22.03.2015 Views

KENYATAAN MEDIA - Jabatan Meteorologi Malaysia

KENYATAAN MEDIA - Jabatan Meteorologi Malaysia

KENYATAAN MEDIA - Jabatan Meteorologi Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

(MALAYSIAN METEOROLOGICAL DEPARTMENT)

KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI

(MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY & INNOVATION)

Jalan Sultan, 46667 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-79678000

Faks: 603-79550964

E-mel: mmd@met.gov.my

http://www.met.gov.my

KENYATAAN AKHBAR

Langkah-langkah Keselamatan semasa kejadian

Ribut Petir dan Kilat

Berikutan kejadian ribut petir dan kilat yang semakin kerap berlaku, Jabatan

Meteorologi Malaysia (METMalaysia) ingin menasihatkan orang awam supaya

mengambil langkah berjaga-jaga dan sentiasa memastikan keselamatan diri.

Antara langkah-langkah keselamatan yang boleh dipraktikkan adalah seperti

berikut:

Sebelum Ribut

Semak ramalan cuaca sebelum keluar jika tempoh berada di luar

agak panjang.

Lihat sebarang tanda-tanda kedatangan ribut jika ada.

Tangguhkan sebarang aktiviti luar jika ribut petir dijangka akan

berlaku.

Semasa Kedatangan Ribut Petir

Masuk ke dalam bangunan kukuh atau kereta. Jangan berteduh di

tempat kecil atau di bawah pokok yang terpencil.

Jika berlaku kilat dan tiada bangunan kukuh, masuk ke dalam kereta

dan tutup tingkap.

Keluar dari bot dan jauhi air.

Talian telefon dan paip logam boleh mengalirkan elektrik. Hindari

daripada menggunakan telefon atau sebarang kelengkapan elektrik.

Guna telefon hanya semasa kecemasan. Cabut palam kelengkapan

elektrik yang tidak digunakan.

Jangan mandi.

Tutup penyaman udara. Luruan kuasa kilat boleh memberikan beban

lebih pada pemampat.

Jika memandu di lebuhraya atau jejantas, berwaspada dengan angin

kencang.

Pindah ke tempat yang lebih tinggi jika banjir kilat dijangka berlaku.

Jika terperangkap di luar bangunan dan tiada tempat berlindung

Berteduh di tempat rendah yang tidak banjir yang jauh dari pokok dan

pagar.

Jika berada di dalam hutan, berteduhlah di bawah pokok yang lebih

rendah.

Jika didapati kulit kita terangsang atau rambut kita menegak,

berjongkoklah ke tanah. Letakkan tangan di lutut dengan kepala di

antara kedua-dua lutut. Jadikan badan sekecil mungkin dan

kurangkan daripada menyentuh tanah.

Jika anda sedang berperahu atau berenang, kembali ke daratan dan

segera dapatkan tempat berlindung.

Maklumat dan perkembangan mengenai keadaan cuaca terkini boleh

diperoleh 24 jam sehari dengan menghubungi talian hotline 03-79678116 atau

melayari laman web kami di www.met.gov.my

Disediakan oleh:

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia)

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

23 Ogos 2011

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!