06.06.2015 Views

SAYA RASA HEBAT I FEEL GOOD PJ/1.3.2 • Sikap ... - kpwkm

SAYA RASA HEBAT I FEEL GOOD PJ/1.3.2 • Sikap ... - kpwkm

SAYA RASA HEBAT I FEEL GOOD PJ/1.3.2 • Sikap ... - kpwkm

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

SAYA RASA HEBAT

I FEEL GOOD

PJ/1.3.2

Imej tubuh merujuk kepada cara seseorang berperasaan mengenai penampilan dirinya.

Manusia mempunyai perasaan mengenai bahagian –bahagian tubuhnya.

Manusia dilahirkan unik, dan oleh itu berbeza dalam penampilan fizikalnya:

Saiz tubuh – gemuk, kurus, berotot, feminin.

Bentuk tubuh – berat bahagian atas/bawah, dada bidang, ukuran penting.

Muka – hidung, mata, bibir, pipi,dagu, dahi, belah rambut, telinga.

Rambut – warna, panjang, pendek, lurus, kerinting.

Postur – bongkok, tegak.

Kulit – warna, lembut, kasar, tegang, berkedut, berminyak, kering, jerawat, bintikbintik

hitam.

Tangan dan kaki – lengkap, bentuk menawan, kedudukan betul.

Jejari dan telapak tangan dan kaki – terlalu besar, terlalu kecil, tidak seimbang.

Remaja yang matang awal atau lewat suka membuat perbandingan dengan rakan-rakan

mereka yang normal perkembangannya. Ini memberi kesan kepada perasaan mereka

terhadap tubuh mereka sendiri.

• Sikap terhadap imej tubuh

Sikap remaja terhadap imej tubuhnya boleh jadi positif atau negatif. Ada bahagianbahagian

tubuh yang mereka suka dan ada bahagian yang mereka tidak suka dan ingin

mengubahnya. Sebilangan remaja lain pula tidak memikirkan perkara ini. Merasakan

positif mengenai imej tubuh sendiri merupakan langkah penting ke arah membina

keyakinan, kejayaan dan personaliti yang positif.

~ Harapan orang lain

Harapan keluarga, rakan sebaya dan masyarakat mempengaruhi perasaan remaja terhadap

imej tubuhnya sendiri. Kadang-kadang pendapat orang lain dianggap begitu penting,

sehingga mendorong remaja ke arah mendapatkan imej tubuh berdasarkan pendapat ini.

~ Imej tubuh dan konsep kendiri

Konsep kendiri ialah persepsi seseorang terhadap dirinya. Ini termasuk persepsi tentang

kebolehan, ciri-ciri, sikap, sifat, penampilan, matlamat dan kebaikannya. Ianya

mencerminkan suatu kuasa yang mengarah tingkahlaku seseorang kerana setiap insan

berkelakuan selaras dengan konsep dirinya sendiri. Jika remaja merasa dirinya positif dan

berkeyakinan, dia akan bertindak secara positif. Sebaliknya jika dia merasa tidak cekap,

dia akan bertindak secara negatif, dan mengukuhkan konsep dirinya sebagai seorang yang

tidak berkebolehan. Remaja kerap takut hendak mencuba kerana merasakan dirinya tidak

mampu melakukannya.

~ Imej tubuh dan esteem diri

Esteem diri berkait rapat dengan harga diri. Ia merangkumi pandangan sebenar terhadap

diri sendiri sebagai seorang insan dan mengetahui tempatnya dalam masyarakat keluarga,

akan-rakan, jiran tetangga dan lain-lain. Dalam keadaan melampau, esteem diri boleh

menjadi negatif seperti bermegah, manakala kurang esteem diri boleh menghasilkan rasa

tidak berharga. Kuncinya ialah keseimbangan. Terlalu memfokuskan kepada diri sendiri

menyebabkan seseorang menjadi sombong, dan menghalang kerjasama dalam

perhubungan.

Sebaliknya, harga diri yang sangat rendah, membuatkan seseorang tidak boleh berinteraksi

secara bebas dan bertanggungjawab dengan ahli keluarga di rumah, di sekolah, di tempat

kerja dan dalam masyarakat.

• Pengaruh media

Akhir-akhir ini, media memainkan peranan yang sangat penting dalam mempengaruhi

pembentukan imej tubuh remaja. Mereka cuba meniru idola mereka tetapi ada masanya

tidak sesuai dengan imej tubuhnya sebenar. Media selalunya menampilkan imej yang

stereotaip. Gambar dalam majalah, filem dan televisyen telah di ‘touch-up’ untuk

menjadikannya sungguh sempurna dan remaja yang biasa tidak berupaya menirunya.

Media juga menyamakan imej / bentuk tubuh dengan cara hidup yang penuh keseronokan.

Sebenarnya keadaan ini tidak ada kaitan langsung dengan realiti.

Kadang-kadang imej tubuh yang ditonjolkan oleh media sukar dicapai. Ini akan

mengakibatkan ketegangan dan kesedihan, kerana ianya membuatkan remaja tidak

berpuas hati dengan tubuhnya sendiri. Dalam usaha remaja mengubah imej tubuhnya,

mereka akan mengamalkan diet, senaman, menghabiskan masa dan wang untuk kelihatan

cantik dan membeli pakaian fesyen terkini. Terdapat kecenderungan untuk merasakan

tubuh yang ‘perfect’ menjalani hidup yang sempurna . Sebenarnya ini tidak betul.

• Rumusan

Adalah penting bagi remaja mempunyai pengetahuan dan esteem diri untuk

membolehkannya menonjolkan dirinya kepada orang lain. Mengetahui bahawa ada

beberapa aspek dirinya yang terhad yang boleh diubah, akan membantu remaja menerima

dirinya seadanya. Dengan kata lain, setiap individu adalah unik seperti yang ditentukan

semasa dilahirkan. Remaja seharusnya berbahagia dan bersyukur kerana mereka adalah

istimewa terutama kepada keluarganya, rakan sebaya dan masyarakat. Sokongan dari

keluarga dan rakan sebaya penting untuk memupuk perasaan positif mengenai imej

tubuhnya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!