06.06.2015 Views

Isi Kandungan - kpwkm

Isi Kandungan - kpwkm

Isi Kandungan - kpwkm

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

DASAR PERKAKASAN ICT KPWKM

Isi Kandungan

KANDUNGAN

MUKA SURAT

1. Tujuan 2

2. Skop 2

3. Dasar Penggunaan 2

4. Aduan Kerosakan Perkakasan dan Perisian 5

5. Tempahan Penggunaan Peralatan LCD Projektor

dan Notebook

6. Perolehan Komputer Peribadi/Komputer

Bimbit/Pencetak

6

6

7. Penyelenggaraan Perkakasan Komputer 7

8. Penjagaan dan Keselamatan Perkakasan

Komputer

7

9. Pembaikan Perkakasan Komputer 7

10. Pengendalian Perkakasan Komputer Yang Telah

Menjangkau Tarikh Luput

8

11. Pelupusan Perkakasan Komputer 9

12. Kecurian / Kehilangan Perkakasan Komputer 9

13. Penutup 10

DASAR PERKAKASAN ICT KPWKM

1. Tujuan

Dasar ini adalah satu penyataan mengenai tanggungjawab dan peranan

pengguna dalam mengguna pakai semua perkakasan komputer yang

telah diagihkan seperti komputer/komputer bimbit/ pencetak/pengimbas

dan lain-lain perkakasan komputer. Ia juga bertujuan untuk

memaklumkan kaedah pengagihan perkakasan komputer di

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(KPWKM).

2. Skop

Melibatkan semua perkakasan yang diguna atau berada di dalam

simpanan pengguna bagi tujuan penggunaan hal-hal berkaitan KPWKM ,

tidak kira di mana perkakasan itu berada.

3. Dasar Penggunaan

3.1 Tanggungjawab Pengguna

Adalah menjadi tanggungjawab pengguna memastikan

keselamatan perkakasan seperti komputer, komputer bimbit,

pencetak atau pengimbas dan lain-lain perkakasan komputer

yang diperuntukkan kepadanya. Sila rujuk Terma dan Syarat

Penggunaan Perkakasan ICT KPWKM.

3.2 Pengagihan Perkakasan Komputer

Komputer Peribadi

• YB Menteri, YB Timbalan Menteri, YB Setiausaha Parlimen,

Penasihat-penasihat YB Menteri serta semua pegawai dan staf

di pejabat-pejabat berkenaan akan dibekalkan satu unit

komputer peribadi setiap seorang.

• Pegawai dan kakitangan KPWKM seperti senarai di bawah

adalah layak dibekalkan satu unit komputer peribadi :

i) Ketua Setiausaha;

ii) Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi);

iii) Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar);

iv) Semua Setiausaha Bahagian;

v) Semua Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan);

vi) Pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred

41 ke atas;

vii) Pegawai Kumpulan Sokongan I Gred 27 ke atas; dan

viii) Pegawai Kumpulan Sokongan II Gred 11 ke atas.

• Pembantu Am Pejabat Gred N1 dan juga Pemandu Gred R3 di

Bahagian Khidmat Pengurusan akan dibekalkan satu unit

komputer peribadi untuk diguna bersama. Pembantu Am

Pejabat Gred N1 di bahagian/unit lain boleh memohon untuk

menggunakan mana-mana komputer peribadi yang terdapat di

bahagian/unit masing-masing.

Komputer Bimbit

• Komputer bimbit akan dibekalkan kepada setiap

pejabat/bahagian/unit di KPWKM. Bilangan komputer bimbit

yang dibekalkan ke pejabat/bahagian/unit adalah berdasarkan

keperluan pejabat/bahagian/unit dan juga jumlah

pegawai/kakitangan sedia ada. Komputer bimbit di setiap

bahagian/unit adalah untuk menampung keperluan gunasama.

Pencetak

• Pencetak akan dibekalkan berdasarkan keutamaan kerja dan

juga atas prinsip perkongsian sesama pegawai/kakitangan

KPWKM seperti yang telah disarankan oleh MAMPU. Hanya

YB Menteri, YB Timbalan Menteri, YB Setiausaha Parlimen,

Penasihat-penasihat YB Menteri, pegawai-pegawai

Pengurusan Tertinggi KPWKM, Pembantu Tadbir

(Kesetiausahaan) dan Pegawai Kumpulan Pengurusan dan

Profesional Gred 48 ke atas akan dibekalkan satu unit

pencetak.

• Pengagihan pencetak adalah seperti berikut

i) Pencetak Warna (Laserjet)

Pejabat YB Menteri, YB Timbalan Menteri, YB

Setiausaha Parlimen dan Pejabat Pegawai

Pengurusan Tertinggi akan dibekalkan satu unit

pencetak warna setiap pejabat.

Satu unit dibekalkan untuk setiap bahagian/unit

KPWKM. Unit tambahan akan dipertimbangkan bagi

bahagian/unit berdasarkan bebanan kerja cetakan

serta bilangan pegawai/kakitangan.

ii) Pencetak (Laserjet Monochrome atau Inkjet)

Satu unit untuk pegawai Gred 48 ke atas.

Satu unit akan ditempat pada satu lokasi untuk

dikongsikan bersama oleh seramai empat (4) orang

pegawai/kakitangan.

Satu unit akan dibekalkan kepada pegawai/kakitangan

yang telah dikenal pasti di mana kerja beliau

melibatkan cetakan yang banyak.

• Penggunaan pencetak adalah untuk urusan pejabat sahaja.

Kos cetakan adalah tinggi terutamanya bagi pencetak laser

warna, di mana kos untuk satu helai cetakan warna adalah

RM1.00. Oleh yang demikian, semua pegawai/kakitangan

diminta untuk berjimat-cermat semasa membuat cetakan.

Pengimbas

• Satu unit pengimbas akan dibekalkan kepada setiap

pejabat/bahagian/unit di KPWKM. Jumlah unit pengimbas

yang dibekalkan ke pejabat/bahagian/unit adalah berdasarkan

keperluan pejabat/bahagian/unit dan juga jumlah

pegawai/kakitangan sedia ada.

menampung keperluan gunasama.

Pengimbas adalah untuk

Thumbdrive

• Thumbdrive akan dibekalkan kepada pegawai Gred 41 ke atas

di semua bahagian/unit KPWKM. Bagi pegawai Kumpulan

Sokongan, thumbdrive akan dibekalkan berdasarkan

keperluan tugas dan permohonan perlu dikemukakan oleh

Ketua Bahagian/Unit masing-masing.

• Setiap bahagian/unit akan dibekalkan bilangan thumbdrive

berdasarkan perjawatan yang berkelayakan dan pengagihan

thumbdrive akan dilaksanakan oleh IT Focal Person.

Sekiranya pegawai dalam pejabat/bahagian/unit tersebut

berpindah ke bahagian/unit lain, maka thumbdrive perlu

dipulangkan kepada IT Focal Person untuk diagihkan kepada

pegawai baru. Bagi pejabat YB Menteri, YB Timbalan Menteri,

YB Setiausaha Parlimen dan Penasihat-penasihat YB Menteri,

pengagihan dan pengurusan thumbdrive akan dikendalikan

oleh pihak Bahagian Teknologi Maklumat (BTM).

Lain-lain Perkakasan Komputer

• Lain-lain perkakasan komputer seperti External DiskDrive, atau

CD/DVD Writer akan dibekalkan berdasarkan keperluan.

Pejabat/bahagian/unit yang memohon perlu mengemukakan

permohonan melalui Ketua Bahagian/Unit dan memberi

justifikasi yang kukuh bagi pembekalan perkakasan komputer

yang dipohon.

4. Aduan Kerosakan Perkakasan dan Perisian

• Pengguna boleh mengemukakan aduan kerosakan perkakasan dan

perisian ke Unit Rangkaian dan Operasi, Bahagian Teknologi

Maklumat (BTM) KPWKM (03-26143031 atau 03-26143032) untuk

mendapatkan bantuan teknikal.

• Sekiranya terdapat kerosakan yang serius dan mengakibatkan kos

penyelenggaraan yang tinggi atau perkakasan komputer tidak boleh

digunakan lagi, pengguna yang berkaitan perlu melaporkan kepada

pihak BTM untuk urusan penyelenggaraan atau penggantian.

• Sekiranya kerosakan tersebut disebabkan kecuaian, maka pengguna

atau bahagian/unit tersebut boleh diminta untuk menggantikan

perkakasan komputer yang telah rosak itu.

5. Tempahan Penggunaan Peralatan LCD Projektor dan Notebook

• Permohonan untuk menggunakan kemudahan gunasama

perkakasan komputer seperti Komputer Bimbit (Notebook) dan LCD

Projektor perlu dikemukakan kepada BTM dengan menggunakan

borang yang telah disediakan atau melalui memo.

• Adalah menjadi tanggungjawab pemohon untuk memeriksa

kelengkapan perkakasan komputer yang dipinjam dan

mengembalikan perkakasan tersebut dalam keadaan yang baik dan

juga dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

6. Perolehan Komputer Peribadi/Komputer Bimbit/Pencetak

• Semua perolehan perkakasan komputer seperti komputer peribadi,

komputer bimbit, pencetak atau mana-mana perkakasan ICT

mestilah dibuat melalui BTM, KPWKM.

• BTM akan mendapatkan keperluan ICT semua bahagian/unit untuk

tujuan perancangan perolehan pada penghujung setiap tahun.

Semua cadangan keperluan ICT akan dipertimbangkan di Mesyuarat

Jawatankuasa Penyelarasan ICT KPWKM dan juga Mesyuarat

Jawatankuasa Pemandu ICT KPWKM.

• Semua perolehan ICT di KPWKM akan dikemukakan kepada

Jawatankuasa Teknikal ICT, MAMPU untuk kelulusan dengan

merujuk kepada Surat Pekeliling Am Bil. 4 Tahun 2004 - Garis

Panduan Mengenai Tatacara Memohon Kelulusan Teknikal Projek

ICT Agensi Kerajaan.

7. Penyelenggaraan Perkakasan Komputer

• Penyelenggaraan perkakasan komputer hanya boleh dilakukan oleh

pegawai/kakitangan BTM sahaja atau pembekal yang telah dikenal

pasti dan ditetapkan oleh BTM.

• BTM akan memaklumkan semua bahagian/unit mengenai jadual

penyelenggaraan yang telah dirancang. Wakil BTM akan memantau

proses penyelenggaraan.

• IT Focal Person yang telah dilantik di setiap bahagian/unit boleh

membuat penyelenggaraan asas jika perlu.

8. Penjagaan dan Keselamatan Perkakasan Komputer

• Adalah menjadi tanggungjawab setiap pegawai/kakitangan untuk

menjaga perkakasan komputer masing-masing. Sekiranya berlaku

kerosakan pada perkakasan atau kehilangan, adalah menjadi

tanggungjawab bahagian/unit untuk membuat satu laporan rasmi

kepada BTM untuk tindakan seterusnya.

• Setiap pengguna juga bertanggungjawab menjaga perkakasan

komputer masing-masing. Penyelenggaraan asas terhadap

komputer perlu dibuat dari masa ke semasa iaitu dengan

menjalankan pengimbasan cakera (scan disk), defragmentation dan

juga pengimbasan virus. Ini boleh dilakukan sendiri oleh pengguna.

Bantuan untuk penyelenggaraan asas tersebut boleh diperolehi

daripada IT Focal Person bahagian/unit masing-masing.

9. Pembaikan Perkakasan Komputer

• Pembaikan perkakasan komputer di KPWKM dilakukan oleh BTM

berdasarkan keperluan berikut :

i) IT Focal Person di setiap bahagian/unit akan membuat

pemeriksaan awal terhadap aduan kerosakan. Sekiranya

masalah tidak dapat diatasi, mereka akan berhubung

dengan Juruteknik Komputer BTM untuk tindakan

seterusnya.

ii)

iii)

iv)

Juruteknik adalah bertanggungjawab terhadap kerja-kerja

pembaikan seperti kerosakan perkakasan komputer yang

melibatkan kerosakan cakera keras (hard disk), kad

rangkaian (network card), format disk, pemasangan semula

perisian yang tidak berfungsi, semakan terhadap

sambungan ke rangkaian dan sebagainya.

Menghubungi pembekal yang membekalkan perkakasan

berkenaan jika perkakasan yang rosak masih di bawah

tempoh jaminan pembekal berkenaan.

Memberi kebenaran kepada pembekal yang telah ditetapkan

untuk membawa keluar perkakasan komputer yang rosak

bagi tujuan pembaikan dengan menggunakan Borang

Kebenaran Bawa Keluar Barang. Walau bagaimanapun

mana-mana perkakasan komputer yang mengalami

kerosakan yang agak serius dan tidak boleh dibaiki, BTM

akan mendapatkan pengesahan kerosakan berbentuk

laporan daripada pembekal yang bertauliah dan

mengesyorkan tindakan yang sewajarnya diambil.

10. Pengendalian Perkakasan Komputer Yang Telah Menjangkau Tarikh

Luput

• Pengendalian perkakasan komputer KPWKM yang telah

menjangkau tarikh luput di KPWKM akan dilaksanakan oleh BTM.

BTM akan mengesyorkan kepada Jawatankuasa-jawatankuasa ICT

KPWKM untuk tindakan-tindakan seperti berikut :

i) Diagihkan kepada jabatan/agensi sekiranya masih boleh

digunakan; atau

ii) Digunakan sebagai komputer pengganti sekiranya berlaku

kekurangan komputer; atau

iii) Diagihkan kepada bahagian/unit yang memerlukan komputer

tambahan untuk kerja-kerja seperti cetakan dan sebagainya;

dan

iv)

Sekiranya perkakasan komputer didapati telah rosak dan

tidak boleh digunakan lagi, perkakasan tersebut akan

disyorkan untuk pelupusan.

11. Pelupusan Perkakasan Komputer

• Pelupusan perkakasan komputer dibuat mengikut keadaan seperti

berikut :

i) Perkakasan komputer yang rosak tidak dapat diperbaiki lagi;

atau

ii) Alat gantian untuk perkakasan berkenaan tiada lagi dalam

pasaran.

• Senarai maklumat pelupusan perkakasan komputer yang rosak dan

tidak boleh digunakan akan disediakan berdasarkan Pekeliling

Perbendaharaan Bil. 5 Tahun 2007 - Tatacara Pengurusan Aset

Alih Kerajaan (TPA) – Bab E.

• Mana-mana komponen dari perkakasan komputer yang akan

dilupuskan tetapi masih boleh digunakan, akan diambil untuk tujuan

penyelenggaraan perkakasan komputer lain yang rosak.

12. Kecurian/Kehilangan Perkakasan Komputer

• Sekiranya berlaku kecurian atau kehilangan perkakasan komputer,

bahagian/unit yang terlibat perlu membuat satu laporan kepada

BTM atau membuat laporan polis berdasarkan jenis dan kos

perkakasan yang dicuri atau dihilangkan. Sekiranya melibatkan

laporan polis, pihak yang berkenaan perlu menghantar laporan

tersebut beserta surat/memo rasmi bahagian/unit kepada BTM

untuk tindakan seterusnya.

• Sekiranya kecurian atau kehilangan perkakasan komputer tersebut

adalah disebabkan kecuaian pegawai/kakitangan bahagian/unit,

maka tindakan tatatertib atau/serta surcaj boleh dikenakan kepada

pihak yang berkenaan.

13. Penutup

Semua pegawai/kakitangan KPWKM hendaklah mematuhi Dasar

Perkakasan ICT agar semua aset ICT KPWKM dapat digunakan

bersama dengan baik dan mempertingkatkan lagi prestasi penyampaian

perkhidmatan KPWKM.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!