10.01.2015 Views

model baru ekonomi untuk malaysia bahagian akhir - EPU

model baru ekonomi untuk malaysia bahagian akhir - EPU

model baru ekonomi untuk malaysia bahagian akhir - EPU

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Semua agensi sepatutnya mewujudkan unit-unit pengurusan risiko yang bertanggungjawab untuk

menyediakan rangka kerja pengurusan risiko yang baik. Rangka kerja ini akan menentukan sistem

penilaian risiko, memantau dan menguruskan risiko untuk agensi sektor awam. Dalam rangka

kerja ini, pasti terdapat suatu sistem untuk laporan kepada pengurusan bagi pengembangan

risiko luar biasa dan aturcara untuk tindakan pembetulan atau kawalan keroskan. Semua aspek

isu-isu risiko mesti dimasukkan ke dalam proses perancangan perniagaan.

Bab 2

Di mana perkhidmatan kerajaan disumberluarkan, adalah amat penting untuk mengiktiraf bahawa

tanggungjawab terakhir tetap dipikul sektor awam. Aturan ini seharusnya diformalisasikan

dalam - memorandum persefahaman dan piawaian penyimpanan rekod seharusnya diamalkan

untuk memastikan yang semua agensi mengekalkan dokumentasi komprehensif yang boleh

dipertahankan apabila diperiksa.

Malaysia perlu membina satu reputasi integriti, keterbukaan dan akauntabiliti di dalam sektor

awamnya. Pelabur asing dan tempatan harus mempercayai yang keputusan telah dibuat secara

konsisten, dengan sikap terbuka, dan keputusan tidak ditarik balik tanpa penerangan jelas dan

akauntabiliti. Agensi sektor awam sepatutnya ditadbir urus oleh satu protokol yang seragam

dan senarai semak untuk menghadapi pemegang berkepentingan luaran dan kajian soal selidik

pelanggan berkala harus dikendalikan untuk mengukur tahap kepuasan (Lihat Bab 4).

2.4.2 Langkah Dasar: Melaksanakan Satu Sistem Pemantauan Kepatuhan

Sistem pemantauan kepatuhan dalaman dan luar adalah perlu untuk memastikan pembaharuan

pentadbiran sektor awam itu kekal di landasan. Pemantauan kepatuhan dalaman penting untuk

mengesan tanda-tanda awal prestasi buruk yang baru muncul. Bidang-bidang yang akan dinilai

termasuklah haluan organisasi (kesesuaian perancangan strategik untuk menyampaikan dasardasar

kerajaan secara keseluruhan), kepimpinan, keupayaan organisasi (semua langkah yang

diambil untuk membina keupayaan dan kemahiran untuk menyampaikan mandat), perhubungan

dan integriti, dan budaya organisasi. Untuk memudahkan pemantauan, petunjuk-petunjuk utama

mesti digubal untuk setiap bidang ini.

Sekatan ialah satu aspek penting mana-mana mekanisme pematuhan. Mengenakan sekatan ke

atas para penyeleweng akan meningkatkan keyakinan sektor swasta dengan memberi isyarat

komitmen Kerajaan untuk meningkatkan tadbir urus. Sekatan tidak patut terhad kepada kakitangan

individu, tetapi juga kepada unit keseluruhan atau agensi-agensi di mana perlu. Oleh kerana

tadbir urus berasal daripada kepimpinan, kelemahan-kelemahan agensi sepatutnya ditanggung

oleh kedua-dua pengarah agensi dan Menteri yang melaksanakan pemantauan. Satu rejim

sekatan yang adil tetapi ketat, yang patut meliputi teguran awam kepada agensi-agensi serta

data yang diterbitkan mengenai sekatan, akan menyumbang kepada pembinaan satu budaya

kepatuhan ketat untuk pentadbiran, sambil memberi keselesaan kepada sektor swasta bahawa

amalan tadbir urus sektor awam yang menyebabkan merentir adalah tidak dibolehkan.

Penilaian luar kepatuhan yang dijalankan oleh agensi-agensi multilateral seperti Bank Dunia

juga akan menyumbang kepada kredibiliti inisiatif pembaharuan sektor awam. Adalah perlu untuk

menggunapakai satu set indikator untuk mengukur keberkesanan dan kecekapan dan penanda

aras lain rangka kerja tadbir urus sektor awam. Petunjuk-petunjuk juga menyediakan maklumat

mengenai fungsi rangka kerja berkenaan, dengan itu membolehkan peningkatan diperkenalkan.

Penerbitan penarafan prestasi menguatkan tekanan rakan sebaya untuk meningkatkan integriti

dan prestasi. Menggunakan satu tanda aras yang diiktiraf secara antarabangsa membenarkan

perbandingan antara negara dan memberi kesan kepada penarafan daya saing, seterusnya

19

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!