28.10.2014 Views

Ucapan Majlis Sambutan Hari Integriti Tahun 2010 - Kementerian ...

Ucapan Majlis Sambutan Hari Integriti Tahun 2010 - Kementerian ...

Ucapan Majlis Sambutan Hari Integriti Tahun 2010 - Kementerian ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

TEKS UCAPAN

YB. DATO’ SERI MOHAMED KHALED BIN NORDIN

MENTERI PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

PADA MAJLIS SAMBUTAN HARI INTEGRITI 2010

PERINGKAT KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

DI AUDITORIUM KOMPLEKS E, PUTRAJAYA

PADA JAM 9.00 PAGI, 11 NOVEMBER 2010 (KHAMIS)

“INTEGRITI PEMANGKIN TRANSFORMASI”

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, Salam Sejahtera dan

Salam 1Malaysia,

Yang dihormati saudara pengerusi majlis,

Yang Berhormat Datuk Dr. Hou Kok Chung

Yang Berhormat Datuk Saifuddin bin Abdullah

Timbalan-Timbalan Menteri Pengajian Tinggi,

Yang Berbahagia Tan Sri Dr. Zulkefli bin A.Hassan

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi,

Yang Berbahagia Datuk Omar bin Abdul Rahman

Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan),

Tan Sri-Tan Sri, Dato‟- Dato‟, Datin- Datin, Tuan- Tuan, Puan- Puan

para hadirin serta seluruh warga Kementerian Pengajian Tinggi yang

dihormati sekalian.

1. Pertamanya, sukalah saya melafazkan setinggi kesyukuran ke

hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah, kurnia dan izin-Nya, maka

dapatlah kita bersama-sama pada Majlis Sambutan Hari Integriti

peringkat Kementerian Pengajian Tinggi bagi tahun 2010 hari ini. Di

Page | 1

kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan

dan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Bahagian Pengurusan

Sumber Manusia, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) kerana sudi

menjemput saya berucap dan seterusnya merasmikan majlis

ini.Tahniah dan syabas juga saya ucapkan kepada seluruh warga

kementerian yang telah bertungkus lumus memastikan perjalanan

majlis sambutan ini berjalan dengan lancar.

2. Saya percaya, sambutan Hari Integriti yang diadakan pada setiap

tahun ini adalah sebagai satu usaha berterusan pihak kerajaan,

khususnya Kementerian Pengajian Tinggi untuk membentuk dan

membudayakan masyarakat terutama pegawai-pegawai awam agar

berintegriti dan mempunyai keutuhan peribadi yang tinggi. Ini penting

kerana dengan integriti dan keutuhan peribadi, ia boleh menjamin

keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan selari dengan

seruan 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

dan seterusnya mencapai kesejahteraan rakyat dan kemakmuran

negara.

3. Saya juga berharap sambutan Hari Integriti ini akan dapat

menyemarakkan lagi semangat seluruh warga KPT untuk terus

meningkatkan nilai integriti dan keutuhan peribadi agar agenda

transformasi negara dapat dicapai. Mengambil kira perubahan

Page | 2

persekitaran yang semakin kompleks pada masa ini, dan bagi

mengharungi cabaran yang mendatang maka sudah tentulah kita

amat memerlukan anggota-anggota kerja yang komited untuk

melakukan perubahan, apatah lagi dalam konteks Kementerian

Pengajian Tinggi, kita merupakan penggerak utama dalam sektor

yang paling kritikal bagi menjayakan transformasi negara

khususnya dalam membangunkan modal insan yang

berkemahiran dan berkualiti tinggi.

Hadirin dan hadirat sekalian,

(Integriti Sebagai Pemangkin dan Ukuran Transformasi)

4. Seperti yang kita sedia maklum, tema sambutan Hari Integriti

pada tahun ini ialah “Integriti Pemangkin Transformasi”. Tema ini

sememangnya amat relevan dan signifikan dengan usaha kerajaan

untuk mentransformasikan Malaysia menjadi sebuah negara yang

maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 selain memastikan

seluruh rakyat dapat merasai nikmat pembangunan yang berpaksikan

keadilan sosial yang jitu sesama mereka. Namun, saya percaya

bahawa, kepentingan integriti bukan sekadar menjadi pemangkin

kepada transformasi, namun lebih penting daripada itu, integriti

hendaklah dilihat sebagai UKURAN kepada kejayaan

transformasi itu nanti. Dalam erti kata lain, tidak ada maknanya

Page | 3

jika kita memperoleh kejayaan sesuatu proses transformasi itu,

sedangkan elemen-elemen amalan baik yang membenih dan

menyuburkan nilai integriti tidak digarapkan bersama dalam

proses transformasi tersebut. Sebagai panduan, antara amalan

baik berteraskan nilai murni yang dikenal pasti dalam Pelan

Integriti Nasional (PIN) ialah jujur, ikhlas, bijaksana, adil, telus

dan syukur, perlu dihayati dan diamalkan oleh semua pihak,

terutamanya penjawat awam.

5. Sehubungan dengan itu, kita berpandangan bahawa integriti

sewajibnya menjadi pegangan kukuh setiap daripada kita. Integriti ini

bukan sahaja wajar menjadi amalan dan „pakaian‟ kita secara

peribadi, sebaliknya mesti diamalkan oleh setiap individu daripada kita

dan dalam organisasi. Hal ini penting kerana apabila kita

mempunyai kesedaran, percaya serta menjadikan integriti

sebagai amalan seharian, maka akan wujudlah satu persekitaran

kondusif untuk pembudayaan nilai integriti dalam organisasi kita.

Jika ini berlaku, impaknya amat signifikan sekali. Antara lain

akan terhasil keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian

kita dan seterusnya meningkatkan produktiviti organisasi kita.

Pendek kata, kita perlu membangunkan integriti dalam diri dan

organisasi kita. Malah dalam hal ini, kita tidak dapat lari daripada

bergantung kepada integriti orang lain khususnya rakan-rakan

Page | 4

sepejabat dan lebih penting daripada itu, seorang ketua

sebenarnya juga turut bergantung kepada integriti para

pekerjanya untuk menggerakkan organisasi mereka.

Hadirin dan hadirat sekalian,

(Memperluaskan Integriti dan Pengukuhan Integriti Akademik)

6. Seiring dengan sambutan Hari Integriti pada tahun ini, sudah tiba

masanya untuk kita memikirkan secara lebih serius bagaimanakah

integriti dan amalannya dapat diperluaskan kepada setiap individu dan

warga Kementerian Pengajian Tinggi khususnya Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) di negara. Sehubungan dengan itu juga, kita tidak boleh

lagi memfokuskan integriti ini hanya kepada integriti pentadbiran,

sebaliknya perlu memperluaskan nilai ini dalam konteks akademik.

Justeru itu, selaku Menteri Pengajian Tinggi, saya tidak pernah

jemu-jemu untuk memperkatakan tentang integriti akademik

berulang-ulang kali kerana saya percaya, integriti akademik ini

amat penting dan ia menjadi asas kepada kita untuk melahirkan

PERSEKITARAN AKADEMIK BERBUDAYA CEMERLANG di

Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang akhirnya dapat menjana

modal insan yang berkualiti. Saya difahamkan dalam hal ini, satu

DRAF GARIS PANDUAN INTEGRITI AKADEMIK telah disediakan.

Ia akan dibentangkan dalam satu Dialog Akademia pada hujung

Page | 5

ulan ini sebelum ia dimuktamadkan sebagai satu garis panduan

yang rasmi untuk semua tenaga akademik di Institusi Pengajian

Tinggi (IPT) dalam negara kita sedikit masa lagi, Insya Allah.

7. Saya percaya apabila wujudnya Garis Panduan Integriti

Akademik itu nanti, ia bakal menjadi dokumen dan penanda aras yang

mampu merangsang ahli-ahli akademik di IPT kita untuk terus

menjadikan integriti sebagai pegangan utama mereka. Hal ini penting

kerana pegangan integriti akademik bukan sahaja dapat

mewujudkan persekitaran akademik berbudaya cemerlang,

sebaliknya ia mampu menghasilkan kepercayaan yang kukuh

kepada pemegang taruh atau stakeholder terhadap peranan

sektor pengajian tinggi secara keseluruhannya. Ini termasuklah

perkara-perkara yang berkaitan dengan kualiti pengajian tinggi,

nilai untuk wang atau cara kita berbelanja, kebolehpasaran

graduan dan sebagainya. Kegagalan sektor pengajian tinggi

khususnya IPT untuk melunaskan integriti mereka dalam

menjayakan peranan-peranan tersebut, akan menjejaskan

kepercayaan dan integriti pemegang taruh terhadap Kementerian

Pengajian Tinggi pada akhirnya.

Page | 6

Hadirin dan hadirat sekalian,

(Kementerian Pengajian Tinggi menjuarai amalan integriti)

8. Penekanan terhadap integriti seperti yang saya jelaskan sebentar

tadi, tiada lain dan tiada bukan semata-mata mahu menyaksikan

Kementerian Pengajian Tinggi menjuarai isu-isu integriti dalam

melaksanakan peranannya yang amat kritikal ke arah menjayakan

transformasikan negara. Penekanan dan keseriusan kementerian

dalam hal ini sememangnya bertepatan dengan iltizam kerajaan pada

hari ini untuk memperkasakan nilai integriti. Malah nilai integriti ini

seperti yang kita sedia maklum, telah pun diangkat sebagai salah

satu daripada empat (4) nilai asas pelengkap dalam pentadbiran

kerajaan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri

Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dalam usaha untuk

mentransformasikan negara menjadi sebuah negara maju. Justeru itu,

kita perlu responsif terhadap aspirasi dengan menyokong usahausaha

kerajaan dalam menggalas amanah dan tanggungjawab bagi

mencapai misi negara untuk menjadi negara maju dan berpendapatan

tinggi menjelang tahun 2020. Sememangnya, transformasi ke arah

menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan

ekonomi dan teknologi semata-mata, malah ia juga mencakupi

kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani.

Page | 7

Dan ini termasuklah peningkatan dan pemantapan etika dan integriti

yang perlu menjadi budaya dan „pakaian‟ masyarakat.

9. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua

warga KPT yang menunjukkan sokongan padu terhadap semua usaha

yang dilaksanakan khususnya dalam konteks peningkatan tahap

integriti dengan bersama-sama hadir bagi menyambut Hari Integriti

pada kali ini. Harapan saya agar sambutan Hari Integriti pada kali ini

terus menjadi penggerak kepada kita untuk terus mentransformasikan

diri melalui pelbagai aspek terutamanya dari segi kualiti penyampaian

perkhidmatan kita kepada masyarakat yang berada di luar sana.

10. Sebagai penjawat awam juga, kita perlu sedar bahawa nilai

integriti adalah tidak terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Kita perlu

sentiasa mencerminkan nilai integriti dalam semua tindakan kita sama

ada melalui penampilan, sikap dan sebarang keputusan yang diambil.

Ini kerana dalam usaha untuk merealisasikan pembangunan

pengajian tinggi negara di era globalisasi ini, kita harus sentiasa

dinamik dan fleksibel serta mempunyai nilai integriti yang tinggi selari

dengan tema sambutan Hari Integriti tahun ini “Integriti Pemangkin

Tranformasi”. Dengan itu, saya dengan sukacitanya dan lafaz

Bismillahirrahmanirrahim, merasmikan sambutan Hari Integriti,

peringkat Kementeri Pengajian Tinggi bagi tahun 2010. Sekian.

Page | 8

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!