12.07.2015 Views

Permit Mengajar 1997 - Jabatan Pengajian Tinggi

Permit Mengajar 1997 - Jabatan Pengajian Tinggi

Permit Mengajar 1997 - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

5. <strong>Permit</strong> mengajar hendaklah disimpan oleh guru yang kepadanya permit itu dikeluarkandan hendaklah, apabila diminta, ditunjukkan kepada Ketua Pendaftar atau mana-manapegawai yang di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.6. (1) Tempoh sesuatu permit mengajar boleh dilanjutkan atas permohonan yang dibuatoleh guru.(2) Permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang ‘B’ dalam Jadual Pertama danhendaklah disertai dengan fee yang ditetapkan.(3) Ketua Pendaftar boleh melanjutkan tempoh sesuatu permit mengajar denganmengendorskan atas permit itu tempoh baru bagi permit mengajar.(4) Subperaturan 4(2) dan (3) hendaklah terpakai bagi pelanjutan tempoh sesuatupermit mengajar.7. (1) Seseorang guru yang kepadanya permit mengajar dikeluarkan hendaklah melaporkanapa-apa perubahan mengenai apa-apa butir dalam permit itu kepada KetuaPendaftar.(2) Permohonan boleh dibuat untuk menukar apa-apa butir dalam sesuatu permitmengajar dalam borang dalam Jadual Ketiga.(3) Seseorang yang melanggar subperaturan (1) adlah melakukan suatu kesalahan danboleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.8. (1) Tiada perubahan atau pindaan boleh dibuat terhadap sesuatu permit mengajarkecuali oleh atau arahan Ketua Pendaftar.(2) Apa-apa perubahan atau pindaan terhadap sesuatu permit mengajar hendaklahdirekodkan dalam daftar permit mengajar.9. (1) Sesuatu permohonan boleh dibuat untuk penggantian sesutu permit mengajar yanghilang atau rosak.(2) Permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang ‘C’ dalam Jadual Pertama danhendaklah disertai dengan :-. dalam hal kehilangan, sesuatu salinan laporan polis, atau akuan berkanun tentangkehilangan itu;a. dalam hal kerosakan, suatu salinan akuan berkanun tentang kerosakan ituserta permit mengajar yang rosak itu; danb. fee yang ditetapkan.(3) Ketua Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa kehilangan atau kerosakan itutidak disengajakan, mengeluarkan suatu permit mengajar gantian dengan perkataan‘GANTIAN’ dicapkan atasnya.10. Fee yang kena dibayar adalah fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!