12.07.2015 Views

PERATURAN PERSIDANGAN - Majlis Perundingan Belia Negara

PERATURAN PERSIDANGAN - Majlis Perundingan Belia Negara

PERATURAN PERSIDANGAN - Majlis Perundingan Belia Negara

SHOW MORE
SHOW LESS

You also want an ePaper? Increase the reach of your titles

YUMPU automatically turns print PDFs into web optimized ePapers that Google loves.

PERATURAN PERSIDANGANMAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA1. NAMA DAN PEMAKAIANi. Peraturan ini dinamakan Peraturan Tetap Persidangan MajlisPerundingan Belia Negara (MPBN) dan hendaklah dipakaiapabila Majlis mengadakan Persidangan.ii. Ketertiban menjalankan Persidangan hendaklah menurutperaturan ini dan jika berbangkit sebarang masalah, makaPengerusi berkuasa membuat keputusan dan keputusannyaitu adalah muktamad.2. PERSIDANGANi. Majlis hendaklah mengadakan Persidangan tidak kurangdaripada dua kali setahun pada bila-bila masa dan di manamanatempat yang ditentukan oleh Pengerusi mengikut Fasal11.(1) Perlembagaan MPBN.ii. Persidangan MPBN hendaklah diadakan menurutPerlembagaan MPBN.iii. Semua Persidangan MPBN akan diadakan secara tertutup.iv. Tertakluk di bawah Fasal 13 Perlembagaan MPBN kuorumbagi Persidangan hendaklah tidak kurang daripada separuhkeanggotaan Majlis yang diisi.

v. Bahasa yang digunakan dalam Persidangan adalah BahasaMalaysia. Manakala bahasa-bahasa lain boleh digunakandengan izin Pengerusi.3. NOTIS PERSIDANGANi. Pengerusi atau separuh daripada Ahli Majlis perundinganBelia Negara boleh memanggil Mesyuarat pada bila-bila masayang difikirkan perlu mengikut Fasal 12 Perlembagaan MPBN.ii. Setiausaha Majlis hendaklah memberitahu Ahli-ahli denganbertulis sekurang-kurangnya empat belas (14) hari terlebihdahulu daripada hari diadakan Persidangan.iii. Pengerusi atau separuh daripada Ahli Majlis boleh memanggilMesyuarat Luar Biasa di atas sesuatu sebab yangmemerlukan Persidangan itu diadakan dan hendaklahdisampaikan kepada Ahli Majlis melalui kaedah yang sesuaisekurang-kurangnya dua hari sebelum Persidanganberkenaan diadakan.4. HAK MENGHADIRI PERSIDANGANi. Mereka yang layak menghadiri Persidangan MPBN ialahmereka yang telah menerima pelantikan sebagai Ahli MPBNbagi Penggal Persidangan berkenaan daripada Kerajaan.ii. Majlis boleh mengundang mana-mana orang untukmenghadiri mana-mana Persidangan atau mesyuarat Majlisbagi maksud menasihati atau membantunya tentang apa-apa

perkara yang sedang dibincangkan mengikut Fasal 6Perlembagaan MPBN.iii. Pegawai dan Kakitangan Perkhidmatan Awam yang bertugassebagai Urusetia MPBN dibenarkan mengikuti Persidangandan mesyuarat berkenaan mengikut bidang tugas yang telahditentukan tetapi tidak boleh mengambil bahagian dalamPersidangan berkenaan.iv. Ahli Majlis yang tidak dapat hadir di Persidangan yang telahdiadakan hendaklah memberitahu Setiausaha MPBNsekurang-kurangnya dua (2) hari sebelum tarikh Persidangan.Manakala bagi Persidangan Luar Biasa Ahli Majlis hendaklahmemberitahu Setiausaha MPBN sekurang-kurangnya seharisebelum tarikh Persidangan.5. ATURAN URUSAN PERSIDANGANi. Setiausaha hendaklah memberitahu dengan bertulis kepadatiap-tiap Ahli Majlis sekurang-kurangnya tujuh (7) harisebelum Persidangan diadakan berkenaan susunan agendaperkara persidangan berserta dengan cadangan-cadangan,akan tetapi jika ada perkara yang mustahak pada fikiranPengerusi susunan agenda perkara persidangan ini bolehlahdihantar tidak lewat daripada tiga (3) hari. Peraturan ini tidakterpakai bagi maksud Persidangan Luar Biasa.ii. Semua kertas kerja dan memorandum yang disediakan olehAhli Majlis dan pihak-pihak lain yang ingin dibentangkandalam Persidangan Majlis hendaklah disediakan dalamBahasa Melayu dan dikemukakan kepada Sekretariat MPBN

tiga (3) minggu sebelum tarikh Persidangan. Peraturan initidak terpakai bagi maksud Persidangan Luar Biasa.iii. Masa mesyuarat ialah 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari dan2.30 petang hingga 5.30 petang, kecuali hari Jumaat dimanasesi boleh bermula pada jam 3.00 petang. Pengerusi bolehmengubah masa mesyuarat dari masa ke semasa mengikutkeperluan Persidangan.iv. Ahli Majlis hendaklah sentiasa memakai pas Ahli MPBN yangdisediakan oleh Sekretariat MPBN semasa menghadiri semuaPersidangan. Kegagalan memakai pas berkenaan bolehmenyebabkan ahli dihalang daripada menghadiri Persidanganatau memasuki dewan persidangan.6. PENGERUSI DAN AGENDA PERSIDANGANi. Menurut Fasal 4(a) Perlembagaan MPBN Menteri yangbertanggungjawab bagi hal ehwal belia adalah sebagaiPengerusi Persidangan.ii. Menteri boleh melantik secara sementara mana-mana anggotaMajlis untuk melaksanakan fungsi Pengerusi bagi tempohapabila Pengerusi tidak berupaya, disebabkan sakit, cuti atauapa-apa sebab lain, untuk melaksanakan fungsinya. Fasal5(1) Perlembagaan MPBN.iii. Tertakluk di bawah Fasal 15 Perlembagaan MPBN, kecualijika ditentukan selain daripada sesuatu mesyuarat,Persidangan Majlis hendaklah mengandungi perkara-perkaraberikut:

a. Ucapan Dasar oleh Pengerusi;b. Membahaskan Ucapan Dasar;c. Pembentangan dan Perbincangan Laporan kemajuanTindakan Jawatankuasa Kerja;d. Pembentangan Laporan Kemajuan Majlis-MajlisPerundingan Belia Negeri, Majlis Perundingan BeliaDaerah, Kementerian Belia dan Sukan dan Majlis BeliaMalaysia;e. Pembentangan dan Perbincangan Laporan KemajuanOleh Urusetia bersama;f. Pembentangan dan Perbincangan Kertas-kertas KerjaYang Ditentukan Oleh Urusetia Majlis.7. KEPUTUSAN PERSIDANGANi. Apa-apa keputusan Majlis hendaklah dibuat secararundingan; atau hendaklah mengikut undian terbanyakahli-ahli yang hadir dalam mesyuarat Majlis. KeputusanPengerusi atau apa-apa perkara tafsiran mengenai sesuatuperuntukan peraturan ini atau acara mesyuarat adalahmuktamad. Fasal 14 Perlembagan MPBN.8. PENANGGUHAN PERSIDANGAN

i. Persidangan boleh ditangguhkan pada sebarang masa olehPengerusi atau dengan cadangan oleh seorang ahli yangdisokong dan dipersetujukan oleh Persidangan.ii. Jika sekiranya berlaku huru-hara yang besar dalamPersidangan maka Pengerusi boleh menangguhkanPersidangan dan menentukan tarikh menyambung semulaPersidangan itu.9. PENANGGUHAN PERSIDANGAN KERANA MEMBAHASPERKARA-PERKARA MUSTAHAKi. Seorang ahli dengan kebenaran Pengerusi bolehmencadangkan supaya Persidangan itu ditangguhkankerana hendak membahaskan sesuatu perkara yangmustahak.ii. Pengerusi atas budi bicaranya boleh menerima ataumenolak usul tersebut.10. PINDAAN USULi. Pada masa sesuatu usul itu dalam pertimbangan Ahli Majlis,bolehlah dicadangkan pindaan-pindaan terhadap usul tersebut.ii. Usul tersebut bolehlah dipinda menurut mana-mana jua cara yangtersebut di bawah ini:a. Dengan dipotong apa-apa perkataan supaya dapatdimasukkan perkataan lain;b. Dengan dipotong apa-apa perkataan; atau

c. Dengan dimasukkan atau ditambah perkataan-perkataanlain.11. MENARIK BALIK USULi. Sesuatu usul jika diminta oleh pencadangnya dan diizinkan olehAhli Majlis boleh di tarik balik.ii. Apabila pindaan ke atas sesuatu usul telah dikemukakan kepadaAhli Majlis maka usul yang hendak dipinda itu tidak bolehditarik balik sehingga pindaan kepada usul itu telah diputuskan.12. PERKARA-PERKARA YANG DITEGAHi. Seseorang ahli tidak boleh menyentuh dalam ucapannyaperkara-perkara yang tersebut di bawah ini:-ii. Perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan usul atau agendaPersidangan;iii. Perkara-perkara yang sedang dalam perbicaraan mahkamah;iv. Membangkitkan semula apa-apa perkara yang telah diputuskanoleh Persidangan kecuali dengan mengemukakan usulbersendirian bagi membatalkan keputusan Persidanganberkenaan dengan perkara itu;v. Menggunakan bahasa yang kasar, tidak beradab mengikutpertimbangan Pengerusi;vi. Mengeluarkan sangkaan jahat ke atas lain-lain Ahli;

vii. Mempengaruhi Persidangan dengan menggunakan nama DYMMSeri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, DYMM Raja-Rajaatau Yang DiPertua Negeri-Negeri;viii. Menyentuh keperibadian DYMM Seri Paduka Baginda YangDipertuan Agong, DYMM Raja-Raja, Yang DiPertua Negeri-Negeri,Hakim-Hakim atau Ahli-Ahli Majlis Pasukan Bersenjata kecualidengan mengemukakan usul bersendirian bagi maksud-maksuditu;ix. Menyebut kelakuan atau sifat lain-lain ahli selain daripada kerjakerjanyamengenai urusan Majlis; ataux. Menggunakan perkataan-perkataan yang bersifat menderhakakepada negara dan yang boleh menimbulkan perasaanbermusuh-musuhan di antara kaum di Malaysia.13. KUASA PENGERUSIi. Pengerusi dalam Persidangan adalah bertanggungjawabmemastikan Peraturan Persidangan dan PerlembagaanMPBN dipatuhi dan keputusan berkenaan dengan apa-apajua perkara tidak boleh dipertimbangkan semula olehPersidangan kecuali dengan dikeluarkan usul bersendiriberkenaan perkara itu.ii. Dalam masa Persidangan, Pengerusi berkuasamemerintah mana-mana Ahli Majlis yang tidak patuhkepada arahannya atau peraturan ini untuk meninggalkandewan Persidangan dan jika Ahli Majlis itu enggan keluar,maka Pengerusi berkuasa memerintah pegawai-pegawai

atau urusetia Persidangan yang berada di dalamPersidangan membawa Ahli Majlis itu keluar.14. MAKLUMAT DOKUMEN DAN DATA TERPERINGKAT(CLASSIFIED)i. Segala maklumat dan dokumen kerajaan yang terperingkatyang diedarkan kepada Ahli Majlis oleh Sekretariat MPBNhendaklah sentiasa dikawal rapi. Peraturan rasmimelarang pembocoran maklumat terperingkat adalah jugaberkuatkuasa ke atas semua ahli MPBN.ii. Taraf terperingkat sesuatu dokumen bukan kerajaan yangdisediakan untuk dibentang dalam Persidangan Majlisakan ditentukan oleh Pengerusi dan penulis dokumenberkenaan.15. PENGHEBAHAN BUTIR PERSIDANGAN MAJLIS MESYUARATJAWATANKUASA KERJAi. Segala perkara yang dibincangkan semasa Persidangan Majlishendaklah dianggap rahsia. Ahli MPBN adalahbertanggungjawab mengawal pembocoran segala maklumatdan bahan perbincangan Persidangan dan tidakmenghebahkan kepada mana-mana pihak awam melainkankepada pertubuhan yang diwakilinya sahaja secara tertutup.16. KENYATAAN AKHBAR16. Kenyataan akhbar bagi memaklumkan pihak awamtentang hasil Persidangan MPBN hanya boleh dibuat olehPengerusi Majlis.

17. PAKAIANi. Pakaian rasmi bagi ahli lelaki ialah ‘lounge suit’ atau seluarpanjang dengan baju kemeja dan bertali leher dan jika Ahli Majlismewakili badan atau pertubuhan belia, ia dibenarkan memakaipakaian rasmi badan atau pertubuhan masing-masing.ii. Pakaian rasmi bagi ahli wanita ialah pakaian kebangsaan atauyang sesuai dipakai semasa menghadiri persidangan.18. PINDAANi. Peraturan Tetap Persidangan MPBN ini boleh dipinda, darimasa ke semasa, sekiranya dikehendaki oleh Majlis.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!