02.01.2015 Views

Perhimpunan Bulanan bersama YBhg. TKSUK bulan Julai 2012

Perhimpunan Bulanan bersama YBhg. TKSUK bulan Julai 2012

Perhimpunan Bulanan bersama YBhg. TKSUK bulan Julai 2012

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

TRANSKRIP TEKS UCAPAN

PERHIMPUNAN BULANAN BERSAMA TKSUK, JPM

UCAPAN OLEH :

YBHG DATUK OTHMAN BIN HAJI MAHMOOD

TIMBALAN KETUA SETIAUSAHA KANAN

PADA : 18 JULAI 2012

MASA : 8.15 PAGI

TEMPAT: Auditorium JPM, Blok B1

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Selamat pagi, salam sejahtera dan salam

1Malaysia.

Terima kasih kepada pengacara majlis, Encik

Muhammad Bin Mohd Arish dan Cik Nurul Syafira

Binti Othman serta kumpulan koir Bahagian

Khidmat Pengurusan (BKP), Pentadbiran Am,

JPM.

Ustaz Lukman bin Mohd Hosni yang telah

mendoakan untuk kebaikan dan kesejahteraan

kita semua.

2

Tahniah kepada Penerima Anugerah Penjawat

Cemerlang Bulanan (APCB) bagi Bulan Jun 2012

serta Peminjam bahan Bacaan terbanyak

Perpustakaan JPM. Di kesempatan ini juga saya

ingin mengucapkan selamat datang kepada semua

warga baru JPM serta penghargaan dan terima

kasih kepada warga yang bertukar keluar di atas

sumbangan yang telah dicurahkan selama

berkhidmat di JPM dan mendoakan kejayaan di

tempat baru. Kepada yang bersara, mudahmudahan

sentiasa mendapat keberkatan dan

dilimpahi rahmat dalam keadaan sihat sejahtera

dalam meneruskan kehidupan sebagai pesara.

YBrs. Puan Hasnah binti Haji Salleh,

Timbalan Ketua Setiausaha, Jabatan Perdana

Menteri,

Setiausaha-Setiausaha Bahagian,

3

Ketua-Ketua Jabatan,

Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati

sekalian.

2. Terlebih dahulu saya memanjatkan kesyukuran

ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin serta

limpah kurnia Nya, kita dapat meneruskan lagi

Program Perhimpunan bulanan bagi bulan Julai

tahun 2012 ini.

3. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini

untuk mengucapkan tahniah kepada Pentadbiran

Am, Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) di atas

kejayaan memenangi pertandingan 5S peringkat

wilayah pada tahun ini. Diharap kejayaan tersebut

dapat diulang dalam peringkat Kebangsaan nanti.

Teruskanlah amalan dan penambahbaikan dalam

apa jua yang kita lakukan khususnya amalan-amalan

4

aik yang boleh dicontohi dan boleh meningkatkan

lagi sistem penyampaian Jabatan Perdana Menteri

khususnya dan Perkhidmatan Awam amnya.

Yang Berbahagia Datuk/Tuan-tuan dan Puanpuan

yang dihormati sekalian

4. Sebentar tadi kita telah menyaksikan tiga (3)

orang pegawai keselamatan JPM yang telah

menerima anugerah khas dan salah seorangnya

juga iaitu En Kamarunzaman b. Samat telah

diberikan kenaikan pangkat daripada Sarjan Mejar

Polis Bantuan kepada Sub Inspektor Polis Bantuan

atas keberanian mereka sewaktu peristiwa ancaman

keselamatan di Kompleks JPM pada 9 Julai 2012.

Saya percaya kita semua amat terkejut dengan

peristiwa ini yang telah menggemparkan seluruh

warga Kompleks JPM khususnya. Walau

5

agaimanapun kejadian ini adalah pertama kali

berlaku dan merupakan isolated case.

5. Alhamdulillah, saya amat bersyukur kerana

semasa kejadian tidak berlaku sebarang kejadian

yang tidak diingini yang menimpa warga di dalam

Kompleks JPM. Berikutan kejadian tersebut,

Seksyen Keselamatan telah membuat perbincangan

dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya (IPD)

dan Pasukan Gerak Am (PGA) untuk mengambil

langkat-langkah pencegahan. Saya sendiri telah

mempengerusikan mesyuarat dan memutuskan

untuk melaksanakan beberapa langkah drastik

termasuk mengetatkan kawalan keselamatan di

Kompleks JPM, Bangunan Perdana Putra dan

beberapa tempat strategik sebagai langkah berjagajaga.

Di antaranya termasuk menghentikan aktiviti

perniagaan anjuran PUSPANITA dan Pasar Tani

setiap hari Jumaat. Saya harap semua warga di

6

dalam kedua-dua kompleks ini memahami tindakan

yang telah diambil dan perkara ini telah pun

dimaklumkan kepada semua Ketua Jabatan dan

wakil PUSPANITA Jabatan/agensi yang terlibat

melalui mesyuarat penyelarasan dengan wakil-wakil

jabatan/agensi yang telah diadakan pada 12 Julai

2012 dan melalui surat edaran.

6. Sebagai iktibar, kita sebagai penjawat awam,

diingatkan supaya mengawal rahsia atau apa-apa

kejadian yang berlaku di dalam kawasan yang telah

diwartakan sebagai Kawasan Larangan seperti di

dalam Kompleks JPM dan Bangunan Perdana Putra

dan tidak disebarkan kepada orang ramai melalui

apa jua saluran. Dalam Kejadian Amuk yang berlaku

baru-baru ini, maklumat begitu cepat tersebar

melalui Youtube yang berupa gambar atau rakaman

video. Saya percaya, ia dilakukan oleh warga di

dalam kompleks ini. Perkara ini tidak sepatutnya

7

erlaku kerana orang ramai akan membuat pelbagai

andaian yang salah dan tidak tepat yang akhirnya

menjejaskan nama baik Jabatan Perdana Menteri.

Lebih-lebih lagi dalam suasana politik yang mana

banyak pihak yang akan mengambil kesempatan

dan memanipulasikan berita yang negatif. Sebagai

penjawat awam, kita mesti bertanggungjawab

menjaga nama, maklumat dan imej kerajaan.

7. Terima kasih juga diucapkan kepada semua

pegawai yang telah terlibat menjayakan program

anjuran Jabatan Perdana Menteri. Program yang

terbaru ialah Majlis Pelancaran Program Kibar Jalur

Gemilang yang telah diadakan semalam secara

serenta di Little India, Brickfields, Kampung Baru dan

Jalan Petaling, Kuala Lumpur. Di kesempatan ini

saya menyeru supaya semua jabatan dan agensi di

bawah Jabatan Perdana Menteri dapat

memeriahkan lagi kempen kibaran Jalur Gemilang di

8

seluruh negara sempena sambutan Merdeka ke 55

tahun termasuk di pejabat dan kuarters kerajaan.

8. Di kesempatan ini suka saya mewar-warkan

program-program yang akan berlangsung sempena

Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012,

iaitu:

i. Program Pelancaran Kibar Jalur

Gemilang;

ii. Pada 31 Ogos 2012 pagi seperti biasa

adalah acara perbarisan dan perarakan

penuh istiadat yang menjadi tradisi

sambutan kemerdekaan di Dataran

Merdeka:

iii. Pada 31 Ogos 2012 di sebelah malam

pula akan diadakan Perhimpunan Janji

Ditepati di Stadium Nasional Bukit Jalil;

dan

9

iv)

Pada 16 September 2012 akan diadakan

Sambutan Hari Malaysia Ke-49 di

Bintulu, Sarawak.

Yang Berbahagia Dato/Tuan/Puan adalah dijemput

untuk sama-sama memeriahkan sambutan

kemerdekaan pada tahun ini khususnya untuk

memenuhi Stadium National Bukit Jalil pada malam

31 Ogos 2012.

Yang Berbahagia Datuk/ Tuan-tuan dan Puanpuan

yang dihormati sekalian,

9. Selaras dengan hasrat Yang Berbahagia Dato’

Sri Dr. Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara untuk

Merakyatkan Perkhidmatan Awam di negara ini,

sistem dan amalan baik dalam Perkhidmatan Awam

perlu diteruskan kerana pembudayaan amalan baik

ini banyak membantu Perkhidmatan Awam bagi

10

menjayakan pelaksanaan dasar dan program

kerajaan selama ini. Setiap kakitangan JPM perlu

memainkan peranan penting bagi merakyatkan

Perkhidmatan Awam dengan memberi perkhidmatan

terbaik terus kepada rakyat. Perkhidmatan ini bukan

hanya dapat dinikmati oleh orang ramai, malah

penjawat awam sendiri akan menikmatinya sebagai

rakyat.

10. Bagi tujuan tersebut, ketua-ketua jabatan juga

perlu mewujudkan touch points dengan kakitangan

jabatan masing-masing agar mereka berasa senang

dan gembira untuk bekerja dalam suasana yang

harmoni. Kaedah turun padang bertujuan untuk

berinteraksi dengan anggota-anggota Perkhidmatan

awam di bawah jabatan dan agensi masing-masing

dan meninjau perkhidmatan yang diberikan kepada

rakyat juga boleh diaplikasikan bagi memahami isu

dan permasalahan yang dihadapi agar ia boleh

11

menjadi input dalam usaha mempertingkatkan lagi

perkhidmatan yang diberikan.

11. Sebagai contoh di PAJPM, sebanyak dua (2)

sesi dialog di antara saya bersama kakitangan

Kumpulan Sokongan I dan II telah diadakan pada

tahun ini. Selain daripada program Majlis Bersama

Jabatan (MBJ) yang diadakan secara berkala setiap

tahun, program-program dialog seperti ini juga

adalah penting bagi mewujudkan rasa selesa

pegawai atasan dan bawahan berinteraksi dan

senang untuk menyuarakan sebarang isu atau

masalah yang dihadapi untuk melaksanakan tugas.

12. YAB Perdana Menteri semasa Majlis

Pelancaran Laporan Tahunan GTP dan ETP 2011

pada 2 April 2012 yang lalu antara lain menegaskan

bahawa Kerajaan kini perlu membuat keputusan

12

dengan mendengar kehendak rakyat dan era

“goverment knows best” telah berakhir. Dalam hal

ini, Surat Pekeliling Am mengenai Seranta Awam

Atas Talian (Online Public Engagement) bagi

Sebarang Cadangan Baru atau Pindaan Undang-

Undang diperkenalkan bagi memastikan ketelusan di

pihak Kerajaan dalam proses menguatkuasakan

sesuatu undang-undang, polisi atau pun peraturan,

selain dapat mengelakkan kekeliruan dan salah

faham di kalangan masyarakat umum.

13. Saya menyeru supaya penjawat awam

khususnya warga JPM hendaklah sentiasa

dahagakan usaha untuk melonjak ke hadapan dan

berinovatif dalam memberi perkhidmatan terbaik

kepada negara. Dalam masa yang sama kita juga

perlu bekerja secara berpasukan untuk terus

memacu dan menjayakan segala agenda

transformasi negara.

13

Yang Berbahagia Datuk/ Tuan-tuan dan Puanpuan

yang dihormati sekalian,

14. Suka untuk saya ingatkan disini agar para

pegawai turut mengambil inisiatif untuk menyemak

Buku Perkhidmatan masing-masing bagi

memastikan maklumat yang tercatat adalah tepat

dan terkini. Ini adalah selaras dengan Surat

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 15 Tahun 2008

“Panduan Menguruskan Buku Perkhidmatan

Kerajaan”. Ia penting kerana pegawai tidak hanya

berkhidmat di sebuah Jabatan sahaja tetapi sering

bertukar-tukar. Ada kemungkinan terdapat urusan

perkhidmatan yang tidak lengkap di dalam Buku

Perkhidmatan Pegawai.

15. Buku Perkhidmatan mencatatkan maklumat

penting mengenai urusan perkhidmatan pegawai,

14

yang antara lain mengandungi kenyataan

perkhidmatan, kursus, kelulusan elaun dan

kemudahan, cuti dan gantian cuti rehat (GCR), tata

kelakuan serta anugerah, mulai tarikh pegawai mula

dilantik sehingga pegawai bersara.

16. Dalam hal ini, Bahagian Inovasi dan

Pengurusan Sumber Manusia (BIPSM) telah

mengambil inisiatif untuk mengadakan sesi semakan

buku perkhidmatan mengikut Bahagian dan Seksyen

di PAJPM. Sehubungan ini semua pegawai

hendaklah menggunakan peluang tersebut untuk

menyemak Buku Perkhidmatan masing-masing dan

memastikan semua perkara penting tercatat dalam

Buku Perkhidmatan serta dicatat dengan tepat dan

teratur.

Yang Berbahagia Datuk/ Tuan-tuan dan Puanpuan

yang dihormati sekalian,

15

17. Hanya tinggal dua (2) hari lagi, iaitu pada 21

Julai 2012 umat Islam akan menyambut bulan

Ramadhan Al-Mubarak. Saya mengambil

kesempatan ini untuk mengucapkan selamat

berpuasa kepada semua warga JPM yang beragama

Islam. Semoga Allah SWT menyelamatkan kita

hingga ke bulan Ramadhan dan dipertemukan untuk

bulan Ramadhan, seterusnya menerima seluruh

amal kita di sepanjang bulan Ramadhan pada tahun

ini, Insya-Allah.

Sekian.

Wabillahittaufiq Walhidayah, Wassalamualaikum

Warahmatullahi Wabarakatuh

16

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!