11.07.2015 Views

Model Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar ...

Model Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar ...

Model Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar ...

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

• Penjualan pelaburan mesti diselesaikan dalam bentuk dana cair dan mesti diletakkandalam satu akaun rizab dan tidak dikira sebagai hasil.Tadbir urus GLC strategik yang tinggal harus diperbaiki menurut amalan terbaik yang digariskandalam GLC Transformation Manual yang diterbitkan oleh PCG 5 . Usaha reformasi tadbir urusharus diperkembangkan melebihi syarikat G20 yang sudah wujud bagi meliputi semua GLC,termasuk entiti-entiti milik Kerajaan Negeri, di bawah skop GOA.GLC yang menguruskan infrastruktur fizikal dan juga penyedia perkhidmatan contohnya TelekomMalaysia (TM) dan Tenaga National Berhad (TNB) harus menerima pakai model persainganperkhidmatan. GLC hanya akan mengekalkan pemilikan infrastruktur fizikal dan mengenakansewa kepada perniagaan yang menggunakan rangkaian. Isi kandungan perkhidmatan barisanhadapan dan penyediaan perkhidmatan akan diliberalisasikan sepenuhnya, membolehkanpemilikan rangkaian dan fungsi pengawalan diasingkan daripada hak beroperasi.2.5.3 Langkah Dasar: Menyalurkan Perolehan daripada Penjualan Pelaburan ke dalamDana Kekayaan NegaraHasil daripada penjualan pelaburan tidak seharus dikira sebagai pendapatan kendalian (aliran)tetapi diiktirafkan sebagai penukaran modal (saham). Perolehan patut ditempatkan ke dalam danakekayaan negara (SWF) yang melabur dalam pelbagai kelas aset (contohnya sekuriti-sekuriti,tukaran asing dan derivatif). SWF ini akan mengambil satu rangka kerja tadbir urus sepertipengurusan rizab tukaran asing BNM dan ditadbir uruskan sejajar dengan prinsip Santiago yangmemerlukan, antara lain, pendedahan dasar pelaburan SWF, penyata kewangan dan pendekatanpengurusan risiko. Keuntungan daripada SWF boleh digunakan untuk memangkin inisiatif barusektor swasta di mana isu risiko boleh menghalang aktiviti sektor swasta.2.5.4 Langkah Dasar: Merekasayaan GLC Untuk Menyokong Sektor SwastaBila GLC mengurangkan penglibatan mereka dalam perniagaan, GLC boleh memainkan perananyang lebih tertumpu dan memangkin untuk memacu sektor swasta ke arah industri baru berinovatifdan bernilai tinggi. GLC harus diberikan tanggungjawab menyokong inovasi. Ia, bagaimanapun,mesti keluar apabila inisiatif ini boleh diambil alih oleh sektor swasta.PCG telah mencadangkan pendekatan enam cabang ke atas peranan GLC yang diubah semulaselepas rancangan penjualan pelaburan siap dilaksanakan. MPEN menyokong cadangan inikerana ia akan melengkapkan pembangunan sektor swasta dengan menarik pelaburan asingdan mengurangkan halangan kemasukan ke dalam industri strategik baru. Bagaimanapun,GLC mesti mempunyai strategi pintu keluar yang jelas dan tidak seharusnya berkekalan dalamindustri apabila sektor swasta tidak lagi perlukan bantuan.Dalam merasionalisasikan peranan GLC, perlu ada satu polisi jelas untuk memastikan GLCitu sebagai pengusaha, tidak boleh serentak menjadi pengawal. Satu dasar utama untukmentransformasikan sektor swasta ialah untuk memastikan GLC itu yang menyediakan perkhidmatantidak mempunyai fungsi pengawalan dalam industri mereka. Dalam hal ini, Kerajaan mestiberusaha ke arah satu pendekatan di mana semua fungsi pengawalan dijalankan oleh pengawalbebas. Seharusnya mesti ada pemisahan antara pengawal dan pengusaha, yang merupakansatu keperluan utama untuk mematuhi prinsip-prinsip tadbir urus yang baik.5http://www.pcg.gov.my/trans_manual.asp26

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!