Nasi Ayam Angah telah memulakan operasi di lokasi sekarang

iaitu di 1212, Jalan Kasturi 36/45, Carcity Indahpura, 81000 Kulai, Johor. Sehingga

kini, perniagaan berasaskan keluarga ini telah beroperasi selama 12 tahun.

Misi kami dalam menjalankan perniagaan adalah suci, cepat dan murah. Dengan

harga RM7 sepinggan, kami menyediakan nasi ayam dengan menggunakan beras

basmati.

MAMA NOR YONG TAU FU

Bermula dengan syarikat perkongsian Mama Nor Yong Tau Foo berasaskan keluarga

yang kemudian dinaik taraf kepada syarikat Sendirian Berhad – Mama Nor (M)

Sdn Bhd (MNMSB). Mula beroperasi sejak 28 April 2017 di Tampin, N.Sembilan.

Mengusahakan perniagaan makanan berkonsepkan “Chinese Muslim Cuisine”

yang mana kebanyakkan menu adalah hasil dari resipi warisan keluarga yang telah

mula berniaga di daerah Tampin sejak lebih 60 tahun dahulu.

Gerai pertama di daerah Tampin dan kawasan sekitar yang menjadikan Yong Tau

Foo sebagai menu utama dan menghasilkan sendiri sos istimewa resepi warisan

keluarga dari negara China. Merupakan gerai perintis yang menawarkan perkhidmatan

pelanggan dan kualiti penyediaan makanan; ‘hidangan bertaraf hotel dengan

harga gerai’ di daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Premis pertama dan satu-satunya di daerah Tampin yang berdaftar dengan “Route

Pit Stop Friendship Official (RPFO)”, sebuah komuniti yang mendokong visi dan

misi serta dasar pelancongan Malaysia dan terdiri daripada pengusaha-pengusaha

Hentian (Pitstop) yang menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada pelancong dan

penduduk.


PROFIL SYARIKAT

PROFIL SYARIKAT

URBAN AFFAIRS

Urban Affairs Sdn Bhd merupakan syarikat berkonsepkan hibrid yang terletak di

Dataran Centrio Seremban 2, Negeri Sembilan. Ditubuhkan pada 2017, kami

menyediakan tiga jenis perkhidmatan utama iaitu kafe, ruang acara dan katering.

Perkhidmatan katering kami menyediakan menu sajian tempatan, ala barat,

Chinese dan Indian serta pastri. Ruang acara kami yang berkeluasan 650 kaki

persegi pula dapat memuatkan sehingga 120 orang untuk setiap acara majlis.

DEE NASI AYAM

Bermula pada tahun 1998, Dee Nasi Ayam kini mempunyai 15 jenis nasi ayam.

Antara menu popular Dee Nasi Ayam adalah seperti nasi ayam sambal hijau, nasi

ayam crispy lemon dan nasi ayam daging bakar.

Dee Nasi Ayam dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10.30 malam dan

2.30 petang hingga 10.30 malam pada setiap hari Jumaat. Servis yang terbaik dan

harga yang berpatutan merupakan dua faktor utama daya tarikan pelanggan.

Harga menu Dee Nasi Ayam bermula serendah RM7 hingga RM18. Pelanggan

yang inginkan kelainan bagi citara nasi ayam boleh singgah ke kedai kami di Jalan

Pandan Indah, Ampang.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!