12.07.2015 Views

Muat turun - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Muat turun - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Muat turun - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

SHOW MORE
SHOW LESS
• No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

IPPBMEdisi 3 - 2009www.ippbm.gov.myBELIApakej budaya dan nilai yang dapatmembantu mereka menjadi matang,rasional dan beretika dalam acuanpembangunan negara.SMALAYSIAOleh : Zakariah Md. Samlogan “1 Belia 1 Malaysia” muladiperkenalkan oleh YAB PerdanaMenteri semasa menyampaikanutusan sempena sambutan Hari danMinggu Belia Negara 2009 yangberlangsung di Melaka pada 15 Mei2009. Slogan ini menjadi pendokong dansalah satu komponen kepada kejayaanperlaksanaan konsep 1 Malaysia yangberprinsipkan “Rakyat didahulukan,pencapaian diutamakan”.Slogan “1 Belia 1 Malaysia” bolehditafsirkan sebagai aspirasi KementerianBelia dan Sukan dalam pembentukan satusuara kelompok Generasi Belia Malaysiayang berbilang kaum, bahasa dan budayatetapi mempunyai semangat cinta negarayang sama dalam mempertahankankemerdekaan dan keharmonian negarabangsa berdasarkan prinsip yang telahdipersetujui sama ada secara “kontraksosial” atau seperti yang telah termaktubdi dalam perlembagaan negara. Sloganini penting di dokong oleh setiap generasibelia kerana generasi belia adalah pewarisnegara.Apakah nilai-nilai dalam “1 Belia 1Malaysia”? Apakah pendekatan yangboleh diambil dalam menterjemahkanaspirasi ini kepada bentuk tindakan yangberkesan? Apakah generasi belia telahbersedia atau perlu disediakan? Apakahgenerasi belia hari ini tidak berpotensiatau tidak mendapat bimbingan yangprofesional?Nilai-nilai dalam pembentukan “1 Belia1 Malaysia” tidak dapat lari daripadamengadaptasi lapan nilai dalam konsepbesar 1 Malaysia. Kelapan-lapan nilai utamaini perlu di terjemah dalam bentuk programdan dilaksanakan dengan metodologi yangsesuai berdasarkan analisa kehendak danselera generasi belia masa kini. Pemilihanpengisian dan gaya penyampaian inibertujuan memastikan kesemua programyang bakal dilaksanakan akan dapatmembentuk atau menghasilkan (outcome)sikap positif generasi belia yang akhirnyaboleh diukur untuk melihat kesejahteraanhidup mereka. Pengukuran TahapKesejahteraan Hidup Belia Malaysia iniakan memberi fokus kepada lapan domainutama dengan menggunakan tahap skorbagi indikator terpilih yang terdapat dalamIndeks Belia Malaysia.Di dalam usaha menjayakan sebarangtindakan ke arah pencapaian “1 Belia 1Malaysia”, maka elemen pembentukanBudaya kecemerlangan di kalanganbelia; Ketabahan menghadapi cabarandan dugaan; Rendah hati dan beriltizam;Penerimaan kepada persetujuan yangtelah termeterai dan bersifat toleransi;Kesetiaan yang tidak boleh dipersoalkan;Meritokrasi dalam memberikan yang haksecara adil mengikut latar belakang dansuasana, Pendidikan dan Integriti wajibmenjadi inti pati dan unsur utama dalampengisian setiap program yang dirancang.Generasi Belia harus disediakan denganDi dalam konteks pencapaian “1 Belia 1Malaysia” kuantiti aktiviti dan program tidaklagi menjadi keutamaan berbanding dengankeberkesanan dan pencapaian (outcome)setiap program. Hasil analisa keperluankumpulan sasar mestilah menjadi asasdalam melakar program berserta denganelemen-elemen nilai yang perlu digabungkanuntuk membentuk transformasi dalamperancangan dan perlaksanaan program.Sudah sampai ketikanya generasi belia diberipeluang berperanan sebagai rakan kongsisebenar melalui persatuan atau sebaliknyadalam menyediakan perancangan danperlaksanaan program yang melibatkanrakan seusia mereka.Akhirnya gabungan dan siri programyang dilaksanakan secara tersusunakan menyumbang secara langsungke arah pembentukan generasi beliayang mempunyai kesediaan untuk terusberubah (transformasi), mempunyai setminda futuristik, cergas, mempunyaidorongan dalaman yang bertenaga,berketerampilan, mempunyai semangatkesukarelaan yang padu, tidak mudahberputus asa dalam merancang darihari ke hari, bulan ke bulan dan tahunke tahun, sentiasa terpanggil untukmenyelesaikan masalah serta merebutpeluang yang disediakan, berintegriti danseterusnya terlibat dalam projek-projekmencipta trend secara berkumpulan atauindividu yang menonjolkan daya kreativitidan inovasi generasi belia. Pencapaianini akan melahirkan satu generasi Beliayang akan berpegang dan percayakepada slogan “1 Belia 1 Malaysia” danseterusnya membentuk generasi beliayang mementingkan perpaduan danbertanggungjawab terhadap diri sendiri,keluarga, masyarakat dan negara yangbakal di warisi berkonsepkan semangat 1Malaysia.

Cetusan CEOelamat Datang Bulan Merdeka,SSelamat Datang juga BulanRamadhan Al-Mubarak. Kaliini Buletin Fakta IPPBM membawa isuyang berbeza daripada isu-isu terdahulu.Tema Buletin Fakta berbunyi “1 Belia 1Malaysia”. Slogan “1 Belia 1 Malaysia”diperkenalkan oleh YAB PerdanaMenteri sewaktu ucapan perasmiansambutan Hari dan Minggu BeliaNegara 2009 bertempat di Melaka. Ia sekali gus adalah sebagaisokongan kepada konsep “1 Malaysia” yang berprinsipkan“Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Slogan inimemberi inspirasi kepada Kementerian Belia dan Sukan dalampembentukan satu suara kelompok Generasi Belia Malaysiayang berbilang kaum, bahasa dan budaya tetapi mempunyaisemangat cintakan negara yang sama bagi mempertahankankemerdekaan dan keharmonian negara bangsa berteraskanprinsip “kontrak sosial” seperti mana termaktub dalamPerlembagaan Negara.Sempena dengan menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak, walaupun kita berlapar dan dahaga di siang harinamun ini tidak sepatutnya menjadi penghalang aktiviti hariankita. Para belia seharusnya mengambil iktibar dan berdisiplindalam bulan Ramadhan kerana ketahanan dan kesabaran yangdipupuk dalam bulan ini sepatutnya diteruskan ke bulan-bulanlain dan menjadi sebahagian dari budaya kehidupan belia masakini iaitu berdisiplin dan bersabar dalam apa keadaan sekalipun.Dengan cara begini belia akan dapat memperkasakan ketahanandiri daripada sebarang dakyah dan pengaruh negatif.Sementara itu, pelbagai kajian telah dijalankan olehpihak IPPBM, dan kali ini kajian Kompleks Rakan Muda (KRM)Baling dan Kepenggunaan diutarakan bagi mewawarkanperanan KRM sebagai pusat pembangunan sosial khususkepada golongan muda. KRM yang dibina di beberapadaerah terpilih bukan sahaja menjadi medan menggabungkanaktiviti pembangunan fizikal, namun lebih jauh daripada itusebagai platform membangunkan minda dan rohani generasimuda secara holistik. Penggunaan secara aktif kemudahanyang disediakan akan melahirkan golongan belia yangbertanggungjawab, bebas dari pengaruh dan perlakuan negatifsekali gus memacu produktiviti negara.Sejajar dengan itu, golongan belia dinilaikan sebagaisatu golongan yang mempunyai potensi ketahanan diri yangbesar dalam diri mereka. Kualiti ketahanan ini perlu sentiasadigilap dan diperkukuhkan agar sentiasa tersemat di dalam diridan jiwa walaupun berlaku pengaruh dalaman dan luaran yangbegitu kuat. Di dalam artikel ketahanan diri belia disenaraikanciri-ciri peribadi yang membentuk sifat dan sikap ketahanan diriyang unggul untuk terus berdaya saing dalam mengharungicabaran transisi usia remaja untuk melangkah ke alamdewasa.Tidak dilupakan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakansepanjang tempoh bulan September hingga November 2009berserta pelbagai artikel pengisian percambahan minda turutdimuatkan di dalam edisi kali ini.Selamat Berpuasa dan Selamat Berhari Raya.Datuk Prof. Madya Hj. Abd. Halim SidekKetua Pegawai EksekutifIPPBME d i s i 3 - 2 0 0 9Sidangw w w . i p p b m . g o v . m yRedaksiPenaungDatuk Ahmad Shabery CheekKetua EditorDatuk Prof. Madya Hj. Abd. Halim SidekEditorProf. Dr. Yahaya IbrahimDr. Sarjit S. GillShariffah MamatSidang PengarangMastura MohamadShahhanim YahyaNor Hamidah HamzahRizzal DolahHasnul Mubarak SaadudinRosmintan JahuriPereka Grafik/FotografiNadya Shaffinaz BajuriWan Achmad Syafiq Firza Wan RamliPengurusan/PublisitiHj. Zakariah Md SamSila hantarkan sebarang komen dan pertanyaananda kepada info@ippbm.gov.myKata Hikmah Pilihan“Undang-undang adab dan budi pekerti membentukkemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentukkemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambahkecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaanberfikir” – (Hamka)“Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untukkebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orangorangberadab dan berbudi mulia yang dapat kita kutipmanfaatnya” – (Hamka)Kata Hukama, ” Hendaklah adab sopan anak-anakitu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil mudahmembentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan olehadat kebiasaan yang sukar ditinggalkan” – (Hamka)

PENGGUNAANKOMPLEKS RAKAN MUDABALINGOleh: Shahhanim Yahyaompleks Rakan Muda (KRM) berperanan sebagaiK salah satu tempat bagi menganjurkan aktivitiaktivitidemi kepentingan masyarakat setempatkhususnya dan masyarakat lain secara amnya. Matlamatutama penubuhan KRM adalah menyediakan keperluankepada golongan belia untuk menjalankan kegiatan masalapang dan pembangunan positif diri. Selain itu, KRM jugamemainkan peranan sebagai Pusat Pembangunan Sosialkhusus untuk golongan muda yang menggabungkanaktiviti pembangunan minda, keupayaan fizikal danpembangunan rohani secara bersepadu bagi melahirkangolongan belia yang bertanggungjawab, bebasdaripada pengaruh dan perlakuan negatif serta berupayameningkatkan produktiviti negara.Sebagai memperakui peranan KRM Baling ke arahpembangunan belia positif, maka kajian berkaitanpenggunaan KRM Baling telah dijalankan denganmengambil kira kadar penggunaan bermula pada Januarihingga Jun 2009. Jadual 1 merupakan kadar penggunaanKRM Baling bermula pada Januari hingga Jun 2009berdasarkan maklumat yang telah diperoleh daripadakakitangan KRM Baling. Secara keseluruhan kadarpenggunaan KRM Baling adalah melebihi 80%, sama adapenggunaan mingguan mahupun harian.Jadual 1 : Purata Kadar Penggunaan KRM Baling dari BulanJanuari hingga Jun 2009Januari 2009 Februari 2009 Mac 2009 April 2009 Mei 2009 Jun 20091. Harian: 1. Harian: 1. Harian: 1. Harian: 1. Harian: 1. Harian:148.8% 146.3% 143.8% 161.3% 142.5% 141.3%2. Mingguan: 2. Mingguan: 2. Mingguan: 2. Mingguan: 2. Mingguan: 2. Mingguan:100% 100% 77.1% 100% 100% 100%3. Bilangan 3. Bilangan 3. Bilangan 3. Bilangan 3. Bilangan 3. Bilanganpengguna: pengguna: pengguna: pengguna: pengguna: pengguna:2,246 orang 2,068 orang 1,697 orang 1,938 orang 6,262 orang 1,992 orangJadual 2 : Kecenderungan Responden dalam Aktiviti SukanKecenderungan dalam Aktiviti Sukan Bilangan (orang) Peratus (%)Badminton 208 57.8Futsal 155 43.1Bola keranjang/Bola jaring 74 20.6Sepak takraw 74 20.6Bowling 63 17.5Hasil kajian (Jadual 2) menunjukkan bahawa respondenadalah lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktivitisukan badminton (57.8%), futsal (43.1%), bola keranjang/bola jaring dan sepak takraw (20.6%), dan bowling(17.5%) berbanding sukan lain. Sukan lain yang kurangdiminati di kalangan responden adalah tenis, street soccer,squasy, gimnastik, ragbi, snuker, ping pong, lumba lari danpermotoran. Penglibatan responden dalam aktiviti sukantidak hanya tertumpu kepada satu jenis sukan sebaliknyabeberapa aktiviti sukan.

Jadual 3 : Kecenderungan Responden dalamAktiviti SenamanKecenderungan dalam Bilangan (orang) Peratus (%)Aktiviti SukanJogging 266 73.9Berjalan 180 50.0Senaman aerobik 145 40.3Berenang 52 14.4Aktiviti dalam gim 46 12.8Berbanding aktiviti senaman yang lain, ramairesponden lebih cenderung terhadap senamanjogging, berjalan, senaman aerobik, berenang danaktiviti dalam gim berdasarkan maklumat dalamJadual 3. Senaman jogging adalah paling digemarimemandangkan lebih mudah untuk dilakukanberbanding senaman lain. Senaman lain yangkurang diminati adalah menari, yoga, kick boxingdan tai chi. Seperti aktiviti sukan, penglibatanresponden dalam aktiviti senaman juga tidak hanyatertumpu kepada satu jenis senaman.Bagi penggunaan KRM dalam tempoh sebulan,majoriti (77.1%) menggunakan KRM kurang dari10 kali dalam sebulan dan hanya 22.9% yangmenggunakan KRM lebih dari 10 kali dalam sebulan(Jadual 4). Secara purata, ramai responden yangmenggunakan KRM antara 2 hingga 3 kali seminggusama ada untuk melakukan aktiviti sukan dansenaman mahupun aktiviti-aktiviti.Jadual 4 : Penggunaan KRM dalam SebulanPenggunaan KRM Bilangan (orang) Peratus (%)dalam Sebulan1-5 kali 174 66.46-10 kali 28 10.7Lebih dari 10 kali 55 21.0Tidak tentu 5 1.9Jumlah 262 100Bagaimana pula penglibatan belia mengikut jantina? Ikuti Edisi 4-2009!Ketahanan DiriBelia Oleh: Mastura Mohamade l i an e g a r asering kaliterdedah denganseribu macamcabaran dan penyakitsosial. Suatu ketikadulu, saban hari kitadisogokkan denganberita di mediamassa akan gejalalepak dalam kalangan remajaremajayang masih bersekolah. P u s a t -pusat membeli belah sering menjadi sasaran remajamenghabiskan masa melepak dengan rakan sebayasehingga ada yang sanggup ponteng sekolah. Fenomenaini mendapat perhatian meluas daripada semua pihaktermasuk badan-badan bukan kerajaan, ibu bapa, agensiagensiberwajib dan sebagainya.Mengapa semua ini berlaku? Apakah remaja kita begitumudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif? Apayang bakal terjadi kepada remaja-remaja kita? Ke manakah hala tuju negara? Mampu kah belia-belia harapanbangsa ini menggalas aspirasi negara sebagai persiapanmasa hadapan? Mampu kah kita terus mempertahankankemerdekaan yang telah diperjuangkan dengan titisandarah pahlawan-pahlawan terdahulu? Berjaya kah kitamencapai wawasan 2020 yang telah kita impikan untukBsekian lama? Semua ini mampu kita jawab dengan satukeyakinan iaitu hanya belia yang mempunyai ketahanan diriyang kuat sahaja mampu menangkis segala cabaran danrintangan yang mendatangi mereka. Tanpa ketahanan diriy a n g jitu, mungkin belia akan hanyut dalam arusglobalisasi yang begitu menyesakkan ini.Untuk membela nasib bangsadan negara tercinta ini agar mamputerus bertahan pada masa akandatang, adalah amat penting untukmempersiapkan belia negara denganketahanan diri yang kukuh. Belianegara harus mengalami anjakanparadigma dengan pemupukan ciriciriyang mampu memperkuatkandaya tahan mereka. Jati diri yangkuat dan kukuh mampu membantu beliamembina benteng pertahanan diri daripada pelbagaiunsur yang tidak sihat. Ketahanan diri yang jitu jugadiyakini mampu membuat belia bingkas bangkit melawankesukaran atau kepayahan yang mereka alami sepanjangmenempuhi alam remaja yang begitu mencabar. Kualitiketahanan diri telah sedia wujud di kalangan rakyat negaraini melalui sejarah yang telah dibuktikan.Remaja atau belia juga diyakini mempunyai potensi besardalam diri mereka. Mereka mampu untuk membinabenteng ketahanan diri kerana kualiti itu telah sedia adadalam diri mereka. Apa yang perlu sekarang adalah untukmenggilap dan memperkukuhkan lagi kualiti ketahanan diri ini seiring dengan perubahan pesat yang melandanegara. Sesungguhnya, dengan adanya ciri-ciri ketahanandiri (seperti Jadual 1) yang kuat di kalangan belia, diyakininegara mampu terus berdaya saing dan menjadi sebuahnegara yang cemerlang, gemilang dan terbilang!

Jadual 1: Ciri-ciri Individu Dengan Ketahanan DiriFaktor Pelindung Dalaman Huraian1. Keperibadian/ Temperamen Belia yang mempunyai temperamen yang positif lebih mudah menguruskancabaran yang dihadapi serta mampu menangani tekanan dalam hidupnyadengan lebih baik.2. Sifat Humor Individu yang humor mampu untuk tertawa terhadap dirinya sendiri danketawa bersama orang lain iaitu tidak terlalu serius dalam reaksinya terhadapsesuatu perkara dan menganggapnya sebagai sesuatu yang melucu danmenghiburkan.3. Kemahiran Penyelesaian Masalah Kemahiran menyelesaikan masalah dapat membantu belia untuk berhadapandengan kesukaran dan cabaran yang dihadapi dalam kehidupan seharian.4. Autonomi Autonomi adalah kesedaran terhadap diri, identiti, kemampuan untukbertindak secara berdikari dan kemampuan untuk mengawal persekitaranluaran. Kesemua aspek ini meningkatkan rasa harga diri dan penguasaanpenuh terhadap diri sendiri.5. Lokus Kawalan Dalaman Mereka yang mempunyai lokus kawalan dalaman percaya bahawa mereka bolehmenentukan takdir sendiri. Mereka yakin melalui kerja keras, kemahiran danlatihan, mereka mampu mencari peneguhan dan mengelak daripada hukuman.6. Orientasi Masa Hadapan dan Belia yang mempunyai orientasi masa hadapan lebih bermotivasi dalamMempunyai Arah Tuju mencapai matlamat yang ditetapkan. Belia sebegini mempunyai arah dantujuan dalam hidupnya.7. Optimistik Individu yang bersikap optimistik akan melihat dunia dengan pandangan yangpositif dan sesuatu situasi juga sebagai positif.8. Penghargaan Kendiri Penghargaan kendiri menggambarkan bagaimana seseorang individu menilaidirinya sendiri sama ada dengan nilai-nilai yang positif atau pun negatif.9. Efikasi Diri Efikasi diri adalah persepsi individu tentang kemampuannya untuk mencapaimatlamat. Individu yang mempunyai tahap efikasi diri yang tinggi mampu untukmelaksanakan tugas dan menangani halangan atau situasi mencabar dengan baik.10. Kecekapan/Kemahiran Sosial Belia dengan kecekapan sosial mampu menyesuaikan diri dalam pelbagaisituasi dan tekanan persekitaran sosial terutamanya yang melibatkanperhubungan dengan rakan sebaya dan orang dewasa.Faktor Pelindung Luaran Huraian1. Keluarga yang menyokong Hubungan yang rapat dengan sekurang-kurangnya seorang ahli keluargaAdanya model contoh yang positifGaya layanan ibu bapa yang bersifat autoritatifHubungan keluarga yang positifPersekitaran rumah yang teraturEmosi yang terjamin di mana anak berasa dipunyai, selamat, dan dibelaimesra secara konsisten Ibu bapa terlibat dengan pendidikan anak danmeletakkan jangkaan yang realistik terhadap anak2. Sekolah Jangkaan prestasi yang tinggi dan positif tetapi realistik daripada pihak guru dan sekolah.Pihak sekolah dan guru yang menggalakkan kejayaan.Peluang untuk menyertai dan menyumbang dalam aktiviti sekolah yang bermakna.Perhubungan yang baik dan mengambil berat di antara pihak sekolah, guru dan pelajar3. Komuniti Persekitaran yang kolektif dan kohesif (bersatu).Tahap keselamatan awam yang baik.Peluang untuk belia membuat sumbangan positif kepada komuniti.Kemudahan penjagaan kesihatan awam yang baik.Nilai dan norma komuniti yang positif dan jelas.Polisi pencegahan yang berkesan.Terdapat nilai “hubungan/jalinan” dengan komuniti*Sumber: Prof. Dr. Rohani Nasir et. Al (2009): Modul Ketahanan Diri (Bantuan Geran Penyelidikan IPPBM 2008/2009)

1Kajian2345Kajian Penduduk & KeluargaMalaysia Dalam Konteks Remaja/BeliaOleh : Rizzal Dolahkhusus terhadap remaja berumur 13-24 tahunmendapati aktiviti seperti keluar hingga larut malamdan merokok merupakan perbuatan yang tetapakan dilakukan oleh mereka walaupun dilarang olehibu bapa. Ia lebih tinggi di kalangan remaja lelakiberbanding perempuan.Walaupun peratusan salah laku yang dicatatkanbagi aktiviti seperti gengsterisme, lumba haram danpenagihan dadah adalah kecil (kurang daripada 5.0%),namun program dan tindakan perlu dilaksanakanuntuk mencegah daripada lebih ramai lagi remaja yangmelibatkan diri dalam salah laku sosial ini.Kajian mendapati bahawa peratusan remaja yangpernah membaca, melihat atau menonton bahanlucah adalah membimbangkan. Keadaan ini adalahamat ketara berlaku di kalangan lelaki bagi semuakawasan.Peratusan remaja yang pernah dengar tentang sindromkurang daya tahan penyakit (AIDS), penyakit hubunganseks (STD’s) dan kaedah perancangan keluarga adalahberbeza. Majoriti remaja (lebih 90%) pernah dengartentang penyakit AIDS, hamper dua pertiga remaja(58.0%-74%) pernah dengar STD’s dan sekitar 40.0hingga 60.0 peratus pernah dengar tentang kaedahperancangan keluarga. Didapati bahawa remajaperempuan lebih berpengetahuan berbanding lelakidalam semua kawasan.Mengenai pengetahuan dan perlakuan remaja terhadapseks, peratusan mereka yang tidak membantah carahidup homoseksual adalah membimbangkan. Keadaanini berlaku mungkin disebabkan oleh remaja tersebutmengenali orang lain yang tertarik sesama jantina.Malahan ada juga remaja yang mengaku bahawa67mereka mempunyai perasaan sesama jantina. Namunbegitu, peratusan ini adalah kecil.Peratusan remaja yang pernah mengadakan hubunganseks luar nikah dan pernah diperkosa/diliwat adalahkecil. Namun begitu, aktiviti dan program khusus sepertikaunseling perlu dilakukan agar usaha menyedarkanremaja untuk tidak terlibat dengan perilaku berisikotinggi ini dapat dibendung.Secara keseluruhannya, tahap pengetahuan remaja disemua kawasan mengenai organ reproduktif adalahsederhana. Pengetahuan tentang reproduktif manusiadan seksualiti ini perlu dipertingkatkan untuk membantumengelakkan remaja daripada terlibat dengan gejalagejalanegatif seperti hamil luar nikah dan gejala sosialyang berkaitan dengan seksualiti.Sumber: LPPKN, 2008Bengkel KajianPengurusanPersatuan BeliaOleh: Mastura MohamadBagi meningkatkan kualiti dalam pengurusanpersatuan belia maka pihak Institut PenyelidikanPembangunan Malaysia (IPPBM) dengan usahasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkanBengkel Kajian Pengurusan Persatuan Belia pada 17 hingga19 Julai 2009 bertempat di Langkawi, Kedah. Program inibertujuan untuk mempertingkatkan kualiti pengurusanpersatuan belia selaras dengan kehendak semasa danmemberi kemahiran berorganisasi serta teknik memimpinkepada pemimpin persatuan.Menurut YB. Mohamad Rawi Abdul Hamid ADUN AyerHangat, bengkel ini akan dapat menggerakkan semulapersatuan-persatuan belia yang tidak aktif untuk aktifsemula berpersatuan dan sekali gus dapat memastikanadanya satu wacana yang menghubungkan suara beliadengan pemimpin-pemimpin masyarakat. ”Para memimpinbelia juga perlu meningkatkan kemahiran kepimpinanserta mempunyai nilai profesionalisme bagi membolehkanmereka menjadi pekerja belia yang cemerlang” katanya.Beliau telah merasmikan bengkel yang dihadiri olehseramai 80 peserta yang terdiri daripada pemimpinpemimpinpersatuan belia berumur 15 hingga 40 tahundaripada Negeri Johor, Melaka dan Wilayah PersekutuanKuala Lumpur.

PEMETAAN BELIA MALAYSIAPanduan Layari Laman Web Siri III(http://petabelia.kbs.gov.my) Oleh: Nor Hamidah HamzahSiri III kali ini memaparkanpemetaan Peratus Dadah danKawasan Tumpuan Dadah yangboleh dicapai di bawah kategori PetaUmum. Peta Peratus Dadah ini adalahpaparan data peratus penyalahgunaandadah mengikut daerah yang manasumber data ini diperoleh daripadaRajah 1: Peta Peratus Penyalahgunaan DadahMengikut DaerahRajah 2: ContohPaparan DataAgensi Anti Dadah Kebangsaan(AADK),2007. Data peratus penyalahgunaandadah ini dibuat perbandingan dengandata penduduk bagi membentuk tigakategori kawasan iaitu Kawasan Putih,Kawasan Kelabu dan Kawasan Hitam.any people do not know that non-formal, out-ofschool youth development work has a professionalknowledge base or that the quality of programsoffered in these settings depends upon the training ofprofessionals in the field. It is up to the youth developmentprofessional to explain the field to the community and toassure that community members recognize the vital role thisprofession plays in our society. The goal of youth developmentprograms is to help youth become fully prepared for transitionto adulthood. Youth development professionals offer youthopportunities within healthy environments to master thecompetencies they will need to make this transitions.Support Youth’s Basic NeedsIn order to master skills, young people must have certainneeds met. Research tells us that they must have:-• safety and structure• a sense of belonging and membership• closeness and several good relationships• experience with gaining competence and mastering skills• independence and control over some part of their lives• a sense of self-worth and the ability and opportunitiesto contributeDevelop Supporting Environments for YouthBecause youth grow and develop in the context of the family,community and society, these are the places where theseneeds must be met. Environments that provide the conditionsfor the healthy growth and development of youth can bedescribed as those that:• are inclusive and create connections and sense of belongingincluding a positive relationship with a caring adult;Kawasan Putih ialah kawasan yangmencatatkan kes penagihan kurang 0.1%berbanding dengan jumlah penduduk.Kawasan Kelabu ialah kawasan yangmencatatkan kes penagihan antara 0.1%hingga 0.49% berbanding denganjumlah penduduk. Kawasan Hitamialah kawasan yang mencatatkan kespenagihan 0.5% dan ke atasberbanding dengan jumlahpenduduk. Melalui pemetaanini, pengguna dapat melihatsecara langsung daerah yangterlibat mengikut tiga kategorikawasan tersebut. Daerahdi negeri sebelah UtaraMalaysia mencatatkan banyakdaerah yang terlibat sebagaikawasan kelabu peratuspenyalahgunaan dadah, diikutinegeri sebelah Pantai Timur, Selatan danSabah dan Sarawak. Pengguna bolehmenggunakan tetikus dan diletakkanpada setiap daerah seperti Rajah 2 untukmelihat paparan data peratus belia danperatus dadah.Secara umumnya, merujuk kepada dataAADK 2007 dan dibandingkan denganjumlah penduduk Malaysia, tidakterdapat daerah yang dikategorikansebagai kawasan hitam.Peta Kawasan Tumpuan Dadahpula merupakan kepada kawasanyang padat dengan populasi belia dankawasan berisiko tinggi dengan dadah.Definisi khusus kawasan tumpuan inimerujuk kepada peratus dadah >=0.1 dan peratus belia >= 40. Warnamerah digunakan bagi mewakilimaksud daerah yang terlibat sebagaikawasan tumpuan dadah. Peta iniboleh digunakan oleh pelbagai pihakyang bertanggungjawab terutamanyapentadbir, pembuat dasar danperancang program sebagai panduanuntuk merancang program belia yangbersesuaian dengan memfokuskankepada kawasan tumpuan dadah.Rajah 3 : Peta Kawasan Tumpuan DadahSelamat Melayari Peta Belia IPPBM!Reviewing Youth DevelopmentPrinciples Oleh: Shariffah MamatM• provide opportunities to value and practice service forothers;• provide autonomy including an opportunity for selfdetermination;• provide opportunity for mastering skills and engagingin learning;• assure physical and emotional safety; and help youthvision a positive role for themselves in the future.Youth Competencies for Transitioning to AdulthoodIn addition, 4-H professionals are responsible for the outcomesof working directly with youth to help self-awareness and theability and opportunities individual youth achieve the skillsthey need. To act on that understanding, they must knowthe specific target for individual youth and identify the meansby which those skills are learned. Research has identifiedfive competency areas that youth must master for positivedevelopment and preparation for adulthood. These are:-1. Health/physical competence: having the appropriateknowledge, attitudes and behaviors that will ensurecurrent and future health2. Personal/social competence: personal skills such asan ability to understand one’s emotions and practice selfdiscipline: and interpersonal skills such as working withothers and developing and sustaining friendships3. Knowledge, reasoning and creativity competence: abroad base of knowledge, knowledge application skills,lifelong learning skills and an ability to appreciate anddemonstrate creative expression.To be continue...Source: http://4h.ifas.ufl.edu

ULASAN BUKU:Jurnal Pembangunan Belia MalaysiaPenerbit : Institut Penyelidikan Pembangunan Belia MalaysiaTajuk : Jurnal Pembangunan Belia Malaysia Bil. 1 2008Tahun : 2009Halaman : 203Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) telah berjaya menerbitkanJurnal Pembangunan Belia Malaysia. Penerbitan jurnal julung kalinya ini menghimpunkankoleksi artikel bersifat akademik yang menyentuh pelbagai isu dalam wacana pembangunanbelia. Penerbitan dwitahunan ini melebar luaskan lagi fungsi dan peranan IPPBM untuk menjadisebuah pusat penyelidikan serantau yang terkenal berasaskan penyelidikan berkaitan denganpembangunan generasi muda.New Directions For Youth Development(Theory Practice)Penerbit : JOSSEY-BASS A Wiley ImprintTajukTahun : 2004Halaman : 104C: New Directions For Youth Development (Theory PracticeResearch): Professional Development for Youth Workersreating environment that promote healthy development of young people is critical bothnationally and internationally. To that end, youth organization and agencies are activelyengaged in the creation and advancement of programs that achieve this goal. Instrumentto this work is the professional development of those caring, capable adults who interact withand on behalf of youth. This issue of New Directions for Youth Development offers a glimpse ofsome of the innovative, sustained, and coordinated efforts to build these skills and capacities.The examples demonstrate how to support youth worker interaction as well as training networksthat take common approaches to professional development. This issue also outlines some of thesignificant challenges faced in youth worker professional development and their solutions.Kalendar Penyelidikan & Aktiviti IPPBMSeptember - November 2009Aktiviti Penyelidikan IPPBMBIL TARIKH PENYELIDIKANKajian Isu Pembangunan Belia1 Sept – Nov Kajian Keberkesanan Dasar Pembangunan Belia Negara2 Sept – Nov Kajian Profil Belia Malaysia3 Sept – Nov Kajian Pemetaan Belia Malaysia4 Sept – Nov Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan oleh Universiti Putra MalaysiaKajian Pendapat Awam Isu Semasa5 Sept Kajian Isu Aeroangkasa6 Sept – Ogos Kajian isu Patriotisme : Sempena Hari Merdeka7 Sept – Nov Kajian Isu Kebudayaan8 Sept – Nov Isu Ekonomi9 Sept – Nov Isu Alam SekitarKajian Impak dan Keberkesanan Program KBS11 Sept – Nov Kajian Impak & Keberkesanan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT (RMWD IPT)12 Sept – Okt Kajian Mengesan Bekas Pelajar Bagi Menentukan Tahap Pencapaian Misi Penubuhan IKBNDari Aspek Mewujudkan Belia Yang Berkeusahawanan13 Sept – Nov Kajian Impak Penjenamaan Semula Rakan Muda14 Sept – Nov Kajian Kepuasan Pelanggan15 Sept – Nov Kajian Impak dan Keberkesanan Kem Rakan Muda Jiran Muda (Siri 3)16 Sept – Nov Kajian Impak & Keberkesanan Sisipan Yo! Terhadap Pembaca17 Sept – Nov Kajian Impak Dan Keberkesanan Pelaksanaan Kad Keahlian Rakan Muda18 Sept – Nov Kajian Kursus Yang Kurang Mendapat Sambutan Di IKBN/IKTBN/ KKBNOleh: Nadya Shaffinaz Bajuri

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!