11.05.2013 Views

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

PENYATA RASMI PARLIMEN - Parlimen Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

6081 19 OKTOBER 1992 6082

memegang jawatan pengarah, pengurus,

setiausaha atau jawatan lain di syarikat

tersebut sekiranya didapati ia beroperasi

secara sistcm pyramid. Rang Undangundang

ini juga mempunyai peruntukan

rayuan di Seksyen 16, di mana seorang

atau sebuah syarikat boleh merayu

kepada Menteri terhadap penolakan

permohonan lesen atau pcnarikan balik

lesen oleh pengawal.

Seterusnya Seksyen 17 menentukan

melalui peraturan hari dan masa yang

membenarkan akiiviti jualan langsung

dari pintu ke pintu. Dengan adanya

peruntukan ini, maka pihak pengguna

tidak akan diganggu oleh jurujual pada

bila-bila masa sahaja.

Melalui Seksyen 18 pcnjual-penjual

akan disyaratkan mempunyai kad

pengenalan diri dan kad kuasa keluaran

syarikat jualan langsung yang diwakili

untuk mempastikan bahawa jurujual

adalah penjual yang sah.

Tuan Yang di-Pertua, untuk

mengelakkan keadaan di mana jurujual

memberi perihal dagangan palsu yang

biasanya dijelaskan secara Hsan semasa

mcnjual, maka peruniukan 23(1)

menetapkan keperluan kontrak benulis

di dalam jualan pintu ke piniu dan

pesanan pos. Kontrak lersebut akan

mengandungi butir-butir barang atau

perkhidmatan serta tempat barang atau

pcrkhidmatan yang hendak dibckalkan

perlu dimuatkan di dalam kontrak selaras

dengan kehendak Seksyen 24. Kontrak

tersebutadalah tertakluk kepada tempoh

bertenang selama 10 hari bckerja. Walau

bagaimanapun, untuk jualan pintu kepintu,

Seksyen ini tidak terpakai bagi

sebarang penjualan barang atau

perkhidmaian yang nilai akan ditctapkan

melalui pcraturan, Tatacara jualan

langsung ialah dalam bentuk pujuk rayu,

paksaan, desakan dan cara-cara amalan

perniagaan lain yang dianggap tidak

beretika.

Bagi membolehkan pembeli menimbang

semula keputusan untuk

membcli barangan secara jualan

langsung, Rang Undang-undang ini telah

memperuntukkan melalui Seksyen 25

hingga 27 untuk memberi kemudahan

tempoh bertenang dan penamatan

kontrak kepada pembeli. Tempoh

bertcnang ialah tempoh 10 hari bekerja

yang dibenarkan bagi pelanggan

menimbang semula sesuatu pesanan

yang telah dibuat. Tiada bayaran atau

pcnerimaan barang boleh dilakukan

dalam tempoh tersebut. Namun begitu,

sekiranya pembeli ingin mendapatkan

barang tersebut bagi tarikh sebelum

tarikh bertenang tamat, ia boleh berbuat

demikian dengan mengenepikan haknya

untuk menukar fikirannya.

Seksyen 36 membolehkan seseorang

yang tidak ingin meneruskan pembelian

bagi barang yang telah dipesan,

membatalkan pesanan dengan menghantar,

dengan izin, nolice of

cancellation melalui pos berdaftar dalam

tempoh 10 hari yang ditetapkan.

Tuan Yang di-Pertua, peruntukanperuntukan

lain adalah mengenai

penguatkuasaan undang-undang dan

Penalti Am seperti di Seksyen 28 hingga

36 dan 39 masing-masing. Di samping

itu, memandangkan aktiviti jualan

langsung dijalankan oleh berbagai

kumpulan orang dan tujuan Rang

Undang-undang bukantah untuk

mengawal kumpulan-kumpulan yang

tertentu itu dalam Seksyen 42 memberi

kuasa melalui peraturan kepada Menteri

untuk mengecualikan peruntukan

undang-undang bagi penjualan langsung

yang dikendalikan oleh orang-orang

cacat dan pertubuhan-pertubuhan

kebajikan serta peniaga-peniaga kecil

lain seperti pemotong rumput, penjual

roti dan penjaja ikan dan sayur-sayuran

dan lain-lainnya.

Seperti yang telah saya nyatakan

dalam awal ucapan ini, peruntukanperuntukan

yang dicadangkan dalam

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!