12.07.2015 Views

GARIS PANDUAN MENGENAI SISTEM LEVI BERBEZA ... - PIDM

GARIS PANDUAN MENGENAI SISTEM LEVI BERBEZA ... - PIDM

GARIS PANDUAN MENGENAI SISTEM LEVI BERBEZA ... - PIDM

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

No Rujukan TIPS/GL12/2013(DLS) Dikeluarkan pada 31 Januari 2013TAJUKGaris Panduan Mengenai Sistem Levi Berbeza Bagi SistemPerlindungan Manfaat Takaful dan InsuransBAHAGIAN 3:RANGKA KERJA <strong>SISTEM</strong> <strong>LEVI</strong> <strong>BERBEZA</strong>METODOLOGI DAN WAJARAN3.1 Setiap anggota penanggung akan dinilai dan dikelaskan ke dalam kategori yangberbeza bagi tahun taksiran berdasarkan gabungan kriteria kuantitatif dan kualitatifmasing-masing.3.2 Bagi mencapai tahap objektif dan ketelusan yang lebih tinggi, wajaran yang lebihbesar diberikan kepada kriteria kuantitatif yang membawa markah sebanyak 60%,manakala kriteria kualitatif membawa baki markah sebanyak 40% daripada jumlahmarkah keseluruhan 100 %.3.3 Kriteria kuantitatif mengambil kira kekuatan modal anggota-anggota penanggunginsurans, serta prestasi operasi serta kemampanan perniagaan anggota manakalakriteria kualitatif mengambil kira taraf pengawasan anggota-anggota penanggunginsurans dan apa-apa maklumat lain yang akan mempunyai implikasi ke ataskeselamatan dan keutuhan institusi anggota.3.4 Kriteria kuantitatif akan dinilai berdasarkan pendekatan dua dimensi, iaitu"pendekatan matriks". Salah satu dimensi ialah ukuran modal, manakala dimensi lainialah penilaian operasi dan kemampanan.KRITERIAKOMPONEN BAGI KRITERIA KUANTITATIF3.5 Komponen utama kriteria kuantitatif adalah kekuatan modal, yang merupakan satukomponen yang penting kerana ia merupakan penampan penting terhadapperubahan sebaliknya yang tidak dijangka dalam kualiti pendapatan dan asetinstitusi anggota.3.6 Komponen-komponen lain kriteria kuantitatif bertujuan untuk menilai kecekapanpengurusan operasi dan kemampanan prestasi kewangan anggota penanggunginsurans.Muka Surat 4

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!