12.07.2015 Views

Akta 171 - MPPP

Akta 171 - MPPP

Akta 171 - MPPP

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

60 Undang-Undang Malaysia AKTA <strong>171</strong>tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dan didenda tambahantidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satu hari selama tempohkesalahan itu diteruskan selepas sabitan.Kuasa untuk memasuki dan mencuci rumah atau bangunan75. (1) Pegawai Kesihatan, atau mana-mana pegawai yang diberikuasa secara bertulis bagi maksud memasuki dan memeriksa semuarumah dan bangunan oleh pihak berkuasa tempatan, boleh memasukidan memeriksa semua rumah dan bangunan pada bila-bila masadan boleh dengan suatu perintah bertulis mengarahkan penduduknyamenyebabkan dalam tempoh yang dinyatakan dalam perintah itusemua atau mana-mana bahagian daripada rumah dan bangunanitu, di sebelah dalam dan di sebelah luar, dilepa-warna atau disapukapur ataupun dicuci kerana sebab kebersihan dan, jika perlu,dinyahjangkit dan segala kotoran atau sampah dibuang atau dipungut.(2) Jika perintah itu tidak dipatuhi dalam tempoh yang dinyatakanitu, penduduk itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakanselama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya dandidenda tambahan tidak melebihi satu ratus ringgit bagi setiap satuhari selepas sabitan sehingga perintah itu dipatuhi.(3) Mana-mana rumah kediaman yang benar-benar adapenduduknya, iaitu bukan suatu rumah penginapan am, tidak bolehdimasuki tanpa memberi enam jam notis terlebih dahulu kepadapenduduknya itu, melainkan jika penduduknya itu mengizinkan.Memusnahkan tikus76. (1) Jika Pegawai Kesihatan berpendapat bahawa sesuatu premisadalah diharu oleh sebegitu banyak tikus, burung atau vermin lainhingga mendatangkan bahaya kepada kesihatan orang dalam rumahitu atau kesihatan masyarakat, dia boleh menyampaikan notis kepadapemunya atau penduduk premis itu meminta dia mengambil apaapalangkah sebagaimana yang difikirkan perlu oleh pihak berkuasatempatan itu untuk memusnahkan tikus, burung atau vermin lainitu dan untuk menghapuskan tempat pembiakannya dan untukmencegahnya daripada berada semula.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!