Events 2005 - ChartNexus
Events 2005 - ChartNexus
Events 2005 - ChartNexus
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Langkah-langkah berikut telah disertakan ke dalam proses

pengurusan risiko bertujuan untuk menanam proses pengurusan

risiko ke dalam budaya Kumpulan:

Menerapkan kawalan dalaman dengan lebih mendalam ke

dalam operasi perniagaan melalui amalan proses penilaian

sendiri risiko dan kawalan.

Kemas kini yang kerap berhubung pengurusan risiko daripada

ketua fungsi perniagaan dan sokongan kepada Jawatankuasa

Pengurusan Risiko.

Kajian suku tahunan oleh Jawatankuasa Audit Lembaga

terhadap kecukupan dan kewibawaan sistem kawalan

dalaman dan proses pengurusan risiko.

FUNGSI AUDIT DALAMAN

Kumpulan mempunyai sebuah jabatan audit dalaman yang

menyediakan jaminan yang diperlukan oleh Lembaga berhubung

kecukupan dan kewibawaan sistem kawalan dalaman.

Audit dalaman mengkaji secara bebas prosedur mengenalpasti

dan proses kawalan risiko, serta melaporkannya kepada

Jawatankuasa Audit setiap suku tahun. Audit dalaman turut

mengkaji kawalan dalaman aktiviti-aktiviti penting perniagaan

Kumpulan dan satu audit dalaman tahunan yang terperinci

dikemukakan kepada Jawatankuasa Audit untuk diluluskan. Audit

dalaman menerimapakai kaedah berasaskan risiko dan

menyediakan strategi serta rancangan auditnya berdasarkan profil

risiko bagi fungsi perniagaan utama Kumpulan.

Jawatankuasa Audit mengkaji prosedur pemantauan risiko dan

pematuhan untuk mendapatkan tahap jaminan yang diperlukan

oleh Lembaga. Jawatankuasa Audit membentangkan

penemuannya kepada Lembaga setiap suku tahun atau secara

lebih awal mengikut kesesuaian.

UNSUR-UNSUR PENTING LAIN KAWALAN DALAMAN

Selain daripada yang dinyatakan di atas, unsur penting lain bagi

sistem kawalan dalaman Kumpulan termasuk:

Agihan tanggungjawab yang ditakrif dengan jelas kepada

jawatankuasa Lembaga dan pengurusan termasuk struktur

organisasi dan tahap autoriti yang wajar.

Penyediaan maklumat secara kerap dan lengkap kepada

pengurusan untuk memantau prestasi berbanding

rancangan strategik yang meliputi semua petunjuk

kewangan dan operasi penting.

Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan

mengkaji dengan Lembaga perubahan ketara dalam

persekitaran dalaman dan luar, yang mempengaruhi profil

risiko Kumpulan.

Proses belanjawan terperinci memerlukan kajian belanjawan

secara berkala oleh semua unit perniagaan yang

kemudiannya dibincang dan diluluskan oleh Pengurusan

Kanan dengan diketuai oleh Pengarah Urusan/Ketua

Pegawai Eksekutif Kumpulan.

Pengawal Kewangan Kumpulan menyediakan maklumat

kewangan setiap suku tahun kepada Lembaga. Ia meliputi,

antara lain, pemantauan keputusan berbanding belanjawan

dengan tindakan susulan serta tindakan pengurusan

dilakukan terhadap perbezaan yang ketara, jika perlu.

Tiada kerugian ketara kesan daripada kelemahan dalam kawalan

dalaman pada tahun kewangan ini. Walau bagaimanapun,

Pengurusan terus mengambil langkah untuk mengukuhkan

persekitaran kawalan.

STAR PUBLICATIONS

(MALAYSIA) BERHAD

45