11.05.2013 Views

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6117 19 OKTOBER 1992 6118

yang jual barang-barang multi-level ini

juga terlibat membuat iklan-iklan atau

konsep servis. Bayar servis dulu, servis

entah ke mana tclapi akhirnya syarikat

ini lari. Kemudian digalakkan pula...

Tuan Haji Ibrahim bin Ali:

(Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan

Ong Tee Keat): Yang Berhormat, Pasir

Mas bangun.

Tuan Haji Ibrahim bin Ali: Tuan

Yang di-Pertua, saya hcndak bcrtanya

Yang Berhormat dari Nilam Puri sekali

lagi. Tadi dia sebut piramid sekarang dia

sebut multi-level. Yang Berhormat tahu

atau tidak piramid dengan multi-Icvel itu

dua perkara yang berbeza. Tahu tidak?

Baca atau tidak buku?

Tuan Haji Mohamad bin Sabu:

Jangan buat saya macam budak sckolah.

Mana boleh. Saya tahu.

Tuan Yang di-Pertua, kemudian pula

dalam doktrin untuk cepat kaya ini juga

digalakkan agen-agen supaya simpan

stok. Jadi agen-agen itu dia bcli banyakbanyak

dia simpan stok. Bila dia simpan

stok barang itu banyak-banyak orang

yang atas itu sudah tentu dapat

keuntungan tetapi barang-barang ini

akhirnya apabila syarikat itu bankrap

atau diambil tindakan oleh Kerajaan

ataupun syarikat itu lari akhirnya orang

yang simpan stok di peringkat agen-agen

ini menanggung penderitaan yangcukup

dahsyat. Sebab itu walaupun

disyarikatkan, kita minta Kerajaan

mengambil perhalian yang serius

perkara ini kerana kita tahu masyarakat

dunia ketiga terutama sekali masyarakat

Melayu amat mudah dan kita yakin

bumiputera lebih banyak terlibat

barangkali dalam kerja-kerja seperti ini

memakai barang-barang kadangkalanya

lidak berguna di luar negeri tetapi

menjadi berguna hasil dari doktrin

daripada agen-agen ini supaya

Kementerian Perdagangan Dalam

Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dapat

mengawal dengan lebih ketat kalau ianya

didapati merbahaya lagi selepas ini

sampai ke peringkat mengharamkan

tcrus perniagaan seperti ini. Sekian.

Timbalan Yang di-Pertua (Tuan

Ong Tee Keat): Batang Lupar.

5.14 ptg.

Wan Junaidi bin Tuanku Jaafar

(Batang Lupar); Tuan Yang di-Pertua,

saya ingin bercakap sedikit berhubung

dcngan Undang-undang Jualan

Langsung ini. Ada orang kata tadi dia

tahu konsep dan opposed dia punya

indoctrination itu. Bukan doctrin yang

saya tahu. Doctrin itu lain cerita. Yang

saya tahu ialah indoctrination iaitu

memaksa orang itu menerima fikiran dia

sendiri sama ada betul ataupun salah.

Jadi, undang-undang ini memang

tepat pada hari dan masanya dibcntangkan

di Parlimen ini bukanlah

dengan tujuan untuk memberhentikan

aiau membaneraskan konsep ataupun

tujuan penjualan langsung (direct sale)

ini. Tujuannya ialah uniuk memberi

supervision, dengan izin, kepada

pengusaha-pengusaha yang membuat

pcrmagaun begini. Kerana kalau

dipandangkan daripada undang-undang

ini sendiri bukan sahaja undang-undang

ini menjadi undang-undang tamtahan

kepada undang-undang yang lain seperti

Contracts Act, Hire-Purchase Act,

Companics Act dan lain-lain lagi

berhubung dengan penjualan tetapi ini

adalah satu undang-undang yang

berlainan hakikat dan tujuannya.

Tujuannya ialah bukan untuk

memberhentikan soal direct sales tetapi

untuk memberi supervision kepada

penjualan yang bercorak ini dihantar dari

rumah ke rumah atau menggunakan

pos.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!