Geran Universiti Penyelidikan (RU) - USM
Geran Universiti Penyelidikan (RU) - USM
Geran Universiti Penyelidikan (RU) - USM
You also want an ePaper? Increase the reach of your titles
YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.
Garis Panduan Pengurusan Geran Universiti Penyelidikan (RU)

Universiti Sains Malaysia

Selaras dengan status Universiti Penyelidikan yang telah dinobatkan kepada USM, Bahagian

Penyelidikan & Inovasi telah memperkenalkan Geran Universiti Penyelidikan (RU) untuk

menyokong dan mempertingkatkan dengan pesat agenda penyelidikan USM. Agenda ini

dilaksanakan untuk meningkatkan Key Performance Indicators (KPI) yang telah ditetapkan oleh

KPT.

Geran RU merupakan geran kompetetif dan terbahagi kepada Individu (RUI), Pasukan (RUT)

dan Klaster (RUC). Geran RU diperkenalkan untuk mencapai tiga (3) objektif utama iaitu:

(a) Untuk meningkatkan aktiviti penyelidikan

(b) Untuk memperkasakan penyelidikan sedia ada yang boleh memberi sumbangan kepada

pembangunan Negara

(c) Untuk memupuk penyelidikan ke arah pengwujudan Centre of Excellence (CoE)

Setiap penyelidik digalakkan untuk memohon geran RU. Walau bagaimanapun, setiap

penyelidik hanya boleh menjadi Penyelidik Utama pada satu-satu masa dengan kombinasi

seperti berikut:

(a) 1 Geran RUI + 1 Geran RUI

(b) 1 Geran RUI + 1 Geran RUT

(c) 2 Geran RUI + 1 Geran RUC

Bagi Ketua Klaster – perlu mengetuai 1 Pasukan sahaja dalam Klaster tersebut

Hanya Ketua Klaster dibenarkan untuk memegang 2 RUI pada satu-satu masa

Seorang penyelidik tidak boleh menjadi Penyelidik Utama (mengetuai) bagi geran RUT dan

RUC pada satu-satu masa. Syarat ini diwujudkan untuk menggalakan penyelidik meneroka

geran agensi luar yang ada dalam pasaran dan tidak terikat dengan sokongan dalaman sahaja.

Syarat umum dan kriteria mengikut jenis geran RU yang telah diperakukan oleh Universiti

adalah seperti di bawah:

PERKARA RUI RUT RUC

Staf Akademik USM Minima 2 orang 5 orang 5 oang

Markah KPI Minima 10 25 50

Siling RM 250,000.00 RM 1,000,000.00 RM 5,000,000.00

Tempoh Minima 12 Bulan 24 Bulan 36 Bulan

Tempoh Maksima 36 Bulan 48 Bulan 60 Bulan
Geran RUI

(a) Dinilai berdasarkan merit

(b) Mesti mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) staf akademik USM

(c) Digalakkan untuk menunjukkan multi-disciplinary, people-oriented solutions to

sustainability issues, wealth creation and/or bottom billion agenda

(d) Menunjukkan KPI RU (secara keseluruhan/purata) minima sebanyak 10 markah bagi

tempoh setahun sebelum tahun permohonan dibuat dengan mengemukakan bukti KPI

RU

(e) Siling sebanyak RM250 000

(f) Penawaran geran RUI adalah berdasarkan Nilai Nitik Ambang (COP) pada 50%

daripada jumlah permohonan dalam satu eksesais atau yang diperaku serta

diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Universiti dari semasa ke

semasa.

(g) Tempoh pelaksanaan geran RUI adalah seperti berikut:

(h) Tempoh minima - 12 bulan

(i) Tempoh maksima - 36 bulan

Geran RUT

(a) Dinilai berdasarkan merit

(b) Wajib menunjukan multi disciplinary

(c) Digalakkan untuk menunjukkan people-oriented solutions to sustainability issues, wealth

creation and/or bottom billion agenda

(d) Menunjukkan KPI RU (secara keseluruhan/purata) minima sebanyak 25 markah bagi

tempoh setahun sebelum tahun permohonan dibuat dengan mengemukakan bukti KPI

RU

(e) Minima lima (5) staf akademik USM

(f) Siling sebanyak RM1 000 000

(g) Penawaran geran RUT adalah berdasarkan 80% markah Penilai dan yang dilulus dan

dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Universiti dari semasa ke

semasa.

(h) Tempoh pelaksanaan geran RUT adalah seperti berikut:

(i) Tempoh minima - 24 bulan

(j) Tempoh maksima - 48 bulan

Geran RUC

Ketua Penyelidik yang mempunyai rekod penyelidikan yang cemerlang boleh membuat

permohonan geran RUC yang melibatkan koloborasi antara beberapa pasukan (RUT atau RUI)

inter-PTJ:

(a) Dinilai berdasarkan merit

(b) Menunjukkan multi-disciplinary antara PTJ di USM

(c) Menunjukkan multi-disciplinary (inter–PTJ) dan/atau multi-institutional (inter-varsities)

dengan konsep matching grants

(d) Adalah wajib untuk menunjukkan people-oriented solutions to sustainability issues,

wealth creation and/or bottom billion agenda

(e) Menunjukan KPI RU (secara keseluruhan/purata) minima sebanyak 50 markah bagi

tempoh tiga (3) tahun berturut turut sebelum tahun permohonan dibuat dengan

mengemukakan bukti KPI RU

(f) Minima lima (5) staf akademik USM

(g) Siling sebanyak RM5 000 000
(h) 2.5% daripada jumlah peruntukan geran yang diluluskan adalah untuk agihan vot

operasi projek

(i) Tambahan 2.5% ini tidak melebihi siling peruntukan RM 5 000 000

(j) Penawaran geran RUC adalah berdasarkan 80% markah Penilai dan yang diperaku

serta diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Universiti dari semasa ke

semasa.

(k) Tempoh pelaksanaan geran RUC adalah seperti berikut:

(l) Tempoh minima - 36 bulan

(m) Tempoh maksima - 60 bulan

Klaster yang telah bersedia dan menunjukkan KPI RU sebanyak 75 markah setelah selesai

geran boleh disyorkan permohonan sebagai CoE melalui Senat USM.

Geran RU diproses sebanyak 2 kitaran dalam setahun iaitu bermula pada tarikh 15 April dan

15 September. Permohonan akan melalui proses saringan yang telus dan teratur. Proses ini

telah dimaklumkan melalui jerayawara dan mesyuarat Senat secara berkala.

Tapisan Permohonan Geran RU

Tapisan 1

Proses permohonan semua geran RU akan ditapis terlebih dahulu di peringkat PTJ melalui

Jawatankuasa Penyelidikan PTJ serta mendapatkan perakuan Dekan/Ketua PTJ Penyelidik

Utama/Ketua Pasukan/Ketua Klaster. Permohonan yang diperakukan di PTJ akan dimajukan

kepada Pejabat Pelantar berkaitan.

Tapisan 2

Pejabat Pelantar bertanggungjawab untuk membuat semakan awal dari sudut teknikal

merangkumi kelengkapan borang permohonan dan bukti/dokumen sokongan yang dihantar.

Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon untuk dikemukakan

semula. Sekiranya tidak dikemukakan dalam kitaran yang sama, permohonan tersebut akan

dinilai dalam kitaran seterusnya.

Tapisan 3

KPI permohonan yang lengkap dan telah mengemukakan semua bukti/dokumen sokongan ini

kemudiannya akan dinilai. Semakan dan pengiraan bagi permohonan RUI akan dilaksanakan

oleh Pejabat Pelantar berkaitan dan dibentangkan untuk pengesahan Jawatankuasa KPI Geran

manakala semakan, pengiraan dan pengesahan RUT dan RUC akan dilaksanakan sepenuhnya

oleh Jawatankuasa KPI Geran yang telah dilantik oleh Universiti secara rasmi.

Jawatankuasa KPI Geran ini akan menyemak syarat minima, memperaku dan meluluskan KPI

yang telah ditetapkan seperti syarat di atas. Jawatankuasa ini juga berperanan untuk memberi

khidmat nasihat berkaitan KPI kepada penyelidik jika perlu serta menyediakan laporan berkala

pencapaian KPI permohonan geran RU kepada Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan

Universiti.

Permohonan yang melibatkan manusia atau haiwan pula akan dinilai oleh Jawatankuasa Etika

Manusia dan/atau Jawatankuasa Etika Haiwan yang turut dilantik oleh Universiti. Setelah

proses penilaian KPI dilaksanakan.
Tapisan 4

Permohonan geran yang telah diperakukan oleh Jawatankuasa KPI Geran akan dimajukan

untuk semakan/penilaian Peringkat Pelantar yang terdiri daripada ahli/pakar dalaman yang

dilantik oleh Universiti serta diurusetiakan oleh Pegawai Sains Pelantar.

Pejabat Pelantar juga bertindak untuk menyemak merit permohonan serta semua syarat am

dan khusus geran RU dipatuhi sebelum memperakukannya sama ada untuk dinilai ke

Jawatankuasa Penilaian Geran Peringkat Universiti atau dibuat penambahbaikan.

Tempoh masa maksima yang dibenarkan untuk membuat penambahbaikan dalam tapisan 4

adalah 3 bulan untuk dibawa masuk dalam eksesais berikutnya. Pejabat Pelantar turut

bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat penambahbaikan dan surat tolak permohonan

sekiranya didapati permohonan tidak lengkap dan/atau tidak memenuhi syarat serta kriteria.

Permohonan dianggap terbatal setelah tamat tempoh maksima 3 bulan yang ditetapkan dan

calon perlu memohon semula.

Tapisan 5

Permohonan yang telah diperakukan oleh Dekan Penyelidikan (DP) akan dinilai oleh

Jawatankuasa Penilaian Geran Peringkat Universiti. Keahlian jawatankuasa ini terdiri

daripada ahli/pakar yang dikenalpasti daripada senarai kepakaran Universiti-universiti tempatan

dan juga daripada Akademi Sains Malaysia yang dilantik secara rasmi dan dijemput oleh USM

untuk membuat penilaian.

Walau bagaimanapun, pemohon RUT/RUC boleh mencalonkan seorang Penilai Luar dalam

bidang berkaitan sebagai salah seorang penilai dalam Jawatankuasa Penilaian Geran

Peringakat Universiti. Pencalonan keahlian/Panel Luar dalam Jawatankuasa Penilaian adalah

sulit dan rahsia.

Setiap penilaian RUT perlu mempunyai kombinasi kepakaran dalaman dan luaran yang dibuat

secara telus dan objektif. Penilaian RUC pula dilakukan oleh Penilai Luar sahaja, sama seperti

penilaian di peringkat negara. Ini termasuklah melihat kredibiliti pemohon dan Penyelidik

Bersama, merit penyelidikan, kewangan (perbelanjaan dari vot siri 11, 20 dan peralatan yang

mana senarai pembekal termurah/terendah perlu disertakan) serta outcome permohonan geran

tersebut. Pejabat Pelantar bertindak menjadi urusetia dalam proses penilaian peringkat

Universiti ini dengan sokongan daripada RCMO.

Tempoh masa maksima yang dibenarkan untuk membuat penambahbaikan dalam tapisan 5

adalah 3 bulan untuk dibawa masuk dalam eksesais berikutnya. Pejabat Pelantar akan

bertanggungjawab untuk mengeluarkan surat penambahbaikan dan surat tolak permohonan

sekiranya didapati permohonan tidak lengkap dan/atau tidak memenuhi syarat serta kriteria

pada peringkat ini. Permohonan dianggap terbatal setelah tamat tempoh yang ditetapkan dan

calon perlu memohon semula.

Sekiranya terdapat pihak berkepentingan membuat permohonan geran RU, mereka sama

sekali tidak boleh terlibat dalam proses penilaian KPI dan/atau geran tersebut.

Jawatankuasa Pelantar akan bertindak membuat semakan teknikal terhadap permohonan

geran RUI dan/atau RUT dan/atau RUC sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Penilaian Geran

peringkat Universiti.

Dekan Penyelidikan daripada Pelantar berlainan atau Senior Professor boleh

mempengerusikan Jawatankuasa. Semua Pengerusi Jawatankuasa Penilaian perlu fascilitate

mesyuarat penilaian dan turut bertanggungjawab untuk membuat ulasan keseluruhan penilaian,
membuat perakuan yang diputuskan oleh Jawatankuasa Penilaian, mengesahkan borang

penilaian dan menandatangani borang akujanji pengesahan penilaian geran. Laporan

penilaian geran RU ini perlu diselesai dan dikemukakan kepada urusetia pada hari yang sama.

Ringkasan Keanggotaan Jawatankuasa Penilai bagi Geran Peringkat Pelantar seperti berikut:

KEANGGOTAAN RUI RUT RUC

Pengerusi

Dekan Penyelidikan atau Senior Professor

Ahli Sekurang-kurangnya 2

orang daripada Ahli

Jawatankuasa Pelantar

yang dilantik

Sekurangkurangnya

2 orang

daripada Ahli

Jawatankuasa

Pelantar

(permohonan

dihantar) yang

dilantik

Sekurangkurangnya

2 orang

daripada Ahli

Jawatankuasa

Pelantar (lain/bukan

daripada pelantar

permohonan

dihantar) yang

dilantik

Sekurangkurangnya

satu

Penilai Luar

(boleh dari

kalangan panel dari

industri)

Sekurang-kurangnya

3 orang Penilai Luar

(boleh dari kalangan

panel dari industri

dan salah seorang

panel dicalonkan

oleh pemohon)

Jemputan Tiada Wakil daripada Pejabat Inovasi

Wakil daripada Jawatankuasa Etika

Wakil daripada Elemen Sosial

Setiausaha

Pegawai Pejabat Pelantar

Pemarkahan penilaian geran RUT dan RUC hanya diambil daripada kalangan Ahli sahaja

Proses penilaian masih boleh dijalankan tanpa kehadiran semua ahli jemputan. Pengerusi tidak

terlibat dalam pemarkahan tetapi membuat rumusan keseluruhan/laporan penilaian.

Perlu ditegaskan sekali lagi hanya Dekan Penyelidikan dan Senior Professor sahaja boleh

mempengerusikan Jawatankuasa Penilaian Geran Peringkat Universiti agar proses penilaian

berlaku dengan telus dan secara profesional. Pengerusi perlu menandatangani Akujanji

Penilaian.
Tapisan 6

Semua permohonan yang telah dinilai melalui Jawatankuasa Penilaian Geran Peringkat

Universiti akan digabungkan menjadi satu senarai dan dimeritkan mengikut Pelantar dan jenis

geran iaitu RUI, RUT atau RUC. Analisa permohonan akan dibuat dan dibentangkan dalam

mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Universiti untuk memutuskan Nilai Titik

Ambang atau cut off point (CoP). CoP bagi permohonan RUI yang berjaya adalah 50%

daripada jumlah permohonan mengikut Pelantar Penyelidikan manakala CoP bagi RUT dan

RUC adalah 80% merit.

Ini bermakna bukan semua permohonan yang dimohon melalui PTJ akan berjaya dan tidak

semestinya permohonan yang diperakukan dalam Jawatankuasa Penilaian Geran Peringkat

Universiti akan diluluskan oleh Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Universiti. Hanya

permohonan yang melepasi (CoP) saja dikira sebagai berjaya. Proses stringent ini adalah

sama seperti di peringkat kebangsaan. Ini dilakukan untuk memastikan hanya permohonan

terbaik saja diberi geran kompetitif ini.

Penawaran

Permohonan nombor akaun mengikut agihan vot yang telah diperaku serta diluluskan oleh

Jawatankausa Pengurusan Penyelidikan Universiti akan dibuat kepada Jabatan Bendahari

sebelum proses tawaran rasmi geran dan makluman tidak berjaya dilaksanakan oleh RCMO.

Pemohon yang berjaya perlu menandatangani Akuan Penerimaan dan Project Commitment

Agreement (PCA) sebelum geran diaktifkan.

Struktur pembukaan dan nombor akaun Geran RU seperti berikut:

Geran RUI

Penyeliik Utama

1001/PTJ/81(1-7)XXX

Projek

Nombor akaun dibuka bagi Penyelidik Utama mengikut PTJ pemohon.

Semua Penyelidik di bawah Projek diklasifikasikan sebagai Penyelidik Bersama.

Penyelidik Utama akan dijemput untuk pemantauan dan bertanggunjawab ke atas akaun yang

dibuka di bawah gerannya

Format nombor akaun yang disediakan oleh Jabatan Bendahari ialah 1001/PTJ/811XXX dengan

perincian berikut:

o 1001

o PTJ

o 81

o 1

o 2

o 3

o 4

o 5

o 6

o 7

o XXX

= Akaun RU

= PTJ Penyelidik Utama

= Geran Universiti Penyelidikan – Individu

= Pelantar Sains Fundamental

= Pelantar Sains Klinikal

= Pelantar Sains Kesihatan & Bio-Perubatan

= Pelantar Kejuruteraan & Teknologi

= Pelantar Sains Hayat

= Pelantar Transformasi Sosial

= Pelantar ICT

= Jujukan nombor siri/akaun
Geran RUT

Ketua Pasukan

1001/PTJ/85(1-7)XXX

Projek 1 Projek 2 Projek 3

Nombor akaun dibuka bagi Ketua Pasukan mengikut PTJ pemohon.

Semua Penyelidik di bawah Projek 1 – 3 diklasifikasikan sebagai Penyelidik Bersama.

Ketua Pasukan akan dijemput untuk pemantauan dan bertanggunjawab ke atas akaun yang

dibuka di bawah Pasukannya

Format nombor akaun yang disediakan oleh Jabatan Bendahari ialah 1001/PTJ/851XXX dengan

perincian berikut

o 1001

o PTJ

o 85

o 1 – 7

o XXX

= Akaun RU

= PTJ Penyelidik Utama

= Geran Universiti Penyelidikan – Pasukan

= Pelantar

= Jujukan nombor siri/akaun

Geran RUC

Ketua Klaster

2.5%

1001/PELANTAR/86(1-7)XXX

Pasukan 1

1001/PELANTAR/86(1-7)XXXY

Pasukan 2

1001/PELANTAR/86(1-7)XXXY

Pasukan 3

1001/PELANTAR/86(1-7)XXXY

Nombor akaun dibuka bagi Ketua Cluster dan Ketua Pasukan mengikut Pelantar Penyelidikan di

mana permohonan dinilai.

2.5% peruntukan operasi dalam lingkungan peruntukan yang diluluskan tetapi tidak melebihi

RM5 juta akan dibuka sebagai akaun induk (Cluster) dan diletakkan di bawah pengurusan

Ketua Cluster.

Semua Penyelidik bagi Pasukan 1 – 3 diklasifikasikan sebagai Ketua Pasukan dan semua

Penyelidik di bawah setiap Pasukan merupakan Penyelidik Bersama.

Nilai geran RUC RM1 000 000 – 5 000 000

Ketua Cluster akan dijemput untuk pemantauan dan bertanggunjawab ke atas semua akaun

yang dibuka di bawah Clusternya

Format nombor akaun yang disediakan oleh Jabatan Bendahari ialah 1001/PELANTAR/861XXXY

dengan perincian berikut

o 1001

o PELANTAR

o 86

o 1 – 7

o Y

= Akaun RU

= Pelantar di mana permohonan dinilai

= Geran Universiti Penyelidikan – Klaster

= Pelantar

= Bilangan Pasukan dalam Klaster
Panduan Umum Dalam Penawaran Geran Universiti Penyelidikan (RU)

1. Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster diwajibkan memantau peruntukan yang

telah diluluskan. Sebarang perbelanjaan melebihi peruntukan yang telah diluluskan harus

ditanggung oleh Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster. Peruntukan yang tidak

habis digunakan dalam tempoh yang ditetapkan akan LUPUT.

Buku Syarat dan Peraturan Pengurusan Kewangan Penyelidikan Universiti boleh

dimuat turun melalui pautan http://www.research.usm.my/Buku Kewangan/Pengurusan

Kewangan Penyelidikan.pdf sebagai panduan untuk mentadbir kewangan geran.

2. Semua perolehan untuk projek penyelidikan perlu mengikut Tatacara Perolehan semasa

Universiti iaitu sama ada perolehan terus, perolehan melalui sebutharga dan tender

berdasarkan amaun serta senarai alatan yang diluluskan sahaja. Nilai pembelian

peralatan di bawah Vot 35 tidak boleh melebihi 40% daripada peruntukan geran.

3. Bagi pertukaran lokasi alatan/pelupusan/kehilangan harta yang telah didaftarkan di bawah

PTJ semasa pembelian/perolehan melalui peruntukan projek/geran perlulah melalui

prosedur semasa universiti melalui jabatan bendahari.

4. Bahagian Penyelidikan & Inovasi boleh/akan mengagihkan semula peralatan yang

diluluskan di bawah geran/projek seandainya terdapat penyelidik lain yang memerlukan

peralatan tersebut selepas projek tamat.

5. Permohonan menghadiri Persidangan/Seminar/Bengkel/Lawatan Rasmi ke Luar Negara

perlu dikemukakan 60 hari sebelum tarikh berlepas. Jumlah semua perbelanjaan

perjalanan hendaklah tidak melebihi 15% daripada peruntukan geran yang telah

diluluskan.

6. Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster dan Penyelidik Bersama adalah diminta

mengemukakan perkara-perkara berikut kepada Bahagian Penyelidikan & Inovasi (P&I):

6.1 Laporan

a) Laporan Kemajuan

Laporan mestilah dikemukakan seperti berikut:

Geran RUI pada bulan ke-11 dan ke-23

Geran RUT pada bulan ke-11, ke-23 dan/atau ke-35

Geran RUC pada bulan ke-11, ke-23, ke-35 dan/atau ke-47 – dalam

tempoh projek selepas kerja penyelidikan dimulakan.

Laporan ini akan diteliti oleh Jawatankuasa Pelantar dan disahkan oleh Dekan

Penyelidikan Pelantar. Kegagalan untuk menyampaikan laporan kemajuan ini

boleh memungkinkan geran RU penyelidik dibekukan sehingga ia

dikemukakan.

b) Laporan Akhir

Laporan akhir diperlukan pada akhir tempoh kajian. Laporan akhir ini perlu

disampaikan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan selepas tamat

tempoh geran/projek ke Pejabat Pelantar berkaitan. Dalam tempoh ini, itiu

selepas tamat tempoh aktif geran, tiada perbelanjaan boleh dibuat dan semua

baki peruntukan geran harus dikembalikan kepada Universiti. Laporan akhir
yang tidak lengkap atau tidak ditandatangani tidak diterima dan akan

dikembalikan semula sehingga syarat tersebut dipenuhi.

6.2 Penerbitan dihasilkan mestilah:

a) Merakamkan penghargaan kepada Universiti Sains Malaysia. Sila pastikan

nombor dan tajuk geran dinyatakan dengan lengkap. Nama Universiti juga perlu

ditulis/ditaip dengan penuh/lengkap iaitu ‛Universiti Sains Malaysia’.

b) Tiga salinan penerbitan berkaitan mesti dikirimkan ke Bahagian Penyelidikan

dan Inovasi untuk tindakan selanjutnya.

c) Universiti mempunyai opsyen pertama untuk menerbitkan bahan yang dihasilkan

melalui projek ini. Ini akan dilakukan melalui Penerbit USM dan keputusan untuk

menerbitkan bahan ini akan dibuat dalam tempoh enam bulan.

6.3 Hasil penyelidikan perlu diterbitkan dan permohonan untuk mendapatkan geran

penyelidikan selanjutnya hanya dapat dipertimbangkan jika maklumat tentang

penerbitan hasil penyelidikan serta penerbitan berkaitan disertakan bersama.

6.4 Sebarang proses atau produk baru yang boleh dipatenkan hasil daripada kajian

perlulah melalui Pejabat Inovasi. Semua harta intelek yang terhasil daripada geran

RU adalah tertakluk kepada polisi IP Universiti Sains Malaysia. Sila layari

http://cserver.cs.usm.my/patent/HomeDisclaimer/IP_Policy_USM.pdf untuk

maklumat lanjut.

7. Hanya maksima dua (2) orang Pegawai Penyelidik atau pelantikan yang sama nilai

dengan emolumen maksima dua (2) orang Pegawai Penyelidik boleh dilantik bagi setiap

akaun yang dibuka di bawah Geran RU dalam tempoh aktifnya.

Permohonan pelantikan staf projek boleh dibuat melalui sistem i-RoRa (Intelligent

Appointment for Research Officer & Research Assistant System) di pautan

http://ernd.usm.my/sprojek/mainpage.asp

8. Sebagai tanda penghargaan dan insentif daripada pihak Universiti, seorang Post-

Doctoral akan/boleh dilantik bagi geran RUC sahaja yang mana perbelanjaan

emolumen akan dibiayai oleh RU Pusat.

9. Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster yang telah ditawarkan Geran RU

(dan/atau sedang aktif) serta telah diluluskan perkara-perkara di bawah perlu

menamakan pengganti dalam kalangan Penyelidik Bersama (staf USM) untuk

menjalankan tugas-tugas sebagai Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster

semasa ketiadaannya.

o

o

o

o

o

o

o

o

o

Cuti Belajar

Cuti Penyelidikan

Cuti Sabatikal

Cuti Bersalin

Cuti Haji

Dipinjamkan ke Agensi Luar

Kes Tatatertib

Kes Perubatan

Tamat/Ditamatkan Kontrak/Perkhidmatan dengan USM

10. Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster, Penyelidik Bersama dan semua yang

terlibat dengan geran/projek adalah tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej

Universiti 1971, Perlembagaan Universiti Sains Malaysia, Statut, Akta, Peraturan,
Pekeliling, Syarat, Polisi Harta Intelek Universiti, Peraturan Pengurusan Kewangan

Penyelidikan Universiti dan Peraturan-Peraturan lain yang berkuatkuasa di Universiti

Sains Malaysia.

Pengurusan Geran

Semua permohonan berkaitan geran perlu dilaksanakan dengan mengisi borang Hal Ehwal

Pengurusan Geran (HEPG) yang dibuat melalui Dekan/Ketua PTJ dan/atau Dekan

Penyelidikan Pelantar sebelum dimajukan untuk kelulusan Timbalan Naib Canselor

(Penyelidikan & Inovasi) dan/atau Pengarah Kampus dan/atau Naib Canselor. Borang HEPG

boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Penyelidikan & Inovasi

(http://www.research.usm.my/default.asp?tag=10).

Sila patuhi arahan yang terdapat dalam borang HEPG tersebut. Borang HEPG yang tidak

lengkap atau tidak mematuhi arahan boleh dikembalikan tanpa diproses. Pejabat Pelantar

bertanggungjawab untuk membuat semakan sebelum memanjangkan borang HEPG tersebut

ke RCMO.

Kelulusan Penggunaan Wang Geran RU melalui borang HEPG adalah seperti di bawah:

Geran RUI

Geran RUT

Geran RUC

Geran RUC akan diletakkan di bawah tanggungjawab Dekan Penyelidikan Pelantar di mana

geran RUC tersebut diluluskan. Aliran kelulusan penggunaan wang geran RUC seperti berikut:

(a) Ketua Pasukan

(Staf Akademik selain daripada Ketua Cluster/Ketua PTJ/ TNC)

(b) Ketua Pasukan = Ketua Cluster

(Staf Akademik yang bukan terdiri daripada Ketua PTJ/TNC)

(c) Ketua Pasukan = Ketua Cluster = Ketua PTJ
(d) Ketua Pasukan = Ketua Cluster = Dekan Penyelidikan

(e) Ketua Pasukan = Ketua Cluster = TNC

(f) Ketua Pasukan = Ketua Cluster = NC

Pemantauan Geran

Peruntukan geran yang telah diluluskan akan diagih dan diberikan mengikut tahun semasa

dalam tempoh geran diluluskan. Agihan tahun berikutnya hanya dibuat setelah mendapat

perakuan daripada Bengkel Pemantauan Geran yang dibuat sebanyak 2 kali setahun pada

bulan Jun dan Disember yang bertanggungjawab untuk menilai pencapaian geran yang telah

diluluskan.

Bengkel Pemantauan ini dilaksanakan untuk turut menilai prestasi perbelanjaan geran. Borang

laporan kemajuan perlu diisi secara online melalui daftar masuk ke sistem http://ernd.usm.my.

Format pembentangan juga boleh dimuat turun melalui sistem/pautan yang sama.

Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Cluster bertanggungjawab membuat pembentangan.

Bagi kes-kes tertentu yang mendapat perakuan daripada Dekan Penyelidikan Pelantar,

Penyelidik Bersama boleh membuat pembentangan. Pelajar atau RO/RA tidak boleh

membuat pembentangan.

Proses ini dilaksanakan di peringkat Pelantar yang diurusetiakan oleh Pegawai Sains Pelantar.

Sekiranya didapati pencapaian geran dan/atau prestasi perbelanjaan peruntukan geran tidak

memuaskan atau geran tersebut tidak memberi outcome yang releven, Panel Pemantauan

Geran boleh mencadangkan geran tersebut untuk ditutup. Keputusan ini akan dibentangkan

dalam Jawatankuasa Pengurusan Penyelidikan Universiti untuk kelulusan peringkat Universiti

atau perakuan dan kelulusan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi).

Ringkasan Eksesais Pemantauan Geran seperti berikut:

Eksesais Jun : Geran aktif yang telah mencapai tempoh seperti berikut:

12/24/36/48 bulan dari tarikh mula geran dalam tempoh April

hingga Ogos akan dijemput untuk membentangkan pencapaian

dalam Bengkel Pemantauan

Eksesais Disember :

Geran aktif yang telah mencapai tempoh 12/24/36/48 bulan dari

tarikh mula geran dalam tempoh September hingga Mac akan

dijemput untuk membentangkan pencapaian dalam Bengkel

Pemantauan
Pelanjutan

Sekiranya tempoh geran telah berakhir tetapi penyelidikan tidak dapat disempurnakan atas

justifikasi yang jelas serta kukuh, Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Klaster

bertanggungjawab untuk membuat permohonan pelanjutan dengan mengisi borang HEPG 2

bulan sebelum tarikh tamat tempoh geran.

Penutupan/Penamatan Geran

Semua Penyelidik Utama/Ketua Pasukan/Ketua Klaster bertanggungjawab untuk menutup

geran yang telah diluluskan dengan menghantar laporan akhir yang boleh dimuat turun melalui

laman web Bahagian Penyelidikan & Inovasi (www.research.usm.my/default.asp?tag=23)

dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh tamat tempoh geran.

Semua pembelian di bawah Vot 35 perlu diisytihar dan dikembalikan sebagai alatan guna sama

yang diletakkan di bawah pengawasan PTJ masing-masing dan merupakan hak milik USM.