31.08.2014 Views

Trauma Tsunami Ambil Masa Panjang. - Jabatan Perdana Menteri

Trauma Tsunami Ambil Masa Panjang. - Jabatan Perdana Menteri

Trauma Tsunami Ambil Masa Panjang. - Jabatan Perdana Menteri

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

BU LETIN 21 / JAN UARI 2 00 5 Mukasurat 2

CIRI-CIRI YANG HARUS DIMILIKI OLEH PEMIMPIN

Anda seorang pemimpin??? Adakah anda memiliki ciri-ciri

kepimpinan yang baik.

Ciri-ciri yang harus dimiliki oleh seorang pemimpin adalah

seperti:~

1. MENGHARGAI ORANG LAIN

“Bekerja dengan saya bukannya bekerja untuk saya”. Kenyataan

ini dapat diertikan bahawa anda harus bekerja dengan kekuatan,

kelemahan, kesanggupan dan kekurangan dari orang lain. Walaupun

demikian anda seharusnya menghargai perbezaan tersebut

dan tidak mencuba membentuk orang lain agar sesuai dengan

keinginan sendiri serta tidak memperalatkan “bawahan” untuk

kepentingan sendiri.

2. SABAR

Pemimpin sewajarnya dapat belajar menerima kenyataan bahawa

adakalanya masalah tidak dapat diselesaikan seperti “memetik

jari”. Dengan permasalahan yang dialami tanpa anda sedari mewujudkan

ketegangan (strees) di dalam diri anda. Justeru itu

anda perlu menanam sifat sabar disamping mencari alternatif

lain untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.

3. SANGGUP MENGAMBIL KEPUTUSAN

Selain kesabaran dan ketabahan dalam menyelesaikan permasalahan,

anda juga harus mampu untuk mengambil suatu keputusan,

walaupun hanya menggunakan data atau maklumat yang

sangat minimum, kurang lengkap atau masih kabur. Walaupun

anda sedari bahawa setiap keputusan yang diambil mempunyai

risiko.

7. MEMILIKI KEPERIBADIAN YANG UTUH

Pemimpin yang baik bukanlah pemimpin yang sering membuang

masa atau ponteng (mengular) ke berbagai arah yang tidak menentu.

Kerana pemimpin tersebut bukanlah individu yang mudah

beralih perhatian atau meyimpang dari rencana oleh kerana

keinginan yang muncul dengan tiba-tiba.

8. SEIMBANG

Kepintaran menempatkan diri sehingga tidak menyulitkan dirinya

dan organisasi merupakan satu keistemewaan yang ada pada

pemimpin. Ia sanggup untuk bekerja keras dan dapat menyeimbangkan

diri terhadap tekanan yang diterima.

9. MENERIMA DIRI SENDIRI

Para pemimpin yang efektif mempunyai pandangan dan penilaian

yang baik terhadap kekuatan dan kelemahannya. Melalui pemerhatian

inilah seorang pemimpin dapat meningkatkan diri.

10. MEMILIKI PRINSIP YANG KUAT

Banyak pemimpin yang bersungguh-sungguh dalam membanagunkan

organisasi. Pemimpin seperti ini memegang teguh prinsipprinsip

yang telah dipegang. Justeru itu tidak hairanlah mengapa

pemimpin tidak akan segan-segan untuk bersikap keras dan

tegas di dalam memastikan organisasinya berjalan dengan

jayanya.

4. MENYENANGI PEKERJAAN

Kepuasan melakukan tugasan dan perasaan bangga melaksanakan

tugas tersebut merupakan

5. MENERIMA TANGGUNG JAWAB

Adakalanya seorang pemimpin mengeluh dan menyesal tentang

kegagalan yang mereka alami. Untuk menghindari kegagalan,

mereka cenderung untuk tidak menerima tanggung jawab.

Sepatutnya segala kejayaan dan kegagalan merupakan tanggungjawab

diri sendiri. Kepercayaan terhadap kekuatan diri sendiri

dan berani menerima tanggung jawab dalam kehidupan sangat

penting untuk menimbulkan rasa aman dan bahagia.

6. MEMILIKI RASA HUMOR

Tertawa adalah sihat? Ramai yang bersetuju dengan ucapan

tersebut. Namun demikian kita tidak akan membuat orang tertawa

sehingga melukai perasaan orang lain. Kita juga tidak akan

tertawa jika orang dalam keadaan susah atau terluka

perasaannya. Kita selalunya beringat bahawa humor seharusnya

mempunyai sifat baik yang dapat menyebarkan kebahagiaan

kepada pendengar. Justeru itu kita tidak akan menggunakan

humor bukan sebagai alat pemukul atau menjatuhkan orang lain,

tetapi sebagai alat untuk menghindari dari ketegangan.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!