31.08.2014 Views

buletin pembimbing anda buletin pembimbing anda - Jabatan ...

buletin pembimbing anda buletin pembimbing anda - Jabatan ...

buletin pembimbing anda buletin pembimbing anda - Jabatan ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ISU KELUARAN

BULETIN PEMBIMBING BULETIN PEMBIMBING

ANDA

RAKAN PEMBIMBING

RAKAN PEMBIMBING

JABATAN PERDANA MENTERI

JABATAN PERDANA MENTERI

Buletin 48/ APRIL 2007

Dari Meja Kaunselor...

Muhasabah Diri Sendiri

“Tuhan tidak akan mengubah nasib kita melainkan kita mengambil langkah untuk mengubahnya”

2. Petua Untuk Naik

Pangkat.

3. Perbaharui

Tekad Untuk

Terus

Cemerlang.

4. 7 Tip Jaga

Cermin Mata

5. Menghubungi

Rakan

Pembimbing Anda

6. Menghubungi

Rakan

Pembimbing Anda

(sambungan)

7. Didik Si Manja

Belajarlah

Menghargai Anak

Anda.

8. Adab Melawat

Orang Sakit.

Jadi, jika kita ingin berjaya dan maju dalam hidup, kita perlu mengubah sikap dan nilai diri. Amalkan petuapetua

di bawah ini dan anda dapati yang perancangan ke arah kejayaan akan menjadi lebih bermakna.

1. Kenali diri sendiri. Anda mungkin kurang yakin dan rendah diri kerana tidak mengetahui siapakah diri

anda yang sebenarnya. Perasaan putus asa dan rendah diri yang sering kita alami sebenarnya disebabkan

oleh keadaan persekitaran semasa kecil, pengaruh keluarga dan juga pengaruh orang di sekeliling

kita. Sebagai orang dewasa, kita bebas untuk memilih sama ada terus membiarkan orang lain menentukan

masa depan kita dan hidup dalam kekecewaan dan putus asa atau mengubah sikap serta membentuk

azam dan tekad baru untuk maju dan menghentikan pergantungan kepada orang lain.

2. Yakin pada diri sendiri. Jika anda mahu berjaya, tetapi berasa tidak boleh berjaya, kemungkinan

besar anda tidak akan berjaya. Jika anda rasa anda akan kalah, anda sememangnya sudah kalah, kerana

di dunia ini kita dapati kejayaan bermula daripada kemahuan seseorang. Semuanya terletak di

dalam fikiran sendiri. Kejayaan selalunya tidak dimenangi oleh mereka yang lebih kuat dan pantas.

Tetapi lambat laun mereka yang berjaya adalah orang yang sentiasa berfikir dia boleh berjaya.

3. Menanam sikap ingin berjaya. Sesetengah orang tidak mungkin berjaya kerana mereka tidak mempunyai

keazaman untuk berjaya. Jadi apakah keazaman yang dimaksudkan itu? Pertama: Keinginan untuk

menjayakan sesuatu yang bermanfaat mestilah sentiasa berada dalam fikiran anda. Kedua: Anda

mestilah menginginkan kejayaan. Ketiga: Anda mesti percaya yang anda akan berjaya. Keempat: Segala

tindakan tanpa berlengah. Kelima: Timba ilmu pengetahuan.

4. Mempunyai visi dan cita-cita. Cara yang paling mudah untuk menetapkan visi ialah dengan membuat

analisis diri. Dengan cara ini, anda mengetahui tentang kelebihan dan kekurangan diri. Selepas itu,

anda boleh menetapkan cita-cita dan berusaha mencapainya dengan mengambil kira kelebihan dan kekurangan

diri.

5. Mengambil langkah pertama. Setiap perjalanan memerlukan langkah pertama. Begitu juga dengan

kejayaan. Untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya, anda mesti memulakan langkah pertama iaitu menetapkan

visi dan kemudian mempersiapkan diri untuk mencapai cita-cita berkenaan. Persiapan itu

melibatkan beberapa perkara termasuk melengkapkan diri dengan ilmu yang diperlukan dan menjadualkan

rancangan jangka pendek dan jangka panjang untuk diri anda. Semoga anda berjaya.

BULETIN 48/ APRIL 2007

Mukasurat 2

PETUA UNTUK

NAIK PANGKAT

PAMERKAN PENAMPILAN DIRI YANG POSITIF

Untuk mendapatkan penampilan diri yang positif, anda perlu mempamerkan perwatakan yang ceria dan menunjukkan sikap

yang boleh bekerja dengan semua lapisan di dalam hierarki syarikat. Berikan senyuman kerana ia dapat memberikan rasa

puas hati rakan dan majikan. Jadikan diri anda seorang yang mudah berinteraksi dengan semua pihak untuk mengurangkan

jurang di antara anda dan rakan sekerja, pekerja bawahan mahupun pegawai atasan. Hormati orang lain kerana anda akan

dihormati kembali.

Dalam membentuk penampilan diri, anda perlu mengenakan pakaian kemas, bersih dan menarik sesuai dengan imej korporat

jabatan. Sikap menjaga penampilan dan imej diri menunjukkan bahawa anda seorang yang prihatin dan teliti dalam

Penampilan diri turut melibatkan sikap professional dan disiplin. Sikap professional anda boleh dilihat dari segi ketepatan

masa sama ada waktu masuk kerja atau dalam menepati deadline. Seorang professional perlulah memiliki ilmu pengetahuan,

mampu menghadapi tekanan kerja dan boleh menyelesaikan masalah. Anda perlu berdisiplin dalam tugasan harian umpamanya

tidak membazirkan waktu syarikat dan tidak menyalah guna kemudahan yang disediakan oleh syarikat. Jika sikap professional

dan disiplin diri diamalkan, anda dilihat sebagai pekerja yang layak dan mampu memegang jawatan yang lebih tinggi.

TINGKATKAN INISIATIF UNTUK BERTINDAK

Anda perlu mengambil langkah proaktif di dalam menjangkakan kerja-kerja sokongan yang dapat melengkapkan dan menjayakan

tugas-tugas utama anda. Sikap saling bantu-membantu akan membuka mata ketua anda bahawa anda seorang yang

berinisiatif tinggi dan perlu diberikan ganjaran kenaikan pangkat.

Anda perlu mencari peluang untuk mengemukakan idea-idea dan seterusnya dapat melaksanakan idea-idea yang akan meletakkan

syarikat di hadapan pesaing-pesaing dalam industri yang diceburi. Dalam menyampaikan idea anda, anda perlulah

menonjolkan idea dengan penuh yakin dan berhemah kepada pihak pengurusan. Kejayaan anda mencadangkan, menyempurnakan

idea baru dan bernas akan menarik perhatian pihak pengurusan tentang kebolehan anda dalam menyelesaikan masalah-masalah

operasi syarikat.

TINGKATKAN ILMU DAN KEMAHIRAN

Anda perlu sentiasa berusaha untuk meningkatkan kemahiran dalam menjalankan tugas. Kemahiran yang anda peroleh sebelum

ini mungkin perlu ditambahkan dengan ilmu yang lebih terkini. Carilah peluang untuk mengikuti kursus dan latihan demi

mengukuhkan kedudukan anda sebagai pekerja yang berinovasi dan berinisiatif tinggi.

Penguasaan anda dalam menggunakan IT dapat mengurangkan tugas berulang dan memberikan ruang untuk anda menguruskan

tugas lain yang lebih kompleks. Jika anda mengambil inisiatif sendiri mengikuti latihan demi meningkatkan kemahiran,

syarikat dapat meningkatkan produktiviti dan akhirnya anda akan mendapatkan ganjaran sewajarnya.

Proses kenaikan pangkat melibatkan penilaian oleh beberapa pihak iaitu penyelia anda sendiri, rakan sekerja dan pengurusan.

Jika pada persepsi anda, keputusan kenaikan pangkat tidak objektif, jangan putus asa dan sentiasa optimis. Anda perlu

mencuba lagi di masa hadapan dengan memperbaiki kelemahan yang ada pada diri anda dan Insya-Allah anda akan berhasil.

Lazimnya, kekurangan peluang untuk kenaikan pangkat adalah disebabkan oleh kelemahan sendiri seperti penampilan diri

tidak positif, kurang inisiatif untuk bertindak dan meningkatkan kemahiran terkini.

BULETIN 48/ APRIL 2007 Mukasurat 3

PERBAHARUI TEKAD UNTUK TERUS CEMERLANG

PEKERJA

Sebagai seorang pekerja Muslim yang

beramanah, anda perlu memastikan

bahawa anda menguasai kerja yang

perlu dijalankan. Anda tidak mungkin

dapat menguasai semua kerja

tetapi harus dari masa ke semasa

memperbaiki tugas yang dipertanggungjawabkan.

Menguasai kerja bermakna anda

mempunyai sifat Ehsan kerana bersifat

kreatif dan inovatif dalam meningkatkan

keberkesanan kerja. Kebolehan

ini bukan datang secara menggolek.

Ia memerlukan iltizam dalam

mencari dan menambahkan ilmu

serta kemahiran.

Kesungguhan anda untuk mengenal

pasti kelemahan dan menggunakan

akal dalam menyempurnakan kerja,

menunjukkan tahap komitmen terhadap

kerja. Begitu juga apabila

seorang pekerja yang hadir ke tempat

kerja tepat pada masanya

adalah bersikap Adil. Manakala

apabila seorang pekerja itu yang bersifat

Ehsan dalam kerjanya akan

sampai awal sebelum waktu kerja

dan terus bekerja melepasi waktu

pejabat.

Seorang pekerja bersifat Adil akan

bekerja selaras dengan tugas yang

diberikan kepadanya oleh majikan

iaitu tidak membuang masa dan menepati

piawaian kerja yang telah

dipersetujui. Misalnya proses melayani

pembayaran bil yang memerlukan

penyelasaian dalam masa dua minit

perlulah dibereskan dalam tempoh

masa itu. Sifat seorang pekerja yang

Amanah sentiasa menjaga peralatan

di bawah seliaannya supaya tidak

berlaku kerosakan di luar jang-

Adakalanya kita tersalah pandang kerana memikirkan bahawa

mengambil kertas atau bahan tulis dari pejabat sekadar sehelai

dua tidaklah begitu serius. Tetapi ingatlah jika tujuan mengam-

bil dan menggunakannya bukan untuk tugas rasmi, maka itu

dianggap mencuri harta majikan termasuklah dalam kategori

menyalahgunakan harta majikan. Berjaga-jagalah jagalah agar tidak

terguna telefon pejabat atau kereta rasmi untuk tujuan selain

kerja kerana menyalahgunakan harta majikan itu jatuhnya

haram.

MAJIKAN

Pihak majikan juga tidak terlepas

daripada tanggungjawab terhadap

pekerja. Seperti warga kerja, mereka

juga telah membuat perjanjian untuk

menyediakan prasarana kerja yang

bersesuaian, memberikan kerja yang

setimpal dengan kerja yang dilakukan

dan berusaha untuk memastikan

keselamatan dan kesihatan di tempat

kerja. Seorang majikan yang bersifat

Adil akan memastikan bahawa

pekerja diberikan gaji untuk kerja

yang telah dijalankan.

Amalan biasa di pejabat ialah memberikan

gaji sebulan sekali dan dibayar

pada akhir bulan. Jika majikan

mahu meningkatkan sifat mereka

daripada Adil kepada Ehsan, pembayaran

gaji boleh dibuat dua kali

sebulan mengikut kesesuaian tugas

dan tanggungjawab pekerja. Dengan

sifat Ehsan sebegini, akan dapat

mengurangkan beban pekerja dan

mengurangkan masalah sosial akibat

daripada kurangnya pendapatan.

Suasana di tempat kerja harus menjamin

keselamatan dan kesihatan

pekerja. Pihak majikan akan menyediakan

perabot yang ergonomik

dan menepati keperluan fizikal

pekerja. Peralatan elektrik dan

komputer yang dibekalkan untuk

warga kerja kan dijamin selamat

untuk digunakan warga kerja.

Segala risiko kepada kesihatan

warga kerja akan cuba dikurangkan

dan warga kerja akan diberikan

pendedahan kepada kaedah

menggunakan peralatan dan perabot

supaya dapat menjamin keselamatan

dan kesihatan warga kerja.

KESIMPULAN

Akhir sekali, diharapkan agar majikan

dan pekerja berperanan dalam

membangunkan organisasi supaya

bersaing dengan organisasi tempatan

dan luar negara. Faktor

global, ekonomi, teknologi maklumat

dan komunikasi akan mendatangkan

kesan ke atas organisasi

dan cara terbaik untuk kekal masa

kini dan masa depan ialah dengan

memperkasa modal insan untuk

kejayaan dan kesinambungan organisi.

BULETIN 48/ APRIL 2007 Mukasurat 4

7

TIP JAGA

CERMIN MATA

Jangan tanggalkan cermin mata anda dengan satu tangan. Ia akan menyebabkan

cermin mata anda rosak atau pecah. Gunakan kedua-dua belah tangan untuk mengelakkan

kerosakan ke atas bingkai dan kanta. Perlakuan yang kasar ketika

1

menanggalkan cermin mata akan menyebabkan keretakan pada kanta atau kerosakan pada

komponen besi.

Pegang cermin mata anda dengan cermat semasa membersihkan kanta. Pegang bingkai

kanta yang sedang dibersihkan dengan kukuh dan gunakan tisu kanta atau bahan-bahan

cucian yang bersesuaian untuk membersihkan kanta dan mengelakkan

2

kerosakan.

3

Jangan biarkan cermin mata anda di dalam kereta yang terdedah kepada sinaran

matahari.

Jangan lap cermin mata anda tanpa membilas kanta dengan air kerana kekotoran

yang ada mungkin akan mencalarkan cermin mata anda. Cara yang betul untuk membersihkan

cermin mata anda adalah mencuci bingkai dan kanta anda sebanyak mungkin

dengan menggunakan sabun dan air suam supaya minyak dan debu dapat diber-

4

sihkan.

5

Jangan cuba membaiki pulih cermin mata anda kerana ini akan merosakkan bingkai

dan memerosotkan kualiti bingkai. Bingkai yang dilaraskan secara salah akan

memberi beban berlebihan kepada hidung dan telinga anda dan juga mungkin menyebabkan

bingkai dan kanta terjatuh.

6

Cermin mata tanpa bingkai adalah lebih rapuh berbanding cermin mata berbingkai.

Oleh itu, jangan cuba membuka kaki cermin tanpa bingkai terlalu luas atau

cuba membentuk semula bentuknya untuk mengelakkan kerosakan ke atas kanta atau

reka bentuknya.

7

Kualiti dan warna mata mungkin merosot akibat kekerapan penggunaan. Pada

hidung dan benang nilon juga akan kotor dan merosot akibat penggunaan. Hantar

cermin mata anda untuk pemeriksaan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk

mengenal pasti bahagian-bahagian yang perlu dibaiki.

SUMBER : MAJALAH NUR

APRIL 2005

BU LETIN 48/ A PRIL 2 00 7 Mukasurat 5

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BHEUU)

latif@bheuu.gov.my

Mohamad Zahri bin Samigon (MAKSAK)

mzahri70@yahoo.com

Azali bin Bachok (BPPSM)

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhan_msum@yahoo.com

Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi (BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE)

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainons@jpa.gov.my

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuk2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

azali@bpk.jpm.my

rahimah@epu.jpm.my

arbaiyah@bkn.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM) Yaacob bin Shafie (BBG, Kota Bharu, Kelantan) Norazlin bt. Alias (JPA)

Mohamad Mahil bin Ahmad (Cuti Belajar)

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Abdul Wahab bin Abd. Aziz (BPR, Pahang)

wahab@bpr.gov.my

Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (Kabinet)

kabkpsuh@kabinet.jpm.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cmorly@bph.jpm.my

Azmi bin Ibrahim

(Mahkamah Syariah, Butterworth)

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Robiah bt Abdullah (SPP)

robiahabdullah@spp.jpm.my

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (Perangkaan)

gunawan@stats.gov.my

Norizah bt. Abd. Ghani

norizah@audit.gov.my

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor)

zulfikri@esyariah.gov.my

Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA)

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

junaidah@stats.gov.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Mazlina bt Hj. Hussain (BBG, Kedah)

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

zubaidah@audit.gov.my

Maznan b. Hj. Tamah (JIM)

maznan@bheuu.gov.my

Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Panjang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (MAMPU)

kalibaskaran@mampu.gov.my

Sulaiman bin Ameed (BPR)

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Abu Saifulhadi bin Abg. Hj. Ibrahim

(Perangkaan)

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Siti bt Bahuddin (KPKK)

siti_b@cgso.jpm.my

Abu Hassan bin Hj. Mohd Isa (KPKK)

Ahmad Faiz bin Sulaiman (BPR) Fredah binti Nusi (Bhgn. Keselamatan Negara) Hafizah binti Abdul Razak

(Mahkamah,Selangor)

Habibah binti Mohamed Yusof (BBG, Phg) Khairolnizam bin Hassan (Perangkaan, Kedah) Mohamed Noor bin Mohamed Alias

(Jabatan Insolvensi Malaysia - JIM)

BULETIN 48/ APRIL 2007 Mukasurat 6

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Rozita binti Abdullah (JIM)

rozita@bheuu.gov.my

Ruzita binti Ramli (Mahkamah Syariah, WPKL)

ruzita_ramli@yahoo.com

Rosli bin Hj. Puteh (BPPSM)

rosle@bppsm.jpm.my

Suzana binti Hj.Abu Bakar (Kem. Perdagangan

Antarabangsa & Industri)

Siti Zaleha binti Ismail (Bhgn. Keselamatan Negara)

Wan Mohd Shahrulnizam bin Wan Mohd

Najuri (PERANGKAAN, KL)

Zaleha binti Mohamed (BPA) Zainab binti Abdul Aziz (BPPSM) Rohana binti Yacob (Istana Budaya, KL)

Mohd Bahari bin Mohd Hanapiah (JAKIM) Norizah binti Abdul Ghani (Audit Negara) Ong Wee Ching (Mahkamah Sesyen &

Majistret, KL)

Azizah binti Sandiman

zizah@bppsm.jpm.my

Nordin bin Harul (Bhgn. Istiadat & Urusetia

Persidangan Antarabangsa)

Huzairi bin Zainal Abidin

huzairi@pmo.gov.my

Nurul Akmalina binti Shamsuddin (Jab. Perpaduan

& Integrasi Nasinal)

Norhaliza binti Yunos (Akauntan Negara)

liza21082000@yahoo.com

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon JPM

atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM)

Sharifah Sharizad Syed Sagap (Pembantu Kaunselor)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bppsm.jpm.my sharizad@bppsm.jpm.my

BULETIN 48/ APRIL 2007 Mukasurat 7

Anak

DIDIK SI MANJA

Belajarlah Menghargai Anak Anda...

adalah peyambung kasih dua insan yang sebelum ini berjanji untuk saling setia antara satu sama lain. Lahirnya

anak, bermakna kasih yang disemai antara suami isteri selalunya akan lebih subur. Tidak kurang juga, ada suami

atau isteri yang berasa kehilangan atau kurang diberi perhatian oleh pasangan kerana lebihnya tumpuan diberikan kepada anak

oleh pasangan.

Bagaimana atau apa cara terbaik untuk menunjukkan bahawa anda memang atau ingin menghargai anak anda dengan cara

atau dalam keadaan yang betul dan sewajarnya? Terdapat banyak cara untuk menunjukkan penghargaan terhadapa anak, anta-

ranya:-

UCAPAN TERIMA KASIH

UCAPAN TAHNIAH DAN HADIAH

Apabila sering diungkapkan oleh pasangan dengan penuh

jujur dan ikhlas, ia mampu menimbulkan satu suasana

harmoni dalam rumah tangga, malah dapat mengekalkan

hubungan kasih sayang yang terbina.

Kanak-kanak memang suka dihargai. Bayangkan betapa

lebarnya senyuman mereka taktala anda mengucapkan

perkataan terima kasih walaupun mereka hanya meletakkan

pinggan atau mangkuk yang telah mereka gunakan

ke dalam sinki.

Dengan mengamalkan komunikasi dan perhubungan yang

positif ini, secara tidak langsung ibu bapa dapat membantu

menyokong perkembangan emosi anak-anak.

Bagi kanak-kanak, pujian dan ucapan yang mereka

terima apabila membuat sesuatu perkara yang positif

adalah merupakan ganjaran paling besar selain ganjaran

berbentuk hadiah. Tentu sahaja ini merupakan

salah satu bentuk penghargaan kepada mereka.

Namun perlu diingat, setakat ucapan tahniah yang

berulang-ulang masih boleh diamalkan selalu tetapi

hadiah tidak patut diberikan sekerap ucapan. Sesekali

ibu bapa boleh memberikan hadiah apabila anakanak

beroleh kecemerlangan pada awal usia mereka

sebagai tanda penghargaan.

MENDENGAR PENDAPAT ANAK

MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK

Tidak salah rasanya jika ibu bapa mendengar terdahulu

apa yang cuba diperkatakan oleh si anak dengan tidak

mengeluarkan kata-kata yang boleh membatutkan hasrat

mereka untuk bersuara lebih baik secara sepatutnya.

Anak-anak patut diberi peluang untuk membuat keputusan

yang berkaitan dengan mereka. Beri mereka ruang

dan peluang untuk memberikan pendapat. Gunakan cara

berkomunikasi dan diplomasi yang paling baik untuk berbincang

dengan anak-anak walau dalam apa masalah

sekalipun.

Dalam erti kata lain, apabila sentiasa mengadakan perbincangan

dengan anak-anak, ia dapat membantu memperkayakan

perkembangan kognitif mereka.

Sesekali luangkan sedikit masa untuk anak-anak bagi

membuktikan betapa diri mereka amat disayangi dan

dihargai oleh mereka yang bergelar ibu bapa.

Peruntukan sedikit masa emas anda untuk bertanya

khabar tentang aktiviti tadika jika anda benar-benar

tidak mempunyai masa terluang untuk membawa

mereka bersiar-siar walaupun hanya ke taman berdekatan.

Jagalah perasaan si anak sejak dia masih kecil. Ajarlah

tentang erti kasih sayang dan nilai harga-menghargai

antara sesama ahli keluarga.

PANGGILAN MANJA YANG BERSESUAIAN

Berilah atau gunalah panggilan yang baik untuk anak anda. Ia bukan sahaja mampu menimbulkan kepercayaan bahawa

mereka sememangnya amat disayangi malah turut menyakinkan mereka bahawa dirinya amat dihargai. Panggilan manja

dan sesuai mampu membuatkan si anak berasa bangga dan mahu orang lain juga memanggil mereka dengan nama tersebut.

Begitulah, betapa tingginya nilai penghargaan bagi seorang kanak-kanak. Kita perlu sedar bahawa sikap menghargai

seseorang dalam hidup membawa banyak keistimewaan lebih-lebih lagi bagi diri kanak-kanak. Kepada mereka yang

belum mempraktikkannya, belajarlah menghargai anak anda!

BULETIN 48/ APRIL 2007

Mukasurat 8

ADAB MELAWAT

Orang Sakit…..

Setiap manusia di dunia ini adalah bersaudara. Oleh itu, menjadi kewajipan kita untuk mengambil tahu apa sahaja mengenai

kebajikan saudara mahupun rakan sepejabat, apatah lagi jika ia melibatkan sakit dan kematian. Budaya kita menganjurkan

beberapa amalan yang boleh kita lakukan bagi mengeratkan lagi tali persaudaraan sesama kita seperti menziarahi

saudara-mara dan jiran tetangga yang sedang sakit.

Bagaimanapun, sebelum menziarahi saudara mara atau sahabat handai yang sakit, kita perlulah tahu tentang adabadab

untuk melawat mereka. Antara adab-adabnya adalah seperti berikut:

1

Menziarahi saudara mara atau rakan yang sakit ketika tiba waktu melawat. Sesetengah hospital terutamanya hospital

kerajaan menetapkan waktu-waktu tertentu untuk melawat. Berbanding hospital swasta yang lebih fleksibel. Cuba

patuhi waktu yang ditetapkan.

Berpakaian dengan pakaian yang sopan. Elakkan memakai pakaian yang menjolok mata dan aksesori seperti

2 subang, rantai serta cincin yang berlebihan. Berpakailah secara sederhana.

Jika boleh elakkan membawa kanak-kanak bawah usia tujuh tahun. Kanak-kanak usia begini agak sukar dikawal. Dik-

3 huatiri juga kanak-kanak tersebut mudah dijangkiti penyakit ketika berada di hospital.

Jaga pandangan anda. Jangan mengintai-ngintai terutama yang berada di dalam bilik atau yang hanya ditutup

4 dengan langsir. Pesakit mungkin sedang tidur dalam keadaan yang kurang menyenangkan.

5

6

Jika pesakit yang ingin dilawati itu berlainan jantina hadkan lawatan kepada perkara-perkara yang perlu sahaja. Adakalanya

kita perlu memberi sedikit masa kepada pesakit untuk bersedia menemui pelawat.

Jika anda ingin membawa sebarang buah tangan tanda ingatan, selidikilah terlebih dahulu mengenai penyakit yang

menimpa pesakit terbabit. Paling baik pilihlah buah tangan seperti bahan bacaan yang ringan, jambangan bunga

dengan kata-kata yang merangsangkan pesakit supaya cepat sembuh atau jika masih ingin membawa makanan memadailah

membawa roti kosong atau buah-buahan.

7

Jika kebetulan sewaktu anda melawat, jururawat atau doktor sedang merawat pesakit, beri ruang untuk mereka melakukan

tanggungjawab mereka. Jangan dikerumuni pesakit kerana ini akan menyukarkan doktor dan jururawat untuk

merawat pesakit.

8

Awasi kemudahan yang disediakan. Adakalanya pihak hospital menghadkan penggunaan beberapa bilik untuk

kegunaan staf mereka sahaja. Sebagai contoh, tandas kegunaan para doktor dan jururawat. Anda boleh menggunakan

tandas yang disediakan oleh pihak hospital untuk kegunaan orang awam.

9

Kawal suara. Jangan bercakap terlalu kuat sehingga mengganggu pesakit lain. Jangan melawat orang sakit terlalu

lama. Mungkin dia mahu berehat, ke tandas atau sebagainya.

10

Jangan berselisih pendapat di hadapan orang sakit. Elakkan perkara sebegini. Lazimnya, hal ini berlaku terutama

anak-anak yang berebut harta pusaka.

11

Jika orang yang sakit itu dalam keadaan sangat tenat dan tidak boleh bercakap apa-apa, maka disunatkan bagi

anda bertanya kepada ahli keluarganya yang hadir tentang keadaannya. Tidak perlu memaksa pesakit untuk bangun

atau sebagainya.

12

Jika pesakit sedar dan boleh bercakap, maka anda disunatkan menyuruhnya bersabar dan hendaklah menyenangkan

serta mententeramkan hatinya. Paling penting, anda mendoakan pesakit tersebut supaya lekas sembuh.

13

Sunat dibacakan di sisi orang yang nazak dan hampir meninggal dunia itu Surah Yasin dan Surah Ar-Ra`d. Apapun,

galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan sesiapa sahaja boleh

melawat orang sakit baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain. Sesungguhnya amalan menziarahi orang sakit itu

banyak hikmah dan fadilatnya kerana ia dapat mengukuhkan tali persaudaraan sesama islam, melahirkan rasa kasih

sayang dan sifat belas kasihan, mendatangkan keinsafan dan dorongan untuk bertaubat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!