01.02.2014 Views

PELAN PEMBAYARAN ANSURAN TANPA FAEDAH 0% - United ...

PELAN PEMBAYARAN ANSURAN TANPA FAEDAH 0% - United ...

PELAN PEMBAYARAN ANSURAN TANPA FAEDAH 0% - United ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

PELAN PEMBAYARAN ANSURAN TANPA FAEDAH 0%

(Dikemas kini pada 9 Julai 2013 dan berkuatkuasa 1 Ogos 2013)

Terma dan syarat dalam dokumen ini akan diguna pakai untuk Pelan Pembayaran Ansuran

Tanpa Faedah 0% (“Program”) United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (271809-K) (“UOBM”), dan

harus dibaca bersama dengan Perjanjian Ahli Kad VISA/MASTERCARD UOBM (“Perjanjian”).

Jika terdapat ketidaksejajaran di antara dokumen ini dan Perjanjian Ahli Kad, terma dan syarat

dalam dokumen ini akan digunakan untuk semua perkara berhubung dengan Program. Kecuali

ditaksirkan secara berlainan dalam dokumen ini, perkataan dan ungkapan yang digunakan

dalam dokumen ini akan mempunyai makna yang sama dengan Perjanjian Ahli Kad.

1. Program ini terbuka kepada semua pemegang Kad Kredit UOBM yang baru atau sedia

ada (“Ahli Kad”), tidak termasuk Ahli Kad korporat, Ahli Kad label persendirian.

2. Program ini membenarkan Ahli Kad memilih untuk membuat pembelian minimum

sebanyak RM1,000 dan bayaran boleh dibuat mengikut bayaran ansuran selama 6, 12

atau 18 bulan (tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa).

3. Untuk menyertai Program ini, Ahli Kad dikehendaki mengisi Borang Pelan Pembayaran

Ansuran (“Borang”). Semua Borang akan diproses atas dasar siapa cepat, dia-dapat.

4. Dengan menandatangani Boring ini, Ahli Kad:-

a) bersetuju mematuhi terma dan syarat dalam dokumen ini dan sebarang

peraturan, tatacara atau arahan lain yang mungkin diterimapakai oleh UOBM

pada bila bila masa pada budi bicara mutlaknya; dan

b) dianggap telah bersetuju secara muktamad dan tanpa syarat bahawa setiap

amaun ansuran akan dibilkan kepada Akaun Kad Kredit anda.

5. Ansuran pertama akan bermula sebaik saja permohonannya diluluskan. Ansuran

berikutnya akan dibilkan berperingkat-peringkat secara bulanan tanpa merujuk kepada

Ahli Kad. Setiap ansuran yang dibilkan akan dipaparkan dalam Akaun Penyata bulanan

sebagai caj biasa kepada Akaun Kad dan mesti dibayar selaras dengan Perjanjian Ahli

Kad.

6. Setelah Borang selesai diproses, had kredit tersedia Ahli Kad akan dikurangkan dengan

memperuntukkan suatu amaun bersamaan dengan amaun pembelian. Bila setiap

ansuran dibayar, amaun pembelian akan dikembalikan secara berperingkat kepada had

kredit Ahli Kad.

7. Ahli Kad boleh menyertai Program ini jika Had Kredit tersedia bagi Akaun Kad

mencukupi untuk peruntukkan amaun pembelian dan tidak melanggar Perjanjian Ahli

Kad.

8. Semua Borang akan diproses atas dasar siapa-cepat, dia-dapat, dan penjualan produk

adalah tertakluk kepada bekalan stok.

9. UOBM tidak bertanggungjawab kepada Ahli Kad atas sebarang pembelian yang

dilakukan oleh mana-mana Ahli Kad tambahan di bawah Ahli Kad utama.

10. UOBM tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membatalkan pembelian atau

penukaran barangan yang dibeli.

11. Ganjaran UNIRinggit atau SMART$ tidak akan ditawarkan di bawah Program ini.

12. Ahli Kad dengan ini memperkenankan dan memberi izin kepada UOBM untuk

memberitahu atau memaklumkan kepada pembekal sebarang maklumat mengenai Ahli

Kad. Ahli Kad dengan ini mengesahkan bahawa kebenaran selanjutnya tidak perlu

diperolehi daripada Ahli Kad dan UOBM terlepas daripada sebarang tanggungan kerana

memberitahu maklumat tersebut.

13. Ahli Kad boleh membatalkan penyertaan dalam Program ini tertakluk kepada

penerimaan notis empat belas (14) hari terlebih dahulu oleh UOBM. Ahli Kad boleh

memberi notis melalui faks di 03-2690 0121 atau e-mel kepada

uobcustomerservice@uob.com.my atau dengan menghubungi Pusat Panggilan UOB di

03-26128 121 (Kuala Lumpur), 04-2401 121 (Pulau Pinang), 07 - 2881 121 (Johor Bahru),

082-287 121 (Kuching) atau 088-477 121 (Kota Kinabalu). Jumlah yang tertunggak dan

perlu dibayar oleh Ahli Kad berhubung dengan jumlah pembelian yang berkaitan akan

didebitkan kepada Akaun Kad Kredit Ahli Kad, dan ditunjukkan sebagai caj dalam

Penyata, dan dibayar oleh Ahli Kad selaras dengan Perjanjian Ahli Kad.

14. Jika salah satu perkara berikut berlaku, jumlah amaun pembelian atau jumlah agregat

bagi apa-apa amaun tunggakan hendaklah dijelaskan serta-merta:

a) Melanggar salah satu terma ini atau mana-mana peruntukan Perjanjian Ahli

Kad.

b) Ahli Kad gagal membayar mana-mana jumlah yang kena dibayar di bawah

Perjanjian Ahli Kad atau terma ini.

c) UOBM membatalkan atau menamatkan Akaun Kad berkenaan.

d) Ahli Kad membatalkan Akaun Kadnya.

e) Ahli Kad membatalkan urusniaga Program.

f) Ahli Kad meninggal dunia, jatuh muflis atau hilang upaya di sisi undang-undang.

g) mana-mana peruntukan di sini diisytiharkan oleh mana-mana pihak berkuasa

kehakiman atau kompeten sebagai batal, tidak sah atau tidak boleh

dikuatkuasakan.

Jumlah amaun belum selesai yang kena dibayar oleh Ahli Kad bagi amaun pembelian

akan didebitkan kepada Akaun Kad dan ditunjukkan sebagai caj dalam Penyata

Akaun dan kena dibayar oleh Ahli Kad selaras dengan Perjanjian Ahli Kad.

15. UOBM tidaklah bertanggungjawab terhadap sebarang salah tafsir atau salah nyata fakta

berhubung dengan barangan seperti tersiar dalam sebarang bahan media massa,

pemasaran atau pengiklanan. Semua aksesori atau peralatan yang ditunjukkan bersama

dengan barangan dalam bahan media massa, pemasaran atau pengiklanan hanyalah

untuk tujuan hiasan semata-mata dan bukan sebahagian barangan yang ditawarkan

kepada Ahli Kad.

16. UOBM tidak membuat pernyataan atau jaminan berkenaan dengan barangan yang

dibeli dalam Program ini dan khususnya, tidak membuat sebarang jaminan berkenaan

dengan kualiti atau kesesuaian untuk apa tujuan pun. UOBM tidak bertanggungjawab

atau memikul sebarang tanggungan berkenaan dengan kematian atau kecederaan atau

kehilangan atau kerosakan akibatnya, tanpa mengira sifat dan puncanya, yang

ditanggung oleh Ahli Kad.

17. UOBM berhak pada bila-bila masa mengubah, menambah atau menggugurkan terma

dan syarat dalam dokumen ini, dengan memberi 21 hari notis pendahuluan kepada Ahli

Kad. Sebarang pengubahan dalam terma dan syarat boleh dilihat dalam laman web

UOBM di www.uob.com.my

18. Sebarang pertukaran dalam fi dan caj boleh dilakukan oleh UOBM pada bila-bila masa

pada budi bicara mutlaknya dengan memberi Ahli Kad notis pendahuluan 21 hari.

19. UOBM tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kekurangan, kerosakan atau

kecacatan barangan ataupun mengambil tahu sebarang pertikaian di antara Ahli Kad

dan saudagar.

20. Semua harga yang tersiar dalam sebarang bahna media massa, pemasaran atau

pengiklanan berhubung dengan Program ini adalah betul pada masa dicetak.

21. UOBM tidak akan dipertanggungjawabkan untuk dan menafikan semua liability bagi

sebarang tindakan, tuntutan, kerugian, ganti rugi, kos, caj dan perbelanjaan yang

mungkin dialami, dihadapi atau ditanggung oleh seorang Ahli Kad melalui penyertaan

beliau dalam Program.

22. UOBM berhak untuk menambah, memotong , menggantung atau mengubah terma dan

syarat program, dari semasa ke semasa, secara keseluruhan atau sebahagian, mengikut

budi bicara mutlaknya, dengan memberi dua puluh (21) hari notis terlebih dahulu

kepada Ahli Kad melalui laman web UOBM, memaparkan notis di mana-mana cawangan

UOBM dan / atau memasukkan pernyataan ke dalam penyata Akaun.

23. Terma dan syarat ini akan ditadbir dan ditafsirkan selaras dengan undang-undang

Malaysia dan pemegang kad bersetuju menyerahkan kepada bidang kuasa tidak

eksklusif mahkamah di Malaysia.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!