02.11.2014 Views

laporan kemajuan jawatankuasa kerja teknikal mengenai - Malaysia ...

laporan kemajuan jawatankuasa kerja teknikal mengenai - Malaysia ...

laporan kemajuan jawatankuasa kerja teknikal mengenai - Malaysia ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

2.4. Terdapat juga Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG)

yang menyelaraskan standardisasi nama-nama geografi di negara ini

dan Jawatankuasa Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) di bawah

MAMPU yang bertujuan menyelaraskan penggunaan kod-kod di antara

agensi sektor awam.

2.5. Di peringkat antarabangsa pula, ISO/TC211 bertanggungjawab

menyelaraskan standardisasi antarabangsa mengenai maklumat

geospatial.

2.6. Dalam menjalankan aktivitinya, JTSM sentiasa bekerjasama dengan

semua jawatankuasa standard yang lain serta menggunakan

dokumentasi ISO/TC211 dalam mewujudkan standard dalam

maklumat geospatial di negara ini.

3. MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD MyGDI (JTSM)

3.1. Mesyuarat JTSM Bilangan 1/2009 dan Bilangan 1/2010

Mesyuarat JTSM Bilangan 1/2009 telah diadakan di Port Dickson,

Negeri Sembilan pada 17 Disember 2009. Manakala pada tahun 2010

Mesyuarat JTSM Bilangan 1/2010 telah diadakan di Kementerian

Sumber Asli & Alam Sekitar, Putrajaya pada 27 Oktober 2010.

Mesyuarat ini telah menjemput wakil-wakil daripada agensi

persekutuan, negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Labuan. Pelbagai isu standardisasi maklumat geografi telah

dibincangkan di samping pembentangan kemajuan dan pelaksanaan

serta perancangan aktiviti JTSM bagi tahun berkenaan.

3.2. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil JTSM

Mesyuarat di peringkat jawatankuasa kecil telah juga diadakan untuk

membincangkan isu-isu berkaitan penyelarasan nama dan kod

sempadan pentadbiran tanah (UPI) dan juga berkaitan penyediaan

garis panduan semakan kualiti data geospatial (DQ) serta penyediaan

garis panduan penyediaan spesifikasi produk data geospatial.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

2/22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!