10.07.2015 Views

{1} LEE KOK CHAI & HJ WAN ROZALI HJ WAN HUSSIN “Kualiti ...

{1} LEE KOK CHAI & HJ WAN ROZALI HJ WAN HUSSIN “Kualiti ...

{1} LEE KOK CHAI & HJ WAN ROZALI HJ WAN HUSSIN “Kualiti ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SOLAHUDDIN ISMAIL & MOHD RIZAL SAFAR“Dunia Musnah akibat Tangan-tangan Manusia : Tinjauan dari Perspektif Islam”{6}ABSTRAKSuasana dunia hari ini kelihatan semakin parah. Telah berlaku pelbagai kerosakandan pencemaran. Fenomena ini telah menimbulkan keresahan yang amat sangat dikalangan umat manusia. Pelbagai kaedah telah diusahakan oleh para saintis bagimeredakan dan seterusnya memulihara kembali kemusnahan yang telah berlaku.Namun dalam masa yang sama juga bumi terus diteroka secara rakus atas alasanpembangunan dan perkembangan teknologi. Islam secara umumnya tidak menolakpembangunan. Cuma yang ditegah adalah sifat tamak manusia yang nyata bolehmemusnahkan bumi serta sistem ekologi di dalamnya. Proses ini sebenarnya telahmenafikan hak yang sepatutnya dikecapi oleh generasi manusia pada masa akandatang. Justeru kertas ini bertujuan untuk memperlihatkan ’style’ Islam dalammengurus bumi dan sumber di dalamnya. Ia juga cuba untuk menghurai perananmanusia sebagai pengurus yang diamanahkan untuk mentadbir alam ini agar ia tidakterus musnah pada masa hadapan..ABD RAHMAN ROSLAN“Hypermarket Asing ! Pengantarabangsaan Aktiviti Perniagaan Runcit diMalaysia”{12}ABSTRAKAktiviti perniagaan runcit telah berkembang di Malaysia selaras denganperkembangan ekonomi negara secara keseluruhannya. Ekonomi yang kukuh dansetabil telah menyebabkan pendapatan pendudukat meningkat dan seterusnyameningkatkan kuasa beli pengguna (consumer purchasing power). Keadaan ini,ditambah dengan kemakmuran politik bukan sahaja merancakkan persekitaranperniagaan runcit negara malah telah menarik perhatian peruncit asing untukmembuka cawangan Malaysia. Walaupun kehadiran peruncit asing ke negara kitasebenarnya bukanlah satu yang baru tetapi apabila konsep perniagaan hypermarketdi bawa masuk pada awal 1990-an, ianya telah menjadi satu fenomena. Tempiasnyabukan sahaja diterima oleh peruncit sedia ada dan pengguna malah ia telah memberikesan kepada polisi perancangan kerajaan dan aspek ruangan. Bermula denganLembah Klang, hypermarket asing telah membuka cawangan di dua pusatpertumbuhan wilayah utama iaitu Johor Bahru dan Pulau Pinang. Syarikat yangberminat turut bertambah iaitu Makro (Tesco Extra), Carrefour, Giant dan Tesco.Kata kunci; peruncitan, antarabangsa, hypermarket, Malaysia

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!