12.07.2015 Views

Akta 171 - MPPP

Akta 171 - MPPP

Akta 171 - MPPP

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

Kerajaan Tempatan 21Pihak Berkuasa Negeri menyentuh kepentingan kawasan pihakberkuasa tempatan itu, dan pihak berkuasa tempatan itu hendaklahmenguatkuasakan semua arahan itu dengan seberapa segera yangboleh.(2) Pihak berkuasa tempatan itu hendaklah memberi kepadaPihak Berkuasa Negeri apa-apa penyata, akaun dan maklumat lainyang dikehendaki oleh Pihak Berkuasa Negeri dari semasa kesemasa berkenaan dengan harta dan aktiviti pihak berkuasatempatan itu.Anggota Majlis10. (1) Pihak berkuasa tempatan hendaklah terdiri daripada—(a) Datuk Bandar atau Yang Dipertua; dan(b) tidak kurang daripada lapan dan tidak lebih daripada duapuluh empat orang Anggota Majlis lagi,yang akan dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri.(2) Anggota Majlis pihak berkuasa tempatan hendaklah dilantikdari antara orang yang bilangan terbesar daripada mereka hendaklahorang yang biasanya bermastautin dalam kawasan pihak berkuasatempatan itu dan yang pada pendapat Pihak Berkuasa Negerimempunyai pengalaman luas dalam hal ehwal kerajaan tempatanatau yang telah memperoleh kejayaan terpuji dalam sesuatu profesion,perdagangan atau perindustrian, ataupun yang mempunyai kebolehanuntuk mewakili kepentingan komuniti mereka dalam kawasan pihakberkuasa tempatan itu.(3) Tempoh jawatan bagi setiap seorang Anggota Majlis tidakboleh lebih daripada tiga tahun.(4) Kerusi seseorang Anggota Majlis hendaklah menjadi kosongjika sekiranya peletakan jawatannya diterima, jika dia hilangkelayakan di bawah subseksyen 34(7) atau jika pelantikannyadibatalkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.(5) Apabila kerusi seseorang Anggota Majlis menjadi kosong,Datuk Bandar atau Yang Dipertua hendaklah memberitahu PihakBerkuasa Negeri dengan segera.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!