30.11.2012 Views

SALAM AIDIL FITRI DAN MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN As - uTM

SALAM AIDIL FITRI DAN MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN As - uTM

SALAM AIDIL FITRI DAN MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN As - uTM

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

SALAM AIDIL FITRI DAN MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN

As Salam semua warga PHB yang dihormati,

Pertamanya sama-sama kita zahirkan rasa kesyukuran kita di atas pelbagai nikmat yang

Allah kurniakan kepada kita. Kesempatan yang diberikan kepada kita yang masih boleh

menikmati suasana beribadat di hari-hari terakhir Ramadhan seharusnya diraikan dengan

penuh kesyukuran. Suasana selesa dan kesihatan yang diberi dan dengan rezeki kurniaan

Allah semestinya disyukuri dengan penuh sedar dan insaf.

Sama-sama kita doakan agar segala amal soleh yang kita lakukan disepanjang Ramadhan

akan diterima oleh Allah dan diberikan ganjaran terbaik. Begitu juga kita doakan semoga

segala dosa-dosa kita diampunkan dan kita kembali bersih sebagaimana kita mula

dilahirkan. Itulah mesej yang saya faham apabila Ustaz Dr Azhar memberikan kuliah subuh

berkaitan Hari Raya Aidil fitri. Aidil fitri disambut bagi meraikan kejayaan kita melalui

latihan/ujian di bulan Ramadhan dan kita seharusnya bersih sebagaimana fitrah asal

sekiranya segala amalan kita menepati apa yang disarankan oleh Allah dan RasulNya.

Dari segi yang lain pula, sebagaimana Dato' NC pernah menyebut banyak amalan dibulan

Ramadhan boleh membentuk kita menjadi manusia yang lebih baik dari pelbagai sudut.

Antaranya disiplin menjaga masa, disiplin mematuhi pelbagai peraturan, bersabar dengan

pelbagai cabaran hidup sama ada kehidupan peribadi, keluarga, masyarakat maupun

cabaran ditempat kerja, kesungguhan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh

keikhlasan, latihan mengekang hawa nafsu dan pelbagai lagi. Apa yang kita harapkan agar

di akhir Ramadhan ini, kita memperoleh kejayaan dengan menjadikan diri kita jauh lebih baik

dari bulan-bulan sebelumnya. Kita doakan agar Allah mempermudahkan segala usaha kita

untuk benar-benar menjadi manusia yang lebih taat kepada Allah, lebih bersungguhsungguh

dalam melaksanakan tanggungawab sebagai hamba Allah, lebih prihatin terhadap

ibu dan ayah dan juga terhadap keluarga dan masyarakat, lebih berdisiplin, lebih mesra,

lebih bertimbang rasa, lebih bertanggungjawab, lebih proaktif dan lebih profesional, lebih

berintegriti, lebih ikhlas dalam melaksanakan tanggungjawab, lebih berhati-hati terutamanya

dari sudut sumber rezeki yang diperolehi, lebih bersungguh-sungguh melaksanakan

tanggungjawab yang diamanahkan.

Begitu juga kita doakan agar Allah memperbaiki dan seterusnya dihilangkan dari kita segala

kelemahan diri yang kita miliki seperti sifat malas, sifat suka bertangguh-tangguh, sifat

sambil lewa dalam melaksanakan tanggungjawab, sifat sombong dan bongkak, sifat hasad

dan dengki, sifat suka merendahkan orang lain, sifat sentiasa mencari kelemahan orang

lain, sifat cenderung kepada tingkah laku/akhlak tidak baik, sifat suka berbelanja lebih dari

kemampuan, sifat tidak mesra pelanggan (sama ada pelajar, staf maupun perunding dan

kontraktor) dan lain-lain kekurangan diri. InsyaAllah dengan usaha-usaha ikhlas yang kita

lakukan Allah akan memudahkan usaha kita ke arah kebaikan.

Seterusnya kita doakan latihan ketika Ramadhan akan menjadikan kita staf PHB/UTM yang

sentiasa komited terhadap visi dan misi UTM untuk menjadi raudhah (taman-taman syurga)

dengan kita di PHB berusaha dengan penuh kesungguhan dan keikhlasan menyediakan

eko-sistem yang kondusif bagi segala proses pembangunan intelektual dan pembangunan

modal insan yang berkualiti demi masa depan negara dan ummah. Kita mempunyai

tanggungjawab besar menyediakan suasana kampus yang segar dan kondusif bagi

membolehkan mahasiswa/i dan staf menjalani kehidupan kampus yang berkualiti tinggi.

Sempena kita merayakan Aidil Fitri, saya dengan penuh rendah diri memohon agar segala

salah silap saya, kelemahan saya dalam menerajui PHB dan segala dosa saya terhadap

sesiapa saja di PHB diampunkan. Dan segala salah silap semua warga PHB saya maafkan.

Berhati-hati ketika dijalanraya bagi yang pulang ke kampung. Sebelum kita bercuti pastikan

semua urusan penting telah selesai ataupun ada staf lain yang menyambungnya. Begitu

juga mohon dipastikan segala aspek keselamatan pejabat dan aset UTM dipelihara dengan

baik.

Selamat menyambut Syawal dan mohon maaf zahir batin dari saya dan keluarga.

Sekian, Wassalam.

Wahid

Laili

Aisyah

Farah

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!