28.07.2014 Views

PEMBINAAN DOMESTIK

PEMBINAAN DOMESTIK

PEMBINAAN DOMESTIK

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

sukatan pelajaran pembinaan domestik kbsm

PENDAHULUAN

Pembinaan Domestik ialah satu daripada mata pelajaran elektif

vokasional di sekolah menengah atas dalam Kurikulum Bersepadu

Sekolah Menengah (KBSM). Murid yang mengikuti mata pelajaran ini

menguasai kemahiran asas kerja bata dan konkrit dalam industri

pembinaan terutamanya pembinaan rumah. Pembinaan Domestik

adalah kesinambungan daripada mata pelajaran Kemahiran Hidup

Bersepadu di sekolah menengah rendah.

Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha Kementerian

Pendidikan ke arah persediaan murid sebagai tenaga kerja yang

berketrampilan dalam menempuh alam pekerjaan di industri

pembinaan. Mereka mengamalkan sikap positif dan peka terhadap isu,

perkembangan dan hala tuju teknologi pembinaan negara.

Dalam mata pelajaran ini, murid mempraktikkan kerja menerap bata

dan melepa bata serta kerja konkrit termasuk kerja simen ferro. Murid

perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan

menggunakan cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan

menanggalkan peranca juga didedahkan dengan menekankan kepada

aspek keselamatan semasa bekerja.

Mata pelajaran ini dirancang khas untuk murid yang mempunyai minat

dan kecenderongan dalam bidang pembinaan. Dengan kemahiran dan

pengalaman yang diperoleh murid boleh bekerja dalam industri

pembinaan atau menjalankan perniagaan sendiri.

MATLAMAT

Matlamat mata pelajaran Pembinaan Domestik adalah untuk

melahirkan murid yang berkemahiran dalam kerja menerap bata,

lepaan, konkrit, serta kerja membuat kemasan gerutu, cat emulsi dan

jubin dengan mengamalkan peraturan keselamatan dan budaya kerja

yang baik, serta boleh menjalankan perniagaan sendiri atau berupaya

menjadi penyumbang tenaga kerja mahir di industri pembinaan.

1

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!