12.07.2015 Views

akta keganasan rUMah tangga 1994

akta keganasan rUMah tangga 1994

akta keganasan rUMah tangga 1994

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

2 Undang-Undang Malaysia Akta 521akta keganasan rumah tangga 1994Tarikh Perkenan Diraja … … … … … 24 Jun 1994Tarikh penyiaran dalam Warta … … … … 7 Julai 1994

Keganasan Rumah Tangga 3UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 521AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994SUSUNAN SEKSYENBah a g i a n IPERMULAANSeksyen1. Tajuk ringkas dan pemakaian2. Tafsiran3. Kecualian bagi peruntukan dalam undang-undang bertulis lain4. Perintah perlindungan interim5. Perintah perlindunganBah a g i a n IIPERINTAH PERLINDUNGAN6. Perintah yang boleh dimasukkan dalam perintah perlindungan7. Kuasa penangkapan8. Pelanggaran perintah perlindungan9. Membuat atau memperbaharu perintah apabila perintah perlindungandilanggarBah a g i a n IIIPAMPASAN DAN KAUNSELING10. Pampasan11. Kaunseling, dsb.

4 Undang-Undang Malaysia Akta 521Bah a g i a n IVTATACARA MENGENAI PERINTAH PERLINDUNGANSeksyen12. Bila perintah perlindungan interim boleh diminta13. Bila perintah perlindungan boleh diminta14. Memfailkan aduan15. Aduan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tidak berkeupayaan16. Rekod aduan dan perintah17. Bukti penyampaian perintah perlindunganBah a g i a n VPELBAGAI18. Maklumat mengenai kesalahan yang melibatkan keganasan rumahtangga19. Tugas pegawai penguat kuasa20. Peraturan-peraturan

Keganasan Rumah Tangga 5UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 521AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi perlindunganundang-undang dalam situasi keganasan rumah tangga dan perkarayang bersampingan dengannya.[1 Jun 1996; P.U. (B) 226/1996]MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh SeriPaduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat danpersetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidangdalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya seperti yangberikut:Tajuk ringkas dan pemakaianBah a g i a n IPERMULAAN1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Keganasan RumahTangga 1994.(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi semua orang dalamMalaysia.Tafsiran2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendakimakna yang lain—“anggota lain keluarga” ertinya—(a) (i) anak lelaki atau anak perempuan dewasa; atau

6 Undang-Undang Malaysia Akta 521(ii) ibu atau bapa,pesalah itu; atau(b) (i) abang, kakak atau adik; atau(ii) mana-mana saudara lain,pesalah itu yang pada pendapat mahkamah patutlah, dalamhal keadaan keluarga itu, dikira sebagai seorang anggotakeluarga itu;“isteri atau suami” meliputi isteri atau suami de facto, iaitu,seseorang yang telah melalui suatu bentuk istiadat yang diiktirafsebagai istiadat perkahwinan mengikut agama atau adat pihakyang berkenaan, walaupun istiadat itu tidak didaftarkan atau tidakdapat didaftarkan di bawah mana-mana undang-undang bertulisberhubungan dengan upacara dan pendaftaran perkahwinan;“kanak-kanak” ertinya seseorang yang berumur di bawah lapanbelas tahun yang tinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalahatau keluarga isteri atau suami atau bekas isteri atau suami pesalah,mengikut mana-mana yang berkenaan;“kediaman alternatif” ertinya premis atau tempat tinggal yangmangsa itu terpaksa atau telah terpaksa mencari atau pindahmasuk akibat daripada keganasan rumah tangga;“kediaman bersama” ertinya premis di mana pihak itu sedangatau telah tinggal bersama sebagai anggota rumah tangga yangsama;“keganasan rumah tangga” ertinya perlakuan mana-manaperbuatan yang berikut:(a) secara bersengaja atau dengan disedarinya meletakkan, ataucuba meletakkan, mangsa itu dalam keadaan ketakutankecederaan fizikal;(b) menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengansesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnyadiketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal;

Keganasan Rumah Tangga 7(c) memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untukmelakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan, berbentukseksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidakmelakukan;(d) mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsaitu; atau(e) melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepadaharta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedaribahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan ataukegusaran kepada mangsa itu,oleh seseorang terhadap—(i) isteri atau suaminya;(ii) bekas isteri atau suaminya;(iii) kanak-kanak;(iv) orang dewasa tidak berkeupayaan; atau(v) mana-mana anggota lain keluarga;“mahkamah” ertinya—(a) berkenaan dengan prosiding jenayah yang melibatkanpengataan keganasan rumah tangga, mahkamah yangberwibawa untuk membicarakan kesalahan sebenar yangatasnya tertuduh itu dipertuduh;(b) berkenaan dengan prosiding sivil bagi pampasan di bawahseksyen 10, mahkamah yang berwibawa untuk mendengartuntutan itu secara tort;“mangsa” ertinya seseorang mangsa keganasan rumah tangga;“Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengantanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;“orang dewasa tidak berkeupayaan” ertinya seseorang yangpada keseluruhannya atau sebahagiannya tidak berkeupayaan ataulemah, oleh sebab kehilangupayaan fizikal atau mental atau tidaksihat atau usia tua, yang tinggal sebagai seorang anggota keluargapesalah;

8 Undang-Undang Malaysia Akta 521“orang dilindungi” ertinya seseorang yang dilindungi di bawahsuatu perintah perlindungan;“pegawai penguat kuasa” ertinya seseorang pegawai polisatau seseorang pegawai kebajikan daripada Jabatan KebajikanMasyarakat;“perintah perlindungan” ertinya perintah yang dikeluarkan dibawah Bahagian II;“saudara” ertinya seseorang yang mempunyai hubunganpersaudaraan melalui pertalian darah seibu sebapa ataupertalian darah seibu atau sebapa, atau melalui perkahwinan ataupengangkatan, termasuk pengangkatan de facto;“tempat selamat” atau “tempat berlindung” ertinya manamanarumah atau institusi yang disenggarakan atau diuruskanoleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atau oleh mana-mana agensiatau pertubuhan sukarela lain yang diluluskan oleh Menteri bagimaksud Akta ini atau mana-mana tempat lain yang sesuai yangmana penghuninya bersedia untuk menerima mangsa itu buatsementara waktu.Akta hendaklah dibaca bersama Kanun Keseksaan3. Peruntukan Akta ini hendaklah dibaca bersama denganperuntukan Kanun Keseksaan [Akta 574].Bah a g i a n IIPERINTAH PERLINDUNGANPerintah perlindungan interim4. (1) Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatanberhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan yang melibatkankeganasan rumah tangga, mengeluarkan perintah perlindunganinterim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itudibuat daripada menggunakan keganasan rumah tangga terhadapisteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanakatau orang dewasa yang tidak berkeupayaan atau mana-manaanggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan,sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu.

Keganasan Rumah Tangga 9(2) Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhentiberkuat kuasa setelah selesainya penyiasatan itu.Perintah perlindungan5. (1) Mahkamah boleh, dalam prosiding yang melibatkan sesuatuaduan keganasan rumah tangga, mengeluarkan mana-mana satuatau lebih perintah perlindungan yang berikut:(a) perintah perlindungan yang menghalang orang yangterhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakankeganasan rumah tangga terhadap pengadu itu;(b) perintah perlindungan yang menghalang orang yangterhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakankeganasan rumah tangga terhadap kanak-kanak itu;(c) perintah perlindungan yang menghalang orang yangterhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakankeganasan rumah tangga terhadap orang dewasa tidakberkeupayaan itu.(2) Mahkamah dalam membuat sesuatu perintah perlindungandi bawah perenggan (1)(a) atau (b) atau (c) boleh memasukkanperuntukan bahawa orang yang terhadapnya perintah itu dibuattidak boleh menghasut mana-mana orang lain untuk melakukankeganasan terhadap orang atau orang dilindungi itu.Perintah yang boleh dimasukkan dalam perintahperlindungan6. (1) Sesuatu perintah perlindungan yang dikeluarkan di bawahseksyen 5 boleh, jika mahkamah berpuas hati atas imbangankebarangkalian bahawa adalah perlu bagi perlindungan dankeselamatan diri pengadu atau kanak-kanak atau orang dewasatidak berkeupayaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,mengadakan peruntukan bagi mana-mana satu atau lebih perintahyang berikut:(a) tertakluk kepada subseksyen (4), pemberian hak penghunianeksklusif kepada mana-mana orang yang dilindungi itudi kediaman bersama atau bahagian tertentu kediamanbersama itu dengan mengeluarkan orang yangterhadapnya perintah itu dibuat daripada kediaman bersama

10 Undang-Undang Malaysia Akta 521atau bahagian tertentu itu, walaupun jika kediamanbersama itu pada keseluruhannya dipunyai atau disewaoleh orang yang terhadapnya perintah itu dibuat ataudipunyai atau disewa bersesama oleh pihak itu;(b) melarang atau menyekat orang yang terhadapnyaperintah itu dibuat daripada memasuki tempat kediaman ataukediaman bersama atau kediaman alternatif, mengikutmana-mana yang berkenaan, mana-mana orang dilindungiitu, atau daripada memasuki tempat kerja atau sekolahatau institusi lain mana-mana orang dilindungi itu ataudaripada membuat hubungan diri dengan mana-manaorang dilindungi itu selain daripada dengan kehadiranseseorang pegawai penguat kuasa atau seseorang lainyang dinyatakan atau diperihalkan dalam perintah itu;(c) menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuatuntuk membenarkan mana-mana orang dilindungi itumemasuki kediaman bersama, atau untuk memasukikediaman orang yang terhadapnya perintah itu dibuat,dengan ditemani oleh mana-mana pegawai penguat kuasabagi maksud mengambil barang-barang kepunyaan orangatau orang dilindungi itu;(d) menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuatuntuk mengelakkan daripada membuat perhubunganbertulis atau telefon dengan mana-mana orang dilindungi itudan menyatakan hal keadaan terhad di mana perhubungansedemikian dibenarkan;(e) menghendaki orang yang terhadapnya perintah itu dibuatuntuk membenarkan mana-mana orang dilindungi ituuntuk terus menggunakan sesuatu kenderaan yangsebelum itu biasanya digunakan oleh orang atau orangdilindungi itu;(f) pemberian apa-apa arahan sebagaimana yang perlu danbersampingan bagi pelaksanaan wajar mana-mana perintahyang dibuat di bawah mana-mana perenggan yang tersebutdi atas,untuk mempunyai kuat kuasa selama sesuatu tempoh, tidakmelebihi dua belas bulan dari tarikh mula berkuat kuasanyaperintah sedemikian, sebagaimana yang dinyatakan dalam perintahperlindungan itu.

Keganasan Rumah Tangga 11(2) Mana-mana satu atau lebih perintah di bawah subseksyen(1) boleh—(a) dibuat atau dibuat semula, atas pelanggaran perintahperlindungan, mengikut seksyen 9; atau(b) diperlanjutkan selama sesuatu tempoh selanjutnya, tidakmelebihi dua belas bulan dari tarikh habis tempoh perintahasalnya, jika mahkamah berpuas hati bahawa, walaupuntiada berlakunya pelanggaran sebenar akan perintah itu,perlanjutan itu perlu bagi perlindungan dan keselamatandiri orang atau orang dilindungi itu:Dengan syarat bahawa perlanjutan sesuatu perintah dibawah perenggan ini tidak boleh dibuat lebih daripadasekali sahaja.(3) Kecuali setakat yang penggunaan oleh orang yang terhadapnyaperintah itu dibuat akan hak untuk menghuni kediaman bersama,atau untuk memasuki kediaman alternatif, adalah digantung ataudihadkan, atau dilarang atau disekat, menurut kuasa suatu perintahdi bawah perenggan (1)(a) atau (b), perintah itu tidak menyentuhapa-apa hak milik atau kepentingan yang orang yang terhadapnyaperintah itu dibuat atau mana-mana orang lain mungkin mempunyaimengenai premis tersebut.(4) Mahkamah tidak boleh membuat sesuatu perintahmengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itu dibuatdaripada keseluruhan kediaman bersama yang dipunyai atau disewapada keseluruhannya olehnya, atau bersesama olehnya, melainkanjika mahkamah berpuas hati bahawa tidak ada cara lain untukmenjaminkan keselamatan diri mana-mana orang dilindungi itupada masa itu, dan perintah sedemikian, jika dibuat, hendaklah,dalam hal di mana kediaman bersama itu dipunyai atau disewapada keseluruhannya oleh orang yang terhadapnya perintah itudibuat, atau bolehlah, dalam hal di mana kediaman bersama itudipunyai atau disewa bersesama oleh pihak itu,—(a) dibatalkan jika suatu kediaman alternatif yang sesuaididapati bagi orang atau orang dilindungi itu; atau(b) dibatalkan atau diubahsuaikan apabila mahkamahberpuas hati bahawa ia tidak lagi perlu bagi menjaminkankeselamatan diri orang atau orang dilindungi itu.

12 Undang-Undang Malaysia Akta 521(5) Dalam perenggan (4)(b), “diubahsuaikan” ertinyamengubahsuaikan sesuatu perintah mengeluarkan orang yangterhadapnya perintah itu dibuat daripada keseluruhankediaman bersama itu kepada suatu perintah yang mengeluarkannyadaripada sesuatu bahagian kediaman bersama itu sebagaimana yangdinyatakan dalam perintah itu.Kuasa penangkapan7. (1) Jika mahkamah berpuas hati bahawa orang yang terhadapnyaperintah perlindungan atau perintah perlindungan interim dibuatberkemungkinan akan menyebabkan kecederaan fizikal sebenarkepada mana-mana orang dilindungi, mahkamah boleh menyertakansuatu kuasa menangkap kepada perintah perlindungan atau perintahperlindungan interim itu, mengikut mana-mana berkenaan.(2) Jika suatu kuasa menangkap disertakan menurut kuasasubseksyen (1), maka seseorang pegawai polis boleh menangkaptanpa waran orang yang terhadapnya perintah itu dibuat apabila diamempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa orangitu melanggar perintah yang dikeluarkan di bawah subseksyen4(1) atau 5(1) atau suatu perintah dalam perintah perlindunganyang termasuk dalam perenggan 6(1)(a) atau (b), oleh sebaborang itu menggunakan keganasan atau, mengikut mana-manayang berkenaan, memasuki mana-mana tempat yang dilarang dibawah perintah itu.(3) Jika suatu kuasa menangkap disertakan kepada perintahperlindungan atau perintah perlindungan interim dan orang yangterhadapnya perintah itu dibuat ditangkap di bawah subseksyen(2)—(a) dia hendaklah dibawa ke hadapan seorang hakim dalamtempoh dua puluh empat jam dari masa dia ditangkap;dan(b) dia tidak boleh dibebaskan dalam tempoh itu kecuali atasarahan hakim,tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh membenarkannyaterus ditahan di bawah subseksyen ini selepas habis tempohitu.(4) Dalam seksyen ini “hakim” termasuklah Majistret.

Keganasan Rumah Tangga 13Pelanggaran perintah perlindungan8. (1) Mana-mana orang yang bersengaja melanggar suatuperintah perlindungan atau mana-mana peruntukannya melakukansuatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda tidakmelebihi dua ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya.(2) Mana-mana orang yang bersengaja melanggar suatuperintah perlindungan dengan menggunakan keganasan ke atas orangdilindungi boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi empatribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satutahun atau kedua-duanya.(3) Mana-mana orang yang disabitkan atas pelanggaran kalikedua atau kemudiannya akan sesuatu perintah perlindungan dibawah subseksyen (2) hendaklah dihukum dengan pemenjaraanselama tempoh tidak kurang daripada tujuh puluh dua jam dantidak lebih daripada dua tahun, dan boleh juga didenda tidakmelebihi lima ribu ringgit.(4) Bagi maksud seksyen ini “perintah perlindungan” meliputiperintah perlindungan interim.Membuat atau memperbaharu perintah apabila perintahperlindungan dilanggar9. Jika seseorang yang terhadapnya suatu perintah perlindungantelah dibuat melanggar perintah perlindungan itu, maka mahkamahboleh sebagai tambahan kepada mana-mana penalti yang diperuntukkandi bawah seksyen 8, membuat atau membuat semula mengikutmana-mana yang berkenaan, mana-mana satu atau lebih perintahdi bawah subseksyen 6(1), untuk mula berkuat kuasa dari tarikhyang dinyatakan dalam perintah baru itu.PampasanBah a g i a n IIIPAMPASAN DAN KAUNSELING10. (1) Jika seseorang mangsa keganasan rumah tanggamengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada harta atau kerugian

14 Undang-Undang Malaysia Akta 521kewangan akibat daripada keganasan rumah tangga itu, mahkamahyang mendengar tuntutan bagi pampasan boleh mengawardkan apaapapampasan berkenaan dengan kecederaan atau kerosakan ataukerugian itu sebagaimana yang difikirkannya adil danmunasabah.(2) Mahkamah yang mendengar tuntutan bagi pampasan ituboleh mengambil kira tentang—(a) kesakitan dan penderitaan mangsa itu, dan jenis dan takatkecederaan fizikal atau mental yang dialaminya;(b) kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu;(c) apa-apa kehilangan pendapatan yang berbangkitdaripadanya;(d) amaun atau nilai harta yang diambil atau dimusnahkanatau dirosakkan;(e) perbelanjaan perlu dan munasabah yang ditanggung olehatau bagi pihak mangsa apabila mangsa itu terpaksaberpisah atau dipisahkan daripada defendan oleh keranakeganasan rumah tangga itu, seperti—(i) perbelanjaan penginapan yang disumbangkan kepadatempat selamat atau tempat berlindung;(ii) perbelanjaan pengangkutan dan pemindahan;(iii) perbelanjaan yang dikehendaki dalam menubuhkansuatu rumah tangga berasingan yang, tertaklukkepada subseksyen (3), boleh meliputi amaunyang merupakan pembayaran pinjaman perumahanatau bayaran sewa atau sebahagian daripadanya,berkenaan dengan kediaman bersama, atau kediamanalternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan,bagi tempoh sebagaimana yang mahkamah fikirkanadil dan semunasabahnya perlu.(3) Dalam menimbangkan apa-apa perbelanjaan perlu danmunasabah yang boleh diambil kira di bawah subperenggan(2)(e)(iii), mahkamah boleh juga mengambil kira tentang—(a) kedudukan kewangan mangsa itu serta juga defendanitu;

Keganasan Rumah Tangga 15(b) perhubungan yang wujud di antara pihak-pihak itu dankemunasabahannya menghendaki defendan itu membuatatau menyumbangkan pembayaran sedemikian;(c) kemungkinan prosiding lain diambil di antara pihak-pihakitu dan sama ada perkara itu lebih sesuai diperlakukandi bawah undang-undang releven berhubungan denganperuntukan kewangan bagi isteri atau suami atau bekasisteri atau suami dan orang tanggungan lain.Kaunseling, dsb.11. (1) Mahkamah boleh, dalam mana-mana prosiding di manaperintah perlindungan diminta, sebagai ganti atau sebagai tambahankepada mengeluarkan perintah perlindungan, membuat satu ataukedua-dua perintah berikut:(a) bahawa pihak berkenaan dirujukkan kepada badanpendamai;(b) bahawa satu atau lebih pihak kepada pertikaian itudirujukkan kepada terapi pemulihan, psikoterapi ataulain-lain kaunseling pendamaian yang sesuai.(2) Mahkamah yang mendengar suatu tuntutan bagi pampasandi bawah seksyen 10 boleh juga membuat satu atau kedua-duaperintah di bawah perenggan (1)(a) atau (b).(3) Apabila menimbangkan apa-apa persoalan berhubungandengan pembuatan sesuatu perintah di bawah subseksyen (1), mahkamahboleh, apabila praktik, mengambil nasihat seseorang pegawai kebajikanmasyarakat atau mana-mana orang lain yang terlatih atauberpengalaman.(4) Dalam seksyen ini “badan pendamai” meliputi badan yangmengadakan perkhidmatan kaunseling yang ditubuhkan di bawahJabatan Kebajikan Masyarakat dan, dalam hal di mana pihakitu adalah orang Islam, meliputi juga badan yang ditubuhkan dibawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam berkenaan.

16 Undang-Undang Malaysia Akta 521Bah a g i a n IVTATACARA MENGENAI PERINTAHPERLINDUNGANBila perintah perlindungan interim boleh diminta12. Sesuatu perintah perlindungan interim boleh dimintasementara menunggu penyiasatan oleh pihak polis berikutanmaklumat berhubungan dengan perlakuan suatu kesalahan yangmelibatkan keganasan rumah tangga.Bila perintah perlindungan boleh diminta13. Sesuatu perintah perlindungan boleh diminta dalam manamanaprosiding jenayah di bawah Kanun Keseksaan apabilatertuduh itu dipertuduh dengan suatu kesalahan yang dilakukandalam hal keadaan yang termasuk dalam takrif “keganasan rumahtangga”,—(a) sebagai suatu syarat untuk membebaskan tertuduh denganjaminan atau pada mana-mana peringkat lain prosidingitu; atau(b) semasa mengkompaunkan kesalahan itu di bawah seksyen260 Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].Memfailkan aduan14. Sesuatu aduan menurut Akta ini boleh difailkan dalam manamanadaerah di mana—(a) pengadu itu tinggal;(b) pesalah itu tinggal;(c) keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau(d) mangsa itu ditempatkan buat sementara,dan hendaklah didengar oleh mahkamah dengan seberapa segerayang praktik.

Keganasan Rumah Tangga 17Aduan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tidakberkeupayaan15. Dalam hal seseorang kanak-kanak atau orang dewasa tidakberkeupayaan yang tidak berupaya memfailkan aduan, aduanitu boleh difailkan oleh penjaga atau saudara atau orang yangbertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atau orang dewasatidak berkeupayaan itu, mengikut mana-mana yang berkenaan,atau oleh seseorang pegawai penguat kuasa.Rekod aduan dan perintah16. Pejabat pendaftaran mahkamah hendaklah menyenggarakansuatu rekod mengenai segala aduan yang difailkan menurut Aktaini, dan segala perintah perlindungan dan perintah perlindunganinterim yang dikeluarkan oleh mahkamah di bawah Akta ini.Rekod itu hendaklah mengandungi—(a) nama, jantina dan perhubungan pihak itu;(b) keganasan rumah tangga yang dikatakan, sama ada iamelibatkan apa-apa senjata, atau mengakibatkankecederaan diri dan sama ada kecederaan yang dikenakanitu memerlukan rawatan perubatan;(c) tarikh kuat kuasa dan terma setiap perintah yangdikeluarkan.Bukti penyampaian perintah perlindungan17. Dalam tempoh dua puluh empat jam daripada pengeluaransesuatu perintah perlindungan atau perintah perlindungan interim,mengikut mana-mana yang berkenaan, Pendaftar mahkamah di manaia dikeluarkan hendaklah mengemukakan satu salinan perintahitu kepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerah polisdi mana pesalah itu tinggal. Pegawai polis berkenaan hendaklahmemfailkan bukti penyampaian dengan Pendaftar mahkamah itudalam tempoh tujuh hari selepas penyampaiannya.

18 Undang-Undang Malaysia Akta 521Bah a g i a n VPELBAGAIMaklumat mengenai kesalahan yang melibatkan keganasanrumah tangga18. (1) Mana-mana orang yang mempunyai sebab untukmempercayai bahawa suatu kesalahan yang melibatkankeganasan rumah tangga sedang atau telah dilakukan bolehlah memberimaklumat berkenaan dengannya kepada seseorang pegawai penguatkuasa.(2) Tiada seorang pun yang memberi apa-apa maklumatsedemikian dengan suci hati boleh menanggung apa-apaliabiliti kerana fitnah atau selainnya berkenaan dengan pemberianmaklumat itu.Tugas pegawai penguat kuasa19. (1) Tugas seseorang pegawai penguat kuasa hendaklahtermasuk—(a) membantu seseorang mangsa keganasan rumah tanggauntuk memfailkan aduan berkenaan dengan keganasanrumah tangga itu;(b) mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsaitu ke kediaman alternatif atau tempat selamat atautempat berlindung sekiranya pengangkutan sedemikiandiperlukan;(c) mengadakan atau mengaturkan pengangkutan bagi mangsaitu ke hospital atau tempat kemudahan perubatan yangterdekat bagi rawatan kecederaan sekiranya rawatan itudiperlukan;(d) menjelaskan kepada mangsa itu hak mendapatkanperlindungan terhadap keganasan rumah tangga;(e) menemankan mangsa ke kediaman mangsa itu ataukediaman sebelumnya untuk mengambil barang-barangkepunyaannya.

Keganasan Rumah Tangga 19(2) Seseorang pegawai penguat kuasa yang adalah juga pegawaipolis hendaklah mempunyai tugas tambahan yang berikut:(a) menjalankan kuasa penangkapan di bawah Akta ini ataumana-mana undang-undang bertulis lain;(b) mengeluarkan atau mengawasi pengeluaran seseorang yangdikeluarkan daripada kediaman bersama jika mahkamahtelah mengeluarkan suatu perintah di bawah perenggan6(1)(a).Peraturan-peraturan20. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi maksudmelaksanakan peruntukan Akta ini.(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), peraturanperaturanitu boleh mengadakan peruntukan bagi—(a) penyenggaraan suatu daftar atau rekod oleh mahkamahmengenai perkara yang difailkan menurut Akta ini;(b) borang ditetapkan bagi apa-apa maklumat, laporan, aduan,perintah atau dokumen lain yang dikehendaki menurutAkta ini;(c) tatacara berkenaan dengan pemfailan apa-apa dokumenyang disebut dalam perenggan (b);(d) pembuatan pencarian dan pemberian salinan yang diperakuibagi apa-apa dokumen yang disebut dalam perenggan(b);(e) penetapan fi yang boleh dikenakan bagi maksud Aktaini;(f) apa-apa perkara lain yang di bawah Akta ini dikehendakiatau dibenarkan supaya ditetapkan.

20 Undang-Undang Malaysia Akta 521UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 521AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994SENARAI PINDAANUndang-undang tajuk ringkas berkuat kuasayang memindadari- TIADA -

Keganasan Rumah Tangga 21UNDANG-UNDANG MALAYSIAAkta 521AKTA KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDASeksyen kuasa meminda berkuat kuasadari- TIADA -

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!