02.11.2014 Views

laporan kemajuan jawatankuasa kerja teknikal mengenai - Malaysia ...

laporan kemajuan jawatankuasa kerja teknikal mengenai - Malaysia ...

laporan kemajuan jawatankuasa kerja teknikal mengenai - Malaysia ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

LAPORAN KEMAJUAN JAWATANKUASA TEKNIKAL

STANDARD MYGDI (JTSM) SEHINGGA OKTOBER 2010

DAN PERANCANGAN TAHUN 2011

1. TUJUAN

Laporan ini bertujuan untuk memaklumkan mengenai kemajuan aktiviti-aktiviti

pembangunan standard dalam bidang maklumat geospatial yang telah

dilaksanakan melalui Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) dalam

tempoh Jun 2009 sehingga Oktober 2010 dan perancangan JTSM bagi

tahun 2011.

2. LATAR BELAKANG

2.1. Pembangunan standard dalam bidang maklumat geospatial adalah

penting untuk membantu memudahkan perolehan dan pertukaran data

geospatial serta mengurangkan kos penyediaan data.

2.2. Terdapat beberapa jawatankuasa yang telah ditubuhkan bagi tujuan

membangun dan menyelaraskan pembangunan standard dalam

bidang maklumat geospatial di negara ini. Jawatankuasa TC2/SIRIM

(Technical Committee 2) telah ditubuhkan oleh SIRIM, khusus bagi

tujuan menyelaras penggubalan standard dalam bidang maklumat

geospatial di negara ini serta mewakili negara di peringkat

antarabangsa.

2.3. Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) telah

menubuhkan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM), di

samping itu, Jawatankuasa Pemetaan dan Data Spatial Negara

(JPDSN) telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Teknikal Standard

dan Pertukaran Data (JKTSPD). Kedua-dua jawatankuasa ini

bertanggungjawab menyediakan standard dalam bidang maklumat

geospatial dan seterusnya mengemukakan kepada TC2/SIRIM bagi

tujuan mewujudkan standard Malaysia.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

1/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

2.4. Terdapat juga Jawatankuasa Kebangsaan Nama Geografi (JKNG)

yang menyelaraskan standardisasi nama-nama geografi di negara ini

dan Jawatankuasa Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) di bawah

MAMPU yang bertujuan menyelaraskan penggunaan kod-kod di antara

agensi sektor awam.

2.5. Di peringkat antarabangsa pula, ISO/TC211 bertanggungjawab

menyelaraskan standardisasi antarabangsa mengenai maklumat

geospatial.

2.6. Dalam menjalankan aktivitinya, JTSM sentiasa bekerjasama dengan

semua jawatankuasa standard yang lain serta menggunakan

dokumentasi ISO/TC211 dalam mewujudkan standard dalam

maklumat geospatial di negara ini.

3. MESYUARAT JAWATANKUASA TEKNIKAL STANDARD MyGDI (JTSM)

3.1. Mesyuarat JTSM Bilangan 1/2009 dan Bilangan 1/2010

Mesyuarat JTSM Bilangan 1/2009 telah diadakan di Port Dickson,

Negeri Sembilan pada 17 Disember 2009. Manakala pada tahun 2010

Mesyuarat JTSM Bilangan 1/2010 telah diadakan di Kementerian

Sumber Asli & Alam Sekitar, Putrajaya pada 27 Oktober 2010.

Mesyuarat ini telah menjemput wakil-wakil daripada agensi

persekutuan, negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan

Labuan. Pelbagai isu standardisasi maklumat geografi telah

dibincangkan di samping pembentangan kemajuan dan pelaksanaan

serta perancangan aktiviti JTSM bagi tahun berkenaan.

3.2. Mesyuarat Jawatankuasa Kecil JTSM

Mesyuarat di peringkat jawatankuasa kecil telah juga diadakan untuk

membincangkan isu-isu berkaitan penyelarasan nama dan kod

sempadan pentadbiran tanah (UPI) dan juga berkaitan penyediaan

garis panduan semakan kualiti data geospatial (DQ) serta penyediaan

garis panduan penyediaan spesifikasi produk data geospatial.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

2/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

4. AKTIVITI - AKTIVITI STANDARDISASI OLEH JTSM

Aktiviti-aktiviti standardisasi dalam bidang maklumat geospatial yang

dijalankan oleh JTSM adalah tertumpu kepada perkara-perkara berikut:

4.1. Standardisasi Nama dan Kod Sempadan Pentadbiran Tanah – Unique

Parcel Identifier (UPI) ;

4.2. Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Standard for Geographic

Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS1759) ;

4.3. Standardisasi dan Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Metadata

Standard (MMS);

4.4. Garis Panduan Penilaian Kualiti Data Geospatial;

4.5. Garis Panduan Spesifikasi Produk Data Geospatial;

4.6. Penyelarasan Kod bagi Sempadan Pentadbiran Pihak Berkuasa

Tempatan dan Sempadan Kampung; dan

4.7. Kajian Dokumen yang telah menjadi Standard Malaysia.

5. KEMAJUAN PELAKSANAAN

Kemajuan aktiviti standardisasi JTSM adalah seperti berikut:

5.1. Standardisasi Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah

(Unique Parcel Identifier - UPI)

5.1.1. Latar belakang UPI

a) Standardisasi kod dan nama sempadan pentadbiran tanah

adalah untuk memastikan setiap bidang tanah dan petak strata

mempunyai nombor pengenalan yang unik UPI). Ia adalah bagi

tujuan memudahkan pertukaran data geospatial berkaitan tanah

di antara agensi serta pengguna data geospatial.

b) JTSM telah mengambil inisiatif dalam menggerakkan

penyeragaman kod dan nama sempadan pentadbiran tanah.

Tindakan penyeragaman kod dan nama sempadan pentadbiran

tanah telah diambil melalui perbincangan dengan agensi-agensi

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

3/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

berkaitan iaitu Bahagian Kadaster Ibu Pejabat JUPEM, Jabatan

Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Pejabat

Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), JUPEM Negeri, PTG

Negeri, dan pihak Pasukan Projek e-Tanah. Pendekatan yang

diambil adalah dengan menggunakan kod sempadan

pentadbiran tanah yang digunakan oleh JUPEM sebagai asas

serta semua ejaan nama hendaklah sebagaimana yang

diwartakan, tetapi dalam kes-kes tertentu ia menggunakan

ejaan nama yang digunakan oleh pihak JUPEM atau PTG.

c) Bagi negeri Sabah dan Sarawak, Jabatan Tanah dan Ukur

Sabah serta Jabatan Tanah dan Survei Sarawak memainkan

peranan penting dalam menyelaraskan standardisasi kod dan

nama sempadan pentadbiran tanah.

d) Contoh struktur kod UPI bagi tanah milik yang telah diukur halus

(FT) di Semenanjung Malaysia menggunakan 16 aksara seperti

jadual di bawah:

SEMPADAN SEMENANJUNG CONTOH

Negeri

Daerah/Jajahan

Mukim/Bandar/

Pekan

Seksyen

Lot

2 aksara – char

(angka sahaja)

2 aksara – char

(angka sahaja)

2 aksara – char

(angka sahaja)

3 aksara - char

(angka / abjad)

7 aksara – char

(angka sahaja)

10

(Negeri Selangor)

01

(Daerah Klang)

40

(Bandar Klang)

001

(Seksyen 1)

0000134

(Nombor Lot 134)

Jumlah 16 aksara 1001400010000134

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

4/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.1.2. Kemajuan Pelaksanaan UPI

a) Penyelarasan kod dan nama sempadan pentadbiran tanah bagi

semua negeri telah dapat diselesaikan. Kod-kod yang telah

diselaraskan telah dimaklumkan untuk diguna pakai oleh

semua agensi melalui edaran Dokumentasi UPI mengikut

negeri.

b) Kod dan nama sempadan pentadbiran tanah yang diselaraskan

ini telah dipaparkan melalui Aplikasi UPI di laman web

www.mygeoportal.gov.my. Aplikasi ini memaparkan kod, nama

dan paparan poligon untuk sempadan negeri, daerah,

mukim/bandar/pekan dan seksyen mengikut negeri.

c) Status pencapaian UPI adalah seperti Jadual 1 di bawah:

Bil Aktiviti Tarikh/Tempat Status

1 Pembangunan

Aplikasi UPI

Mac 2009 –

Mac 2010

Paparan poligon bagi

Semenanjung telah selesai,

manakala bagi Sabah,

Sarawak dan WP. Labuan

masih dalam peringkat

pengemaskinian.

2 Penerbitan Buku Kod

UPI

3 Status Penyelarasan

Kod dan Nama

Sempadan

Pentadbiran Tanah

(UPI) ;

Jun – Disember

2010

- WP. Labuan 25 Mei 2010 /

JUPEM Labuan

Buku rujukan kod UPI baru

bagi mengantikan buku

NaLISCO (1998)

Pruf cetakan telah

disiapkan

Mesyuarat Penyelarasan

UPI Labuan telah diadakan

bersama Mesyuarat

Jawatankuasa Teknikal

MyGDI Labuan bil. 2/2010

Mesyuarat telah bersetuju

untuk menggunakan

struktur UPI 18 aksara yang

menggunakan nombor

hakmilik sebagai nombor lot

Telah selesai penyelarasan

- Negeri Sabah Jabatan Tanah dan Ukur

Sabah (JTUS)

menggunakan struktur kod

UPI 9 aksara, seperti

struktur asal negeri. Untuk

perkongsian antara agensi,

JTSM mencadangkan untuk

menggunakan struktur UPI

18 aksara (penggunaan

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

5/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

Bil Aktiviti Tarikh/Tempat Status

nombor hakmilik 9 aksara

sebagai nombor lot)

Surat untuk memohon data

spatial telah dihantar pada

15 Oktober 2010.

- Negeri Sarawak Jabatan Tanah dan Survei

Sarawak (JTSS) bersetuju

menggunakan struktur kod

UPI 13 aksara, seperti

struktur asal negeri,

manakala untuk

perkongsian antara agensi

menggunakan 15 aksara (2

aksara untuk negeri)

Poligon Land District masih

dalam pengemaskinian oleh

JTSS

Surat untuk memohon data

spatial telah dihantar pada

4 Mac 2010 dan 14 Oktober

2010.

Penyelarasan kod UPI telah

selesai

4 Mesyuarat

Penyelarasan Struktur

UPI Strata

27 Mei 2010

JUPEM

Mesyuarat telah diadakan

pada 27 Mei, yang

dipengerusikan oleh

Pengerusi JTSM, bagi

membincangkan struktur

baru strata yang digunakan

dalam projek e-kadaster

JUPEM.

Cadangan awal bersetuju

menggunakan 29 aksara,

tetapi dalam pelaksanaan

projek e-Kadaster, bilangan

aksara yang digunakan

adalah berlainan.

Pengerusi JTSM meminta

perbincangan lanjut dengan

agensi-agensi, diuruskan

oleh Bahagian Kadaster

JUPEM.

Jadual 1 : Status Penyelarasan Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah (UPI)

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

6/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

d) Status penyerahan Dokumentasi UPI kepada pihak negeri

adalah seperti berikut:

Bil

Negeri

Tarikh Hantar & Agensi

Berkenaan

1 Johor Edar 24 Jun 2009

(SUK Johor, Bhg. Kadaster JUPEM,

PTG, e-Tanah & JUPEM Johor)

2 Kedah Edar 9 Jun 2009

(SUK Kedah, Bhg. Kadaster JUPEM,

JKPTG, PTG, e-Tanah & JUPEM

Kedah)

3 Kelantan Edar 14 Januari 2010

(UPEN Kelantan, Bhg. Kadaster

JUPEM, PTG, e-Tanah & JUPEM

Kelantan)

4 Melaka Edar 24 Ogos 2009

(UPEN Melaka, Bhg. Kadaster JUPEM,

PTG, e-Tanah & JUPEM Melaka)

5 Negeri

Sembilan

Edar 19 Jun 2009

(UPEN N.Sembilan, Bhg. Kadaster

JUPEM, PTG, e-Tanah & JUPEM

N.Sembilan)

6 Pahang Edar 24 Ogos 2009

(SUK Pahang, UPEN, Bhg. Kadaster

JUPEM, PTG, e-Tanah & JUPEM

Pahang)

7 Pulau

Pinang

Edar 16 Februari 2009

(SUK P.Pinang, Bhg. Kadaster JUPEM,

JKPTG, PTG, e-Tanah & JUPEM

P.Pinang)

8 Perak Edar 26 November 2009

(SUK,UPEN Perak, Bhg. Kadaster

JUPEM, JKPTG, PTG, e-Tanah &

JUPEM Perak)

9 Perlis Edar 17 Mac 2009

(SUK, Bhg. Kadaster JUPEM, JKPTG,

PTG, e-Tanah & JUPEM Perlis)

10 Selangor Edar 5 Februari 2010

(SUK Selangor, JKPTG, Bhg. Kadaster

JUPEM, PTG, e-Tanah & JUPEM

Selangor)

11 Terengganu Edar 24 Ogos 2009

(SUK Terengganu, LA, Bhg. Kadaster

JUPEM, PTG, e-Tanah & JUPEM

Terangganu)

12 WP. Kuala

Lumpur

13 WP

Putrajaya

Edar 24 Ogos 2009

(KWP,Kadaster JUPEM, PTG, e-Tanah

& JUPEM WP K.Lumpur/Putrajaya)

Edar 21 Julai 2009

(Perbadanan Putrajaya, Bhg. Kadaster

JUPEM, PTG, e-Tanah & JUPEM WP

K.Lumpur/Putrajaya)

Status / Maklum

Balas

15 Julai 2009

Terima surat setuju

daripada PTG

16 Julai 2009

Terima surat setuju

daripada PTG

24 Januari 2010

Terima surat setuju

daripada JUPEM

Kelantan

Setuju

17 Julai 2009

Terima surat setuju

daripada JUPEM

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

Setuju

3 Ogos 2009

Terima surat setuju

daripada JUPEM

19 Ogos 2009

Terima surat setuju

daripada Perbadanan

Putrajaya

Dokumentasi UPI bagi negeri Sabah, Sarawak dan WP. Labuan

sedang dalam proses penyediaan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

7/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.2. Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Standard for Geographic

Information/Geomatics- Feature and Attribute Codes (MS1759)

5.2.1. Latar belakang MS1759

a) MS1759 dibangunkan bagi tujuan memudahkan pertukaran data

geospatial untuk diguna pakai oleh agensi-agensi yang

mengeluarkan dan menggunakan data geospatial. Ia

menetapkan kaedah bagi pengekodan data geospatial dan

menyediakan deskripsi features dan attributes yang berkaitan

bagi pertukaran data geospatial untuk pelbagai aplikasi Sistem

Maklumat Geografi (GIS).

b) Dokumen Malaysian Standard for Geographic Information/

Geomatics – Feature and Attribute Codes (MS1759) telah

mendapat akreditasi daripada SIRIM dan diterima sebagai

Standard Malaysia pada Jun 2004.

c) Pembangunan MS1759 adalah untuk menggantikan dokumen

Malaysian Standard Code of Practice for the Exchange of Digital

Feature Coded Mapping Data (MS1074). Kandungan standard

MS1759 yang dibangunkan ini lebih memenuhi keperluan sistem

GIS di negara ini.

d) MS1759 mempunyai 12 kategori seperti Jadual 2 di bawah:

BIL. KOD KATEGORI

1 A Aeronautical

2 B Built Environment

3 D Demarcation

4 G Geology

5 H Hydrography

6 R Hypsography

7 S Soil

8 T Transportation

9 U Utility

10 V Vegetation

11 X Special Use

12 Z General

Jadual 2 : Kategori Butiran MS1759

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

8/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.2.2. Kemajuan Pemakaian MS1759

a) MS1759 kini diguna pakai oleh beberapa agensi pembekal

utama data geospatial seperti JUPEM, Jabatan Perancang

Bandar dan Desa Semenanjung Malaysia (JPBDSM), Jabatan

Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Pengairan dan Saliran

(JPS) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan MaCGDI. Walaupun

MS1759 telah menjadi Standard Malaysia, ianya adalah dinamik

dan tertakluk kepada pindaan dan penambahan. Hasil pindaan

dan penambahan kod feature dan atribute terdahulu, pihak

SIRIM telah mengeluarkan Addendum (penambahan) MS1759

pada tahun 2007.

b) Berdasarkan maklum balas yang di terima dari agensi-agensi

yang telah mengguna pakai MS1759, beberapa penambahan

dan pindaan adalah diperlukan terhadap dokumen MS1759 agar

ianya lebih kemas dan lengkap.

c) Berikut adalah status kemajuan aktiviti MS1759 seperti Jadual 3

di bawah:

Bil.

Aktiviti

1 Mesyuarat Penyelarasan

Pemakaian MS1759

Mengikut Kategori

2 Mesyuarat Penyelarasan

Pemakaian MS1759

Bil.1/2010

3 Taklimat Pemakaian

MS1759

Tarikh /

Tempat

18 Februari

2010 / JUPEM

8 Mac 2010 /

MaCGDI

2-3 April 2010 /

Nilai

3 Ogos & 16

Disember 2009 /

JKR

27 Mei 2010 /

MaCGDI

22 Oktober 2009

/ Pulau Pinang

22 Mac 2010 /

Kuantan

5 Oktober 2010 /

Johor Bahru

Catatan

JUPEM - Penyelarasan bagi

kategori Utility, Demarcation

dan Built Environment

DOA & JPSM - Penyelarasan

bagi kategori Vegetation

JMG - Penyelarasan bagi

kategori Geology

JKR - Penyelarasan bagi

kategori Transportation

Mesyuarat dipengerusikan

oleh Pengerusi JTSM

Kehadiran wakil dari JUPEM,

DOA, JKR dan MaCGDI.

Taklimat berkenaan Pemakaian

MS1759 dibentangkan dalam

Seminar Standardisasi dalam

GIS

Jadual 3 : Kemajuan Aktiviti MS1759

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

9/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.3. Standardisasi dan Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Metadata

Standard (MMS)

5.3.1. Latar belakang Malaysian Metadata Standard (MMS)

a) Penghasilan metadata adalah bagi memudahkan pembekal data

merekod maklumat mengenai data mereka dan juga bagi

memudahkan pengguna memperoleh data geospatial yang

dikehendaki. Pembangunan Malaysian Metadata Standard

(MMS) adalah berasaskan dokumen MS ISO 19115 : 2003

Geographic Information–Metadata Referencing by Coordinates.

b) Melalui aplikasi MyGDI, telah dibangunkan modul metadata

entry, updating dan metadata search menerusi template MyGDI

Metadata.

5.3.2. Kemajuan Malaysian Metadata Standard (MMS)

a) Sejumlah 1151 Metadata telah dihasilkan sehingga kini (Oktober

2010) melalui pengisian aplikasi MyGDI Metadata. Pendedahan

dan penggalakan kaedah penerbitan MyGDI Metadata telah

diadakan melalui beberapa siri taklimat, bagi tahun 2009 dan

2010, siri taklimat adalah seperti Jadual 4 di bawah:

Bil Aktiviti Tarikh/ Tempat

1 Taklimat Pengisian MyGDI Metadata N.Sembilan 25 Februari 2009

2 Taklimat Pengisian MyGDI Metadata WP Labuan 19 & 20 Mac 2009

3 Taklimat Pengisian MyGDI Metadata bagi Agensi

Persekutuan (Siri I dan II)

27 & 28 Mei 2009

4 Taklimat Penerbitan MyGDI Metadata Kelantan 2 Jun 2009

5 Taklimat Penerbitan MyGDI Metadata Perak 18 Jun 209

6 Taklimat Penerbitan MyGDI Metadata Terengganu 19 Ogos 2009

7 Taklimat Penerbitan MyGDI Metadata Johor 1 Oktober 2009

8 Taklimat Pengisian MyGDI Metadata kepada Pegawai 25 Mac 2010 & 5

MaCGDI dan Kontraktor (Siri I dan II)

Ogos 2010

9 Taklimat Penerbitan MyGDI Metadata Kedah 19 Mei 2010

10 Taklimat Penerbitan MyGDI Metadata Selangor 29 Julai 2010

11 Taklimat & Bengkel Pengemaskinian dan Penerbitan

MyGDI Metadata bagi Agensi Persekutuan

Jadual 4 : Taklimat Malaysian Metadata Standard (MMS)

11 & 12 Oktober

2010

b) Di samping itu, bagi penambahbaikan dalam sistem dan

penerbitan metadata, dua (2) template metadata baru telah

dihasilkan iaitu Template MMS Level 1 (mengandungi 48

elemen) dan Template MMS Level 2 (143 elemen). Penghasilan

2 template ini adalah bagi membolehkan agensi/pengguna

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

10/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

membuat pilihan template yang sesuai bagi menerbitkan

metadata mereka. Antara lain, kelebihan template baru ini

adalah ia menghasilkan paparan metadata yang mudah, kemas

serta mengandungi pilihan 19 kategori bagi maklumat

geospatial, metadata boleh harvest dari sistem lain dan mudah

membuat perkongsian. Pemakaian template metadata baru ini

jangka digunapakai sepenuhnya pada tahun 2011 melalui

MyGDI Explorer.

5.4. Garis Panduan Penilaian Kualiti Data Geospatial (DQ)

5.4.1. Latar belakang Penilaian Kualiti Data Geospatial

a) Garis panduan ini disediakan bagi tujuan penilaian sesuatu data

geospatial oleh pembekal data. Ia merupakan satu prosedur

yang jelas dan konsisten bagi membolehkan pembekal data

menyatakan sejauh mana produk mereka memenuhi kriteria

spesifikasi produk yang ditetapkan. Ini membolehkan pengguna

data menilai data tersebut sama ada memenuhi keperluan

mereka atau sebaliknya.

b) Garis panduan ini menetapkan kaedah dan prosedur bagi

melaksanakan kerja-kerja penilaian kualiti terhadap data

geospatial mengikut spesifikasi yang ditetapkan khususnya

untuk memastikan kesahihan butiran dan atribut pada data

geospatial tersebut.

c) Memandangkan penyediaan garis panduan ini memerlukan

banyak rujukan berkaitan aktiviti penyediaan data geospatial

maka MaCGDI dan JUPEM saling bekerjasama dengan

mengadakan perbincangan dan mesyuarat dari semasa ke

semasa dalam menyediakan garis panduan tersebut.

d) Secara ringkasnya terdapat lima (5) elemen bagi penilaian

kualiti data geospatial dalam dokumen garis panduan seperti

berikut:

(i)

(ii)

Kesempurnaan (Completeness)

Kewujudan dan ketidakwujudan butiran, atribut dan

hubungannya.

Ketekalan Logikal (Logical Consistency)

Tahap pematuhan kepada peraturan logik sesuatu

struktur data, atribut dan hubungannya.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

11/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

(iii)

(iv)

(v)

Ketepatan Posisi (Positional Accuracy)

Ketepatan bagi posisi sesuatu butiran.

Ketepatan Temporal (Temporal Accuracy)

Ketepatan berkenaan tempoh masa bagi atribut dan

tempoh hubungannya.

Ketepatan Tematik (Thematic Accuracy)

Ketepatan bagi atribut kuantitatif, kebenaran

(correctness) bagi atribut bukan kuantitatif dan

pengkelasan bagi butiran serta hubungannya.

e) Penyediaan garis panduan tersebut terbahagi kepada beberapa

peringkat seperti penyediaan draf, semakan, penambahbaikan,

pengesahan dan edaran.

5.4.2. Kemajuan Status Garis Panduan Penilaian Kualiti Data

Geospatial (DQ)

Bil Tarikh Tindakan

1 28 Januari 2010

2 1 April 2010

3 13 April 2010

4 14 Mei 2010

5 Jun 2010

6 1 September 2010

7 23 September 2010

Perbincangan DQ (JUPEM & MaCGDI) Bil

1/2010

Perbincangan DQ (JUPEM & MaCGDI) Bil

2/2010

Draf DQ telah diedarkan kepada semua ahli

JTSM untuk semakan dan ulasan dalam

tempoh 30 hari untuk maklum balas

Draf DQ telah diedarkan buat kali ke-2 kepada

semua ahli JTSM untuk semakan dan ulasan

dalam tempoh 2 minggu untuk maklum balas

Draf DQ dikemas kini mengikut ulasan daripada

ahli JTSM

Perbincangan DQ (JUPEM & MaCGDI) Bil

3/2010

Mesyuarat Garis Panduan Penilaian Kualiti Data

Geospatial Bil.1/2010. Dokumen DQ ini telah

dimuktamadkan untuk diedarkan kepada semua

Agensi yang terlibat dengan MyGDI, Agensi

Pusat, Agensi Negeri, PBT & Pusat Pengajian

Tinggi

8 November 2010 Menerbitkan dokumen DQ (Perancangan)

Jadual 5 : Status kemajuan Penghasilan Garis Panduan

Penilaian Kualiti Data Geospatial (DQ)

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

12/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.5. Garis Panduan Spesifikasi Produk Data Geospatial

5.5.1. Latar belakang Garis Panduan Spesifikasi Produk Data

Geospatial

Garis panduan ini disediakan bagi tujuan penyediaan spesifikasi

produk data geospatial oleh pembekal data untuk rujukan

pengguna/umum. Ia merupakan satu garis panduan yang jelas

dan konsisten bagi membolehkan pembekal data mengeluarkan

produk yang ditetapkan.

Spesifikasi produk adalah kriteria yang penting dalam

menjalankan penilaian kualiti data geospatial. Bagi maksud garis

panduan ini, spesifikasi produk merupakan penerangan teknikal

yang jelas dan tepat mengenai sifat-sifat sesuatu produk data

geospatial serta boleh digunakan dalam pelbagai keadaan dan

kegunaan oleh pengguna.

5.5.2. Kemajuan Garis Panduan Spesifikasi Produk Data

Geospatial

a) Di peringkat permulaan untuk menyediakan dokumen garis

panduan spesifikasi produk data geospatial dengan

berpandukan kepada dokumen MS ISO 19131 : 2009

Geographic Information–Data Product Specifications. Dokumen

ini akan diselaraskan seperti dokumen penilaian kualiti data

geospatial.

b) Dokumen ini akan melibatkan contoh-contoh Spesifikasi Produk

JUPEM yang sedia ada bagi penerbitan Peta Topografi

Bercetak Skala 1:50,000, penerbitan Peta Daerah dan

pembangunan Pangkalan Data Topografi Kebangsaan skala

1:25,000.

c) Status mesyuarat dan perbincangan yang diadakan bagi

penghasilan garis panduan tersebut adalah seperti Jadual 6

berikut:

Bil Tarikh Perbincangan / Mesyuarat

1 26 Ogos 2010 Perbincangan 1 (JUPEM & MaCGDI)

2 23 September 2010 Perbincangan 2 (JUPEM & MaCGDI)

3 22 Oktober 2010 Perbincangan 3 (JUPEM & MaCGDI)

4 29 Oktober 2010 Cadangan Perbincangan 4

5 1 Disember 2010

Cadangan Mesyuarat Penyediaan Garis

Panduan Spesifikasi Produk Data Geospatial

Bil.1/2010

Jadual 6 : Status Penyediaan Garis Panduan Spesifikasi Produk Data Geospatial

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

13/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.6. Penyelarasan Kod bagi Sempadan Pentadbiran Pihak Berkuasa

Tempatan dan Sempadan Kampung

5.6.1. Latar belakang Penyelarasan Kod bagi Sempadan Pentadbiran

Pihak Berkuasa Tempatan dan Sempadan Kampung

Penyelarasan kod-kod bagi sempadan pentadbiran Pihak

Berkuasa Tempatan (PBT) adalah merangkumi Sempadan

Majlis Bandaraya, Sempadan Majlis Perbandaran dan

Sempadan Majlis Daerah bagi setiap negeri. Setiap sempadan

PBT akan diberikan kod yang unik dan selaras dengan

maklumat sempadan PBT.

Manakala maklumat sempadan kampung merangkumi

sempadan Jawatankuasa Kecil Kampung (JKKK) seperti nama

ketua kampung, kawasan liputan, kemudahan prasarana seperti

jalan, elektrik, air dan lain-lain. Maklumat ini amat berguna

kepada pelbagai agensi bagi tujuan pembangunan kampung

pada masa akan datang.

5.6.2. Kemajuan Penyelarasan Kod Sempadan Pentadbiran

a) Penyelarasan Kod bagi Sempadan Pentadbiran Pihak

Berkuasa Tempatan

Persempadanan PBT diperolehi daripada PBT sendiri dan perlu

diselaraskan di peringkat kerajaan negeri. Penyelarasan ini

merujuk kepada kod Kerajaan Tempatan yang akan

diselaraskan di bawah DDSA. Manakala maklumat sempadan

PBT telah diperolehi melalui projek State Geospatial Data

Centre (SGDC) tahun 2009 oleh pihak MaCGDI.

b) Penyelarasan Kod bagi Sempadan Kampung

Status penyelarasan kod sempadan kampung adalah seperti

berikut:

Bil Tarikh Status

1 26 Mac 2010

Perbincangan Penyelarasan Maklumat Sempadan

Kampung Bil.1/2010.

Dihadiri oleh wakil KKLW, JPPH dan MaCGDI di KKLW

2

28 April

2010

- Memperolehi maklumat / data dari KKLW bagi

Sempadan JKKK Negeri Johor dalam 9 projek.

- Maklumat projek berkenaan adalah: Jalan kampung,

Jalan luar Bandar/program KESBAN, Bekalan air luar

Bandar, Bekalan elektrik luar Bandar, Ameniti social,

Bantuan rumah, Infodesa, Bangunan taman asuhan

kanak-kanak dan Gerai/bengkel/kilang industry luar

Bandar.

- Maklumat sempadan kampung negeri-negeri akan

diperolehi dari semasa ke semasa mengikut

perancangan KKLW

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

14/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

5.7. Kajian Dokumen Yang Telah Menjadi Standard Malaysia

JTSM juga memantau dan mengkaji dokumen-dokumen ISO/TC211

yang telah menjadi Standard Malaysia (MS). Ini adalah kerana

dokumen ISO/TC211 adalah salah satu asas rujukan pembangunan

standard dalam bidang maklumat geospatial di negara ini.

Di samping itu, sejumlah tiga puluh lima (35) dokumen MS dan MS ISO

bagi kategori Geographic Information (GI) telah dibeli daripada pihak

SIRIM sebagai rujukan dan simpanan. Kesemua dokumen ini (salinan

hardcopy dan softcopy) kini disimpan oleh urus setia JTSM. Rujuk

Lampiran ‘A’ bagi senarai dokumen berkenaan.

Kajian ke atas dokumen yang telah menjadi MS akan dijalankan

mengikut keperluan dari semasa ke semasa.

6. PERANCANGAN AKTIVITI STANDARDISASI MyGDI TAHUN 2011

Perancangan kerja bagi aktiviti standardisasi JTSM bagi tahun 2011 adalah

seperti berikut:

6.1. Standardisasi Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah

(Unique Parcel Identifier - UPI)

Perancangan UPI bagi tahun 2011 adalah seperti Jadual 7 di bawah:

Bil Aktiviti Dirancang Tarikh Catatan

1 Pendedahan dan penggalakan

penggunaan UPI (Buku & Aplikasi)

Januari –

Disember

2011

Pejabat Tanah & Galian

dan Pejabat Tanah setiap

negeri

2 Penyelarasan Struktur UPI Strata April –

Ogos

2011

3 Penyelarasan Struktur UPI (QT) Februari –

Jun 2011

Berkerjasama dengan

Bahagian Kadaster

JUPEM

Kajian penggunaan

Jadual 7 : Perancangan UPI bagi Tahun 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

15/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

6.2. Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Standard for Geographic

Information/Geomatics - Feature and Attribute Codes (MS1759)

JTSM akan sentiasa memantau pemakaian MS1759 di agensi

pembekal data serta mempromosikan penggunaan dokumen ini

dengan mengadakan taklimat dan bengkel. Perancangan MS1759 bagi

tahun 2011 seperti Jadual 8 di bawah:

Bil Aktiviti Dirancang Tarikh Catatan

1 Penyelarasan Cadangan dan

pindaan kod bagi butiran dan

atribut dalam MS1759

2 Peningkatan Aplikasi Carian

Kod MS1759

3 Pendedahan dan

penggalakan pemakaian

MS1759

4 Penyediaan Garis Panduan

Pemakaian MS1759

Februari –

Mei 2011

Januari –

Disember

2011

Mac &

Julai 2011

Januari –

Disember

2011

- Penambahbaikan

MS1759:

Geology

Hydrography

General

Special Use

Hypsography

- Pengumpulan dan

penyelarasan semua

Cadangan / Pindaan kod

dan nama butiran &

atribut daripada agensi

- Kajian dari segi

penggunaan aplikasi

- Pengumpulan maklumat

(gambar butiran)

- Terjemahan ke Bahasa

Malaysia

- Pendedahan melalui siri

taklimat dan bengkel ke

Zon Malaysia Timur dan

Agensi Persekutuan

- Berkerjasama dengan

TC2/SIRIM

- Penyediaan draf awal

- Tertakluk kepada

arahan Kumpulan Kerja

Garis Panduan

Pemakaian MS1759

(TC2/SIRIM)

Jadual 8 : Perancangan MS1759 bagi Tahun 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

16/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

6.3. Standardisasi dan Pelaksanaan Pemakaian Malaysian Metadata

Standard (MMS)

Perancangan aktiviti-aktiviti berkaitan MMS bagi tahun 2011 adalah

seperti Jadual 9 di bawah:

Bil Aktiviti Dirancang Tarikh Catatan

1 Garis Panduan Penyediaan

MyGDI Metadata

2 Penggalakan Penerbitan

Metadata menggunakan

template baru.

3 Taklimat dan Bengkel

Penyediaan MyGDI Metadata

Januari –

Jun 2011

Januari –

Disember

2011

Januari –

Disember

2011

- Penghasilan draf Garis

Panduan Penyediaan

MyGDI Metadata adalah

selari dengan Surat

Perkeliling Perkongsian

Maklumat Geospatial

2010

- Mengadakan siri

taklimat kepada agensi

yang berkaitan dalam

penghasilan metadata

menggunakan template

baru menerusi MyGDI

Explorer

- Tertakluk juga kepada

pembangunan template

Metadata baru

- Bergantung kepada

permintaan dari agensi

Jadual 9 : Perancangan Aktiviti MMS bagi Tahun 2011

6.4. Garis Panduan Penilaian Kualiti Data Geospatial (DQ)

Bagi tahun 2011, aktiviti DQ adalah untuk membuat edaran rasmi

dokumen Garis Panduan Penilaian Kualiti Data Geospatial (DQ) yang

telah siap kepada semua ahli JTSM. Seterusnya edaran dokumen DQ

kepada semua Agensi yang terlibat dengan MyGDI, Agensi

Persekutuan, Agensi Negeri, PBT & Pusat Pengajian Tinggi.

Pendedahan dan penggalakan pemakaian dokumen garis panduan ini

akan dijalankan menerusi beberapa siri taklimat ke Zon Malaysia Timur

dan Agensi Persekutuan.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

17/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

6.5. Penyediaan Garis Panduan Spesifikasi Produk Data Geospatial

Perancangan bagi tahun 2011 adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Dirancang Tarikh Catatan

1 Penyediaan Draf Spesifikasi

Produk .

2 Mengedarkan dokumen

penyediaan garis panduan

penyediaan spesifikasi produk

data geospatial kepada ahli

JTSM untuk ulasan dan

komen.

3 Draf Spesifikasi Produk

dikemas kini mengikut ulasan

daripada ahli JTSM.

Januari - Jun

2011

Julai 2011

Ogos -

September

2011

Kumpulan Kerja

Antara JUPEM dan

MaCGDI

Dalam tempoh

sebulan daripada

tarikh surat

dikeluarkan untuk

penerimaan ulasan

dan

komen dari ahli

JTSM

Urus setia akan

mengemaskini

dokumen mengikut

ulasan ahli JTSM

4 Tindakan urus setia untuk

menerbitkan dokumen.

Oktober 2011 -

5 Untuk edaran kepada semua

Agensi yang terlibat dengan

MyGDI, Agensi Persekutuan,

Agensi Negeri, PBT & Pusat

Pengajian Tinggi.

November -

Disember

2011

6.6. Penyelarasan Kod bagi Sempadan Pentadbiran Pihak Berkuasa

Tempatan dan Sempadan Kampung

Perancangan bagi Penyelarasan Kod bagi Sempadan Pentadbiran

Pihak Berkuasa Tempatan dan Sempadan Kampung tahun 2011

adalah seperti berikut:

Bil Aktiviti Dirancang Tarikh Catatan

1 Penyelarasan Kod Sempadan

Kampung

2 Penyelarasan Kod Sempadan

Pentadbiran PBT

Januari –

Disember

2011

Mac –

Disember

2011

Tertakluk kepada aktiviti

KKLW untuk mengumpul

data mengikut negerinegeri

Merujuk kepada kod

Kerajaan Tempatan yang

akan diselaraskan di

bawah DDSA

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

18/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

6.7. Kajian Dokumen yang telah menjadi Standard Malaysia (MS)

Perancangan Kajian Dokumen MS bagi tahun 2011 adalah mengumpul

maklum balas dan cadangan daripada bengkel-bengkel berkaitan

dalam bidang maklumat geospatial untuk dikemukakan bagi tujuan

penambahbaikan dan pindaan kepada TC2/SIRIM. Kajian ke atas

dokumen yang telah menjadi MS akan dijalankan mengikut keperluan

dari semasa ke semasa.

7. KEMAJUAN AKTIVITI STANDARDISASI BAGI JAWATANKUASA-

JAWATANKUASA LAIN

Berikut adalah kemajuan bagi aktiviti-aktiviti standardisasi bagi jawatankuasajawatankuasa

lain yang berkaitan dengan maklumat geospatial bagi tahun

2010, antaranya Kumpulan Kerja Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir

Kebangsaan (KKPDNG), Kumpulan Kerja 4 (Tanah & GIS) Data Dictionary

Sektor Awam, dan aktiviti dari TC2/SIRIM.

7.1. Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan (PDNG)

Aktiviti PDNG yang telah dijalankan sepanjang tahun 2010 adalah

seperti di Jadual 10 berikut:

Bil Aktiviti Tarikh/ Tempat

1 Taklimat dan Bengkel PDNG bagi Wilayah

Persekutuan K.Lumpur dan Putrajaya

2 Mesyuarat Kumpulan Kerja Pangkalan Data

Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan

(KKPDNG) Bil.1/2010

3 Peningkatan Aplikasi PDNG

(MyGeoName Fasa II)

Modul Administrator - siap

Modul Carian - siap

Modul Kemaskini Data- siap

Modul Data baru - siap

Modul Map Information Display - siap

Modul Laporan Pembetulan – dalam tindakan

Modul Pengesahan Data - siap

Modul Penerbitan Gazetir – dalam tindakan

Modul Tulisan Jawi – dalam tindakan

Modul Audio - dalam tindakan

Modul Web Gazetir – dalam tindakan

20 September 2010

Kuala Lumpur

21 September 2010

Kuala Lumpur

Januari – Disember

2010

Jadual 10 : Status kemajuan PDNG 2010

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

19/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

Aplikasi MyGeoName telah siap dibangunkan dan boleh diakses

melalui www.mygeoportal.gov.my. Manakala garis panduan bagi

standardisasi yang diterbitkan oleh JUPEM iaitu Garis Panduan

Penentuan Nama Geografi (2005) telah menjadi Malaysian Standard -

MS 2256 : 2009 (Geographic Information - Guidelines for the

Determination of Geographical Names).

7.2. Kumpulan Kerja 4 – KK4 (Tanah & GIS) bagi Data Dictionary

Sektor Awam (DDSA) MAMPU

Data Dictionary Sektor Awam (DDSA) menetapkan keterangan data

yang standard untuk diguna pakai oleh agensi-agensi sektor awam

dimana ia mempunyai satu standard yang boleh diguna pakai oleh

semua agensi yang juga akan memudahkan usaha-usaha “system

integration dan interoperability” antara agensi sektor awam.

Bagi membentuk DDSA, Terdapat sepuluh (10) kumpulan kerja telah

ditubuhkan bagi membangunkan data dictionary bagi kategori data

yang berlainan. Salah satu kumpulan kerja berkenaan adalah

Kumpulan Kerja 4 (KK4) yang dipertanggunjawab untuk

menyelaraskan, merancang dan menetapkan kod-kod tanah dan GIS

bagi sektor awam.

KK4 melaporkan status aktiviti berkaitan kod-kod tanah dan GIS

kepada Jawatankuasa DDSA dalam mesyuarat yang diadakan iaitu

Mesyuarat Jawatankuasa DDSA (2 kali setahun) dan Mesyuarat

Kumpulan Kerja 1 (KK1) Data Generik DDSA (2 kali setahun).

7.3. Seminar Standardisasi Dalam Bidang Sistem Maklumat Geografi

(GIS)

Seminar ini bertujuan untuk memberi panduan penggunaan aktivitiaktiviti

standard maklumat geospatial yang terkini ke arah mencapai

maklumat geospatial berkualiti dengan standardasi dalam bidang GIS

di negara ini. Seminar dengan kerjasama ahli TC2/SIRIM ini telah

membentangkan beberapa kertas kerja, antaranya berkaitan dengan

MS1759, UPI, DQ, Metadata, Positoning Services dan Imagery and

Gridded Data.

Seminar Standardisasi dalam Bidang Sistem Maklumat Geografi

peringkat Kebangsaan telah diadakan pada 22-23 Oktober 2009 di

Pulau Pinang. Manakala bagi tahun 2010, ia diperluaskan kepada zonzon

dan telah dilaksanakan pada 22-23 Mac 2010 bagi Zon Timur di

Kuantan, Pahang dan pada 5-6 Oktober 2010 bagi Zon Selatan di

Johor Bahru, Johor.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

20/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

7.4. Standardisasi Spesifikasi Alamat

Kumpulan Kerja ini ditubuhkan oleh TC2/SIRIM untuk menyelaraskan

standardisasi spesifikasi alamat. Kumpulan Kerja ini dipengerusikan

oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia dengan kerjasama Road

Engineering Association of Malaysia (REAM) dan pelbagai agensi yang

lain. Standard ini bertujuan bagi menyelaraskan spesifikasi bagi

alamat-alamat yang meliputi alamat jalan (street addresses), alamat

bukan jalan (non-street addresses) dan alamat peti surat (post office

box addresses).

Standardisasi Spesifikasi Alamat (Specification Standard for Adresses)

telah menjadi Malaysian Standard pada September 2006 dan dikenali

sebagai MS 2039 : Addresses Standard Format -Requirements.

Dokumen ini menggariskan pelbagai jenis alamat yang digunakan di

negara ini dan memberi panduan kepada pengguna dalam menulis

alamat yang betul dan selaras.

7.5. Spesifikasi Standard bagi Sistem Penomboran dan Tanda Jalan

Spesifikasi Standard bagi Sistem Penomboran dan Tanda Jalan telah

menjadi Malaysian Standard dan dikenali sebagai MS 1987 : Route

Numbering System And Guide Signs pada November 2007.

Dokumen ini menerangkan berkenaan sistem penomboran jalan serta

tanda jalan yang digunakan dengan menjelaskan kategori jalan,

klasifikasi guide signs serta kod-kod jalan di negara ini. Penyeragaman

sistem penomboran jalan adalah penting supaya penamaan yang

digunakan adalah betul dan tepat.

8. PENUTUP

Pembangunan Standard maklumat geospatial amat penting bagi menentukan

perkongsian dan pertukaran data geospatial antara agensi dapat

dilaksanakan dengan berkesan. Kejayaan pembangunan standard ini juga

banyak bergantung kepada kerjasama dan komitmen daripada agensi-agensi

pembekal dan pengguna data geospatial.

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

21/22

Laporan Kemajuan Jawatankuasa Teknikal Standard MyGDI (JTSM) 2010

Lampiran A

Senarai Dokumen MS dan MS ISO bagi Kategori Geographic Information (GI) yang

telah dibeli daripada SIRIM Sebagai Rujukan dan Simpanan oleh JTSM

BIL MS GEOGRAPHIC INFORMATION (GI) HARGA (RM) TARIKH BELI

1 MS 1759 : 2004 GI- Features and Attribute Codes 190 x 2 September 2009

2 MS 1987 : 2007 GI- Route Numbering System and Guide Signs 50 x 2 September 2009

3 MS 1938 : 2007 GI- Imagery and Gridded Data 50 x 2 September 2009

4 MS 2039 : 2006 GI- Addresses Standard Format –Requirements 50 x 2 September 2009

5 MS 2256 : 2009 GI -Guidelines for the Determination of Geographical Names 30 x 2 April 2010

MS ISO

6 19101 : 2003 GI- Reference Model 60 x 2 September 2009

7 19105 : 2003 GI- Conformance and Testing 30 x 2 September 2009

8 19106 : 2006 GI- Profiles 260 x 2 September 2009

9 19107 : 2007 GI- Spatial Schema 180 x 2 September 2009

10 19108 : 2003 GI- Temporal Schema 60 x 2 September 2009

11 19109 : 2007 GI- Rules For Application Schema 370 x 2 September 2009

12 19110 : 2006 GI- Methodology for feature cataloguing 330 x 2 September 2009

13 19111 : 2008 GI- Spatial Referencing By Coordinates (First Revision) 370 x 2 September 2009

14 19112 : 2006 GI- Spatial Referencing by Geographic Identifiers 210 x 2 September 2009

15 19113 : 2003 GI- Quality Principles 40 x 2 September 2009

16 19114 : 2006 GI- Quality Evaluation Procedures 350 x 2 September 2009

17 19115 : 2003 GI- Metadata Referencing by Coordinates 160 x 2 September 2009

18 19116 : 2006 GI- Positioning Services 330 x 2 September 2009

19 19117 : 2006 GI- Potrayal 290 x 2 September 2009

20 19118 : 2006 GI- Encoding 440 x 2 September 2009

21 19119 : 2006 GI- Services 350 x 2 September 2009

22 19123 : 2007 GI- Schema For Coverage Geometry And Functions 350 x 2 September 2009

23 19125-1: 2006 GI- Simple feature access – Part 1 : Common architecture 290 x 2 September 2009

24 19125-2 : 2006 GI- Simple feature access- Part 2: SQL option 350 x 2 September 2009

25 19128 : 2007 GI- Web Map Server Interface 370 x 2 September 2009

26 19133 : 2007 GI- Location-based Services - Tracking And Navigation 460 x 2 September 2009

27 19135 : 2007 GI- Rocedures For Item Registration 330 x 2 September 2009

28 19136 : 2008 GI- Geography Markup Language (GML) 660 x 2 September 2009

29 19137 : 2008 GI- CoreProfile Of The Spatial Schema 170 x 2 September 2009

30 19141 : 2009 GI -Schema for Moving Features 320 x 2 April 2010

31 19131 : 2009 GI -Data Product Specifications 290 x 2 April 2010

MS ISO/TS

32 19127 : 2006 GI- Geodetics Codes and Parameters 210 x 2 September 2009

33 19134 : 2008 GI- Location - Based Services - Multimodal Routing and Navigation 290 x 2 September 2009

34 19138 : 2008 GI- Data Quality Measures 350 x 2 September 2009

35 19139 : 2008 GI- Metadata - XML Schema Implementation 430 x 2 September 2009

RM 8,430 x 2 September 2009

RM 640 x 2 April 2010

Belian x 2 (soft & hardcopy) JUMLAH (RM) RM 20,700.00

Mesyuarat Jawatankuasa Penyelaras MyGDI Kebangsaan (JPMK) Bil 1/2010

22/22

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!