12.07.2015 Views

Permit Mengajar 1997 - Jabatan Pengajian Tinggi

Permit Mengajar 1997 - Jabatan Pengajian Tinggi

Permit Mengajar 1997 - Jabatan Pengajian Tinggi

SHOW MORE
SHOW LESS

Create successful ePaper yourself

Turn your PDF publications into a flip-book with our unique Google optimized e-Paper software.

WARTA KERAJAANPUSAT INFORMASI - WARTA KERAJAAN - P.U. (A) 547AKTA INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA 1996.PERATURAN-PERATURAN INSTITUSI PENDIDIKAN TINGGI SWASTA (PERMIT MENGAJAR) 1997PADA menjalankan kuasa yang dberikan oleh seksyen 88 Akta Institusi Pendidikan TinggiSwasta 1996, Menteri membuat peraturan-peraturan yang berikut:1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Institusi PendidikanTinggi Swasta (Permit Mengajar) 1997 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada Januari1998.2. Dalam Peraturan-Peraturan ini melainkan jika konteksnya menghendaki makna yanglain:-“kelayakan akademik” ertinya apa-apa sijil, diploma atau ijazah yang dianugerahkankepada seseorang setelah orang itu mengikuti dengan jayanya sesuatu kursuspengajian yang dirancangkan supaya membawa kepada penganugerahan sijil, diplomaatau ijazah;“kelayakan profesional” ertinya sesuatu kelayakan yang diperolehi setelah mengikutidengan jayanya sesuatu kursus yang profesional;“permit mengajar’ ertinya permit mengajar yang dikeluarkan di bawah seksyen 51 Akta.3. (1) Sesuatu permohonan untuk permit mengajar yang di institusi pendidikan tinggiswasta hendaklah dibuat dalam Borang ‘A’ dalam Jadual Pertama.(2) Permohonan ini hendaklah disertai dengan :-a. empat keping gambar berwarna ukuran pasport;b. suatu salinan diperakui sijil kelahiran;c. satu salinan diperakui kad pengenalan atau pasport;d. salinan diperakui kelayakan akademik atau kelayakan profesional;e. suatu perakuan perubatan yang dikeluarkan oleh seorang pengamalperubatan berdaftar memperakukan bahawa pemohon adalah bebasdaripada apa-apa penyakit yang mungkin menjejaskan pemohon dalammelaksanakan kewajipan-kewajipan sebagai seorang guru atau yangmenyatakan apa-apa ketakupayaan atau penyakit setakat manaketakupayaan atau penyakit itu akan menjejaskan pemohon dalammelaksanakan kewajipan-kewajipannya;f. suatu salinan diperakui permit yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen danmasih sah, jika pemohon bukan warganegara Malaysia; dang. fee yang ditetapkan.4. (1) Permit mengajar yang boleh dikeluarkan oleh Ketua Pendaftar di bawah Aktahendaklah dalam bentuk yang ditetapkan dalan Jadual Kedua.(2) Permit mengajar hanya boleh dikeluarkan bagi tempoh maksimum lima tahun.(3) Walau apa pun subperaturan (2), permit mengajar bagi guru yang bukanwarganegara Malaysia tidak boleh dikeluarkan bagi tempoh yang melebihi tempohkesahan permit kerja yang yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen.

5. Permit mengajar hendaklah disimpan oleh guru yang kepadanya permit itu dikeluarkandan hendaklah, apabila diminta, ditunjukkan kepada Ketua Pendaftar atau mana-manapegawai yang di bawah arahan dan kawalan Ketua Pendaftar.6. (1) Tempoh sesuatu permit mengajar boleh dilanjutkan atas permohonan yang dibuatoleh guru.(2) Permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang ‘B’ dalam Jadual Pertama danhendaklah disertai dengan fee yang ditetapkan.(3) Ketua Pendaftar boleh melanjutkan tempoh sesuatu permit mengajar denganmengendorskan atas permit itu tempoh baru bagi permit mengajar.(4) Subperaturan 4(2) dan (3) hendaklah terpakai bagi pelanjutan tempoh sesuatupermit mengajar.7. (1) Seseorang guru yang kepadanya permit mengajar dikeluarkan hendaklah melaporkanapa-apa perubahan mengenai apa-apa butir dalam permit itu kepada KetuaPendaftar.(2) Permohonan boleh dibuat untuk menukar apa-apa butir dalam sesuatu permitmengajar dalam borang dalam Jadual Ketiga.(3) Seseorang yang melanggar subperaturan (1) adlah melakukan suatu kesalahan danboleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.8. (1) Tiada perubahan atau pindaan boleh dibuat terhadap sesuatu permit mengajarkecuali oleh atau arahan Ketua Pendaftar.(2) Apa-apa perubahan atau pindaan terhadap sesuatu permit mengajar hendaklahdirekodkan dalam daftar permit mengajar.9. (1) Sesuatu permohonan boleh dibuat untuk penggantian sesutu permit mengajar yanghilang atau rosak.(2) Permohonan itu hendaklah dibuat dalam Borang ‘C’ dalam Jadual Pertama danhendaklah disertai dengan :-. dalam hal kehilangan, sesuatu salinan laporan polis, atau akuan berkanun tentangkehilangan itu;a. dalam hal kerosakan, suatu salinan akuan berkanun tentang kerosakan ituserta permit mengajar yang rosak itu; danb. fee yang ditetapkan.(3) Ketua Pendaftar boleh, jika dia berpuas hati bahawa kehilangan atau kerosakan itutidak disengajakan, mengeluarkan suatu permit mengajar gantian dengan perkataan‘GANTIAN’ dicapkan atasnya.10. Fee yang kena dibayar adalah fee yang ditetapkan dalam Jadual Keempat.

Hooray! Your file is uploaded and ready to be published.

Saved successfully!

Ooh no, something went wrong!