12.07.2015 Views

Akta 171 - MPPP

Akta 171 - MPPP

Akta 171 - MPPP

SHOW MORE
SHOW LESS
  • No tags were found...

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

84 Undang-Undang Malaysia AKTA <strong>171</strong>Notis, dsb.108. (1) Notis, perintah, waran, lesen, resit dan lain-lain dokumenseumpamanya boleh dengan bercetak atau sebahagiannya denganbertulis dan sebahagiannya dengan bercetak.(2) Penyampaian sesuatu dokumen kepada seseorang hendaklahdilakukan—(a) dengan menyerahkannya kepada orang itu atau denganmenyerahkannya di tempat kediamannya yang akhirdiketahui kepada seorang ahli keluarganya yang dewasa;(b) dengan meninggalkannya di tempat kediaman atauperniagaan orang itu yang biasa atau yang akhir diketahuidalam suatu sampul yang dialamatkan kepada orang itu;atau(c) dengan menghantarnya melalui pos dalam suatu suratyang telahpun dijelaskan bayaran posnya yang dialamatkankepada orang itu di tempat kediaman atau perniagaannyayang biasa atau yang akhir diketahui.(3) Sesuatu dokumen yang dikehendaki disampaikan kepadapemunya atau penduduk mana-mana premis hendaklah disifatkansebagai dialamatkan dengan sewajarnya jika dialamatkan atas perihal“pemunya” atau “penduduk” premis itu tanpa nama atau perihallanjut dan boleh disampaikan dengan menyerahkannya kepadaseseorang dewasa di premis itu atau, jika sekiranya tiada seseorangdewasa di premis itu yang kepadanya dokumen itu munasabahdiserahkan, dengan menampalkannya di sesuatu tempat yang mudahdilihat di premis itu.Kemungkiran mematuhi notis atau perintah109. Jika, sesuatu notis atau perintah menghendaki pemunya ataupenduduk sesuatu premis melakukan sesuatu perbuatan ataumenjalankan sesuatu kerja dalam tempoh yang dinyatakan dalamnotis atau perintah itu dan pemunya atau penduduk itu tidak mematuhikehendak notis atau perintah itu, pemunya atau penduduk itumelakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, jikatiada apa-apa denda diperuntukkan khas bagi kesalahan itu, didendatidak melebihi lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempohtidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!