16.02.2015 Views

SISTEM INVENTORI E-PARTS - Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM INVENTORI E-PARTS - Universiti Teknologi Malaysia

SISTEM INVENTORI E-PARTS - Universiti Teknologi Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

18

2.6.1 Konsep Pelayan - Pelanggan

Apabila pelanggan inginkan maklumat-maklumat tertentu, komputer pelanggan

akan berhubung dengan komputer pelayan jarak jauh di mana maklumat yang

dikehendaki diperolehi. Biasanya komputer pelayan ditempatkan dalam Rangkaian

Kawalan Setempat (LAN). Apabila permintaan diterima, maklumat akan dipecahkan

kepada paket. Paket ini membawa maklumat alamat komputer dan paket ini akan

dihantar melalui kabel atau talian telefon.

Pelayan berfungsi untuk menyediakan sumber-sumber manakala pelanggan pula

akan menggunakan sumber-sumber yang terdapat pada komputer pelayan untuk tujuan

pemprosesan.

Dalam konteks pangkalan data pula, pelanggan akan bertindak sebagai stesen

kerja dan melaksanakan aplikasi pangkalan data. Pelanggan akan melaksanakan

permintaan daripada pengguna dan menghantar permintaan tersebut kepada pelayan.

Setelah pelayan menerima, ia akan memproses data untuk dihantarkan kepada pengguna

seperti dalam Rajah2.1.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!