06.06.2015 Views

APA MEMBUATKAN PERHUBUNGAN YANG BAIK - kpwkm

APA MEMBUATKAN PERHUBUNGAN YANG BAIK - kpwkm

APA MEMBUATKAN PERHUBUNGAN YANG BAIK - kpwkm

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

APA MEMBUATKAN PERHUBUNGAN YANG BAIK?

WHAT MAKES A GOOD RELATIONSHIP?

PJ/6.2.1

• Pengenalan

Dua insan membentuk perhubungan,

dan dua insan juga memutuskan perhubungan.

Semua jenis perhubungan ibarat menatang pasir di telapak tangan. Apabila ditatang

dengan betul, pasir berada di tangan. Apabila anda menguatkan genggaman supaya pasir

tidak keluar, pasir pasti keluar dari celah-celah jari jemari anda. Anda mungkin berjaya

menggenggam sebahagian pasir itu, tetapi kebanyakannya akan tertumpah keluar.

Begitulah halnya dengan perhubungan. Ikatan yang biasa, dengan memberikan

penghormatan dan kebebasan kepada orang lain, berkemungkinan akan terus erat. Tetapi

jika dikongkong, dimiliki sepenuhnya, perhubungan akan renggang dan akhirnya lenyap.

Perhubungan diistilahkan dalam Kamus Collins sebagai:

- Keadaan perikatan atau persaudaraan.

- Pertalian darah atau perkahwinan.

- Sesama berurusan, berkaitan atau berperasaan yang wujud antara dua pihak.

- Hubungan emosi atau seksual.

Terdapat pelbagai jenis perhubungan yang wujud di peringkat remaja, contohnya,

perhubungan dengan ibu bapa, ibu bapa tiri/penjaga, adik beradik, datuk, nenek, saudara

mara, kawan karib, teman lelaki/wanita, guru dan jiran.

• Perhubungan anak dan ibu bapa

Kajian menunjukkan bahawa kemesraan ibu bapa dan penerimaan secara tegas (tetapi

tidak terlalu mengongkong) dikaitkan dengan kemahiran menangani remaja. Walau

bagaimana pun, tidak dinafikan pada kitar kehidupan ini, selepas akil baligh, biasanya

berlaku konflik antara ibu bapa dan anak berdasarkan sebab-sebab biologikal dan

pemikiran (kognitif).

Di peringkat ini, remaja mula enggan menjadikan ibu bapa sebagai idola mereka; mereka

tidak lagi mematuhi kekuasaan ibu bapa. Mereka mula mengaitkan aktiviti-aktiviti mereka

sebagai urusan mereka sendiri, seperti keluar dan pulang ke rumah, membersihkan bilik

mereka dan sebagainya. Disebaliknya pula, ibu bapa mendapati adalah penting untuk

hidup bersama dengan harmoni (Smetana, 1995). Perhubungan menjadi tegang apabila

perbalahan semakin sukar diselesaikan akibat perbezaan idea dan perspektif.

• Perhubungan adik beradik

Adik-adik semakin matang dan lebih berdikari. Mereka tidak lagi menerima arahan dan

suruhan dari abang dan kakak (Stocker & Dunn, 1990). Perubahan ini meletakkan adik dan

abang/kakak sebagai sama taraf, tidak lagi sebagai yang lebih tua dan yang lebih muda. Di

kalangan adik beradik, jurang ini mula menjelma terutama apabila kawan-kawan menjadi

lebih penting dan/atau terlibat dengan hubungan romantis antara kekasih. Walau pun ini

erlaku, ikatan antara adik beradik, seperti juga ikatan dengan ibu bapa, terus erat bagi

kebanyakan remaja. Dengan ikatan yang telah terbentuk semenjak awal lagi, kasih sayang

dan keprihatinan berterusan sepanjang tempoh remaja. Perhubungan adik beradik masih

lagi memberikan sokongan emosi yang diperlukan ketika dilanda kekecewaan dan

kegagalan.

• Perhubungan rakan sebaya

Perhubungan rakan sebaya penting semasa remaja. Ianya berlaku dalam semua budaya,

lebih-lebih lagi dalam masyarakat industri. Ini mungkin disebabkan ibu keluar bekerja dan

pencapaian akademik yang kurang menekan. Perhubungan rakan sebaya boleh jadi positif

atau negatif, dan berperanan sebagai jambatan yang menghubungkan antara peranan

keluarga dan orang dewasa.

• Perhubungan romantis (kekasih)

Di peringkat awal remaja, minat terhadap teman berlainan jantina, didorong oleh tekanan

rakan sebaya dan biasanya tarikan faktor luaran sahaja. Pada peringkat ini, remaja lelaki

yang menjalin perhubungan romantis mempunyai status di kalangan rakan sebaya mereka.

Sebaliknya, gadis remaja mengalami konflik akibat persaingan dan perasaan cemburu. Di

peringkat pertengahan remaja, perhubungan yang terbentuk masih lagi tidak serius kerana

komunikasi antara remaja lelaki dan perempuan berbentuk stereotaip dan cetek.

Perhubungan menjadi lebih serius dan intim apabila meningkat ke peringkat akhir remaja.

~ Mengapa anda mahukan perhubungan romantis?

Perhubungan dengan orang di sekeliling anda adalah lumrah bagi memastikan pertumbuhan

dan perkembangan yang sihat. Manusia dijadikan untuk menjalin perhubungan. Anda

tidak hidup bersendirian tanpa sebarang perhubungan atau ikatan dengan orang lain.

Menjalin perhubungan membuatkan anda rasa dikehendaki, selamat dan dikasihi; dan anda

sentiasa ada seseorang untuk bergantung harap jika anda dilanda masalah atau

memerlukan bantuan.

~ Bilakah anda menjalin perhubungan?

Anda dilahirkan ke pangkuan ibu bapa dan keluarga. Perhubungan dengan ibu bapa dan

keluarga bermula dari saat anda disenyawakan dan berterusan sehingga ke akhir hayat.

Oleh yang demikian, pastikan perhubungan ini erat sepanjang masa. Perhubungan rakan

sebaya bermula apabila anda mula memasuki alam tadika dan sekolah dan berlanjutan

hingga ke kolej/universiti. Perhubungan ini sentiasa berubah, ada yang boleh bertahan

lebih lama dari yang lain. Terdapat banyak faktor yang membuatkan perhubungan ini

tidak stabil, seperti perpindahan,memasuki kelas lain dan perubahan minat atau hobi.

Walau bagaimana pun, ada yang mekar menjadi perhubungan romantis yang juga terus

berubah dan ada daripadanya mungkin bertahan sehingga ke akhir hayat. Perhubungan

lain terbentuk apabila anda bertemu orang baru, contohnya, keperluan wujud untuk

melakukan sesuatu bersama, seperti kumpulan rukun tetangga, keahlian dalam aktiviti

keagamaan, dan pertubuhan lain yang anda ingin sertai.

~ Apa yang membuatkan sesuatu perhubungan berjaya?

Perhubungan dibina oleh anda dan orang lain. Faktor paling penting menjayakan

perhubungan ialah ANDA. Anda boleh membuatkan perhubungan berterusan atau

memutuskannya. Ini adalah kerana anda tidak boleh menukar orang lain untuk

menyesuaikan diri mereka dengan kehendak anda. Tetapi anda boleh berubah supaya

orang lain berinteraksi secara berbeza; secara yang anda inginkan. Ingat, layan mereka

seperti anda ingin dilayani.

Berikut adalah antara cara bagi menjayakan perhubungan:

Perkara-perkara kecil begitu bermakna: Melakukan perkara-perkara kecil atau

memberikan sesuatu menjamin perhubungan berterusan. Anda boleh memberikan sesuatu

seperti nota penghargaan, berterima kasih, harapan segera sembuh, tahniah, atau

sekuntum bunga, sekeping kad, kek, buah-buahan, hadiah kecil, jika boleh buatan sendiri.

Anda boleh melakukan perkara kecil seperti menepuk belakang, pelukan, membantu

membuat kerja di rumah, memberikan minuman kepada orang yang baru pulang serta

keletihan, menelefon, mengatakan sesuatu yang mesra dan menggalakkan, dan bercakap

tentang kebaikan di belakang orang berkenaan.

Bersedia mendengar: Hanya dengan duduk mendengar luahan seseorang yang anda

sayangi, mengurangkan tekanan yang dialaminya. Belajar mendengar dengan memahami,

tidak menghakimi, berkhutbah atau merendahkannya. Malah, kadang-kadang, berdiam

sahaja merupakan cara mendengar yang dikehendaki. Mendengar bermakna memahami

apa yang tersirat. Jika anda tidak memahami sesuatu, dapatkan penjelasan.

Memaafkan: Sentiasa menjadi orang pertama meminta maaf. Ini mungkin sukar bagi anda

terutama apabila anda tahu anda tidak bersalah. Tetapi jika anda ingin menjayakan

perhubungan, telan sahaja ego anda, dan minta maaf, terutama kepada ibu bapa anda.

Apabila anda memaafkan secara rela, orang lain akan bersedia memaafkan dan mungkin

meminta maaf dari anda. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Ucapan (greeting): Mengucap selamat dengan ikhlas boleh menceriakan seseorang.

Ungkapan seperti “Hello, apa khabar pagi ini?” tidaklah memerlukan banyak usaha, tetapi

menunjukkan anda prihatin.

Fahaminya: Berusaha untuk berempati dengan orang lain kerana selagi anda tidak

menyelami fikiran dan perasaannya, anda tidak akan memahami tindakannya. Ini akan

membuatkan anda menjauhkan diri darinya dan perhubungan anda akan hancur. Dalam

perhubungan ibu bapa dan remaja, perkara yang paling kerap berlaku ialah saling tidak

memahami persepsi sesama sendiri – ibu bapa kolot, remaja dimanjakan dan tidak

berterima kasih.

Kotakan kata anda: Menepati janji anda sangat penting untuk mengekalkan perhubungan.

Memungkiri janji hanya memberitahu orang lain anda tidak boleh dipercayai. Jika anda

memungkiri janji dengan ibu bapa, mereka tidak akan memberikan kebebasan yang anda

ingini kerana mereka tidak mempercayai anda. Jika anda sukar menepati janji, pastikan

anda berjanji hanya jika anda benar-benar boleh mengotakannya.

Katakanlah: Apabila berkomunikasi dengan orang lain, nyatakan dengan jelas apa maksud

anda dan bagaimana perasaan anda mengenai perkara-perkara yang berlaku dalam sesuatu

perhubungan. Contohnya, dalam perhubungan dengan pasangan berlainan jantina,

beritahu pasangan anda apa perasaan anda tentang sentuhan, pelukan dan cumbuan, atau

melakukan seks. Jika anda tidak bersedia untuk semua ini, pasangan anda perlu tahu

mengenainya. Ini akan menentukan sama ada dia juga berperasaan sama atau mahu

melakukannya. Jika dia mahu melakukannya, hubungan romantis anda mungkin akan

segera berakhir. Anda mempunyai pilihan, kekal dalam perhubungan atau hilang maruah

diri anda. Jangan hantar mesej yang salah seperti menunjukkan anda betul-betul minat

terhadapnya sedangkan hakikatnya anda tidak mempunyai perasaan romantis terhadapnya

atau meneruskan aktiviti seksual sedangkan anda tidak mahu melakukan persetubuhan

dengannya.

Taat setia: Jadikannya moto untuk meneruskan perhubungan anda. Kesetiaan bermaksud

anda bersamanya di kala senang dan susah, walau apa pun yang terjadi. Kesetiaan

bermaksud anda menyimpan rahsia dan tidak mengkhianati orang yang dikasihi di

belakangnya. Jangan bermanis kata di hadapannya dan mengutuknya di belakang kerana

lambat laun dia akan tahu juga dan terus tidak akan mempercayai anda lagi. Perhubungan

anda berkecai.

Berpusat kepada orang lain: Berpusat kepada ibu bapa, teman lelaki/wanita atau orang

lain bermakna anda memusatkan hidup anda kepada orang lain dalam perhubungan. Anda

melakukan semua yang disuruh walaupun nilai-nilai anda berbeza; demi mengekalkan

perhubungan, anda menuruti semua kehendaknya. Anda akan menjadi tegang. Ingat,

anda adalah orang yang paling penting dalam perhubungan anda. Jadi pastikan

perhubungan serapat yang anda inginkan. Jika pasangan anda bertegas mahukan

kehendaknya dituruti, anda fikirkanlah sendiri.

Dalam perhubungan dengan orang lain, anda berkuasa meneruskan atau menghentikannya.

Perhubungan kekeluargaan seharusnya kekal sepanjang hayat. Anda bermula dari

keluarga, jadi kekallah berada dalam perhubungan ini. Selagi keluarga melayani anda

seperti kehendak anda mengikut kepercayaan dan peraturan budaya dan agama, taatlah

kepada keluarga, cari jalan memahaminya, terutama ibu bapa anda, bahagiakan mereka

sedaya mungkin, tepati janji kepada mereka untuk menafikan wujudnya ‘jurang generasi’

yang semata-mata merupakan apa yang anda fikirkan mengenainya.

Perhubungan rakan sebaya tidak stabil. Ianya berubah mengikut situasi, masa dan lokasi.

Jika anda tidak bersedia untuk perhubungan romantis yang serius, jauhi diri anda darinya.

Tumpukan kepada pelajaran dan pencapaian matlamat anda. Tetapi kekalkan

perhubungan dengan kawan-kawan yang positif dan yang mendatangkan faedah kepada

hidup anda. Perhubungan lain juga penting – guru, jiran dan masyarakat. Anda akan

memerlukan bantuan mereka satu masa nanti.

PERHUBUNGAN BERMULA DARI ANDA. ANDA MEMBUAT KEPUTUSAN, ANDA

MEMILIH.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!