11.07.2015 Views

program transformasi minda

program transformasi minda

program transformasi minda

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

JPA.BK(S) 226/6/16(23)No. Siri:KERAJAAN MALAYSIA_________________________________________________SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 6 TAHUN 2011_________________________________________________PROGRAM TRANSFORMASI MINDATUJUAN1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan menjelaskan mengenai pelaksanaanProgram Transformasi Minda (PTM) sebagai satu daripada syarat pengesahan dalamperkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi selaras dengan Saraan Baru PerkhidmatanAwam (SBPA).LATAR BELAKANG2. Modal insan yang berdaya tahan dan kompetitif adalah pra-syarat penting bagimenggerakkan agenda transformasi Kerajaan dengan berkesan untuk mencapai agendapembangunan negara. Justeru, modal insan sektor awam perlu dibangunkan di peringkat awalpelantikan (dalam tempoh percubaan) secara optimum agar dapat melahirkan pegawai awamyang memiliki kompetensi dan potensi bersesuaian untuk melaksanakan tugas.3. Cabaran utama membangunkan modal insan ialah menyediakan latihan yang mampumentransformasikan minda pegawai awam agar selari dengan hala tuju dasar negara danperubahan persekitaran. Perubahan minda yang ingin diterapkan sewajarnya menggalakkan1

pemikiran yang selari dengan aspirasi negara bagi menghasilkan nilai tambah dalam tugasandan berkeupayaan menyediakan pegawai awam yang membudayakan nilai-nilai murniperkhidmatan awam.4. Proses transformasi minda perlu bagi membangunkan modal insan secara holistik,merangkumi keupayaan sahsiah dan intelektual yang mesti dimiliki oleh pegawai awam bagimemandu pemikiran dan perlakuan dalam rutin harian. Program Transformasi Minda (PTM)diperkenalkan sebagai satu pendekatan untuk memberi pendedahan dan penyesuaian mindapegawai di peringkat awal pelantikan dalam perkhidmatan awam. Program ini dibentuk bagimembolehkan pegawai memahami prinsip dan falsafah pembentukan negara, jenterapentadbiran kerajaan dan peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam serta pembentukanjati diri bagi menghadapi cabaran dan ekspektasi pelanggan.OBJEKTIF5. Objektif PTM adalah untuk:(a)(b)(c)(d)memberi pendedahan mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafahpembentukan negara serta sistem pentadbiran kerajaan;memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebihberketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam PerkhidmatanAwam;menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar dapat memberikanpenyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan; danmenyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamatke arah negara maju.2

PEGAWAI YANG DISYARATKAN6. Pegawai yang disyaratkan mengikuti PTM adalah:(a)(b)pegawai lantikan pertama pada atau selepas 1 Januari 2012 yang berkhidmatsecara tetap dalam Perkhidmatan Awam;pegawai lantikan secara lateral (pelantikan ke gred kenaikan pangkat) padaatau selepas 1 Januari 2012 kecuali lantikan lateral ke Kumpulan PengurusanTertinggi; atau(c) pegawai dalam tempoh percubaan dan belum menghadiri Kursus Induksi -Modul Umum.7. Pegawai yang sedang berkhidmat yang kemudiannya dilantik ke perkhidmatan laindikecualikan daripada menghadiri PTM dengan syarat:(a)(b)(c)pegawai telah hadir dengan jaya PTM;hadir dengan jaya Kursus Induksi - Modul Umum; ataululus Peperiksaan Am Kerajaan di skim perkhidmatan terdahulu.Ketua Jabatan boleh memberi pengecualian tanpa perlu merujuk kepada JabatanPerkhidmatan Awam (JPA). Pengecualian tersebut hendaklah direkodkan dalam RekodPerkhidmatan pegawai sebagai “Pegawai Dikecualikan Daripada PTM kerana telah HadirDengan Jaya PTM / Hadir Dengan Jaya Kursus Induksi-Modul Umum / lulus PeperiksaanAm Kerajaan” bagi memastikan urusan pengesahan dalam perkhidmatan barunya dibuatdengan teratur.3

PELAKSANAAN PTM8. Kerangka Kurikulum PTM ini terbahagi kepada tiga (3) segmen utama, iaitu:(a) Segmen I : Negara dan Perkhidmatan Awam;(b) Segmen II : Tanggungjawab dan Peranan Pegawai; dan(c) Segmen III : Budaya Kerja Kelas PertamaRingkasan kandungan kurikulum yang boleh diguna pakai adalah seperti di Lampiran A.9. Pelaksanaan PTM adalah selama lima (5) hari dan dilaksanakan olehkementerian/negeri/agensi. Contoh jadual pelaksanaan adalah seperti di Lampiran B.Pelaksanaan PTM ini boleh dibuat tanpa mengira kumpulan perkhidmatan/gred jawatan ataudibuat secara berasingan mengikut kesesuaian kementerian/negeri/agensi.10. Skim perkhidmatan yang mensyaratkan Kursus Asas atau Pra-Perkhidmatan kepadapegawai lantikan baru boleh mengintegrasikan kurikulum PTM dalam Kursus Asas atauPra-Perkhidmatan tersebut.11. Kementerian/negeri/agensi yang tidak mempunyai keupayaan untuk melaksanakanPTM atas sebab-sebab tertentu boleh menumpangkan pegawainya untuk menghadiri PTM dikementerian/negeri/agensi lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut:(a)(b)urusan penumpangan dipersetujui oleh kedua-dua Panel Pengurusan PTMkementerian/negeri/agensi yang menumpang dan menerima pegawai sebagaipegawai tumpangan;sekiranya kementerian/negeri/agensi yang menerima pegawai sebagai pegawaitumpangan mengenakan bayaran pengurusan, kadar yang dikenakanhendaklah munasabah dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak; dan4

(c)sijil hadir dengan jaya PTM yang dikeluarkan oleh kementerian/negeri/agensidi mana pegawai menghadiri program tersebut hendaklah diterima pakai bagitujuan pengesahan dalam perkhidmatan.12. PTM dilaksanakan melalui pelbagai kaedah seperti latihan dalam kumpulan (LDK),sesi interaktif, perbincangan kumpulan, perbincangan kes, kuiz, ujian psikometrik,e-Pembelajaran atau kaedah lain yang bersesuaian yang dipersetujui oleh Panel PengurusanPTM di kementerian/negeri/agensi masing-masing.13. Penilaian PTM dibuat secara penilaian sepanjang program berdasarkan kepadaaktiviti dan kriteria penilaian yang ditetapkan. Garis panduan penilaian PTM adalah sepertidi Lampiran C.14. Pegawai yang mengikuti PTM sepenuhnya dan berjaya berasaskan penilaian yangdibuat layak diberikan sijil PTM. Keputusan “Hadir Dengan Jaya PTM” hendaklahdirekodkan dalam Rekod Perkhidmatan pegawai yang berkenaan.15. Memandangkan kurikulum PTM tidak merangkumi skop fungsikementerian/negeri/agensi, Ketua Jabatan di mana pegawai ditempatkan adalah digalakkanuntuk mengadakan sesi penerangan berasingan mengenai kementerian/negeri/agensi kepadapegawai berkenaan.PANEL PENGURUSAN PTM16. Semua kementerian/negeri/agensi yang melaksanakan PTM hendaklah menubuhkanPanel Pengurusan PTM di peringkat kementerian/negeri/agensi masing-masing.17. Keanggotaan Panel Pengurusan PTM adalah seperti berikut:Pengerusi- Pengurus Sumber Manusia atau wakilnyaAhli- Dilantik mengikut kepakaran dalam segmen PTMyang berkaitan atau wakil lain yang difikirkansesuai5

Urus Setia- Bahagian / Unit yang menguruskan latihan jabatanKuorum Panel Pengurusan PTM hendaklah sekurang-kurangnya tiga (3) orang termasukPengerusi.18. Tanggungjawab Panel Pengurusan PTM adalah seperti berikut:(a)(b)(c)(d)menetapkan kaedah pelaksanaan program yang bersesuaian;menimbang dan mengesahkan laporan kehadiran dan laporan penilaiansepanjang program bagi setiap pegawai yang menghadiri PTM;menimbangkan kebenaran mengulang bagi pegawai yang tidak melengkapkanPTM tertakluk kepada tempoh percubaan pegawai; danmengeluarkan dan memperakukan sijil kehadiran kepada pegawai yang telahhadir dengan jaya PTM.SYARAT MENGULANG19. Panel Pengurusan PTM boleh membenarkan pegawai mengulang sekiranya tidakmelengkapkan PTM atas mana-mana sebab berikut:(a)(b)(c)(d)(e)(f)pegawai yang disahkan tidak sihat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;pegawai yang terpaksa meninggalkan program untuk menjaga keluargaterdekatnya yang sakit;pegawai yang terpaksa meninggalkan program untuk menjadi saksi atauterlibat dalam perbicaraan kes di mahkamah;pegawai yang melahirkan anak dalam tempoh program;keluarga terdekat yang meninggal dunia; ataukeadaan kecemasan lain yang difikirkan munasabah dan dibenarkan olehKetua Urus Setia PTM.6

20. Pegawai yang tidak melengkapkan PTM hendaklah mengulang segmen yang belumdilengkapkan. Pegawai yang perlu mengulang PTM hendaklah menghubungi urus setia bagimenduduki semula PTM. Urus setia juga bertanggungjawab memaklumkan pegawai tarikhbaru PTM yang ditawarkan.21. Pegawai yang gagal dalam penilaian sepanjang program tidak dibenarkan mengulangsemula PTM dan hendaklah disyorkan untuk penamatan perkhidmatan pegawai.KAWALAN PIAWAIAN22. Semua kementerian/negeri/agensi hendaklah mematuhi pelaksanaan PTM yangditetapkan. Sebarang pengubahsuaian dari segi tempoh, kurikulum dan penilaian PTM selaindaripada yang ditetapkan hendaklah mendapat kelulusan daripada JPA.23. JPA akan memantau dan mengadakan naziran dari semasa ke semasa bagimemastikan pelaksanaan PTM selaras dengan dasar yang berkuat kuasa.TARIKH KUAT KUASA24. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012.PEMAKAIAN25. Tertakluk kepada penerimaan oleh pihak berkuasa masing-masing, peruntukan SuratPekeliling Perkhidmatan ini dipanjangkan kepada semua Perkhidmatan Negeri, PihakBerkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.7

PEMBATALAN26. Dengan berkuat kuasanya Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, surat pekelilingperkhidmatan, garis panduan dan surat edaran berkaitan dengan kursus induksi sepertimanaberikut adalah dibatalkan:(a) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 1992;(b) Garis Panduan Penilaian Kursus Modul Induksi Umum – INTAN: 53/12/347Jld.2(81) bertarikh 10 Oktober 1992;(c) Surat edaran JPA.241/46 Jld.5(69) bertarikh 1 April 1993;(d) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 1997;(e) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 1998;(f) Surat edaran JPA.241/46 Jld.11(10) bertarikh 2 Oktober 1998;(g) Surat edaran JPA(S)241/46 Jld.11(63) bertarikh 10 April 2001; dan(h) Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005.“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”(TAN SRI ABU BAKAR BIN HAJI ABDULLAH)Ketua Pengarah Perkhidmatan AwamMalaysiaJABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIAPUTRAJAYA7 Disember 2011Semua Ketua Setiausaha KementerianSemua Ketua Jabatan PersekutuanSemua Y.B. Setiausaha Kerajaan NegeriSemua Pihak Berkuasa BerkanunSemua Pihak Berkuasa Tempatan8

RINGKASAN KANDUNGAN KURIKULUMPROGRAM TRANSFORMASI MINDALampiran ABil Topik KaedahSEGMEN I : Negara dan Perkhidmatan AwamOverview Perkhidmatan Awama. Sejarah Perkhidmatan Awam Tayangan videob. Kedudukan Perkhidmatan Awam Dalam PerlembagaanPersekutuanNota / Taklimatc. Kuasa Melantik Dan Skim Perkhidmatan Nota / Taklimat / PerbincanganInteraktif – Aktiviti KumpulanSistem Pentadbiran Negaraa. Sistem Demokrasi Berparlimen dan RajaBerperlembagaanb. Konsep Pengasingan Kuasa• Badan Perundangan• Badan Eksekutif• Badan Kehakimanc. Pengenalan dan perbandingan struktur organisasiKerajaan Pusat dan Kerajaan NegeriNota /Taklimat / Tayangan Video/Perbincangan InteraktifNota /Taklimat / PerbincanganInteraktifNota / Taklimat / PerbincanganInteraktif – Aktiviti KumpulanHala Tuju Negaraa. Pengenalan Konsep 1Malaysia• Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan• Negara maju berpendapatan tinggiNota /Taklimat / PerbincanganInteraktifb. Asas – Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara Nota /Taklimat / PerbincanganInteraktifc. Teras Perpaduan• Penerimaan• Keadilan SosialNota /Taklimat / PerbincanganInteraktifd. Nilai-nilai murni dan nilai aspirasi Nota /Taklimat / PerbincanganInteraktif / Kuizi

Bil Topik KaedahMenjana Negara Sejahtera dan Bahagiaa. Kriteria Negara Maju Nota /Taklimat / PerbincanganInteraktifb. Pencapaian Negara Nota /Taklimatc. Program Transformasi Negara Nota /Taklimat / PerbincanganInteraktifd. Program Transformasi Kerajaan (GTP)– Peranan Pegawai AwamNota /Taklimat / PerbincanganInteraktif / Tayangan VideoSEGMEN II : Peranan dan TanggungjawabPeranan dan Kemudahan Pegawai Awama. Syarat Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan PenamatanPerkhidmatanNota / Taklimatb. Kemudahan Cuti Nota / Taklimatc. Gaji, Elaun Dan Faedah Persaraan Nota / TaklimatPengurusan Integriti dan Keselamatana. Integriti Nota /Taklimat / Perbincangan Kesb. Rasuah Nota /Taklimat / Perbincangan Kesc. Keselamatan Nota /Taklimat / Perbincangan KesTatakelakuan dan Tatatertib Perkhidmatan Awama. Larangan dan hukuman tatatertib Nota /Taklimat / Perbincangan KesLaluan Kerjaya Dalam Perkhidmatan Awama. Pengenalan kepada laluan kerjaya dalam perkhidmatanawamNota / Taklimatb. Pengenalan kepada organisasi Nota / Taklimatii

Lampiran BCONTOH JADUAL PELAKSANAAN 5 HARIPROGRAM TRANSFORMASI MINDAMASAHARIHARI 1 HARI 2 HARI 3 HARI 4 HARI 50630 – 0730 Senamrobik Senamrobik Senamrobik Aktiviti Kerohanian0730 – 0800 Sarapan Pagi Sarapan Pagi Sarapan Pagi Sarapan Pagi0830 – 0930 Pendaftaran Program0930 – 1030Taklimat Urus setiaProgramBudaya Kerja KelasPertama(MengutamakanMasyarakat)Overview PerkhidmatanAwamSistem PentadbiranNegaraTanggungjawab danPeranan Pegawai Awam(Peraturan Pegawai &Perintah-perintah Am)Tanggungjawab danPeranan Pegawai Awam(Tatakelakuan &Tatatertib - Aku Janji)1030 – 1045 Minum Pagi Minum Pagi Minum Pagi Minum Pagi Minum Pagi1045 – 1145Sistem PentadbiranUjian Psikologi & Budaya Kerja KelasNegaraPembangunanDiri- KumpulanPertama(Pengurusan Pelanggan)1200 – 1300 Hala Tuju NegaraPengurusan Integriti danKeselamatan(Isu Integriti)Pengenalan kepada laluankerjaya dalamperkhidmatan awamPengenalan kepadaorganisasi1300 – 1415 Makan Tengah hari Makan Tengah hari Makan Tengah hari Makan Tengah hari Makan Tengah hari1415 – 15301530 – 16301630 – 1730Budaya Kerja KelasPertama(Integrasi Kumpulan)Budaya Kerja KelasPertama(Pemikiran Kritis danInovatif)Budaya Kerja KelasPertama(Etika dan KeterampilanDiri)Hala Tuju NegaraMenjana Negara Sejahteradan BahagiaPengurusan Integriti danKeselamatan (IsuKeselamatan)Pengurusan Integriti danKeselamatan (IsuRasuah)Rumusan / Penutup1730 – 1830 Aktiviti Riadah Aktiviti Riadah Aktiviti Riadah Aktiviti Riadah1900 – 2000 Makan Malam Makan Malam Makan Malam Makan Malam2015 – 21152130 – 2230Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan Aktiviti KumpulanSegmen I – Negara Dan Perkhidmatan AwamSegmen II – Peranan Dan TanggungjawabivSegmen III – Budaya Kerja Kelas Pertama

Lampiran CGARIS PANDUAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDA1. PendahuluanGaris panduan penilaian Program Transformasi Minda (PTM) adalah untuk menjelaskankaedah yang digunakan untuk menjalankan urusan penilaian sepanjang program.2. Kaedah PenilaianPenilaian terhadap peserta dibuat secara penilaian sepanjang program.3. Kriteria Penilaian Sepanjang Programa) Penilaian sepanjang program dijalankan berasaskan kepada tiga (3) kriteria utamadengan markah seperti berikut:Bil. Kriteria Penilaian Utama Markah1. Disiplin• Kehadiran• Tingkah laku• Ketepatan masa2. Komitmen• Penglibatan dalam aktiviti• Kerjasama kumpulan3. Personaliti• Etika berpakaian• Komunikasi503020Jumlah keseluruhan 100v

) Penilaian terhadap peserta program hendaklah dilaksanakan oleh fasilitator.Fasilitator merupakan pegawai awam yang dipertanggungjawabkan untukmenyelaras dan mengendalikan PTM secara sepenuh masa untuk agensiberkenaan. Contoh Borang Penilaian Fasilitator adalah seperti di Kembaran A.c) Perincian Kriteria Penilaian UtamaKriteria penilaian yang diambil kira oleh fasilitator hendaklah merangkumi ciriciriberikut:i) DISIPLIN (50 markah)a. Mematuhi peraturan yang telah ditetapkan sepanjang program.b. Menghormati rakan, fasilitator dan individu lain serta sentiasamengamalkan sifat-sifat yang positif.c. Menghadiri sepenuhnya dalam semua aktiviti yang dirancangsepanjang program.d. Menepati masa permulaan setiap aktiviti sepanjang program.e. Kesanggupan menerima dan melaksanakan arahan sertabertanggungjawab dalam melaksanakan kerja.Pemarkahan untuk disiplin dibuat mengikut pencapaian markahseperti berikut:Pencapaian MarkahA 45 - 50B 0 - 44ii)KOMITMEN (30 markah)a. Penglibatan dan penyertaan yang aktif semasa program dilaksanakan.b. Semangat kerjasama yang tinggi sesama rakan, fasilitator dan individulain.c. Sentiasa memberikan keutamaan terhadap aktiviti program.d. Kebolehan mengemukakan idea atau cadangan dalam membantumenyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi bersama.vi

e. Penghasilan kerja yang berkualiti dan menepati masa yang ditentukan.Pemarkahan untuk komitmen dibuat mengikut pencapaian markahseperti berikut:Pencapaian MarkahA 16 - 30B 0 - 15iii)PERSONALITI (20 markah)a. Personaliti iaitu dari segi sikap, gaya berbicara dan kesopanan.b. Keupayaan menyesuaikan diri dan reaksi terhadap persekitaran yangsentiasa berubah.c. Mengamalkan etika berpakaian yang sopan dan kemasd. Kebolehan berkomunikasi iaitu kebolehan menyampaikan maksud danpendapat dengan jelas dan teratur.Pemarkahan untuk personaliti dibuat mengikut pencapaian markahseperti berikut:Pencapaian MarkahA 11 – 20B 0 – 10d) Laporan Penilaian Sepanjang Programi) Semua markah yang dinilai daripada para peserta akan dikumpulkan dandirekodkan dalam laporan penilaian sepanjang program. Laporan tersebutdisediakan oleh fasilitator program dan disahkan oleh ketua urus setia.ii)Laporan penilaian sepanjang program yang telah dilengkapkan hendaklahdikemukakan kepada Panel Pengurusan PTM untuk dipertimbang dandisahkan.vii

LAPORAN PENILAIAN PROGRAM TRANSFORMASI MINDAKembaran AARAHAN :1. Fasilitator dikehendaki mencatatkan markah mengikut kriteria yang telah ditetapkan.2. Penilaian ini adalah SULIT dan anda dikehendaki menilai secara jujur dan ikhlas.Bil Nama No KP(a)Disiplin(b)Komitmen(c)PersonalitiJumlah markahkeseluruhanCatatan(50) (30) (20) (a+b+c)Nota: Bagi pegawai yang mengulang semula PTM mengikut segmen, pemarkahan akan dibuat secara purata.PENCAPAIAN :Hadir Dengan Jaya : 70 markah dan ke atasGagal: Kurang daripada 70 markahTidak Melengkapkan PTM: Tidak hadir aktivitiDisediakan oleh fasilitator:Disahkan oleh Ketua Urus Setia:Tarikh:Tarikh:viii

No. Siri …………………Lampiran DSIJILPROGRAM TRANSFORMASI MINDA(agensi yang menganjurkan program)Adalah dimaklumkan bahawa Panel Pengurusan Program Transformasi Minda ____________________________dalammesyuaratnya pada ____________________ telah menimbang dan memperakui bahawa(nama(namapenuhpenuhpegawaipegawaisepertisepertidi kaddi kadpengenalan)pengenalan)(nombor kad pengenalan pegawai)__________________________________________________, _____________________________________ telah HadirDengan Jaya Program Transformasi Minda yang telah diadakan pada ____________ hingga ____________ bertempat di__________________________________(Tandatangan)ixPengerusiPanel PengurusanProgram Transformasi MindaTarikh : _________________

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!