08.01.2015 Views

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Berkekalan dan Pereplikaan

BERKEKALAN

Sehingga kini, kesinambungan UBRA adalah kerana dedikasi dan

komitmen ahli-ahlinya. Walaupun keahlian persatuan penduduk

adalah secara sukarela, hanya beberapa orang Keluan yang tidak

menyertainya. Ahli membayar yuran keahlian, yang telah membantu

membiayai kos pentadbiran persatuan ini. Walaupun projek-projek

milik UBRA dibantu oleh pembiayaan awal dari luar, aktiviti-aktiviti

yang dilaksanakan sebenarnya wujud sebelum sumbangansumbangan

tersebut dan pada dasarnya dibiayai sendiri.

Bagi projek yang menjana pendapatan, sebahagian daripada

pendapatan ini dibayar kepada dana umum bersama UBRA. Projek

penanaman padi dan pengilangan bersama merupakan projek

yang paling produktif dalam menjana hasil pendapatan, sementara

penjualan kraftangan juga terbukti menjadi salah satu sumber

kewangan yang penting. Kegunaan hasil pendapatan tersebut

adalah telus; sebuah sistem perakaunan telah diwujudkan bagi

memastikan ketelusan.

REPLIKASI

As well as its local success, UBRA has transferred knowledge and

Beserta dengan kejayaan di komuniti Sungai Keluan, UBRA juga

telah memindahkan pengetahuan dan kepakarannya kepada

perkampungan berdekatan. Penukaran pengetahuan merupakan

salah satu aktiviti utama inisiatif ini sejak 2006. Ahli UBRA telah

melatih tiga buah komuniti Penan, termasuklah melawat Long

Belok dan Long Nen, dua buah perkampungan berdekatan, untuk

berkongsi pengalaman dengan menubuhkan tapak semaian

bagi membolehkan permulaan program penghutanan semula di

kawasan-kawasan bekas pembalakan.

Inisiatif di Long Belok bermula pada tahun 2006, apabila komuniti

tersebut membersihkan tanah berhampiran perkampungan mereka

bagi penanaman 200 pokok sagu (Cycas revoluta). Pada tahun 2007,

40 buah keluarga menanam sebanyak 200 biji benih pokok getah

di kawasan laman rumah. Sehingga pertengahan tahun 2007,

Long Belok telah berjaya menanam sebanyak 3,000 pokok spesis

tempatan berhampiran hutan simpan bersama milik mereka di

kawasan Ulu Sungai Belok. Kira-kira 1,000 biji benih pokok dan kirakira

300 pokok sagu masih disimpan di tapak semaian mereka. Pada

tahun 2009, mereka menanam tambahan 1,000 biji benih pokok

kapur (Dryobalanops aromatica). Di Long Nen pula, tujuan komuniti

tersebut adalah untuk mengembalikan kepelbagaian jenis spesis

pokok tempatan, termasuklah beberapa jenis tumbuh-tumbuhan

yang digunakan untuk mengubat yang ditemui dari kawasan hutan

berdekatan. Tapak semaian mereka bermula pada tahun 2008, kini

menyimpan biji benih pokok kapur, meranti dan juga pokok sagu.

Kerjasama yang dinyatakan di atas dilaksanakan bersama Sahabat

Alam Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan berpengkalan

berdekatan bandar Marudi. Pada tahun 2008, kedua-dua komuniti

tersebut telah melaksanakan bantahan kepada pencerobohan oleh

syarikat-syarikat pembalakan ke atas hutan simpan bersama milik

mereka. Mereka telah mendirikan penghadang kayu di jalan-jalan

menuju ke hutan-hutan milik mereka, mengakibatkan pengunduran

aktiviti-aktiviti pembalakan dari tanah-tanah milik mereka.

RAKAN KONGSI

Usaha-usaha UBRA telah dibantu oleh pelbagai rakan kongsi

tempatan mahupun antarabangsa. Perkongsian bersama Sahabat

Alam Malaysia (SAM) telah banyak membantu memajukan

perkongsian pengetahuan tempatan dan rantau serta kolaborasi

bersama komunti Pribumi lain-lain yang juga telah memberi kesan

ke atas aktiviti pembalakan dan perladangan. Pengerusi UBRA telah

bekerjasama bersama SAM di pejabat Marudi mereka sejak tahun

1995, dan kini bertugas sebagai koordinator badan-badan bukan

kerajaan di Sarawak. Penggunaan pejabat ini telah membolehkan

UBRA berhubung dengan lebih baik terhadap teknologi komunikasi

dan memulakan kolaborasi bersama kumpulan-kumpulan lain, yang

mana SAM kerapkali memainkan peranan sebagai hos bersama

bengkel kesedaran hak tanah di Uma Bawang Keluan. Komunitikomuniti

yang mendapat faedah daripada bengkel-bengkel SAM

dan UBRA kebanyakannya terletak di Miri, Bintulu dan Kapit. Usaha

kolaborasi UBRA menerusi SAM telah banyak membantu memajukan

usaha dalam hak Pribumi terhadap sumber asli hutan di Sarawak.

Akan tetapi, usaha ini masih memiliki perjalanan yang jauh.

Pada skala antarabangsa pula, UBRA telah mempunyai perkongsian

yang produktif bersama badan bukan kerajaan berasal dari Amerika

Syarikat, The Borneo Project sejak tahun 1991. Perkongsian ini

berpunca daripada hubungan antara University of California,

Berkeley dan komuniti Uma Bawang Keluan. The Borneo Project

telah membantu menyediakan liputan mengenai perjuangan

UBRA dalam menentang aktiviti pembalakan di tanah mereka, dan

sejak itu telah meluaskan lagi liputan bagi komuniti-komuniti lain

dalam Sarawak. Projek tersebut telah membantu UBRA dari segi

menyediakan latihan teknikal, publisiti di peringkat antarabangsa,

dan membantu dalam pengumpulan dana. Organisasi ini tidak lagi

bekerja rapat dengan UBRA, memandangkan UBRA telah terbukti

berjaya menentang pembalakan di hutan milik mereka. The Borneo

Projek kini bekerjasama dan menyokong inisiatif hak tanah orang

Pribumi yang lain, akan tetapi, sumber inspirasi asal bagi usaha

mereka tetap kes Uma Bawang.

Baru-baru ini, UBRA telah mendapat manfaat daripada pembiayaan

dana daripada Program Geran Kecil-Kecilan UNDP GEF. Persatuan

menerima geran sebanyak USD 50,000 pada tahun 2006 dalam

perkongsian bersama WCS Malaysia. Geran ini telah digunakan

untuk mengembangkan projek penghutanan semula UBRA di

Sungai Keluan.

11

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!