08.01.2015 Views

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

PERSATUAN PENDUDUK UMA BAWANG - Equator Initiative

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Latarbelakang dan Konteks

Dalam jangka masa 20 tahun antara tahun 1960 dan 1980 sahaja,

Asia telah kehilangan satu pertiga litupan hutan hujan tropika, kadar

tertinggi perubahan hutan di dunia. Pembalakan dan penanaman

tidak mampan memusnahkan litupan pokok, menjadi punca kepada

degradasi alam sekitar di banyak pulau sekitar rantau Asia Tenggara.

Kehilangan habitat mendatangkan ancaman kepada bukan sahaja

terhadap kemandirian spesis, akan tetapi juga kepada komuniti

Pribumi dan cara hidup mereka. Negeri Sarawak, Malaysia terletak

di kawasan barat laut pulau Borneo, merupakan contoh kepada

kemusnahan hutan secara meluas – lebih dari 80 peratus dari hutanhutan

negeri tersebut telah ditebang. Sarawak merupakan negeri

terbesar antara 13 negeri Malaysia, dengan keluasan tanah sebanyak

124,449 km persegi (12.4 juta hektar). Terletak di bahagian barat laut

Borneo, ianya berkongsi sempadan dengan negeri Sabah, negara

Brunei Darussalam, dan Kalimantan, wilayah milik Indonesia di Pulau

Borneo. Ibu negeri bagi negeri Sarawak ialah Kuching, dengan Sibu,

Miri dan Bintulu sebagai bandar-bandar utama negeri tersebut.

Jumlah penduduk Sarawak dianggarkan kira-kira 2.4 juta orang,

yang mana hampir separuh merupakan orang Pribumi Dayak yang

terdiri dari pelbagai subkumpulan etnik yang berbeza. Kaum lain

termasuklah orang Melayu, orang Cina, dan sekumpulan kecil orang

India. Lapan puluh peratus dari jumlah keseluruhan orang Dayak

Sarawak tinggal di kawasan pedalaman dan bergantung kepada

pertanian, pemburuan dan pengumpulan bagi tujuan sara hidup.

Ciri-ciri sistem pemegangan tanah orang Dayak adalah kompleks.

Tanah sememangnya merupakan sumber paling penting bagi

orang Dayak: ia menyediakan rezeki asas mereka, dan kepentingan

utama terhadap kerohanian mereka. Hak penggunaan tanah orang

Dayak termaktub dalam sistem orang asli yang dikenali sebagai

adat, sebuah sistem tempoh tanah yang juga mengasaskan sistemsistem

sosial, ekonomi dan budaya mereka. Hak tanah adat dan

sumber alam telah diiktiraf semasa Dinasti Brooke (1842-1946), oleh

Pentadbiran Penjajah British, dan pengiktirafan ini diteruskan selepas

kemerdekaan Sarawak pada tahun 1963 dan menyertai Persekutuan

Malaysia. Walaupun hak-hak tanah adat ini tidak dimansuhkan oleh

mana-mana perundangan dan masih berkuatkuasa, sebahagian

besar tanah adat milik orang Dayak masih tidak ditandakan secara

rasmi.

Orang Kayan merupakan suku kaum Pribumi seramai 27,000 orang

yang dikategorikan sebagai subkumpulan kepada orang Dayak.

Budaya dan adat mereka adalah hampir serupa kepada budaya

dan adat orang Dayak Borneo. Secara tradisi, orang Kayan tinggal

di rumah panjang di kawasan-kawasn tebing sungai dan aktiviti

pertanian mereka berasaskan pertanian pindah-randah dan

penanaman padi kering. Mereka juga mengusahakan penanaman

sagu, sejenis kanji yang diekstrak daripada empulur batang pokok

sagu (Metroxylon sagu.). Komuniti terpencil Kayan Uma Bawang

terletak di kawasan hutan hujan tropika bahagian utara Sarawak,

berhampiran dengan Sungai Keluan. Pada tahun 1980-an, kawasan ini

mengalami penebangan secara besar-besaran oleh syarikat-syarikat

pembalakan. Ini menimbulkan kesengsaraan kepada komuniti

Uma Bawang kerana sumber asli hutan semakin berkurangan.

4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!