11.05.2013 Views

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

6033 19 OKTOBER 1992 6034

bekalan elektrik yang tinggi. Ini telah

menyebabkan terhentinya set-set

janakuasa di Pantai Barat untuk

mengelakkan kerosakkan.

Bagi menjawab soalan (b), ingin saya

memaklumkan bahawa TNB mempunyai

sistem grid nasional yang

direkabentuk mengikut piawaan

antarabangsa. Walaupun begitu,

sukacita saya menekankan di sini

bahawa pihak TNB akan mengkaji

semula sistem tersebut terutamanya

setelah menerima syor-syor yang

dikemukakan oleh pakar perunding yang

telah dilantik untuk menjalankan kajian

dan siasatan ke atas peristi wa ganggunan

bekalan elektrik ini. Tindakan-tindakan

yang sewajarnya akan diambil.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab

soalan (c), Kementerian saya tidak

bercadang untuk menubuhkan sebuah

Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk

menyiasat gangguan ini. Walau

bagaimanapun, Kementerian saya telah

menubuhkan satu Jawatankuasa

Gangguan Bekalan Elektrik yang diketuai

oleh Ketua Pengarah Bekalan

Elektrik untuk menyiasat perkara ini. Di

samping itu, Kerajaan juga bercadang

untuk melantik pakar perunding luar

negeri untuk mengkaji sistem bekalan

Tenaga Nasional Berhad pada

keseluruhannya. Unit Perancang

Ekonomi telah dilugaskan untuk

membuat perlantikan itu.

Tuan Yang di-Pertua, bagi menjawab

soalan (d), sukacita saya menerangkan

bahawa siasatan ke atas peristiwa ini

sedang dijalankan. Oleh yang demikian,

saya tidak dapat memberi maklumat

yang diminta oleh Ahli Yang Berhormat.

Kementerian perlu meneliti laporan

siasatan apabila dikemukakan..

Bagi menjawab soalan (e) pula, pihak

TNB sendiri telah menganggarkan

kerugian yang dialami oleh pihaknya

sejumlah $10 juta. Walau bagaimana-

pun, jutnlah kerugian yang dialami olch

pihak pengguna dan industri belum dapat

dianggarkan lagi. Saya telah mengarahkan

Ketua Pengarah Jabatan

Bekalan Elektrik untuk mcnghubungi

pihak Pcrsatuan Pengilang-pengilang

Malaysia untuk memperolehi maklumat

tersebut.

Tuan Haji Mohamad bin Sabu:

Tuan Yang di-Pertua, kejadian yang

berlaku ini memang sungguh

menakjubkan. Ada pihak-pihak yang

mengatakan bahawa plant janakuasa

elektrik ke scluruh Malaysia kcrana

bcrlaku letupan di janakuasa elektrik di

Singapura. Perjanjian dengan Singapura

menyebabkan Malaysia [TEN] terpaksa

menyediakan elektrik ke Singapura

dengan scgera. Aliran elektrik dengan

segera itu menyebabkan seluruh plant

elektrik di Malaysia ini terik, apakah ini

benar?

Jawapan daripada (a) sampai (e)

menampakkan bahawa keadaan begitu

gawat berlaku yang menyebabkan

Malaysia kehilangan punca elektrik

yang begitu hebat. Yang Amat

Berhormat Dato' Seri Dr. Mahathir telah

memuji Datuk Bandar Kuala Lumpur

kerana masalah pembelian Volvo dia

meletakkan jawatan. Apakah Menteri ini

tidak ingin mengikut jejak langkah itu,

sebab semua orang sudah nampak Dato'

Seri sepatutnya meletakkan jawatan?

Dato' Seri S. Samy Vellu: Tuan

Yang di-Pertua, kejadian yang telah

bcrlaku di Singapura tidak ada kaitan

dcngan apa yang berlaku di Malaysia.

Kejadian itu telah berlaku di Singapura

pada pukul 9.30 pagi, tetapi apa yang

berlaku di Terengganu itu ialah pada

pukul 3.16 petang.

Yang kedua,berkenaan dengan

jawapan-jawapan yang saya beri tadi

kepada Ahli Yang Berhormat, suka saya

bertanya kepada Ahli Yang Berhormat

itu juga kalau selepas tiap-tiap kejadian,

tiap-tiap Menteri letak jawatan, saya

ingat tidak ada Kerajaan lagi.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!