31.08.2014 Views

Tips Berurusan Dengan Penyelia Yang Pentingkan Kesempurnaan

Tips Berurusan Dengan Penyelia Yang Pentingkan Kesempurnaan

Tips Berurusan Dengan Penyelia Yang Pentingkan Kesempurnaan

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

ISU KELUARAN

ISU KELUARAN

RAKAN PEMBIMBING

RAKAN PEMBIMBING

JABATAN JABATAN PERDANA PERDANA MENTERI MENTERI

BULETIN BULETIN PEMBIMBING PEMBIMBING ANDA ANDA

Dari Meja Kaunselor...

Buletin Buletin 47/ 47/ MAC MAC 2007 2007

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN

NABI MUHAMMAD S.A.W (MAULIDUR RASUL)

31 MAC 2007

BERSAMAAN 12 RABIUL AWAL 1428 HIJRAH

2. Wang tak

pernah cukup?

Kenal pasti

punca &

penyelesaiannya

3. Jangan biarkan

diri lalai &

waswas

4. Menghubungi

Rakan

Pembimbing

Anda

5. Mesra pelanggan

hadiahkan

senyuman dari

hati

6. 40 cabaran

ibubapa

Memenuhi kemahuan penyelia merupakan tanggungjawab pekerja. Namun tidak dinafikan kadangkala kerenah dan kemahuan

penyelia sukar difahami atau dipenuhi. Bagaimana jika setiap hari anda perlu berhadapan dengan penyelia yang

pentingkan kesempurnaan dan sukar difahami kehendaknya? Mungkin anda sering tertekan dan pening kepala. Jangan

bebankan diri dengan masalah. Cuba semak tip berikut :

Tumpukan kepada masalah dan bukannya individu

Setiap kali berhadapan dengan penyelia yang pentingkan kesempurnaan anda perlu

sentiasa bersedia. Biasanya mereka suka bertanya banyak soalan kepada pekerja kerana

mereka mahukan kesempurnaan dalam setiap tugasan. Cuba elakkan diri daripada

menilai sikap peribadinya sebaliknya fokuskan kepada masalah yang berbangkit. Ketepikan

seketika ego anda ketika berhadapan dengan penyelia yang sukar difahami supaya

anda dapat menyelesaikan tugas dengan baik.

Lakukan banyak kerja yang kreatif

Walaupun ia sebenarnya tidak banyak membantu namun daripada satu aspek ia tidak

kurang pentingnya. Sekiranya anda seorang pentadbir sistem anda mungkin lebih memahami

mengapa kadangkala anda perlu lebih kreatif dalam menangani masalah dengan

lebih efisien. Mungkin selepas ini penyelia anda juga lebih mempercayai anda dan kurang

mengkritik setiap tugasan anda.

Pertimbangkan alternatif anda

Amat penting bagi seorang pekerja di sesebuah organisasi mempunyai pilihan terhadap

tugasan yang akan dilakukannya. Letakkan keutamaan supaya anda dapat memberi

fokus sepenuhnya pada tugasan anda. Ini dapat mengelakkan diri daripada melakukan

kesilapan dalam menjalankan tugas.

Dengar dan belajar sebanyak yang boleh

Sebagai seorang pekerja kita perlu mempunyai kemahiran mendengar yang baik kerana

daripada situ kita dapat memahami arahan yang dinyatakan. Anda perlu memahami apa

yang dikehendaki oleh orang lain. Selepas itu barulah anda dapat melaksanakan tugas

yang dipertanggungjawabkan.

Tekankan kemahuan anda mengikut situasi yang sah

Bagi mereka yang mendapat

seorang penyelia yang boleh

bertolak ansur mungkin tidak

pernah terfikir bahawa tugas di

pejabat boleh menjadi satu masalah.

Tetapi bagi pekerja yang

perlu berhadapan dengan penyelia

yang pentingkan kesempurnaan

dan tidak mahu berkompromi

pastinya sentiasa

dalam keadaan berdebar-debar

setiap kali melangkah ke tempat

kerja. Jangan jadikan alasan

penyelia yang kurang disenangi

sebagai prestasi kerja anda

menurun. Anda harus berusaha

bekerjasama dengan penyelia

anda sebagai latihan untuk menjadi

seorang pekerja yang lebih

baik!

Semestinya jika anda seorang pengurus anda mahu mendengar apa yang anda suka dan membuatkan anda gembira. Oleh itu

sekiranya anda tahu apa yang dikehendaki oleh penyelia anda maka lebih mudah untuk anda menarik perhatiannya. Kreativiti

anda dalam menangani masalah dan menyediakan cadangan yang bernas tentu akan dihargai.

Dapatkan komitmen dalam bentuk tulisan

Ini sudah semestinya. Penyelia anda mungkin tidak sentiasa ada di pejabat atau mereka mudah berubah fikiran (walaupun

sebelum ini mereka yang memberi persetujuan). Oleh itu sebagai pengajaran anda perlu menyediakan bukti secara bertulis

komitmen yang sudah dipersetujui.

BU LETIN 47/ MAC 20 07 Mukasurat 2

WANG TAK PERNAH CUKUP ?

Kenal pasti punca & penyelesaiannya

Wang memang

sangat penting

untuk meneruskan

kelangsungan

hidup. Ramai di

kalangan kita yang

mempunyai pendapatan

berdasarkan

gaji setiap

bulan. Kadang kala

ramai juga di

antara kita yang

kerap bersungut,

wang tidak pernah

cukup! Malah

walaupun ada kenaikan

gaji, wang

masih tidak cukup

untuk menampung

kos. Bukankah

sepatutnya apabila

gaji semakin

besar maka kita

boleh menyimpan

wang lebih untuk

keperluan masa

hadapan?

TIP MENYIMPAN

WANG

1. Jangan remehkan

wang syiling

2. Tambah tabungan

setiap kali gaji naik

3. Asingkan keperluan

keluarga & peribadi

4. Gunakan kemudahan

autodebit

1

Gaya hidup di luar kemampuan

KENALI PENYEBABNYA

Menjalani gaya hidup di luar kemampuan kewangan merupakan racun yang boleh membuatkan hidup

kita tidak tenang. Sikap boros menjadi penyebab utama wang tidak pernah cukup. Cubalah ubah tabiat

dan jangan terikut-ikut dengan trend semasa. Jika anda tahu anda tidak tahan dengan godaan, janganlah

keluar membeli belah untuk tempoh-tempoh tertentu.

2

Hutang dengan sistem bunga

Tagihan hutang kad kredit yang dibayar hanya pada jumlah minimum sahaja akan membuatkan anda

tidak habis-habis dengan hutang. Lama-kelamaan jumlah hutang anda akan bertimbun dan tiba satu

peringkat anda tidak mampu membayarnya.

3

Pengeluaran yang tidak dirancang

Mungkin anda akan menyimpan wang sedikit di awal bulan untuk masa hadapan. Namun anda akhirnya

mengeluarkan juga wang berkenaan atas beberapa faktor seperti, membeli hadiah kawan-kawan yang

akan melangsungkan perkahwinan, keinginan melancong, balik kampung, membelanja rakan-rakan dan

sebagainya. Jadi mahu atau tidak, akhirnya wang anda akan habis juga malah silap gayanya anda terpaksa

pula menggunkan wang yang diagihkan untuk membeli keperluan barang dapur atau membayar

bil-bil yang wajib.

Mulakan

1 PENYELESAIANNYA Miliki dana

4

melabur

cadangan

Tidak banyak yang boleh

kita lakukan untuk

mengelakkan berlakunya

inflasi kerana ia berlaku di

luar kawalan kita. Kerana

itu apa yang boleh kita

lakukan ialah dengan

memulakan pelaburan

dalam beberapa bidang

yang kurang berisiko

seperti dalam unit trust,

unit amanah atau lain-lain

yang memberi pulangan

yang lebih tinggi daripada

kenaikan kadar inflasi.

2

Buat bajet

bulanan

Tidak kira berapa pun

jumlah pendapatan anda,

memiliki bajet bulanan

sangat penting kerana ia

dapat mengawal perbelanjaan

anda. Formulanya,

buat bajet belanjawan

bulanan anda lebih

kecil daripada pendapatan

dan jika boleh biasakan

berbelanja hanya

dengan jumlah yang sudah

dianggarkan sahaja.

3

Kawal jumlah

hutang

Mengawal jumlah hutang

sangat penting.

Semakin kecil jumlah

hutang kita bermakna

semakin besar jumlah

baki wang yang ada

untuk urusan lain. Malah

anda boleh membuat

pelaburan dan simpanan

di akaun simpanan /

tabungan anda.

Untuk mengatasi pengeluaran

yang tidak terduga

atau tidak dirancang sebaiknya

jangan ambil dari gaji

bulanan anda. Kerana itu

sangat penting juga untuk

anda memiliki akaun lain.

Ambil wang daripada

akaun simpanan anda

dengan penuh berhemah.

Jika boleh tetapkan jumlah

beberapa banyak yang

boleh dikeluarkan dan

beberapa kali sahaja ia

boleh dikeluarkan. Berbelanjalah

mengikut batas

yang telah anda buat.

Mukasurat 3

BU LETIN 47/ MAC 20 07 Mukasurat 3

Jangan Biarkan

DIRI LALAI DAN WASWAS

DALAM MEMBINCANGKAN ISU KESELAMATAN DAN KESIHATAN DI TEMPAT KERJA, TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

ELEMEN MANUSIA DAN HATI. HATI YANG BAIK MENJANJIKAN JASMANI BERSIH, EMOSI STABIL DAN AKAL

WARAS. OLEH ITU, JANGAN BIARKAN DIRI LALAI DAN WAS-WAS KERANA MANUSIA YANG SEDANG LUPA ITU

MEMBENARKAN SYAITAN MENYELINAP KE DALAM HATI.

Apakah kaitan hati dengan penjagaan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja? Untuk mendidik hati kita supaya sentiasa peka

dengan isu ini, memerlukan bacaan dan latihan. Langkah ini perlu jika warga kerja mahu menanam sikap bertanggungjawab terhadap

isu keselamatan dan kesihatan pekerja. Apabila setiap pekerja didedahkan dengan kaedah pengurusan keselamatan dan kesihatan,

maka ciri-ciri keselamatan akan meningkatkan dan semakin berkurangan kemalangan dan risiko penyakit yang dikaitkan dengan

pekerjaan.

Seorang pekerja yang mempunyai hati yang baik dan inginkan keselamatan perlu peka akan perkara berikut :

1

Susun Atur

Adakah setiap pekerja menyedari bahawa aspek

keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sangat

diutamakan. Umpamanya, warga kerja perlu tahu bahawa

susun atur pejabat perlu dibuat supaya tidak menghalang

laluan pekerja. Sebaliknya, perabot dan peralatan

teknologi dan komunikasi maklumat (ICT) disusun untuk

melengkapi tugas yang dijalankan oleh pekerja. Susun

atur pejabat dibuat supaya laluan kecemasan agak lurus

dan tidak bengkang-bengkok untuk memudahkan proses

keluar semasa kecemasan.

4

Di selenggara

Peralatan elektrik perlu diselenggara secara

berkala untuk memastikan fius dan

wayar dalam keadaan yang sempurna dan selamat

untuk digunakan. Kegagalan bagi memastikan peralatan

elektrik berada dalam keadaan selamat akan

menyebabkan lintar pintas dan seterusnya menyebabkan

kebakaran.

2

Tangga Yang Selamat

Pastikan bahawa tangga dilengkapi pemegang

dan tempat tinggi tidak mempunyai ruang

terbuka sehingga dapat menyebabkan kemalangan.

3

Wayar Elektrik

Warga kerja yang mementingkan keselamatan

tidak akan membiarkan wayar elektrik bergulung

atas lantai dan mendatangkan bahaya

kepada pekerja lain. Jangan biarkan perkara ini

berterusan! Sebaliknya ambil langkah proaktif

dengan melaporkan perkara ini kepada juruteknik.

5

Kecurian

Perlu bagi setiap warga kerja peka dalam menitikberat

dan menjaga sebaik-baiknya peralatan pejabat yang

dibekalkan untuk mengelakkan daripada sebarang kecurian.

6

Suhu Hawa Dingin

Adakah suhu pejabat menyebabkan anda berasa

selesa? Apakah tahap kelembapan udara yang sesuai

untuk kesihatan pekerja? Beberapa kajian mencadangkan

suhu yang selesa dalam pejabat adalah 20-26 darjah Celcius.

Langkah bijak ialah menentukan corong pendingin hawa dan

outlet ditempatkan mengikut susun atur pejabat. Sebagai

warga kerja, anda bertanggungjawab meningkatkan kesedaran

tentang tatakerja yang sihat dan selamat.

BU LETIN 47/ MAC 20 07

Mukasurat 4

MENGHUBUNGI RAKAN PEMBIMBING ANDA

Ab. Latif bin Ibrahim (BHEUU)

latif@bheuu.gov.my

Zakaria bin Abdul Rahman (JAKIM)

zakaria@islam.gov.my

Azali bin Bachok (BPPSM)

azali@bpk.jpm.my

Burhan bin Mat Sum (BKN, Sabah)

burhan_msum@yahoo.com

Muhammad bin Sheikh Abdullah Al-Amudi (BPR)

muhd_alamudi@yahoo.com

Siti Rahimah bt. A. Rahman (UPE)

rahimah@epu.jpm.my

Zainon bt. Shaari (JPA)

zainons@jpa.gov.my

Indra Khairil bin Bahrain (Kabinet)

kabpsuk2@kabinet.jpm.my

Arbaiyah bt Jusoh (BKN)

arbaiyah@bkn.jpm.my

Aida bt Abd. Wahab (JAKIM) Yaacob bin Shafie (JIM, Kota Bharu, Kelantan) Norazlin bt. Alias (JPA)

Mohamad Mahil bin Ahmad (Cuti Belajar)

Nor’Asyikin bt Yusoff (Peguam Negara)

norasyikin@agc.gov.my

Abdul Wahab bin Abd. Aziz (BPR, Pahang)

wahab@bpr.gov.my

Mohd Fauzi bin Mohd Yatim (Kabinet)

kabkpsuh@kabinet.jpm.my

Azhar bin Hawari (Audit Negara)

azawari@yahoo.com

Che Norliza bt Yahaya (BPH)

cmorly@bph.jpm.my

Missuyah bt Mohmad (ICU JPM)

missuyah@icu.gov.my

Ramlah bt Endut (JPA)

ramlahe@jpa.gov.my

Robiah bt Abdullah (SPP)

robiahabdullah@spp.jpm.my

Mohd Gunawan bin Che Ab. Aziz (Perangkaan)

gunawan@stats.gov.my

Norizah bt. Abd. Ghani

norizah@audit.gov.my

Zulfikri bin Yasoa (Mah. Syariah Selangor)

zulfikri@esyariah.gov.my

Junaidah bt Mohamed (Perangkaan)

junaidah@stats.gov.my

Mohd Azizan bin Mohd Fauzi (EPU)

azizan@epu.jpm.my

Ruhana Abdullah (Parlimen)

ruhana@parlimen.gov.my

Mazlina bt Hj. Hussain (BBG, Kedah)

Zubaidah bt. Idris (Audit Negara)

zubaidah@audit.gov.my

Maznan b. Hj. Tamah ( JIM)

maznan@bheuu.gov.my

Azmi Ibrahim (Mah. Syariah, Butterworth) Zakaria bin Mohd Radzi (BIUPA) Abdul Jalil bin Abdul Ghani (Parlimen)

Hauriah bt. Panjang Ahmad (Audit Negara)

hauriah@audit.gov.my

Kalibaskaran a/l Muniandy (MAMPU)

kalibaskaran@mampu.gov.my

Mohamad Zahri bin Samigon (MAKSAK)

mzahri70@yahoo.com

Naimah bt. Hj. Abdul Rashid (Audit Negara)

naimah@audit.gov.my

Roslah bt. Adnan (EPU)

roslah@epu.jpm.my

Janudin bin Jantan (Parlimen)

janudin@parlimen.gov.my

Siti bt Bahuddin (KPKK)

siti_b@cgso.jpm.my

Hubungi Rakan Pembimbing anda melalui telefon atau e-mail dengan merujuk pada Buku Panduan Telefon JPM

atau hubungi :-

YM Raja Kamariah Raja Mohd Khalid (Kaunselor JPM) Sharifah Sharizad Syed Sagap (Pembantu Kaunselor)

03-8888 7348 03-8888 5140

rajakamariah@bppsm.jpm.my sharizad@bppsm.jpm.my

BU LETIN 47/ MAC 20 07 Mukasurat 5

ANTARA SENYUM DAN SENGIH

Mesra Pelanggan

Hadiahkan Senyuman

Dari Hati...

Jika senyum menyebabkan kita rasa gembira sebaliknya sengih menyebabkan kita rasa tidak

selesa, malah kadang-kadang rasa rimas dan menyampah pula yang timbul.

Jika daya tarikan sebuah senyuman diumpamakan daya tarikan magnet, maka tersengih

adalah umpama mendekatkan hujung magnet pada kutub yang sama - ia menolak antara

satu sama lain. Seboleh mungkin elakkanlah dari tersengih dan banyakkanlah tersenyum.

SENYUM BERISI

Senyuman yang kita berikan kepada orang lain biarlah senyuman yang menggembirakan. Kesan

senyuman kita bergantung kepada apakah yang mencetuskannya dari dalam diri.

Antara jenis senyuman berisi adalah senyuman strategi, senyuman gatal, dendam dan sinis,

senyuman sejati, senyuman dari akal jatuh ke akal, senyuman nafsu akan merangsang nafsu,

senyuman dari hati yang jujur dan jernih akan jatuh ke hati.

Kita bebas memilih senyuman yang mahu diberikan dan dalam masa yang sama kita perlu

bertanggungjawab atas pilihan setiap senyuman. Bertanggungjawablah atas senyuman yang

kita berikan!

SENYUMAN STRATEGI

SENYUMAN NAFSU

Antara yang selesa untuk

dikenang apabila menaiki

pesawat adalah senyuman

daripada pramugari dan

pramugaranya. Hal yang

sama apabila disambut

dengan senyuman oleh penyambut

tetamu di pusat

peranginan atau hotel.

Terasa kehadiran kita dihargai

dan dialu-alukan.

Lihat pula senyuman comel

seorang bayi yang memberikan

kita rasa yang sukar

diungkapkan oleh katakata.

Bayangkan senyuman

ibu yang menyambut kita

kembali ke kampung halaman

setelah lama terpisah.

“Engkau senyum di depan

saudaramu adalah

sedekah.” Begitu pesan

Rasullah kepada kita melalui

hadis yang diriwayatkan

oleh Imam Bukhari.

Senyuman yang melimpah (flooding smile), iaitu senyuman yang mengharapkan pulangan lumayan dalam strategi menawan hati

pelanggan. Senyuman diberikan setelah berhadapan supaya penerima merasa bahawa dirinya istimewa dan dirasakan senyuman

itu khusus untuknya.

Kita tidak perlu jadi tukang nilai kerana bimbang akan berlaku tidak adil dalam menilai. Apapun jenama senyuman mereka,

mereka lebih tahu isi hati masing-masing.

Antara yang tergolong dalam jenis senyuman ini adalah senyuman gatal iaitu senyuman seorang playboy atau playgirl . Senyuman

sinis iaitu senyuman yang memandang rendah penuh hina terhadap orang lain. Senyuman dendam iaitu senyuman puas

apabila berjaya melepaskan dendam terhadap musuh.

Semoga Allah melindungi kita daripada menjadi pemberi senyuman jenis ini. Senyuman ini sering membuahkan permusuhan

dan keretakan dalam pergaulan.

SENYUMAN DARI HATI YANG JUJUR

Senyuman sejati yang menyejukkan mata dan hati datang dari hati, gerakan bibir yang seiring dengan hati yang jujur. Hati

yang benar-benar gembira akan melahirkan senyuman yang menggembirakan orang yang melihatnya.

Maka, mintalah daripada-Nya agar senyuman kita menjadi senyuman dari hati yang jujur dan jatuh hati manusia lain lalu

membuahkan kebaikan, keharmonian dan ukhwah. Sentiasalah berusaha menjalin hubungan dengan Allah agar kegembiraan

dan kebahgiaan memenuhi hati.

SENYUMAN DARI HATI YANG CINTAKAN ALLAH

Hati yang sentiasa menyedari bahawa dirinya hamba Allah senyumannya sebagai sedekah yang menggembirakan hamba Allah

yang lain. Senyumannya membuahkan ukhwah berasaskan tauhid sehingga makmur dan harmoni seluruh alam dengan perpaduan

sejagat.

Senyuman yang bukan sahaja menghiasi kehidupan di dunia, malah membawa hingga ke syurga dengan penuh bahagia. Marilah

kita meminta petunjuk dan hidayah daripada Allah agar ‘isi’ senyuman yang kita berikan sentiasa membuahkan bukan

sahaja keredhaan manusia tetapi juga keredhaan Allah S.W.T.

BU LETIN 47/ MAC 20 07

Mukasurat 6

40 CABARAN

IBU BAPA

ANAK ADALAH ANUGERAH DARI ALLAH

YANG PALING BERHARGA… HARGAI DAN

SAYANGI MEREKA

Kepada semua yang bergelar Ibubapa sama-samalah kita renungkan….

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan zuriat.

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan

mengenai zuriat.

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan

anak-anak.

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan

yang disajikan kepada anak-anak.

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu sedang

makan.

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika

makan.

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap

anak-anak.

9. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi

dan pulang dari sekolah.

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11. Kurang melahirkan kasih sayang.

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep

keadilan.

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan

anak-anak.

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anakanak.

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah

anak-anak.

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana

suka membaca.

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan

dan minuman yang ternyata ‘syubhah’ (tidak

jelas halal haramnya).

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik

di hadapan anak-anak.

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau

senda dengan anak-anak.

20. Tidak suka bercakap dengan anak-anak.

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22. Suka bertengkar dihadapan anak-anak.

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan

anak-anak.

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi

syarat.

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada

anak-anak.

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27. Tidak menunakan janji yang dibuat terhadap

anak-anak.

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anakanak.

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan

anak-anak.

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan

anak-anak.

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran

anak-anak.

32. Lambat memberi penghargaan kepada anakanak.

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan

anak-anak.

34. Hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan

kesalahan yang dilakukan.

35. Sering mengecam dan menakutkan anak-anak.

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang

dilakukan.

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke

atas anak-anak.

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

40. Memandang rendah terhadap kebolehan anakanak.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!