11.05.2013 Views

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6009 19 OKTOBER 1992 6010

11-12-92

ada Menteri berkeyakinan

mengatakan bahawa tidak akan

berlaku lagi pembocoran soalan

peperiksaan di masa depan.

23. Tuan Billy Abit Joo minta Menleri

Pendidikan menyatakan apakah langkah

yang telah diambil untuk mengelakkan

kebocoran dalam peperiksaanpeperiksaan

awam berlaku atau'

berulang.

25. Tuan G. Palanivel minta Menteri

Pendidikan menyatakan apakah

langkah-langkah yang telah diambil oleh

Kementeriannya bagi mengatasi

masalah pembocoran Kertas Soalan

Peperiksaan yang semakin ketara ini.

Menteri Pendidikan (Dato' Amar

Dr Haji Sulaiman bin Haji Daud):

Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman

Ahli-ahli Yang Berhormat, terdapat 22

soalan yang sama maksudnya mengcnai

kes kebocoran kertas soalan peperiksaan

secara umum dalam SRP 1992 yang telah

dikcmukakan oleh Ahli-ahli Yang

Berhormat di Dewan Rakyat ini. Saya

mohon keizinan agar soalan-soalan ini

dijawab serentak.

Tuan Yang di-Pertua: Baiklah.

Dato' Amar Dr Haji Sulaiman bin

Haji Daud: Ahli-ahli Yang Berhormat

serta tarikh soalan-soalan tersebut yang

dikemukakan di Dewan Rakyat adalah

seperti berikut; I9 haribulan iaitu hari ini

ada 4 soalan....

Tuan Yang di-Pertua: Yang

Berhormat, tak usah bacalah. Jika

sekiranya sampai 22 itu tak payah

bacalah.

Dato' Amar Dr Haji Sulaiman bin

Haji Daud: Boleh, terima kasih, Tuan

Yang di-Pertua.

Tuan Yang di-Pertua: Saya telah

pun bcnarkan kesemuanya sckali.

Dato' Amar Dr Haji Sulaiman bin

Haji Daud: Baik. Mengikut siasatan

yang telah dtjalankan oleh pihak Polis

dan Kementerian Pendidikan, kes

kebocoran kertas soalan peperiksaan

mata pelajaran Sains dan Geografi Sijil

Rendah Pelajaran pada tahun 1992 bukan

bcrpunca daripada kclcmahan sistem

keselamatan peperiksaan Lembaga

Peperiksaan, tetapi telah dilakukan oleh

pihak luar semasa kertas soalan tersebut

menjalani proses percetakan yang tidak

diuruskan sendiri oleh Lembaga

Peperiksaan.

Selakat ini siasatan pihak polis dan

Kementerian Pendidikan menunjukkan

tidak ada pegawai atau kakitangan

daripada Kemenlerian Pendidikan

amnya dan Lembaga Peperiksaan

khasnya yang terlibai dengan kes

kebocoran tersebut.

Kes kebocoran peperiksaan SRP 1992

ini telah dibawa ke Mahkamah untuk

tindakan sewajarnya. Pihak yang terlibat

telahpun didakwa di Mahkamah di

bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, Oleh itu

tidaklah perlu satu kertas putih

mengenainya dikeluarkan. Pihak

Kerajaan pula setakat ini belum

bercadang untuk mengambil tindakan di

bawah Akia Keselamatan Dalam Negeri

alaupun ISA untuk membendung kes

kcbocoran kertas-kertas peperiksaan

daripada berlaku memandangkan

undang-undang yang ada sudah

mencukupi untuk mendakwa pihak yang

terlibai dengan kes kebocoran tersebut.

Walau bagaimanapun, perkara ini akan

dikaji dari masa ke semasa.

Untuk makluman Ahli-ahli Yang

Berhormai, amalan tentang peraturan

dan prosedur keselamatan kertas soalan

akan terus dilaksanakan dan diperlingkalkan

oleh Kementerian Pendidikan

untuk mencegah daripada

berlakunya kebocoran kertas-kertas

peperiksaan. Peraturan dan prosedur

yang diamalkan selama ini sekiranya

dipatuhi sepenuhnya dapat mengelakkan

daripada berlakunya kes kebocoran

soalan-soalan peperiksaan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!