28.07.2014 Views

mata pelajaran vokasional - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

mata pelajaran vokasional - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

mata pelajaran vokasional - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SINOPSIS 22 MATA PELAJARAN

VOKASIONAL (MPV)

1. MATA PELAJARAN PEMBINAAN DOMESTIK

Mata pelajaran ini bertujuan membekalkan murid dengan kemahiran asas kerja pembinaan batu

bata dan konkrit yang diperlukan dalam industri pembinaan terutamanya pembinaan rumah.

Murid mempraktikkan kerja menerap batu bata dan melepa bata serta kerja konkr it ter masuk kerja

simen fero. Murid perlu menguasai kemahiran melakukan kerja kemasan dengan menggunakan

cat emulsi dan jubin. Teknik memasang dan menanggalkan peranca (scaffolding) juga

didedahkan dengan menekankan kepada penjaminan keselamatan semasa bekerja. Murid yang

telah mengikuti mata pelajaran ini boleh menceburi pelbagai jenis pekerjaan dalam bidang

pembinaan seperti penerap batu bata atau pelepa lantai/tembuk atau mengusahakan perniagaan

sendiri dalam bidang berkaitan.

2. MATA PELAJARAN MEMBUAT PERABOT

Mata pelajaran ini bertujuan melahirkan murid yang boleh mereka bentuk, membuat dan membaik

pulih perabot. Murid menguasai kemahiran menghasilkan kerja kayu pada tahap kemasan

sederhana melalui projek sepanjang pembelajaran. Antara produk yang dihasilkan ialah kerusi,

rak, meja kecil, bingkai gambar serta pelbagai hiasan dalaman yang menggunakan kayu seperti

panel dinding, kabinet dapur, siling dan tingkap. Antara kemahiran yang diberi ialah penggunaan,

penyenggaraan alat tangan kerja kayu dan mudah alih, penghasilan pelbagai jenis tanggam,

pembinaan projek melalui lukisan kerja. Peluang kerjaya murid yang boleh diceburi ter masuk

mengusahakan perniagaan sendiri atau bekerja di kedai perabot sebagai pembantu pembuat

perabot.

3. MATA PELAJARAN SENI REKA TANDA

Mata pelajaran ini digubal untuk membekalkan murid dengan kemahiran dan ketrampilan dalam

bidang reka bentuk dan pembuatan tanda sebagai salah satu produk media komunikasi. Murid

didedahkan kepada beberapa aspek reka bentuk dengan tumpuan kepada penghurufan

(typography), penggunaan simbol-simbol grafik dan piaw aian w arna dalam menghasilkan kerja.

Murid boleh menguasai kemahiran menyediakan projek sebenar ber mula daripada penyediaan

lakaran pada kertas sehingga penyediaan papan tanda dan teknik pemasangannya. Pengalaman

pembelajaran murid ter masuk penghasilan lukisan tanda dalam 2D dan 3D kemahiran

menggunakan pelbagai teknik manual seperti cat, semburan serta penghasilan lukisan kerja pada

pelbagai media seperti kertas, kad, polisterin dan perspek. Penghasilan kerja grafik dengan

bantuan komputer (CAS - Computer Aided Signage) juga diperkenalkan. Melalui mata pelajaran

ini murid boleh menjadi pelukis atau pembantu pereka grafik di kilang grafik dan pengiklanan atau

mengusahakan perniagaan sendiri dalam bidang berkaitan.

5

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!