12.07.2015 Views

1 TEKS UCAPAN YBHG DATO' SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA ...

1 TEKS UCAPAN YBHG DATO' SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA ...

1 TEKS UCAPAN YBHG DATO' SRI DR. ALI BIN HAMSA KETUA ...

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

(SILA SEMAK SEMASA DISAMPAIKAN)TEKS UCAPAN YBHG DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSAKETUA SETIAUSAHA NEGARA MALAYSIABismillahirrahmanirrahimPERASMIAN GALERI TUN ABDULLAH BADAWIMENARA PRISMAPRESINT 3, PUTRAJAYA17 OKTOBER 2012; 12.00 TENGAHARIYang Amat Berbahagia Tun Abdullah Haji Ahmad BadawiYang Amat Berbahagia Tun Jeanne AbdullahYang Berbahagia Tan Sri-Tan Sri, Dato‟ Seri-Dato‟ Seri, Dato‟-Dato‟,Tuan-tuan dan Puan-puan, para hadirin yang dihormati sekalian.Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam 1Malaysia, SalamSejahtera1. Syukur Alhamdulillah ke atas hadrat Allah S.W.T kerana atas limpahkurnia dan rahmat-Nya kita dapat berhimpun di sini, dalam majlis yang penuhbermakna bagi perasmian Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Saya inginmerakamkan ucapan terima kasih kepada penganjur majlis kerana1sudimenjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikangaleri ini.Para hadirin yang dihormati sekalian,2. Usaha Jabatan Perdana Perdana dalam menubuhkan Galeri TunAbdullah Ahmad Badawi ini melibatkan sumbangan daripada pelbagai pihakkhususnya daripada Jabatan Arkib Negara. Justeru itu, sekalung ucapanterima kasih jua diberikan kepada pihak Jabatan Arkib Negara atas segala

(SILA SEMAK SEMASA DISAMPAIKAN)nasihat dan dokumentansi bagi merealisasikan hasrat Kerajaanmewujudkan sebuah galeri sebagai penghargaan ke atas jasa seorangpemimpin utama negara iaitu Yang Amat Berbahagia, Tun Abdullah HajiAhmad Badawi.3. Sungguh pun begitu, perlu saya maklumkan, Galeri Tun AbdullahAhmad Badawi ini yang berkeluasan lebih kurang 5,500 kaki persegi,merupakan galeri sementara, dimana satu Galeri Kebangsaan Tun AbdullahAhmad Badawi sedang dirancang untuk dibina dalam Rancangan MalaysiaKesebelas nanti. Walaupun begitu, ia tidak bermaksud galeri ini tidak lengkap– bahkan ia meliputi pelbagai aspek berhubung dengan Yang AmatBerbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi, tokoh pemimpin negara kita. Sayadimaklumkan bahawa dalam usaha menubuhkan galeri ini, beberapa sesitemu ramah dengan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah turut diatur untukmengenali dengan lebih mendalam akan personaliti Tun Abdullah atau lebihdikenali dengan panggilan mesra „Pak Lah‟ supaya galeri ini dapatmencerminkan keperibadian dan ketokohan beliau. Walau pun dalamkesibukan dengan tugas-tugas seharian, „Pak Lah‟ masih sudi melapangkanmasa untuk menjayakan siri temuramah tersebut.4. Usaha awal menubuhkan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi antaralainnya, bertitik tolak daripada permintaan pelbagai pihak yang sebegitubanyak untuk memperoleh maklumat berkenaan „Pak Lah‟. Maklumat yangdipohon merangkumi pelbagai aspek termasuk ciri kepimpinan, wawasan danpemikiran Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah terhadap sistem pentadbirandan dasar pembangunan negara, pengalaman peribadi beliau dansebagainya. Maka dengan itu, adalah difikirkan perlu untuk diwujudkansebuah galeri yang bukan sahaja dapat memenuhi keperluan pengkajian2

(SILA SEMAK SEMASA DISAMPAIKAN)akademik, tetapi segala maklumat, dokumen serta bahan-bahan yangberkaitan dengan suka duka pengalaman dan peristiwa yang dilalui olehYang Amat Berbahagia Tun Abdullah dapat dikumpul dan dipamerkan dalamrupa bentuk yang istimewa selayaknya selaku Mantan Perdana MenteriMalaysia dan tokoh kepimpinan negara. Jika dilihat daripada aspek warisannegara, galeri ini merupakan satu-satu cara untuk generasi akan datangmengenali lebih dekat akan tokoh pemimpin kita yang telah banyakmenyumbang kepada pembangunan negara. Walaupun Yang AmatBerbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi kini tidak lagi memegang tampukpentadbiran utama negara, segala pengalaman dan liku-liku hidup yang telahdilalui oleh beliau tidak harus dibiarkan lapuk ditelan zaman dengan begitusahaja.5. Adalah diketahui umum bahawasanya Yang Amat Berbahagia TunAbdullah telah melalui pelbagai peringkat pentadbiran negara bermulasebagai peneraju kesatuan belia dan pelajar, kemudiannya bertugas sebagaipenjawat awam dimana antara pengalaman penting beliau ialah berkhidmatdi dalam Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), seterusnya menceburilapangan politik sehinggalah menerajui kepimpinan utama negara. Malahkini Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah masih terus menyumbang jasabakti kepada negara melalui beberapa peranan penting seperti PenasihatMalaysia Airlines System (MAS), Penasihat Pembangunan Koridor Ekonominegara serta Pengerusi Institut Kefahaman Malaysia (IKIM). Yang AmatBerbahagia Tun Abdullah juga masih bergiat aktif dalam bidang politiksebagai Ahli Parlimen Kepala Batas. Semestinya pentadbiran danpengurusan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawi daripadadahulu sehingga kini, merupakan suatu aset negara yang tidak ternilai3

(SILA SEMAK SEMASA DISAMPAIKAN)harganya. Maka usaha pengumpulan dan pamaparannya di galeri khusussebegini, adalah penting dan besar manfaatnya kepada kita semua.Para hadirin yang dihormati sekalian,6. Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi mempamerkan pelbagai koleksiYang Amat Berbahagia Tun Abdullah seperti koleksi Pingat / DarjahKebesaran, Anugerah Doktor Kehormat, cenderamata, dokumen, gambar,lukisan, keratan akhbar serta buku-buku yang dihadiahkan oleh Ketua-KetuaKerajaan dan Negara, jabatan Kerajaan, sektor swasta serta orangperseorangan ketika Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawiberkhidmat sebagai Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri danseterusnya sebagai Yang Amat Berhormat Perdana Menteri. Di samping itu,mungkin ada beberapa maklumat yang belum pernah dipaparkan di manamanamedia atau diketahui umum, tetapi dizahirkan secara eksklusif olehYang Amat Berbahagia Tun Abdullah khusus untuk dipaparkan di galeri ini.Faktor tersebut menjadikan galeri ini bertambah istimewa dimana orangawam tidak patut melepaskan peluang untuk mengunjunginya. Namunbegitu, usaha untuk mengumpulkan maklumat tentang Yang AmatBerbahagia Tun Abdullah tidak akan berhenti setakat ini sahaja. Dari semasake semasa, paparan galeri ini akan ditambahbaik dimana sekiranya parahadirin sekalian atau orang awam mempunyai bahan-bahan yang bolehdipamerkan, atau mengetahui akan sumber-sumber lain yang bolehmenambahkan koleksi galeri, ia amatlah dialu-alukan.4

(SILA SEMAK SEMASA DISAMPAIKAN)7. Bak kata pepatah Melayu “lain padang lain belalang, lain dahulu lainsekarang”. Jika ada pihak yang mengatakan bahawa sesuatu kaedah yangdigunakan pada masa dahulu tidak sama dengan keperluan atau kontekspada masa sekarang, saya melihat perkara ini dalam ruang lingkup yangberbeza, bahawa dengan pendekatan yang dilaksanakan dahululah, telahmembawa kepada pembangunan dan kejayaan yang kita kecapi ketika ini.Justeru itu, saya berpandangan bahawa segala pendekatan yang diambiloleh Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah mempunyai strategi dankeistimewaannya yang tersendiri - maka seharusnya ia diselidiki malahdijadikan pedoman dalam aspek-aspek pentadbiran dan pembangunannegara. Melihatkan kepada manfaat besar yang bakal disumbangkandaripada penubuhan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi ini, saya inginmenyarankan kepada anggota penjawat awam, para pelajar dan masyarakatumum keseluruhannya supaya mengambil peluang mengunjunginya. Sayayakin setiap pengunjung akan dapat menghayati segala pengalaman, ideadan gagasan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah Ahmad Badawikhususnya dalam usaha beliau memacu pembangunan dan kegemilangannegara berpandukan konsep Islam Hadhari.8. Saya juga ingin mencadangkan supaya Galeri Tun Abdullah AhmadBadawi disenaraikan sebagai salah satu destinasi utama lawatan diPutrajaya. Begitu juga apabila siapnya Galeri Kebangsaan Tun AbdullahAhmad Badawi, saya berharap ia akan disenaraikan sebagai salah satudestinasi utama untuk dilawati samada oleh warga tanahair mahupunpelancong-pelancong asing. Saya turut menaruh keyakinan malah berharapagar segala pengkongsian khususnya melalui cerminan nilai-nilai unggulkepimpinan Yang Amat Berbahagia Tun Abdullah, menerusi galeri ini, dapat5

(SILA SEMAK SEMASA DISAMPAIKAN)mencetus idea-idea baru atau menjadi faktor pendorong bagi penerusankejayaan negara ke tahap yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.9. Sebelum mengakhiri ucapan saya, ingin saya mengucapkan terimakasih kepada semua pihak yang telah menyumbangkan segala usaha,tenaga dan komitmen bagi merealisasikan penubuhan Galeri Tun AbdullahAhmad Badawi ini. Sesungguhnya usaha murni ini wajar dicontohi dalamusaha kita untuk mendokumentasikan sejarah yang mempunyai nilai estetikayang tinggi untuk tatapan dan panduan generasi akan datang. Denganungkapan tersebut serta lafaz Bismillahhirrahmanirrahim, saya dengansukacitanya merasmikan Galeri Tun Abdullah Ahmad Badawi.Sekian terima kasih.Pejabat Ketua Setiausaha Negara17 Oktober 20126

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!