19.11.2014 Views

teks ucapan ybhg. tan sri dr. ali bin hamsa ketua setiausaha negara ...

teks ucapan ybhg. tan sri dr. ali bin hamsa ketua setiausaha negara ...

teks ucapan ybhg. tan sri dr. ali bin hamsa ketua setiausaha negara ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PLEASE CHECK AGAINST DELIVERY

TEKS UCAPAN

YBHG. TAN SRI DR. ALI BIN HAMSA

KETUA SETIAUSAHA NEGARA

MAJLIS PERJUMPAAN KETUA

SETIAUSAHA NEGARA BERSAMA

PENJAWAT AWAM NEGERI SABAH

11 JUN 2013 (SELASA)

2.30 PETANG

AUDITORIUM TUN AHMAD RAFFAE

YAYASAN SABAH

KOTA KINABALU, SABAH

Bismillahir rahmanir rahim.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

Saudara/Saudari pengerusi majlis

YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Sukarti Wakiman

Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah

YBhg. Dato’ Abu Bakar Bin Hassan

Setiausaha Persekutuan Sabah

YBrs. Ketua-Ketua Jabatan Persekutuan dan

Negeri

YBhg. Datuk-Datuk, Tuan-tuan dan Puan-puan.

1

PENDAHULUAN

1. Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama

mengangkat setinggi-tinggi rasa syukur ke hadrat

Allah s.w.t. kerana dengan izin dan limpah

kurniaNya jua, kita dapat bertemu dalam majlis

pada petang yang berbahagia ini.

2. Saya ingin mengucapkan terima kasih

kepada Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan

Setiausaha Persekutuan Sabah kerana sudi

mengaturkan sesi perjumpaan bersama Penjawat

Awam Negeri Sabah pada petang ini. Saya juga

mengucapkan “Kotobian Tadau Tagazo Do

Kaamatan” (Selamat Hari Pesta Menuai)

bersempena dengan sambutan Pesta Menuai

baru-baru ini.

2

3. Saya amat bergembira kerana sekali lagi

berpeluang untuk berjumpa dengan 1,000

penjawat awam Persekutuan dan Negeri pada

hari ini. Bagi rakan-rakan yang tidak dapat hadir

bersama pada hari ini, sampaikan salam mesra

saya kepada mereka.

MANDAT KERAJAAN DAN TANGGUNGJAWAB

PENJAWAT AWAM KEPADA GOVERNMENT

OF THE DAY

Para hadirin yang dihormati sekalian,

4. Pilihanraya Umum 2013 telah melabuhkan

tirainya pada 5 Mei yang lepas dan barisan

kabinet yang baru telah diumumkan oleh YAB

Perdana Menteri Malaysia pada 15 Mei 2013.

Pengumuman ini menampilkan barisan kabinet

yang terdiri daripada gabungan pemimpin

3

erpengalaman, teknokrat dan tokoh muda yang

mempunyai kebolehan dalam menjayakan

Agenda Transformasi Negara. Kabinet baru ini

menunjukkan kepercayaan yang diberikan oleh

YAB Perdana Menteri kepada para pemimpin

muda untuk menerajui perubahan dan

pembaharuan.

5. Dalam usaha berterusan kita ke arah

transformasi negara, perkhidmatan awam

merupakan komponen penting dan penghubung

dalam menterjemahkan visi Kerajaan kepada

program-program yang boleh dilaksanakan.

Perkhidmatan awam, yang menjadi tonggak

pentadbiran negara, juga sedang meniti

transformasi ke arah menjayakan agenda

transformasi negara, yang merangkumi

transformasi kerajaan, ekonomi, politik dan sosial.

4

6. Penjawat awam sedia maklum bahawa kita

semua mempunyai hak (berdasarkan

Perlembagaan) untuk menentukan siapa yang

wajar dipilih untuk memimpin dan mentadbir

negara. Namun, para hadirin sekalian harus juga

sedar bahawa sebagai penjawat awam, kita

mempunyai tanggungjawab untuk berkhidmat

kepada government of the day dan

mengetepikan sebarang pandangan politik

peribadi semasa menjalankan tugas masingmasing.

7. Kita mempunyai kewajipan untuk memenuhi

aspirasi Kerajaan dan berkhidmat bagi

melaksanakan mandat yang telah diberikan

kepada Kerajaan. Ini selaras dengan pesanan

YAB Perdana Menteri sewaktu Majlis Perdana

Perkhidmatan Awam (MAPPA) Ketigabelas pada

11 Mac 2013, di mana beliau menyifatkan

5

penjawat awam sebagai “agen transformasi

paling hadapan dalam perantaraan di antara

rakyat dan Kerajaan.” Kita merupakan barisan

hadapan yang akan menunaikan janji Kerajaan

kepada rakyat dengan memberikan

perkhidmatan yang cepat, tepat dan

berintegriti, demi kebajikan serta kesejahteraan

rakyat.

PENGHARGAAN KEPADA PENJAWAT AWAM

YANG BERTUGAS DEMI KESELAMATAN

NEGARA

Para hadirin yang dihormati sekalian.

8. Kerajaan sedar serta menghargai jasa dan

pengorbanan setiap individu dalam memastikan

keselamatan dan ketenteraman negara sentiasa

terlindung. Kerajaan amat menghargai

6

perkhidmatan anggota keselamatan,

terutamanya Angkatan Tentera Malaysia (ATM),

Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi

Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),

Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), Pasukan

Sukarelawan Malaysia (RELA), Kementerian

Kesihatan Malaysia serta semua Jabatan dan

Agensi, sukarelawan dan rakyat yang

bekerjasama dalam menjaga dan

mempertahankan kedaulatan negara semasa

berhadapan dengan pengganas yang menggugat

kedaulatan negara pada bulan Februari 2013 lalu.

Pengorbanan perkhidmatan awam

mempertaruhkan nyawa amatlah disanjung tinggi

dan wajar dijadikan teladan.

9. Menyedari kepentingan menjaga

ketenteraman awam, Kerajaan telah menubuhkan

Eastern Sabah Security Command (ESSCOM)

7

pada bulan Mac 2013, yang beribu pejabat di

Lahad Datu. Kerajaan telah memberi pengiktirafan

dengan melantik anak Sabah sebagai Ketua

Pengarah ESSCOM. Ini membuktikan

kepercayaan Kerajaan terhadap kebolehan anak

jati Sabah, dalam memikul tanggungjawab yang

begitu besar demi mempertahankan keselamatan

dan kedaulatan negara.

AMANAT YAB PERDANA MENTERI SEMPENA

PERHIMPUNAN BULANAN JPM PADA 3 JUN

2013

Para hadirin yang dihormati sekalian,

10. YAB Perdana Menteri, semasa ucapan beliau

sempena perhimpunan bulanan Jabatan Perdana

Menteri pada 3 Jun 2013 baru-baru ini, telah

menyampaikan ucapan terima kasih kepada

8

semua penjawat awam di atas sokongan dan

kerja keras yang ditunjukkan selama ini dan

menyeru agar kita, sebagai penjawat awam, tidak

menoleh kebelakang tetapi mesti mengorak

langkah ke hadapan sebagai sebuah negara. Kita

tidak mampu untuk membuang masa untuk

terlibat dalam proses yang disifatkan sebagai

‘excessive politicking’.

HARAPAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA

Para hadirin yang dihormati sekalian,

11. Di kesempatan ini, saya ingin berkongsi

dengan para hadirin sekalian beberapa harapan

saya terhadap penjawat awam:

9

MERAKYATKAN PERKHIDMATAN AWAM

12. Negara kita telah melalui banyak peringkat

pembangunan dan transformasi dalam usahanya

untuk mewujudkan perkhidmatan yang terbaik

kepada rakyat. Semenjak saya diberi kepercayaan

untuk menerajui pimpinan perkhidmatan awam

sebagai Ketua Setiausaha Negara pada bulan Jun

tahun lepas, saya telah memperkenalkan konsep

‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam.’ Ia

merupakan pendekatan yang berasaskan kepada

enam prinsip, iaitu:

Keterbukaan;

Turun Padang;

Musyawarah;

Insaniah;

Kerjasama Awam-Swasta; dan

Kekitaan;

10

13. Sebagai penjawat awam, saya menyarankan

agar anda semua membudayakan pendekatan

‘Merakyatkan Perkhidmatan Awam’ ini. Kita harus

sentiasa sedar bahawa kita mempunyai dua

peranan yang berbeza:

Pertama, sebagai penjawat awam yang

menyediakan perkhidmatan kepada orang

ramai.

Kedua, sebagai rakyat yang menerima

perkhidmatan daripada penjawat awam,

yang merupakan rakan sekerja kita.

14. Hanya apabila kita berusaha untuk memberi

perkhidmatan yang terbaik akan kita mampu

memenuhi permintaan yang semakin meningkat

rakyat. Rakyat kini sudah pandai menilai

perkhidmatan yang diberikan dan mereka

mengharapkan penjawat awam untuk menyelami

11

dan memahami masalah mereka. Kita mesti

bertindak dengan cepat dan berkesan kepada

perubahan keperluan dan harapan rakyat yang

semakin meningkat.

TURUN PADANG DAN PROGRAM JEJAK

MESRA PERKHIDMATAN AWAM

Para hadirin yang dihormati sekalian.

15. Saya menggalakkan semua pegawai

kerajaan, termasuk pihak pengurusan, untuk

mengamalkan lawatan ‘turun padang’ dengan

kerap dan mengadakan musyawarah

(engagement) agar dapat mendengar pandangan

dan pendapat, menyelami permasalahan serta

mendapat maklumbalas daripada warga kerja

masing-masing.

12

16. Ia juga bertujuan untuk melihat dengan

mata sendiri keadaan para penjawat awam ketika

mereka sedang bertugas. Saya menyeru supaya

pihak pengurusan tidak mengabaikan perkaraperkara

berkaitan kebajikan pekerja. Melalui

pendekatan ini, pembaikan, jika perlu, boleh

dilaksanakan, demi kebajikan pekerja masingmasing.

17. Saya juga menyarankan penjawat awam

supaya lebih peka dan mendekati nadi rakyat

dengan mengambil langkah proaktif untuk turun

dan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

rakyat. Melalui program yang saya namakan

sebagai Program Jejak Mesra Perkhidmatan

Awam (atau Search and Assist), penjawat awam

akan turun untuk menyelesaikan masalah yang

dihadapi oleh rakyat dan membawa perkhidmatan

kepada mereka. Ini adalah satu pendekatan baru

13

agar kita tidak sahaja menunggu untuk rakyat

datang kepada kita dengan masalah mereka,

tetapi sebaliknya, mendekati mereka. Saya

berharap perkara ini dapat dibudayakan

sepanjang perkhidmatan anda.

PENDEKATAN DASAR PINTU TERBUKA

(OPEN DOOR POLICY)

18. Apabila berurusan dengan penjawat awam

mahupun rakyat, saya sentiasa mengamalkan

pendekatan dasar pintu terbuka atau Open Door

Policy. Saya amat mengalu-alukan maklumbalas,

pandangan dan cadangan membina daripada

para hadirin sekalian demi mempertingkatkan

penyampaian perkhidmatan awam. Saya percaya

bahawa kita semua perlu senang dihubungi dan

didekati (approachable). Namun begitu, saya

berharap agar sebarang maklumbalas yang ingin

14

disampaikan dapat disalurkan melalui saluran

yang bersesuaian.

PENGGUNAAN MEDIA SOSIAL SECARA

BERTANGGUNGJAWAB

Para hadirin yang dihormati sekalian,

19. YAB Perdana Menteri dalam ucapan beliau

semasa Perhimpunan Bulanan JPM minggu lepas

telah mengenalpasti satu ‘kelemahan’ kerajaan

iaitu, menangani ‘the war of perception’. Beliau

menyatakan bahawa persepsi, baik yang positif

atau negatif, boleh dibentuk melalui pelbagai cara,

termasuk melalui media sosial seperti Facebook.

Memandangkan media sosial semakin kerap

digunakan sebagai satu saluran maklumat, saya

ingin mengingatkan para hadirin sekalian agar

menggunakan medium ini secara

15

ertanggungjawab dan berhemah. Saya juga ingin

mengingatkan supaya tidak terlibat sama sekali

dalam penyebaran khabar angin ataupun gambargambar

tidak tepat melalui laman media sosial

seperti Facebook, blog dan Twitter. Ketua-ketua

Jabatan juga bertanggungjawab untuk memantau

aktiviti warga kerja di bawah seliaan mereka dan

perlu mengambil tindakan yang sewajarnya,

sekiranya mereka melanggar undang-undang

yang sedia ada berhubung etika tatalaku seorang

penjawat awam

KERJASAMA ANTARA PENJAWAT AWAM

PERSEKUTUAN DAN NEGERI

20. Saya difahamkan bahawa terdapat hampir

90,000 orang Penjawat Awam Persekutuan di

Sabah yang bertugas di 136 agensi Kerajaan

Persekutuan, manakala seramai 24,000 orang lagi

16

ertugas dalam Perkhidmatan Awam Negeri

Sabah.

21. Kita harus sedar bahawa dalam perkhidmatan

awam, tugasan kita saling berhubung kait

(inter related) dan kita tidak boleh bekerja dalam

silo. Dalam kaca mata rakyat, perkhidmatan awam

adalah satu entiti besar – mereka tidak akan

bezakan antara perkhidmatan Persekutuan dan

Perkhidmatan Negeri.

22. Oleh itu, saya yakin bahawa kedua-dua

perkhidmatan ini sentiasa bekerjasama dalam

memastikan Agenda Transformasi Negara

dijayakan dan juga program dan projek

Pembangunan Kerajaan Negeri dapat sama-sama

menjadi realiti. Kita perlu mewujudkan satu

perkhidmatan yang seamless (tiada batasan).

Ketua-ketua Jabatan Persekutuan perlu

17

mengambil kira dan memberi pertimbangan yang

sewajarnya kepada input Kerajaan Negeri dalam

perancangan dan pelaksanaan dasar, program

dan projek pembangunan di Sabah.

PENUTUP

Para hadirin yang dihormati sekalian.

23. Akhir kata, saya berharap perjumpaan kita

pada hari ini dapat meningkatkan lagi semangat

kerjasama di antara semua penjawat awam di

Sabah demi kesejahteraan rakyat yang sentiasa

mengharapkan perkhidmatan yang terbaik dari

Kerajaan. Saya yakin bahawa para hadirin

sekalian akan sentiasa bekerjasama dalam

usaha ke arah mencapai wawasan untuk

menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan

berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

18

24. Saya mengucapkan terima kasih di atas

penganjuran majlis ini yang cukup teratur dan

sempurna, dan berharap agar para penjawat

awam di Sabah, Negeri di Bawah Bayu, terus

cemerlang dan memberi komitmen untuk

melaksanakan dan menjayakan agenda negara

demi kepentingan rakyat dan negara.

Sekian. Wabillaahi taufik walhidayah

wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!