11.07.2015 Views

Model Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar ...

Model Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar ...

Model Baru ekonoMi untuk Malaysia Bahagian akhir: langkah dasar ...

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

Walaupun MBE meletakkan keutamaan yang tinggi untuk meningkatkan tenaga kerja, ia jugameletakkan keutamaan yang sama kepada pembentukan tenaga kerja yang berinspirasi. Tempatkerja di Malaysia memerlukan transformasi yang mendalam untuk menyegarkan tingkah lakumajikan dan pekerja untuk menerima teknologi baru dan proses yang inovatif. Ada kebenarandi dalam kata-kata ‘’Kita adalah hasil persekitaran kita’’ (We are a product of our environment).Pelbagai polisi mesti diletakkan untuk mengalakkan semua pihak berkenaan untuk membinasuasana tempat kerja yang sesuai. Banyak polisi untuk mengukuhkan pasaran buruh di Malaysiatelah dicadangkan di dalam MBE, di bawah IPS2. Elemen-elemen di dalam RMK-10 dan PTKmenangani isu-isu berkaitan pendidikan, bakat dan pekerja asing yang berkemahiran rendah.Laporan ini memberi fokus kepada beberapa tindakan utama yang penting untuk mengerakkantransformasi tenaga kerja dan tempat kerja secara mampan (Jadual 5.1).5.2 TRANSFORMASI TEMPAT KERJADi tempat kerja, majikan didorong untuk memperolehi dan memiliki sebahagian pasaran untukterus kekal. Ini dibandingkan dengan risiko kegagalan berikutan ketinggalan zaman, kehilanganreputasi dan kebankrapan. Dinamik ini melibatkan pelbagai faktor termasuklah keseimbangandi antara strategi jangka pendek dan jangka panjang, kedudukan berterusan di dalam rantaianpenawaran, dan tanggungjawab sosial korporat. Butiran terakhir ini semakin difahami sebagaimerangkumi obligasi kepada pekerja, menuruti piawaian alam sekitar dan keselamatan, dansumbangan kepada komuniti.Atas perkara yang sama, pekerja didorongi oleh pekerjaan yang memberi ganjaran yang baik dankeputusan berbanding dengan risiko pengganguran, termasuk tidak berprestasi atau kelakuanyang tidak bersesuaian. Mengambil kira perspektif kedua-dua majikan dan pekerja, strukturganjaran mestilah dibentuk untuk mengiktiraf prestasi baik dan pencapaian kualiti piawaianyang tinggi. Pemikiran yang berlandaskan hak dan keselamatan pemegang pekerjaan (securityof-tenure)yang tidak fleksibel, menyebabkan rasa puas hati dan menghadkan upah, mestilahdielakkan. Di Malaysia, mekanisma penetapan upah tidak berfungsi baik, terbukti dengan upahrendah yang diperolehi oleh kebanyakan kategori pekerja.Untuk tempat kerja berfungsi secara efektif, beberapa elemen penting mesti ada. Antara yangterpenting ialah undang-undang buruh yang bersesuaian, dan sistem serta amalan pengurusansumber manusia yang moden. Yang lain termasuklah komitmen majikan dan pekerja untukmenambah nilai kepada produk dan perkhidmatan yang dihasilkan. Ia juga melibatkan komunikasiyang efektif dan telus di antara pekerja dan majikan, dan di antara mereka dengan kerajaan,kumpulan industri, kesatuan pekerja dan masyarakat sivil. Komitmen majikan ditunjukkandengan pertimbangan pihak pengurusan mengenai kepentingan pekerja semasa menjalankanperniagaan. Komitmen pekerja ditunjukkan dengan meletakkan nilai di atas pekerjaan mereka,termasuklah mempercayai dan mendalami objektif organisasi.5.2.1 Langkah Dasar: Membaharui Undang-Undang BuruhPindaan terbaru kepada perundangan buruh, termasuk yang dicadangkan di dalam RMK-10,adalah secaraberbahagi-bahagi MBE telah mencadangkan pembaharuan perundangan buruh yangstrategik dan menyeluruh dengan tujuan mengurangkan kos perniagaan berkenaan pengurusanisu-isu berkaitan tenaga kerja sambil memastikan pekerja dilindungi dengan efektif (Jadual 5.2).Secara khususnya, kerangka undang-undang yang telah ditambahbaikan yang baru ini mestimenangani perkara-perkara berikut:74

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!